Khamis, 17 Jun 2010

NI BARU SIKIT....ALLAH BOLEH BUAT APE SAJA...KERANA SEMUANYA DALAM GENGAMANNYA....JANGANLAH TAKABUR DAN RASA HEBAT..

DUNIA

Singapura dilanda banjir kilat


BEBERAPA buah kereta tersadai akibat banjir di sebatang jalan raya di Singapura semalam.


SINGAPURA – Hujan lebat semalam menyebabkan kawasan beli-belah di pusat bandar raya Singapura dilanda banjir kilat yang turut mencetuskan kesesakan lalu lintas di pulau berkenaan.

Seramai 70 penumpang dikeluarkan dari beberapa buah kereta dan bas oleh anggota penyelamat ekoran air bah menenggelamkan Jalan Orchard yang popular di kalangan pelancong.

Sebuah lebuh raya utama di pulau itu turut ditutup selama beberapa jam selepas sebatang pokok tumbang dan menghalang lalu lintas.

Jabatan Pertahanan Awam Singapura berkata, tiada mangsa yang cedera dalam kejadian tersebut.

Hujan lebat selama dua jam pada pagi semalam mencatatkan taburan hujan sebanyak 100 milimeter iaitu kira-kira 60 peratus purata taburan hujan sepanjang bulan Jun.

Air naik setinggi 0.61 meter di beberapa kedai yang terletak lebih rendah daripada paras jalan raya di pusat beli-belah Liat Towers. Manakala kereta-kereta yang separuh tenggelam tersadai di Jalan Orchard.

Menjelang tengah hari selepas hujan berhenti, Jabatan Pertahanan Awam menyatakan, ia telah mengepam semua air bah keluar dari bangunan-bangunan yang terjejas. – AP

Tiada ulasan: