DUNIA
Luna Maya lafaz cinta untuk Ariel
JAKARTA - Ketika bekas vokalis kumpulan Peterpan, Nazril Irham yang lebih dikenali dengan panggilan Ariel ditahan di sebuah balai polis di sini kerana skandal klip video lucah, kekasihnya, aktres Luna Maya (gambar kecil) sempat memberikan sokongan kepadanya di laman web Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.
Dalam laman tersebut, Luna menulis mesej sokongannya dalam bahasa Inggeris yang menyatakan dia menyintai Ariel dan berharap Allah memberkati kekasihnya itu.
Aktres berkenaan menulis ungkapan cinta itu selepas dia menjalani pemeriksaan fizikal termasuk gigi yang dilakukan polis terhadap dirinya kelmarin di sebuah hospital polis di Kramat Jati, Jakarta Timur.
Selain Luna, barisan selebriti Indonesia yang diketuai Ahmad Dhani turut memberikan sokongan moral kepada Ariel dengan datang beramai-ramai ke ibu pejabat polis tempat dia ditahan.
"Kami cuma melawat, untuk memberi sokongan moral supaya (Ariel) tabah," kata Dhani di ibu pejabat polis Jakarta Selatan semalam.
Selain Dhani, selebriti lain yang hadir termasuk Mulan, Titiek Puspa, Hengky Tornado dan isteri, Baby Zelvia, Yovie Widianto, Sys Ns dan Camelia Malik serta pengurus Ariel-Luna Maya, Vitalia Ramona.
Dalam perkembangan berkaitan, Ariel yang merupakan suspek berhubung penyebaran klip video seks yang pelakunya mirip dirinya, Luna Maya dan pengacara, Cut Tari menegaskan dia tidak mengaku salah semasa ditahan oleh polis.
Bagaimanapun, polis menyatakan, pengakuan bersalah duda satu anak itu tidak terlalu penting.
"Sekiranya kami tidak memperoleh pengakuan itu, kami boleh mencari bukti daripada saksi-saksi dan penemuan lain,'' kata seorang pegawai polis, Marwoto Soeto.
Selang dua hari Ariel berada dalam tahanan polis, gambar dia bersama tahanan-tahanan lain disiarkan media Indonesia semalam.
Gambar tersebut menunjukkan Ariel kelihatan akrab ketika bersama 10 tahanan lain.
Dalam gambar itu, dia yang memakai baju putih dengan berseluar pendek hitam tersenyum ketika dipeluk salah seorang tahanan di pejabat polis itu. - Agensi
Polis enggan dedah siasatan badan Ariel
JAKARTA 25 Jun - Pihak polis bertegas tidak akan mendedahkan hasil pemeriksaan fizikal suspek kes video lucah, Nazriel Irham alias Ariel, Luna Maya, dan Cut Tari kepada umum.
"Pemeriksaan yang dibuat di hospital adalah untuk keperluan penyiasatan, maka hasilnya diserahkan kepada penyiasat untuk digunakan sebagai bukti di mahkamah," kata jelas jurucakap Polis Kebangsaan, Briged Jeneral Zainuri Lubis.
Menurutnya, suspek tidak bersalah selagi dibuktikan sebaliknya dan keperluan polis untuk berhati-hati dalam kes ini hingga ia dibicarakan.
Sementara itu, polis semalam menggeledah rumah Cut Tari di Pondok Kelapa, Jakarta Timur bagi mencari bahan bukti yang boleh dikaitkan dengan video lucah yang didakwa memaparkannya dengan Ariel.
"Pihak polis telah menggeledah rumahnya semalam tetapi masih belum menemui sebarang bukti," kata Ketua Penerangan Umum Polis, Marwoto Soeto ketika dihubungi di sini pagi ini. - Agensi
Katanya, polis mencari sebarang bukti yang boleh dikaitkan dengan video lucah berkenaan termasuk coli dan seluar dalam.
Sebuah pertubuhan media, Dewan Media Indonesia mengingatkan media untuk menghormati privasi dalam mendapatkan berita dan tidak memaksa Ariel, Luna Maya dan Cut Tari untuk bercakap atau membuat pengakuan. - Agensi
Ketuanya, Bagir Manan berkata, semua pihak boleh berharap ketiga-tiga artis mengatakan sesuatu tetapi tidak boleh memaksa mereka berbuat demikian, berdasarkan Kod Etika Kewartawanan yang ditetapkan.
Dewan Media turut menyatakan berlakunya pelanggaran etika dalam liputan media ke atas kes tersebut kerana keghairahan mendapatkan berita-berita berunsur peribadi. - AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan