Khamis, 24 Jun 2010

Syurga

Ada Muslim Enggan Masuk Syurga?

Imam Bukhari meriwayatkan sampai kepada Abu Hurairah r.a.,

bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

“ Semua umatku akan masuk syurga, melainkan yang enggan,

para sahabat bertanya; Wahai Rasulullah! Siapakah gerangan mereka

yang enggan(untuk dimasukkan dalam syurga?

Baginda menjawab : Sesiapa yang mentaati aku (memuliakan baginda, menghormati, mengikutnya) akan masuk syurga, adapun yang menentangku (memperlekeh, menghina, mentertawakan) baginda maka sesungguhnya mereka enggan untuk masuk syurga.”

Benarkah seluruh umat Nabi Muhammad s.a.w yang wujud selepas kewafatan

baginda termasuk kita yang hidup pada hari ini diberi keistimewaan untuk

dimasukkan dalam syurga Allah SWT?

Sedangkan manusia yang hidup pada hari ini terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa

,sama ada yang Islam atau bukan Islam, individu Islam yang beramal dengan

amalan-amalan atau ajaran-ajaran yang dikemukan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

mereka adalah golongan yang bersedia untuk bersama nabi dalam syurga.

Sementara yang bukan Islam pula, yang diberikan Allah akal fikiran yang waras,

termasuk banyak sumber atau cara mereka boleh memahami kebaikan dan kebenaran

ajaran agama Islam,tetapi masih tidak mahu memahami atau menerimanya ,

maka mereka tidak ada tempat di sisi Nabi Muhammad pada hari kiamat kelak.

Tiada ulasan: