Jumaat, 25 Jun 2010

MACAM MANA INI...MACAM ZINA NI BUKAN KESALAHAN BESAR DALAM AGAMA...BOLEH SELESAI DENGAN SEWENANG2NYA...INI BOLEH MENGGALAKKAN LAGI

Tetap sayang

Oleh Hadzlihady Hassan

2010/06/25

AMPANG: Dua remaja perempuan berusia 15 tahun berkongsi kisah sama melahirkan anak hasil hubungan terlarang dengan teman lelaki, namun tetap mahu berkongsi hidup dengan kekasih masing-masing.

Malah, kedua-dua remaja itu merayu polis agar tidak mengambil tindakan terhadap teman lelaki masing-masing.


Mereka kini ditempatkan di Hospital Ampang, manakala dua lelaki yang bergelar bapa kepada bayi dilahirkan itu diberkas selepas doktor membuat laporan polis kerana kedua-dua ibu muda terbabit gagal membuktikan mereka sudah berkahwin.


Berkongsi kisah itu, remaja pertama yang ditemui berkata, dia mengenali teman lelakinya berusia lingkungan 30-an sejak Ogos tahun lalu.


Menurutnya, selepas dua bulan mengenali teman lelakinya, mereka mula mengadakan hubungan seks sebelum dia disahkan mengandung.


“Selepas mendapati saya mengandung, saya berhenti sekolah. Keluarga juga sudah tahu tapi mereka bersetuju untuk mengahwinkan kami.


“Saya sayangkan teman lelaki dan dia sanggup bertanggungjawab...saya tak tahu doktor akan membuat laporan polis,” katanya.


Berikutan itu, dia berharap polis tidak menahan teman lelakinya dan memberi peluang mereka berkahwin secara sah.


Remaja terbabit melahirkan seorang bayi lelaki jam 3 pagi Sabtu lalu sebelum doktor membuat laporan polis kerana dia masih di bawah umur dan tidak mempunyai sebarang bukti perkahwinan.


Sementara itu, seorang lagi remaja turut ditemui di hospital sama memberitahu dia terpaksa memakai baju kurung besar setiap kali keluar rumah untuk mengelak rakan menyedari dia sedang mengandung.


“Saya dan teman lelaki belajar di sekolah sama dan dia kini sudah bekerja sebagai pelayan. Kami saling mengenali sejak tahun lalu dan kali pertama mengadakan hubungan seks, Mei tahun lalu.


“Selepas menyedari saya mengandung, saya pakai baju sekolah lebih besar untuk mengelak rakan mengetahui rahsia terbabit,” katanya.


Menurutnya, ahli keluarga sudah mengetahui perkara itu dan mereka bersetuju mengahwinkannya dengan teman lelaki.


“Kami memang saling mencintai dan teman lelaki saya seorang yang baik. Selepas kahwin saya akan berhenti sekolah dan menumpukan perhatian kepada keluarga.


“Saya harap polis dapat melepaskan teman lelaki yang ditahan kerana saya langsung tak membuat laporan, sebaliknya hanya doktor melaporkan kejadian itu,” katanya.

Remaja itu melahirkan seorang bayi lelaki Selasa lalu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat doktor hospital terbabit berhubung kejadian itu.


“Disebabkan dua remaja itu masih di bawah umur, kita menyiasat kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol dan setakat ini seorang teman lelaki remaja itu sudah ditahan untuk siasatan,” katanya. Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang remaja berusia 15 tahun menjadi mangsa rogol teman lelakinya selepas dia diberikan minuman sebelum menjadi khayal.


Mangsa mendakwa dibawa ke sebuah hotel selepas menjamu selera di sebuah restoran sebelum dia dirogol.


Berikutan itu, polis menahan seorang remaja berusia 16 tahun bagi membantu siasatan kes terbabit.

Tiada ulasan: