Artis bida plat mahal
metahad@hmetro.com.my
2010/06/27
KUALA LUMPUR: Nombor pendaftaran kenderaan satu atau dua angka yang dilabel sebagai nombor cantik bukan saja menjadi pilihan golongan ternama atau VIP, malah sekelompok selebriti tempatan apabila sanggup membelanjakan sejumlah besar wang semata-mata untuk mendapatkannya.
Semakan Metro Ahad pada laman elektronik interaktif kerajaan mendapati sekurang-kurangnya 10 artis pernah memiliki nombor pendaftaran cantik membabitkan bidaan antara RM300 hingga RM66,500.
Aktres popular, Fasha Sandha memiliki beberapa nombor pendaftaran seperti WSX 28, WPY 111 dan WKG 1984, Asmawi Ani (MAW 1) dan Tiara Jacquelina (TJ 10).
Pelakon drama dan filem, Zul Huzaimy pula menggunakan AGC 515 dan WMM 515, Rozita Che Wan (WQA 93) dan Awal Ashaari (AW 41 dan AFM 41).
Artis berkulit gebu, Zizie Ezette Samad dikatakan pemilik nombor pendaftaran WRY 2121, Azhar Sulaiman MAF 14 manakala AC Mizal, AAC 1.
Selain itu, suami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, disahkan memenangi bidaan nombor pendaftaran kenderaan KCT 1.
Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K disahkan memenangi bidaan dengan nilainya RM66,500 mengikut senarai yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, baru-baru ini.
Nama Datuk K disenaraikan dengan nilai bidaan paling tinggi dan beliau antara 193 pemenang bidaan bagi pelbagai nombor pendaftaran KCT dengan nilai antara RM300 dan RM23,500.
Difahamkan, nombor pendaftaran kenderaan berkenaan menjadi pilihan Datuk K disebabkan ia membawa maksud gabungan antara nama beliau dan penyanyi nombor satu negara itu.
Siti Nurhaliza juga pernah menggunakan nombor cantik pada kenderaannya termasuk ABP 2001 pada kereta Proton Waja Auto Premium 1.6 yang dimenangi untuk Anugerah Bintang Paling Popular 2001 anjuran Berita Harian.
Selain itu, penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu didapati pernah menggunakan nombor pendaftaran kenderaan cantik seperti WKF 1, WPT 11, WJA 9966, WNH 9966 dan CAV 9966.
Sementara itu, penyanyi lelaki popular, Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok yang turut menggunakan nombor pendaftaran cantik pada kereta Toyota Caldina miliknya mengakui membuat bidaan.
Namun dia menjelaskan, bidaannya tidak membabitkan jumlah besar kerana mungkin nombor berkenaan tidak menarik pilihan orang lain.
“Tak sampai ribu-ribu pun saya masuk tender tetapi ratusan ringgit jugalah digunakan untuk mendapatkan nombor berkenaan kerana ia memberi makna istimewa kepada saya.
“Saya berasa tidak perlu dijelaskan makna istimewa itu dan didedahkan nombor pendaftaran kereta saya, tetapi nombornya sememangnya sungguh bermakna,” katanya
KOMEN...MUDAH AJE...BERBANGGA2....MENUNJUK2 KEKAYAAN....BERMEWAH2..MEMBAZIR DAN SEWAKTU DENGANNYA HARAM...FIKIR2KAN ATAU TANYA USTAZ@ULAMAK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan