Jais beri kaunseling
2010/06/30
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Selangor mengakui empat penguat kuasanya termasuk seorang pegawai dipanggil untuk diambil keterangan dan diberikan kaunseling oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana tidak menunaikan solat Jumaat dan berada dalam sebuah premis urut di Kelang, Jumaat lalu.
Pengarahnya, Johari Yusof, berkata berdasarkan maklumat, mereka yang terbabit bukan ditangkap, sebaliknya dipanggil untuk diambil keterangan dan diberikan kaunseling.
“Jais tak tangkap mereka. Kes itu adalah atas dasar ambil berat pejabat agama kononnya tak solat,” katanya, ketika dihubungi semalam. Muka depan Harian Metro semalam melaporkan empat penguat kuasa imigresen itu ditahan penguat kuasa Jais dalam sebuah pusat urut dipenuhi ‘cewek’ Indonesia yang dipercayai turut menawarkan khidmat urut batin dan seks, Ketika dicekup pada jam 2.15 petang Jumaat lalu, keempat-empat penguat kuasa yang berusia 25 dan 30 tahun itu memberi alasan memantau pendatang asing di premis berkenaan kira-kira 100 meter dari sebuah masjid di pusat bandar Klang. Bagaimanapun, Johari menafikan empat penguat kuasa imigresen itu memberikan alasan sedemikian.
“Mereka tak pernah kata buat pemantauan dan mereka tidak ditangkap kerana mereka hanya berada di lobi pada waktu serbuan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan