NEGARA
Dua wanita ditahan
RAWANG - Tindakan pantas polis menjalankan siasatan berhubung kes pembuangan bayi lelaki dapat menahan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kejadian itu di Jalan Mawar 6, Taman Mawar di sini semalam.
Suspek berusia 18 tahun itu ditahan di rumah ibu saudaranya berhampiran kawasan itu kira-kira 10.30 pagi selepas sejam membuang bayi yang masih bertali pusat itu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek dari Taman Puchong Permai ditahan di sekitar Rawang dan bersama-sama wanita itu, pihaknya merampas uri yang telah dibuang olehnya berhampiran lokasi bayi itu dijumpai.
"Siasatan awal mendapati, bayi tersebut dipercayai baru sahaja dilahirkan semalam hasil daripada hubungan sulit suspek dengan teman lelakinya sejak Oktober tahun lalu.
"Suspek masih lemah ketika ditemui. Dia bersama bayinya dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut," katanya yang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu membuang bayi.
Sementara itu, seorang suri rumah, Jamilah Nazardin, 30-an, memberitahu, dia merasa pelik sebaik terdengar bunyi tangisan bayi selepas bangun dari tidur.
Katanya, dia terkejut apabila mendapati seorang bayi lelaki yang dibalut dengan kain ditinggalkan di situ. Dia kemudian menghubungi polis bagi memaklumkan mengenai penemuan itu.
KOMEN...ADAKAH KITA MEMANDANG SEPI HUKUM ALLAH...ATAU MEMIKIRKAN MASIH TAK SESUAI DILAKSANAKAN...ATAU TUNGGU KITA MATI...SOK NAK JAWAB DIPADANG MAHSYAR...ATAU SEBAB PANGKAT SERTA KEMEWAHAN DUNIA KITA BERDIAM DIRI...INGAT!!! BUATLAH APA YANG ENGKAU SUKA...TAPI INGAT ENGKAU AKAN DITANYA DAN DIBALAS AKHIRAT NANTI...SIKIT LAGI KOMEN...KIRA2LAH UMUR....AGAK2 LAGI LAMA KE MATI....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan