Ahad, 27 Jun 2010

MUNGKIN TERLEBIH AKAL...AGAK2LAH


Resort mewah hanya untuk anjing, kucing


2010/06/27

LOS ANGELES: Sebuah resort mewah dibuka di Walt Disney World Resort di Florida dilengkapi suite berhawa dingin dengan kemudahan televisyen dan taman air tetapi sedikit berbeza kerana ia dikhaskan untuk anjing dan kucing.

Best Friends Pet Care Resort mempunyai keluasan melebihi 4,600 meter persegi ruang dalam dan luar.

Dilengkapi kawasan bermain dan bilik untuk kemudahan bermalam lebih 270 anjing dan 30 kucing selain binatang peliharaan kecil seperti hamster, arnab, feret dan tikus kasturi.

Bagi pemilik yang mahu haiwan peliharaan mereka mendapat keselesaan lebih baik. Resort itu turut menawarkan empat suite VIP.

Suite itu dilengkapi televisyen, katil dan halaman luar peribadi, taman air seluas 121 meter persegi, salun kecantikan, kemudahan ortopedik dan makanan seperti ais krim serta biskut tuna.

Sasaran kami bagi memastikan haiwan peliharaan di resort kami gembira, bercuti sama seperti percutian keluarga mereka di Walt Disney World, kata Dennis Dolan, Presiden dan juga ketua pegawai eksekutif Best Friends Pet Care dalam satu kenyataan.

Best Friends Pet Care Inc diasaskan pada 1991 mengendalikan lebih 40 pusat penjagaan haiwan di 18 negeri di Amerika Syarikat dan lima tempat penjagaan di Walt Disney World Resort. Reuters

Tiada ulasan: