Sabtu, 19 Jun 2010

DARI FACEBOOK.....HARUS DIFIKIRKAN...TU LAH BUAT KENYATAAN PAKAI BELASAH@AGAK2....


Salam sahabat yg d kasihi oleh Allah taala sekalian....semalam China mngumumkn akan memantau dn memastikn judi bola d negera tersebut tidak akan berlaku sama sekali......dgn pengumuman ini, meletakkn kewibawaan Mahathir yg d katakn sorg tokoh Islam yg brpelajaran tinggi kpd sorg yg berkate sebelum berfikir atau lebih tepat adelh berckp mcm budak tadika...So, apekh tujuan Tun sbnrnye?? adekh beliau d sebalik perojek meluluskn lesen-lesen judi d msia termasuk Judi Bola nie krn sampai sngup brfikiran pra-matang yg mngatakn :

Bantah Judi Bersifat Politik

Kuala Terengganu - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad menyifatkan bantahan pelbagai pihak terhadap langkah kerajaan mengeluarkan lesen judi Bola sepak dunia lebih bersifat politik.
Menurutnya, dalam Islam tidak di nafikn judi adalah haram, namun pengeluaran lesen adalah satu usaha bagi memastikan kegiatan itu tidak berleluasa dan ia di berikan untuk orang bukan Islam.
Dr Mahathir berkata, bantahan yang di lakukan itu hanya politik semata-mata, bukan kerana Islam, sebab tidak mungkin DAP menyokong ajaran Islam.
"Sekarang terdapat judi di Genting Highland, toto, tapi yang judi bola saja tidak boleh. Ini politik. Kita kena asingkan soal politik dengan agama (tapi) bagi Pas, agama adalah alat politik mereka",katanya.

-sinarharian-

kehkeh =))




JUDI JELAS MEMANG HARAM....BERANI LAWAN HUKUM ALLAH...ALLAH DAH BAGI HIDUP DAH NASIB BAIK....



Judi sukan: PPP sokong Najib
Regina Lee
Jun 19, 10
12:28pm

Dalam usaha untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dikecam hebat oleh rakyat berhubung isu lesen judi sukan Kumpulan Berjaya, PPP hari ini mengambil pendirian yang sama dengan MCA, iaitu kelulusan berkenaan mesti diimbangi dengan peraturan yang ketat.

"Sebab utama bagi memberi lesen judi adalah untuk memastikan pertaruhan haram disekat dan bagi memastikan orang ramai tidak menjadi mangsa kepada sindiket judi haram, yang sehingga kini tidak berjaya dibanteras,” kata presiden PPP, Datuk M Kayveas pada ucapan perasmian mesyuarat agung tahunan parti itu pagi ini yang turut dihadiri oleh Najib.

"Negara kita telah lama membiarkan beberapa pertaruhan dan loteri dijalankan. Malah, tempat perjudian utama adalah di Genting Highlands.

"Hanya bdengan penguatkuasaan yang ketat, kita akan pastikan rakan-rakan Islam tidak terbabit dengan judi yang diberikan lesen itu,” katanya.

Diskaun 10 peratus

Kayveas pada ucapannya juga meminta diskaun 10 peratus bagi pembelian hartanah diberikan kepada golongan bukan bumiputera yang mempunyai pendapatan kurang RM3,000 sebulan.

Pada masa ini, semua bumiputera tanpa mengira status kemampuan mereka menikmati potongan 10 peratus apabila mereka membeli rumah. Tindakan afirmatif kerajaan itu bertujuan mengalakan bumiputera memiliki rumah.

Beliau juga 'merayu' kepada Najib untuk mencari jalan bagi membantu masyarakat India di negara ini bagi mencapai tiga peratus ekuiti yang dijanjikan sejak negara mencapai kemerdekaannya 53 tahun lalu

Tiada ulasan: