Khamis, 24 Mei 2012

NALURI SEMUA MANUSIA NAK SYURGA...NAK SYURGA TINGGALKAN MAKSIAT...ZINA..MABUK...BUNUH ORANG...RASUAH...MENIPU..AMBIK HAK RAKYAT...DLL...KERJA UNTUK ALLAH...KERJA UNTUK ISLAM...MATI BIAR DALAM MEMPERJUANGKAN ISLAM...BUKAN MATI DALAM MAKSIAT SERTA DERHAKA PADA ALLAH SWT....

Akhirnya Muhyidin setuju sekolah tinggi Cina Kuantan

Harakahdaily, 24 Mei 2012

(Perhimpunan merah di Kuantan)

KUALA LUMPUR: Walaupun pada awalnya menolak cadangan pembinaan sekolah tinggi Cina bebas di Kuantan, Menteri Pelajaran didakwa akhirnya menyokong cadangan itu.

Menurut  Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda MCA, Chong Sin Woon dalam satu kenyataannya hari ini, Muhyidin telah menyelesaikan isu itu dengan MCA.

"MCA sentiasa bersedia membantu pembinaan sekolah bebas Cina dan tidak pernah mengabaikan untuk mempertahankan kepentingan Cina," kata beliau dalam satu kenyataannya hari ini.

Lebih 5,000 orang menghadiri perhimpunan aman di Kuantan 20 Mei lalu untuk menggesa kerajaan menubuhkan sebuah sekolah tinggi Cina di bandar itu.

Hadirin berpakaian merah itu berhimpun di satu padang di bandar tersebut dengan khemah dan kain rentang yang disediakan kumpulan pendidikan Cina dan parti politik.

Perhimpunan selama satu jam itu dianjurkan oleh Persekutuan Lembaga Pengurusan Sekolah Cina Pahang untuk menuntut Sekolah Tinggi Bebas Chong Hwa di Kuala Lumpur dipindahkan ke bandar itu.

Berucap di majlis itu ialah pengerusi persekutan lembaga tersebut Lim Chin Chee, presiden Persekutuan Persatuan Cina Malaysia Pheng Yin Huah dan pengerusi Dong Zong Yap Sin Tian.

Dua resolusi diluluskan di perhimpunan tersebut – menyokong sepenuhnya penubuhan sebuah sekolah tinggi bebas dan Kuantan dan menggesa kerajaan mendengar tuntutan rakyat supaya meluluskan penubuhan tersebut.

K-Pop punca kuliah Ustaz Azhar Idrus dibatal

al-hajari.blogspot.com, 24 Mei 2012


(Ini buktinya)

Semua orang tau yang kuliah perdana Ustaz Azhar Idrus di PICC yang dijadualkan pada 26 Mei ini telah dibatalkan, dan lokasinya telah berpindah ke Masjid As-Salam, Puchong Perdana.
Aku pernah bangkitkan hal ini secara loose tak lama dulu.

Difahamkan Setiausaha Politik Najib, Dato Jailani Ngah telah meminta menghubungi JAKIM agar membatalkan kuliah tersebut. Antara alasan yang diberikan adalah kuliah itu akan berlangsung serentak dengan sambutan Himpunan Belia Negara anjuran BN juga di Putrajaya. Kononnya dikhuatiri akan berlaku pertembungan program dan kesesakan lalulintas yang teruk di Putrajaya.

Come on la - Putrajaya ni jalannya kecik macam KL ke? Putrajaya ni padat macam KL ke? Putrajayalah satu2nya bandar yang aku rasa aku berani baring atas jalanrayanya tanpa risau untuk dilanggar. Punyalah lengang Putrajaya ni. Lagipun, PICC terletak agak jauh daripada pusat sambutan Himpunan Belia itu dan tidak ada sebab untuk merisaukan kesesakan lalulintas!

Apakah pihak penganjur yakni BN takut kurangnya sambutan terhadap Himpunan Belia itu lantaran semua belia tertumpu ke Azhar Idrus? Come on - bukankah baik sekiranya para belia kita mendekati agama dan guru2 agama? Mengapa perlu dianggap kuliah2 agama sebegini sebagai ancaman?

Sekian lama belia2 kita disogokkan dengan hiburan dan karnival yang melalaikan. Bukankan molek sekiranya belia2 dan remaja2 ini dicambahkan dengan nur Islami?

Tetapi, yang menyedihkan ialah kerajaan BN lebih mengutamakan konsert K Pop berbanding kuliah Ustaz Azhar. Pada malam 26 Mei itu, rupanya penganjur Himpunan Belia telah menyediakan satu tentatif program persembahan konsert dari sebuah kumpulal K Pop yang terdiri dari sekumpulan anak2 gadis korea yang seksi meksi. Jadi, secara asasnya kerajaan BN yang menganjurkan Himpunan ini lebih mengutamakan "pengisian" artis K Pop korea yang seksi itu berbanding pengisian agama oleh Ustaz Azhar Idrus.

Inikah kerajaan yang kononnya mendakwa depa menegakkan Islam?

Aku tau, akan ada puak UMNO kutuk hal ni dengan kata "Ustaz Azhar tak berceramah agama, tapi dok kutuk mengutuk dan cerita politik". Sapa yang dok kata begitu, dia adalah BODOH dan jahil. Pernahkah korg pergi mana2 ceramah Ustaz Azhar? Lihat tak selautan manusia yang membanjiri mana sahaja lokasi Ustaz Azhar dan ini termasuklah mat rempit, kutu lepak, kaki rayau dan pelbagai lagi golongan yang dianggap sampah masyarakat? Apakah dalam setiap kuliahnya, pengisian utama Ustaz Azhar adalah mengutuk UMNO BN, caci maki suka suki dan sebagainya?

Tolong jangan jadi bodoh.

Apakah kononnya "kutuk mengutuk" dan "cerita politik" itu boleh dijadikan dalil untuk lebih menghalalkan konsert K Pop itu? Sila jawab dengan akal yang dipandu iman bukannya dipandu punggung para veteran tentera.

Wahai para mufti, wahai para ulama muda UMNO, wahai Hasan Ali - MANAKAH KORANG????
--------------------------------------------------------
Sumber http://al-hajari.blogspot.com/2012/05/k-pop-punca-kuliah-ustaz-azhar-idrus.html
— with Pengundi Pas Kedah, Ustazthrash Mujahid, Sam Presiden and 22 others.

Debat Najib Anwar tidak perlu - Tengku Adnan

Harakahdaily, 24 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Harapan rakyat untuk melihat debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hampa apabila ditolak oleh pemimpin Barisan Nasional (BN).

Setiasaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) berkata, debat di antara Najib dengan Anwar tidak perlu.

"Tidak perlulah moderator debat semalam mengajukan cadangan supaya Perdana Menteri berdebat dengan Anwar kerana semua maklum bahawa geng-geng pembangkang ini, apatah lagi Anwar akan sengaja (dalam debat itu nanti) nak cetuskan suatu keadaan untuk mendapatkan 'mileage' politik.

"Lagi pun ada perkara-perkara lain yang lebih penting dari politik dengan Perdana Menteri sendiri ketika ini bekerja keras nak pastikan nasib rakyat terus terbela.

"Kita nak pastikan janji kita ditunaikan untuk rakyat sebab kalau tengok di Selangor sendiri yang diperintah oleh kerajaan negeri PKR banyak sungguh janji masih belum ditunaikan.

''Tambah lagi sistem politik kita berbeza dengan di Eropah dan Amerika Syarikat... di sini tidak ada presidential election (pilihan raya Presiden)," kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.

Tengku Adnan mengulas cabaran yang dilontarkan Dr. Maszlee, pengendali debat bertajuk Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi yang berlangsung di Kompleks Karangkraf kelmarin supaya Najib berdebat dengan Anwar mengenai isu-isu politik tanah air.

Debat anjuran akhbar Sinar Harian berkenaan melibatkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli.

Islam dari Nik Aziz sama dengan Arab - Duta Jepun

Salmah Mat Husain, 24 Mei 2012

(Duta Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura, menandatangani buku pelawat dengan diperhatikan Menteri Besar dan Husam)

KOTA BHARU: Duta Jepun ke Malaysia Shigeru Nakamura, mengakui menerima penerangan yang sama berhubung Islam dari Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin Islam di Arab Saudi.

Katanya, sewaktu menjadi duta ke Saudi sebelum ini, beliau pernah diberi penerangan oleh pemimpin Islam di negara itu bahawa Islam bukan agama kekerasan sebagaimana yang didakwa oleh pihak tertentu.

Beliau berkata demikian ketika mendengar penjelasan Tuan Guru Nik Aziz di pejabat Menteri Besar itu dalam lawatan rasminya pagi tadi.

“Penjelasan tuan yang mendakwa Islam bukan agama ganas, sama sebagaimana yang pernah diterangkan oleh pemimpin Arab sewaktu saya mengunjungi mereka ketika menjadi duta di sana,”ujarnya.

Terdahulu Tuan Guru berkata orang Eropah begitu bermusuh dengan Islam sehingga membuat fitnah Islam agama ganas dan lain-lain lagi dengan tuduhan yang tidak benar.

Tuan Guru turut menjelaskan umat Islam mesti berpegang teguh pada ajarannya apa lagi sebagai seorang pemimpin.

“Kerana berpegang teguh pada ajaran itu, alhamdulillah syukur setakat ini tiada lagi pemimpin dan pegawai kerajaan negeri yang ditangkap kerana rasuah,”ujarnya.

Pada masa yang sama Duta Jepun itu juga turut mengakui hubungan antara negaranya dengan Malaysia begitu harmoni.

Sambungnya, ianya merangkumi kerjasama yang melibatkan pendidikan, budaya dan lain-lain.

Pada masa yang sama beliau yang hadir bersama isterinya memuji kraftangan rakyat Kelantan begitu cantik dan halus terutama sekali batek.

Selama tiga hari negeri ini, mereka dibawa melawat Pantai Kuala Pak Amat tempat pendaratan tentera Jepun, beberapa buah muzium dan lain-lain lagi.

Turut hadir dalam pertemuan itu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa dan Setiausaha Sulit Khas Menteri Besar, Rusdi Abdullah.

Bila lagi lesen radio untuk Kelantan?

Rizal Tahir, 24 Mei 2012


(Tuan Guru Nik Aziz mencuba sukan memanah anjuran Yik)

KOTA BHARU: Tindakan Kerajaan Pusat yang masih membisu tentang permohonan Kelantan untuk mendapatkan lesen stesyen radio  sendiri disifatkan sebagai pemikiran lapuk.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul  Aziz Nik Mat berkata, kerajaan negeri memohon surat untuk mendapatkan kebenaran itu ketika Allahyarham Datuk Mohamed Rahmat menjadi Menteri Penerangan lagi.

Katanya, tindakan berdiam diri tanpa sebarang jawapan itu tidak wajar dilakukan oleh Kerajaan Pusat sehingga sekarang.

“Tindakan ini masih berfikiran kekampungan dan amat tidak wajar dilakukan oleh menteri-menteri di peringkat pusat.



“Mereka menganggap seolah Malaysia ini milik nenek moyang mereka, ini suatu kecelakaan yang menimpa pemikiran orang Melayu,”ujarnya.

Berikutan kegagalan kerajaan Pusat menyediakan ruang itu, kerajaan negeri katanya telah melancarkan radio sendiri RTV melalui saluran internet.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis perasmian Sukan Memanah Peringkat sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Maahad Muhammadi.

Turut hadir anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood  dan Datuk Mohd Amar Abdullah serta pengetua-pengetua sekolah agama Yik.

Tambahnya, radio dan televisyen ini akan digunakan sebaiknya oleh kerajaan negeri untuk menyiarkan program serta aktiviti kerajaan negeri.

Sempena majlis ini, Tuan Guru menunjukkan kebolehan memanah.

Sebanyak Sembilan buah sekolah Yik menerima peralatan memanah dari Tuan Guru.

Awani potong cabaran debat Najib-Anwar

Harakahdaily, 24 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Astro Awani dalam siaran ulangannya semalam, memotong bahagian moderator Dr Maszlee Malik yang mencabar debat antara Datuk Seri Najib Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan segera.


(Dr Maszlee, moderator debat Rafizi KJ yang memanaskan Najib)

Malam semalam, stesen berbayar itu menyiarkan secara langsung debat PTPTN anjuran Sinar Harian antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang dikendalikan Dr Maszlee Malik sebagai perantara.

Menariknya, dalam debat itu moderator secara terbuka mencabar perdana menteri dan ketua pembangkang berdebat sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Tindakan itu sekaligus menghangatkan semula politik tanah air apabila cadangan debat itu sebenarnya pernah dibuat sendiri oleh Anwar sejak tahun lalu, namun tidak dilayan oleh Najib sehingga isu itu tenggelam begitu sahaja.

Namun dengan cadangan terbaru Maszlee dalam forum yang dipancar secara langsung di televisyen swasta itu, membuka semula isu tersebut untuk diperdebat rakyat.

Di Facebook, Twitter, blog sibuk memperkatakan perkara itu dan mahu Najib menerima cadangan untuk berdebat dengan Anwar yang telah lama dinanti-nanti oleh rakyat.

Di Youtube pula, rakaman cabaran debat yang diajukan oleh moderator itu juga turut dimuat naik.

Bagaimanapun Astro didakwa memotong bahagian cabaran debat itu pada siaran ulangannya semalam.

Harakahdaily diberitahu, sebaik sahaja selesai debat itu, beberapa pemimpin Umno yang turut hadir telah menyerang pihak Astro kerana menyiarkan cabaran Dr Maszlee itu secara langsung.

Saman Khalid Samad: Utusan kalah lagi

Harakahdaily, 24 Mei 2012
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak dengan kos rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Utusan membayar gantirugi RM60,000-00 kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad.

Pada 21 November lalu Hakim Prasad Sandhosham Abraham telah memutuskan bahawa artikel di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 10 September 2009 bertajuk 'ZULKIFLI BIDAS ‘PAK JANGGUT’ ” adalah memfitnah ke atas Khalid Samad.

Antara lain artikel tersebut menulis:

'Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membidas individu yang digelarnya ‘Pak Janggut’ yang sanggup memutar belit ayat-ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seskyen 23, Shah Alam yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di kawasan itu.

Menurutnya, ‘Pak Janggut’ turut menyalahkan umat Islam di Seksyen 23 kerana tidak bersikap adil dalam membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka.

“Yang paling pelik, ‘Pak Janggut’ ini sanggup memutar belit ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil,'katanya
.'

Mahkamah memutuskan perkataan “Pak Janggut” di artikel tersebut adalah merujuk kepada Khalid Samad kerana sebelum artikel tersebut diterbitkan, Khalid ada menulis surat kepada penduduk seksyen 23 Shah Alam supaya mereka berlaku adil walaupun ke atas orang bukan Islam dalam isu penempatan semula kuil hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam.

Utusan telah memfailkan rayuan ke atas keputusan hakim tersebut di mana rayuan tersebut telah didengar pada pagi ini di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Pada prosiding pagi ini Mahkamah telah membenarkan permohonan Notis Usul yang difailkan oleh Khalid Samad bagi membatalkan rayuan Utusan atas alasan Notis Rayuan tersebut cacat kerana pihak Utusan telah gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah Rayuan terlebih dahulu sebelum memfailkan rayuan mereka.

Ketika membacakan keputusannya pagi tadi Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyatakan bahawa beliau, Hakim Datuk Azhar Haji Ma’ah dan Hakim Datuk Abdul Wahab Patail iaitu panel hakim yang mendengar rayuan tersebut sebulat surat menolak rayuan Utusan kerana kecacatan rayuan tersebut.

Mahkamah menyatakan rayuan tersebut adalah bercanggah dengan seksyen 68 (1) (a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang memperuntukkan bahawa sebarang rayuan yang kurang dari RM 250,000-00 wajib mendapatkan kebenaran Mahkamah terlebih dahulu.

Mahkamah juga memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000-00 kepada Khalid Samad.

Khalid Samad diwakili oleh Cik Azhana binti Khairudin dari Tetuan Mohamed Hanipa & Associates manakala Utusan diwakili oleh Encik Mohana Kumar dari Tetuan Shafiee Mohan.

Makin ramai sertai PAS ketika dituduh negatif

Harakahdaily, 24 Mei 2012
KUALA LUMPUR: “Penyertaan Datuk Fauzi Shaari ke dalam PAS membuktikan PAS semakin relevan di hati rakyat dan diterima baik oleh rakyat pelbagai peringkat,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd Nor (gambar).
Sehubungan itu, katanya DPPM mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan penyertaan Datuk Fauzi Shaari, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ke dalam PAS.

Katanya, keberanian Fauzi melangkah ke dalam PAS secara terang-terangan wajar dicontohi oleh rakyat yang mahu melihat perubahan dalam negara ini.

Menurutnya, meskipun pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap PAS dengan tuduhan yang negatif, ia tidak mematahkan hasrat rakyat mendekati dan memasuki PAS secara berbondong-bondong.

Malah, ujarnya lebih banyak tuduhan buruk kepada PAS melalui media dibuat, semakin ramai menyertainya.

“Ternyata kempen memburukkan PAS secara besar-besaran telah gagal kerana rakyat semakin celik maklumat dan tahu realiti sebenar,” ujarnya.

Katanya, ia juga sebagai bukti bahawa Umno telah gagal dalam memastikan pembelaan rakyat khususnya umat Islam dan bangsa Melayu sewajarnya.

Menurut Riduan, segala dasar dan tindakan mereka selama ini gagal memaut hati rakyat agar memberikan kepercayaan kepada mereka.

Rakyat pula, tambahnya semakin mempersoalkan kemampuan Umno membela nasib umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini dalam keadaan gejala keruntuhan akhlak dan akidah semakin menjadi-jadi manakala hukum Islam dijadikan bahan guraun sahaja.

Beliau menambah, rakyat juga sudah muak melihat telatah pemimpin negara yang melakukan kemungkaran secara terang-terangan seperti rasuah, penyelewengan kuasa, ketirisan, pemborosan serta pelbagai skandal yang memalukan negara.

Dalam pada itu, katanya DPPM pula menganggap kenyataan Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri yang mendakwa tindakan Datuk Fauzi sebagai mengkhianati kerajaan dan mengguris hati golongan bekas polis sebagai tidak wajar.

“DPPM menegaskan, sebagai sebuah negara demokrasi, beliau perlu menghormati hak individu lain untuk menyertai mana-mana parti politik yang di sukainya,” ujarnya.

PAS, jelasnya bukan sebuah pertubuhan haram, ia adalah sebuah parti politik yang berdaftar di negara ini sejak tahun 1951.

“Lebih dari itu, perjuangan PAS adalah untuk menegakkan Islam.

“Tidak ada salahnya insan seperti Datuk Fauzi menyertai PAS, malah beliau patut dipuji kerana mahu bersama sebuah organisasi yang memperjuangkan Islam,” katanya lagi.

Mustapa kena tanya artis kenapa sokong PAS

Harakahdaily, 24 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 24 Mei: Datuk Seri Mustapa Mohamed ketinggalan keretapi dari sudut memahami ajaran Islam walau pun sudah lanjut usia, kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.


“Pemahaman Islam, politik dan dakwah masih lagi kabur. Macam mana beliau hendak menjadi Menteri Besar Kelantan sekiranya tasawwur Islam masih kabur,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, beliau mempersoalkan kenapa perlu memisahkan Islam dengan politik dan dakwah.

“Bukankah perkara ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain?

“Jika artis boleh faham, kenapa beliau tidak boleh faham,” ujarnya.

Jelasnya, artis yang memilih PAS kerana dasar parti itu ialah Islam seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS Fasal 3.

Soalnya, kalau artis yang berhijrah kepada PAS maka dianggap berpolitik, bagaimana pula artis yang bersama Umno.

“Saya pernah dimaklumkan oleh Bob Lokman sewaktu beliau membantu kempen Umno pendapatan begitu lumayan, sedangkan beliau bersama dengan PAS ialah untuk memberi sumbangan kepada perjuangan Islam melalui wadah PAS.

“PAS tidak menjanjikan apa-apa habuan dunia,” jelasnya lagi.

Sepatutnya, kata beliau Mustapa kena kaji kenapa artis boleh beralih kepada PAS.

Beliau berkata, Mustapa perlu melihat balik apakah Umno masih relevan dari segi perjuangan bangsa atau agama.

“Kenapa Islam tidak dihayati oleh pemimpin Umno, malahan akhlak dan perkara asas aurat tidak ada peningkatan.

Menurutnya, mungkin Mustapa merasa pelik, ketika pemimpin Umno dan media Umno mengatakan PAS ajaran sesat dan berbagai label dilemparkan namun semuanya tidak mengurang sokongan kepada PAS termasuk artis.

“Kenapa mereka menjauhkan diri dengan Umno?

“Ini yang sepatutnya dikaji oleh beliau,” ujarnya.

Tiada ulasan: