Selasa, 22 Mei 2012

DAKWA DIDUNIA.... MUSUH2 TAK TERLEPAS...MEREKA PULA DIAKHIRAT TAK LEPAS...NAK LARI KE MANA...ITU PUN SELAGI ADA KUASA DITANGAN...KENA JUGA UKUR HAYAT DIBADAN..HAYAT KUASA YANG ADA...BENAR...ANJING BABI...JUGA CIPTAAN ALLAH TAPI DILARANG...NI SEMATA2 UNTUK MENGUJI KEIMANAN MANUSIA...BAGAIMANA PULA KISAH NABI LUT AS....SUSAH KALAU FIKIRAN KACAU...

Rais Jangan Ukur Panjang Saja, Lilit Pun Kena Ukur Juga

http://www.msomelayu.blogspot.com/, 22 Mei 2012
Nampaknya si pembakar jambatan, Rais Yatim terus mencari alasan untuk menolak Bersih 3.0 dan cuba memperkecil-kecilkannya. Bukan saja untuk Bersih 3.0, Bersih 2 dulu pun beliau telah membuat arahan kepada pegawainya supaya membuat laporan negatif. Salah satu aspek ianya dari segi jumlah yang hadir pada himpunan berkenaan.

Kalau tidak silap (ada saya catat dalam blog) arahan diberikan Rais seperti mana didedahkan salah seorang pegawainya, Rais arah supaya laporan dibuat senegatif yang boleh. Angka kehadiran Bersih 2 yang disebut ketika itu sekitar 6,000 sahaja, walhal dalam hitungan rawak saya yang hadir sekitar 65,000 walaupun ada pihak mendakwa lebih 100,000.

Rais Jantan@Yatim
Kali ini hal yang sama berlaku. Rais sekali lagi menumpukan kepada jumlah yang hadir. Kali ini angka yang dikutip agak besar berbanding dengan Bersih 2 iaitu sebanyak 27,270 orang. Angka ini seperti spesifik dan tulen. Sumber itu dikutip Rais dari laporan Bernama? Apa itu Bernama? Iya adalah agensi kerajaan. Bernama maksudnya "Berita Nasional Malaysia", agensi rasmi kerajaan.
Untuk memperkuatkan hujah itu Rais memadankan dengan angka disebut oleh BBC iaitu sebanyak 25,000. Mungkin Rais meminta Bernama memberi angka saguhati kepada Bersih sebanyak 2,270 orang. Mungkin tambahan angka itu Rais mengutipnya dari Utusan Malaysia.

Menurut Rais angka itu lebih tepat daripada angka yang diperbesar-besarkan Anwar Ibrahim di luar negara. Menurut gemburan Anwar lebih 300,000 yang hadir pada himpunan Bersih 3.0. Rais mendakwa angka disebut itu dibuat melalui sistem blok fotografi dan bukan agak-agakan minda sahaja. Iya lebih tepat. Saya nak tanya apakah atau gambar manakah yang diukur dan apakah ia dibuat dari semua dimensi atau hanya di Jalan Raja saja. Rais kalau benar dan jujur jangan ukur dari sekeping gambar saja tetapi semua gambar. Dalam hal ini kalau hendak ukur jangan panjang saja, tetapi lilit pun kena ukur juga.

Biarlah Rais hendak kata apa dan memberi kredit berapa jumlah yang hadir. Tidak kisah. Dalam hal ini mungkin jumlah kehadiran tidak berapa penting, tetapi impak dari Bersih itu yang penting. Sampai hari ini topik Bersih belum dilupakan. Di mana-mana orang bercakap dan kejayaan itu menyebabkan ada yang mahu agar diadakan Bersih 4.0. Kalau Berih gagal kenapa kerajaan terus sibuk sampai menubuh panel penyiasat khas untuk menyiasat Bersih. Siasatan itu lebih terarah untuk mengambil tindakan ke atas penganjur Bersih.

Jika Bersih 3.0 tidak ada kesan dan membimbangkan UBN untuk apa ia disiasat. Tujuan siasatan ialah untuk menyekat acara itu di masa akan datang. Rakyat umum tahu akan maksud dan tujuan siasatan ini, apakah Rais bebal mengenainya. Tidak... kerana itu beliau cuba negatifkan Bersih dan cuba memberi gambaran dari berbagai sudut bahawa Bersih gagal.

Begitu juga dengan tukang kempen Umno sudah kehabisan akal sehingga diberi akal itu oleh Rais dengan memberi angka yang 'sebenar' yang menghadiri Bersih untuk berdepan dengan orang ramai. Usaha itu nampaknya gagal dan orang awam tidak mempercayai. Sebabnya mudah, gambaran akan jumlah kehadiran itu diberikan oleh tv dan media penjilat bontot, telah dipadam ataupun diperbetulkan oleh foto dan you tube bebas yang kini berselerakan dan tersebar luas dalam internet. Wartawan tidak bertauliah memberi laporan lebih jelas dan adil mengenai Bersih berbanding dengan wartawan yang menggantungkan kad media yang dikeluarkan Jabatan Penerangan Malaysia.

Inilah bahaya media baru kerana ia tidak dapat menyembunyikan sesuatu yang cuba disorot atau dipaling pentingkan cerita sebenar. Media baru akan menjawab pembohongan dan penipuan yang cuba dilakukan orang seperti Rais Yatim itu. Media baru tidak tolol dan 'bundak' seperti media penjilat buntut kerana media baru tidak ada tuan atau pun orang yang mengawal dan memegang tangan mereka dari menyatakan yang benar.

Sedikit tip untuk Rais kalau Umno masih terus mahu menipu rakyat dengan manipulasi berita oleh media usang, tutuplah kebebasan media baru ini. Selagi ia dibuka maka selama itulah Rais akan kehilangan akal, idea dan akan lenguh mulut untuk memusing cerita kepada rakyat. Cakap-cakap Rais hanya menghabiskan air liur saja.

Seperkara lagi kenapa Rais beriya-iya untuk membilang para himpunan Bersih. Kenapa tidak dikira juga berapa ramai yang hadir pada sambutan hari ulang tahun Umno 11 Mei lalu. Rais sepatutnya membetulkan angka di majlis itu bukannya Bersih. Berapakah yang telah di skan oleh Rais berdasarkan blok fotografi di stadium Bukit Jalil itu. Apakah kehadirannya sama ramai dengan penonton yang memenuhi stadium semasa perlawanan bola antara Kelantan dengan Same Darby?

Rasanya lebih baik kalau Rais memberi figure di stadium itu daripada memperkecilkan figure di himpunan Bersih. Tidak ada guna juga Rais menghitung jumlah mereka yang datang hendak duduk dan bantah tetapi tidak menghitung sama yang datang di stadium Bukit Jalil yang diangkut dengan bas dan lori termasuk juga kanak-kanak yang belum khatan. Ataupun kehadiran di Bukit Jalil tempoh hari tidak payah menggunakan apa-apa sistem untuk membilangnya kerana ia boleh dibilang dengan menggunakan kedua belah tangan dan kaki Rais serta memimjam sebelah tangan Mahathir Mohamad saja?

Ternyata tindakan Rais itu menggambarkan tindakan orang yang gelisah, yang resah dan yang bimbang. Kalau Umno khasnya Rais berada dalam keadaan selesa, beliau tidak kalut dengan jumlah himpunan Bersih. Beliau tidak payah kutip angka-angka dari laporan agensi yang dia terlebih dahulu mengajar melaporkan demikian. Dalam hal ini Rais menipu dirinya sendiri dua kali dalam satu masa. Apakah sifat itu sebagai bijaksana atau bodoh?

Apabila Rais terus bermain kata-kata dan cuba merendahkan Bersih dan mengurangkan rasa cemas rakyat dengan mengecilkan angka itu maka jelas sekali Umno ketakutan dan kehilangan akal untuk menjawab kepada rakyat. Paling jelas lagi yang Umno takut gara-gara Bersih yang berjaya dan gara-gara himpunan di Bukit Jalil tidak berjaya menyebabkan ketua Rais, Ha Najib Razak masih terkapai-kapai sama ada hendak membubar Parlimen atau pun tidak.

Buktinya... kalau Bersih tidak berkesan masakan akan ada senanam tungging punggung di hadapan rumah Ambiga oleh Melayu belum tamadun dan juga masakan ada orang yang bodoh berniaga burger di rumah Ambiga. Fahamlah kita kenapa orang Melayu rugi dalam perniagaan kerana mereka menjalankan aktiviti perniagaan sekecil dan mudah burger pun di tempat yang salah.  Ertinya kerugian yang didakwa sesetengah peniaga di Masjid India semasa Bersih 3.0 dulu bukan kerana adanya demonstrasi itu tetapi kerana kebodohan mereka dalam perniagaan.

Semoga esok atau lusa Rais akan mengeluarkan perangkaan mengenai jumlah kerusi yang bakal diperolehi UBN dalam pilihan raya akan datang dan berapa buah negerikah yang akan dapat dimenangi UBN. Semoga... Bukankah begitu Mat, Mat mana? Mat Maslan lah siapa lagi. [wm.kl.6:47 am 22/05/12]
BERSIH 3.0: Anwar didakwa di mahkamah
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama dengan Timbalan Presiden, Azmin Ali dan bekas ahli majlis pimpinan pusat, Badrul Hisham Shaharin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengambil bahagian dalam protes jalanan,  di bawah Akta Perhimpunan Aman.

Anwar bersama dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di Mahkamah Sesyen 5 pada jam 9.15 pagi.
Bekas peguamcara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden - yang mengetuai pasukan pendakwa dalam kes Liwat 11 terhadap Anwar - kali ini bersama peguam kanan Karpal Singh dalam pasukan peguambela ketua pembangkang itu. Mohd Yusof meletak jawatan dari Jabatan Peguam Negara pada akhir perbicaraan kes liwat tersebut.

Anwar memberitahu Hakim Mahmud Abdullah bahawa pertuduhan tersebut adalah satu lagi kempen "politik" terhadapnya, dan dia tidak mengaku bersalah.

Peguam Karpal dan Yusof, meminta Anwar dibenarkan bon peribadi tetapi ia dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamad.

Hakim mengarahkan ikatjamin RM500 dan menetapkan 2 Julai depan untuk sebutan semula kes tersebut.
Sementara itu, Azmin yang diwakili oleh peguam Sivarasa Rasiah dan Gurcharan Singh, dan Badrul Hisham, yang diwakili oleh peguam Latheefa Koya, juga telah dikenakan ikatjamin RM500 jamin setiap.

Ketiga-tiga mereka merupakan yang pertama didakwa di bawah Akta Berhimpun Aman yang diluluskan baru-baru ini, di mana Anwar dan Azmin boleh kehilangan jawatan mereka sebagai wakil rakyat jika didapati bersalah.

Mereka boleh didenda RM10,000 jika sabit kesalahan di bawah akta tersebut. Wakil rakyat secara automatik hilang jawatan jika disabit oleh mahkamah dan didenda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 4(2) (c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam yang perhimpunan BERSIH 3.0 dan melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, bertarikh 26 April yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin , Jalan Raja dan Jalan Kelab.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.
Mereka juga menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Kanun Keseksaan, iaitu bersama penyokong BERSIH 3.0 yang melebihi lima orang yang masih bebas, dalam mencapai niat bersama, telah bersubahat dengan Tangam a/l Raju, Rajesh Kumar a/l Gejinder dan Farhan bin Ibrahim @ Alias, telah mengingkari perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir pada 26 April.

Azmin dituduh bersubahat dan menghasut Tangam, Rajesh dan Farhan membuka sekatan besi halangan di Dataran Merdeka yang mungkin menyebabkan rusuhan atau gaduh-gempur di kawasan tersebut.
Irshad Manji: Gay dan lesbian juga ciptaan Tuhan
WAWANCARA Penulis wanita Kanada, Irshad Manji mempertahankan pendiriannya selama ini yang percaya Islam tidak mendiskriminasi golongan gay dan lesbian.

Menurutnya, Al-Quran sendiri menjelaskan bahawa setiap manusia adalah ciptaan Tuhan dan ia termasuklah golongan tersebut.

Tambahnya, konsep kononnya Islam menolak dan membenci golongan itu sama sekali tidak selari dengan konsep Allah sebagai Tuhan yang Maha Penyayang.

"Kembali kepada Al-Quran, setiap orang adalah ciptaan Tuhan. Malahan gay dan lesbian juga dicipta Tuhan...

"Tolong jelaskan kepada saya," kata Irshad dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.
Kes Scorpene: Peguam Perancis pohon visa kerja
Para peguam Perancis yang mewakili Suaram yang menyaman firma pertahanan DCNS atas dakwaan rasuah melibatkan pegawai-pegawai tinggi Malaysia, akan datang ke negara ini untuk memberi penerangan kepada pelanggan mereka mengenai kes tersebut.

ops scorpene dinner 220711 cynthia gabrielMenurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel (kiri), sama ada Joseph
Brehem atau William Bourdon merancang datang minggu depan bagi membincangkan kes tersebut yang melibatkan pembelian dua kapal selam Scorpene oleh Malaysia bernilai RM7.3 bilion pada tahun 2002.

Kes kontroversi itu, yang didakwa melibatkan bayaran komisen berjumlah 114 juta euro (RM540 juta), telah didengar baru-baru ini dan diterima oleh hakim penyiasatan Roger Le Loire di Paris Tribunal Grande Instance.

"Bagaimanapun, semuanya bergantung sama ada mereka dapat memasuki negara ini," kata Gabriel kepada Malaysiakini dalam satu wawancara melalui telefon.

NONE"Lagipun, Bourdon telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan dihantar pulang pada tengah malam tahun lalu selepas dia berucap di satu majlis tertutup makan malam di Pulau Pinang," kata Gabriel.

Jabatan Imigresen telah berkata Bourdon (kiri) - yang bertugas dengan Sherpa - sebuah badan guaman tanpa keuntungan di Paris - telah dihantar pulang pada bulan 22 Julai tahun lepas kerana melanggar syarat-syarat lawatannya ke Malaysia.

Kali ini, kata Gabriel, para peguam berkenaan memohon visa kerja untuk memasuki Malaysia walaupun syarat imigresen hanya memerlukan mereka mendapatkan pas lawatan sosial.
KDN: Buku Irshad diserah pada JAKIM untuk dikaji
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengenakan perintah larangan ke atas buku penulisan atau penerbitan Irshad Manji sekiranya isi kandungannya bertentangan dengan fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah.
  
NONESetiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks Al-Quran KDN, Abd Aziz Md Nor berkata buku bertajuk 'Allah, Kebebasan dan Cinta', tulisan Irshad, yang dialih bahasa ke dalam Bahasa Melayu telah diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk dikaji dan diteliti.

"Tindakan ini diambil memandangkan kandungan buku tersebut dipercayai mengandungi unsur-unsur yang boleh memesongkan pemahaman umat Islam terhadap nilai-nilai peradaban semasa dan mencabar aliran pemikiran dalam Islam tanpa merujuk kepada sumber-sumber sahih.
  
"Selain itu, penerbitan ini juga dikhuatiri boleh mengelirukan pandangan masyarakat tentang kaitan antara agama dan budaya di irshad manji book launch 2kalangan penganut Islam dan mengandungi unsur penghinaan terhadap Islam," kata Abd Aziz dalam kenyataan hari ini.
  
Irshad ialah seorang wanita berfahaman Islam liberal yang memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transeksual.
  
Pada 30 Julai 2009, sebuah buku Irshad bertajuk 'The Trouble With Islam Today' diharamkan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana kandungannya mempropagandakan akidah, hukum dan ajaran yang bercanggah dengan fahaman mazhab Ahli Sunah Wal Jamaah.

- Bernama
 
Kisah Nabi Luth a.s.

Kedatangan Nabi Lut AS

Nabi Lut A.S. adalah sezaman dengan Nabi Ibrahim A.S. Dia adalah pengikut kepercayaan bapa saudara baginda. Baginda adalah rakyat
ffice:smarttags" /> lace>Ur lace>, bandar besar di lace>Mesopotamia lace> semasa Allah menganugerahkan kenabian ke atas baginda.

Baginda diperintahkan untuk meninggalkan tanah asal baginda dan pergi ke
lace>Sodom lace>
dan Gamorra untuk memberi amaran dan memulihkan kaum yang terlibat dengan hubungan homoseksual dan rompakan.

"Dan (kami juga mengutus) Lut (kepada kaumnya). (Ingatlah)tatkala dia berkata kepada kaumnya: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu? " Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas."

(Al-'Araaf, 7: 80-81)

Dalam ayat yang lain, terdapat penerangan tentang sifat kaum yang berdosa tersebut.

"Dan (ingatlah) ketika Lut berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya kamu benar-benar mengerjakan perbuatan yang amat keji yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun dari umat-umat sebelum kamu" Apakah kamu patut mendatangi laki-laki, menyamun dan mengerjakan kemungkaran di tempat-tempat pertemuanmu? Maka jawapan kaumnya tidak lain hanya mengatakan: "Datangkanlah kepada kami azab Allah, jika kamu termasuk orang-orang yang benar" ". (Al-Ankabut, 29: 28-29)

Nabi Lut A.S. Menyeru Dan Seruan Ditolak

Nabi Lut A.S. dianggap makhluk asing oleh kaumnya. Baginda mula gigih menyeru agama Allah kepada mereka. Baginda menasihati kaumnya untuk mengawal diri mereka menentang hukuman daripada Allah. Baginda juga menggesa mereka membuang tabiat mereka yang berdosa dan memberitahu mereka bahawa Tuhan menciptakan wanita untuk memenuhi nafsu lelaki. Mereka tidak mendengar teguran daripada nabi. Mereka mencemuh dan mengugutnya dengan akibat yang sangat buruk. Mereka menjawab yang nabi akan dihalau daripada bandar tersebut sekiranya baginda tidak berhenti menyeru dan menegur mereka. Ayat dalam al-Quran ada menyebut :

"Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: "Usirlah mereka (Lut dan pengikut-pengikutnya) dari kotamu ini; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri.""

(Al-'Araaf, 7: 82)

Idea yang sama dipaparkan dalam ayat di bawah:

"Mereka menjawab: "Hai Lut, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti, benar-benar kamu termasuk orang-orang yang diusir" Lut berkata: "Sesungguhnya aku sangat benci kepada perbuatanmu" (Lut berdo'a): "Ya Tuhanku selamatkanlah aku beserta keluargaku dari (akibat) perbuatan yang mereka kerjakan"" (Asy-Syura, 26: 167-169)

Masa berlalu, Nabi Lut A.S. tidak dapat mencapai kejayaan yang dirancang dalam memulihkan orang-orang yang berdosa tersebut. Mereka tidak berasa malu dan amaran daripada Nabi Lut A.S. membuatkan mereka marah.

Kemunculan Malaikat Sebagai Tetamu

Pada suatu hari, tiga malaikat telah mendatangi Nabi Lut A.S. dengan menyerupai pemuda-pemuda kacak dan menyampaikan pesanan penting daripada Allah. Nabi Lut A.S. dan pengikutnya diperintahkan untuk meninggalkan bandar tersebut kerana satu bencana yang dasyat akan berlaku. Apabila para penduduk mendengar khabar kedatangan pemuda-pemuda kacak itu, mereka telah
lace>cuba lace>
menyerbu rumah Nabi Lut A.S. dan meminta baginda menyerahkan pemuda-pemuda itu kepada mereka. Nabi Lut A.S. sangat terkejut dan berkata:

"Hai kaumku, inilah puteri-puteri(negeri)ku mereka lebih suci bagimu, maka bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu mencemarkan (nama)ku terhadap tamuku ini. Tidak adakah di antaramu yang berakal?" (Huud, 11: 78)

Mereka menolak rayuan Nabi Lut A.S. dan berkata:

"Sesungguhnya kamu telah tahu bahawa kami tidak mempunyai keinginan terhadap puteri-puterimu; dan sesungguhnya kamu tentu tahu apa sebenarnya kami kehendaki " (Huud, 11: 79)

Nabi Lut A.S. sangat kecewa dan berkata:

"Seandainya aku ada mempunyai kekuatan (untuk menolakmu) atau kalau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat (tentu aku lakukan)" (Huud, 11: 80)

Malaikat menyampaikan Pesanan

Nabi Lut A.S. memberi amaran kepada kaumnya tentang hukuman yang tidak dapat dielakkan sekiranya mereka masih tetap dengan tabiat buruk mereka. Mereka kemudiannya ketawa dan meragui Nabi Lut A.S.. Apabila semua usaha yang dilakukan tidak diendahkan maka malaikat yang menyerupai manusia itu berkata:

"Hai Lut, sesungguhnya kami adalah utusan-utusan Tuhanmu, sekali-kali mereka tidak akan dapat mengganggu kamu, sebab itu pergilah dengan membawa keluarga dan pengikut-pengikut kamu di akhir malam dan janganlah ada seorangpun di antara kamu yang tertinggal, kecuali isteri-isterimu. Sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang menimpa mereka kerana sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu subuh; bukankah subuh itu sudah dekat?" (Huud, 11: 81)

Nabi Lut A.S. Dibebaskan Dan Kaumnya Dimusnahkan

Nabi Lut A.S. dan pengikutnya meninggalkan bandar pada saat-saat genting di malam hari dan mencari tempat perlindungan yang selamat. Sejurus selepas mereka sampai di tempat perlindungan, satu bunyi dentuman yang kuat menggegarkan bumi. Bunyi itu adalah bunyi gempa bumi yang dasyat dan memusnahkan rumah-rumah dan bangunan-bangunan. Batu-batu melambung ke udara menghentam orang-orang yang
lace>cuba lace>
melarikan diri. Semua orang yang berdosa habis dimusnahkan. Nabi Lut A.S. dan pengikutnya selamat tetapi isterinya tidak dapat bertahan kerana dia bersimpati dengan penduduk-penduduk lain yang berdosa.

"Maka mereka dibinasakan oleh suara keras yang menguntur, ketika matahari akan terbit. Maka Kami jadikan bahagian atas
lace>kota lace>
itu terbalik ke bawah dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang keras. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang memerhatikan tanda-tanda. " (Al-Hijr, 15: 73-75)

Nabi Lut A.S. telah menerima kasih sayang Allah dan diumumkan sebagai salah seorang yang benar. Dia meninggal dunia di Palestin dan dikebumikan di Bani Na'ima dekat Habron.

Kaum Nabi Lut Muncul Kembali

Samada disedari ataupun tidak, pada bulan kemerdekaan baru-baru ini masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama telah dipaparkan dengan kisah Rev Ou Yang Wen Fen, seorang paderi Kristian rakyat Malaysia yang telah mengumumkan secara terbuka pertunangannya bersama kekasih lelaki sejenisnya dari Amerika Syarikat, Phineas Newborn.
Bahkan beliau juga merancang untuk mengadakan majlis perkahwinannya secara besar-besaran di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumupur pada satu masa nanti. Rev Ou Yang Wen Fen juga pernah menimbulkan kontroversi apabila beliau telah mengasaskan sebuah gereja gay di Kuala Lumpur pada tahun 2007 yang turut dikecam oleh beberapa pihak yang prihatin.
Manakala, media cetak dan elektronik di Malaysia kini pula hangat memperkatakan penganjuran sebuah konsert besar-besaran akan diadakan di Genting Highland pada 22hb November 2011 yang akan menonjolkan Elton John, seorang penyanyi gay yang menjadi ikon di kalangan masyarakat antarabangsa terutamanya di kalangan generasi muda.
Beberapa pertubuhan Islam yang prihatin telah menyuarakan kebimbangannya menular budaya jelek ini ke dalam masyarakat di negara kita telah mengadakan bantahan dan desakan supaya dibatalkan konsert besar-besaran ini.
Pada ketika ini, ramai pihak yang mempertahankan hak penganjuran konsert ini dengan berpaksikan hujah bahawa rakyat Malaysia adalah masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Masing-masing mempunyai hak untuk berhibur dan tiada sebarang larangan bagi agama masing-masing. Bahkan beberapa pertubuhan politik seperti DAP, Gerakan dan MCA juga telah menyatakan bahawa mereka bersependirian terhadap konsert Elton John ini.
Ironinya, ada pula suara-suara sumbang di kalangan umat Islam yang menyokong penganjuran konsert seumpama ini. Manakala ada pula orang Islam yang berpandangan bahawa konsert ini harus dianjurkan dengan syarat ianya hanya untuk masyarakat non-Muslim sahaja.
Isu yang ingin diutarakan di sini adalah bukan untuk mengenepikan hak-hak individu kepada masyarakat non-Muslim tetapi lebih kepada membenteras kepada promosi budaya songsang yang jelas terlarang. Isu ini juga akan memberikan mesej yang mudah disalah-ertikan kepada masyarakat Islam yang merupakan penduduk majoriti di Malaysia yang sedia meletakkan Islam sebagai agama persekutuan, menurut perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.
Ini adalah satu daripada ratusan sebab akan kenapa umat Islam perlu bersepakat ketika mendepani isu dan agenda bersama. Cukuplah dengan kepincangan generasi muda kita di sana sini dan janganlah hendaknya kita membiarkan keadaannya menjadi semakin parah.
Adakah kita ingin membiarkan budaya hedonisme yang menonjolkan penyanyi gay ini terus mendapat tempat dan menjadi kebiasaan di bumi Malaysia.
Samada kita sedari atau tidak, gejala terlaknat ini sebenarnya sedang berkembang secara terancang di bumi Malaysia. Keadaannya semakin membimbangkan apabila tumbuhnya kelab-kelab gay dan juga lesbian yang melata seumpama cendawan selepas musim hujan.
Jika kita perhatikan kepada kandungan kisah yang tersebut di dalam Al-Quran, Allah telah menyatakan tentang kehancuran yang diberikan terhadap Kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks sejenis ini.
Firman Allah;
"Kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu kecuali keluarga Nabi Lut. Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan sesungguhnya Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kam tetapi mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu" (Surah Al-Qamar : 33-36)
Dengan amalan seks sejenis yang dilakukan oleh kaum Lut itu menyebabkan Allah SWT telah menghancurkan mereka dengan menterbalikkan negara mereka lalu dihujankannya sehinggakan negara itu bertukar menjadi laut.
Jelas betapa hancurnya kaum Nabi Lut disebabkan pengamalan seks terkutuk yang diamalkan oleh mereka. Kehancuran yang sama juga tidak mustahil boleh menimpa bumi Malaysia sekiranya pengamalan seks terkutuk ini tidak dibenteras oleh ibu-bapa, guru-guru, para ilmuan, penguat kuasa undang-undang dan agama dan kerajaan.
Bagi mereka yang terlibat, bertaubatlah dan kembalilah ke pangkal jalan yang diredhai Allah swt. Kepada para ibu-bapa, jagalah pembesaran dan pergaulan anak-anak anda. Buat para pendidik, perhatikan perkembangan semasa anak-anak didik anda. Kepada para VIP, janganlah sekali-kali anda melindungi amalan terkutuk golongan ini.
Bagi pengamal media, janganlah hendaknya anda terbabit menyebar-luaskan agenda jahiliyah yang semakin subur ini. Kepada para ulama dan ilmuan, marilah bersama berganding bahu membimbing dan perbetulkan masyarakat yang dicintai.Kepada NGO dan badan Islam, kita tidak punyai banyak masa untuk menangguhkan pertemuan, perbincangan dan kerjasama bagi membangunkan kembali umat yang disayangi ini. Kepada pihak kerajaan, dengarlah keluhan ini dan urusan selanjutkan kami serahkan kepada anda yang telah dipertanggung-jawabkan.
Ya Allah selamatkan kami dari malapetaka kejahilan umat ini....
- Artikel iluvislam.com

Biodata Kolumnis

Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin bertugas sebagai Timbalan Dekan, Fakulti Perubatan di International Medical University (IMU) dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi di Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Di dalam NGO, beliau merupakan Perunding Aman Palestin dan Naib Presiden I-Medik. Beliau juga menulis di blog zainurrashid.com dan page Facebook ‘Dr Zainur Rashid Zainuddin’.










SN Keluaran 14 Januari 2011
 
HUKUMAN MATI UNTUK PENGIKUT KAUM NABI LUT

[SN244] “Tiada undang-undang terhadap gay - Polis”, itulah tajuk yang memenuhi ruang Utusan Malaysia pada 2 Januari lepas. Menurut Pegawai Turus Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Razali Abu Samah, siasatan pelaku seks songsang adalah mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan kerana meliwat. “Bagaimanapun, amat sukar kedua-dua individu yang melakukan seks luar tabii itu untuk tampil memberi keterangan yang menyebabkan pihak berkuasa tidak boleh membawanya ke muka pengadilan. Ini berlaku kerana kedua-dua pelaku seks songsang itu melakukannya secara rela tanpa paksaan. Biasanya, dalam serbuan yang dibuat, individu terlibat mengakui ada aktiviti seks yang dilakukan berdasarkan kondom-kondom basah yang ditemui tetapi enggan memberi keterangan ketika dalam siasatan,” kata Razali. Polis mengenal pasti empat kelab gay yang berselindung di sebalik pusat urut di sekitar ibu negara.

Namun, apa yang lebih memburukkan adalah, pusat aktiviti kumpulan pengamal seks songsang atau kelab gay di negara ini dikesan bergerak secara tersembunyi dan sukar dikesan kerana dipercayai ‘dilindungi’ golongan orang kenamaan (VIP), ujar Razali. Seperti ‘tidak boleh disentuh’, agensi penguatkuasa turut berhadapan cabaran menjalankan operasi di lokasi-lokasi panas yang dikenal pasti menjalankan aktiviti seks songsang [UM 02/01/11]. Dalam perkembangan yang berkaitan, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, golongan gay berisiko tinggi terdedah kepada penyakit berjangkit seperti AIDS dan penyakit kelamin walaupun mereka mengambil langkah pencegahan. Menurutnya, pengamal seks songsang perlu sedar tentang perkara berkenaan dan menjauhi kegiatan tidak bermoral itu bagi mengelakkan diri dijangkiti penyakit-penyakit berkenaan. Penularan kegiatan seks songsang bukan sahaja memberi kesan kepada individu yang terjebak dengan perlakuan tidak bermoral itu, malah ia turut merosakkan masyarakat. “Apabila semakin ramai yang menerima budaya tersebut maka tentunya masyarakat yang terbentuk adalah masyarakat yang pincang moralnya,” jelasnya [UM 30/12/10].

Gay dan AIDS

Sebelum membincangkan masalah gay yang dilaporkan semakin serius di Malaysia, perkaitan antara gay dan AIDS haruslah dituntaskan terlebih dahulu. Masalah HIV/AIDS sebenarnya bukanlah sekadar masalah kesihatan (medis), namun juga masalah perilaku. Sebab berdasarkan banyak kajian, telah terbukti bahawa penyebab terbesar penularan HIV/AIDS adalah kelakuan seks bebas. Lebih-lebih lagi jika ditelusuri sejarah, HIV/AIDS pertama kalinya memang ditemui di kalangan gay San Fransisco pada tahun 1978. Seterusnya penyakit ini menular hingga ke seluruh penjuru dunia terutama melalui aktiviti seks bebas seperti lesbianisme, gay, biseksual, dan transgender. Inilah bukti bahawa HIV/AIDS tidak dapat dianggap sebagai masalah kesihatan semata-mata tetapi juga terkait rapat dengan masalah gaya hidup (life style) pada hari ini. Dengan perumusan masalah seperti ini, maka penyelesaiannya menjadi jelas dan terarah. Dengan kata lain, untuk mencegah atau menghapuskan HIV/AIDS, ia mestilah ditanggapi bukan dengan sekadar mencegah dan mengubati HIV/AIDS sebagai satu masalah kesihatan, melainkan mesti disertai dengan usaha menghapuskan segala aktiviti seks menyimpang yang menyebabkan menularnya HIV/AIDS melalui gay, lesbianisme, biseksual, dan transgender.

Dari satu sudut, memanglah Islam memandang HIV/AIDS sebagai satu masalah kesihatan kerana ia adalah sejenis penyakit dan sifatnya amat berbahaya (dharar) yang boleh menyebabkan lumpuhnya sistem kekebalan badan. Bagi sesiapa yang telah diserang oleh penyakit ini, maka pelbagai penyakit lainnya akan mudah menjangkiti si pesakit yang biasanya akan berakhir dengan kematian. Islam adalah agama yang melarang terjadinya bahaya (dharar) pada umat manusia. Rasulullah SAW bersabda, “laa dharara wa laa dhiraara fi al-islam” (tidak boleh menimpakan bahaya pada diri sendiri dan juga bahaya bagi orang lain dalam Islam”) [HR Ibnu Majah no 2340, Ahmad 1/133]. Namun dari sudut yang lain, Islam juga memandang HIV/AIDS sebagai suatu masalah perilaku, kerana sebahagian besar kes HIV/AIDS adalah bermula dan tersebar melalui kelakuan seks bebas dan menyimpang seperti gay, lesbianisme, biseksual, dan transgender. Semua perilaku ini adalah perbuatan jijik dan tercela dalam pandangan Islam. Semuanya merupakan kelakuan yang wajib dihukum (uqubat) dengan keras [Imam Al-Ajiri, Dzamm Al-Liwat, Kaherah: Maktabah Al-Qur’an, 1990, hal. 22; Mahran Nuri, Fahisyah al-Liwat, hal. 2; Abdurrahman Al-Maliki, Nidzamul Uqubat, hal. 18-20].

Penyelesaian Islam dalam masalah ini adalah berbeza dengan penyelesaian model sekular dalam sistem demokrasi yang ada sekarang di mana model sekular hanya memandang HIV/AIDS sebagai masalah kesihatan, bukannya masalah perilaku. Maka penyelesaian yang diberikan oleh undang-undang sekular hanya menjurus kepada persoalan kesihatan semata-mata. Antaranya adalah dengan menasihati pasangan yang ingin berzina agar tidak menukar-nukar pasangan, memakai kondom semasa ingin berzina, mengagihkan jarum suntikan yang telah disteril, mengadakan kempen dan iklan akan bahayanya AIDS dan seumpamanya. Sedangkan dalam masa yang sama undang-undang sekular membenarkan dan membiarkan perilaku seks bebas seperti gay, lesbianisme, biseksual dan transgender berleluasa. Perilaku bebas gaya haiwan ini dianggap ‘tidak ada masalah’ dan tidak perlu dihukum dan jika perlu dihukum sekalipun, cukuplah sekadar hukuman yang amat minima yang tidak pernah menakutkan pelakunya. Jelas sekali bahawa kesemua penyelesaian ini adalah penyelesaian yang dangkal dan bodoh selain tidak syar’i.

Ia adalah ‘dangkal’ kerana penyelesaian yang diberikan hanyalah menyentuh aspek permukaan yang tampak sahaja tanpa melihat masalahnya dengan mendalam dan hakiki iaitu masalah yang berpunca dari nilai-nilai kehidupan dan cara hidup (way of life) yang lahir dari amalan kebebasan di bawah sistem demokrasi yang membenarkan pergaulan tanpa batas antara lelaki dan wanita. Penyelesaian ini adalah ‘bodoh’ kerana ia sebenarnya semakin memerosotkan martabat manusia hingga setara dengan binatang ternak malah lebih buruk. Aktiviti syaitan seperti zina, gay, lesbianisme, biseksual dan transgender ini hanya dianggap sebagai ‘masalah moral’ dan tidak pernah ditangani oleh pihak berkuasa dengan cara Islam padahal semua perilaku jijik ini hakikatnya mempertuhankan hawa nafsu dan membunuh akal yang sihat. Bukankah ini suatu kebodohan? Firman Allah SWT,

“Terangkanlah kepadaKu tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kalian dapat menjadi pemelihara atasnya? Atau apakah kalian mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (daripada binatang ternak itu)” [TMQ al-Furqan (25):43-44].

Oleh yang demikian, melihat HIV/AIDS hanya sebagai masalah kesihatan tanpa menyelesaikan masalah kegiatan seks bebas yang menjadi puncanya, adalah penyelesaian yang amat dangkal dan hanya membawa kebuntuan. Sayang sekali, penyelesaian karut inilah yang justeru diambil, baik oleh pemerintah mahupun pelbagai pertubuhan yang memperjuangkan hak asasi manusia. Penyelesaian ini sebenarnya hanya merupakan strategi import dari kaum kafir penjajah yang berpemikiran sekular-liberal yang diambil oleh pemimpin dan pihak berkuasa, yang mana tolok ukur mereka dalam menyelesaikan masalah ini ditunjangkan kepada “hak asasi manusia”, bukannya kepada Islam. Kerana itulah, tidak wujudnya hukuman ke atas golongan terlaknat ini, atau hukuman tidak boleh dijatuhkan ke atas golongan ini kerana ia ‘bertentangan dengan hak asasi manusia’ disebabkan perbuatan itu dilakukan oleh mereka secara sukarela atau suka sama suka. Pemerintah lebih berusaha mengatasi ‘masalah yang timbul darinya’ yakni penyakit HIV/AIDS, bukannya berusaha untuk membendung kegiatan terkutuk itu sendiri. Oleh itu, apa sahaja strategi dan kempen yang dijalankan untuk mengatasi masalah HIV/AIDS tidak akan menyelesaikan masalah ini malah akan menjadi sebuah kedangkalan dan kebodohan kerana tidak diselesaikan menurut Islam.

Selama mana HIV/AIDS hanya dipandang sebagai masalah kesihatan dan masalah seks songsang hanya dipandang sebagai sebuah isu moral tanpa ada usaha untuk membendung pergaulan bebas dan kegiatan seks bebas (yang menjadi puncanya), maka apa pun strategi dan langkah yang diambil akan pasti menemui kegagalan. Setiap penyimpangan perbuatan manusia, sekiranya tidak diselesaikan dengan hukum Allah, maka sudah pasti tidak akan pernah menemui keberhasilan, tetapi hanya akan menghasilkan kegagalan di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT,

“Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, walhal (hukum) siapakah yang lebih baik dari hukum Allah bagi orang-orang yang yakin” [TMQ al-Ma’idah (5):50].

“Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah Rasul takut akan ditimpa cubaan (di dunia) dan azab yang pedih (di akhirat)”
[TMQ an-Nur (24):63].

Hukuman Ke Atas Perilaku Seks Menyimpang

Sesungguhnya ajaran Islam tentang kehidupan sangat berbeza dengan ajaran hidup liar yang dibawa oleh demokrasi. Menurut ajaran demokrasi, kebebasan individu adalah suatu yang amat suci dan mesti dihormati oleh setiap orang, termasuk negara. Manusia bebas melakukan apa sahaja asalkan tidak ‘mengganggu orang lain’. Justeru, perlakuan seks bebas yang dilakukan secara suka sama suka adalah tidak salah kerana ini merupakan hak setiap individu yang tidak boleh diganggu-gugat oleh individu lain. Hubungan seks songsang seperti gay, lesbianisme, biseksual dan transgender adalah dibenarkan atas nama hak asasi manusia (HAM) dan merupakan sebahagian dari kebebasan individu yang mesti dihormati dan dijaga oleh negara. Inilah ajaran demokrasi. Manakala ajaran Islam sungguh amat bertentangan dengan semua ini. Islam bukan sekadar mengharamkan zina, gay, lesbianisme, biseksual, dan transgender, malah pelakunya dianggap sebagai telah melakukan al-jarimah (kejahatan) dan wajib dikenakan uqubat (hukuman) [Abdurrahman Al-Maliki, Nidzamul Uqubat, hal. 8-10].

‘Lesbianisme’ di dalam kitab-kitab fiqh disebut dengan istilah as-sahaq atau al-musahaqah. Ia bererti hubungan seksual yang terjadi di antara sesama wanita. Tidak ada khilaf (perselisihan) di kalangan fuqaha’ bahawa lesbianisme hukumnya adalah haram. Keharamannya antara lain berdasarkan sabda Rasulullah SAW, “as-sahaq zina an-nisaa’ bainahunna” (lesbianisme adalah [bagaikan] zina di antara sesama wanita) [HR Thabrani, dalam al-Mu’jam al-Kabir, 22/63, Sa’ud al-Utaibi, Al-Mausu’ah Al-Jina’iyah al-Islamiyah, hal. 452]. Menurut Imam Dzahabi, lesbianisme merupakan dosa besar (al-kaba’ir) [Dzahabi, Az-Zawajir ‘an Iqtiraf al-Kaba’ir, 2/235]. Namun hukuman untuk lesbianisme tidak seperti hukuman zina (yakni hudud), melainkan hukuman ta’zir, iaitu hukuman yang tidak dijelaskan oleh nas secara khusus. Jenis dan kadar hukumannya diserahkan kepada Khalifah atau qadhi (hakim). Ta’zir ini bentuknya boleh berupa hukuman sebat, penjara, publikasi (tasyhir) dan sebagainya [Sa’ud al-Utaibi, Al-Mausu’ah Al-Jina’iyah al-Islamiyah, hal. 452; Abdurrahman Al-Maliki, Nidzamul Uqubat, hal. 9].

‘Gay’ atau homoseksual dikenal dengan istilah liwat. Imam Ibnu Qudamah mengatakan bahawa, telah sepakat (ijma’) seluruh ulama’ mengenai haramnya homoseksual (ajma’a ahlul ‘ilmi ‘ala tahrim al-liwat) [Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 12/348]. Sabda Nabi SAW,

“Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut” [HR Ahmad, No 3908].

Hukuman untuk gay adalah hukuman mati dan tidak ada khilafiyah di antara para fuqaha’ termasuklah di antara para shahabat Nabi SAW mengenainya. Ini seperti dinyatakan oleh Qadhi Iyadh dalam kitabnya Al-Syifa’. Sabda Nabi SAW,

“Siapa sahaja yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Nabi Lut (liwat), maka bunuhlah keduanya (peliwat dan yang diliwat).” [HR Al-Khamsah, kecuali an-Nasa’i].

Namun, dalam pelaksanaan hukuman bunuh tersebut, para sahabat Nabi SAW berbeza pendapat mengenai tatacara (uslub) hukuman mati ke atas golongan gay ini. Menurut Ali bin Thalib ra, kaum gay mesti dibakar dengan api hingga mati. Menurut Ibnu Abbas ra, mesti dicari bangunan yang paling tinggi di suatu tempat, lalu dihumbankan si gay tadi dengan kepala ke bawah dan setelah jatuh ke tanah, dilempari dengan batu. Menurut Umar bin Al-Khattab ra dan Utsman bin Affan ra, golongan gay dihukum mati dengan cara dihempapkan dinding tembok kepadanya hingga mati. Meskipun para sahabat Nabi SAW berbeza pendapat tentang uslub pelaksanaan hukuman, namun semuanya sepakat bahawa golongan gay ini wajib dihukum mati [Abdurrahman Al-Maliki, Nidzamul Uqubat, hal. 21].

‘Biseksual’ adalah perbuatan zina jika dilakukan dengan lain jenis. Jika dilakukan dengan sesama jenis (sesama lelaki), ia adalah tergolong homoseksual dan jika dilakukan di antara sesama jenis (sesama wanita) ia adalah tergolong lesbianisme. Kesemuanya adalah perbuatan maksiat dan haram di sisi Islam. Hukuman ke atas kesalahannya adalah mengikut jenis kesalahan tersebut. Sekiranya tergolong zina, hukumnya adalah rejam (dilempar batu hingga mati) jika pelakunya muhsan (sudah menikah) dan disebat seratus kali jika pelakunya bukan muhsan. Jika tergolong homoseksual, hukumannya adalah mati dan jika tergolong lesbianisme, hukumannya adalah ta’zir sebagaimana dibincangkan di atas.

‘Transgender’ adalah perbuatan yang menyerupai lain jenis, baik dalam berbicara, berbusana, mahupun dalam bertingkahlaku, termasuklah di dalam aktiviti seksual. Islam mengharamkan perbuatan menyerupai lain jenis sebagaimana hadis Nabi SAW yang melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan melaknat wanita yang menyerupai lelaki-laki [HR Ahmad, 1/227 & 339]. Manakala dari segi hukumannya, jika seseorang transgender itu sekadar berbicara atau berbusana menyerupai lawan jenis, maka hukumannya adalah diusir dari pemukiman atau perkampungannya. Nabi SAW telah melaknat orang-orang pondan (mukhannats) dari kalangan lelaki dan orang-orang tomboi (mutarajjilat) dari kalangan perempuan. Nabi SAW bersabda, “akhrijuuhum min buyutikum” (usirlah mereka dari rumah-rumah kalian). Maka Nabi SAW pernah mengusir si fulan dan Umar ra juga pernah mengusir si fulan” [HR Bukhari no 5886 dan 6834, lihat Imam Syaukani, Nailul Authar, hal. 1306]. Jika golongan transgender ini melakukan hubungan seksual, maka hukumannya disesuaikan dengan faktanya. Jika hubungan seksual terjadi di antara sesama lelaki, maka dijatuhkan hukuman sebagaimana homoseksual. Jika terjadi di antara sesama wanita, maka dijatuhkan hukuman sebagaimana lesbianisme. Jika hubungan seksual dilakukan dengan lain jenis, maka dijatuhkan hukuman zina.

Di dalam Islam memang dikenal golongan khunsa yakni orang yang mempunyai dua alat kelamin dan kewujudan serta kedudukan mereka diakui dalam fiqh Islam. Namun mereka sama sekali berbeza dengan golongan transgender kerana golongan transgender adalah golongan yang mempunyai alat kelamin yang sempurna, bukannya dua alat kelamin, tetapi mereka berperilaku menyerupai lawan jenisnya. Sedangkan golongan khunsa adalah golongan yang semulajadinya lahir dengan memiliki dua alat kelamin. Bagi golongan khunsa ini, terdapat beberapa hukum fiqh yang khusus mengenai mereka.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Wujudnya golongan pelaku seks songsang ini adalah kerana adanya amalan kebebasan di bawah sistem demokrasi. Sistem kufur ini sememangnya akan membenarkan segala aktiviti maksiat lahir dan merajalela manakala semua aktiviti keIslaman akan dihalang habis-habisan. Walaupun ada usaha dari pihak berkuasa untuk mengatasi masalah ini, namun ternyata usaha mereka menemui kegagalan demi kegagalan kerana sesungguhnya mereka berusaha memperbaiki kerosakan manusia (dengan mengambil jalan) melalui sistem yang juga rosak. Mereka umpama masuk ke lubang najis untuk membersihkan najis dengan (juga) menggunakan najis. Sampai bilakah pihak berkuasa dan pihak pemerintah ini akan sedar bahawa sistem demokrasi dengan undang-undang buatan manusia yang mereka amalkan selama ini tidak pernah dapat menyelesaikan masalah, malah sebaliknya semakin banyak menimbulkan masalah dan kerosakan kepada manusia. Cubalah pihak berkuasa ini berfikir sedikit, gay manakah yang akan berani menonjolkan diri atau ingin terus melakukan perbuatan jijik dan terlaknat mereka itu jika dicampakkan mereka satu demi satu dari tingkat tertinggi KLCC sebagai hukuman Allah ke atas mereka? Namun, hukum Allah ini tidak akan akan dapat dilaksanakan selagi mana tidak adanya Daulah Khilafah yang menaungi kita semua. Wallahu a’lam.

Tiada ulasan: