Sabtu, 19 Mei 2012

KEMUNGKARAN LAIN KENA PANDANG SERIUS JUGA...JANGAN BELAH KITA BUAT TUTUP SEGALA MATA DAN TELINGA SERTA MULUT...PIHAK LAIN GENDANG SELURUH NEGARA...MUZAKARAH NI BIAR TAK UNTUNG PADA PAS DAN TAK UNTUNG PADA UMNO....YANG PENTING UNTUNG PADA ISLAM...ISLAM SAJA ALLAH TERIMA SEBAGAI AGAMA...CARA HIDUP ISLAM SAJA ALLAH TERIMA...HUKUM QURAN SAJA ALLAH TERIMA...SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA BESAR SERTA MAHA BERKUASA...ALLAH TUHAN DILANGIT DAN DIBUMI...ALLAH MAHA AGONG...

Muzakarah: Nik Aziz letak syarat, sebelum PRU

19 Mei 2012
Muzakarah: Nik Aziz letak syarat, sebelum PRU
Nik Aziz Nik Mat
KUALA TERENGGANU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan muzakarah bersama Umno diadakan sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
  
Bagaimanapun, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan Umno perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh Pas sekiranya ingin bersatu dan mencapai kesefahaman.

"Kalau Umno nak bersatu (dengan Pas), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa Umno tukar dasar kebangsaan kepada Islam.
  
"Umno kena terima Pas sekali dengan pakatan (pembangkang). Bila Umno dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan pakatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-37 Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah Pas di Kuala Ibai, dekat sini hari ini.
  
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkara disebalik kesudian Pas untuk mengadakan muzakarah dengan Umno sebagai suatu permulaan kepada kerjasama parti demi penyatuan orang Melayu khususnya umat Islam.

Katanya, muzakarah diminta oleh agama Islam dan sepatutnya adalah untuk kebaikan semua pihak dengan niat yang benar-benar ikhlas.
  
Rabu lalu, Nik Aziz menyatakan persetujuannya agar Pas membuka pintu untuk bermuzakarah dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Umno.
  
Kenyataannya itu mendapat reaksi positif Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Umno bersedia untuk bermuzakarah dengan Pas asalkan tujuannya untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara. - Bernama
Muzakarah Umno-Pas tidak patut dihalang
Wartawan Sinar Harian
19 Mei 2012
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
LANGKAWI - Pemimpin tertinggi Pas yang berbeza pendapat dengan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kesediaannya mengadakan muzakarah dengan Umno tidak seharusnya menghalang muzakarah diadakan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata muzakarah memberi peluang kepada kedua-dua parti menyatakan pendapat dan mencari jalan menyatupadukan umat Islam yang berpecah akibat fahaman politik.

"Nik Aziz boleh bagi pendapat dia dan pemimpin lain dalam Pas tidak patut halang," kata Dr Mahathir kepada pemberita semasa diminta mengulas percanggahan pandangan Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dengan Nik Aziz dalam isu itu.

Ketika ditemui selepas merasmikan bangunan baru Tenaga Nasional Berhad (TNB) Langkawi di sini hari ini, Dr Mahathir berkata pemimpin Pas harus datang dengan fikiran terbuka dan sanggup memberi pendapat.

"Setuju atau tidak adalah soal lain... bolehlah muzakarah apa salahnya," katanya.

Nik Aziz dilaporkan menyatakan kesediaannya bermuzakarah dengan Umno namun beberapa pemimpin Pas termasuk Mustafa dan Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar menolak cadangan mengadakan muzakarah.

Kenyataan Nik Aziz itu mendapat maklum balas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Umno sedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Mengenai gesaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya dibincangkan kewajaran penggunaan perkataan Islam oleh Pas, Dr Mahathir berkata beliau telah merasakan umat Melayu akan berpecah semasa Pas mendaftar perkataan Islam dalam nama parti itu dulu.

"Saya rasa Melayu akan ada masalah dan berpecah belah pasal dia (Pas) nak menentang agama tidak boleh. Dia perlu ambil kira keadaan dalam negara....jadi Melayu akan berpecah.

"Sebelum itu ulama-ulama Pas adalah orang Umno tetapi pasal Umno tidak pilih ulama jadi Yang Berhormat lalu mereka keluar. Jadi saya berpendapat penggunaan nama Islam pada parti tetap membawa berpecahan," katanya.

Di KULIM, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata muzakarah antara kumpulan umat Islam di negara ini seperti Umno dan Pas sememangnya dinanti-nantikan oleh semua umat Islam dan orang Melayu di negara ini.

Bagaimanapun, katanya muzakarah itu hendaklah dilakukan dengan niat yang ikhlas dan tulus.

"Tetapi kita tidak mahu isu ini kelak seperti yang pernah berlaku lebih kepada satu polemik politik dan jika ini berlaku hanya akan membuang masa sahaja," katanya kepada pemberita selepas Majlis Bicara Intelek Bersama Guru Pendidikan Islam dan Guru J-Qaf di Dewan Besar Kolej Mara Kulim di sini hari ini.

Hampir 500 guru agama dari sekolah menengah dan rendah daerah Kulim/Bandar Baharu hadir pada majlis yang diadakan sehari itu.

Jamil Khir berkata atas dasar agama, bangsa dan negara, beliau yakin majoriti rakyat negara ini tidak menolak muzakarah itu.

Katanya cadangan tersebut, jika terbit dari ketulusan hati, masa depan perpaduan dan perhubungan erat rakyat di negara ini akan lebih terjamin selaras dengan tranformasi kerajaan kini.

Di MELAKA, Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata muzakarah Pas dan Umno perlu dilakukan secepat mungkin kerana menurutnya, perkara yang baik tidak harus ditangguhkan demi kepentingan umat Islam dan negara.
  
"Cukuplah dengan cadangan, buat sajalah (muzakarah)... kita dengar cadangan ini dah banyak kali sangat.
  
"Kalau benar niat kita baik, benda yang baik kita percepatkan jangan lambatkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutupan program Mesra Gen-Y Giat Mara Melaka di sini, hari ini.
  
Mohd Shafie berkata perbezaan ideologi politik tidak seharusnya menjadi penghalang dalam usaha memastikan agama Islam tidak diperalat untuk tujuan tertentu.
  
Katanya agama Islam tidak boleh digunakan untuk meraih kuasa politik sebaliknya kuasa politik digunakan untuk menegakkan syiar Islam. - Bernama
Kerajaan didesak sekat program Irshad Manji
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
19 Mei 2012
Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar
SHAH ALAM - Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mendesak kerajaan untuk tidak membenarkan penulis buku 'ALLAH Kebebasan dan Cinta’, Irshad Manji meneruskan programnya di sini serta meninggalkan Malaysia dengan kadar segera.

Presiden PPMM, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, secara terang Irshad Manji mengaku sebagai seorang lesbian dan beliau cuba mengetengahkan pendirian liberal kepada masyarakat Malaysia.

“Ia juga seolah-olah cuba menjuarai isu kebebasan seks dan moral dan mahu menjadikan ia norma masyarakat Malaysia walaupun jelas bertentangan dengan agama Islam.

“Tulisan-tulisan Irshad Manji banyak yang mengelirukan dan tersasar dari Hukum Syarak. Malah acap kali dilihat sebagai mempertikai atau menghina agama Islam,” katanya.

Irshad Manji dijadual berada di sebuah universiti pada jam 1 tengah hari semalam bagi menyampaikan ceramah bertajuk, Moral Courage: Creating Space for Islam & Democracy. Bagaimanapun dibatalkan pada saat akhir ekoran protes banyak pihak dan larangan daripada pihak berkuasa.

Menurut Zainul Rijal, sebelum ini Irshad Manji yang pernah menulis buku ‘The Trouble with Islam Today‘ cuba memberi ceramah di sebuah institut pengajian tinggi awam tetapi gagal dan kehadirannya di Indonesia baru-baru ini juga mendapat tentangan hebat.

“Selain tidak menghormati waktu solat Jumaat bagi orang Islam Irshad Manji dengan gahnya mengatakan lelaki Islam juga dialu-alukan hadir kerana solat Jumaat tersebut boleh dibuat bila-bila masa sahaja dan ia merupakan ciptaan manusia sebagaimana terdapat di dalam twitter beliau.

“Ia memberi gambaran bahawa program beliau di Universiti Monash itu lebih penting daripada solat Jumaat,” katanya.

Zainul Rijal berkata, perbuatan penulis yang berasal dari Kanada itu jelas bertentangan dengan norma dan budaya Malaysia dan kehadirannya adalah tidak dialu-alukan.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) didesak untuk mengkaji buku yang ditulis Irshad Manji ini sama ada perlu diharamkan atau tidak. Kerajaan perlu memberi perhatian serius terhadap segala usaha yang menghakis kedaulatan dan kesucian Islam di Malaysia.

“Sejak kebelakangan ini pelbagai pihak sudah berani mengabaikan isu moral dan akhlak dan menganjurkan kebebasan diri secara mutlak. Hal yang sedemikian perlu diperbetulkan oleh semua pihak.

“PPMM juga mengajak para ulama menyediakan hujah menyanggah tulisan-tulisan Irshad Manji secara ilmiah agar pembaca buku itu tidak akan terkeliru dengan tulisannya dan diberi penerangan secukupnya mengenai keindahan agama Islam,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim ketika dihubungi memberitahu pihaknya masih belum menerima sebarang aduan bagaimanapun sedang meneliti perkara itu.
Jamil Khir: Kerajaan pandang serius ideologi Irshad Manji

19 Mei 2012
Jamil Khir Baharom
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom
KUALA LUMPUR - Kerajaan menerima banyak bantahan orang ramai terutama dari kalangan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), individu serta parti politik berhubung ura-ura seorang aktivis muslimah liberal, Irshad Manji mengadakan program di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Irshad Manji bercadang datang ke Malaysia untuk melancarkan bukunya berjudul 'Islam Liberty and Love' yang dipenuhi dengan unsur penghinaan terhadap agama Islam di samping mengadakan ceramah awam mengenai ideologi songsangnya itu.

Dalam kenyataan malam ini, beliau berkata kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati Irshad Manji adalah seorang Muslimah berfahaman liberalisme, pluralisme dan feminisme.

Jamil Khir berkata, aktivis wanita itu yang secara terbuka mengaku lesbian dan juga pendukung hak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

"Kerajaan memandang serius terhadap ideologi yang dibawa oleh Irshad Manji dan implikasinya terhadap umat Islam di Malaysia," katanya dan menambah bahawa ideologi itu jelas bertentangan dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan norma masyarakat.

Jamil Khir berkata Irshad Manji pernah mengarang buku yang menimbulkan kemarahan umat Islam di dunia yang berjudul 'The Problem With Islam Today' yang mengandungi idealisme yang sama dengan Salman Rushdie, penulis novel 'The Satanic Verses".

Beliau berkata Malaysia bersama-sama dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menolak orientasi seksual yang mendukung golongan LGBT sebagaimana yang ditegaskan dalam Persidangan Sesi ke-19 Majlis Hak Asasi Manusia,  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 7 Mac 2012 di Geneva, Switzerland.

Justeru, menyeru umat Islam agar sentiasa peka dan berhati-hati serta tidak mudah menerima dan terpengaruh dengan apa jua bentuk fahaman atau ideologi yang dibawa oleh kumpulan atau individu seperti Irshad Manji itu. - Bernama
Muzakarah selepas PRU, bukan kerjasama politik
NURUL AINI MOHAMED ALI
18 Mei 2012
Muzakarah selepas PRU, bukan kerjasama politik
Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Pas menyambut baik kesediaan Umno untuk bermuzakarah tetapi menegaskan platform itu tidak akan menyentuh isu kerjasama politik, idea yang pernah dibangkitkan susulan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Pas memberi kenyataan ini susulan respons Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno sedia menyahut seruan parti itu untuk bermuzakarah asalkan tujuannya demi kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pihaknya bersetuju untuk mengadakan muzakarah dan berharap ia akan menjadi kenyataan.

“Dengan adanya muzakarah ini, kita dapat menjawab segala isu semasa dan membetulkan sentimen negatif rakyat terhadap Pas, sekali gus menjawab segala tuduhan dan kontroversi,” kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Katanya lagi, buat masa ini pihaknya belum berbincang mengenai isu khusus yang akan dibincangkan dalam muzakarah tetapi yang pastinya isu semasa menjadi inti pati perbincangan.

“Pihak kami tidak boleh membuat keputusan ketika ini kerana saya akan membawa usul ini dalam mesyuarat bersama ahli tertinggi terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi,” kata beliau.

Tambah beliau, pihaknya sendiri akan menghantar surat rasmi kepada Umno bagi menjemput mereka menghadiri muzakarah ini tanpa menggunakan orang tengah.

“Saya menjangkakan muzakarah boleh diadakan selepas pilihan raya. Ketika ini, kami masih menumpukan sepenuh perhatian ke atas persediaan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," kata beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang.

Tiada ulasan: