Khamis, 17 Mei 2012

DENGAN CARA...CAKAP..CARA TINDAKAN...PUTAR BELIT...MUNGKIN KITA BOLEH AGAK SAPE YANG BERSALAH...HANYA ORANG BODOH MENYOKONG PERKARA YANG SALAH....

'Saya lihat artis masukkan wang RM1 juta'
Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik hari ini tampil mendakwa bahawa beliau pernah menemani aktres itu untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal.

Noor Azman Azemi yang muncul kali pertama di khalayak umum berkata berkata jumlah tersebut merupakan jumlah paling tinggi yang pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun milik Zahida, pada tahun lalu.

"Yang paling rendah sekali RM100,000... saya tak tahu dalam beg ada RM 1juta.

"Bila masuk ke dalam bank, baru saya tahu dalam beg itu, yang saya bawa ada RM1 juta... Itu nilai paling besar pernah saya bawa," katanya sambil mengesahkan ia dibawa masuk ke dalam bank dalam bentuk tunai.

NONENoor Azman berkata demikian menjawab soalan pemberita berhubung nilai transaksi yang paling maksimum pernah dimasukkan ke dalam akuan pelakon tersebut.

Noor Azman (gambar kanan) menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac sebagai reaksi atas dakwaan beliau melarikan diri dengan wang Zahida sebanyak RM200,000.

Laporan polis itu didedahkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pada 18 April. Zahida dan Shafie bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang.

Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya pagi ini, Noor Azman berkata transaksi tersebut berlaku pada tahun lalu.

Noor Azman berkata sepanjang tiga tahun bekerja beliau selalu membawa pelakon jelita itu untuk memasukkan duit yang didakwanya daripada Shafie ke dalam bank.

"Saya tidak pernah membawa duit itu, sendiri... Saya membawa dengan Zahida Rafik sekali. Saya tidak akan dibenarkan membawa duit, sendiri," katanya.

Ditanya sama ada beliau mempunyai sebarang masalah dengan Zahida itu, Noor Azman berkata sebelum meletak jawatan beliau mempunyai "pertelingkahan" ekoran berlakunya sesuatu perkara dan ia dimaklumkan kepada Shafie.

Bagaimanapun, selepas itu beliau meletak jawatan kerana "tidak seronok bekerja" susulan berlakunya perkara itu.

Noor Azman yang juga anggota Pemuda Pandan menegaskan tidak mempunyai "pertelingkahan" dengan Shafie yang juga naib presiden parti itu sekalipun sudah lama tidak menghubungi pemimpin itu.

Turut hadir dalam sidang media itu beberapa pemimpin kanan PKR antaranya Pengerusi Biro Undang-undang PKR Latheefa Koya dan dua ahli parlimen PKR Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan R Sivarasa (Subang).

Ibu saudara Noor Azman yang juga penyanyi terkenal tahun  1980-an, Dayangku Intan serta suaminya turut hadir dalam sidang media tersebut.
Malaysiakini telah menghantar SMS kepada Zahida dan tweet kepada Shafie bagi mendapatkan reaksi mereka terhadap dakwaan tersebut.
Bagaimanapun, setakat berita ini dikemaskini, Malaysiakini masih belum menerima sebarang jawapan.
Rumah Ambiga jadi tumpuan lagi
Kediaman pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga menjadi tumpuan lagi hari ini selepas dua demonstrasi dilakukan oleh kumpulan anti-BERSIH di kawasan tersebut sejak dalam tempoh seminggu.

Tinjauan Malaysiakini ke lokasi berkenaan petang ini mendapati sekumpulan 10 orang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan lima anggota polis hadir ke lokasi berkenaan petang ini untuk membuat kawalan.
Kumpulan penguatkuasa dan anggota polis itu berkawal di satu bahagian jalan, selang beberapa buah rumah daripada kediaman Ambiga.
Seorang penguatkuasa DBKL tersebut yang ditemui memberitahu Malaysiakini bahawa mereka mendapat maklumat bahawa sekumpulan individu akan membuka gerai pasar malam di hadapan rumah peguam tersebut.

Bagaimanapun, tinjauan pada kira-kira jam 5 petang ini mendapati tiada sebarang tindakan seperti itu dijalankan oleh mana-mana kumpulan.

Demonstrasi anti-BERSIH di depan rumah Ambiga itu dimulakan oleh sekumpulan peniaga pada 10 Mei lalu yang membuka gerai dan menjaja burger di lokasi tersebut.

Tindakan itu diikuti dengan satu lagi demonstrasi oleh Persatuan Veteran Tentera Melayu semalam yang mengadakan gimik demonstrasi dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman tersebut.
Kajian: 65% pengurus Felda percaya penyenaraian akan gagal
Satu kajian perunding yang dilantik Felda mendapati 65 peratus pengurus kanan Felda percaya bahawa penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGVH) akan gagal kerana lembaga tersebut tidak bersedia.

Perunding bebas itu, Boston Consulting Group, juga mendapati bahawa 55 peratus pengurus kanan lembaga itu tidak bersedia untuk rancangan penyenaraian itu.

Malah, hanya 20 peratus dari kalangan pengurus berkenaan yang menyokong rancangan tersebut, menurut kajian itu lagi.

Kajian tersebut mengambil kira pandangan daripada 30 pengurus kanan dalam Felda.

Hasil kajian itu dikemukakan November lalu kepada jawatankuasa pemandu untuk penyenaraian tersebut, yang diketuai pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad.

Sementara itu, semakan ke atas prospektus untuk penyenaraian itu menunjukkan bahawa 53 peratus daripada pokok kelapa sawit di tanah rancangan Felda sudahpun tua, selain 31 peratus pokok muda dan hanya 16 peratus pokok matang.

Sedangkan satu syarikat lain mempunyai 78 peratus pokok matang, 15 peratus pokok muda dan hanya 7 peratus pokok tua, menurut PKR yang membuat bandingan itu.

Berdasarkan perkara itu, PKR sekali lagi mempersoalkan niat sebenar kerajaan untuk menyenaraikan FGVH.

Langkah penyenaraian itu tidak harus dibuat dengan niat politik, menurut PKR.
Ambiga akan cabar perintah majistret tutup Dataran
Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk S Ambiga akan mencabar kesahihan perintah majistret yang membenarkan Dataran Merdeka ditutup pada 28 April lalu.

Menurut Ambiga, tindakan polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menghalang himpunan itu diteruskan berdasarkan dua peruntukan undang-undang berbeza menimbulkan isu perundangan yang boleh dipersoal.

NONE"Saya akan memohon untuk mencabar perintah itu kerana saya dinamakan dalam perintah itu.

"Saya akan mohon untuk mengenepikannya atau mengisytiharkannya batal dan tidak sah.

"Ramai orang (peserta BERSIH) didakwa kerana perintah itu," katanya.

Permohonan untuk mencabar keputusan tersebut akan difailkan secepat mungkin, kata Ambiga tanpa memperincikan tarikh tersebut.

Sehari sebelum himpunan BERSIH 3.0 berlangsung, Ambiga menerima satu perintah mahkamah dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur melarangnya, penganjur BERSIH dan orang awam dari memasuki Dataran Merdeka bermula 28 April hingga 1 Mei.

Perintah itu dipohon Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Majistret Zaki Asyraf Zubir membenarkan permohonan ex-parte itu dengan alasan BERSIH 3.0 "akan meneruskan himpunannya tanpa kelulusan dari DBKL atau memaklumkan Ketua Polis Daerah Wangi".
BERSIH gesa Suhakam siasat keganasan polis
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menubuhkan panel siasatan bebas dan terbuka ke atas pencabulan hak asasi oleh polis sewaktu perhimpunan 28 April lalu.

Perkara itu dinyatakan dalam memorandum yang diserahkan BERSIH kepada Pesuruhjaya Suhakam, James Nayagam petang tadi.

NONEBercakap kepada pemberita selepas menyampaikan memorandum tersebut, pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga berkata, keganasan yang dilakukan polis semasa perhimpunan tersebut merupakan tindakan paling buruk setakat ini.
"Pencabulan hak asasi sehingga ke tahap ini tidak wajar dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa kita mengetahui kebenaran dan keadilan buat semua mangsa," katanya ketika membaca satu kenyataan.
Mengulas mengenai dakwaan tindakan ganas polis ke atas peserta perhimpunan yang menyerah diri kepada pasukan itu, Ambiga berkata perbuatan seperti itu hanya akan memburukkan keadaan.

Tambahnya, sehingga kini polis hanya mengumumkan senarai 141 orang yang dikehendaki tetapi tidak mendedahkan nama dalam senarai itu.

Ramai yang masih tidak tahu sekiranya nama mereka juga termasuk dalam senarai tersebut, katanya lagi kepada pemberita.
Dipukul lepas serah diri
Dalam pertemuan sama, BERSIH melalui peguam Lawyers for Liberty (LFL) turut menggesa Suhakam campur tangan dalam isu berkenaan.

NONEPeguam LFL, Fadiah Nadwa Fikri, memaklumkan kepada Suhakam mengenai kes melibatkan seorang peserta perhimpunan, Mohd Safuan Mamat, 25 tahun yang mendakwa dipukul dengan getah hos air supaya mengaku bersalah selepas menyerah diri 14 Mei lalu.

"Ini amat merisaukan kerana polis sudah mula memburu mereka yang disenaraikan ini," kata Fadiah kepada pemberita.
Katanya, badan peguam itu bimbang polis akan menangkap orang ramai tanpa ditemani peguam sewaktu ditahan dan menerima nasib seperti Mohd Safuan.

Pesuruhjaya Suhakam, James Nayagam yang menerima memorandum itu memberi jaminan Suhakam akan menelitinya dan menemui BERSIH dalam masa seminggu.

"Kami akan meneliti memorandum ini dan memaklumkan orang ramai.

"Kami juga akan menghubungi Ketua Polis Negara untuk tindakan susulan berkaitan akses (peguam) kepada mereka yang ditahan," katanya.
Tosai Percuma di luar rumah timbalan IGP
Mula-mula burger, kemudian senaman punggung... dan Ahad ini tosai pula.

NONEMengambil kata-kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid
Abu Bakar, sekumpulan NGO vokal India memutuskan untuk menyajikan tosai percuma di luar rumahnya di Ampang, dari jam 10 pagi hari berkenaan

Setiausaha WargaAMAN, S Barathidasan berkata, NGO-NGO tersebut akan bertemu malam ini untuk membincangkan mengenai persiapannya.
Bagaimanapun, Barathidasan menegaskan ia bukan satu protes, atau ada sebarang kaitan dengan 'protes burger' di depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga minggu lalu.

"Ini sebenarnya satu kempen kesedaran. Tosai adalah makanan yang sihat dan sajian sarapan bagi masyarakat India. Kami mahu mempromosinya," katanya ketika dihubungi.

Kumpulan itu memilih untuk membuka gerai di luar rumah Khalid di Taman Bukit Teratai Khalid kerana mereka "menghormati" beliau.

"Beliau telah berkata bahawa gerai boleh dibuka di hadapan rumah orang dan kami menghormati apa yang beliau katakan".

Barathidasan menambah bahawa kumpulan itu akan memohon permit dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk gerai tersebut, dan mungkin meneruskannya juga walaupun ia ditolak.

"Kita hanya mahu beri orang ramai sarapan yang sihat. Kami tidak menjual apa-apa," katanya.
Bekas pemandu artis dakwa 'diganggu'
Bekas pemandu peribadi aktres Zahida Rafik mendakwa beliau dan ibu saudaranya "diganggu" individu yang tidak dikenali selepas direman bagi membantu siasatan selepas didakwa melarikan wang pelakon itu.

Noor Azman Azemi mendakwa gangguan berlaku dalam pelbagai bentuk selepas beliau dilepaskan daripada tahanan reman pada pertengahan Mac lalu.

Beliau sebelum ini membuat laporan polis bagi menafikan dan membersihkan namanya yang dituduh melarikan diri wang milik Zahida bernilai RM200,000 pada 13 Mac lalu.

NONE"Ada orang duduk di hadapan rumah (saya), orang masuk dalam rumah makcik dan barang hilang, ada kereta tunggu depan rumah pukul dua hingga empat pagi,"dakwanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Nama Noor Azam (gambar atas, kedudukan di tengah) menjadi perhatian apabila PKR pada 18 April lalu mengetengahkan laporan polis mendakwa Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal membayar sehingga RM1.5 juta kepada Zahida dalam tempoh empat bulan "hubungan intim" mereka.

Laporan polis itu didakwa dibuat oleh Noor Azman, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwnya melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.

Shafie dan Zahida masing-masing menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang bagi membersihkan nama mereka.

Pengerusi Biro Guaman PKR Latheefa Koya berkata setakat ini pihaknya tidak membuat laporan polis kerana anak guamnya tidak mengenali individu yang dimaksudkan.

Sementara itu, ibu saudara kepada Noor Azman - Dayangku Intan - rumahnya turut diganggu oleh individu yang tidak dikenali.

"Mereka datang jerit-jerit. Ia terus ada sehingga jam dua, tiga, empat pagi. Macam kita pelarian, macam orang bersalah," katanya dengan nada kecewa.

Penyanyi terkenal era 80-an itu berkata kad pengenalan Noor Azman menggunakan alamat di rumahnya.


Peguam Perancis: Kamu salah, Zahid Hamidi
Mahkamah Perancis yang menjalankan inkuiri berhubung urusniaga kapal selam Scorpene Malaysia-Perancis mempunyai kuasa memanggil semua pihak untuk membuat pengakuan dalam prosiding di negara itu.

NONE"Mahkamah Perancis mempunyai bidang kuasa terhadap semua orang, tidak kira orang Perancis atau tidak, selagi mereka terlibat dalam perkara melibatkan inkuiri sedia ada.

"Dakwaan sebaliknya salah dan mengelirukan," kata peguam Perancis Joseph Breham dalam kenyataan yang keluarkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Breham (kiri) mewakili NGO hak asasi itu, yang merujuk kepada mahkamah Perancis.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata, mahkamah Perancis tidak mempunyai kuasa mengarahkan rakyat Malaysia membuat pengakuan dalam inkuiri yang sedang berlangsung itu.

Rakyat Malaysia tidak tertakluk kepada undung-undang negara itu, katanya dalam sidang media selepas lawatan ketua tentara Thailand di kementeriannya, seperti disiarkan oleh Mob.tv.

Zahid antara saksi yang disenaraikan Suaram kepada mahkamah Perancis.
'Keengganan Zahid kerjasama timbulkan persoalan'
Kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa mahkamah Perancis tidak mempunyai kuasa untuk memanggilnya berhubung siasatan pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia, mengambarkan "ketakutannya yang amat sangat", dakwa Jingga 13 - sebuah NGO yang berkaitan dengan PKR.

NONEPenyelaras Jingga 13, Faiz Musa (kanan) berkata adalah janggal dan
menimbulkan tandatanya kepada seluruh rakyat jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Zahid, tidak bersedia untuk menghadiri perbicaraan tersebut, seolah-olah menyembunyikan sesuatu dan berdolak dalik agar skandal yang melibatkan wang rakyat serta maruah negara tidak terbongkar.

Menurutnya, Najib Razak dan Zahid tidak perlu takut untuk hadir keperbicaraan tersebut jika mereka tidak bersalah dan tidak terlibat dengan skandal tersebut.

Faiz menegaskan demikian dalam satu kenyataan sebagai mengulas kenyataan Zahid mengenai perkara itu.

Zahid sebelum ini berkata, mahkamah Perancis tidak mempunyai kuasa mengarahkan rakyat Malaysia membuat pengakuan dalam inkuiri yang sedang berlangsung itu.

Rakyat Malaysia tidak tertakluk kepada undung-undang negara itu, katanya dalam sidang media selepas lawatan ketua tentara Thailand di kementeriannya, seperti disiarkan oleh Mob.tv.

Zahid antara saksi yang disenaraikan Suaram kepada mahkamah Perancis.
Sementara itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram), peguam Perancis Joseph Breham berkata, mahkamah negara itu yang menjalankan inkuiri berhubung urusniaga kapal selam Scorpene tersebut mempunyai kuasa memanggil semua pihak untuk membuat pengakuan dalam prosiding di negara itu.

Mahkamah Perancis, katanya, mempunyai bidangkuasa ke atas semua orang, tidak kira orang Perancis atau tidak, selagi mereka terlibat dalam perkara melibatkan inkuiri sedia ada.

"Dakwaan sebaliknya salah dan mengelirukan," kata Breham yang mewakili NGO hak asasi itu, yang merujuk kepada mahkamah Perancis.
BERSIH gesa henti ancaman peribadi pada Ambiga
Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menggesa agar segala gangguan dan ancaman peribadi kepada pengerusinya Datuk S Ambiga dihentikan segera.

Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk A Samad Said melahirkan rasa sedih dan marah beliau terhadap gangguan berterusan yang dialami Ambiga di rumahnya.

NONE"Ketika serangan dengan kelakuan hina dan kadang kala ganas ini dilakukan di hadapan rumahnya, Ambiga melayani keadaan tersebut penuh sopan dan hormat," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.

Semalam, sekumpulan veteran tentera membuat "senaman punggung" selama kira-kira 15 minit di hadapan rumah Ambiga.

Pada 10 Mei lalu, sekumpulan peniaga kecil mendirikan gerai burger di hadapan rumah Ambiga sebagai tanda protes terhadap himpunan BERSIH yang didakwa menyebabkan kerugian kepada perniagaan mereka.

Samad turut membidas kenyataan polis sebelum ini yang membenarkan perhimpunan yang diadakan di luar rumah Ambiga.

"Pihak berwajib seharusnya bersuara mengutuk apa yang sedang dilakukan terhadap seorang pemimpin masyarakat madani.

"Jika kerajaan dan pihak berwajib senyap dan membisu ini bermakna mereka menyokong kerja bangan dan perangai hina ini," katanya.

Tiada niat runtuhkan kerajaan
Pak Samad seterusnya menegaskan bahawa BERSIH hanya menuntut pilihan raya yang bersih dan adil dan tidak pernah berniat menggulingkan kerajaan melalui cara tidak sah seperti didakwa mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan tiga bekas ketua polis.

"Itu tindakan sama yang (cuba) menunjukkan BERSIH ini membahayakan.

NONE"Padahal apa yang kami lakukan adalah membersihkan mandat demokrasi, bukannya menentang kerajaan.

"Tidak ada niat lain walaupun di sebelah sana sentiasa menyatakan kami ingin meruntuhkan kerajaan," kata sasterawan negara itu.

Dalam sidang media sama, BERSIH melancarkan kempen baru bagi melawan dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum akan datang.

Berasakan konsep undi dan pantau BERSIH menyeru rakyat Malaysia agar meningkatkan peratusan keluar mengundi dan memantau sebarang penipuan yang mungkin berlaku pada hari mengundi.

"BERSIH menyeru semua warga yang berdaftar mengundi menggunakan undi mereka sebagai benteng melawan penipuan.

"Kami (juga) menyeru semua penyokong BERSIH untuk sama-sama melawan penipuan dengan menjadi pemantau, pengira undi dan agen pengundi," kata BERSIH dalam kenyataannya.
'Unit Amal beredar lepas keadaan tak terkawal'
Ketua Pengarah Jabatan Amal, Juhari Osman berkata, ketika keadaan tidak terkawal pada perhimpunan BERSIH 3.0, di Kuala Lumpur, 28 April lalu, beliau mengarahkan supaya semua anggota unit amal yang bilangan dianggarkan 2,000 orang supaya beredar daripada kawasan berkenaan.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku selepas jam 4 petang di mana kebanyakan peserta gagal mematuhi arahan biarpun disaran supaya beredar.

NONE"Kira-kira jam 4 petang, memang saya ada keluarkan arahan supaya mereka beredar menerusi radio dan sewaktu menghubungi pihak yang mengetuai pasukan bertugas mereka jelaskan supaya balik sebab keadaan tidak terkawal.

"Sebelum ini peserta ikut arahan tetapi kali ini nampak liar dan ketika berlakunya insiden menterbalikkan kereta, kejadian itu berlaku pukul 5 dan walaupun ada arahan daripada pimpinan Pakatan Rakyat, untuk kita turun tetapi kita memikirkan risikonya tinggi jadi kami tidak turun.

"Setelah peranan kita tidak dapat diikuti oleh peserta jadi kita tidak mampu berbuat apa-apa dan saya tidak pasti sama ada ia merupakan satu provokasi daripada pihak lain," katanya.

Juhari mendakwa, pada hari kejadian, lebih 10 anggota daripada unit amal ditangkap dan kesemuanya bukan kerana bertempur dengan polis tetapi mereka di tangkap ketika sedang memberi khidmat membantu peserta yang tercedera dan sebagainya.

Nafi rempuh polis
"Kita di Unit Amal cuba sedaya upaya mengelakkan pertembungan dengan pihak polis dan ini perlu kita jaga selagi peserta boleh ikut tetapi jika sebaliknya kita tidak mampu lagi dan tidak berani mengambil risiko.

"Ada yang ditangkap ketika sedang membantu mereka yang sesak nafas, sedang mengumpul kasut dan selipar yang bersepah sebab setelah selesai perhimpunan biasanya kita akan melakukan kawad bersih supaya tidak berlaku kekotoran, jadi dalam keadaan itulah ada anggota yang ditangkap.

"Polis melakukan tangkapan secara keseluruhan setelah mereka bagi arahan supaya beredar namun ada peserta yang tercedera, tak kan kita nak tinggalkan mereka," katanya.

Beliau turut menafikan dakwaan kononnya anggota Unit Amal yang melakukan rempuhan di KLCC.

"Seperti dituduh, rempuhan di KLCC sebenarnya pergerakan anggota Unit Amal yang dirakam sebenarnya untuk meloloskan diri, supaya tidak berlaku keadaan yang tidak terkawal sebab ketika itu polis sedang membuat halangan dan sebelum siap kita cuba keluar.

"Kita bimbang ada peserta akan merempuh polis dan sebab itu nampak dalam gambar seolah-olah anggota Unit Amal merempuh polis dan setakat ini tiada seorang pun yang mengakui mereka memukul anggota polis," katanya.

Juhari berkata, setakat ini, beliau tidak dapat pastikan jumlah sebenar anggota Unit Amal yang cedera tetapi sempat menziarahi seorang anggota daripada Pahang.

"Beliau menyatakan kepada saya yang beliau dipukul setelah ditangkap dan kejadian itu berlaku di Dataran Merdeka dan kemudiannya telah di bawa ke ibu pejabat Polis.

"Dia mendakwa telah dipukul oleh polis secara beramai-ramai sehinggakan doktor yang merawat beliau turut timbul perasaan marah. Saya pun baru pertama kali temui seorang doktor yang mempunyai perasaan begitu.

"Dia kata tak puas hati dengan tindakan polis sehingga mangsa dipukul begitu teruk. Ada juga seorang wartawan yang dipukul teruk. Dia pun terpaksa menerima pembedahan," katanya.

Kesan strategi provokasi
Beliau berkata, apabila berlaku pertempuran pihaknya mengarahkan peserta untuk beredar daripada lokasi.

"Bukan pukul 3 petang tetapi pukul 4 petang, kita bagi arahan Unit Amal balik ke lokasi masing-masing dan antara pukul 3 hingga pukul 4 petang itu, berlaku satu keadaan yang kelam kabut.

"Anggota Unit Amal ketika itu berpecah dan ada antara mereka yang membantu mangsa-mangsa yang tercedera, mereka mendakwa kali ini lepasan gas pemedih mata mempunyai kekuatan lebih teruk daripada sebelum ini.

"Anggota kita terpaksa menyelamatkan diri sendiri dahulu baru boleh bantu orang lain, jadi suasana kelam-kabut dan tidak terkawal," katanya.

Juhari berkata, beliau berasa kesal berikutan berlakunya insiden berkenaan, namun sedang mengumpulkan beberapa bukti menerusi Dewan Pemuda PAS untuk menyiasat punca berlakunya kejadian tersebut.

"Kita gagal mengesan apakah strategi yang dibuat oleh pihak berkuasa untuk menimbulkan suasana provokasi.

"Perkara ini memang dirancang untuk berlaku sebegini dan saya rasa lebih bersemangat untuk tempoh akan datang serta meyakinkan anggota Unit Amal supaya lebih bersedia pada perhimpunan BERSIH akan datang," katanya.

Tiada ulasan: