Isnin, 21 Mei 2012

MANA2 YANG TAK SUKA ISLAM...PRANGSKA BURUK PADA ISLAM IA MEMANG BAHAYA...MEREKA BUKAN SAJA MENENTANG ISLAM...BAHKAN IA MENENTANG ALLAH...SEDANGKAN ALLAH YANG MENGHIDUPKAN DAN MEMATIKAN MEREKA...MEREKA TELAH MENJADI TENTERA SYAITAN

Zam cadang lumpuh dan musnahkan PAS

Harakahdaily, 21 Mei 2012


(Tulisan Zam dalam Utusan hari ini)

KUALA LUMPUR: Pakar media Umno, Datuk Zainudin Maidin atau Zam menentang keras cadangan muzakarah Umno dengan PAS sebaliknya mencadangkan PAS dilumpuh dan dimusnahkan.

"PAS tidaklah seharusnya menjadi pilihan  Umno untuk perpaduan Melayu tetapi sebaliknya perpaduan Melayu hanya akan wujud dengan melumpuhkan PAS," tulis Zam dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini.

Bekas Menteri Penerangan dan Ketua Pengarang Utusan itu berkata, "kesempatan haruslah diambil daripada keruntuhan moral dan kekalutan politik PAS sekarang untuk memusnahkan sama sekali PAS."

Pendirian Zam ini dipercayai pendirian kebanyakan pemimpin Umno dalam menghadapi PAS.

Mereka bukannya mahu bermuzakarah dengan PAS tetapi mahu menghancurkan PAS sama sekali dengan menimbulkan keraguan di kalangan ahli PAS kepada pemimpinnya.

Mereka juga bertujuan untuk melahirkan keraguan rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat terhadap hala tuju perjuangan PAS di negara ini.

Sejak kebelakangan ini, media Umno itu galak benar menyiarkan berita berkaitan dengan cadangan muzakarah yang disebut oleh pimpinan PAS.

Cadangan muzakarah dengan semua NGO dan parti politik untuk menerangkan dasar PAS dijadikan cadangan PAS untuk bermuzakarah dengan Umno dan menghasilkan anggapan PAS mahu bergabung dengan Umno.

Tun Dr Mahathir pula hari ini mendakwa PAS tidak ikhlas mahu bermuzakarah dengan Umno.

Sebab itulah, katanya, perlbagai alsan dicari PAS untuk menggagalkan usaha itu.

Padahal, PAS menawarkan muzakarah kepada semua NGO dan parti politik untuk menerangkan Islam yang dibawanya tetapi Umno merosakkannya dengan berkata PAS mahu bermuzakarah dengan Umno.

Ahi PAS wajib hadir Munajat Perdana di Kedah 1 Jun

Harakahdaily, 21 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 21 Mei: Seluruh kepimpinan PAS diseru membuat persiapan awal bagi memastikan matlamat himpunan lebih 100,000  di Ijtimak pilihanraya dan Munajat Perdana pada 1 Jun ini di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah berjaya.

Himpunan gergasi itu diadakan selepas mesyuarat PAS Pusat yang diadakan pada 13 Mei yang lalu membuat keputusan menangguh muktamar yang dijadualkan awal Jun.

“Seluruh kepimpinan parti perlu membuat persiapan awal bagi memastikan matlamat himpunan lebih 100,000 ini mencapai kejayaan. Setiap ahli perlu mengambil inisiatif sendiri untuk hadir dalam himpunan perdana ini,” seru Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Menurut Tuan Ibrahim, ijtimak akan bermula dengan satu taklimat tertutup kepimpinan tertinggi parti seluruh negara dan ahli yang berhormat bersama Presiden bermula jam 10 pagi di kompleks PAS negeri.

Manakala himpunan untuk semua ahli PAS akan bermula seawal jam 4 petang dan dijangka berakhir jam 12 malam, tambah beliau.

“Bawalah apa-apa yang perlu untuk keselesaan munajat. Semua program parti yang bertindih dengan program ijtimak pilihanraya hendaklah ditangguhkan,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

Munajat perdana, kata beliau akan dipimpin sendiri oleh Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.

Manakala amanat Presiden PAS Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menjadi acara kemuncak ijtimak dan berakhir dengan pembacaan ikrar oleh seluruh ahli PAS, sebagai baiah dan janji setia bagi menggarap usaha bagi mencapai kemenangan.

Ijtimak kali ini juga, kata Tuan Ibrahim akan disertai oleh  beberapa tokoh besar yang menyatakan kesediaan untuk turut sama bergabung dalam PAS. Mereka akan diisytihar secara rasmi bagi menyatakan ikrar dan sokongan mereka kepada parti.

“Semua ahli diseru menjadikan ijtimak kali ini sebagai pemangkin kepada pembinaan semangat juang yang tinggi kepada seluruh jentera, ahli dan penyokong parti. Semoga majlis diberkati Allah,” tambahnya lagi.

Zunar lwn polis: Keputusan 23 Mei

Harakahdaily, 21 Mei 2012

(Kartun Zunar yang menceritakan kenapa beliau mendakwa kerajaan Malaysia)

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Vazeer Alam Mydin Meera akan membuat kepututusan mengenai kes kartunis Zunar melawan polis dan kerajaan Malaysia pada 23 Mei depan.

Zunar mengemukakan saman terhadap polis dan kerajaan kerana tangkapan yang beliau sifatkan sebagai berniat jahat yang dibuat beberapa jam sebelum pelancaran buku terbaru beliau ketika itu, 'Cartoon-O-Phobia' pada September 2010.

Dalam kejadian itu, Zunar atau nama sebenarnya Zulkili Anuar Ulhaq turut ditahan di bawah Akta Hasutan dan 66 naskah buku tersebut serta sebuah lukisan kartun dirampas.

Dalam saman tersebut, Zunar menuntut gantirugi, perintah supaya buku-buku yang dirampas dikembalikan kepadanya dan perintah supaya lukisan kartun dikembalikan. 

Dalam kes itu, Zunar diwakili pegaum N Surendran dan Fadiah Nadwa Fikri.

Datuk Fauzi Shaari serah borang sertai PAS

Harakahdaily, 21 Mei 2012


(Datuk Fauzi menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS - gambar Sinarharian.)

TAIPING: Sebagaimana yang dijangka, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari dengan rasminya menyertai PAS malam tadi.

Borang permohonan menjadi ahli PAS diserahkan beliau kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta timbalannya, Haji Mohamad Sabu dalam majlis pengisytiharan perdana malam tadi.

Ia diadakan di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Larut dekat sini.

Turut serta di majlis itu adalah Ketua Penerangan yang juga Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain.

Penyerahan borang keahlian disaksikan kira-kira 5,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR).


Bukan mahu jadi calon



Dalam ucapannya, Fauzi menjelaskan bahawa tujuan menyertai PAS bukan berniat untuk menjadi calon atau mempunyai kepentingan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.

Katanya, kehadiran beliau pada majlis itu juga sebagai pengenalan kepada penyokong dan masyarakat sebelum bergiat aktif selepas ini.

Beliau turut menjelaskan, penyertaan dalam PAS itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis.

Semasa menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Fauzi terkenal dengan tindakannya membanteras maksiat di pusat bandaraya Kuala Lumpur.

Tindakan beliau pernah dikecam oleh seorang menteri yang menyifatkan tindakan Fauzi akan menghalau pelancong dari negara ini.

Dalam ceramah itu, Fauzi yang berasal dari Pantai Besar, Batu Kurau, Perak menambah, beliau selepas ini akan membantu PR khususnya PAS melalui ceramah-ceramah yang dianjurkan.

Bahaya ancaman Islam liberal

Eikhwan Ali, 21 Mei 2012
Golongan Islam Liberal ini tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang yang menolak agama, tetapi berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula agama, mentafsir semula al-Quran, menilai semula syariat dan hukum-hukum fekah. Segala tafsiran yang dianggap lama dan kolot mengenai agama termasuk hal yang telah menjadi ijmak ulamak, termasuk tafsiran daripada Rasulullah s.a.w. dan sahabat serta ulamak mujtahid ditolak oleh mereka.

Pengaruh liberalisme yang telah terjadi dalam agama Yahudi dan Kristian mulai diikuti oleh sekumpulan sarjana dan pemikir muslim termasuklah dengan menubuhkan forum diskusi dan institusi seperti Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia dan Sister in Islam (SIS) di Malaysia.

Gerakan Islam Liberal ini sebenarnya adalah lanjutan daripada gerakan modernisme Islam yang muncul pada awal abad ke-19 di dunia Islam sebagai suatu konsekuensi interaksi dunia Islam dengan tamadun barat. Modernisme Islam tersebut dipengaruhi oleh cara berfikir barat yang berasaskan kepada rasionalisme, humanisme, sekularisme dan liberalisme.

Rancangan musuh-musuh Allah dan muslim, iaitu Zionis dan Amerika adalah untuk memecahbelahkan umat Islam dengan memberi sokongan kepada golongan Islam yang radikal dan pada belahan dunia Islam yang lain mereka menaja kelompok Islam liberal, disamping menghidupkan semula tarekat-tarekat sufi yang menyimpang, MAKA gambaran majoriti umat Islam sebenar yang mengikuti manhaj ahli sunnah wal jamaah dan menjadi umat pertengahan tidak dapat dilihat dengan jelas.

Menurut penganut dan aktivis kumpulan Islam liberal ini, agama hendaklah disesuaikan kepada realiti semasa, sekalipun terpaksa menafikan hukum-hakam dan peraturan agama yang telah sabit dengan nas-nas syarak secara qat’ie. Jika terdapat hukum yang tidak menepati zaman, kemodenan, hak-hak manusia, dan tamadun global, maka hukum itu hendaklah ditakwilkan atau sebolehnya digugurkan.

Sebenarnya, program Islam liberal ini dilancarkan oleh barat untuk memperkuatkan liberalisme politik di negara-negara umat Islam setelah gagalnya sekularisme di Timur Tengah (dunia Islam). Bagi mereka, tanpa liberalisme Islam yang kuat, maka liberalisme politik di Timur Tengah dan negara umat Islam yang lain tidak akan berhasil. Kerana itu, mereka menaja kumpulan-kumpulan dan individu-individu tertentu di negara-negara umat Islam untuk mempromosikan fahaman Islam liberal ini.

Secara ringkasnya, ada tiga bidang dalam ajaran Islam yang menjadi sasaran liberalisasi iaitu; [1] liberalisasi bidang aqidah dengan penyebaran fahaman pluralisme agama, [2] liberalisasi bidang syariah dengan melakukan perubahan metodologi ijtihad, dan [3] liberalisasi konsep wahyu dengan melakukan dekonstruksi terhadap al-Quran.

Semoga Allah selamatkan kita daripada sebarang bentuk kesesatan.

Wallahua’lam
Penulis ialah Naib Presiden GAMIS, merangkap Pengerusi INSPIRASI ANAK MUDA.

Tiada ulasan: