Ahad, 20 Mei 2012

IKHLAS RAHSIA DALAM RAHSIAKU...ALLAH KATA BEGITU...IKHLAS ALLAH SAJA YANG TAU...BELIAU MENJANGKAU LEBIH...MACAM IA TAHU...ORANG IKHLAS ATAU TAK....PI MENGAJI AGAMA LAH...SELAMA NI SAPE YANG BANYAK AGENDA TERSEMBUNYI...DAN SAPE KAKI AUTA...

Alhamdulillah, berbondong-bondong sertai PAS - Abd Hadi

Harakahdaily, 19 Mei 2012
KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengucapkan syukur dengan perkembangan yang berlaku dalam PAS sekarang.

Ketika PAS dituduh dengan pelbagai tohmahan, "berbondong-bondong cerdik pandai datang untuk kita, Alhamdulillah," kata beliau dalam Facebooknya.

Beliau yang dijadualkan berceramah di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang, Batu Kurau, Perak esok dijangka akan menyambut berita gembira di majlis itu.

"Saya telah diberi faham bahawa majlis ini adalah majlis pengisytiharan bekas orang no 3 dalam pasukan polis untuk menyertai PAS," tulis beliau lagi.

Seorang bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM iaitu orang nombor 3 dalam pasukan polis dijangka akan menyerahkan borang menyertai PAS kepada beliau dalam ceramah itu malam esok.

Bekas pegawai kanan polis itu merupakan anak kelahiran Pantai Besar, Larut dan pernah menyandang beberapa jawatan dalam pasukan polis.

Antaranya, Timbalan Pengarah Logistik PDRM, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Sarawak, Timbalan Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Daerah Pasir Putih Kelantan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi dan Timbalan OCPD Sentul.

Bekas orang nombor tiga dalam PDRM itu baru sahaja bersara dari profesion polis kira-kira dua tahun yang lalu.

Dalam suasana rakyat sedang bertikam lidah dengan PDRM selepas himpunan Bersih 3.0 lalu, kesediaan beliau menyertai PAS sekali gus menolak persepsi PAS bermusuhan dengan polis.

Ketika dalam tugasnya, beliau terkenal sebagai pegawai kanan polis yang berusaha membanteras maksiat termasuk ketika beliau menjadi Ketua Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur

Piala FA: Tuan Guru Nik Aziz ucap tahniah

Harakahdaily, 19 Mei 2012
KUALA LUMPUR, 19 Mei: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negeri itu yang berjaya merangkul Piala FA pada perlawanan akhir, malam ini.

“Tahniah diucapkan atas kejayaan pasukan The Red Warriors yang telah berjaya menjuarai Piala FA sebentar tadi,” tulisnya dalam Facebook beliau.

Kelantan berjaya menjuarai Piala FA selepas menewaskan Sime Darby 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Gol kemenangan pasukan Red Warriors itu dijaringkan oleh Mohammed Ghaddar pada minit ke-59 menerusi sepakan penalti.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan juga mengucapkan tahniah kepada Kelantan di atas kejayan itu.

“Tahniah Kelate atas tropi yang dimiliki malam ini setelah menewaskan Sime Darby. Sime Darby cuba lagi tahun depan,” tulisnya juga melalui Facebook.

 


Respons fatwa Bersih 3.0

Hasan Husaini,
Saya merujuk laman web Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membaca keputusan rasmi fatwa tentang perhimpunan yang diharamkan, tetapi, senarai muzakarah ke-99 masih tidak tersenarai.
Saya kurang selesa untuk membaca ulasan dari pihak ketiga kerana ia tidak menjamin ketulenan isi dan fakta.
Namun, laporan akhbar yang sepakat melaporkan bahawa sebab ('illah') BERSIH 3.0 difatwa haram kerana berniat untuk menjatuhkan kerajaan, di samping berniat untuk merusuh dan merosakkan harta benda awam.
Kenyataan ini menyebabkan saya tertarik untuk memberi respon berdasarkan pengetahuan cetek saya.

Saya agak keliru, apakah sumber Majlis Fatwa yang mengatakan niat BERSIH 3.0 ingin menumbangkan kerajaan yang sah melalui himpunan? Sedangkan web rasmi BERSIH hanya menyenaraikan tuntutan pilihanraya bersih dan adil. Tuntutan pilihanraya bersih dan adil adalah wajib. Manakala menang dan 'menumbangkan kerajaan' melalui pilihanraya adil dan bersih adalah sah di sisi syarak. Maka, sebab pertama adalah secara rasmi tertolak.
Manakala tuduhan yang mengatakan BERSIH berniat untuk merusuh pula agak keterlaluan. Saya menjadi pemerhati BERSIH, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0. Hemat saya mudah, majoriti peserta BERSIH datang dengan tenang dan aman. Namun, provokasi melampau dari pihak keselamatan menyebabkan sedikit huru-hara berlaku. Huru-hara ini tidak harus ditafsrikan sebagai huru-hara rusuhan kerana ia hanyalah respon kegerunan orang ramai kepada pedihnya gas pemedih mata dan gatalnya air kuning dari meriam air.
Satu perkara yang harus difikirkan sejenak, ketika mana peserta BERSIH datang dengan botol susu anak dan botol mineral serta sebungkus popia, pihak keselamatan telah bersiap siaga dengan peluru gas, meriam air, gari plastik, malah peluru hidup. Siapa yang bersedia untuk mengganas?
Dan satu soalan cepu emas, sejak bila Majlis Fatwa Kebangsaan pandai membaca niat orang? Kalian bedah dada mereka? (Asyaqaqta Qalbah? : Hadith)
Manakala untuk kes BERSIH 3.0, saya fikir, Majlis Fatwa tidak cermat apabila terus menghukum BERSIH haram dek kerana sebilangan kecil perusuh yang masih belum dikenal pasti siapa mereka, dan kenapa mereka bertindak sedemikian. Alangkah baiknya, kalau selepas mengambil sumber dari pihak polis dan agensi kerajaan, Majlis Fatwa Kebangsaan bertemu pula dengan pihak penganjur BERSIH 3.0. Bukankah mendengar dari kedua-dua pihak itu wajib  dan dituntut sebelum memberi hukum?
Cadangan saya untuk Majlis Fatwa Kebangsaan demi menjamin kredibiliti Majlis yang dinaungi Majlis Raja-Raja:
1. Mendapatkan maklumat dari sumber yang pelbagai, termasuk sumber yang kontra. Dalam hal BERSIH, sumber dari penganjur dan peserta BERSIH sangat penting.
2. Benar-benar bertindak sebagai badan bebas yang menjaga kesucian agama Islam dan menonjolkan imej tersebut. Sedangkan sekarang, majlis fatwa kebangsaan hanya dilihat memberi fatwa secara selektif dan dianggap sebagai lidah pembela kerajaan Malaysia.
3. Saya tertanya-tanya, apa pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan terhadap  :
  • Penyebaran video dan gambar lucah
  • Tuduhan tanpa bukti dan saksi
  • Pembaziran dan penyalahgunaan wang negara
  • Penyalahgunaan wang zakat
  • Kerajaan menggunakan kekerasan kepada rakyat awam
  • Hukum menipu dalam pilihanraya
  • Hukum menafikan hak royalti Kelantan

HASANHUSAINI,
Darul Muttaqin, Mu'tah, Jordan.
*Penulis merupakan Presiden Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah, Yang Dipertua Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan, dan Naib Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan.
'Allah, Kebebasan dan Cinta' berjaya dilancarkan
Walaupun menghadapi pelbagai halangan dan kontroversi, buku Allah, Kebebasan dan Cinta berjaya dilancarkan secara sederhana di Kuala Lumpur hari ini.

Kira-kira 70 orang hadir dalam pelancaran buku penulis Kanada Irshad Manji yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur dekat ibu negara awal petang ini.

irshad manji book launch 2Dalam ucapan ringkasnya, Irshad membincangkan konsep 'politik identiti' yang menurutnya cuba menyeragamkan Muslim dengan label tertentu dan kemudian bertukar menjadi ajaran yang tidak boleh dibantah dan diterima bulat-bulat.

Justeru, beliau mengajak peminatnya yang hadir untuk hidup dengan penuh integriti, dan bukan berdasarkan label, kerana menurutnya ia akan memperbaiki hubungan antara manusia dan Tuhan.

"Apabila anda hidup dengan penuh integriti dan menggabung jalin siapa diri anda secara keseluruhan, dan bukan sebahagian sahaja, anda akan mengeratkan hubungan anda dengan Yang Maha Esa," katanya.

'Manusia cipta mesin, Tuhan cipta keunikan'

Beliau turut mengulangi mesejnya sebelum ini yang mengajak manusia berfikir untuk diri sendiri kerana 'Tuhan Yang Maha Agung tidak akan mencipta manusia untuk menjadi robot atau mesin'.

"Manusia mencipta mesin tetapi Tuhan mencipta keunikan," kata Irshad.

NONETurut hadir bersama Irshad petang tadi adalah pengedar bukunya, Ezra Zaid dari ZI Publishing.

Mengulas larangan terhadap program Irshad yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, Ezra berpendapat sebarang larangan sepatutnya datang dari Kementerian Dalam Negeri dan bukannya Jakim.

Beliau juga berharap agar buku itu tidak dilarang penjualannya apabila ia diedarkan di kedai-kedai buku berhampiran tidak lama lagi.

Buku pertama Manji, The Trouble with Islam Today: A Muslim's Call for Reform in Her Faith diharamkan di Malaysia selepas lapan tahun berada di pasaran.

Programnya hari ini adalah yang pertama dan satu-satunya berjaya diadakan selepas dua program lain di Monash University dan Borders The Gardens dekat ibu negara dibatalkan atas alasan sebab-sebab keselamatan.



Salam.Mohon sahabat2 sebarkan bahawa Irshad Manji, sahabat Salman Rushdie, pendukung liberal & LGBT antarabangsa tlh berada di Msia dan akan mengadakan program diskusi buku liberalnya di Monash University, Sunway Campus pd hr Jumaat 18/5/2012 pukul 1-2ptg iaitu ketika umat Islam sdg solat Jumaat. Mohon pihak NGOs Islam buat bantahan spy kerajaan HARAMKAN program mereka!!!Sampaikan kpd kawan2 lain..

KDN, Jakim tak benar program penulis kontroversi
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan membenarkan sebarang program yang melibatkan seorang pendukung gay, biseksual dan transeksual (LGBT), Irshad Manji diadakan di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pihaknya memandang serius terhadap perkara itu dan meminta semua jabatan agama di setiap negeri menghalang sebarang program melibatkan wanita itu daripada berlangsung.

Beliau berkata Manji, 48, akan datang ke negara ini bagi tujuan melancarkan buku terbarunya bertajuk Islam, Liberty and Love yang dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam serta perjuangannya dalam mempertahankan cara hidup sebagai seorang lesbian.

"Kerajaan amat memandang serius terhadap ideologi yang dibawa oleh Irshad Manji dan implikasinya terhadap umat Islam di negara ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Buat Elok Saja Tau (Best) di Gurun malam tadi.

Katanya ideologi tersebut jelas bertentangan dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam berdasarkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan (Islam sebagai Agama Persekutuan), Akta dan Enakmen Agama Islam negeri-negeri, undang-undang sivil dan norma masyarakat.

Jamil Khir berkata Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang turut dianggotai Malaysia menolak orientasi seksual yang mendukung LGBT sebagaimana yang ditegaskan dalam persidangan Sesi ke-19 Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 7 Mac lepas di Geneva, Switzerland.

Justeru, beliau menyeru umat Islam di negara ini sentiasa peka dan berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan fahaman ideologi yang dibawa oleh kumpulan dan individu tersebut.

Ini kerana beliau khuatir akan menyentuh sensitiviti agama serta menjadi provokasi serius terhadap umat Islam secara harmoni di bawah naungan institusi Raja-Raja Melayu, Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara ini.

Manji merupakan seorang Muslim berfahaman liberalismie, pluralisme dan feminisme dan dia merupakan pendukung LGBT di peringkat antarabangsa.

Dia pernah mengarang sebuah buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk The Trouble With Islam Today yang mengandungi idealisme sama seperti penulis novel The Satanic Verses, Salman Rushdie.

- Bernama

Syarat Nik Aziz: Ubah dasar, terima sekali Pakatan
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan muzakarah bersama Umno diadakan sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan Umno perlu mematuhi beberapa perkara yang akan ditentukan oleh PAS sekiranya ingin bersatu dan mencapai kesefahaman.

NONE"Kalau Umno nak bersatu (dengan PAS), tukar dasar kebangsaan dia, bubuh (letak) Islam. Bukan buat keputusan secara berseorangan, tetapi perlu buat secara rasmi bahawa Umno tukar dasar kebangsaan kepada Islam.

"Umno kena terima PAS sekali dengan Pakatan (Rakyat). Bila Umno dah ubah dasarnya, mereka kena bersama dengan Pakatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-37 PAS Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyyah PAS di Kuala Ibai, dekat Kuala Terengganu hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkara di sebalik kesudian PAS untuk mengadakan muzakarah dengan Umno sebagai suatu permulaan kepada kerjasama parti demi penyatuan orang Melayu khususnya umat Islam.

Katanya muzakarah diminta oleh agama Islam dan sepatutnya adalah untuk kebaikan semua pihak dengan niat yang benar-benar ikhlas.

Rabu lalu, Nik Aziz menyatakan persetujuannya agar PAS membuka pintu untuk bermuzakarah dengan mana-NGO termasuk Umno.

Kenyataannya itu mendapat reaksi positif Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Umno bersedia untuk bermuzakarah dengan PAS asalkan tujuannya untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

- Bernama
Peserta BERSIH kurang serius, kata polis
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah mendakwa, peserta BERSIH kurang serius bekerjasama dengan polis berhubung dakwaan keganasan yang dibuat.

NONEBeliau merujuk kepada laporan Mohd Safuan Mamat pada Selasa yang mendakwa polis memukulnya untuk mendapatkan pengakuan selepas beliau menyerah diri bagi membantu siasatan.

Ku mempertikaikan tindakan lelaki itu yang mendakwa dan membuat laporan polis tetapi didakwa enggan memberikan kerjasama lanjut.

"Jika kamu buat laporan, tetapi enggan beri kenyataan, apakah niat kamu?" kata Ku ketika ditanya pemberita dalam sidang media di balai polis Travers dekat ibu negara semalam.
Nasib 2 rakyat Malaysia di Guantanamo
Wartawan Sinar Harian
19 Mei 2012
Nasib 2 rakyat Malaysia di Guantanamo
Nasib 2 rakyat Malaysia di Guantanamo
SELEPAS hampir 10 tahun ditahan tentera Amerika Syarikat atas tuduhan melakukan keganasan, nasib dua rakyat Malaysia di penjara Guantanamo, Mohd Farik Amin dan Mohd Nazir Lep masih samar.

Apakah harapan dan luahan hati ahli keluarga mereka yang tidak pernah jemu berdoa supaya kedua-duanya lekas dibebaskan?

Dan adakah mereka akan dibawa ke muka pengadilan dalam masa terdekat? Apa jawapan yang diberikan Pentagon? Dan apa pula usaha yang boleh dilakukan kerajaan dan rakyat Malaysia dalam membantu mereka mendapatkan perbicaraan adil?
Nik Aziz: Terima PR jika mahu kerjasama Pas
W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN
19 Mei 2012
Nik Aziz: Terima PR jika mahu kerjasama Pas
Nik Aziz (kanan) ketika sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markas Tarbiyah Pas di Kuala Ibai
KUALA TERENGGANU – Umno perlu bersedia untuk menerima parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR)  - PKR dan DAP sekiranya masih memasang niat untuk menjalin kerjasama politik dengan Pas.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Umno wajar menerima ketiga-tiga parti dalam PR memandangkan Pas bukan lagi berseorangan ketika ini dan keputusan perlu dibuat bersama PR.

Bercakap kepada media di sini, beliau bagaimanapun tetap dengan pendiriannya supaya Umno menukar dasar parti itu terlebih dahulu sebelum mengadakan sebarang usaha ke arah penggabungan antara dua parti.

“Saya sebut lama dah. Kalau Umno nak bersatu, parti itu perlu menukar dasar kebangsaan kepada Islam. Ia bukan keputusan seorang tetapi kena buat secara rasmi (bersama PR). Umno (perlu) tukar dasar daripada kebangsaan kepada Islam secara rasmi.

“Kedua, Umno kena terima Pas sekali dengan pakatan kerana kami sudah ada Pakatan dan Pakatan tidak buat khianat kepada kami. Maka lepas kami (Pas) bersatu dengan Umno dan selepas Umno ubah dasar dia, barulah boleh bersama dengan pakatan,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita ketika sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pas Kawasan Kuala Terengganu di Markaz Tarbiyah Pas Kuala Ibai di sini, hari ini.

Turut hadir Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Terengganu, timbalannya, Datuk Tengku Hasan Tengku Omar dan pimpinan Pas peringkat kawasan.

Terdahulu, Nik Aziz turut mengulangi kenyataan yang pernah dibuat beberapa kali sebelum ini bahawa mengundi Barisan Nasional (BN) tidak akan masuk syurga.

Jelasnya, BN bukan parti yang berteraskan Islam, sebaliknya membawa unsur nasionalisme yang tidak diajar oleh Nabi Muhammad.

“Undi BN tidak undi Islamlah. Dasar BN dasar kebangsaan. Kebangsaan tidak boleh bawa manusia ke syurga kerana kebangsaan ini bukan ajaran Nabi Muhammad saw,” katanya.

Sementara itu ditanya mengenai muzakarah, Nik Aziz memberi respon positif terhadap perkara itu dan menjelaskan ia lebih baik dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Nik Aziz sebelum ini pernah melahirkan syukur terhadap respons yang baik daripada Umno khususnya Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan persetujuan mengadakan pertemuan bersama Pas.
Isu Tunku Aziz: Guan Eng enggan ulas
GOKINA MORGANAN
19 Mei 2012
Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan EngKetua Menteri Lim Guan Eng
GEORGETOWN - "Tiada komen. Inilah komen saya." Itulah kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengulas laporan media yang menyebut Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian ketika memulakan ucapannya dalam majlis perasmian persidangan wartawan,di sebuah hotel di sini, hari ini.
Sambil memegang dan menunjukkan muka depan akhbar Utusan Malaysia  yang memaparkan kenyataan Tunku Aziz menyokong program GTP, Guan Eng berkata, beliau tidak mahu mengulas mengenainya.
"Saya tidak mengulas apa-apa mengenai pendirian Tunku Aziz. Terpulang kepada pembaca untuk membuat penilaian masing-masing.
"Jadi jangan tanya saya lagi. Kamu boleh baca sendiri," katanya mengenai kenyataan Tunku Aziz yang terpampang di muka depan akhbar itu hari ini.
Isnin lalu, Tunku Aziz yang juga Naib Pengerusi DAP mengumumkan keluar dari parti itu berikutan perbezaan pendirian dengan pemimpin kanannya mengenai isu Bersih 3.0.
Keadaan menjadi lebih ketara apabila perkhidmatannya sebagai ahli Dewan Negara tidak disambung oleh DAP melalui kuota Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Semalam, Tunku Aziz sekali lagi mengulangi pandangannya bahawa program transformasi yang dimulakan Perdana Menteri adalah baik untuk negara.
Menurutnya, usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri perlu disokong kerana ia adalah suatu proses untuk perubahan yang sudah tentu mengambil masa.
"Proses dari segi definisinya pun kena ambil masa sikit. Proses, bukan produk... produk boleh keluar terus, awak pergi Tesco (pasar raya) boleh beli (barang)," katanya sambil menegaskan ini termasuk usaha pentadbiran Najib untuk menambah baik proses demokrasi negara.
Pada masa yang sama beliau turut menegaskan tidak bersetuju dengan cara berpolitik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Umno Kedah: Tawaran Muzakarah Pas tidak ikhlas
NURUL FATIHAH SULAINI
19 Mei 2012
Umno Kedah simpati nasib Adun Kuala Nerang
$entry.content.caption.value
ALOR SETAR - Tawaran Pas untuk mengadakan muzakarah dianggap sebagai strategi untuk mengalihkan tumpuan Umno daripada membuat persiapan rapi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pelawaan itu dianggap tidak ikhlas kerana terdapat perbezaan pendapat antara pemimpin tertinggi Pas sendiri dan tidak konsisten dengan keputusan berkenaan.

Beliau percaya walaupun ada pemimpin Pas menyangkal muzakarah itu tidak mempunyai unsur politik, namun realiti adalah sebaliknya apabila mereka cuba mengambil tindakan meletakkan syarat ketat kepada Umno untuk memulakannya.

“Kalau betul mereka mahu mengadakan muzakarah, mesti diadakan dalam tempoh terdekat bukannya selepas PRU13. Jika dibuat selepas PRU sudah tidak ada gunanya lagi hasrat untuk bermuzakarah.

“Kita tidak mahu ada perbalahan dan perpecahan yang berlaku dalam kalangan orang Melayu serta umat Islam,” katanya kepada Sinar Harian.

Bashah berkata, sepatutnya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akur dengan keputusan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyambut baik  respons positif Umno khususnya Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju mengadakan pertemuan.

Mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang mendakwa Muhyiddin mungkin tidak mengetahui niat asal Pas untuk mengadakan muzakarah iaitu bukan  kerjasama politik, dianggap tidak relevan.

“Beliau (Muhyiddin) lebih mengetahui tentang perkara berkenaan dan tidak perlu diajar,”  katanya.

Sinar Harian hari ini memetik Abdul Hadi sebagai berkata, Umno tidak ikhlas untuk bermuzakarah dengan Pas apabila menggesa sistem pilihan raya dibetulkan terlebih dahulu sebelum menerusnya hasrat berkenaan.
Muzakarah: Syarat ketat Presiden Pas
MOHD AZLIM ZAINURY
19 Mei 2012
Muzakarah: Syarat ketat Presiden Pas
Abdul Hadi memulakan perjalanan ke Sungai Tersat, Hulu Terengganu ketika Program
Kembara Tarbawi 3, semalam.
SHAH ALAM – Keraguan mulai berlegar. Apakah idea muzakarah dengan Umno yang dicetuskan Pas minggu lalu mampu jadi kenyataan? Ataupun episod kekeruhan dalam isu perpaduan Melayu/ Islam di negara ini akan berlarutan untuk beberapa dekad lagi, malah mungkin selama-lamanya?

Jika demikian, jelaslah tidak akan ada muzakarah yang sebenar melainkan hanya muza-keruh.

Kekeruhan bagi episod kali ini mulai diperlihatkan hanya selepas lima hari Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan kesediaan parti itu untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk Umno pada sidang media di Kuala Lumpur 14 Mei lalu.

Di Marang, Terengganu, semalam, Abdul Hadi sebaliknya menunjukkan tembok yang begitu sukar dilepasi Umno bagi merealisasikan pelawaannya itu.

“Umno tidak ikhlas. Jika benar parti itu ikhlas mahu bermuzakarah dengan Pas, betulkan dahulu sistem pilihan raya. Selagi sistem pilihan raya tak dibetulkan, bagaimana Umno yakin mereka telah bersedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah?” katanya.

Beliau memberi reaksi demikian terhadap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kelmarin dipetik berkata bahawa Umno sedia menyahut ajakan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Abdul Hadi berkata, selagi sistem pilihan raya tidak dibersihkan, ia membuktikan sikap tidak ikhlas Umno dalam isu-isu berkepentingan Islam, atau dalam usaha mempertahankan Islam.

Beliau kemudian mengkritik Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dikatakannya mengekang kebebasan akhbar sekali gus menyekat hak rakyat untuk mendapat maklumat yang adil bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya.

“Negara yang mengamalkan demokrasi yang baik sentiasa memberikan peluang sama rata kepada semua parti politik memandangkan media adalah saksi adil tetapi itu tidak berlaku di negara ini di mana parti memerintah mengongkong semua media.

“Ia menyebabkan rakyat tidak boleh menjadi hakim yang adil. Rakyat hanya mendengar sebelah pihak sahaja. Demokrasi yang macam ini tidak betul, demokrasi yang macam ini salah,” katanya.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataan yang disiarkan kelmarin, turut menyatakan persetujuan bagi cadangan muzakarah dengan Umno dan menyerahkan kepada pemimpin Umno sama ada mahu menjadikan pertemuan itu kenyataan ataupun tidak.
Usah ada agenda tersembunyi, Umno ingatkan Pas
SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI
19 Mei 2012
ʻUsah ada agenda tersembunyiʼ
Ahmad Zahid (dua, kanan) menyerahkan bantuan kepada peserta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), di Bagan Datoh, semalam.
BAGAN DATOH - Pas ja­ngan ada agenda politik tersembunyi berhubung isu muzakarah.

Itu peringatan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang lebih rela cadangan bersemuka dua parti itu ditangguhkan jika ada pihak yang tidak ikhlas.

“Ikhlas paling penting. Jika tidak ikhlas, lebih baik tangguh (muzakarah),” katanya.

Bagi Ahmad Zahid, jika ikhlas, tidak perlu ada had waktu untuk bermuzakarah, sama ada sebelum atau selepas pilihan raya.

“Ini agenda agama, bukan politik. Agenda agama tidak sepatutnya dipolitikkan, jadi jangan kira soal pilihan raya,” katanya.

Dalam keadaan sekarang, kata Ahmad Zahid, apa yang perlu diberi fokus ialah isu perpaduan umat Islam, memartabatkan Islam dan meningkatkan darjat umat Islam.

Beliau turut menjelaskan bahawa Umno sentiasa bersikap terbuka terhadap apa sahaja usaha yang menjurus ke arah perpaduan umat Islam di negara ini.

Sehubungan itu, katanya tidak timbul keraguan sama ada parti itu tidak faham atau tersalah faham isu muzakarah yang dicadangkan oleh Pas.

“Umno sentiasa bersedia. Itu sikap kita. Kita pandang positif pada setiap usaha ke arah perpaduan umat Islam. Siapa saja yang hendak bermuzakarah, kita terima termasuk Pas.

Pintu kita sentiasa terbuka. Lebih penting, kita tidak letak sebarang syarat untuk tujuan itu,” katanya.
5 anggota polis cedera rempuh pagar Kompleks Seri Perdana
NORAIZURA AHMAD
19 Mei 2012
KUALA LUMPUR – Lima anggota polis cedera dalam kejadian merempuh pagar Kompleks Seri Perdana, yang juga kediaman rasmi Perdana Menteri di Presint 10, Putrajaya, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dua mangsa mengalami kecederaan teruk termasuk patah hidung dan kaki sementara, tiga yang lain cedera ringan.

Semua mangsa yang berusia 20 dan 22 tahun kini dirawat di Hospital Putrajaya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, ketika kejadian, lima anggota terbabit yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sedang bersiar-siar di kawasan tersebut.

Menurutnya, siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kemalangan sehingga merempuh pagar Seri Perdana.

“Ada kemungkinan mereka ini mengantuk atau mabuk tetapi kita akan meneliti melalui rakaman kamera litar tertutup di kawasan kediaman itu dan menyiasat punca sebenar.

“Keterangan daripada mereka akan diambil dalam masa terdekat untuk siasatan,” katanya selepas merasmikan Sukan Rakyat Polis Bersama Masyarakat Sempena Hari Polis ke-205 di Kerinchi, hari ini.

Mohmad turut menegaskan supaya tiada spekulasi yang dibuat berhubung kejadian tersebut kerana pihaknya akan menjalankan siasatan secara menyeluruh.

Tiada ulasan: