Ahad, 27 Mei 2012

BILA CINA..INDIA MENGUNDI PAS...BILA MELAYU BERAGAMA ISLAM DAN MENGAMALNYA MENGUNDI PAS...NI KESAN ALLAH MEMBERI FAHAM...SEGALA2NYA DITANGAN ALLAH...TENTANG HARAMJADAH AGAK2 SAPA YE....ALLAH SAJA YANG TAHU SEBENARNYA....

PAS tanding 3 kerusi di Kuala Lumpur

Hazayani Zakaria, 27 Mei 2012

KUALA LUMPUR: PAS akan bertanding di tiga kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan iaitu Putrajaya, Titiwangsa dan Setiawangsa.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad berkata, PAS negeri sedang memberikan fokus kepada tiga Parlimen ini.

"PAS Wilayah Persekutuan meletakkan dua strategi dalam menghadapi pilihan raya umum iaitu mengekalkan kemenangan di Titiwangsa dan mencipta kemenangan baru di Parlimen Setiawangsa dan Putrajaya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily selepas taklimat jentera PAS Wilayah Persekutuan bersama Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di bangunan Yayasan Selangor, Kampung Baru, hari ini.

Beliau berkata, persiapan PAS di Wilayah Persekutuan sudah mencapai 80 peratus selain memberi tumpuan kepada isu-isu tempatan sebagai kempen pilihan raya.

"Kita telah menggerakkan jentera yang kita atur di semua peringkat di samping mengumpul dana yang perlu dan setakat ini persiapan kita telah hampir sempurna tinggal lagi bagaimana kita nak menghadapi beberapa isu yang besar di Wilayah Persekutuan," katanya.

Menyentuh soal calon pula, PAS Wilayah Persekutuan menyerahkan sepenuhnya kepada PAS pusat.

"Siapa calon kita serah kepada pusat untuk tentukan, cuma kita persiapkan jentera," katanya lagi.

Dalam pilihanraya umum lalu, PAS bertanding di dua kawasan Parlimen iaitu Titiwangsa dan Putrajaya.

Di Titiwangsa, Calon PAS Allahyarhamah Dr Lo' Lo' Ghazali menang dengan majoriti 1,972 undi.

Bagaimanapun, calonnya Mohammad Nor sendiri tewas di kerusi Putrajaya dengan majoriti 2,734.

Sementara itu, seramai 200 peniaga Pasar Chow Kit menyerahkan borang keahlian PAS kepada Ustaz Hadi dalam majlis dialog dan minum petang bersama pimpinan PAS.

Majlis itu merupakan salah satu program yang diatur dalam lawatan kerja Ustaz Hadi ke Wilayah Persekutuan hari ini.

Banyak bukti Umno cetus suasana tegang

Salmah Mat Husain , 27 Mei 2012

MACHANG: PAS menolak sama sekali kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya pembangkang akan bertindak ganas sekiranya kalah pada pilihan raya umum ke-13.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya berkata, berdasar kepada apa yang berlaku sekarang jelas pihak lawan yang sering mencetuskan suasana tegang.

Katanya, banyak program yang dianjur PAS atau Pakatan Rakyat berdepan dengan keganasan pihak lawan sehingga menyebabkan berlaku kecederaan.

“PAS tidak pernah membuat kacau dan menimbulkan keganasan. Kenyataannya sudah terbalik, sebelum ini pun pelbagai keganasan berlaku.

“Siapa sebenarnya yang menimbulkan suasana panas dengan melakukan tindakan tidak bermoral di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga.

"Apa ni.. tindakan mengadakan senaman tonggeng itu bukan budaya orang Melayu. Kita orang yang beradab dan beretika... semua ini budaya liar yang dibawa Umno,” ujarnya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan Ke-41, di Kompleks Dewan Ulama (Madu), di sini pagi semalam.

Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan mendakwa pembangkang akan mencetuskan demontrasi ganas sehingga PRU-13.

Kelantan selesai isu tanah wat Siam di Tumpat

Azman Mustafa, 27 Mei 2012

TUMPAT: Isu tanah wat Siam milik penganut agama Buddha di sini yang berlarutan sejak zaman kerajaan Barisan Nasional (BN) kini diselesaikan kerajaan PAS.

Sebelum ini pemimpin masyarakat Siam meluahkan rasa bimbang berhubung status tanah rumah ibadat mereka yang tidak selesai.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, mana-mana tanah milik kaum Siam di kawasan ini yang pernah dilelong suatu ketika dahulu akan dipulangkan kepada tuan asalnya.

Katanya, bagi mewujudkan keharmonian di antara kaum di Kelantan setiap bangsa perlulah menghormati kebudayaan kaum lain.

“Jangan ada di antara mana-mana  rakyat di negeri ini memaksa kaum minoriti supaya ikut budaya hidup mereka,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Kaum Siam di Wat Machimmaram, Kampung Jubakar Darat baru-baru ini.

Menurutnya sikap seperti itu boleh mencetuskan rasa tidak puas hati dan permusuhan yang akan merugikan semua pihak.

Menteri Besar berkata, dalam usaha meningkatkan syiar Islam, kepentingan dan hak kaum-kaum lain tidak pernah diabaikan memandangkan mereka juga rakyat Kelantan.

Hadir sama anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Ketua Wat Buddha, Prak Kru Vitidthamanat, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, Penyelia Dun Pengkalan Kubor, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan Ketua Pemuda PAS, Mohd Rosli Abdullah.

Pada program tersebut yang dianjur Majlis Daerah Tumpat sebanyak 200 hamper diberi kepada ketua-ketua wat dan warga emas kaum Siam.

(Ikuti berita lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Perhimpunan peringati BERSIH diganggu, dua ditahan

  • Low Chia Ming
  • 10:22PM Mei 27 2012
Satu kekacauan tercetus ketika sambutan memperingati BERSIH 3.0 di Pulau Pinang hari ini apabila sekumpulan lelaki mula berteriak ke arah seorang ADUN.

Sekumpulan lelaki itu yang menggangu perhimpunan di Esplanade itu turut mencabar ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Tzin untuk berdebat.

Namun, tiada sesiapa mengendahkan provokasi itu, dan peserta perhimpunan yang sedang bersurai itu juga cuba menjauhkan diri mereka daripada lokasi tersebut di dataran tersebut.

Kumpulan lelaki berkenaan bagaimanapun terus membuat bising dan berteriak ke arah seorang peserta perhimpunan, Dalbinder Singh, yang sedang berucap di satu sudut.

Kumpulan lelaki tersebut mencabar Dalbinder untuk berdebat dengan mereka.

Dalam kejadian pada jam 7.30 petang itu, kumpulan lelaki berkenaan mendekati Dalbinder dan satu pergaduhan kemudiannya berlaku.

Beberapa orang polis berpakaian preman kemudiannya masuk campur dan memisahkan kumpulan tersebut daripada peserta perhimpunan.

Beberapa orang bagaimanapun terus mengejar Dalbinder ke sekelililing padang tersebut walau beberapa orang cuba mempertahankan Dalbinder.

Ketua polis daerah Georgetown Gan Kon Meng mengesahkan bahawa dua lelaki ditahan kerana terlibat dalam pergaduhan dan disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.
Anwar: PM biarkan keganasan di ceramah
2:50PM Mei 27 2012
Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara tidak langsung membiarkan tindakan ganas dilakukan ke atas ceramah Pakatan dengan tidak mengutuk tindakan tersebut.

Katanya, Najib secara tidak langsung membiarkan tindakan tersebut ketika apabila perdana menteri tidak membuat kenyataan supaya perkara seperti itu dihentikan.

Najib juga melepaskan tanggungjawabnya dengan bertindak demikian, kata Anwar lagi ketika ditemui pemberita di Klang petang ini.

Siri serangan yang mensasarkan ceramah Pakatan Rakyat semakin menjadi-jadi seperti yang berlaku di Gambang (Pahang), Merlimau (Melaka) dan terbaru di Lembah Pantai (Kuala Lumpur yang menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang cedera.

Ditanya mengenai dakwaan Umno bahawa beliau yang mencetus pergaduhan di Lembah Pantai ketika ceramah pada Khamis malam itu, Anwar dengan sinis berkata mangsa dalam kejadian tersebut, seorang lelaki yang sudah berumur, mungkin cedera akibat perbuatan sendiri.

Malah ketika cermin keretanya dipecahkan, beliau juga memecahkannya sendiri, kata Anwar lagi.
MIV ikrar sokongan pada Pakatan Rakyat

  • Abdul Rahim Sabri
  • 4:51PM Mei 27 2012
Pengerusi Malaysian Indian Voice (MIV) V Raidu hari ini menyatakan ikrar bahawa NGO itu akan bekerja keras membantu Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 agar gabungan parti itu  dapat membela nasib kaum India.

Beliau turut memuji pentadbiran kerajaan Selangor dan Pulau Pinang dalam menyelesaikan masalah melibatkan orang Indian seperti isu kuil dan tanah perkuburan.

Indraf 2.0 Malaysian Indian Voice - Ramasamy, Mat SabuBercakap dalam program perhimpunan Indraf 1.0 di Brickfields, pemimpin kumpulan serpihan Hindraf itu berkata beliau gembira dengan tindakan kerajaan Pakatan dalam membantu golongan tersebut seperti kelulusan untuk 120 tapak kuil di Selangor.

"Ini yang kita nanti-nantikan, bukan hamper yang luput tarikhnya.... Berubahlah. Kita mesti mengubah BN. Kita mesti teguh, kalau bercerai kita roboh," katanya sambil diiringi tepukan gemuruh daripada 1,000 orang hadirin.

Beliau juga meminta Pakatan Rakyat memenuhi sepuluh tuntutan mereka sekiranya gabungan parti itu berjaya menguasai Putrajaya.
Indraf 2.0 Malaysian Indian Voice event in BrickfieldsAntara lain, tuntutan itu menggariskan supaya Pakatan mempertahan dan melindungi hak masyarakat India termasuk pendidikan dan memberi peluang pekerjaan yang saksama kepada mereka.

"Suara masyarakat masyarakat India sejak perhimpunan Hindraf, jauh daripada tahap yang memuaskan.
"Malangnya kita memerintah negeri dan bukan Putrajaya," katanya yang menyeru masyarakat India supaya memberi masa kepada Pakatan untuk menyelesaikan masalah mereka.

Indraf 2.0 Malaysian Indian Voice event in BrickfieldsTurut berucap dalam program itu ialah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang berkata mendakwa kerajaan yang ditaja Umno kini memainkan isu perkauman ekoran pilihan raya sudah hampir.

Katanya, Pakatan "tidak berganjak untuk merubah politik negara" walaupun pelbagai tohmahan dan serangan dalam ceramah yang dihadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat, tetapi mereka

"Kita bersatu bukan untuk bergaduh, tetapi kita mahu semua hak rakyat Malaysia dikembalikan.

"Jangan curi wang rakyat," katanya sambil mendesak kerajaan mengembalikan wang NFC kepada rakyat.

Turut berucap di perhimpunan itu ialah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata semua kaum "harus dihormati dan dimuliakan" sebagai warganegara.

indraf gathering 270512 03"Sebab apa kita marah-marah hari ini... Sebab (berlaku) ketidakadilan, sebab hina orang, sebab warna kulit.

"Ini negara kita, apa sebab mahu hina orang. Cukup, (hari ini) kita beri mesej yang kuat (kepada BN)," katanya sambil diiringi tepukan gemuruh hadirin.

Beliau juga menempelak pihak yang melakukan kekecohan dan serangan terhadap pemimpin Pakatan dan juga ke atas Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga, dalam beberapa insiden sebelum ini.

"Apa salah Ambiga... Sebab dia lawan dalam BERSIH kerana pilihan raya tidak adil.
"Ambil orang, tunjuk punggung... Ini kerja jahil," katanya lagi yang merujuk kepada demonstrasi oleh satu kumpulan anti-BERSIH di hadapan kediaman Ambiga pada 15 Mei lalu.

Turur hadir dalam perhimpunan itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Timbalannya Prof P Ramasamy, Exco Kerjaan Selangor Ronnie Liu, dan bekas speaker DUN Perak V Sivakumar.
'Seruan Najib jadi tindak-tanduk samseng ganas'

  • Lim Guan Eng
  • 8:56PM Mei 27 2012
ULASAN DAP mengecam keganasan bersiri dalam tempoh beberapa minggu yang lepas di acara-acara Pakatan Rakyat yang membabitkan pemimpin Pakatan.
Insiden ini berlaku di Felda Lepar Hilir, Pahang (mengancam Nurul Izzah), Sembrong Johor (kereta Anwar dibaling dengan batu), Padang Kota Lama, Pulau Pinang (di mana saya diancam), Merlimau (Melaka), Lembah Pantai, Pekan Bangi, Kuala Kangsar dan yang terbaru di Pengerang, Johor.
Ini menunjukkan bahawa pilihan raya umum yang akan datang ini bakal menjadi pilihan raya yang paling ganas dalam sejarah akibat keadaan terdesak BN untuk mengekalkan kuasa tanpa mengira apa-apa.

Sejak Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak menggunakan ungkapan dahsyat iaitu, “Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan” semasa Perhimpunan Agung Umno pada 21 Oktober 2010, Umno makin menggunakan bahasa kebencian dan keganasan.
Seruan Najib pada hari itu membuktikan bahawa bahasa keganasan bukan sekadar terhad kepada kata-kata tetapi sudah pun menjadi tindak-tanduk samseng yang ganas dan tidak berakal.

Walaupun keganasan penyokong Umno terhadap para pemimpin dan penyokong PR sudah dibuktikan dengan gambar dan rakaman video, mereka yang bertanggungjawab masih belum didakwa dalam mahkamah.
Malah penyokong-penyokong Umno yang dirakam memukul dan mencederakan wartawan dan jurugambar di Pulau Pinang dalam dua insiden pada Julai tahun lepas dan 26 Februari 2012 juga tidak didakwa.

Kegagalan polis dan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas samseng di kalangan penyokong BN hanya akan menggalakkan lebih keganasan terhadap pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong PR.
Ini membuktikan bahawa kerajaan BN tidak berminat dengan pilihan raya yang bersih, bebas dan adil tetapi ingin menyemaikan ketakutan dan sanggup mempertikaikan demokrasi.

DAP menyatakan kebimbangan untuk keselamatan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menjadi sasaran utama ahli-ahli Umno.
Adakah pemimpin-pemimpin PR, termasuk Ketua Menteri dan wakil-wakil rakyat, perlu dicederakan sebelum apa-apa tindakan diambil untuk melindungi mereka bagi memastikan kempen politik yang bebas daripada keganasan?

Walaupun pemimpin-pemimpin PR terdedah dan tidak berupaya untuk mempertahankan diri daripada keganasan tak berakal oleh penyokong-penyokong BN, pemimpin-pemimpin PR akan terus berkempen dan mendekati rakyat, biarpun di kubu kuat BN seperti Johor. Saya akan melawat Johor minggu depan di Kulai dan Kluang.

DAP mengingati BN supaya mengambil iktibar daripada taktik-taktik keganasan bekas diktator Mesir Hosni Mubarak terhadap rakyatnya yang akhirnya telah gagal dan ditolak.
 Rakyat sudah tidak takut dengan taktik-taktik penindasan kerana mereka mahukan kebebasan.
Seperti yang dikatakan oleh Thomas Jefferson: Apabila rakyat takut kepada kerajaan, itu namanya kezaliman; Apabila kerajaan takut kepada rakyat, itu namanya kebebasan.

Lim Guan Eng merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tiada ulasan: