Khamis, 17 Mei 2012

NAK SEBUT IKHLAS TU JAGA2....IKHLAS ALLAH SAJA YANG TAHU....DALAM HADIS QUDSI MAKSUDNYA BIH KURANG....' IKHLAS DALAM RAHSIA..IAITU DALAM RAHSIAKU'...JANGAN SEBUT IKHLAS LAH...SELAMA IKHLAS KE....PUAK2 NI

Dr Khir: MP Kapar pernah minta RM10 juta syarat keluar PKR
NURULFATIHA MUAH
17 Mei 2012
Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo
Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo
SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam pernah meminta sejumlah wang - RM10 juta seperti yang didakwa sebuah blog untuk keluar PKR.

“Memang ada (Manikavasagam jumpa saya minta wang untuk keluar PKR). Dia bersama dengan tiga rakannya ketika itu. Dia minta wang, tetapi saya cakap saya tidak boleh beri kalau dia hendak keluar PKR.
“Saya beritahunya, BN (Barisan Nasional) tidak amalkan cara begitu. Dia hanya akan dapat peruntukan khas kawasan sama dengan Ahli Parlimen
BN jika dia bebas,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang.

Dr Khir turut mendakwa, beliau pernah berjumpa dengan Manikavasagam sebelum pertemuan itu, namun tiada rundingan.

Semalam, blog http://sel13.com/ archives/2230 menyiarkan artikel mendakwa Manikavasagam bertemu Dr Khir selepas satu ceramah di Kuala Selangor, hujung 2008, meminta sejumlah wang untuk keluar parti.

Dalam pertemuan itu, Manikavasagam dikatakan turut menceritakan masalah beliau dengan beberapa kepimpinan PKR lain yang didakwa terlibat mengutip duit peniaga di Sungai Buloh.

Artikel itu turut menyebut, pertemuan kedua diatur beberapa hari kemudian untuk membincangkan berhubungan tawaran tersebut.

Manikavasagam menafikan bahawa beliau pernah meminta RM10 juta daripada Dr Khir pada 2008 untuk keluar PKR dan menjadi ahli Parlimen Bebas.

Sebaliknya, Manikavasagam, wakil rakyat penggal pertama mendakwa, beliau yang sebenarnya dipelawa oleh bekas Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) itu secara gurauan di sebuah hotel, di sini, hujung 2008.
'Khir Toyo tawar RM10 juta, saya tidak minta'
NURULFATIHA MUAH
17 Mei 2012
Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam
Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam menafikan bahawa beliau pernah meminta RM10 juta daripada bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo pada 2008 untuk keluar PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas, seperti dakwaan sebuah blog, semalam.

Sebaliknya, Manikavasagam mendakwa, beliau yang sebenarnya dipelawa oleh bekas Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) itu secara gurauan di sebuah hotel, di sini, hujung 2008.

“Memang saya akui ada bertemu dengannya (Dr Khir), tetapi secara kebetulan. Ketika itu, saya mempunyai urusan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di bangunan bersebelahan hotel berkenaan. Saya kebetulan berjumpa dengan Dr Khir ketika minum kopi bersama rakan di situ.

“Beliau tawar saya (wang) untuk keluar parti, tetapi secara bergurau sebab masa itu isu (penyelewengan) pasir sedang hangat diperkatakan. Bukan saya yang minta. Ramai yang ingat saya akan keluar PKR masa itu,” katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas dakwaan sebuah blog yang mendakwanya memerlukan RM10 juta untuk keluar PKR.

Dalam pada itu, Manikavasagam yang juga Naib Ketua Cabang PKR Kapar turut menafikan dakwaan yang menyatakan beliau ada bertemu dengan Dr Khir beberapa hari sebelum perjumpaan di hotel berkenan.

“Seingat saya, saya tidak pernah berjumpanya (Khir) sebelum pertemuan itu,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan terhadap penulis blog berkenaan, Manikavasagam berkata, beliau tidak akan berbuat demikian kerana menyifatkan isu itu sudah lama dan hanya membuang masa.

Manikavasagam mengingatkan pihak terlibat supaya tidakmembuang masa ‘membelinya’ kerana beliau akan terus setia bersama PKR.
Kes Sri Wani: Mahkamah benar permohonan suami batal injunksi
NORAWAZNI YUSOF
17 Mei 2012
Kes Sri Wani: Mahkamah benar permohonan suami batal injunksi
Sri Wani Choo Abdullah (kiri) bersama peguamnya.
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan bekas dekan untuk membatalkan permohonan injunksi dan bantahan awal kes faraq isteri ketiganya, Sri Wani Choo Abdullah.

Hakim Syarie Abd. Walid Abu Hassan memutuskan demikian selepas peguam Muhammad Hafiz Abd. Rashid, yang mewakili Bahrom Sanugi, memberi alasan penyampaian tidak teratur dan kegagalan oleh pemohon untuk hadir di mahkamah.


Turut tidak hadir ialah peguam Boestamam Ahmad yang mewakili Sri Wani.

Keputusan itu selaras dengan peruntukan Seksyen 121 (1)(c) Tatacara Mal Mahkamah Syariah 1998 yang membenarkan mahkamah untuk membuat sebarang keputusan sekiranya pemohon tidak hadir.

Menurut Muhammad Hafiz, sepatutnya pemohon menyerahkan pindaan injunksi pada 19 April dan 3 Mei untuk pihaknya menjawab.

"Namun kami tidak terima dokumen asal dan pindaan, selain itu kami langsung tidak dapat notis tentang ketidakhadiran pemohon hari ni," katanya.

Merujuk kepada bantahan awal, pemohon telah gagal menyerahkan dokumen berkaitan, sebaliknya peguam berkata, dia hanya menerima sekeping dokumen pada 28 April lalu.

Oleh itu, responden memohon untuk membatalkan kedua-dua permohonan.

Sementara itu, di luar mahkamah, Muhammad Hafiz berkata, bantahan awal yang ditolak itu adalah berhubung kes faraq yang difailkan Bahrom.

"Bantahan itu selepas Sri Wani memberi alasan dia telah memperoleh sijil cerai di Majlis Agama Islam Narathiwat sebelum ini, jadi tiada sebab untuk kes faraq diteruskan," katanya.

Namun jelas peguam, oleh kerana bantahan ditolak, maka kes faraq berjalan seperti biasa dan pada 19 Jun ini hanya menunggu mahkamah mengeluarkan perintahke atas Sri Wani sama ada perlu menjalani DNA atau tidak.

Dalam pada itu, Muhammad Hafiz turut memaklumkan bahawa Sri Wani telah menghantar surat tuntutan kepadanya supaya memohon maaf dan ganti rugi RM1 juta kerana didakwa memfitnah Sri Wani menerusi media.

"Saya akan membalas surat tuntutan itu dan kenyataan saya ialah langsung tidak memfitnah mana-mana pihak, saya cuma bagi ulasan apa yang berlaku dalam prosiding mahkamah," katanya.

Sri Wani berkahwin dengan Bahrom, 61, di Songkhla, Thailand pada 19 Ogos 2009.

Namun setahun kemudian, Bahrom memfailkan permohonan membatalkan pernikahan mereka di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur apabila mengesyaki Sri Wani seorang lelaki, berdasarkan penemuan surat beranaknya.

Jabatan Agama Islam Daerah Gombak pada 23 November 2010 mengarahkan supaya mereka berpisah sementara dan susulan itu pada 17 Januari lalu, Bahrom memohon perintah supaya mahkamah mengarahkan Sri Wani menjalani ujian DNA.
Sri Wani, peguam terkejut injunksi ditolak
KHALILAH GUSTI HASSAN
17 Mei 2012
Kes Sri Wani: Mahkamah benar permohonan suami batal injunksi
Sri Wani Choo Abdullah (kiri) bersama peguamnya.
SHAH ALAM – “Saya dimaklumkan hakim kursus di Jordan pada 17 Mei 2012 iaitu hari ini; dan kes ditangguhkan. Sebab itu saya tidak datang ke mahkamah,” demikian penjelasan peguam mewakili Sri Wani Choo Abdullah, Boestaman Ahmad.
Ketika dihubungi Sinar Harian jam 4.12 petang tadi; Boestaman memaklumkan beliau baru pulang dari Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat berhubung keputusan mahkamah yang membatalkan injunksi difailkan Sri Wani Choo terhadap dua madunya, pagi tadi.
Keputusan itu dibuat Hakim Syarie Abd Walid Abu Hassan selepas mendapati pihak Sri Wani dan peguamnya selaku pemohon injuksi, gagal hadir prosiding seperti dijadualkan.
Ia dibuat merngikut peruntukan Seksyen 121 (1)(c) Tatacara Mal Mahkamah Syariah 1998 yang membenarkan mahkamah untuk membuat sebarang keputusan sekiranya pemohon tidak hadir.
“Berlaku salah faham mengenai tarikh prosiding. Sebab itu saya ke mahkamah semula dan memberikan penjelasan.
“Mahkamah membenarkan injunksi itu difailkan semula. Namun, saya perlu merujuk kepada anak guam terlebih dahulu,” katanya.
Boestaman berkata, beliau menerima maklumat mengenai penangguhan kes oleh pihak mahkamah minggu lepas dan ada hadir di mahkamah selepas itu untuk menguruskan beberapa perkara.
“Ia bukan disengajakan. Saya langsung tidak dimaklumkan bahawa kes berjalan seperti biasa,” katanya.
Prosiding hari ini ditetapkan untuk sebutan semula injunksi difailkan Sri Wani bagi menghalang madu-madunya daripada mengganggu dan mengeluarkan sebarang kenyataan media berhubung itu tersebut.
Bagaimanapun, mahkamah berkeputusan menolak kes berkenaan.
Sementara itu, Sri Wani ketika dihubungi berkata, dia terkejut apabila mendapat tahu mengenai keputusan mahkamah menerusi media dan internet.
“Akak langsung tidak tahu kes ditetapkan hari ini. Akak sedih. Akak tak pernah gagal hadir malah, semalam pun akak ada datang ke mahkamah untuk uruskan hal dokumen,” katanya.
Ditanya mengenai saman RM1 juta, Sri Wani mengesahkan surat itu telah dikemukakan kepada peguam suaminya, Muhammad Hafiz Abd Rashid.
Sri Wani menjadi tumpuan umum apabila status jantinanya dipertikai suami, bekas dekan universiti, Bahrom Sanugi, 61, selepas bernikah lebih setahun.
Kes ditetapkan 19 Jun ini untuk keputusan sama ada Sri Wani perlu menjalani Ujian asid deoksiribonukleik DNA atau tidak.
Hudud mainan politik BN, kata Pakatan
NURUL AINI MOHAMED ALI
17 Mei 2012
Hudud mainan politik BN, kata Pakatan
Mohd Rafizi Ramli
PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) mendakwa pendirian pihaknya mengenai pelaksanaan hukum hudud tidak pernah berubah, sebaliknya Barisan Nasional (BN) khususnya MIC cuba menjadikannya isu sekarang bagi meraih undi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

PR sekali lagi menegaskan bahawa pihaknya akan membuat keputusan mengenai hudud jika menerima persetujuan semua pihak.

Sehubungan itu, Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, MIC cuba menimbulkan 'kekecohan' dan salah faham di kalangan pengundi memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bakal diadakan tidak lama lagi.

Keanggotaan PR terdiri daripada PKR, DAP dan Pas.

Rafizi membalas kenyataan Setiausaha Agung MIC, S. Murugessan menyatakan PR harus menyatakan pendirian mereka mengenai pelaksanaan hukum hudud dengan jelas bagi pengundi membuat penilaian dan pendirian.

“Pihak BN mahupun MIC sendiri tidak pernah memandang serius isu hudud ini, mengapa baru sekarang mereka timbulkan isu ini?” soal Rafizi.

“Ini jelas menunjukkan teori yang MIC gunakan mengenai isu hudud ini adalah cubaan untuk meraih undi kaum masyarakat India,” kata beliau.

Rafizi juga berkata, keputusan untuk melaksanakan hudud merupakan satu keputusan penting yang perlu difikirkan bersama.

“Pihak kami tidak akan gentar mengenai isu ini kerana sejak 2008, sokongan rakyat terhadap PR dan PKR terus meningkat,” jelas beliau lagi.

Malah katanya, rakyat kini semakin memahami dan bijak berfikir untuk membuat keputusan dan pihaknya tidak akan berasa tergugat dengan isu yang ditimbulkan MIC.

“Buktinya, kaum India merupakan kaum yang kedua terbesar keahlian dalam PKR. (Kira-kira) 25 peratus merupakan keahlian di kalangan kaum India manakala Melayu 60 peratus dan selebihnya kaum Cina,” katanya lagi.
Pas sedia perjelas perjuangan parti
Wartawan Sinar Harian
17 Mei 2012
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar
SHAH ALAM - Pas sedia beri penjelasan secara terbuka dengan menggunakan pelbagai bentuk komunikasi kepada pihak tertentu yang keliru dan mendakwa parti itu terpesong landasan perjuangannya, terutama menjelang pilihan raya nanti.

Parti itu juga belum lagi berhasrat mengadakan sebarang majlis muzakarah secara rasmi dan mengkhususkan isu ini dalam masa terdekat.

Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, penjelasan bertujuan memberikan rakyat mendapatkan kefahaman baik mengenai Pas yang sebenarnya tidak lari daripada perjuangan asal.

Mahfuz mendakwa, isu tersebut timbul apabila media sering kali dilihat keliru dalam melaporkan berita mengenai perjuangan Pas sehingga pihak tertentu dan masyarakat musykil mengenainya.

“Mereka boleh datang menemui Pas atau menjemput Pas. Kami boleh turun padang memberikan penjelasan kepada mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau mengulas mengenai kesediaan Pas untuk memberikan penjelasan kepada sesiapa sahaja untuk menyelesaikan kekeliruan umat Islam di negara ini termasuk dakwaan menyatakan parti itu sudah terpesong dari landasan perjuangannya pada Ahad lalu.

Sebelum ini, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Majlis Syura Ulama Pas sentiasa mengawasi perjalanan parti itu dalam memelihara landasan Islam yang diperjuangkannya.

Sementara itu, Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, Pas tidak menetapkan tarikh tertentu kepada mereka yang ingin mendengar penjelasan mengenai perjuangan Pas.

“Kita sentiasa terbuka untuk memberikan penjelasan kepada mereka supaya mereka lebih memahami perjuangan Pas yang tidak lari daripada perjuangan asalnya,” katanya.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin itu enggan mengulas ketika ditanya mengenai masyarakat yang melihat mereka lari dari perjuangan sehingga perlu mengadakan muzakarah untuk memberikan penjelasan mengenai perjuangan mereka.
Pas sah letak calon di Johor dan Sarawak, negeri lain diteliti
Wartawan Sinar Harian
17 Mei 2012
Hu Pang Chaw
$entry.content.caption.value
KUALA LUMPUR - Pas bersetuju meletakkan calon dari kalangan bukan Islam mewakili parti itu bertanding di Sarawak dan Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw berkata, dua kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) kawasan Tiram, Johor, dan satu kerusi Parlimen di Sarawak.

"Perkara ini sudah dipersetujui Pas pusat. DHPP memang meminta Pas pusat meletakkan calon dari sayap DHPP di satu kerusi setiap negeri, tidak kira sama ada kerusi Parlimen ataupun Dun.

"Tetapi perkara ini masih dalam peringkat perbincangan. Keputusan akhir bergantung kepada Pas pusat," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

DHPP adalah sayap kepada Pas, yang mewakili penyokong mereka di kalangan bukan Melayu dan bukan Islam.

Pang Chaw berkata, dalam usaha meletakkan calon dari sayap DHPP, mereka memerlukan strategi bagi memastikan kemenangan kerana tidak ada faedahnya meletakkan calon dari kalangan anggota DHPP kalau tidak menang.

Sebagai contoh, meletakkan calon Pas daripada kalangan DHPP di kawasan yang majoriti pengundi orang Melayu akan meletakkan parti itu dalam keadaan sukar untuk mencapai kemenangan, katanya.

Pang Chaw berkata, senarai calon dari sayap DHPP akan dihantar kepada Pas pusat melalui Pas negeri, dan setakat ini, calon untuk Kedah, Perak, Selangor, Johor dan Sarawak telah dikenal pasti.

Pada pilihan raya umum 2008, Pas meletakkan seorang calon dari kaum India untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Tiram di Johor, dalam kawasan Parlimen Johor Bahru.

Bagaimanapun, calon berkenaan, R Kumutha, tewas kepada Maulizan Bujang dari Barisan Nasional (BN). - Bernama
Muzakarah: Umno mahu Pas ikhlas

16 Mei 2012
Datuk Mohd Fatmi Che Salleh
Datuk Mohd Fatmi Che Salleh
KOTA BHARU - Pas perlu ikhlas jika berhasrat mahu mengadakan muzakarah dengan Umno sekiranya bertujuan memantapkan perpaduan bangsa Melayu dan memperteguhkan Islam di negara ini.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata, Pas tidak sepatutnya meletakkan syarat tertentu bagi mengadakan muzakarah itu yang telah lama ditunggu Umno.
"Tetapi janganlah meletakkan syarat yang tidak sepatutnya jika mahu mengadakan muzakarah kerana yang penting adalah mengutamakan perpaduan bangsa Melayu dan juga Islam.
"Kalau ikhlas untuk itu jangan hanya diuar-uarkan di akhbar sahaja, buatlah permohonan rasmi dan cari orang tengah untuk berunding dan mengadakan muzakarah, ini adalah sesuatu yang sangat disokong," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota Lama di sini, hari ini.
Hari ini Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju supaya parti itu membuka pintu untuk bermuzakarah dengan mana-mana dengan pertubuhan badan kerajaan (NGO) Islam termasuk Umno tetapi dengan persoalan pokok kenapa menolak Islam.
"Memang sejak saya balik (dari belajar di luar negara) Datuk Asri Muda mahu bermuzakarah dengan Tunku Abdul Rahman tetapi tidak jadi-jadi sampai sekarang, saya setuju muzakarah itu fitrah manusia, tajuk dia kenapa tolak Islam," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di sini.
Mengulas perkara itu Fatmi berkata, muzakarah sepatutnya adalah untuk kebaikan semua pihak dengan niat yang benar-benar ikhlas dan bukannya mahu menunjukkan siapa yang kuat.
Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, Pas Kelantan telah bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi pilihan raya umum.
"Sekali lagi saya ulangi tidak perlu fikirkan tarikh pilihan raya, tidak ada orang nak cari tarikh mati bila. Masalahnya lepas mati itu syurga atau neraka begitu juga selepas pilihan raya kerajaan yang dibentuk itu Islam atau sebaliknya," katanya.  - Bernama

Tiada ulasan: