Rabu, 30 Mei 2012

BILA KITA DIBALUTI KEMEWAHAN...DIBALUTI DENGAN KEMUDAHAN..DIBALUTI DENGAN SANJUNGAN...APA NAK DIPENDULI ...JANJI SENANG...JAGA PERIUK NASI YANG ADA...TAK FIKIR PERIUK NERAKA...INI GHURUR DAN GHULUB KATA2NYA...NAK JAGA PEMBERI KEMEWAH DAN KEDUDUKAN...TAK SEDAR ALLAH HIDUPKAN...HANYA MENUNGGU HARI KEMATIAN AJE...

Harussani jadi orang tengah debat Najib-Anwar

Salmah Mat Husain, 30 Mei 2012
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mencadangkan Mufti Perak, Tan Sri Harusani Zakaria menjadi orang tengah debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, Mufti Perak itu tidak perlu bersusah payah untuk menjadi orang tengah debat PAS dan Umno, sebaliknya menjadi orang tengah debat antara Datuk Seri Najib dan Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat mingguan exco bagi mengulas kenyataan Mufti Perak itu yang menyerangnya dalam media dua hari lalu.

Harusani dalam media berkenaan mendakwa Menteri Besar Kelantan itu sebagai ‘melampau’ kerana meletakkan syarat untuk muzakarah dengan Umno dan menyifatkannya tidak mahu melihat perpaduan dalam Islam.

“Saya nak minta dia (Harussani) jadi orang tengah debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Perdana Menteri Najib Tun Razak.

“Dia dah hentam PAS, tetapi nak jadi orang tengah (muzakarah PAS-Umno), mana ada orang nak terima dia.

Tambahnya, andainya Harussani enggan, beliau tidak perlu lagi bercakap banyak dan menyentuh pihak lain.

Pada masa yang sama Tuan Guru turut menjawab kenyataan Harussani yang mempersoal PAS inginkan kerusi pada pilihanraya.

Menurut Tuan Guru, kaedah sekarang sememangnya memerlukan kerusi untuk berdakwah dan menegakkan syariat.

“Andainya tidak ada kerusi, bagaimana kita nak berdakwah," ujarnya.

Mufti Perak ...yang ni tak Ghulub ka?

Hebatnya wasatiyyah Najib-Himpunan jutaaan belia Putrajaya 2012.Tengok 'Salam 1Malaysia dari Najib'
Yang ini bukan ghulub tapi semua suara ulama upahan Umno jadi kulup nak tegur Najib-Himpunan jutaan belia Putrajaya 2012
Tarikan utama untuk pengunjung ke Himpunan jutaan belia Putrajaya 2012
Najib kata Haramjadah kepada peneroka Felda yang tolak saham FGVH.Kini ideologi haramjadah jadi ideologi Najib!
Berkaitan;
Muzakarah:Mufti Perak sifatkan Pas Ghulub-Sinar harian online
Konsert Himpunan Belia mana suara Majlis Fatwa-Harakahdaily
Himpunan Belia:Kerajaan belanja RM20 juta?-Keadilandaily
Pemuda Pas:Kerajaan anjur 'maksiat' di hari belia-M'kini
 
 

DHPP siap sedia terima amanat di Himpunan Hijau

Hazayani Zakaria, 30 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di peringkat pusat dan negeri akan menyertai Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Alor Setar, Jumaat ini.

Ketua Pemuda DHPP, Balendran Balasubramaniam berkata, pihaknya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk mendengar segala amanat yang akan disampaikan pimpinan PAS pada perhimpunan tersebut.

Ini kerana katanya, himpunan ini diangggap sebagai himpunan terakhir sebelum menghadapi pilihan raya umum ke -13 yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

"DHHP menghantar ahli jawatankuasa pusat dan ahli jawatankuasa negeri-negeri, dianggarkan 500 hingga 1,000 untuk ke himpunan hijau.

"Kami sudah menerima jemputan awal dan diberi tentatif program dan sudah sedia maklum pengisian yang akan disampaikan pimpinan PAS," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata, tindakan PAS menangguhkan muktamar tahunan dan digantikan dengan himpunan hijau amat wajar bagi mengukuhkan persiapan setiap dewan menghadapi PRU 13.

"Tindakan PAS menangguhkan muktamar sangat wajar dalam situasi Parlimen akan dibubarkan pada bila-bila masa sahaja.

"Saya yakin himpunan ini dapat mengukuhkan kerjasama DHPP dengan dewan lain menjelang PRU 13," katanya yang juga ketua DHPP Pahang.

Pada perhimpunan yang mensasarkan 1,0000 ahli itu, Ketua DHPP Pusat, Hu Phang Chaw juga akan menyampaikan amanat khas.

Sehubungan itu, Balendran menyeru semua wakil DHPP dapat memberikan komitmen penuh sepanjang himpunan berlangsung.

"Sebelum in idalam muktamar penyertaan DHPP adalah terhad tapi kali ini ramai ahli DHPP dijemput, jadi saya harap mereka dapat menggunakan peluang ini sebaik mungkin," katanya.

Utamakan keselamatan

Sementara itu, Pesuruhajaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad menasihati semua ahli yang akan bertolak petang dan malam esok agar berhati-hati di jalan raya.

"Kita harap semua yang akan bertolak esok terutama yang bertolak malam agar berhati-hati dalam perjalanan, kalau mengantuk berhenti dan berehat sebelum meneruskan perjalanan," katanya yang juga dihubungi Harakahdaily hari ini.

Bagi Wilayah Persekutuan, PAS negeri menempah beberapa buah bas untuk kemudahan ahli bergerak ke sana.

"PAS Wilayah memang ada sediakan bas tapi mereka bayar sendirilah. Kita hanya memudahkan perjalanan sahaja," katanya.

Setakat ini sudah lebih 2,000 ahli mengesahkan kehadiran mereka.

Tambahnya lagi, faktor kerja tidak wajar dijadikan alasan untuk tidak hadir ke himpunan yang disifatkan sebagai sangat penting.

"Memanglah esok wilayah masih haribekerja tapi kalau boleh ambillah cuti untuk ke himpunan ini," katanya.

Berapa jumlah hutang PTPTN pada tahun 2020?

Muhammad Faizal, 30 Mei 2012
PETALING JAYA: PKR hari ini mendesak Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin menjelaskan kepada rakyat berapakah jumlah hutang Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada tahun 2020 dan berapakan pula unjuran kutipannya kelak.

Pengarah Strateginya, Mohd Rafizi Ramli berkata, Khaled juga harus menyenaraikan langkah-langkah yang sedang diatur oleh BN untuk memastikan kutipan hutang PTPTN adalah lebih tinggi dari rekod setakat ini.

"Dengan kadar kutipan sebanyak RM2.22 bilion sahaja bagi tempoh 1997 hingga 2010 ini menimbulkan pertanyaan besar sama ada jumah hutang ini akan dapat dikutip pada suatu hari nanti.

"Persoalan jumlah hutang bakal ditanggung oleh PTPTN ini juga membawa dimensi baru dalam polemik model pendidikan tinggi negara," katanya.

Tambahnya lagi, persoalan jumlah hutang ini sangat penting untuk membolehkan rakyat menilai bagaimakah bentuk pendidikan tinggi yang mampan untuk negara.

Sebelum itu, di antara tahun 2005 hingga 2010, berlaku peningkatan ketara jumlah pinjaman yang diberikan kepada Institut Pengajian Tinggi Awan (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Di mana jumlah pinjaman yang dikeluarkan kepada IPTA bagi tahun 1997 sebanyak RM212 juta dan meningkat kepada RM2.58 bilion bagi tahun 2010.

Manakala untuk IPTS pada tahun 1997 sekitar RM7 juta tetapi meningkat mendadak melebihi IPTA iaitu RM3.5 bilion bagi tahun 2010.

Jika kesemuanya dijumlahkan, bermakna sehingga 2010 sejumlah RM6.094 bilion telah diberi pinjam dan hanya RM2.22 bilion sahaja yang dapat dikutip.

Kongsi gelap tadbir Malaysia?

Harakahdaily, 30 Mei 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyifatkan pengakuan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa wujudnya pakatan sulit di antara kongsi gelap dengan ahli politik sebagai sesuatu yang serius.

Ketuanya Kamaruzzaman Mohamad berkata, apa yang menghairankan bagaimana situasi sebegini tidak mendapat perhatian daripada pihak Kementerian Dalam Negeri.

"Ini menunjukkan bahawa negara kita kini bukan lagi ditadbir oleh pemimpin negara tetapi ianya dikawal oleh ahli-ahli kongsi gelap yang mempunyai kepentingan diri.

"Mereka ini mempunyai pelbagai aktiviti jenayah haram dan dalam masa yang sama mereka juga 'dilindungi' para pemimpin negara," katanya.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini baru-baru ini, Tan Sri Musa Hassan mengakui wujudnya hubungan rangkaian kongsi gelap dengan ahli politik yang disifatkannya berada pada tahap yang serius.

Beliau juga mengesahkan wujud pakatan sulit di antara rangkaian kongsi gelap dan pasukan Polis Di Raja Malaysia.

Mengulas lanjut, Kamaruzzaman mempersoal bagaimana sesuatu jenayah dapat dibanteras sekiranya ahli-ahli kongsi gelap ini berselindung di sebalik ahli politik negara.

Malah lebih menyedihkan apabila polis lebih digunakan untuk mencari kesalahan pemimpin Pakatan Rakyat berbanding menjaga keselamatan negara.

"Kami menegaskan bahawa seharusnya PDRM merupakan satu badan yang bebas yang mana tidak ada pihak yang berkepentingan masuk campur dalam menjalani siasatannya.

"Ini bagi menjamin integriti pihak polis yang kini dilihat semakin hari semakin tercalar," katanya.

2 hari menjelang Himpunan Hijau ke Putrajaya

Anis Nazri, 30 Mei 2012
ALOR SETAR: Hotel-hotel penginapan dan 'homestay' di sekitar Alor Setar, Kedah kebanyakannya sudah habis ditempah sempena Himpunan HIjau ke Putrajaya, 1 Jun ini.

Namun, ketiadaan tempat penginapan bukanlah menjadi masalah utama bagi ahli-ahli PAS bagi membuktikan kesungguhan mereka untuk menawan Putrajaya.

"Pengalaman membuktikan, ahli-ahli PAS tidak kisah untuk berehat di masjid, surau dan markaz-markaz parti, khususnya mereka yang datang sendiri tanpa keluarga. Dan kesungguhan inilah yang biasa terpamer di wajah mereka," kata Pengarah Program Himpunan Hijau Menuju Putrajaya, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily.

Beliau percaya kesukaran mendapatkan hotel penginapan di saat akhir, tidak menghalang program ini dijayakan dan bakal melakar sejarah dalam arena politik tanahair.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS itu juga meminta ahli-ahli PAS yang akan menghadiri program ini memastikan kesihatan masing-masing dalam keadaan baik.

"Pastikan anda mendapatkan rehat yang cukup, berhati-hati ketika memandu. Saya yakin akan berlaku kesesakan di lebuh-lebuh raya.  Berhenti rehat jika mengantuk bagi memastikan anda sampai ke destinasi dengan selamat," pinta beliau.

Tambahnya lagi, setiap pemandu perlu ingat jalan raya yang dilalui bukan hanya digunakan mereka, sebaliknya turut digunakan oleh orang lain.

Atas sebab itu, katanya sikap bertimbang-rasa dan bertolak-ansur perlu ditanamkan bagi memastikan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Rafizi: Bank Negara juga perlu siasat Salleh

Muhammad Faizal, 30 Mei 2012
PETALING JAYA: Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli mempersoal, kenapa pihak Bank Negara tidak pula menyiasat Pengarah National Feedlot Corporation (NFCorp) Datuk Seri Dr Muhamad Salleh Ismail.

Menurutnya, Bank Negara sepatutnya mengambil tindakan terhadap Salleh dan keluarga yang secara jelas memindahkan wang rakyat secara tidak sah ke syarikat-syarikat mereka yang berada di Singapura dan Kazakhstan.

"Perkara ini diakui oleh mereka dan bukankah ini perlu disiasat juga oleh Bank Negara di bawah Akta Pengubahan Wang Haram," katanya.

Beliau semalam menerima notis untuk hadir memberi keterangan di Bank Negara petang ini di bawah Seksyen 87(1)(a), Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989.

Menurut beliau lagi, tindakan ke atasnya menunjukkan pihak kerajaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mengalu-alukan pendedahan penyelewengan dan rasuah oleh rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib juga katanya gagal mengotakan janjinya bahawa pentadbiran beliau tidak memangsakan penberi maklumat dan melindungi perasuah.

"Sementara saya menghormati tanggungjawab Bank Negara dan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan tetapi saya risau tekanan ini dilakukan adalah bertujuan untuk menutup skandal NFC.

"Saya akan terus membuat pendedahan sehinggalah kredibiliti pihak berkuasa yang bertanggungjawab terutamanya SPRM dipulihkan di mata rakyat,"sambung beliau lagi.

'Itu pandangan saya sebagai rakyat biasa' - Nizar

Muhammad Faeez, 30 Mei 2012
IPOH: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin berkata pandangan beliau berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 oleh Sultan Johor hanya pandangan peribadi seorang rakyat biasa.

Menurutnya, beliau tidak bermaksud untuk mempertikaikan tindakan Sultan Ibrahim Ismail menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000 sebaliknya kenyataan itu dibuat secara umum.

“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,”  katanya kepada akhbar Sinar Harian yang menghubungi beliau semalam.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak menjelaskan, teguran dalam hal yang sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin.

“Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya,” katanya.

Tambahnya, beliau kesal dengan tuduhan yang diberikan kepadanya bawaha beliau menghina Sultan Johor.

“Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian.

“Jika ada mana-mana pihak yang terguris hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf, “ jelasnya.

Sementara itu, Polis Johor mengesahkan sedang menyiasat kenyataan dakwaan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu di bawah Akta Hasutan.

Tiada ulasan: