Khamis, 17 Mei 2012

DAH TERSEPIT BARU NAK MUZAKRAH...DULU BATAL...ACAH2 AJE...MUZAKARAH TENTANG AKIDAH...TENTANG HUKUM ALLAH...TENTANG MENGAMBIL SEBAHAGIAN QURAN DAN MENINGGALKAN SEBAHAGIAN...APA MACAM...DAN BAGAIMANA....YE

Pemuda PAS: Umno rasis, bukan DAP
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) hari ini mempertahankan DAP - rakan mereka dalam gabungan pembangkang - daripada tuduhan rasis.

Sebaliknya, dewan itu memulangkan gelaran itu kepada Umno dan menyeru ketua penerangannya Datuk Ahmad Maslan yang mengeluarkan kenyataan itu keluar parti bersama orang Melayu lain.

NONE"DPPWP menganggap kenyataan Ahmad seperti meludah ke langit, terpercik ke muka sendiri.

"Sebenarnya Umnolah yang merupakan sebuah parti yang rasis, tidak menghormati kaum lain dan tidak demokratik," kata ketuanya Kamaruzaman Mohamad (kanan).

Dalam kenyataannya hari ini, tanpa menyebut secara khusus, Kamaruzaman berkata sifat rasis Umno tergambar dalam kenyataan pemimpin parti Melayu itu.

Ahmad yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam dilaporkan berkata, tindakan bekas naib pengerusi Tunku Abdul Aziz Ibrahim meninggalkan parti membuktikan Melayu tidak mempunyai tempat dalam parti itu.

Sehubungan itu, sambil mendakwa DAP tidak menghormati kaum lain, Ahmad menyarankan orang Melayu lain dalam parti itu menyusul jejak langkah Tunku Abdul Aziz, lapor Bernama.

Ahmad yang berkata tindakan Tunku Abdul Aziz turut mendedahkan sikap sebenar DAP yang hanya bersandiwara apabila mengambil orang Melayu sebagai anggota dan pemimpin parti, konon terbuka untuk semua kaum.
Amaran 'perang siber' pada media baru
Pemantau kebebasan media Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) meramalkan kerajaan berusaha ke arah lebih banyak "langkah-langkah ekstrim" untuk mengawal Internet dan media baru dalam tahun-tahun mendatang.

NONE"Dalam berdepan dengan platform atas talian yang jauh lebih bebas, kerajaan jelas cuba menggunakan muslihat kawalan lebih luas dan berpengaruh," rumus NGO itu dalam laporan Kebebasan Media 2011.

Perkara ini, tambahnya, sejajar dengan kaedah tradisional seperti Akta Mesin Cetak Penerbitan dan Akta Hasutan untuk mengawal media menggunakan kaedah sama sejak beberapa dekad.

Laporan itu juga menyebut tidak dapat dilihat sebarang bukti bahawa BN komited menghormati dan mempertahankan kebebasan media dan kebebasan bersuara, walaupun mendakwa sebaliknya.

Malah, terdapat lebih banyak percubaan untuk menyekat kebebasan dan memperluaskan lingkungan kawalan kerajaan.
Jakim juga tak wajar guna perkataan Islam?
ULASAN Dewan Ulama PAS Perak ingin memberikan ulasan mengenai kenyataan Tan Sri Harussani Zakaria, mufti kerajaan negeri yang disiarkan dalam Berita Harian pada Isnin, 14 Mei lalu.

Walaupun menyedari bahawa kemungkinan sebahagian daripada yang disiarkan mungkin tidak sebagaimana yang diucapkan sebagaimana kenyataan-kenyataan terdahulu, namun bagi PAS Perak amat perlu menjelaskan beberapa perkara yang mungkin akan mengelirukan umat Islam yang tidak memahami hakikat yang sebenar.

Kenyataan beliau yang mengatakan bahawa perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan kerusi politik adalah tuduhan melulu jika tidak diasaskan kepada kajian dan pembuktian yang lengkap.

Adakah beliau benar-benar memahami matlamat asal PAS dan sudut manakah yang sudah diselewengkan? Adakah beliau merasakan PAS melakukan sesuatu sesuka hati sedangkan PAS dikawal oleh Majlis Syura Ulama yang dianggotai oleh para ulama berwibawa dan setaraf dengan barisan para mufti di negara ini?

Saranan agar Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan kewajaran parti itu menggunakan perkataan Islam dalam nama parti adalah saranan yang hanya akan membuktikan Majlis tersebut hanya mengikut telunjuk Umno.

Ini kerana bukan hanya PAS sahaja yang menggunakan nama Islam di negara ini. Apakah badan-badan lain termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan agama Islam neger-negeri wajar menggunakan perkataan Islam?

Sedangkan sebahagian tindakan agensi kerajaan ini juga tidak terlepas daripada kesilapan dan dikritik oleh cendekiawan Islam sehingga menjejaskan nama baik Islam.

Kenapa tidak beliau menyarankan agar tindakan ini dimulakan dengan badan seperti Sisters in Islam yang dengan jelas dianggap oleh selama ini sebagai memusuhi Islam.

Salahkan taksub menegakkan syariat?
Gesaan beliau "kepada ahli dan penyokong PAS, khususnya yang fanatik dan taksub segera kembali kepada ajaran Islam sebenar dan berfikiran waras" tidak mencerminkan keadaan yang sebenar.

Apakah salah bagi seseorang individu Muslim fanatik dan taksub kepada perjuangan menegakkan syariat Islam keran itulah sebenarnya ajaran Islam.

Bukankah semua Muslim diperintahkan agar menerima Islam sepenuhnya termasuk perlaksanaan undang-undang Jenayah Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh Islam.

Bukankah lebih wajar beliau menggesa ahli dan penyokong Umno yang berterusan mentaati pemimpin mereka yang berterusan mencari alasan untuk tidak melaksanakan ajaran Islam sepenuhnya.

Dewan Ulama PAS tidak bersetuju dengan dakwaan beliau bahawa perpecahan umat Islam disebabkan oleh sifat dengki, tamak, mengejar pangkat dan kedudukan di kalangan pemimpin parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam.

Perpecahan Umat Islam sebenarnya disebabkan sebahagian daripada mereka yang mengaku sebagai Islam tetapi tidak mahu patuh sepenuhnya dengan syariat Islam.

Mana mungkin kita mahu mengajak para pejuang Islam meninggalkan syariat Islam semata-mata untuk menyatukan umat.

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan himpunan BERSIH 3.0 amat jelas dibuat sebelah mata kerana tidak ada seorang pun wakil penganjur yang diambil keterangan mengenainya.

Kerosakan harta benda dan kecederaan orang ramai boleh dielakkan jika pihak berkuasa melaksanakan tanggungjawab mereka bagi mengawal keadaan, bukan menambahkan provokasi sehingga menimbulkan suasana tegang.

Hanya berbekalkan tuala dan garam
Apakah beliau yakin terdapat niat di pihak penganjur untuk menjatuhkan kerajaan?

Dalam Islam ulama juga berselisih pandangan mengenai hukum menjatuhkan kerajaan yang sah walaupun kerajaan diperintah oleh pemimpin Islam yang fasik selagi pemerintah menjaga kebajikan umat Islam.

Apakah beliau begitu pasti pemerintah negara ini benar-benar menjaga kebajikan Umat Islam ataupun hanya menjaga kebajikan umat Islam yang menjadi penyokong tegar mereka semata-mata?

Peserta BERSIH 3.0 yang hanya datang berbekalkan garam dan tuala kecil amat jauh untuk diistilahkan sebagai " bughah atau pemberontakan melampau yang menghancurkan negara, sekali gus membolehkan pemberontak dihukum bunuh" kerana ulama mensyaratkan bagi kes bughah yang boleh dihukum bunuh mestilah pemberontakan tersebut mempunyai kekuatan dan bersenjata.

Oleh yang demikian, Dewan Ulama PAS Perak menasihatkan agar Tan Sri Harussani kembali kepada fungsi dan peranan beliau yang asal sebagai mufti yang bertanggungjawab menasihati kerajaan agar tunduk kepada kehendak Allah.

Oleh kerana beliau tidak memahami situasi politik semasa yang begitu mencabar, beliau perlu mengurangkan ulasan berkaitan politik yang hanya memberi ruang kepada musuh-musuh Islam untuk menyalahgunakan kenyataan beliau.

Jika beliau terus dengan sikap berat sebelah seperti ini maka kepercayaan umat Islam terhadap beliau akan beransur terhakis dan kegemilangan beliau sebagaimana dahulu yang dihormati sebagai seorang ulama yang berani dan bijaksana tidak akan dapat dikembalikan buat selama-lamanya.

IBRAHIM ZAKARIA naib ketua Dewan Ulama PAS Perak. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

TPM: Umno sedia muzakarah dengan PAS
Umno sedia menyahut seruan PAS untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walaupun agak terkejut dengan pelawaan PAS itu, beliau yang juga timbalan presiden Umno berkata perkara itu telah dan pernah disuarakan parti itu sebelum ini, namun ditolak keras, khususnya oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kalau ikut yang lepas, Nik Aziz tak pernah setuju. Masa itu dia kata Umno tak boleh dipercayai, tapi kalau hasrat dia ikhlas, tujuan untuk kebaikan ummah, masyarakat Islam dan negara Malaysia kita tidak jadi masalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia dan makan tengah hari bersama Timbalan Perdana Menteri di ibu negara hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Aziz bahawa parti itu sentiasa bersikap terbuka untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk Umno dan juga bersetuju untuk muzakarah itu diadakan dalam masa terdekat.

Muhyiddin berkata parti itu sedia menerima pelawaan itu kerana perkara tersebut telah disuarakan Umno sejak sekian lama atas kesedaran pentingnya umat Islam disatukan, yang kini berpecah kepada beberapa kelompok kerana berbeza ideologi.

"Jadi kalau ada dan hasrat itu adalah ikhlas, lahir daripada niat yang ikhlas, yang tujuannya ialah untuk kebaikan, kita tiada masalah," katanya.

Berhubung pendedahan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bahawa bekas partinya cuba merasuah sebanyak RM50,000 selepas beliau meletak jawatan, Muhyiddin berkata pendedahan itu mengesahkan lagi pandangan banyak pihak yang mengatakan DAP sebenarnya tidak demokratik adalah benar.

Katanya, apa yang dilakukan parti itu terhadap seorang pemimpin yang cukup berprinsip seperti Tunku Aziz juga menyerlahkan sifat dan sikap sebenar DAP, iaitu berlagak, sombong dan tidak boleh ditegur.

"Saya juga pernah mengatakan demikian semasa saya melawat Pulau Pinag dulu bahawa Lim Guan Eng sebagai ketua menteri biasa bersikap sombong dan angkuh tetapi itu mungkin tidak dilihat penting sangat tetapi apabila seorang tokoh seperti Tunku Aziz menerima padah yang sama barulah kita ketahui sikap sebenar DAP.

"Jadi, sama ada dia (Guan Eng) buat tawaran RM50,000 itu, pendedahan Tunku Aziz itu tentu membolehkan kita membuat penilaian mengenai DAP sebenarnya, bukan Guan Eng sahaja," katanya.

Tunku Aziz dalam temu bualnya dengan sebuah akhbar semalam, dilaporkan berkata Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Zairil Johari Khir menghubunginya dan menawarkan wang tunai RM50,000 selain jawatan sebagai felo kanan di Institut Penang, sebuah badan pemikir milik kerajaan negeri supaya menutup mulut dalam isu peletakan jawatannya.

"Apakah dia fikir saya jenis orang yang begitu? Saya menganggap tawaran ini sebagai cubaan untuk merasuah, saya fikir ia biadab dan saya tidak akan bekerja lagi dengan lelaki ini," katanya dipetik sebagai berkata dalam temu bual itu.

Timbalan perdana menteri berkata masyarakat, khususnya orang Melayu yang menyokong parti itu harus melihat semula sokongan mereka kerana apa yang berlaku jelas menunjukkan DAP yang kononnya mengamalkan prinsip demokrasi bukanlah sebuah parti untuk orang Melayu.

"Bagi saya ini suatu isyarat yang penting untuk rakyat Malaysia. Sebab itu sahaja cara-cara yang dilakukan oleh pemimpin DAP biasanya tidak serasi serta sebulu dan langsung tidak menghormati orang lain," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan: