Jumaat, 27 Mei 2011

VIDEO LUCAH DIEDAR...TEKTIK KOTOR DAN BELUM TENTU MENJADI...UNDANG2 TETAP SALAH...HUKUM ALLAH JUGA SALAH...TUNGGU LAKNAT ALLAH...DAN HUKUMAN ALLAH..

S'wak gagal bertindak: Gadis Penan terus dirogol
Ang Ngan Toh
Mei 27, 11
3:31pm


Polis dan kerajaan negeri Sarawak hari ini dibidas Wanita PKR kerana kegagalan mereka bertindak bagi menyelesaikan kes-kes gadis dan wanita Penan dirogol oleh pembalak di kawasan sekitar Baram yang berterusan.

NONEKes terbaru membabitkan seorang gadis berusia 20 tahun yang berulang-kali dirogol oleh pembalak Indonesia sejak awal tahun ini, kata naib pengerusi Wanita PKR Voon Shiak Nie di Kuching.

"Gadis itu mengenali lelaki Indonesia di kampungnya di Ulu Baram, di mana dia bekerja sebagai pembalak. Adalah dilaporkan dia memujuk gadis tu mengikutnya ke Miri dengan alasan mencari kerja.

"Sebalik gadis itu dirogol berulang-kali,” kata Voon sambil menambah nahawa laporan polis telah dibuat di balai Miri pada Isnin lalu.

Voon berkata gadis malang itu juga mendakwa terdapat kes rogol yang hampir sama membabitkan wanita lain di kampungnya itu.

Hanya selepas Ketua Wanita PKR dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mendedahkan kes berkenaan di Parlimen pada sesi yang lalu dan membuat laporan polis, barulah Kementerian wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat bersedia membuat siasatan.

NONEPasukan penyiasat yang ditubuhkan kementerian yang mendedahkan sisatan mereka tahun lalu berkata hanya ada 14 kes rogol.

Voon berkata Wanita PKR cuba menyerahkan laporan pasukan penyiasat itu kepada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Alfred Jabu, yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Penan tetapi beliau enggan menerimanya.




Hutang air: 'Putrajaya terlebih bayar 73%'
Mei 27, 11 3:02pm


DAP hari ini membidas keputusan kerajaan pusat kerana membeli bon yang telah diturunkan taraf milik syarikat konsensi air pada harga 73.2 peratus lebih tinggi daripada nilai pasaran dan menganggap tindakan itu “melampau dan menyalahgunakan wang pembayar cukai”.

NONE“Tidak dapat dijelaskan mengapa kerajaan memutuskan untuk menyelesaikan baki bon syarikat swasta air itu sedangkan pemegang saham syarikat berkenaan sepatutnya bertanggungjawab,” kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua (kiri, berbaju biru).

Sebelum ini dilaporkan syarikat Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) milik kerajaan persekutuan menubuhkan Acqua SPV Bhd bagi membeli bon yang telah diturunkan tarafnya oleh agensi penarafan.

Ini kerana keempat-empat syarikat konsesi air Selangor - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium ABASS - gagal membayar pemegang bonnya.

Menurut laporan media arus perdana, Acqua SPV menawarkan untuk mengambil-alih bon berkenaan pada harga RM6.5 bilion, berbanding nilai terbitan sebanyak RM9.02 bilion.

water paipsNamun, mengikut laporan yang diterbitkan oleh The Edge Financial Daily pada Rabu lalu, harga tawaran adalah pada RM94.49 berbanding nilai pasaran yang cuma pada RM54.54 pada akhir bulan lalu, yang mana dakwa Pua adalah 73.2 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran.

Kata pemimpin DAP itu lagi, syarikat konsesi air itu juga telah mengisytiharkan dividen bagi pemegang sahamnya apabila mereka membuat untung.

Antara konsesi itu, Splash, iaitu anak syarikat Gamuda Bhd, mengisytiharkan dividen RM578.6 juta pada 2007 manakala PNSB pula mengumumkan dividen berjumlah sehingga RM214 juta antara 2006 dan 2010.


Video seks diedarkan di kampung Cina pula
Abdul Rahim Sabri
Mei 27, 11
4:07pm


Salinan pita video yang memaparkan seorang lelaki mengadangkan hubungan seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terus diedarkan di seluruh Selangor.

Tidak terkecuali adalah perkampungan Cina dan sasarannya adalah ketua-ketua kampung dan pemimpin masyarakat.

Menurut anggota exco kerajaan negeri Selangor Ean Yong Hian Wah sekurang-kurangnya 15 pemimpin di Ulu Langat dan lebih lapan lagi di Kuala Selangor mengesahkan menerima video berkenaan menerusi pos.

Katanya, berdasarkan cop pada bungkusan itu, ia dikirimkan dari Melaka dan Shah Alam.

Hari ini Ean Yong mengiringi 15 ketua kampung dari kawasan Ulu Langat membuat laporan berhubung perkara itu.

Sementara itu, ketua kampung dalam DUN Sri Muda parlimen Kota Raja juga dilaporkan menerima video seks dan poster yang cuba dikaitkan dengan ketua umum PKR itu.

Laporan polis itu dibuat oleh ketua penerangan PKR Shuhaimi Shafiei bersama-sama empat ketua kampung tradisi Melayu di ibu pejabat polis Daerah Shah Alam kira-kira 11.30 pagi tadi.

Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda membuat laporan polis itu mewakili PKR Selangor.

Dalam laporan polisnya, Shuhaimi berkata tujuan aduan dibuat berikutan penyebaran VCD dan poster yang diistilahkan sebagai lucah dan diedarkan di majlis solat hajat dan ceramah 'Tawan Malaysia' di Stadium Selayang pada 14 Mei lalu.

Menurutnya lagi, beliau menerima bahan-bahan tersebut dari petugas keselamatan parti pada majlis tersebut.

Dalam aduannya juga, beliau meminta pihak polis menjalankan siasatan berhubung penyebaran VCD itu di lima lagi tempat iaitu di Kampung Jalan Kebun, Kampung Melayu Subang, Dewan Majlis Daerah Semenyih, satu program ceramah di Tanjong Karang dan di Dewan Majlis Daerah Kuala Langat.

"Oleh itu, saya mendesak pihak polis menyegerakan siasatan berhubung penyebaran (VCD) dan menghadapkan pihak yang terlibat ke muka pengadilan," katanya.

Sementara itu, Shuhaimi berkata keempat-empat ketua kampung tersebut yang dihantar dengan video itu adalah Kampung Teluk Menegun, Kampung Baru Hicom, Kampung Johan Setia dan Kampung Bukit Hadir.

Keempat-empat ketua kampung tersebut menerima VCD dan poster yang dimasukkan ke dalam sampul surat yang diposkan dari Shah Alam dan Melaka. Mereka menerimanya pada 23 dan 24 Mei lalu.

Menurutnya, ketua kampung Baru Hicom dan Kampung Telok Menegun menerima tiga keping VCD manakala dua lagi masing-masing menerima sekeping VCD.

"Mereka semua tak tengok (kandungan VCD), tetapi saya dimaklumkan ia dipercayai pelakunya sama seperti di dalam internet, jika dilihat di bahagian kulit VCD itu," katanya.

Katanya, sepatutnya empat lagi ketua kampung dalam DUN Sri Muda turut membuat laporan polis berhubung perkara tersebut, bagaimanapun membatalkannya kerana keuzuran dan mempunyai urusan lain yang lebih penting.

Kampung tersebut antaranya, Kampung Bukit Lancang, Kampung Jalan Kebun dan Kampung Sungai Kandis.

Ditanya sama ada empat ketua kampung itu akan membuat laporan polis selepas ini, Shuhaimi berkata memadai setakat ini dengan laporan yang dibuat pada hari ini.

Menurutnya, sekiranya masih ada ketua kampung yang menerimanya selepas ini, beliau akan membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

"Penyebaran bahan ini bukan sahaja dilarang kerana lucah, malah ia memberi implikasi buruk kepada anak-anak kita," katanya.

Karenah birokrasi tangguhkan bedah siasat
Aidila Razak
Mei 27, 11
2:40pm


Selepas melalui karenah birokrasi selama dua hari, bedah siasat kedua ke atas jenazah remaja Johari Abu Bakar, yang ditembak mati oleh polis sepatutnya dijalankan pada jam 12 tengahari tadi.

Namun semakan dengan rumah mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) pada jam 12.30 tengahari tadi mendapati tiada bedah siasat dijalankan hari ini dan tidak ada juga sebarang yang dijadualkan hari ini.

NONEAdalah dipercayai bedah siasat ke atas remaja yang sepatutnya meraikan hari jadi ke-17 nya pada bulan depan ditangguhkan lagi kerana karenah birokrasi.

Menurut peguam keluarga mangsa, Latheefa Koya, UMMC sebelum ini memaklumkan kepadanya bahawa bedah siasat akan dijalankan hari ini oleh Dr Karunakaran Mathiharan.

Katanya, UMMC akhirnya bersetuju menjalankan bedah siasat selepas pengerusi Bahagian Hak Asasi, Persatuan Perubatan Malaysia, Dr Thong Kok Wai, mengesahkan beliau akan bertindak sebagai pemerhati bebas.

Latheefa menjelaskan bahawa bedah siasat kedua tidak dapat dijalankan semalam kerana UMCC enggan berbuat demikian tanpa kehadiran pemerhati bebas.

Syarat itu diarahkan oleh Mahkamah Tinggi atas permintaan ibu mangsa.

NONEPada Rabu lalu, jenazah Johari, yang mati pada 13 Mei dibiarkan tanpa diurus untuk beberapa jam kerana UMCC enggan menerima dan menempatkannya di rumah mayat selagi beberapa borang tidak diisi dan diselesaikan.

Latheefa mendakwa terdapat tanda-tanda mayat itu mulai reput apabila ia akhirnya ditempatkan di bilik sejuk dengan anggota keluarga pula berkata wajah anak mereka tidak dapat dikenali.

Johari, seorang pelajar sekolah menengah yang tercicir dan kemudiannya menjalankan kerja-kerja am ditembak mati apabila beliau didakwa melepaskan tembakan ke arah polis pada 7 Mei lalu.

Polis juga mendakwa remaja berkenaan sedang bersembunyi di sebuah hotel bajet di Dengkil setelah mencuri Toyota Alphard di Kelana Jaya.

Keluarga mangsa bagaimanapun curiga dengan punca kematian anak mereka dan mendakwa tubuhnya penuh dengan kesan lebam serta lengannya patah.


Polis didakwa sekongkol dengan sindiket curi kereta
S Pathmawathy
Mei 27, 11
2:03pm


Beberapa anggota polis didakwa bersekongkol dengan kumpulan mencuri kereta di seluruh negara dakwa ahli parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng, sambil menggesa Bukit Aman supaya segera menyelesaikan isu itu.

NONELim yang membuat laporan polis di balai Jinjang hari ini mendakwa kereta yang dilaporkan dicuri telah berjaya dijumpai oleh polis tetapi dikitar semula dan diserahkan kepada sindiket yang menjualnya pula kepada pemilik kereta terpakai atau pembeli persendirian.

"Saya menerima lebih 15 aduan sejak Disember tahun lalu daripada peniaga kereta terpakai yang sehingga sekarang belum selesai. 60 kereta dirampas daripada mereka kerana dipercayai kenderaan curi, setakat ini hanya 20 kereta yang telah dipulangkan,” katanya.

Lim berkata laporan polis hanya dibuat hari ini berhubung perkara berkenaan kerana baru-baru beliau menjumpai dalil kukuh bagi membuktikan berlakunya penyelewengan kuasa.

Beliau juga merujuk kepada satu laporan polis di mana mangsa membuat laporan bahawa kereta Mercedes C200 Compressor miliknya telah dicuri pada 13 Mac, 2009 dan telah membuat tuntutan insuran.

Dalam satu surat yang tidak bertarikh daripada Jabatan Siasatan Jenayah, ibu pejabat polis Ampang yang ditandatangani seorang pegawai yang dikenali sebagai Saiful Irwan Abdul Hamid, ia menyatakan bahawa kereta itu telah dijumpai dan dipulangkan kepada pemiliknya. Namun menurut Lim, pemiliknya tidak pernah mengambil semula keretanya itu.

Sebaliknya, kereta yang sama dengan nombor pendaftaran yang lain didakwa dibeli oleh seorang peniaga kereta terpakai, Pang Koo Tak, dari Setiawan, Perak.Pang bagaimanapun menurut Lim, terkejut apabila keretanya dirampas pada 19 Januari lalu oleh seorang anggota polis bernama Razlam Ab Hamid dari Jabatan Disiplin Bukit Aman bagi siasatan lanjut kerana nombor chasis kereta itu bersamaan dengan nombor kenderaan yang dicuri itu.

Lim berkata Pang kemudiannya berjumpa dengannya dan meminta bantuan bagi mendapatkan semula keretanya kerana kereta itu dibeli menerusi pinjaman bank dan beliau masih berhutang.

IPT menanti, tapi remaja masih di lokap
Salhan K Ahmad
Mei 27, 11
1:36pm


Bimbang dengan masa depan gelap yang mungkin dihadapi anak mereka, sekumpulan ibu bapa terpaksa meminta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia campur tangan dalam kes penahanan remaja berkenaan bawah Ordinan Darurat.

Seorang daripada ibu remaja berkenaan, Rosmawati Taib berkata, anaknya itu sepatutnya mula mendaftarkan diri di kampus UiTM pada 29 Mei, namun tidak dapat berbuat demikian kerana masih berada dalam tahanan.

keluarga remaja tahanan EO, emergency ordinanceRosmawati berkata, anaknya yang masih berusia 17 tahun itu masih ditahan di lokap balai lokap Ayer Molek, Johor Bahru bawah undang-undang berkenaan.

"Sepatutnya dia dibebaskan. Dia perlu belajar untuk masa depan dia. Apa yang berlaku ini saya sangat tidak puas hati sebab anak saya tidak bersalah.

"Sepatutnya anak saya akan habis tempoh tahanan 60 hari pada 12 Jun. Polis beritahu saya, anak saya selepas ini mungkin akan dibuang daerah atau dipenjara selama dua tahun.

"Polis kata, memang begitulah tindakan mereka. Kecuali jika kami (ibu bapa) merayu kepada menteri dalam negeri sebab itu bawah keputusan menteri," kata Rosmawati ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Rosmawati hari ini hadir ke Suhakam bagi meminta suruhanjaya itu masuk campur dalam kes berkenaan, memandangkan peguam turut enggan membawa kes yang turut melibatkan dua lagi remaja berusia 17 tahun.

Turut ditahan bersama kumpulan remaja berkenaan ialah seorang pemuda, Muhammad Noorariff Bakran, 20.

keluarga remaja tahanan EO, emergency ordinanceKetua penerangan pemuda PAS, Suhaizan Kayat yang turut bersama ibu bapa remaja berkenaan hari ini berkata kumpulan anak muda itu ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam satu pergaduhan pada malam 28 Mac lalu di Sri Alam, Johor Bahru.

"Kalau benar (anak muda ini) bersalah, dakwa di mahkamah. Kalau tidak, lepaskan mereka. Kita tidak mahu perkara ini menjadi kesusahan kepada mereka," kata Suhaizan ketika dihubungi.

Sementara itu, penyelia pusat aduan rakyat PAS Permas, Syed Othman Syed Abdullah pula berkata, keluarga berkenaan tiada pilihan lain memandangkan peguam bagi kes berkenaan telah menarik diri daripada kes berkenaan.

"Peguam kata tak boleh buat sebab kes bawah Ordinan Darurat tak boleh dibawa ke mahkamah. Keluarga telah berhubung dengan polis tapi polis masih tidak boleh bagi jawapan, remaja ini ditahan bawah kesalahan apa," katanya lagi.





PRU-13: PKR siap sedia, jentera parti diaktifkan
Joseph Sipalan
Mei 27, 11
10:24am


Meskipun cakap-cakap bahawa pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan seawal Jun ini hanya spekulasi, namun ini tidak menghalang PKR membuat persiapan rapi jika benar-benar parlimen dibubarkan.

Parti pembangkang itu mengadakan perbincangan tertutup selama dua hari di Port Dickson yang dihadiri pemimpin kanannya dengan fokus pada kempen pilihan raya umum akan datang.

NONENaib presiden PKR Tian Chua berkata mesyuarat yang berakhir semalam itu adalah langkah permulaan bagi parti itu mengakhiri persiapan pilihan raya mereka sebelum Julai ini.

“Mesyuarat tertumpu pada isu polisi seperti jentera pilihan raya, latihan bagi sukarelawan parti, laman web kami dan juga mobilasasi,” katanya ketika dihubungi.

Tian Chua bagaimanapun enggan mendedahkan butiran apa yang dibincangkan itu tetapi beliau tidak menafikan apabila ditanya sama ada pemimpin kanan PKR sekarang akan mula bergerak ke seluruh negara bagi mempercepatkan persiapan jentera pilihan raya mereka.

“Sudah tentu, persiapan kami adalah untuk mempermantapkan (jentera parti) di setiap negeri,” katanya yang ahli parlimen Batu itu.

NONESeorang lagi naib presiden PKR Fuziah Salleh juga keberatan memberitahu apa yang dibincangkan pada pertemuan itu dan menganggapnya sebagai mesyuarat biro politik yang 'lazim'.

“Ini bukan kali pertama kita bincangkan isu pilihan raya pada mesyuarat. Ia hanya lanjutan mesyuarat biro politik yang lazim kita adakan.

“Kita menilai dan menyemak semula senarai, secara asasnya kita menyemak buat kali terakhir agar kita benar-benar bersedia, memandangkan pilihan raya umum mungkin diadakan seawal Julai ini,” katanya.

Bagaimanapun sumber dalaman itu berkata mesyuarat berkenaan adalah hasil usaha berbulan-bulan yang bertujuan mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya baik di peringkat parlimen mahupun negeri.

anwar ibrahim at ampang ceramah may 2011 3Sumber yang rapat dengan pemimpin tertinggi PKR itu berkata terdapat pelbagai sebab bagi ketua umum parti Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelajah ke seluruh negara.

Selain meninjau persiapan parti, katanya, Anwar pada masa yang sama menggunakan peluang itu bagi membuat penjelasan berhubung kempen anti-fitnah berikutan terdedahnya pita video seks yang didakwa mirip pemimpin berkarisma itu.

“Jadualnya (Anwar) penuh sejak beberapa bulan lalu dan setiap tempat yang beliau lawati, jentera negeri dimobilisasikan... awak nilai sendiri la,” kata sumber itu.

Subsidi: Apa pilihan Najib?
Niluksi Koswanage & Razak Ahmad
Mei 27, 11
11:39am

Komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung pembaharuan ekonomi yang dijanjikannya dipersoalkan apabila kerajaan gagal mengurangkan subsidi bahan api yang dikhuatiri menjejaskan kewangan negara dan menguji kesabaran pelabur yang mahukan perubahaan.

NONEKeputusan Najib pada Rabu lalu untuk tidak mengurangkan subsidi adalah siri terbaru pusingan 'U' yang dibuat kerajaannya yang berusia dua tahun. Dalam usahanya menarik pelabur asing, sebelum ini, beliau berjanji akan memperbaharui ekonomi negara dan pada masa yang sama cuba menggembirakan pengundi.

Kerajaan juga memberi amaran bahawa harga minyak mentah yang terus melambung akan memaksa kerajaan menyemak semula subsidi tetapi gagal berbuat demikian dengan alasan mengambil kira kepentingan rakyat.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim semalam dipetik berkata Malaysia akan menyemak harga bahan bakar jika harga minyak mencecah dalam lingkungan US$110-US$120 setong.

Berikut beberapa soalan dan jawapan mengenai implikasi politik dan ekonomi berhubung subsidi yang dijangka berganda kepada hampir RM21 bilion tahun ini kerana harga minyak yang tinggi.

Sejauh mana Najib serius mengurangkan subsidi?

Dalam ucapan terbaru, Najib menyifatkan subsidi bahan api sebagi 'candu' tetapi berhati-hati dalam tindakannya yang tidak mahu mengecewakan pengundi dengan harga yang tinggi. Pilihan raya umum mesti diadakan pada pertengahan 2013.

Sejak mengambil-alih tampuk kerajaan pada 2009, beliau telah menaikkan harga petrol RON95 secara berperingkat-peringkat daripada RM1.75 selitre kepada RM1.90.

Namun ia masih di bawah paras RM2.10 yang dicadangan oleh sebuah badan kerajaan yang dipertanggungjawab mengkaji sunsidi.

Najib juga telah dua kali menangguhkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan melembutkan pendiriannya berhubung dasar afirmatif yang mengutamakan penduduk majoriti Melayu.

Menurut penganalisis Najib bersedia melaksanakan perubahaan berkenaan tetapi hanya selepas mendapat mandat besar pada pilihan raya umum akan datang.

Selama mana kerajaan boleh bertahan memberi subsidi?

Najib perlu memotong subsidi dan memperkenalkan cukai baru bagi mengurangkan defisit fiskal yang kini mencatatkan paras tertinggi dalam 20iaitu 7 peratus daripada keluaran dalam negara kasar pada 2009. Defisit pada 2010 adalah 5.6 peratusdan secara rasmi disasarkan pada 5.4 peratus tahun ini.- Reuters


'Menjemput kematian dan penderitaan'
SM Mohamed Idris
Mei 27, 11
1:26pm


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa sedih dan kecewa berhubung beberapa siri kematian baru-baru ini akibat daripada tidak mempedulikan keselamatan.

24 buried alive in landslide at orphanageKita telah kehilangan nyawa dan sebahagiannya pula mengalami kecederaan sepertimana apa yang telah berlaku dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yang mengorbankan 16 orang.

Dalam kemalangan terbaru di tempat kerja di mana dua orang pekerja mati apabila tiang kren setinggi 50 meter tumbang ke atas mereka disebuah tapak pembinaan di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Tragedi dan kemalangan di tempat kerja ini boleh dielakkan jika hanya pihak yang bertanggungjawab mengambil langkah mematuhi aspek keselamatan.

Malaysia mempunyai undang-undang dan garis panduan yang baik untuk memastikan keselamatan tetapi ia tidak dikuatkuasakan dan dilaksanakan oleh pihak yang berkenaan.

bukit antarabangsa landslide 071209 ground zeroSelepas tragedi berlaku, kenyataan dikeluarkan oleh pihak berkuasa bahawa langkah yang lebih ketat akan diambil, pemeriksaan dan penyiasatan akan turut dilakukan. Janji dan bantuan akan mencurah.

Semuanya akan dijalankan dalam beberapa hari atau minggu yang pertama. Kemudiannya selepas itu semuanya dilupakan dan kita akan mendengar tragedi yang sama di masa akan datang.

Kenapakah berlakunya sikap yang tidak mempedulikan terhadap kesihatan dan keselamatan ini secara terang-terangan? Kenapakah pihak berkuasa menutup mata terhadap struktur haram dan berbahaya di tempat kerja?

bukit anatarabangsa landslide pdrm aerial photographs 101208 02Siapakah yang bertanggungjawab apabila berlaku insiden yang tidak dijangka? Siapakah yang perlu dipersalahkan – alam semula jadi, takdir atau kecuaian pihak yang berkenaan?

Apa yang pasti – pertanyaan dan keprihatinan kita terus kekal tidak berjawab. Tidakkah kita pernah mengambil iktibar daripada kesilapan yang lepas?

Kerajaan terus meluluskan projek berbahaya seperti Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng dan tidak mempedulikan rayuan oleh rakyat bahawa nyawa dan kesihatan kita lebih bernilai daripada wang.

NONENyawa manusia tidak seharusnya dipaksa melalui kesakitan dan penderitaan dalam mengejar pertumbuhan dan kekayaan. Untuk tidak mempedulikan tanda amaran walaupun semua bukti ialah untuk menyalahkan diri kita sendiri dan alam sekitar.

Kita mempunyai pilihan untuk menuju ke arah masa depan yang lebih selamat dan waras. Isunya ialah sama ada kita mahu dan rayuan kita didengar dan tindakan diambil oleh mereka yang berkuasa.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Penulis adalah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Pemilihan PAS: Calon diumum petang ini
Mei 27, 11 12:01pm


Calon-calon yang akan bertanding pada pemilihan PAS kali ini akan diumumkan petang ini.

pengerusi jawatankuasa pemilihan parti Datuk Abdul Halim Abd RahmanHarakahdaily melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman akan mengadakan sidang media mengenai perkara itu pada jam 4.00 petang ini di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di Kuala Lumpur.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan yang disandangnya itu untuk sesi 2011/2013 apabila tiada nama lain yang dicalonkan.

Jawatan yang hangat direbut adalah timbalan presiden. Ia bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara penyandang, Nasharudin Mat Isa dengan naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa pusat, Mohamad Sabu.

Tiga lagi yang dicalonkan iaitu naib presiden, Salahuddin Ayub, ahli jawatankuasa, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Datuk Husam Musa mengesahkan tidak akan bertanding.

azlanTurut menjadi rebutan adalah jawatan naib presiden PAS. Mereka yang telah mengesahkan bertanding ialah penyandang, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, ketua penerangan, Idris Ahmad, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, Husam dan Datuk Mohd Amar Abdullah.

Senarai muktamad calon-calon yang telah mengesahkan bertanding pada muktamar tahunan PAS ke-57 dan dewan-dewan bagi sesi 2011/2013 yang ditutup semalam akan diumumkan petang ini.

Nik Aziz: PAS Pusat perlukan pemimpin Kelantan
Mei 27, 11 12:39pm


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kepimpinan PAS Kelantan diperlukan dalam pentadbiran PAS Pusat bagi menyumbang pengalaman dan pentadbiran parti.

Justeru, beliau menyokong penuh dua exco Kelantan Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bertanding jawatan naib presiden PAS dalam pemilihan parti 3 Jun depan.

pas convention shah alam 190211 nik abdul aziz nik mat at podium"Kelantan ada kerajaan PAS, oleh itu perlu ada pemimpin PAS Kelantan di pusat, nak jadi timbalan presiden atau naib presiden itu masalah kedua, yang penting ada calon supaya pengalaman di Kelantan boleh di bawa ke pusat.

"Jika ada perbincangan dalam PAS Pusat, maka orang ini boleh jawab dengan jelas," katanya dipetik dari Sinar Harian hari ini.

Mursyidul Am PAS itu mengulas kesediaan Husam dan Mohd Amar untuk bertanding jawatan tersebut beberapa hari lalu.

Mereka akan bersaing dengan empat lagi pemimpin kanan PAS yang turut menawarkan diri iaitu dua penyandangnya Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar, - menteri besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamalauddin dan ketua penerangan Idris Ahmad.

Nik Aziz berkata sekiranya kedua-dua pemimpin PAS negeri itu terpilih, beliau menasihatkan mereka yang juga adalah timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan supaya bijak membahagi masa antara jawatan parti dan pentadbiran negeri.

azlanBeliau bagaimanapun enggan mengulas dan berkecuali mengenai jawatan timbalan presiden kerana kebetulan anak saudaranya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding jawatan itu.

Tuan Ibrahim bakal dicabar dua lagi tokoh iaitu penyandangnya Nasharudin Mat Isa dan aktivis PAS Mohamad Sabu.

Hubungan sulit: Peniaga kantoi, telinga dipotong
Mei 27, 11 12:08pm


Seorang lelaki berusia 47 tahun cedera parah apabila kedua belah telinganya dipotong kerana dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafien Mamat berkata mangsa ditemui terbaring oleh anaknya di dalam longkang berhampiran rumah mereka di Taman Kasawari, Simpang Ampat pada 8 pagi semalam.

Katanya lelaki yang bekerja sebagai peniaga daging khinzir itu dipercayai diserang dengan menggunakan senjata tajam hingga mengakibatkan kedua-dua telinganya terputus.

"Hasil siasatan mendapati kejadian itu berpunca akibat perasaan cemburu berikutan mangsa dipercayai telah menjalin hubungan sulit dengan isteri orang," katanya kepada pemberita di Nibong Tebal.

Shafien berkata polis menahan seorang lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori kira-kira dua jam kemudian selepas gerakan mencari suspek giat dijalankan setelah identiti lelaki itu dikenalpasti.

Katanya kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda atau sebat.

- Bernama

Buku hukuman bunuh: S'pura penjarakan penulis
Mei 27, 11 12:47pm


Seorang penulis warga Britain berusia 76 tahun gagal dalam rayuan hukuman penjara enam minggu dan denda kerana menghina sistem kehakiman negara itu berhubung pelaksanaan hukuman jenayah.

NONEAlan Shadrake, wartawan bebas dan penulis “Once A Jolly Hangman: Singapore Justice in the Dock” bagaimanapun dibenarkan menjalani rawatan kesihatan sebelum memulakan hukuman penjara, Rabu lalu.

Bukunya itu yang membidas hukuman bunuh di Singapura turut memuatkan wawancara dengan bekas ketua algojo atau tukang bunuh.

Beliau sebelum ini diikat jamin sementara menunggu kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Rayuan selepas dijatuhi hukuman penjara dan denda SG$20,000.

"Kami tetap dengan hukuman yang dijatuhkan oleh hakim sebelum ini," kata Hakim Andrew Phang seorang daripada panel hakim Mahkamah Tinggi Rayuan.

Penghakiman itu dikatakan antara yang paling keras dijatuhkan bagi kesalahan menghina mahkamah. Rekod menunjukkan hukuman penjara bagi kesalahan seumpama itu yang paling lama adalah 15 hari.

NONEShadrake, yang tinggal di Malaysia dan Britain, ditangkap oleh polis Singapura pada Julai selepas majlis perasmian bukunya, 'Once a Jolly Hangman: Singapore Justice in the Dock'.

Buku itu juga memuatkan profail Darshan Singh, bekas ketua algojo di Penjara Changi di Singapura yang menurut penulis itu telah membunuh 1,000 orang daripada 1959 hingga beliau bersara pada 2006.

Ia juga memaparkan wawancara dengan aktivis hak asasi manusia, peguam dan bekas pegawai polis dalam kes-kes yang membabikan hukuman bunuh.

- AFP

Warkah di ambang maut: Harapan menggunung
Mei 26, 11 6:34pm


Yong Vui Kong, rakyat Malaysia kelahiran Sabah, sedang merengkuk di penjara Singapura. Beliau menunggu hukuman gantung ke atasnya dilaksanakan kerana kesalahan mengedar dadah.

Malaysiakini akan menyiarkan surat-surat terakhir Yong kepada Yetian – seorang anggota kempen “Selamatkan Vui Kong” – sepanjang 12 minggu terakhirnya di menunggu kematiannya.


Hari ini akan kukisahkan pada kalian tentang harapanku, tentang teman-teman rapat yang umpama darah daging sendiri.

Sebenarnya, pertama kali melangkah ke tirai besi, 'harapan' tak pernah menghilang dari fikiran. Harapanku pada masa itu termasuklah:

  • Kepingin bertemu anggota keluarga dan sahabat.
  • Lepas bebas daripada penjara.
  • Dan semoga tidak perlu mati di tali gantung.


Tetapi kini, semua keinginan itu telah berubah.

Harapan terbesarku untuk memberitahu semua orang, untuk berubah, mereka perlukan keimanan, pemahaman dan pelajaran.

Aku pelajar dharma. Aku belajar falsafah asasnya hingga ke beberapa tahap, sebelum menekuninya lagi dan lagi. Aku mahu belajar menghargai hidup dan menolong orang lain.

Sudah tentu aku berharap ditakdirkan jadi pendeta.

Kegembiraan seketika

Aku benar-benar berharap perdagangan dadah akan akan lenyap daripada dunia ini. Ia mengundang banyak keburukan.

NONEMungkin ada pengedarnya membaca surat-suratku ini. Mungkin mereka fikir aku cuba jahanamkan pasaran mereka.

Tetapi, biar aku beritahu, dengan sedikit nikmat najis dadah sekarang, di masa depan kamu hilang keupayaan deria. Kerana dadah, kamu akan derita dan tidak bahagia.

Penghujungnya pasti sama dengan apa yang aku lalui.

Dadah cuma simbol yang tak pernah berubah. Ia melambangkan kegembiraan seketika. Ia menyakitkan, menghuru-harakan kehidupan, menghancurkan hubungan keluarga, masyarakat dan meruntuhkan sistem kepercayaan.

Walaupun akan digantung tidak lama lagi, aku harap dapat menjadi contoh kepada masyarakat. Walaupun hukuman bunuh merupakan undang-undang yang sudah lama diamalkan, kita masih tidak pasti sama ada ia benar-benar berjaya mengawal jenayah.

Wei Zhong sahabatku

Sekiranya mendapat peluang, aku mahu menemui kalian, walau cuma sekali saja. Aku akan terangkan padamu tentang falsafah Budhisme. Inilah harapanku.

Yetian,

Dalam warkah sebelum ini, tidak pernah sekali pun kusebut nama teman-temanku. Kali ini biar aku beritahu tentang 'saudaraku' dan hidupnya.

Wei Zhong namanya. Kali terakhir kali bertemu ketika ulang tahun kelahirannya. Kami tak pernah menyangka ia sebenarnya pertemuan perpisahan.

Ketika pertama kali menjejakkan kaki di Kuala Lumpur sebelum ini, berdasarkan wajah kami, orang ramai benar-benar sangka aku dan Wei Zhong adik beradik.

Dan untuk 15 tahun, kami bersama. Kami mengenali rakan baru, makan-minum, melungsuri jalan bersama-sama.

Mengenalinya adalah penghormatan terbesar. Mungkin ramai menganggapnya sebagai masa baik dalam perjalanan hidupku.

Semua orang punya saudara dan teman sejati. Untukku, Wei Zhong namanya.

Jalan gelap

Bagaimanapun, realitinya hari ini, masih ramai tersalah memilih kawan, termasuk diriku. Aku juga menemui teman yang salah, yang mendorongku ke jalan gelap seperti sekarang ini.

Kepada ibu atau bapa yang membaca surat ini, beritahulah anak-anakmu: "Jangan jadi macam Yong Vui Kong. Jangan ikut jejak langkahnya. Jika tidak,kamu akan menyesal."

Kita patut ada gerak hati yang benar bagi membezakan antara yang patut dan yang tidak patut dilakukan. Pada masa lalu, aku keliru. Hidupkun seolah-olah tiada undang-undang. Sekarang barulah aku jelas tentang perkara itu.

Sebenarnya, seperti aku maklumkan sebelum ini, kamu orang asing dan sahabat -- seperti yang lain juga. Dan aku tidak pernah menemui atau melihat wajah mereka.

Namun semua orang masih sudi membantuku tanpa sebarang keluhan. Maka, kamu semua sahabat sejati.

Aku harus berhenti dahulu setakat ini. Sampai jumpa lagi minggu depan. Aku mahu ceritakan lebih banyak lagi tentang diriku.

Ikhlas,
Vui Kong


YONG VUI KONG, dijatuhkan hukuman mati pada November 2009 kerana mengedar dadah. Beliau hanya berusia 19 tahun. Pada 4 April lalu, beliau gagal dalam rayuan terakhirnya bagi mengelakkan hukuman mati mandatori.

Remaka itu dijadual digantung dalam tempoh kurang tiga bulan kecuali diberikan pengampunan oleh presiden Singapura.


Tiada ulasan: