Khamis, 12 Mei 2011

SAPE YANG BERMORAL...ATAU SAPE PULA YANG TAK BERMORAL....TERUK SANGATLAH...

BILA ORANG YANG DIKATAKAN TAK BERMORAL..DIBIMBANGI AKAN JADI PEMIMPIN....ADAKAH YANG ADA INI...MORALNYA TINGGI..HINGGA YANG KEGIATAN SEX DIRAKAM DAN IA MENGAKU..ITU BELUM YANG TERSEMBUNYI....SERTA DILINDUNGI...YANG TAHU...ADALAH YANG TERLIBAT.....SERTA YANG MAHA MENGETAHUINYA IALAH ALLAH SWT




Mei 12, 11 3:58pm

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kumpulan pemimpin Kristian telah memberi pengakuan bahawa mereka menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dan tiada hasrat mencabar peruntukan itu dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri berkata kumpulan pemimpin itu juga memberi pengakuan untuk bekerjasama memupuk keamanan dan keharmonian terutama antara agama supaya Malaysia terus menjadi sebuah negara yang aman dan sejahtera.

"Sukacita saya maklumkan bahawa pemimpin-pemimpin Kristian telah memberi dua pengakuan yang sangat penting dan bermakna (hari ini)," katanya kepada pemberita selepas makan tengah hari bersama pemimpin-pemimpin Kristian di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Antara yang hadir, dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Idris Jala serta Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia, Biskop Ng Moon Hing.

Dalampertemuan itu juga, Najib memberi jaminan kepada kumpulan pemimpin berkenaan bahawa kerajaan memerlukan masa untuk meneliti beberapa pandangan dan permasalahan yang mereka hadapi.

"Bukanlah menjadi tujuan kedua-dua pihak sama ada kerajaan atau pun kumpulan pemimpin Kristian untuk kita mengketengahkan secara terbuka perkara-perkara tersebut sehingga dapat diselesaikan dengan baik.

"Apabila telah dapat diputuskan dan diselesaikan dengan baik pada masa itulah, kita akan katakan sesuatu secara terbuka," katanya.

Ditanya apakah permasalahan tersebut, Perdana Menteri berkata: "Bila sudah selesai, kita akan nyatakan secara terbuka."

Perdana Menteri berkata dialog yang serupa juga boleh diadakan dari semasa ke semasa pada masa akan datang bersama kumpulan agama lain kerana beliau telah pun mengadakan perjumpaan dengan pemimpin dan cendekiawan Islam, semalam.

Ditanya bila dialog bersama pemimpin Kristian itu dirancang untuk diadakan, Najib berkata pejabatnya telah mengatur pertemuan itu sejak dua minggu lepas, namun hasrat beliau untuk mengadakannya lebih awal lagi.

Ditanya reaksi kumpulan pemimpin berkenaan berhubung isu Kristian baru-baru ini, Perdana Menteri berkata kumpulan pemimpin Kristian itu tidak senang hati dengan berita tersebut seperti yang disiarkan dalam akhbar.

"Mereka telah terima nasihat saya supaya kita bertenang dalam hal ini dan jangan buat sesuatu yang menambah ketegangan dalam masyarakat," katanya.

Sebelum ini, akhbar melaporkan berhubung penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang baru-baru ini, yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan.

"Sebab itu kita perlu berhati-hati dalam hal ini supaya apa jua perkara yang boleh menimbulkan kegelisahan dan ketegangan dalam negara perlu kita elakkan dan perlu kita gunakan kebijaksanaan untuk menangani dan menguruskan isu-isu itu," kata Najib.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata beliau masih menunggu hasil siasatan daripada polis berhubung isu Kristian itu.

"Biarlah polis jalankan siasatan dulu dan bila sampai masanya, kita cari jalan sebaik-baiknya dengan penuh kebijaksanaan sebelum membuat sesuatu keputusan," katanya.

Najib berkata secara keseluruhannya, beliau berpuas hati kerana usaha kerajaan mengadakan dialog tersebut dihargai oleh pemimpin-pemimpin Kristian.

"Mudah-mudahan dengan pendekatan ini, kita akan dapat memperlihatkan kesungguhan kerajaan dengan pihak lain sama ada Islam, Kristian atau kumpulan agama lain untuk bekerjasama sebagai satu usaha ke arah keamanan dan kesejahteraan negara yang dihasratkan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia," katanya.


Pemimpin Kristian luah rasa tak puas hati kepada PM
S Pathmawathy
Mei 12, 11
3:33pm

Pemimpin agama Kristian hari ini meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung 'pemberitaan tidak bertanggungjawab' yang mendakwa 'konspirasi Kristian' yang disiarkan oleh sebuah akhbar arus perdana milik Umno.

NONE"Kami hanya beritahu kami agak terganggu dan tidak puas hati... tidak bertanggungjawab, kata-kata fitnah yang berpotensi menyebabkan rusuhan sepatutnya tidak diterbitkan oleh media arus perdana ataupun di mana-mana media sekalipun,” kata bishop Ng Moon Hing yang mewakili Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).

Ng memberitahu wartawan beliau menganggap pertemuan 45 minit dengan perdana menteri itu sebagai berhasil kerana ini kali pertama kumpulan agama itu dibawa berbincang.

Utusan Malaysia pada Sabtu lalu, berdasarkan dakwaan oleh dua blogger pro-Umno menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara agar golongan beragama Kristian boleh menjadi perdana menteri dan menyiarkan laporan bertajuk “Kristian agama rasmi?”

Dalilnya mereka cuma sekeping gambar kabur yang didakwa sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi Kristian di sebuah hotel di Pulau Pinang, minggu lalu.


Gula: BN utamakan subsidi IPP kroni, kata DAP
Mei 12, 11 3:49pm

Kerajaan boleh menyelamatkan RM19 bilion setahun melalui pemberhentian subsidi kepada syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP), berbanding pemotongan subsidi gula bernilai hanya RM116 juta sehingga menyusahkan rakyat, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

NONEMenurut Lim, penjimatan itu berkadaran 163 kali ganda sekiranya kerajaan menamatkan subsidi gas kepada syarikat kroni IPP seperti Malakoff, Genting Sanyen dan YTL.

“Subsidi terkumpul yang ditanggung oleh Petronas hingga November 2010 sejak harga gas ditetapkan di bawah sektor tenaga 1997 dan sektor bukan tenaga 2002 adalah sebanyak RM126.6 bilion.

“BN mendakwa bahawa walaupun berlaku kenaikan harga gula, kerajaan akan terus menyimpan RM111.6 juta bagi tujuan projek- projek pembangunan dan masih perlu membayar RM238.4 juta subsidi gula tahunan.

“DAP menolak hujah seperti itu yang tidak terbukti memberi manfaat kepada rakyat,” kata Lim dalam dalam satu kenyataan media.

taman wahyu tnb electrical power cables tower 051206 02Jelas Lim yang juga setiausaha agung DAP, pada tahun kewangan 2009 sahaja, subsidi gas Petronas mencecah RM19 bilion, manakala pada setengah tahun pertama 2010, subsidi untuk bahan bakar itu mencecah RM10.2 bilion.

Menurutnya, RM116.6 juta yang disimpan tidak akan membawa manfaat kepada masyarakat selagi amalan rasuah dan projek runding terus dilaksana secara berleluasa.

“Akibatnya, gejala rasuah bermaharajalela dengan tiadanya tender terbuka untuk cadangan pembinaan MRT (Projek Aliran Transit Mass) yang berjumlah RM53 bilion dan keengganan untuk menyiasat kehilangan RM52 bilion saham bumiputera,” katanya.

public transportation 260706 kl lrt putraLim berkata pada masa yang sama kerajaan melalui akhbar milik Umno, Utusan Malaysia cuba mengalih perhatian rakyat dengan sengaja mewujudkan isu konspirasi kononnya partinya dan para paderi ingin menubuhkan sebuah negara Kristian dan melantik Perdana Menteri di kalangan mereka.

“Penipuan seperti itu dicetak di muka hadapan Utusan Malaysia sedangkan tiada rakyat Malaysia beragama Kristian yang berusaha untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

“Penipuan Utusan ternyata adalah cubaan terdesak Umno untuk mengalihkan perhatian daripada kegagalan pengurusan ekonomi serta kegagalan dasar-dasar lain sehingga menyebabkan kenaikan harga petrol dan gula,” katanya.

RCI pita Lingam tidak langkau bidangkuasanya
Hafiz Yatim
Mei 12, 11
12:44pm

Hakim tunggal Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan semakan kehakiman bagi kes pita Lingam berkata, panel lima anggota suruhanjaya diraja (RCI) yang mendengar inkuiri tersebut, tidak melangkaui bidangkuasanya dalam mengesyorkan tindakan diambil terhadap peguam kanan berkenaan dan dua bekas ketua hakim negara.

NONEHakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, dalam penghakiman bertulisnya bertarikh 4 Mei, menyatakan bahawa syor-syor RCI tidak termasuk dalam makna “keputusan”, dan memutuskannya sebagai “hasil penemuan” yang tidak boleh disemak semula.

Dalam penghakimannya, beliau berkata, hakim Mahkamah Tinggi betul di segi undang-undang dalam menolak memberi kebenaran yang dipohon oleh perayu mengikut Perintah 53 aturan 3 (1) Peraturan Mahkamah Tinggi.

Dalam penghakiman setebal 32 halaman itu, beliau berpandangan bahawa Hakim Datuk Abdul Kadir Musa betul dalam keputusannya bahawa penemuan RCI tidak tertakluk kepada semakan semula kehakiman, kerana penemuan tersebut bukan 'keputusan' untuk tujuan Perintah 53 aturan 3(4) Peraturan Mahkamah Tinggi.

azlanPada 24 Ogos tahun lepas, Mahkamah Rayuan dalam
penghakiman 2-1, memberi kebenaran kepada peguam Datuk VK Lingam dan bekas hakim negara - Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim - untuk menyemak semula penemuan RCI itu.

Hakim Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud, yang mengetuai panel tiga hakim itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Zaharah Ibrahim, juga mengarahkan Mahkamah Tinggi mendengar alasan permohonan semakan tersebut, manakala Hishamudin menolaknya.

Tiada alasan diberikan bagi penghakiman mereka sehinggalah Hishamudin menulis penghakimannya bulan ini. Dua orang lagi hakim belum membuat penghakiman bertulis berhubung alasan bagi keputusan majoriti tersebut.

Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini - telah sebulat suara memberi kebenaran kepada RCI merayu keputusan Mahkamah Rayuan tersebut.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Md Sheriff bersama dengan Hakim, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Datuk Abdull Hamid Embong, membenarkan permohonan RCI, yang diwakili peguam kanan persekutuan Datuk Azizah Nawawi.

Panel itu juga membenarkan satu persoalan undang-undang, sama ada penemuan RCI, di bawah Seksyen 3 Akta Suruhanjaya Inkuiri 1950, boleh disemak semula di bawah Perintah 53 Peraturan Mahkamah Tinggi 1980'.

Bagaimanapun, tarikhnya masih belum ditetapkan untuk mendengar rayuan tentang keputusan penting ini di Mahkamah Persekutuan.

PPMM: Sahkan saja, kabinet, parlimen tak perlu bahas
Mei 12, 11 1:16pm


Pelabuhan Klang catat kualiti udara tak sihat
Mei 12, 11 2:48pm

Kualiti udara di kebanyakan tempat di seluruh negara sehingga pukul 11 pagi ini adalah di tahap sederhana kecuali Pelabuhan Klang yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat.

haze air pollution hot spot map update 13 july 130709Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi lamanwebnya, Pelabuhan Klang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 104, berbanding 97 pukul 5 petang semalam.

Bacaan IPU antara 0-50 menggambarkan kualiti udara yang baik, manakala 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak bersih) dan 300 ke atas (berbahaya).

Keadaan berjerebu dalam negara dikatakan berpunca daripada pembakaran terbuka, termasuk di Sumatera.

Sementara itu 28 kawasan mencatatkan IPU sederhana - Banting (96), Kuala Selangor (85), Petaling Jaya (82), Shah Alam (86), Nilai (88), Batu Muda, Kuala Lumpur (84), Cheras (76), Putrajaya (71), Port Dickson (82), Seremban (74), Bandaraya Melaka (81) dan Bukit Rambai (85).

Kawasan lain yang turut merekodkan IPU sederhana ialah Muar (78), Larkin Lama (54), Pasir Gudang (52), Balok Baru (61), Indera Mahkota (54), Jerantut (57), Tanjung Malim (66), Keningau (54), Kota Kinabalu (57), Labuan (55), Bintulu (72), Limbang (53), Miri (52), Samarahan (56), Sibu (61) dan Tanah Merah (52).

Sementara itu antara kawasan yang merekodkan IPU bersih ialah Kota Tinggi (46), Jalan Tasek, Ipoh (35), Seri Manjung (37), Kangar (33), Perai (37), Universiti Sains Malaysia (USM) (25), Sandakan (35), Alor Setar (34), Tawau (42), Kuching (43) dan Kemaman (40).

- Bernama


Sejak PAS bersama Pakatan...
Idris Ahmad
Mei 12, 11
3:26pm

ULASAN Sejak PAS bersama dengan Pakatan Rakyat, maka terdapat suara sumbang supaya PAS jangan bersama Pakatan, barulah kami akan sokong PAS. Persoalannya ketika PAS bersendirian pun puak ini tidak menyokong PAS juga.

Ini hanya golongan mencari alasan sahaja. Sebenarnya mereka ialah orang yang diperalatkan oleh Umno termasuk melalui doktrin yang dibawa melalui Biro Tatanegara.

Berbagai alasan supaya PAS keluar daripada Pakatan, barulah dapat melaksanakan agenda Islam yang lebih terancang, sehingga pipi tersorong-sorong untuk menyuruh PAS berpakat dengan Umno.

Sengaja saya meletakkan tajuk ini supaya menjelaskan bahawa Melayu tidak rugi kalau menjauhkan diri dari Umno. Selama ini pemimpin Umno, menganggap Umno sahaja boleh menjaga melayu.

Sebenarnya yang rugi bila PAS bersama Pakatan ialah Umno. Umno rugi kerana tidak dapat memfaraid harta rakyat dengan rakus. Terutama negeri-negeri yang kaya seperti Selangor. Memerintah Selangor seperti memerintah Malaysia kerana di sini ialah lubuk emas.

Pemimpin Umno teringin untuk mendapat Selangor sehingga meleleh air liur apabila mengenangkan banyak projek yang selama ini diperolehi oleh suku sakat mereka sudah tidak ada lagi.

Selangor ialah sebuah negeri ndustri, pelabuhan, lapangan terbang dan pusat pengajian tinggi. Jika PAS tidak bersama dengan PR sudah tentu pemimpin Umno menjadi korporat, Melayu merempat.

Umno rugi tidak boleh mematikan majlis ilmu yang diimarahkan di seluruh masjid negeri Pakatan Rakyat. Mereka mengetahui apabila rakyat berilmu dan beragama maka tidak ada harapanlah untuk bersama dengan Umno.

Apabila rakyat memahami Islam yang syumul maka rakyat akan mengetahui bahawa Islam yang dihayati oleh Umno tidak menepati dengan kehendak agama yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Melayu untung bila bersama dengan Pakatan Rakyat kerana dapat mendampingi ulama yang muttaqin yang sering menyampaikan risalah Islam di masjid dan surau. Sama ada melalui ceramah, forum, kuliah dan wacana ilmu.

Selama ini orang Melayu dijauhkan dengan ulama yang muttaqin. Ulama diburu seperti komunis bintang tiga. Rakyat Selangor tidak akan lupa bagaimana Datuk Dr Harun Din, almarhum Datuk Ishak Baharom, bekas mufti kerajaan Selangor, diburu dan hendak ditangkap semata-mata kerana hendak menyampaikan risalah agama.

Sebenarnya Umno yang rugi kerana gagal menjauhkan rakyat dengan ulama yang muttaqin. Walaupun mereka cuba mempopularkan ulama mereka melalui media namun selera rakyat tetap tidak beralih kepada ulama yang Umno taja. Umno rugi kerana ulamak yang muttaqin ini tidak bersama dengan Umno dan tidak sealiran dengan perjuangan Umno, sebaliknya ia lebih selari dengan perjuangan PAS.

Melayu untung kerana dapat menikmati limpahan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT di negara ini kerana Pakatan memerintah negeri mereka. Selama ini rakyat tidak pernah terfikir mendapat air percuma setiap bulan. Apabila mati waris mendapat wang RM2500.

Malahan rakyat yang diperintah oleh Umno begitu cemburu dengan apa yang diperolehi oleh rakyat di negeri PR. Pemimpin Umno tidak pernah terfikir untuk memberi kembali kepada rakyat, yang paling menyedihkan rakyat, apa sahaja program yang dibuat oleh negeri Pakatan Rakyat maka mereka menuduh negeri tersebut akan bankrap.

Umno merasa rugi kerana lebihan wang negeri dikembalikan kepada rakyat. Selama ini wang ini akan masuk kantong mereka sendiri, dengan membiarkan rakyat hidup susah. Kesusahan rakyat akan menjadi simpanan tetap Umno setiap kali pilihanraya. Melayu yang senang tidak bersama dengan Umno. Sekarang Melayu senang , pemimpin Umno yang susah.

Melayu untung dapat menyampai dakwah Islam secara bebas menepati dengan manhaj Rasulullah SAW tanpa sekatan. Lebih daripada itu Islam dapat dilihat oleh orang bukan Islam secara praktikal, bukan sahaja teori.

Bagaimana rakan-rakan Pakatan yang bukan Islam begitu berminat untuk mengetahui ajaran Islam, fenomena ini berbeza dengan MCA rakan karib Umno, walaupun sudah bersahabat hampir 54 tahun, tetapi tidak memahami Islam dan sensitiviti orang Islam.

Keceluparan mulut (presiden MCA) Dr Chua Soi Lek adalah bukti gagalnya Umno mendidik rakan politik mereka. Ucapan beliau yang mengguris perasaan orang Melayu seperti memperlekeh Cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan lelaki yang bukan mahram.

Ketika isu ini dibangkitkan maka rakan-rakan bukan Islam dalam Pakatan tolong menjelaskan kepada orang bukan Islam. Inilah manfaat yang cukup berharga diperolehi oleh orang Melayu apabila berjaya menyampaikan Islam kepada bukan Islam.

Suasana ini tentulah merugikan Umno, kerana mereka berusaha untuk memastikan supaya orang bukan Islam tidak nampak kebaikan Islam, dengan ini mudah untuk mereka mengekalkan kuasa mereka.

Melayu untung kerana mereka boleh berniaga berdasarkan merit dan kebolehan bukan berdasarkan di mana kamu menjadi ahli cawangan Umno. Trend perniagaan ini telah ditamatkan di bawah Pakatan Rakyat.

Keadaan ini merugikan Umno, selama ini mereka hanya bertindak sebagai broker dengan memakan persen sahaja bukan kerana kebolehan mereka. Akhirnya projek kepentingan negara hangus dan hancur kerana diberi kepada bukan ahlinya. Buat stadium runtuh, kapal selam tidak boleh menyelam, jambatan MRR2 retak,
semuanya angkara kroni Umno.

Melayu untung kerana dapat melihat orang agama mentadbir negeri dengan baik dan teratur. Selama ini Umno ajar orang Melayu, bahawa ustaz atau Tuan Guru hanya boleh membaca kitab di dalam masjid.

Kemampuan Tuan Guru Nik Aziz yang memerintah Kelantan lebih 20 tahun walaupun mempunyai kekangan kewangan namun lebih berjaya daripada negeri yang diperintah oleh Umno.

Begitu juga kemampuan Datuk Seri Azizan Razak yang telah menunjukkan rekod cemerlang menguruskan Kedah walaupun terpaksa memikul bebanan hutang peninggalan BN RM2.3 bilion.

Apa yang mengejutkan, Kedah telah menunjukkan prestasi kewangan dengan lebihan RM19 juta untuk kewangan 2010. Negeri yang diperintah oleh Umno, pengurusan kewangan mereka boleh diletakkan di dalam Wad "ICU". Jika sekiranya tanpa bantuan pusat mungkin rakyatnya akan dilelong.

Melayu untung apabila PAS bersama dengan Pakatan, kerana taraf hidup rakyat berjaya ditingkatkan. Kebetulan rakyat miskin di negara ini majoriti rakyatnya ialah orang Melayu.

Kelantan sewaktu tahun 1990, negeri ini nombor dua termiskin, sekarang berada di tangga keenam. Ini menunjukkan PAS akan berusaha untuk memastikan kualiti hidup rakyat lebih terbela.

Ia berlainan daripada tindakan Umno. Rakyat miskin akan menjadi simpanan tetap Umno setiap kali pilihanraya. Tidak hairanlah kepada kita bagaimana miskin memang dirancang supaya rakyat sentiasa di tahap miskin.

Nota pengarang: Penulis adalah ketua penerangan PAS pusat.


Buku anti-Anwar diedar pada ulang tahun Umno
Lee Way Loon
Mei 12, 11
1:03pm

Serangan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebatkan dengan pengedaran buku berjudul 'Tuhan, Politik dan Seks' pada sambutan ulangtahun ke-65 Umno di Kuala Lumpur malam semalam.

NONEBuku setebal 555 halaman dalam bahasa Melayu itu dikarang oleh penulis kontroversial Syed Hussein Al Attas dan diberikan kepada semua hadirin sebagai cendermata yang dimasukkan dalam sebuah beg.

Ia dikatakan mempunyai butiran terperinci dakwaan salah laku dan orientasi seks pemimpin pembangkang itu.

Pada muka hadapan buku itu tertera gambar palsu Anwar yang berambut panjang perang, bergincu serta berkuku merah dan label “18SX”.

Antara lain, buku itu mendakwa simbol PKR melambangkan biseksual.

Beberapa gambar Anwar ketika menjadi timbalan perdana menteri juga diterbitkan semula bagi mendedahkan kononnya hubungan beliau dengan beberapa wanita.

NONEBuku ini juga banyak memaparkan gambar dengan keterangan yang jelas juga mempersendakan ketua umum PKR itu.

Antaranya gambar Anwar dan Azizah dengan keterangan: “Anwar Ibrahim tersenggih setelah melarikan Azizah dan menikah di Siam. Bagaimanapun ibu Anwar, Hajah Che Yang mengadakan kenduri doa selamat untuk mereka di rumah mereka di Cerun Tok Kun, Bukit Mertajam.”Jantan mahu, perempuan pun mahu...

Satu lagi berbunyi: “Jantan mahu, perempuan pun mahu salam juga. Salahkah jika kata Anwar biseksual? Tengok buruknya perangai Anwar semasa jadi TPM”.

nik aziz and anwar selangor anti fitnah tourTurut dihentam dalam bukunya ialah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Syed Hussein memperuntukan satu bab dengan tajuk “Nik Aziz: Ulamak Nyanyuk”.

Antara petikan yang dilihat mempermainkan menteri besar Kelantan itu berbunyi: “Siapa kata saya nyanyuk? Kalau saya nyanyuk tentu PAS tidak pilih saya kekal di kerusi Mursyidul Am PAS untuk satu penggal lagi.”

Skandal presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang mengaku bahawa beliau lelaki yang terbabit dalam DVD seks juga disebut dalam buku itu.

syed hussein al atas interview 131107 smileMalah Syed Hussein memuji Chua sebagai pemimpin sebenar.

“Bila dia berani mengaku dia ada skandal seks, dia dipilih menjadi Presiden MCA, sungguh luar biasa keberanian Chua tetapi dia tak buat kerja luar tabie,” tulisnya.

Syed Hussein, 74, juga dikenali sebagai Pak Habib, adalah seorang penulis buku politik yang telah menghasilkan tidak kurang 60 buah buku.

Namun tidak kurang juga pengkritik yang menganggap beliau tidak layak digelar penulis politik dan melabelkan tulisan picisannya itu lebih sebagai seorang penulis upahan.

Tiada ulasan: