Rabu, 25 Mei 2011

ANAK JANTAN NI MUNGKIN YANG SANGGUP KETEPIKAN HUKUM ALLAH...KITA BUKAN ANAK JANTAN TAPI HAMBA ALLAH YG TAKUT HANYA PADA ALLAH ....

Saman fitnah Hisham: Anwar kemuka saman balas
Hafiz Yatim
Mei 25, 11
12:50pm

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman balas berhubung saman yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung video seks yang mengaitkannya.

Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang mengemukakan pembelaan dan hujah balas dengan transkrip penuh sidang akhbarnya.azlanSebelum ini, Hishammuddin berkata tindakan Anwar yang juga ketua umum PKR mengaitkannya dengan video seks tersebut semata-mata untuk mengalihkan perhatian masyarakat.

Permohonan Anwar difailkan oleh pejabat peguam Tetuan Faiz dan Co.

Perkara itu timbul bagi sebutan kes hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Wazeer Alam Mydin Meera.

Wazeer kemudiannya menetapkan 3 Jun untuk pengurusan kes dan mengarahkan Hishammuddin bagi menjawap hujah pembelaan Anwar sebelum 1 Jun.

Hishammuddin diwakili oleh peguam Cecil Abraham manakala Leela Jesunathan pual mewakli Anwar.


Untung luar biasa bagi saham Petronas Dagangan
Mei 25, 11 12:43pm

Petronas Dagangan Bhd (PDB), yang mempunyai tunai bersih RM1 bilion sehingga akhir Mac 2011, dijangka terus bermurah hati memberikan pembayaran dividen bagi tahun kewangan akan datang.

HwangDBS Vickers Research berkata ia menganggarkan bayaran dividen itu kira-kira 70 peratus yang diterjemahkan kepada 61.5 sen dividen bersih sesaham (DPS).

klcc petronas towerSemalam, PDB mengisytiharkan DPS khas dan kasar terakhir 60 sen, yang merupakan lebih tinggi daripada jangkaan, kata syarikat penyelidikan itu di dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2011, keuntungan pracukai syarikat itu melonjak RM1.21 bilion berbanding dengan RM1.05 bilion yang dicatatkan pada 2010.

Perolehan meningkat kepada RM23.27 bilion daripada RM20.69 bilion sebelum ini.

Dalam satu makluman kepada Bursa, PDB berkata ia menjangka keuntungann bagi tempoh kewangan semasa dicatatkan lebih rendah.

Ini adalah berikutan tempoh kewangan selama sembilan bulan, yang timbul dari perubahan tahun kewangannya yang berakhir 31 Mac sebelum ini hingga 31 Disember, mulai 2011.

Bagaimana pun, HwangDBS memberitahu Bernama bahawa 70 peratus pembayaran dividen masih berdasarkan tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2012.

Sehingga ini, HwangDBS menyarankan "pegang" bagi saham PDB dengan harga sasaran RM12.75.

Sehingga jam 11.33 pagi, harga saham PDB dicatatkan meningkat 40 sen kepada RM15.70.

- Bernama

Tangkap penganut Syiah: Ar-Ridha bidas JAIS
Mei 25, 11 1:30pm

Pengarah sebuah NGO penganut Syiah Ar-Ridha Mohd Kamilzuhairi Abdul Aziz menyifatkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menahan empat pengikutnya semalam sebagai tindakan biadap dan suatu bentuk penindasan.

NONEIni kerana dakwanya, agensi kerajaan itu menahan mereka tanpa waran dan tidak mengikut saluran undang-undang yang betul.

"Tindakan JAIS dalam membuat serbuan dan menahan empat anggota Syiah adalah bercanggah dengan Artikel 11, Perlembagaan Malaysia, yang menyebut agama Islam sebagai agama rasmi dan penganut-penganut agama lain bebas untuk mengamalkan ajaran agama mereka," kata Mohd Kamilzuhairi (atas, berseluar cokelat).

Beliau berkata mereka ditahan kerana didakwa menyebarkan ajaran mazhab Syiah walaupun majlis itu sekadar majlis jamuan makan yang diadakan setiap tahun bagi mengingati kelahiran puteri Rasulullah SAW Fatimah Az-Zahra.

Semalam, beliau bersama tiga lagi rakannya - Radin Ahmad Faizul Radin Mohd Hambali, Mohd Asyraf Ahmad dan Syed Mohd Shafik Syed Hussin – ditangkap ketika mengadakan satu majlis jamuan makan yang berlangsung di Dataran Rakyat, Taman Sri Gombak.

NONEDalam kenyataannya, beliau berkata semasa serbuan itu, lebih 1,000 tetamu daripada pelbagai bangsa dan agama dalam konteks 1Malaysia sedang menjamu selera dan tindakan menahan mereka adalah sesuatu yang memeranjatkan serta tidak wajar.

"Ini kerana pihak penganjur telah mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Selayang, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (Rela) untuk menganjurkan majlis tersebut," katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak JAIS menggugurkan segala pertuduhan ke atas mereka kerana mendakwa majlis tersebut telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.

NONEKatanya, mereka juga akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor pada 7 Jun depan.

Sementara itu, kumpulan berkenaan juga membuat laporan polis berhubung dua artikel yang didakwa berunsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian pada 23 Mei 2011 bertajuk "Masyarakat mesti disebar luas bahaya Syiah" dan "Tiada sebab terima Syiah di Malaysia" semalam. Kedua-dua artikel itu tulisan Hasliza Hassan

Mohd Kamilzuhairi berkata pihaknya juga akan menganjurkan solat hajat di seluruh negara atas sikap biadap JAIS itu.


Zahid: DAP 'anak jantan' jika keluar Pakatan
Mei 25, 11 8:55am

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencabar DAP supaya keluar daripada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

NONEBeliau berkata dengan bertanding atas "tiket sendiri" tanpa ada apa-apa pakatan dengan PKR dan PAS, ia dapat menguji sejauh mana kekuatan serta pengaruh DAP dalam meraih sokongan rakyat.

"Kalau berani berbuat demikian, barulah parti DAP boleh dikatakan sebagai 'anak jantan'," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan komputer riba '1Malaysia' kepada 2,876 pelajar sekolah menengah dalam Parlimen Bagan Datoh, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mengumumkan DAP tidak akan bersetuju untuk mengadakan pilihan raya umum di negeri-negeri diperintah Pakatan Rakyat jika kerajaan pusat mengadakan pilihan raya umum tahun ini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata kenyataan DAP itu lebih bersifat politik yang sengaja ditimbulkan semata-mata untuk mencari publisiti murahan.

- Bernama

Tiada ulasan: