Sabtu, 28 Mei 2011

INGATLAH APA YANG KITA BUAT....LAKUKAN....NIATKAN KERANA ALLAH....BERJUANG KERANA ALLAH...MENYURUH DAN MENEGAH KERANA ALLAH...JIKA TIDAK IA JADI BATIL

Please walk the talk Mohd Sidek!
Ahmad Tajdid

KETUA Setiausaha Negara (KSN) dilaporkan menghantar memo kepada kakitangan kerajaan supaya bersikap non-partisan apabila melaksanakan tugas masing-masing. Nasihat Tan Sri Mohd Sidek Hassan supaya kakitangan kerajaan meninggalkan pegangan politik mereka ketika menjalankan tugas memang patut disokong. Sepatut dan sewajarnya sikap sedemikian diamalkan oleh kakitangan kerajaan - sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan - kerana tugas mereka adalah berkhidmat kepada kerajaan yang memerintah (government of the day) dan bukannya kepada tuan politik (political masters).

Dalam sebuah negara demokrasi berpaksikan parlimen dan Raja Berperlembagaan, kakitangan kerajaan mempunyai 'wilayah tadbirnya' sendiri. Ia bukan satu keistimewaan tetapi adalah satu keperluan untuk memastikan segala keputusan dan tindakan yang diambil tidak dipengaruhi kepentingan politik pihak yang memerintah.

Kita sering mendengar ungkapan 'little Napolean' yang selalu diwar-warkan oleh aktivis politik bagi mengecam sesetengah kakitangan kerajaan atau lebih tepatnya ketua-ketua jabatan yang enggan mengikut arahan 'orang politik'. Dan selalunya kecaman-kecaman itu ditujukan kepada ketua-ketua jabatan yang punyai kuasa untuk meluluskan sesuatu tender atau projek. Baru-baru ini 'keributan' muncul apabila seorang ketua jabatan yang dikenali ketegasannya dalam berhadapan orang-orang politik diarah bertukar ke jabatan lain kerana sikapnya itu tidak digemari mereka yang berkuasa.

Sayangnya ketua jabatan tersebut tidak pula mendapat pembelaan KSN kerana seperti biasa Mohd Sidek juga sebenarnya lebih memilih untuk berkhidmat kepada 'political masters' daripada berkhidmat untuk rakyat.

Dalam memonya juga, Mohd Sidek mengingatkan bahawa tugas kakitangan kerajaan adalah untuk melaksanakan polisi kerajaan memerintah yang dipilih rakyat. Walaupun terdapat empat negeri yang diperintah oleh kerajaan yang berlainan daripada kerajaan persekutuan, mereka perlu memenuhi hasrat dan polisi kerajaan negeri yang memerintah.

Tapi persoalannya, adakah Mohd Sidek sendiri mematuhi apa yang dinasihatkan kepada orang-orang bawahannya?

Beberapa bulan lalu, satu mesyuarat (atau dipanggil makmal) tentang hal ehwal pentadbiran tanah telah diadakan di Putrajaya. Antara peserta makmal perbincangan itu ialah wakil Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri. Bagaimanapun makmal yang dipengerusikan Mohd Sidek tidak menjemput wakil-wakil PTG daripada negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat. Tindak-tanduk Mohd Sidek ini tidak dipersetujui oleh pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat kerana bagi mereka mengetepikan PTG daripada negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor dalam makmal perbincangan itu samalah seperti mengetepikan rakyat di empat negeri tersebut.

Kita juga tentunya masih ingat tentang peranan, sikap dan tindak tanduk KSN dalam krisis rampasan kuasa di Perak juga isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Selangor awal tahun ini. Maka bolehlah disimpulkan bahawa Mohd Sidek mempunyai suatu lagi kewajipan iaitu perlu berani menjadi contoh teladan kepada ratusan ribu kakitangan kerajaan dengan berpegang kepada etika dan prinsip perkhidmatan dan tidak mudah tunduk kepada arahan tuan politik.

Jika keberanian tidak wujud dalam diri beliau, maka memo yang dihantar itu hanyalah sekadar secebis kertas atau mel elektronik (mel-e) yang tiada nilai dan harga.

Sebenarnya banyak contoh boleh dikutip bagi mendedahkan betapa tidak profesionalnya sesetengah jabatan kerajaan dalam menangani isu hubungan kerajaan negeri - persekutuan di negeri-negeri diperintah Pakatan Rakyat. Semuanya ini berpunca daripada sikap tidak menghormati 'government of the day' akibat arahan tuan politik (political master) di peringkat persekutuan.

Contoh paling mudah dan dianggap remeh tetapi sebenarnya mempunyai implikasi yang besar adalah penggantungan gambar Menteri Besar dan Ketua Menteri di premis-premis yang dimiliki kerajaan persekutuan.

Sudah menjadi rahsia umum bahawa gambar Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri diperintah Pakatan Rakyat tidak digantung atau dipamerkan di premis-premis milik kerajaan persekutuan. Di sekolah-sekolah suatu masa dahulu, gambar Menteri Besar/Ketua Menteri digantung bersekali dengan gambar Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong, Sultan dan Sultanah, Yang Dipertua Negeri juga Perdana Menteri.

Bagaimanapun kini, amat jarang kelihatan gambar Menteri Besar/Ketua Menteri digantung di premis sekolah milik Kementerian Pelajaran. Gambar Menteri Besar/Ketua Menteri diganti pula dengan gambar menteri pelajaran, pengarah pelajaran persekutuan dan negeri.

Umum mengetahui bahawa gambar-gambar itu digantung dengan tujuan memperkenalkan ketua negara dan ketua kerajaan kepada orang ramai. Ia juga boleh memupuk semangat menghormati pemimpin negara dan sistem bernegara yang kita amalkan. Tindakan tidak menggantung gambar Menteri Besar/Ketua Menteri di samping gambar Perdana Menteri di premis milik kerajaan persekutuan di negeri-negeri Pakatan Rakyat samalah seperti tidak menghormati pilihan rakyat negeri itu, sekaligus tidak menghormati sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan.

Ia juga memberi isyarat yang salah kepada rakyat khususnya para pelajar bahawa dalam sistem bernegara yang kita amalkan, ada kerajaan dan pemimpin yang perlu kita hormati dan ada kerajaan dan pemimpin yang tidak perlu kita hormati.

Saranan Mohd Sidek supaya kakitangan kerajaan bersikap non-partisan ketika menjalankan tugas memang wajar disokong. Tetapi saranan itu wajar disusuli dengan tindakan. Dan tindakan awal yang patut dilakukan Mohd Sidek adalah mengarahkan supaya gambar Menteri Besar Kelantan, Kedah, Selangor dan Ketua Menteri Pulau Pinang digantung di premis-premis milik kerajaan persekutuan!

6 Pelajar KUIN boleh merayu - MB Kedah
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata kesemua enam pelajar yang dikenakan tindakan tatatertib oleh pihak pentadbiran Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Kedah boleh membuat rayuan jika tidak berpuas hati.

Bercakap pada satu sidang media hari ini beliau menjelaskan rayuan tersebut boleh dibuat kepada Reaktor KUIN Prof. Datuk Dr. Jamil Bin Osman.

"Kalau pihak terlibat rasa tidak puas hati dengan keputusan panel tatatertib atau pentadbiran, dia boleh rayu kepada reaktor.

"Kalau reaktor pun dia tak puas hati juga, dia boleh rayu kepada Menteri Besar sebagai pengerusi kepada universiti," katanya.

Dalam perbicaraan tatatertib pada 25 Mei lalu, enam mahasiswa kolej itu dijatuhkan hukuman gantung pengajian dan seorang darinya dikehendaki membayar denda.

Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Mohd Aiman Che Ab Razab, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran.

Seorang lagi, Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin juga diberi surat amaran dan didenda RM100.

Kesemua mereka didakwa di bawah kesalahan Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) kerana menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara (speaker corner), dan serta mengadakan kenyataan akhbar dan kepada orang awam berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari menggunakan bangunan tahfiz.

Menjelas lanjut tindakan KUIN terhadap pelajar-pelajar itu Uztaz Azizan berkata tindakan yang diambil adalah mengikut lunas dan prosedur undang-undang universiti itu.

"Mana-mana universiti di duani ini pun dia ada dia punya akta, perlembagaan universiti.

"Kalau ada benda-benda yang dirasai oleh pihak pentadbiran bercanggah dengan undang-undang, maka tindakan diambil mengikut perbicaraan yang adil dan ada bukti," katanya lagi.

Turut ditanya tindakan beberapa pertubuhan pelajar termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang menghantar memorandum mahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang campur tangan.

"Insaniah bukan hak PAS, Presiden PAS bukan ada locus standi dalam bab ni. Insaniah hak kerajaan negeri," jelasnya.

Speaker Palestin ceramah di KUIZM Ahad ini

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Speaker Parlimen Palestin, Dr Ahmed Mohamad Ahmed Bahar akan memberikan ceramah bersama dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Taman Melewar Ahad ini.

Kedua-dua akan berceramah di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) iaitu tempat yang akan berlangsungnya muktamar tahunan PAS tahun ini.

Majlis yang bakal bermula jam 9 malam itu bakal menjadi majlis pertama yang menggunakan dewan itu sebelum digunakan untuk muktamar mulai 2 Jun ini iaitu Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat.

Pada 3 hingga 5 Jun pula, Muktamar PAS Pusat akan menggunakan dewan itu.


Dinar Dirham: KGT sasar 20 ribu kedai

Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 28 Mei: Kelantan Golden Trade (KGT) mensasarkan 20,000 peniaga yang berminat menerima urusniaga Dinar dan Dirham bagi menyemarakkan penggunaan mata wang syariah.

Pengarah Eksekutif KGT Nik Mahani Mohamad berkata, tindakan proaktif itu bagi mempopularkan semula penggunaan mata wang syariah di kalangan umat Islam.

“Untuk 2011 kami target pendaftaran 20,000 kedai termasuk kedai kepunyaan non-muslim yang sedia menerima Dinar dan Dirham sebagai mata wang syariah.

“Dan diharap ia menjadi pencetus kepada pembayaran gaji kakitangan kerajaan, pembayaran zakat dan aktiviti jual beli rakyat menggunakan Dinar dan Dirham” katanya pada persidangan media sempena Kempen Dinar Emas Kelantan 2011 di sebuah hotel di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi KGT, Umar Ibrahim Vadillo. Sekarang lebih 2,000 pekedai berdaftar dengan KGT di seluruh Malaysia.

Nik Mahani juga berkata, KGT kini berusaha menyemarakkan lagi penggunaan mata wang syariah, di mana telah dimulakan kempen sejak dua bulan lalu di Kuala Lumpur.

“Di samping mendekati rakyat, program itu juga dilaksanakan sempena pelancaran Projek Printis Pasar Terbuka Pasar Besar Siti Khadijah di Kelantan,” ujarnya.

KGT juga melancarkan Khidmat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bagi memudahkan pengguna mengetahui harga harian Dinar dan Dirham pada sepanjang tahun.

Selain itu KGT turut menyertai Karnival Halal Kelantan 2011 yang akan dirasmikan Tengku Mahkota Kelantan pada 29 Mei di Balai Islam.


Kaji balik Ordinan Darurat - Pemuda PAS

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Kerajaan BN didesak mengkaji semula Ordinan Darurat yang dilaksanakan di negara ini kerana ia didakwa satu undang-undang yang tidak adil.

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) dalam desakannya menegaskan, ordinan tersebut sama juga dengan ISA yang membolehkan pihak polis melakukan penahanan tanpa pembelaan terhadap seseorang yang jelas merupakan satu undang-undang amat zalim.

Ketua Penerangan DPPP, Suhaizan Kaiat berkata, selain itu, ordinan itu juga turut membuka satu ruang kezaliman lain kepada mereka yang menjadi mangsa apabila ia berkemungkinan mempunyai ruang untuk dimanipulasikan oleh pihak berkuasa.

Menurut beliau, disebabkan keadaan itu, setiap pihak yang menjadi mangsa dengan ordinan tersebut pasti akan terhimpit dengan pelbagai tekanan apabila ia dilaksanakan terhadap seseorang.

Katanya, himpitan tersebut pasti turut dialami keluarga mangsa sehingga menyebabkan mereka tertanya-tanya dengan apa yang sebenarnya berlaku ke atas mangsa, lebih-lebih lagi dengan punca penangkapan yang amat meragukan.

"Di bawah Ordinan Darurat, penahanan ke atas mangsa sememangnya penuh dengan tanda tanya. Jadi tidak hairanlah jika ibu bapa atau ahli keluarga kepada mangsa berasa hairan dan tidak puas hati dengan penahanan ke atas mangsa," katanya pada sidang akhbar di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), di sini, hari ini.

Ordinan Darurat, menurut beliau lazimnya digunakan ke atas individu yang bersabit dengan jenayah, manakala ISA pula dikenakan bagi menangkap ahli-ahli politik.

"Di bawah Ordinan Darurat, mereka yang disyaki penjenayah akan ditahan di balai polis selama 60 hari tanpa sebarang pembelaan. Setelah 60 hari masih tidak dibebaskan, mereka terus ditahan sehingga 2 tahun. Sesudah itu jika tidak dibebaskan juga, mereka akan dibuang daerah.

"Disebabkan penahanan yang dilakukan itu tanpa pembelaan, kedua-dua akta itu sememangnya zalim dan tidak menepati prinsip Islam. Sebab itu DMPP mendesak kerajaan mengkaji semula kedua-dua undang-undang itu," tegasnya.

28 Mac lalu, 10 orang remaja lelaki di Pasir Gudang yang sebahagiannya lepasan SPM tahun lalu ditangkap oleh pihak polis sekitar jam 11.00 malam di bawah Ordinan Darurat.

Mereka kemudiannya ditahan di Balai Polis Ayer Molek. Beberapa hari selepas itu, 6 orang daripada mereka telah dibebaskan, manakala 4 orang lagi masih terus ditahan hingga kini.

Remaja-remaja yang masih ditahan itu terdiri daripada Muhammad Rizal Ibrahim, 18, Muhammad Noorariff Bakran, 20, Muhammad Razif Mahadi, 18, dan Mohd Syahiran Tumin, 18.

Penahanan ke atas mereka menimbulkan penuh tanda tanya dan kehairanan kepada ibu bapa mereka, memandangkan mereka tidak pernah terbabit dengan sebarang aktiviti jenayah, malah diakui mempunyai tahap disiplin yang baik di sekolah.

Untuk mendapatkan kepastian, ibu bapa kepada remaja-remaja terbabit berusaha mendapatkan jawapan pasti daripada pihak polis berhubung penahanan ke atas mereka itu, tetapi jawapan yang diberikan amat meragukan, apabila remaja-remaja terbabit dikatakan terbabit dengan samun bersenjata dan bersiri.

Disebabkan tidak menemui cara lain untuk menyelesaikan masalah yang berlaku ke atas anak-anak mereka dan diri mereka sendiri, ibu bapa kepada mangsa telah berusaha mendapatkan bantuan pihak PAS, dengan berhubung dengan Pusat Aduan Rakyat PAS Zon Permas dan Johor.

Setelah beberapa usaha dilakukan, Suhaizan, Syed Othman dan ibu bapa kepada 4 remaja terbabit telah memutuskan untuk menyerahkan memorandum bantahan berhubung penahanan tersebut kepada Suhakam di pejabat Suhakam, hari ini, untuk ditangani bagi mendapatkan pembelaan ke atas remaja-remaja tersebut.

Memorandum tersebut telah diserahkan oleh Syed Othman dan Suhaizan sekitar jam 11.30 pagi tadi dan diterima oleh Ketua Penolong Setiausaha Suhakam, Ameer Izyarif.

Pada sidang media itu juga, Ameer menegaskan, isu tersebut akan ditangani dengan penuh tanggungjawab oleh pihak Suhakam berdasarkan bidang kuasa yang ada kerana Suhakam sendiri pada prinsipnya juga tidak bersetuju dengan Ordinan Darurat dan ISA.

"Penahanan tanpa pembelaan walau dalam apa keadaannya pun memang tidak dipersetujui oleh Suhakam. Jadi, kami akan berusaha memanjangkan perkara ini ke peringkat atasan bagi membela remaja-remaja terbabit, setakat yang termampu oleh Suhakam dengan bidang kuasa yang terbatas," katanya.


Ketua Muslimat: Nuridah dicabar Zailah
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Penyandang Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Salleh menerima saingan sengit apabila turut ditentang Timbalan Ketua dewan itu Siti Zailah Mohd Yusof untuk jawatan nombor satu muslimat itu.

Untuk kerusi Timbalan Ketua pula, bakal menyaksikan perebutan antara AJK Muslimat Dr. Siti Mariah Mahmud dengan Wan Hasrina Wan Hassan.

Naib Ketua pula menyaksikan pertandingan empat penjuru antara penyandangnya Mumtaz Mohd Nawi, AJK Muslimat Mastura Mohamad, Dr. Najhatussolehah Ahmad dan Normala Sudirman.

Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini petang tadi.

Bagi Dewan Ulamak pula, tidak menyaksikan sebarang pertandingan untuk semua jawatan.

Bagaimanapun nama-namanya tetap akan diumumkan pada 2 Jun kerana perlembagaan parti menghendaki demikian.

Berikut adalah senarai penuh calon yang bertanding Dewan Muslimat PAS Pusat sesi 2011-2013.


KETUA

1. Nuridah Salleh,
2. Siti Zailah Mohd Yusof, YB

TIMBALAN KETUA

1. Siti Mariah Mahmud, Dr
2. Wan Hasrina Wan Hassan

NAIB KETUA


1. Mastura Mohamad
2. Mumtaz Mohd Nawi, YB
3. Najhatussolehah Ahmad, Dr.
4. Normala Sudirman

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Aida@Nurul Huda Yusof Rawa
2. Aiman Athirah Al-Jundi
3. Asiah Ali, Dr.
4. Azizah Khatib Mat
5. Azlina Che Haron
6. Fatimah Wan Teh Amizan Baharuddin
7. Fatimah@Zainab Ibrahim, Toh Puan
8. Fazilah Abu Samah
9. Halimah Ali, Dr. YB
10. Kartini Ahmad
11. Khadijah Mahmud
12. Kintan Man
13. Mariam Abdul Rashid
14. Mastura Mohamad
15. Mumtaz Mohd Nawiv
16. Najihatussolehan Ahmad, Dr
17. Norazliza Abd Latif
18. Normala Sudirman
19. Norhayati Bachok
20. Norwani Ahmat
21. Rohani Ibrahim, YB
22. Rohaya Yaacob, Dr.
23. Rosni Adam, Dr.
24. Rosiah Salleh
25. Salbiah Wahab
26. Siti Aisyah Ghazali, YB
27. Siti Mariam Othman
28. Wan Obaidah Wan Omar, YB


Dewan Pemuda: Timbalan Ketua 4 penjuru, 2 naib
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 27 Mei: Seperti dijangka, Nasrudin Hassan kekal menyandang jawatan Ketua Pemuda untuk sesi 2011 hingga 2013.

Untuk jawatan timbalan ketua pula menyaksikan perebutan empat penjuru antara penyandangnya Azman Shafawi dengan Pengarah Pilihan raya Pemuda Firdaus Jaafar, Ketua Penerangan Suhaizan Kaiat dan Exco pemuda Nik Abduh Nik Aziz.

Bagi jawatan Naib pula, menyaksikan dua AJK dewan Pemuda Nasir Zakaria yang akan berentap dengan Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob.

Perkara tersebut diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini petang tadi.

Bagi Dewan Ulamak pula, tidak menyaksikan sebarang pertandingan untuk semua jawatan.

Bagaimanapun nama-namanya tetap akan diumumkan pada 2 Jun kerana perlembagaan parti menghendaki demikian.

Berikut adalah senarai calon yang bertanding Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2011-2013:

KETUA

1. Nasrudin Hassan Thantawi

TIMBALAN KETUA

1. Azman Shafawi

2. Firdaus Jaafar, YB

3. Nik Abduh Nik Aziz

4. Suhaizan Kaiat

NAIB KETUA

1. Nasir Zakaria, YB

2. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaakob

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Abdullah Abdul Karim

2. Ahmad Baihaki Atiqullah, YB

3. Ahmad Fadhli Shaari

4. Firdaus Masod

5. Kamaruzuman Abdullah

6. Kamaruzzman Mohamad

7. Khairil Nizam, Ir. Hj

8. Khairul Faizi Ahmad Kamil

9. Khalil Abd Hadi

10. Lahirul Latigu

11. Mohd Suhaimi A. Aziz

12. Mohd Adram Musa

13. Mohd Akmal Kamaruddin

14. Mohd Fadli Ghani

15. Mohd Nasaie Ismail

16. Mohd Nazri Chik

17. Mohd Nor Hamzah, YB

18. Mohd Sany Hamzan

19. Mohd Yusni Mat Piah

20. Muhammad Hafiz Musa

21. Muhammad Sanusi Md Nor

22. Ridhuan Mohamad Nor

23. Rosly Allany

24. Safarizal Salleh

25. Salman Salleh

26. Syed Abdul Kadir Syed Hussin Aljoofre

27. Azharuddin Muhammad

28. Zaidy Abdul Taib

29. Zamakhshari Muhamad

30. Zawawi Abu Hasan


Tiada ulasan: