Khamis, 12 Mei 2011

ORANG CAKAP BERBELIT2...MEMANG BANYAK....FAHAM2 AJE LAH...OLEH ITU BERHATI2 DENGAN FITNAH2 AKHIR ZAMAN...AKHIR ZAMAN...

'Selidik sebab bukan Islam tak selesa di naungan Islam'
Mei 12, 11 5:51pm

Sebarang kecurigaan rakyat bukan Islam terhadap Islam di Malaysia berpunca daripada tafsiran-tafsiran mengelirukan yang dibuat oleh pihak tertentu mengenai hukum-hakam agama demi mencari keuntungan politik, kata bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

NONEDalam wawancaranya dengan TV Selangor, Dr Asri berkata Perlembagaan tidak mungkin dipinda untuk menjadikan Kristian agama Persekutuan Malaysia namun tidak dinafikan segmen tertentu Malaysia mempersoalkan kenyataan-kenyataan pemimpin Melayu tertentu mengenai isu-isu yang menyentuh Islam.

“Saya melihat sebahagiannya bukan mempertikaikan Islam. Mereka mempertikaikan apa yang orang Islam fahami tentang Islam itu dan mereka tak tahu pula itu bukan Islam.

“Itu bukan ajaran Islam tapi tafsiran saja. Macam isu (bukan Islam) masuk masjid, bukan Islam tidak boleh membuat senaman dalam kawasan masjid (dan) orang bukan Islam tidak boleh sebut Allah. Ini semua tafsiran-tafsiran yang dibuat orang Islam di Malaysia,” kata Dr Asri.

NONEBeliau juga menolak dakwaan Utusan Malaysia milik Umno kononnya paderi-paderi Kristian bersekongkol dengan DAP untuk menjadikan Malaysia negara Krisitian.

Dr Asri menegaskan semua kaum sepatutnya sudah selesa dengan Islam selepas 50 tahun agama itu diangkat menjadi agama persekutuan Malaysia, namun keadaan sebaliknya berlaku.'Hentikan tafsiran yang dipolitikkan'

“Dalam sejarah Islam orang bukan Islam, Kristian di Syria mereka minta supaya Islam yang menaungi negara mereka. Tapi di negara kita, orang bukan Islam rasa tak selesa… kita kena tanya kenapa mereka tak selesa,” kata Asri.

“Adakah kerana tindakan kita salah? Kefahaman yang kita wujudkan sepatutnya (membuat) rakyat rasa bahagia berada di bawah naungan Islam. Tetapi apabila rakyat bukan Islam rasa tak bahagia di bawah naungan Islam, tentunya ada sesuatu silap dalam penafsiran-penafsiran Islam kita," katanya.

Dap crowds at Miri ceramah 1Menurut Dr Asri kecelaruan golongan bukan Islam terhadap Islam akan berterusan selagi kerajaan pusat tidak menghentikan amalan memberikan tafsiran yang dipolitikkan.

“Jadi saya fikir bukan soal mempertahankan Islam sebagai agama rasmi itu yang besar sangat, tetapi yang lebih penting bagaimana menterjemahkan Islam dalam erti kata Islam yang sebenarnya yang dapat memberi Islam sebuah imej yang semua orang selesa dan rasa aman berada di bawah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi,” katanya.



Dakwaan MCA hina Islam: PAS buat laporan polis
Mei 12, 11 5:08pm

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang didakwa sejak kebelakangan begitu ketara mempamerkan sikap prejudis, permusuhan dan penghinaan terhadap Islam selaku agama rasmi persekutuan.

“Kenyataan dan perkataan Chua jelas telah memprovokasi dan menyakiti perasaan umat Islam,” kata timbalan setiausahanya, Mahadzir Mat Zili dalam satu kenyataan.

Selain itu beliau juga menggalurkan beberapa peristiwa bagi membuktikan dakwaannya termasuk:

  • Mengaitkan negara Islam sebagai negara teokratik.
  • Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki berlainan muhrim dari bersentuhan.
  • Memprovokasi dan menyindir sambutan Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa tempatan di Kelantan memaksa supaya kedai-kedai di tutup pada Hari Raya.
  • Mengaitkan Islam sebagai punca banyak negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi negara tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipaliti rasuah dan lain-lain lagi.

Mengapa mulut Chua mesti ditutup?

Menurut Mahadzir sekiranya Chua dibiarkan berterusan mengeluarkan kenyataan provokatif yang menyentuh Islam tanpa memperdulikan sensitiviti umatnya, lambat laun suasana tegang dan tidak tenteram di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini akan timbul.

“Kami juga percaya kenyataan-kenyataaan yang dinyatakan di atas bukanlah mewakili suara dan kehendak masyarakat bukan Islam di Malaysia. Bahkan kami meyakini seluruh rakyat Malaysia menolak sebarang cubaan untuk memainkan sentimen agama semata-mata bagi mencapai matlamat politik.

Justeru, kami memohon supaya Chua dapat disiasat dan diambil tindakan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan atau mana-mana peruntukan undang-undang yang relevan,” katanya lagi.

Presiden NUJ di pentas PAS esok
Jimadie Shah Othman
Mei 12, 11
4:29pm

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari akan tampil di pentas PAS esok bagi menyatakan pandangannya terhadap Utusan Malaysia -- akhbar yang memecatnya sebelum ini.

NONEMenurut penganjur, mereka menjemput Hata dalam ceramah di Markaz Tarbiah PAS Taman Melewar di Gombak malam esok berdasarkan penglibatan langsungnya dalam Utusan sehingga dipecat baru-baru ini.

"Beliau dijangka mendedahkan perkara penting berhubung peranan Utusan yang di belakangnya Umno-BN ekoran survival mereka kini terancam kerana kehilangan sokongan.

"Mereka peralatkan Utusan untuk menstabilkan semula pengaruh mereka dengan melaporkan berita palsu, sarat propaganda dan bersifat perkauman," kata editor Harakah Tarmizi Mohd Jam bagi pihak penganjur bersama - PAS Kawasan Batu dan Kumpulan Aktivis Media Indipeden (KAMI).

Beliau merujuk kepada laporan Utusan pada 6 Mei lalu yang melaporkan terdapat usaha untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi dan memastikan perdana menteri daripada golongan penganut agama itu.

Tarmizi - aktivis PAS dan setiausaha KAMI - juga berkata, ceramah bertajuk "Membongkar Konspirasi Utusan huru-harakan negara" yang bermula pada jam 9.30 malam, akan turut melibatkan Peguam PAS Hanipa Maidin dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin.

Hanipa mengulas dari aspek undang-undang manakala Zuraida yang juga ketua Wanita PKR akan mengulas berdasarkan situasi politik semasa, jelas Tarmizi.

Tarmizi berkata, program itu merupakan yang kedua selepas acara membakar Utusan kerana tidak puas hati dengan laporannya bulan lalu.

Hata walaupun lantang mengkritik Utusan, sekaligus meraih simpati ramai pemimpin pembangkang ekoran pemecatannya, belum pernah naik ke pentas mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat sebelum ini.

Big Dog tukar nada, paderi "mungkin" berikrar
Mei 12, 11 4:07pm

Akhbar Utusan Malaysia yang dilanda kontroversi kerana membangkitkan isu 'negara Kristian' hari ini menyiarkan satu penjelasan ringkas berhubung dakwaan yang dilaporkan Sabtu lalu.

Akhbar berkenaan hari ini melaporkan bahawa penulis blog berkenaan, Zakhir Mohamed telah menyiarkan penjelasan tersebut semalam melalui satu tulisan bertajuk 'May God bless all of us' laman blog bigdogdotcom.wordpress.com.

utusan malaysia, malaysia negara kristian, bigdog"Big Dog yang mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan ikrar paderi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi persekutuan dalam pertemuan mereka di Pulau Pinang baru-baru ini, tampil membuat penjelasan mengenai perkara itu," laporan berkenaan dipetik.

Dalam tulisan di blognya, Zakhir yang popular dengan nama jolokan Big Dog itu antara lainnya menjelaskan bahawa kumpulan paderi itu "mungkin" berikrar untuk menjadikan seorang Kristian dan menjadikan fahaman tersebut sebagai agama rasmi persekutuan.

"Tentulah ianya lebih sesuai, sebagai ahli kitab, sekiraya paderi berkenaan berikrar dan berdoa kepada perdana menteri Malaysia agar menjadi soleh atau 'rabbaniyun' tanpa mengira agama bagi menghormati pada semangat demokrasi," katanya Zakhir lagi dalam tulisan yang disiarkan semalam.

KJ: Dah kantoi la Fats

Sementara itu, pertikaian berhubung kesahihan dakwaan berkenaan pula berlarutan antara Zakhir dan ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

NONEZakhir sememangnya diketahui sering menyerang Khairy melalui tulisannya di blog dan Twitter dan tidak hairanlah jika Khairy mengambil mengambil peluang kali ini untuk memulangkan paku buah keras terhadap Zakhir.

Dalam satu tulisan di Twitter hari ini, Khairy mengulas saranan supaya Zakhir ditahan kerana menimbulkan dakwaan berkenaan.

Namun, secara sinis beliau berkata Zakhir tidak sepatutnya ditahan bawah ISA di pusat tahanan Kamunting kerana tindakan itu hanya akan membazirkan wang.

"Bazir je duit rakyat nak kasi anjing tu makan tiap2 hari kat Kamunting. Setakat sepinggan nasi mana cukup!

"Sudahlah nak cover line. Dah kantoi la Fats. Proven liar (dibuktikan penipu). Pi pig out (pergi mentekedarah) kat (restoran) The Loaf," kata Khairy di laman blog mikro itu.

Cermin diri Umno dulu sebelum buat tuduhan
Harakahdaily

GEORGETOWN, 12 Mei: Umno Selangor khususnya Exco Pemuda Umno, Datuk Sohaimi Shahdan tidak layak menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim biadab, sebaliknya wajar cermin diri dahulu, tegas Naib Presiden PKR, Datuk Mansor Othman.

Mansor berkata demikian kerana Sohaimi sebelum ini dipercayai terbabit dalam aksi ekstrem mengarak 'kepala lembu berdarah' di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 28 Ogos dua tahun lalu.

Bahkan kata Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang lagi, Sohaimi dikatakan antara dalang yang mencetuskan demonstrasi rasis kononnya mewakili penduduk tempat ekoran cadangan kerajaan negeri Selangor memindahkan kuil Hindu ke Seksyen 23 di Shah Alam ketika itu.

"Baik dia (Suhaimi) atau Umno sendiri cermin diri sebelum tuduh dan fitnah Anwar biadap kononnya mengatakan 'pandikutti' (anak babi) kepada perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) di Klang Sabtu lalu," tegasnya pada satu kenyataan media di pejabatnya, Komtar, di sini.

Penegasan Mansor itu sebagai merujuk pada tuduhan Sohaimi di akhbar Sinar Harian, hari ini.

"Saya sendiri tidak sanggup menyebut kembali perkataan yang diluahkan Anwar itu kerana ia sangat kurang ajar, apatah lagi ditujukan kepada pemimpin negara. Bagi saya, perbuatan Anwar itu sangat keterlaluan," dipetik dari Sinar Harian.

Mansor yang juga Ketua Perhubungan PKR Negeri berkata, tindakan Umno mengamalkan politik adu domba dan fitnah ke atas pemimpin Melayu seperti Anwar menyerlahkan bahawa perjuangan Umno sekarang menyimpang dari matlamat asal penubuhan, iaitu menyatupadu Melayu.

"Kalau Umno ini (memperjuangankan kepentingan Melayu), dia tak akan fitnah pemimpin Melayu (seperti Anwar) seperti yang dibuat Suhaimi ini.

"Melayu, orangnya sopan, amanah dan toleransi dengan kaum-kaum lain di tanah air. Umno, orangnya rasis, cuba perbodoh Melayu dengan pelbagai fitnah seperti arak kepala lembu di Shah Alam dua tahun lalu dan sanggup fitnah orang tertentu (Anwar) dengan buat klip video seks.

"Semua ini (aksi tidak beradab) bukan orang Cina atau India lakukan. YAB Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP) sendiri pertahan peribadi Anwar waktu Umno mengfitnah pemimpin Melayu itu. Sebab itu, saya kata Umno sudah tersasar dari matlamat menjaga Melayu," ujar beliau.

TV Selangor semalam melaporkan Anwar sendiri mendakwa Umno memfitnah dirinya lagi.

Rakaman sebenar ucapan Anwar antara lain berbunyi, "Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus ke arah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul pandi kutti."

"Ada orang kata Anwar cakap kasar. Macam mana tidak kasar. Ini kerja gila. Anda tahu sejarah India, Cina, Melayu, Arab, adakah anda lawan politik begitu kotor macam Datuk Najib buat? Tidak ada."

Sehubungan itu, Mansor menasihatkan Suhaimi agar mengajar adab kewartawanan pada Utusan Malaysia terlebih dahulu supaya akhbar pro Umno itu tidak lagi memfitnah mana-mana pemimpin Melayu yang lain pula selepas ini.

ORANG YANG BAIK BERKURANGAN SEDANG YANG JAHAT BERTAMBAH BANYAK

Ertinya:
Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik".

H.R. Thabrani

Keterangan
Di antara tanda-tanda qiamat ialah:

  1. Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.

  2. Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.

  3. Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak.

  4. Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya.

  5. Anak-anak sudah berani melawan orang tuanya.

  6. Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak segan terhadap mereka.

Nampaknya corak masyarakat kita pada hari ini tidak banyak bezanya dari apa yang disebutkan oleh Rasulullah saw. Setiap hari kita melihat kebenaran daripada apa yang di­sabdakan oleh Rasulullah saw.

Kita berdoa, mudah-mudahan Allah swt. menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong di kalangan mereka yang disebutkan tadi.


Skim Rumah Pertamaku tipu golongan muda
Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 12 Mei: Skim Rumah Pertamaku yang dijaja oleh Perdana Menteri hakikatnya memperdaya dan menipu golongan muda, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar).

"Kononnya pembiayaan 100 peratus, sedangkan hakikatnya pembiayaan tidak dapat diperolehi. Ini ternyata memperdaya dan menipu golongan muda," katanya.

Menurut Salahuddin, untuk menarik sokongan golongan muda kepada Barisan Nasional (BN), kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan skim tersebut yang tidak dikaji sepenuhnya sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak.

"Skim yang tidak dikaji sepenuhnya sama ada boleh dilaksanakan atau tidak itu hakikatnya hanya memberikan harapan palsu kepada golongan muda apabila diwar-warkan oleh Perdana Menteri," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Beliau kesal kerana sokongan golongan muda kepada BN diumpan dengan harapan palsu dan pembohongan yang akhirnya memperdayakan mereka.

Skim Rumah Pertamaku diumumkan oleh Najib pada pembentangan Bajet 2011 tahun lalu dan dilancarkan Mac kononnya untuk membantu golongan muda berusia sehingga 35 tahun memiliki kediaman pertama dengan pembiayaan 100 peratus.

Semalam, sebuah akhbar harian pro Umno melaporkan bahawa skim itu "tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya" oleh kebanyakan golongan muda.

Menurut akhbar itu, walaupun memenuhi kriteria asas ditetapkan termasuk pendapatan di bawah RM3,000, golongan muda yang mahu memanfaatkan skim itu akan menghadapi masalah sebaik ‘dinilai’ institusi perbankan yang mengambil bahagian dalam menawarkan pembiayaan bagi kediaman bernilai antara RM100,000 hingga RM220,000, seperti dikehendaki skim berkenaan.

Akhbar itu melaporkan, seorang eksekutif Teknologi Maklumat (IT), Nur Syafinas Zamri, 26, yang bekerja sebaik memperoleh Ijazah Sarjana Muda berkata, pendapatannya, meskipun di bawah RM3,000, tidak memungkinkan beliau membeli kediaman di bawah skim itu.

Dengan gaji pokok berserta elaun tetap RM2,680 sebulan, akhbar itu Nur Syafinas terpaksa mengeluarkan perbelanjaan melebihi RM1,700 sebulan bagi potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ansuran bulanan kereta, bayaran pinjaman pelajaran, kad kredit serta perbelanjaan harian dan wang diberi kepada keluarga.

“Apabila menghubungi pihak bank, mereka memaklumkan ansuran bulanan bagi pembiayaan perumahan saya di bawah skim itu secara kasar berjumlah RM1,025 dan ia melebihi syarat pembayaran balik di bawah skim berkenaan yang sepatutnya tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan individu,” akhbar itu memetik beliau berkata.

Akhbar itu juga melaporkan, seorang kakitangan swasta, Naizatul Zamrina Karizaman, 26, berkata tinjauan dilakukannya mendapati hartanah sekitar Lembah Klang hanya bermula pada RM300,000 seunit, melepasi skala harga ditetapkan kerajaan melalui skim itu.

Beliau berhasrat membeli kediaman di ibu kota supaya dapat menetap berhampiran ibu bapanya selain memudahkannya berulang-alik ke tempat kerja setiap hari.

“Mustahil mendapat kediaman di ibu kota berharga antara RM100,000 hingga RM220,000. Jika adapun harga murah, mungkin hanya rumah dilelong.

“Satu-satunya pilihan yang ada sekiranya golongan muda mahu mendapatkan hartanah melalui skim itu ialah memilih kediaman di pinggir bandar yang kebanyakannya terletak 50 kilometer (km) dari ibu kota,” katanya


Big Dog’s Christian PM claim reckless, says Khairy


Thursday, 12 May 2011 Super Admin

(The Malaysian Insider) - Umno Youth chief Khairy Jamaluddin has attacked blogger Big Dog’s “highly reckless” insistence that pastors have pledged to install a Christian prime minister.

Pro-Umno blogger Zakhir Mohamad has come under siege from other Umno supporters with Khairy hurling the latest volley, accusing him of making an “unbelievable and incredulous claim” without “any credible evidence.”

“All he has is a grainy photograph and what he’s written on his blog. It’s highly irresponsible and reckless. He really is the worst of the worst,” the Rembau MP told The Malaysian Insider after a barrage of posts on micro-blogging site Twitter attacking Zakhir.

“Don’t be so arrogant Fat Dog. If you’re wrong, the consequences are grave and extremely serious.

“I think if you’re proven wrong you should be charged w/ spreading false news and/or sedition. Berani buat, berani tanggung (dare to do, dare to take responsibility),” Khairy wrote on Twitter earlier.

Despite providing no evidence, Zakhir said yesterday in his latest posting that “what was maintained as an issue was the pastors’ pledge to bring a Christian prime minister to Malaysia and perhaps turn Christianity into an official religion.”

He said the pastors should have prayed that the prime minister be godly irrespective of his religion.

“Surely as God-fearing people, they should have done this instead of blatantly dismissing the population in majority, who are obviously Malay Muslims happy with the present arrangement,” he wrote.

He also responded to Khairy, saying that “this isn’t about arrogance. Just stating the facts. Investigation is still ongoing. Let it. Fact is Police haven’t started to investigate & interview those who were present.”

Khairy retorted that police had already taken statements on Tuesday.

“Dog, you’ve been proven a liar on Twitter. Suggest you stop spreading lies, go to The Loaf, order the entire menu & inhale it all,” he wrote, poking fun at Zakhir’s weight.

He also said that Zakhir should not be arrested under the Internal Security Act (ISA) as suggested by others as “giving rice to this dog to eat each day in Kamunting will waste money. One plate is not enough.”

Zakhir’s initial Christian Malaysia posting last week, suggesting the pastors and the opposition DAP were engaged in a plot to usurp Islam’s position, was reported in Utusan Malaysia, a newspaper owned by Umno.

TERJEMAHAN

Big Dog's Kristian PM tuntutan sembrono, kata Khairy


Khamis, 12 Mei 2011 Super Admin

(The Insider Malaysia) - UMNO Pemuda Khairy Jamaluddin kepala telah menyerang blogger Big Dog's "sangat sembrono" desakan yang pendeta telah berjanji untuk memasang perdana menteri Kristian.

Pro-UMNO blogger Zakhir Mohamad telah datang dikepung dari penyokong UMNO lain dengan Khairy melemparkan tembakan terbaru, menuduhnya membuat "tuntutan dipercayai dan percaya" tanpa "bukti yang kredibel."

"Yang harus ia adalah foto kasar dan apa yang tertulis di blognya. Ini sangat tidak bertanggung jawab dan sembrono. Dia benar-benar yang terburuk dari yang terburuk, "kata MP Rembau The Insider Malaysia selepas berondongan posting di Twitter halaman micro-blogging menyerang Zakhir.

"Jangan begitu sombong Fat Dog. Jika anda salah, konsekuensi yang serius dan sangat serius.

"Saya fikir jika anda terbukti salah anda harus dibebankan w / menyebarkan berita palsu dan / atau hasutan. Berani buat, tanggung Berani (berani melakukan, berani mengambil tanggung jawab), "Khairy wrote on Twitter dahulu.

Walaupun memberikan bukti, Zakhir mengatakan kemarin di terbarunya posting bahawa "apa yang dipertahankan sebagai isu adalah janji pendeta 'untuk membawa Perdana Menteri Kristian ke Malaysia dan mungkin menukar Kristian menjadi agama rasmi."

Beliau berkata, pendeta harus berdoa bahawa perdana menteri akan soleh terlepas dari agamanya.

"Tentunya sebagai orang-orang yang takut akan Allah, mereka seharusnya melakukan ini bukan terang-terangan menolak penduduk majoriti, yang jelas-jelas Muslim Melayu senang dengan tetapan ini," tulisnya.

Dia juga menanggapi Khairy, mengatakan bahawa "ini bukan tentang kesombongan. Hanya menyatakan fakta. Penyelidikan masih berlangsung. Biarkan. Fakta ini Polis belum bermula menyiasat & wawancara orang-orang yang hadir. "

Khairy balas bahawa polis telah mengambil laporan pada hari Selasa.

"Dog, anda telah terbukti pembohong di Twitter. Sarankan anda berhenti menyebarkan kebohongan, pergi ke The Loaf, susunan menu turun & menghirup itu semua, "tulisnya, menusuk menyenangkan pada berat Zakhir's.

Dia juga mengatakan bahawa Zakhir tidak boleh ditangkap di bawah Internal Security Act (ISA) seperti yang disarankan oleh orang lain sebagai "memberi beras untuk anjing ini untuk makan setiap hari di Kamunting akan membuang wang. Satu piring tidak cukup. "

Rakan-awal Zakhir Kristian Malaysia posting minggu lalu, menunjukkan para pendeta dan pembangkang DAP terlibat dalam komplot untuk merebut kedudukan Islam, dilaporkan di Utusan Malaysia, sebuah surat khabar yang dimiliki oleh UMNO.

Dakwaan Bigdog konspirasi Kristian tindakan melulu, kata Khairy

May 12, 2011

KUALA LUMPUR, 12 Mei — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin membidas penulis blog “Bigdog” sambi menyifatkan dakwaan yang dibuat kononnya wujud konspirasi mahu melantik perdana menteri daripada kalangan penganut agama Kristian sebagai “terlalu melulu.”

Blog pro-Umno milik Zakhir Mohamad itu disifatkan Khairy sebaga satu tuduhan yang “luar biasa dan sangsi” tanpa “mempunyai apa-apa bukti.”

“Apa yang dia ada hanya gambar dan apa yang dia tulis dalam blognya. Ia adalah amat tidak bertanggungjawab dan melulu. Dia adalah seorang yang sangat teruk,” katanya kepada The Malaysian Insider selepas mengecam tindakan Zakhir melalui Twitter.

“Jangan terlalu sombong 'Fat Dog'. Jika anda salah anda akan dikenakan hukuman berat.

“Saya rasa kalau anda dibuktikan bersalah anda akan didakwa kerana menyebarkan laporan palsu dan hasutan. Berani buat berani tanggung,” tulis Khairy dalam Twitter.

Walaupun tidak mempunyai sebarang bukti, semalam Zakhir dalam entri terbaru di blognya mempertahankan laporannya dengan berkata “apa yang perlu dikekalkan adalah janji paderi-paderi yang mahu melantik perdana menteri Kristian dan menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.”

Dia berkata paderi-paderi itu berdoa agar perdana menteri dilantik tanpa mengira latar belakang agama.

“Sudah tentu, mereka telah melakukan perkara ini secara terang-terangan untuk menyingkirkan hak kaum majoriti, siapa orang Melayu Islam yang gembira dengan perkara ini,” tulis Zakhir.

Dia juga memberi respons terhadap Khairy dengan berkata “ini bukan mengenai sombong. Hanya menyatakan fakta. Siasatan masih berjalan. Apa yang pasti polis belum menyiasat mereka yang hadir.”

Khairy membalas dengan berkata polis telah mengambil keterangan pada Selasa.

“Anjing, anda telah buktikan anda seorang penipu dalam Twitter. Saya cadangkan anda hentikan sebarkan laporan palsu, pergi ke The Loaf, pesan makanan dan sedut semua,” katanya dengan merujuk kepada fizikal Zakhir.

Beliau juga berkata Zakhir sepatutnya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai mana yang disarankan sesetangah pihak.

Minggu lalu Zakhir dalam entrinya bertajuk “Making Christianity the official religion?” mendakwa paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik daripada kalangan penganut agama itu.

Selain itu, nama Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama.

Ekoran pendedahan penulis blog “Bigdog” itu, Utusan Malaysia telah memetik laporan tersebut dan disiarkan pada Sabtu lalu dengan tajuk “Kristian Agama Rasmi?” yang mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat, Barisan Nasional (BN), beberapa blog pro-Umno dan kumpulan Kristian.

Beberapa laporan polis telah dibuat agar siasatan dilakukan terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog itu.

Najib juga akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Kristian hari ini ekoran laporan media bahawa komuniti Kristian mahu menggantikan Islam sebagai agama rasmi selepas kontroversi kitab Injil versi Bahasa Malaysia.

Tiada ulasan: