Ahad, 29 Mei 2011

KADANG2 KITA TAK PASTI IA BODOH...SEBAB IA BERPENDIDIKAN TINGGI JUGA....TAPI BILA IA BERHUJAH...MEMANG PASTI IA BETUL BODOH....

Najib silap baca golongan muda, kata Anwar
Mei 29, 11 3:53pm

Tindakan Datuk Seri Najib Razak menghimpunan belia-belia di Putrajaya dan merayu undi mereka memperlihatkan rasa gusar perdana menteri terhadap kebangkitan golongan itu yang kini menuntut perubahan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

one million youth gathering in putrajaya on stage crowd 2Najib semalam mendakwa sejuta belia yang hadir di Putrajaya untuk sambutan Hari Belia Negara selama tiga hari, kononnya untuk “mempertahankan” pusat pentadbiran negara dari diambil alih oleh Pakatan Rakyat.

TV Selangor memetik Anwar berkata, hakikatnya ialah persatuan-persatuan belia itu dibawa untuk mengisi pelbagai program riadah yang dianjurkan bersama oleh agensi-agensi persekutuan dan badan-badan koperat sempena Hari Belia Negara.

“Dia kata di Mesir satu juta orang muda tuntut perubahan. Jadi di sini dia minta orang muda sokong Barisan Nasional.

“Orang muda ini dikaitkan dengan idealisme, cita-cita murni. Orang muda ini benci dengan kemungkaran, benci dengan rasuah, benci dengan kezaliman.

anwar ceramah at kerdau pahang to felda settlers“Najib silap. (Sebenarnya belia) yang minta perubahan tumbangkan kerajaan yang ada. Jadi saya nak sambut dengan katakan sudah sampai ketikanya anak muda Felda, anak muda Malaysia bangkit tuntut perubahan,” kata Anwar kepada ribuan peneroka Felda dan penduduk kampung di Kerdau, Pahang malam semalam untuk mendengar ceramahnya.

Kaya-raya

Anwar malam tadi juga mengupas ucapan Najib pada majlis sambutan Hari Belia itu yang dialas dengan gesaan supaya belia menyokong Umno-BN sebagai syarat menikmati kemakmuran.

Kenyataan sedemikian, kata Anwar hanya menunjukkan rasa terdesak Perdana Menteri.

Menurut Anwar beliau tidak menuduh Umno sebagai parti yang tidak pernah membuat apa-apa.

Namun yang dipersoalkan adalah kemungkaran dan kezaliman yang menyebabkan rakyat menderita manakala pemimpin hidup dalam keadaan kaya-raya.

anwar ceramah at kerdau pahang to felda settlers"Saya tidak samakan Umno dengan Firaun, Firaun pun buat bangunan dan jalan, negara komunis, Zimbabwe, mahupun Bangladesh pun buat pembangunan, soalnya kita ini mahu nilai apa kekurangan besar yang membolehkan sebuah perubahan kuasa itu perlu," katanya.

Sehubungan itu, Anwar mengajak rakyat supaya merenung hala tuju negara di bawah pemerintahan Umno-BN dan tidak termakan dengan dakyah dan gula-gula politik yang disebarkan parti itu.

"Saya tidak pertikai hak sesiapa untuk sokong parti mana-mana, tetapi kita sanggupkah pertahankan kezaliman, bolehkah kita diam tentang rasuah, mampukah kita biarkan fitnah, lucah termasuk qazaf dan semulanya berlaku?” tanya Anwar.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Sabu, Ketua Serikandi Siti Aishah Shaik Ismail dan Presiden ANAK, Mazlan.

Siasatan Perancis: Menteri sedia beri keterangan
Mei 29, 11 2:55pm

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia memberi keterangan di mahkamah berikutan siasatan Perancis berhubung dakwaan wujudnya gejala rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene yang bernilai ribuan juta ringgit.

Ahmad Zahid Umno VP“Mereka boleh cabar kita di mahkamah. Kita mahu lebih telus. Berhubung dakwaan mereka, biar mahkamah tentukan kebenaran,” kata Ahmad Zahid kepada wartawan hari ini.

Pihak berkuasa Perancis kini menjalankan siasatan berhubung sama ada komisyen dibayar dalam perjanjian bernilai RM7.3 bilion antara kerajaan Malaysia dengan firma pertahanan yang berpangkalan di Perancis, DCNS. Bayaran seumpama itu adalah tidk sah mengikut undang-undang Perancis.

Pada 2009, NGO hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mengemukakan saman ke atas DCNS di mahkamah di Paris dalam apa yang didakwa mereka sebagai rasuah aktif dan pasif, menjalankan urusniaga berdasarkan habuan dan menyalah-guna aset koporat.

Suaram sedang mengumpulkan dana bagi menanggung membiayai kos guaman kepada peguam-peguamnya.

Apabila diminta mengulas perkembangan itu, Ahmad Zahid berkata: “Saya sedia ke mahkamah jika diminta berbuat demikian tetapi syaratnya mesti diluluskan oleh kabinet. Jika kabinet tidak benarkan, maka saya tidak perlu pergi.”

Tarikh PRU-13: Najib-Muhyiddin tak sependapat?
Mei 29, 11 4:49pm

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berselisih mengenai tarikh untuk mengumumkan pilihan raya umum ke-13, kata seorang pemimpin PKR, lapor TV Selangor.

pkr Ahmad Nizam HamidTimbalan Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid berkata perbalahan ini timbul kerana ada pergelutan kuasa dalam Umno.

"Ramai yang ramalkan PRU bulan Julai ini, saya ingin berkongsi, teman-teman saya di dalam Umno memberitahu apa yang berlaku ialah terdapat desakan daripada kumpulan pro-Muhyidin Yassin mendesak supaya Najib Razak istihar pilihan raya dan bubar parlimen dalam waktu terdekat.

"Kerana penguasaan, Muhyidin ingin berkuasa tetapi Najib masih berbelah-bagi, Namun kumpulan ini terus mendesak (mahukan PRU cepat)," kata Nizam pada cermahanya di Markas PAS Temerloh, malam semalam.

Muhyiddin dilaporkan mendesak Najib untuk mengadakan pilihan raya secepat mungkin walaupun presiden Umno itu menyedari langkah itu bakal mengundang padah berasaskan sentimen semasa pengundi.

Menurut beliau, kekalahan bagi Umno pada pilihan raya akan datang akan membuka laluan untuk Muhyiddin mencabar ketuanya pada pemilihan parti dan jika menang, Muhyiddin sekali gus akan menjadi perdana menteri menggantikan Najib.

NONENizam berkata kumpulan pro-Muhyiddin menggunakan taktik yang sama untuk mengusir Tun Abdullah Ahmad Badawi dari Putrajaya selepas beliau memanggil pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008 atas desakan pihak tertentu.

Keputusan itu berakhir dengan Umno-BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.

Pada pilihan raya itu, Pakatan Rakyat yang mewakili PKR-PAS-DAP turut menawan Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah di samping mengekalkan Kelantan.

Tidak lama selepas itu, Muhyiddin dilaporkan antara pemimpin utama yang mendesak supaya Abdullah berundur "demi masa depan Umno."

Nizam berkata apa yang berlaku dalam Umno ketika itu adalah kes "kawan makan kawan" dan kini episod itu sedang berulang sekali lagi antara Muhyiddin dan Najib.

azlan"Muhyidin mahu perangkap Najib agar nasib yang diterima oleh Abdullah Ahmad Badawi akan terjadi kepada Najib, sebab apa ia berlaku... dari maklumat yang kita terima Muhyidin mengesa anak buahnya kerana beliau sudah berumur berbanding Najib. Jadi sebab itu Muhyidin mahu jadi Perdana Menteri," katanya.

Hadir sama pada majlis itu adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ADUN Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamad dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Fauzi Abd Rahman.

Musim ahli politik 'gila talak' jengul lagi dalam Umno
Wira Arjuna
Mei 29, 11
2:03pm

Memang patut Datuk Nakhaie Ahmad meninggalkan PAS dan menyertai Umno.

Ini bukan kerana ideologi mahupun cara pengurusan atau kepemimpinan PAS yang tidak betul, tetapi personaliti seperti Nakhaie memang tidak sesuai berdiri dalam saf perjuangan PAS.

Nakhaie Ahmad, ex pas vice president now umno memberRumusan ini boleh dibuat daripada kenyataan Nakhaie yang dipetik oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia semalam. Dalam kes pelbagai tuduhan terhadap Anwar Ibrahim, Nakhaie mengesyorkan supaya ulama PAS membuat penyiasatan sendiri akan kebenaran tuduhan-tuduhan salahlaku seks terhadap Anwar.

Matlamat Nakhaie ialah supaya PAS kemudian boleh membuat pendirian tegas berhubung isu kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar.

Sekali imbas mungkin nasihat bekas naib pesiden PAS itu ada logiknya. Namun mengambil kira Nakhaie ini adalah orang yang pernah bermufarakah dari jemaah PAS, apa yang dapat disimpulkan daripada saranannya tentu berbaur politik.

Nakhaie ingin menabur jasa menyelamatkan Umno yang sedang menggelepar dalam gelanggang politik. Nakhaie sedar pemikiran politik Umno sekarang ialah ia perlu dapatkan sokongan Melayu semula.

NONEJika orang Melayu bersatu di bawah Umno, pasti parti berusia 65 tahun itu tidak akan jadi parti pembangkang selepas pilihanraya umum ke-13 nanti.

Sebab itu, Nakhaie cuba menjadi guru tuisyen politik kepada ulama PAS – siasat sendiri tuduhan terhadap Anwar dan kemudian nyatakan pendirian sama ada hendak terus dalam Pakatan Rakyat atau bergabung dalam usul “penyambung hayat” Umno membentuk kerjasama dan perpaduan dengan PAS.

Memang terdesak

Nakhaie memang terdesak. Kontrak sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah - habuan terbaik yang diperolehinya kerana cuba menggadaikan maruah PAS dengan mentalak jawatan naib presiden PAS dan bersenggama dengan Umno – kini sudah jatuh ke tangan orang lain. Beliau tiada kedudukan dalam Umno dan tidak mungkin berpeluang menjadi calon Umno dalam pilihanraya akan datang.

Lantas inilah ketika yang sesuai pada fikiran Nakhaie untuk membuktikan pada kepimpinan Umno, beliau masih ada guna dalam parti itu. Pada congakan Nakhaie jika ada ulama PAS memberi reaksi akan cadangannya itu, tentu ia akan dapat menggoncang perpaduan PAS.

NONEMemang diketahui umum, perpaduan dalam PAS hari ini amat kental. Malah bak kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Kepimpinan PAS, Abdul Halim Abdul Rahman, beliau amat tenang menjalankan proses pemilihan parti yang akan berlangsung minggu depan, walaupun ia adalah paling sengit dalam sejarah PAS.

Justeru bagi Nakhaie jika saranan beliau itu dapat menggugah sedikit perpaduan PAS, tentu Umno akan terhutang budi padanya.

Kegoyahan perpaduan PAS bererti pendirian tegas PAS agar tuduhan salahlaku seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim diselesaikan mengikut perintah Allah – laksana hukum qazaf – mungkin berubah dan PAS mungkin boleh dipujuk untuk keluar Pakatan Rakyat dan membuka pintu rundingan dengan Umno.

Pemikiran Nakhaie ini memang Umno. Hal ini disahkan oleh Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan yang bercakap di mesyuarat perwakilan Umno Bukit Gantang di Taiping semalam bahawa Umno hanya boleh mengekalkan kuasa jika ada perpaduan di kalangan parti itu dengan PAS.

NONEAdalah jelas Umno memang terdesak sekarang. Sebab itu, golongan yang sudah lama terpinggir dari arus kepimpinan Umno cuba mencari-cari jalan untuk kembali ke arus perdana parti itu.

Tan Sri Isa Samad, bekas Naib Presiden Umno yang pernah terpelanting dari barisan kepemimpinan Umno kerana rasuah dalam pemilihan parti, kini sudah dapat peluang jadi calon pilihan raya kecil tahun lalu. Kemungkinan beliau kembali memimpin Negeri Sembilan adalah terbuka.

Katak melompat

Begitu juga dengan bekas ketua pemuda Umno dan juga mantan ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik. Beliau diberikan tempat untuk memimpin Risda. Tidak puas dengan itu, Rahim membentuk regu 'Datuk T' yang menaja dan menjaja video seks yang cuba dikaitkan dengan Anwar.

rahim thamby chik at bukit aman 240311 02Nampaknya, dalam keadaan Umno yang cemas menghadapi pilihanraya umum ini, ahli politik “aliran katak melompat parti” seperti Nakhaie, Zulkifli Noordin, Rahim Thamby Chik, menghidu peluang untuk menggunakan talian hayat politik masing-masing untuk kembali ke barisan pimpinan utama Umno. Persamaan mereka ialah mereka menggunakan modal yang sama – pertikai dan aibkan Anwar Ibrahim, orang yang paling digeruni oleh Umno hari ini.

Bagi mereka harapan ini bukan mustahil dicapai. Selain Isa Samad, mereka melihat paling berjaya mendekati Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sekarang ialah Datuk Ibrahim Ali. Dengan menggunakan pendekatan ultra-Melayu Ibrahim dan PERKASA, Ibrahim semakin hari semakin dilihat “berguna” untuk menggertak orang Melayu supaya bersatu di bawah pimpinan Umno.

sedaq protest against penang government 050210 ibrahim ali speech 02Namun Nakhaie pula berhajat menggunakan pendekatan lebih “berani dan berbaloi” bagi mencapai maksud “memaksa” orang Melayu berlindung di bawah payung Umno. Nakhaie cuba menyergah ulama-ulama PAS supaya “bangkit” dan ambil pendirian tinggalkan Anwar dan Pakatan Rakyat.

Dalam congakan Nakhaie, jika ini bisa dilakukan, tentu habuan untuknya kali ini lebih besar daripada Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Porak-perandakan PAS

Saat yang dipilih oleh Nakhaie untuk memporak-perandakan PAS ialah di ambang pemilihan kepimpinan PAS minggu depan. Namun Nakhaie kurang bernasib baik.

Nakhaie Ahmad, ex pas vice president now umno memberUlama PAS kini kental pandangan politik mereka hingga langsung tiada persaingan dalam pemilihan Dewan Ulama. Sergahan Nakhaie pasti tidak menjadi.

Jika Nakhaie berharap ada calon yang bertanding dalam pemilihan PAS kali ini akan mengutip saranannya dan menggugah perpaduan dalam parti, beliau pasti hampa. PAS hari ini bukan seperti PAS yang ditinggalkannya dahulu.

Walau bagaimana ganas atau lembut serta liciknya pujukan serta cabaran yang dihadapinya, perpaduan PAS tidak akan tergugat. Bak kata pepatah, biduk lalu kiambang bertaut. Itu sifat politik PAS.

nik aziz and anwar selangor anti fitnah tourPerpaduan PAS diikat oleh ideologi tauhid. Tiada permainan politik yang boleh merungkai prinsip yang berpaksi aqidah. Mungkin Nakhaie telah terlalu lama meninggalkan jemaah PAS. Sebab itu dia gagal membaca pemikiran perjuangan PAS hari ini.

Atau, mungkin juga Nakhaie memang tidak pernah faham apa sebenarnya perjuangan PAS. Sebab itu, walau sudah menduduki kerusi naib presiden PAS, Nakhaie berasa rimas “ghanimah” perjuangan yang diharap-harapkan tidak kunjung tiba. Sebab itu, agaknya, beliau melompat ke pangkuan Umno.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

Kawal guru agama: PAS tuntut Sarawak minta maaf
Mei 29, 11 10:34am

Tindakan Majlis Islam Sarawak yang didakwa mahu mengawal pergerakan guru agama dari Semenanjung disifatkan sebagai “satu diskriminasi” dan secara tidak langsung memberi impak ke atas kemasukan golongan itu ke negeri bumi kenyalang, kata Dewan Pemuda PAS Sarawak.

Ketua Pemuda PAS Sarawak, Arifiriazul PaijoKetua Pemudanya, Arifiriazul Paijo (kanan) dalam kenyataan medianya berkata, PAS kesal dengan kenyataan menteri muda di Pejabat Ketua Menteri-Hal Ehwal Islam, Datuk Daud Abdul Rahman yang seolah-olah menganggap guru agama dari Semenanjung sebagai “ekstrem” dan mahu beliau meminta maaf.

“Sepatutnya beliau (menteri muda) sendiri patut berterima kasih kerana mereka telah mengimarahkan surau-surau dan masjid.

“Beliau sepatutnya mengambil contoh kesungguhan mereka dalam merencana program dan aktiviti yang bermanfaat untuk diimarahkan di masjid-masjid seluruh negeri dan bukan mempolitikkan urusan agama ini,” katanya.

Semalam Daud dilaporkan berkata Majlis Islam Sarawak akan mengawal pergerakan guru agama dari Semenanjung.

Daud dipetik berkata demikian dalam laporan akhbar Borneo Post.

Menurut Arifiriazul, kenyataan Daud itu disifatkan mengecam dan amat memilukan umat Islam Sarawak kerana mereka yang dimaksudkan selama ini adalah antara orang-orang yang sanggup berkorban untuk membantu menyampaikan dakwah Islam di Sarawak.

Selain itu katanya, Dewan Pemuda PAS Sarawak juga mahu Daud meminta maaf secara terbuka kepada semua guru agama yang berkhidmat di Sarawak.

Utusan: Teladani pemimpin Turki - letak jawatan, Anwar
Mei 29, 11 3:24pm

Akhbar milik Umno, Mingguan Malaysia terus menghambat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya meninggalkan arena politik.

Kali ini, akhbar itu merujuk tindakan beberapa tokoh pembangkang Turki yang secara sukarela meletakkan jawatan selepas didakwa terbabit dalam skandal video seks.

NONEMenurut ruangan Bisik-bisik Awang Selamat, skandal di Turki itu hampir sama seperti apa yang dialami oleh Anwar. Tetapi berbeza dengan ketua umum PKR itu, ahli politik Turki berkenaan memilih mengundurkan diri.

Ini adalah kali kedua berturut-turut Awang membidas Anwar dan menuntut beliau supaya berhenti daripada berpolitik.

“Pendedahan skandal seks di Turki itu disiarkan beberapa kali di muka depan Utusan Malaysia pada awal minggu ini. Banyak iktibar yang boleh diambil dan dijadikan renungan apatah lagi dalam konteks skandal Anwar.

Bersama pelacur

“Sama ada dalam kes (Pengarah Urusan IMF Dominique) Strauss Kahn apatah lagi skandal di Turki, tanggungjawab moral mengatasi segala-galanya,” tulis Awang yang merupakan nama samaran bagi editor-editor kanan Utusan.

anwar court trial 160511 anwar press conference outside court buildingBaru-baru ini, sekurang-kurangnya 10 pemimpin Parti Pergerakan Nasionalis (MHP) meletakkan jawatan parti selepas video yang memamaparkan mereka sedang melakukan hubungan seks di sebuah rumah disebarkan di internet.

Artikel itu kemudiannya diteruskan dengan melaporkan meskipun pihak berkuasa berkata video seks Carcosa itu disahkan ketulenannya oleh pakar dari Amerika dan Korea Selatan, tetapi Anwar masih menafikannya.

Awang seterusnya secara eksplisit mendakwa Anwar adalah lelaki dalam video berkenaan.

“Anehnya, Anwar yang terang-terang wajahnya dalam aksi video seks bersama seorang pelacur, masih terus menegak benang basah... Seperti biasa, Anwar sebaliknya menuduh semuanya itu adalah konspirasi. Ini bukan kali pertama skandal seks melibatkan Anwar,” tulis Awang lagi.

Meliwat pemandu

Akhbar milik Umno itu kemudian mengimbas bahwa Anwar pernah didakwa di mahkamah lebih sedekad lalu kerana meliwat pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.

NONEMenurut artikel itu, walaupun Anwar dibebaskan dengan keputusan 2-1 oleh tiga hakim yang bersidang tetapi aktiviti homoseksual tidak ditolak oleh hakim.

“Kami mendapati bukti untuk mengesahkan bahawa perayu (Anwar) terbabit dalam kegiatan homoseksual dan kami lebih terdorong untuk mempercayai bahawa kejadian yang didakwa berlaku di Tivolli Villa, benar terjadi,” kata Hakim, Abdul Hamid Mohamad ketika membacakan penghakiman pada 2004, petik tulisan di Bisik-bisik itu.

Menurut Awang, beliau percaya, ramai yang terlepas perhatian tentang fakta tersebut.

“Dengan kata lain, Anwar bernasib baik kerana terdapat kelemahan teknikal dalam pendakwaan, menyebabkan gagal memberikan bukti yang melampaui keraguan munasabah,” katanya.

NIAT: Interlok punca pelajar dipaksa cakap 'Keling Babi'
Mei 29, 11 10:21am

Novel Interlok, yang menjadi komponen sastera tingkatan lima dan kini melalui proses pindaan bahagian-bahagian yang sensitif terus dilanda kontroversi dan dikatakan memberi implikasi perkauman yang serius.

NONEPengerusi Pasukan Tindakan Interlok Nasional (NIAT) Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim berkata terdapat beberapa kejadian kurang menyenangkan berlaku terhadap pelajar India sejak novel itu dijadikan bahan teks sastera di sekolah.

“Seperti di sebuah sekolah menengah di Sungai Buloh, dalam rakaman Youtube, kami dapati terdapat sekumpulan pelajar kaum Melayu memaksa seorang pelajar kaum India cakap 'Keling Babi'.

“Inilah punca kenapa kami mahu Interlok dihapuskan. Interlok tidak sesuai dijadikan novel pelajar sekolah,” katanya pada sidang akhbar kepada TV Selangor, semalam.

Sehubungan itu, Thasleem berkata NIAT akan bermogok lapar sekiranya kerajaan tidak memansuhkan novel yang menimbulkan pelbagai kontroversi itu.

Langkah itu bertujuan membuktikan bahawa pihaknya benar-benar serius dalam pendiriannya menuntut novel tersebut digugurkan.

azlan“Saya ingin memberi amaran kepada kerajaan, jangan memandang rendah terhadap suara rakyat. Mereka tidak tahu apa kita boleh lakukan walaupun jumlah kita sedikit.

“Kita sanggup lakukan mogok lapar. Kami bukan berpuasa, tetapi berlapar. Tidak makan berhari-hari. Kita akan berjuang habis-habisan sehingga kerajaan menghapuskan novel Interlok ini,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, bila mogok lapar itu bakal diadakan akan diberitahu kelak.

Dalam pada itu, Thasleem turut mencabar Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran agar berdebat dengan pihaknya.

Beliau berkata, dirinya tidak gentar untuk berhadapan dengan Muhyiddin semata-mata bagi memastikan Interlok edisi murid itu dapat dimansuhkan

azlan“Saya mencabar TPM untuk berdebat dengan saya bercakap mengenai novel Interlok, adakah ia bagus untuk negara dan bagus dari perspektif Islam,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau turut menggesa Presiden MIC Datuk G Palanivel dan timbalannya Datuk Dr S Subramaniam meletakkan jawatan berikutan kegagalan mereka memastikan Interlok dimansuhkan.

Tambah Thasleem, pihaknya kini giat menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada orang ramai mengenai Interlok.

“Ramai lagi yang tak faham mengenai Interlok ini. Jadi kami akan jelajah negara untuk memberi penerangan kepada mereka,” katanya.

NONEMuhyiddin yang juga menteri pelajaran sebelum ini berkata, novel Interlok akan kekal digunakan sebagai teks komponen sastera mata pelajaran Bahasa Malaysia tingkatan lima dengan pindaan dibuat kepada bahagian yang dianggap sensitif.

Katanya, pindaan itu dibuat selepas panel bebas mengkaji novel Interlok telah mengenal pasti bahagian yang dianggap sensitif itu.

Novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu menimbulkan kontroversi berikutan keputusan Kementerian Pelajaran memilihnya sebagai teks sastera Tingkatan Lima tahun ini kerana didakwa terdapat perkataan yang menyinggung perasaan masyarakat India di negara ini.


Isu Produk Makanan Halal
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) berasa amat terkejut dengan laporan tentang pendedahan Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mengenai penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.

Bahkan, kejutan berganda menyusur dengan dakwaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), bahawa bahan-bahan tersebut dikatakan digunakan oleh rangkaian kedai francais makanan Secret Recipe yang terkenal di Malaysia dengan langganan ramai dari masyarakat Islam.

Ini adalah lanjutan daripada beberapa kes lain seperti penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang dikeluarkan kepada Lucky Food Processing Sdn Bhd yang mengeluarkan daging, sosej dan bebola daging
kerana terdapat DNA babi dalam produk mereka serta dakwaan kepada tiga pengarah syarikat Rail Passion Sdn. Bhd. atas dua tuduhan menjual kopi mengandungi DNA babi di kedai minuman, Kluang Rail.

Rentetan insiden sebegini bukan sahaja memeranjat dan merisaukan, terutama bagi masyarakat beragama Islam, bahkan menimbulkan tanda tanya tentang proses pengeluaran sijil halal serta pemantauan yang dilaksanakan. Ini termasuklah bagaimanakah syarikat-syarikat terbabit mendapat sijil halal mereka pada mulanya dan bagaimanakah pula kekerapan dan keberkesanan sistem pemantauan pihak berkuasa terhadap pemegang-pemegang sijil halal.

Hal sebegini amatlah penting memandangkan lebih 60 peratus daripada penduduk negara adalah masyarakat beragama Islam yang pastinya berasa tertipu dengan sebarang sijil halal palsu ataupun pemegang sijil halal yang menjual produk makanan yang mempunyai najis berat seperti babi.

Jika itu berkenaan dengan masalah yang dihadapi berkenaan pihak yang mempunyai sijil, Pemuda UMNO juga gusar dengan sikap sebilangan pengusaha makanan yang tidak peka dengan sensitiviti umat Islam di mana hanya 366 daripada lebih 2,000 hotel dan resort yang terdapat di negara ini memiliki sijil halal yang diiktiraf.

Ini semua amatlah memalukan bagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang sentiasa mempelopori usaha ke arah penerokaan peluang industry pasaran makanan halal dunia, yang dianggarkan bernilai USD661 billon dan berkembang pada tahap 20 peratus setahun, tetapi menanggung masalah dalaman dari segi integriti dan pematuhan dalam isu pokok iaitu pensijilan halal.

Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO menggesa agar suatu tindakan yang tegas dan serius diambil di dalam perkara ini. Maka, kami menggesa agar kesemua proses permohonan sijil halal dibekukan sehingga suatu proses pengauditan yang komprehensif oleh sebuah badan audit bebas terhadap proses kelulusan permohonan persijilan halal oleh Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM) serta kesemua Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri selesai. Pada masa yang sama Pemuda UMNO juga menggesa agar Kerajaan mengkaji semula dan memantau kesemua 52 badan pensijilan halal diluar negara yang mana sekarang ini diiktiraf oleh JAKIM bagi mengeluarkan sijil halal.

Hisham arah polis siasat status 'Sultan Sulu'
Mei 29, 11 5:18pm

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengarahkan polis untuk menyiasat status kewarganegaraan Datu Mohamad Akjan Datu Ali Muhamad, yang mengisytiharkan dirinya sebagai "Sultan Sulu" pada 2 Februari lalu.

NONE"Jika benar dia melanggar undang-undang, maka dia perlu menghadapi apa jua tindakan yang ada kepada kita mengikut undang-undang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat pelantikan kepada Pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah Ismail Ahmad dan Pengarah Jabatan Penjara negeri Suria Idris, kedua-duanya penduduk Sabah, di Kota Kinabalu, hari ini.

Hishammuddin diminta mengulas gesaan para pemimpin dari parti-parti komponen BN termasuk Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan pembangkang supaya kewarganegaraan Mohamad Akjan dilucutkan kerana membuat pengisytiharan itu.

Mohamad Akjan diisytihar sebagai Sultan Sulu ke-33 iaitu keturunan langsung Sultan Sulu terakhir, Paduka Mahasari Maulana Al-Marhum Shariful Hashim 1, dalam satu upacara tertutup yang dihadiri sekumpulan 60 orang termasuk pengikutnya dari wilayah Sulu di rumahnya di Kampung Likas.

Mereka berkata mengangkat sumpah taat setia kepada kuasa asing merupakan "satu tindakan tidak setia atau penderhakaan besar dan satu kesalahan serius di bawah undang-undang dan bahawa status Mohamad Akjan dan identiti sebenar, sama ada dia warga Malaysia atau Filipina sebenar yang datang ke Sabah sebagai seorang pelarian, merupakan satu perkara yang menyentuh kepentingan awam.

NONEHishammuddin berkata, kementerian memandangkan serius perkara itu dan memberi kuasa kepada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib, dengan bantuan pegawai dari Bukit Aman, untuk menyiasat dengan teliti.

"Kita perlu tahu sama ada boleh didakwa. Jika dia (Mohamad Akjan) menjadi satu risiko kepada keselamatan maka apa sahaja undang-undang yang perlu, kita akan gunakan tapi yang paling penting tidak berlaku penyalahgunaan undang-undang.

"Kita bukan berpolitik apabila bercakap soal keselamatan. Itu sahaja yang saya boleh minta daripada polis dan sekarang ini imej polis adalah sangat baik, kita tak mahu imej polis tercemar oleh pertimbangan yang lain," katanya sambil meminta isu itu tidak dipolitikkan.

- Bernama

'Calon Melayu DAP gusarkan Umno'
Mei 29, 11 4:31pm

Tindakan DAP yang mungkin meletakkan calon Melayu pada pilihan raya umum akan datang semakin menggusarkan pemimpin BN, khususnya Umno yang menyifatkan tindakan itu sebagai tamak.

NONEMenurut ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Seri Noh Omar yang dipetik Bernama, berkata, tindakan itu dibuat berikutan beberapa negeri yang memperuntukkan hanya orang Melayu sahaja menjadi ketua negeri berbanding kaum lain.

Dakwanya kejadian yang berlaku di Perak selepas pilihan raya umum ke-12 lalu patut dijadikan iktibar kepada mereka untuk memilih orang Melayu dalam parti itu bertanding pada pilihan raya umum nanti.

"Perkara itu perlu dilihat oleh rakan parti pembangkang lain khususnya PAS kerana selama ini mereka diperkudakan oleh DAP demi kepentingan politik sendiri dan untuk itu pemimpin Melayu dalam PAS perlu menyedarinya supaya jika tersilap langkah, ia akan merugikan kaum itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno di Temerloh hari ini.

Bernama
juga melaporkan Noh mendakwa orang Melayu yang masih dalam dilema memilih parti yang boleh meneruskan perjuangan mereka.

NONEMenurutnya perjuangan DAP adalah satu kaum dan ia boleh dilihat dengan nasib Melayu yang berlaku di Pulau Pinang.

Katanya, hanya Umno sahaja mampu memperjuangkan nasib rakyat sehingga mendapat manfaat daripada pelbagai pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan.

Laporan itu bagaimanapun tidak menghuraikan cara Umno memperjuangkan nasib bukan Melayu.


Wan HoraHora HuruHara · Junior Process Engineer at Bristol Technologies
bodoh agaknye menteri ni kata dap perjuangan satu kaum.. lim guan eng kaum ape? karpal singh kaum ape? satu kaum ke lebih?
  • Mark Jengs · Top Commenter
    xsemestinya menteri itu org cerdik.....
Lukas Fahmi Gerard · Top Commenter · umur 33 tahun
contoh kat penang katanya...woi noh....dap baru pegang 3 thn dah leh tukaq semua tanah kat penang tu jadi milik orang cina ka? tu tapak komtar la..yg asainya hak n milik sekolah agama tu.....sapa punya keja..mangkuk oi....dap ka?


Umat Islam diingatkan tak minum 'bir halal'
Mei 29, 11 11:16am

Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak meminum sejenis bir yang didakwa halal oleh syarikat pengedarnya kerana didapati mengandungi alkohol melebihi had yang dibenarkan syarak.

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata dakwaan syarikat itu bahawa kandungan alkohol cuma 0.01 peratus adalah tidak benar selepas ujian makmal mendapati kandungannya sebanyak 0.5 peratus.

Katanya Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) bersama Majlis-Majlis Agama Islam Negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam.

"Kita akan merujuk kepada Jabatan Kastam diRaja Malaysia (KDRM) untuk mendapatkan maklumat lebih jelas," kata Jamil Khir kepada pemberita selepas menutup program Juara Rakyat anjuran Umno Bahagian Padang Serai di Padang Awam Pekan Sungai Karangan, petang semalam.

Akhbar semalam melaporkan mengenai penjualan 'bir halal' di pasaran yang semakin popular di kalangan umat Islam dan dikesan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) baru-baru ini.

beer alcohol banAkhbar berbahasa Melayu yang memetik satu sumber berkata, JAIJ mengambil contoh minuman itu untuk diuji di makmal dan hasilnya mendapati bir tersebut dihasilkan dari pelbagai perisa buah-buahan mengandungi 0.5 peratus alkohol.

JAIJ kemudian memaklumkan kepada JAKIM dan KDRM supaya mengambil tindakan sewajarnya termasuk menghentikan penjualannya jika perlu.

Akhbar itu turut memetik Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsuddin sebagai berkata bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.

Katanya ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semulajadi.

NONEMinuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Timur Tengah itu banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini yang dijual antara RM3 hingga RM5 sebotol.

"Dalam keadaan tidak pasti, saya ingin menasihatkan umat Islam berhenti meminum minuman itu supaya tidak terperangkap dalam situasi yang mengelirukan," kata Jamil Khir.

Sebelum itu, dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa kesal kerana ada pihak-pihak yang ghairah mempermainkan institusi Mufti dan melabelkan mufti ke taraf terendah dan menyifatkan perbuatan itu sebagai biadap dan menghina agama.

- Bernama

"Polis bodo": Pekerja berhadapan denda RM100
Mei 29, 11 4:19pm

Gara-gara mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis, seorang pekerja sebuah butik di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) berhadapan dengan hukuman denda sehingga RM100.

Nur Syafa Watiha Wahab, 19, dari Kampung Telaga Batin, Seberang Takir didakwa di Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan melakukan perbuatan itu kira-kira jam 1 petang semalam di hadapan LTSM.

Dia dituduh mengeluarkan perkataan "polis bodo" terhadap Konstabel Mohd Hafifi Ali dari Cawangan Pencegahan Jenayah, Balai Polis Gong Badak yang ketika itu menahannya kerana tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Insp Zainudin Abd Ghani mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahn-kesalahan Kecil 1957 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM100.

Tertuduh yang memakai baju lokap berwarna ungu dan bertudung hitam mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Seksyen/Masjistret Rusilah Chik.

Mahkamah kemudian menetapkan 7 Jun ini sebagai tarikh jatuh hukuman dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu tarikh tersebut.

Dalam kejadian itu, tertuduh yang bekerja di sebuah butik di LTSM dilaporkan tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal ke tempat kerjanya.

Dia kemudian terserempak dengan anggota polis berkenaan yang ketika itu sedang menjalankan rondaan dan dia diarah berhenti untuk tujuan pemeriksaan.

Tertuduh bagaimanapun dikatakan tidak berpuas hati apabila ditegur mengenai kesalahannya itu dan bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dengan menggelar bodoh terhadap anggota polis terbabit.

- Bernama


Zahid: Budaya kecil hati, pujuk hanya rugikan Umno
Mei 29, 11 5:09pm

Satu modul akan dirangka bagi "merawat" kekecewaan anggota Umno yang tidak terpilih sebagai calon pilihan raya kerana ia boleh merugikan parti jika tidak ditangani, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid Umno VPAhmad Zahid yang ditugaskan merangka modul itu berkata, anggota Umno sebelum ini banyak menghabiskan masa selama beberapa hari dalam tempoh berkempen untuk memujuk anggota yang merajuk akibat tidak terpilih daripada menumpukan perhatian kepada kempen bertemu pengundi.

"Modul untuk menghakis budaya berkecil hati dan merajuk itu akan dirangka dalam simulasi pilihan raya umum olok-olok tidak lama lagi," katanya, sambil menambah beliau ditugaskan Majlis Tertinggi Umno sebagai pengerusi dan penyelaras untuk simulasi pilihan raya di setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Saya akan tentukan antara modulnya untuk memastikan supaya jentera parti diwujudkan awal dan dihakiskan soal-soal sakit hati, jauh hati dan retak hati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Titiwangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di Kuala Lumpur hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata budaya itu perlu dihentikan segera kerana ia boleh dianggap sebagai perbuatan sabotaj selain membolehkan anggota Umno memberi fokus kepada pilihan raya.

"Bila kerusi Parlimen dan DUN dibubarkan, masa tu bakal-bakal calon dan wakil rakyat berkeliaran, yang wakil rakyat nak lobi supaya kekal dan bakal calon lobi untuk dipilih. Sampai hari penamaan calon yang tak dapat merajuk.

NONE"Jadi, kalau kempen ditetapkan 10 hari, lima hari pertama pujuk untuk orang yang tak dapat manakala lima hari kedua baru kempen untuk pilihanraya, jadi ketika itu parti lawan masuk mempengaruhi pengundi," katanya, sambil menambah bahawa beliau bercerita melalui pengalaman.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Ahmad Zahid menegur ahli dan pemimpin Umno
yang menyalahguna media baru seperti Facebook, Twitter dan blog untuk mengecam sesama ahli dan bermusuhan.

Katanya, media baru itu seharusnya digunakan sebaiknya untuk mendekati pengundi dengan memberikan penjelasan dasar parti seterusnya melemahkan parti lawan.

- Bernama

PRU-13: Parti komponen BN diarah siap sedia
Mei 29, 11 2:29pm

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan semua parti komponen bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dan memperkemaskan jentera pilihan raya masing-masing mulai sekarang.

NONEKatanya, PRU-13 adalah tumpuan utama BN kerana ia soal hidup atau mati dan disebabkan itu kesemua anggota parti diminta melupakan soal pemilihan parti masing-masing.

"Tumpukan pada pilihan raya dan kemaskan jentera masing-masing. Jangan fikir sangat soal lobi melobi atau siapa nak pegang jawatan kerana yang lebih penting ialah PRU-13 soal hidup mati parti, kita hendaklah lupakan soal pemilihan untuk sementara waktu," katanya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Bayan Baru di Georgetown hari ini.

Beliau berkata, BN perlu menggunakan pendekatan luar biasa untuk menyelesaikan masalah rakyat dan harus bersungguh-sungguh turun ke padang.

"Kalau BN negeri berhasrat untuk menebus kekalahan pada pilihan raya lepas, kita tidak harus memperkecilkan apa yang mereka (kerajaan negeri) buat.

umno 65th anniversary 110511 leaders waving flags"Sebaliknya, kita harus berusaha dan bekerja sebagai satu pasukan untuk mendapat balik sokongan rakyat," katanya.

Timbalan Perdana Menteri juga berkata, pemimpin BN perlu akur dan jujur bahawa sememangnya terdapat kelemahan dalam parti masing-masing dan disebabkan itu mereka haruslah merancang apakah yang perlu dilakukan untuk mendapat semula sokongan rakyat.

"Kita hendaklah bangun daripada kekalahan dan memperkukuhkan organisasi bukan sahaja Umno tetapi juga semua komponen lain seperti MCA, Gerakan, MIC, PPP dan lain-lain," katanya.

mca egm 130311 pcKatanya, sememangnya terdapat tanda-tanda sokongan orang Melayu kepada BN, orang India kepada MIC dan sedikit orang Cina terhadap MCA dan Gerakan.

Beliau berkata, pemimpin BN negeri tidak harus lupa dengan peranan mereka untuk membantu rakyat walaupun landskap politik berubah dan mereka menjadi pembangkang di Pulau Pinang.

- Bernama

Shafie: Umno, BN mampu tawan negeri Pakatan
Mei 29, 11 2:38pm

Umno dan BN mampu menawan semula negeri-negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat sekiranya semua anggota parti bekerja keras untuk parti dan tidak melebihkan kepentingan peribadi.

shafie apdal and mps no defection pc 280808 04Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, kekalahan BN di beberapa negeri pada pilihan raya umum lebih dilihat kepada kegagalan jentera parti bekerja keras selain masalah berebut untuk menjadi calon yang akhirnya menimbulkan perbalahan sesama sendiri.

"Umno akan hilang kuasa jika ahli dan pemimpin lebih mementingkan jawatan daripada perjuangan membela rakyat. Pilihan raya akan datang ini menjadi satu ujian kepada ahli supaya bersatu dan merebut kembali kerusi yang telah ditawan pembangkang.

"Jika ahli-ahli Umno bekerja keras, tidak mustahil Umno akan dapat merampas semula kawasan tersebut", katanya ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kuala Krau, di Temerloh, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, orang Melayu perlu sedar bahawa hanya Umno sahaja parti yang memperjuangkan nasib bangsa, agama dan negara ini selama ini.

- Bernama

Pakar perlembagaan tolak hujah Gaps
Mei 28, 11 10:06pm

Pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari hari menolak dakwaan kononnya perlembagaan persekutuan memperuntukkan hanya orang Melayu dan Bumiputera mempunyai hak eksklusif bagi mendapatkan biasiswa.

Katanya, pihak yang membuat dakwaan itu hanya berdasarkan peruntukan 'keistimewaan Melayu' sebenarnya telah menyalah tafsirkan undang-undang.

NONE"Mungkin peruntukan yang dimaksudkan oleh Gaps (Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor) adalah Perkara 153 yang menyentuh kedudukan istimewa Melayu; sesuatu lanjutan dari peruntukan dalam Perjanjian Persekutuan Malaya 1948,” kata Abdul Aziz.

Beliau yang juga seorang pensyarah undang-undang berkata perkara itu “hanya menyebut kedudukan istimewa” tanpa menghuraikannya dan tidak secara khusus menyebut mengenai hak keistimewaan itu.

Gaps hari ini meminta semua pihak supaya tidak menjadikan kemelut pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai isu perkauman. Ini kerana menurut kumpulan pendesak yang condong kepada Umno itu, perlembagaan negara menyatakan dengan jelas bahawa hanya orang Melayu dan Bumiputera mempunyai hak untuk menerima biasiswa kerajaan.

Bagaimanapun Abdul Aziz menyangkal hujah yang dibuat itu.

"(Dalam) Perkara 153, perlembagaan tidak menyebut 'hak' seumpama itu.

"Ia hanya menyebut 'kedudukan istimewa' tanpa menghuraikannya. Dalam fasal (1) Perkara 152 malah disebut 'hak' atau kepentingan kaum-kaum yang lain,” katanya lagi.

Tiada ulasan: