Sehubungan itu, beliau juga mahu bantuan seperti biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam atau JPA diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang bagi membantu mereka mengikuti kursus pilihan mereka.
Malah, katanya, dalam kes pelajar cemerlang, Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) bersedia menukar pinjaman kepada biasiswa demi membantu mengurangkan beban ibu bapa.
"Siapa kata biasiswa tidak ada? Program kita PTPTN diganti anak miskin mesti dapat biasiswa, mana ada sistem di dunia ni anak miskin tak dapat biasiswa?" soalnya pada ceramah umum Pakatan Rakyat di Parit Pecah, Muar Johor malam semalam.
TV Selangor juga memetik Anwar berkata pelajar Cina dan India yang miskin juga tidak boleh dinafikan hak mereka mendapat bantuan pendidikan jika mencatat keputusan cemerlang kerana ia adalah tanggungjawab kerajaan.
Baru-baru ini, beberapa pihak mengadu bahawa anak-anak mereka tidak mendapat biasiswa JPA walaupun mencatat keputusan cemerlang dan syarat-syarat lain yang disenaraikan.
Ada juga dikatakan pelajar cemerlang terbabit tidak mendapat tawaran di institusi pengajian tinggi dalam kursus yang bersesuaian dengan keputusan peperiksaan mereka.
Kedatangan Anwar ke Johor kali ini disambut dengan trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan kawalan ketat puluhan anggota polis yang tiba di Muar seawal jam 7 malam semalam lagi.
Namun ceramah kali ini mendapat kerjasama polis yang mensyaratkan program ini tidak menghalang lalu lintas. Pihak penganjur menyediakan skrin gergasi bagi penonton di luar bangunan ceramah.
Turut hadir pada ceramah ini ialah pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng, ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.
“Perlembagaan ini di buat oleh Suruhanjaya Reid, bukan oleh pemimpin Melayu,” katanya dalam usaha cuba memindahkan kesalahan itu kepada lima anggota panel Komanwel yang menggubal perlembagaan negara pada tahun 1965.
Hamidzun mengulas kenyataan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang berkata, “MCA meminta perdana menteri supaya memberikan biasiswa kepada pelajar cemerlang SPM untuk melanjutkan pelajaran di luar negara meskipun Putrajaya mendakwa tidak membuat sebarang janji seumpama itu.”
Sambil menuduh “sesetengah ahli politik parti pemerintah dan pembangkang yang sangat bersifat perkauman dan chauvanistic”, Hamidzun membidas Chua, khususnya dan mencabar ketua parti komponen BN yang kedua terbesar itu meminda perlembagaan jika tidak bersetuju.
“Soi Lek juga kena belajar menjadi pemimpin untuk semua rakyat Malaysia, bukan menjadi jaguh untuk bangsanya sahaja,” kata pemimpin Gaps itu.Cukup la...
Hamidzun juga membidas parti-parti komponen BN yang katanya setiap tahun dalam bulan Mei-Jun MCA dan MIC serta Umno akan menjadi juara kaum masing-masing.
“Gaps melihat isu ini harus diselesaikan secara tuntas agar ianya tidak menjadi polemik tahunan yang tidak menguntungkan rakyat,” katanya sambil menambah pemimpin BN perlu bertanggungjawab mengurangkan jurang perbezaan di antara golongan miskin dan kaya di negara ini.
Bagaimanapun bercanggah dengan dakwaannya hanyak orang Melayu dan Bumiputera yang layak diberi biasaiswa, pada akhir kenyataannya Hamidzun menulis “Pemimpin parti politik harus berjiwa besar membina negara bangsa. Mereka harus berani mempertahankan kepentingan semua kaum berdasarkan asas undang-undang iaitu Perlembagaan Persekutuan.”
"Insaniah bukan hak PAS, Presiden PAS bukan ada locus standi dalam bab ni. Insaniah hak kerajaan negeri," katanya dipetik Harakahdaily.
Bercakap pada satu sidang media, semalam, Azizan bagaimanapun berkata keenam-enam pelajar berkenaan boleh membuat rayuan jika mereka tidak berpuas hati.
Jelasnya, rayuan berkenaan boleh dibuat kepada rektor KUIN Prof Datuk Jamil Osman.
"Kalau pihak terlibat rasa tidak puas hati dengan keputusan panel tatatertib atau pentadbiran, dia boleh rayu kepada rektor.
"Kalau rektor pun dia tak puas hati juga, dia boleh rayu kepada menteri besar sebagai pengerusi kepada universiti," katanya.
Mohd Faiz Mohd Arshad digantung dua semester manakala Mohd Aiman Che Ab Razab, Zukhilatif Marzukhi, Mohd Azlan Mat Zain dan Ahmad Remi Md Arof, digantung satu semester dan diberi surat amaran.
Seorang lagi, Mohamad Farhan Bin Mohamad Baharin juga diberi surat amaran dan didenda RM100.
Semua mereka didakwa di bawah kesalahan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) kerana menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.
"Mana-mana universiti di dunia ini pun dia ada dia punya akta, perlembagaan universiti.
"Kalau ada benda-benda yang dirasai oleh pihak pentadbiran bercanggah dengan undang-undang, maka tindakan diambil mengikut perbicaraan yang adil dan ada bukti," katanya lagi.
Tindakan Azizan dan KUIN ini dibidas pelbagai pihak terutamanya pelajar kerana Pakatan Rakyat sebelum ini pernah berjanji akan membubarkan AUKU jika mereka berkuasa tetapi pada masa yang sama kerajaan negeri pimpinan mereka cuba mengekang kebebasan bersuara mahasiswa.
Menurutnya perjuangan pemimpin-pemimpin Melayu dahulu tidak korup seperti pemimpin Umno hari ini yang hanya bersandarkan kepada amalan politik jijik yang menjengkelkan sehingga sanggup menjatuhkan martabat sesama umatnya.
"Za'ba, pendeta Za'ba, pemikir Melayu, sasterawan ahli bahasa ulung, apa pandangan dia? Bila bicara soal Melayu, miskin apa Melayu?
“Miskin harta benda tapi dia bimbang yang miskin akhlak, miskin budi pekerti, miskin semangat tewas tak sanggup berjuang menolak sistem penjajah Inggeris," kata Anwar pada ceramah umum Pakatan Rakyat di Parit Pecah, Muar Johor malam semalam.
Bukan itu sahaja, malah, katanya yang dipetik TV Selangor, isteri, anak dan cucu beliau juga terkena tempias gelora politik kotor Umno itu.
Pada ceramahnya ini, Anwar turut menyeru supaya semangat perjuangan yang ditunjukkan oleh Tun Seri Lanang dan Pendekta Za'ba diteladani oleh pemimpin hari ini.
Katanya, pemimpin Umno hari ini lebih mementingkan isteri dan juga anak-anak serta kroni semata-mata dan membiarkan rakyat terus dihimpit kesusahan akibat sikap tamak haloba mereka.
Baru-baru ini kerajaan menarik subsidi gula bernilai RM116 juta, tetapi mengekalkan peruntukan RM19 bilion setahun kepada syarikat-suarikat Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) seperti YTL Corporation Berhad, Malakoff Corporation Berhad dan Genting Sanyen.
Sendayan terletak kira-kira 12 kilometer dari Seremban.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu atau saiz pengkalan yang bakal dibina.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berada dalam sesi media yang sama berkata: "Satu pengumuman yang lebih lanjut mengenainya akan dibuat nanti,".
Akhbar hari ini memetik Panglima TUDM Tan Sri Rodzali Daud sebagai berkata lokasi pangkalan udara baru itu telah dikenal pasti tetapi enggan menyatakan lokasinya kerana kontrak mengenainya akan ditandatangani pertengahan Jun.
Katanya TUDM akan menjadikan pangkalan itu sebagai pangkalan latihan dan menempatkan unit-unit latihan yang terdapat di setiap pangkalan udara di seluruh negara di satu lokasi sahaja.
Pada masa sekarang, terdapat pembekuan selama tiga bulan dari pengambilan kakitangan baru untuk menggantikan jawatan-jawatan kosong, katanya.
Saiz yang bersesuaian ini akan memberi manfaat kepada negara iaitu para pegawai dan kakitangan yang lebih produktif.
“Keadaan tersebut berlaku dalam keadaan gelombang penolakkan rakyat terhadap BN sedang berlangsung dalam keadaan BN terus menerus mengharapkan simpati untuk terus kekal berkuasa.
“Kerana itu populariti BN cuba dipulihkan kononnya kerajaan prihatin dengan cuma menangguhkan kenaikan harga minyak namun nampaknya masih tidak berhasil mengembalikan sokongan rakyat.
“Kebangkitan rakyat pada masa sekarang boleh disifat sebagai air yang mengalir yang tidak mampu dibendung dan disekat lagi. Kerana itu kebangkitan rakyat kearah perubahan tidak akan terhenti setelah mereka menghukum BN dalam PRU akan datang,” kata Khalil dalam satu kenyataan media di Parit Buntar, hari ini.
Bagi Khalil yang juga ADUN Titi Serong, pilihan raya 'olok-olok' itu hanya membuang masa dan membuktikan kegusaran pemimpin Umno dan BN mengenai kemungkinan kehilangan kuasa.
“Saya juga mempersoalkan punca kewangan yang akan digunakan untuk mengadakan pilihan raya umum olok-olok yang boleh dikatakan membuang buang masa . Ia tidak lebih kepada bukti jelas tentang kebimbangan pemimpin Umno dan BN kehilangan kuasa.
Menurut Khalil adalah lebih baik dana awam itu “disalurkan untuk kepentingan membantu rakyat bawahan yang masih memerlukan bantuan”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan