Khamis, 20 November 2014

TERUK TAK...KATA BELA ISLAM...MEMPERTAHANKAN ISLAM...HUDUD TAK JALAN2 JUGA



MAS tidak akan muflis jika tidak jual arak
  • MAS MAS
1 / 1
SHAH ALAM – Tindakan menarik semula penjualan arak dalam pesawat milik MAS tidak akan menyebabkan syarikat itu muflis, demikian menurut pakar ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin.

Beliau berkata, MAS perlu mengikut jejak langkah syarikat penerbangan lain seperti Emirates Airlines dan Brunei Airlines yang masih menjadi pilihan penumpang serata dunia, walaupun tidak menghidangkan arak.

“Menghidangkan arak dalam pesawat tidak menguntungkan MAS, Jika tiada minuman itu pun, MAS tidak akan muflis.

"Tiada keperluan untuk menghidangkan arak dalam pesawat kerana tidak semua penumpang meminumnya," katanya, semalam.

Beliau berkata, MAS perlu berubah dengan tidak lagi menyajikan arak di dalam pesawat kerana langkah itu dapat menaikkan lagi imej syarikat penerbangan itu di mata dunia.

“Jika tidak hidangkan arak sekalipun, MAS boleh sediakan minuman lain. Saya percaya penumpang setia yang menaiki MAS tidak akan membantah dengan keputusan itu." katanya.

Beliau berkata, MAS perlu meningkatkan tahap perkhidmatan kepada pelanggan jika benar ingin melihat syarikat itu terus maju dan kukuh.

“Penumpang tidak melihat kepada hidangan arak kerana ia adalah perkara kecil. Seelok-eloknya MAS meningkatkan perkhidmatan yang ditawarkan dan menjaga kualiti sedia ada untuk menarik lebih ramai penumpang,” katanya.

Beliau juga bimbang penumpang MAS akan berkurangan setelah mengetahui bayaran dalam tiket mereka termasuk caj arak.

"Masyarakat Islam khususnya sudah mengetahui tiket yang dijual ada ‘sahamnya’ kepada penghidangan arak dalam pesawat. Sudah pasti mereka tidak mahu menggunakan perkhidmatan syarikat ini lagi.

"MAS tidak boleh buat perkara ini kerana ia mengundang rasa marah masyarakat Islam. Hentikan segera cara itu,” katanya.

Caj arak: Henti tipu penumpang Islam
  • PPIM menganggap tindakan MAS memasukkan caj arak dalam tiket dianggap menipu penumpang khususnya yang beragama Islam dan perlu dihentikan segera. PPIM menganggap tindakan MAS memasukkan caj arak dalam tiket dianggap menipu penumpang khususnya yang beragama Islam dan perlu dihentikan segera.
1 / 1
SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa syarikat penerbangan MAS supaya menghentikan caj arak dalam tiket pesawat.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, caj itu memperlihatkan MAS menipu penumpang terutama pengguna Islam yang tidak menyedari tiket yang dibeli turut disertakan dengan caj arak.

"Isu ini bukan perkara main-main kerana melibatkan penumpang Islam. Kerana itu, saya kata penumpang boleh ambil tindakan saman terhadap MAS jika merasakan mereka tertipu dengan tindakan syarikat itu yang (sengaja) memasukan caj arak dalam setiap tiket yang dibeli.

“Sebelum ini, PPIM ada menasihati MAS supaya menghentikan hidangan arak dalam pesawat. Kita harap perkara ini akan dapat dipertimbangkan oleh mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas pendedahan di Dewan Rakyat minggu lalu oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkaitan harga tiket dibeli penumpang MAS adalah termasuk kos hidangan serta caj arak.

Kelmarin, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, memaksa orang Islam beli tiket termasuk kos hidangan arak suatu penipuan berat implikasinya kepada orang Islam.

Dalam pada itu, Nadzim berkata, tindakan MAS ini menyebabkan penumpang Islam turut bersubahat dalam hidangan arak dalam pesawat.

“Dalam Islam, duduk satu meja yang ada hidangan arak pun sudah dikira berdosa, apatah lagi apabila seseorang itu membayar tiket untuk hidangan arak. Betapa besarnya implikasi kepada umat Islam,” katanya.

Katanya lagi, kerajaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia perlu mengambil tindakan serius dalam menangani isu ini bagi mengelakkan timbul kemarahan orang Islam kepada syarikat MAS.

“Sekarang ini pun MAS telah mengalami pelbagai masalah dan krisis ekonomi. Jangan kerana isu ini, syarikat tersebut akan menghadapi banyak lagi masalah," katanya.
Artikel Berkaitan


TLDM: Kapal KD Perantau hampir tenggelam
SHAH ALAM - KD Perantau, kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) hampir tenggelam ketika menjalani selenggaraan refit di Limbungan Boustead Naval Shipyard (BNS), Lumut, Perak malam tadi.

TLDM dalam kenyataannya hari ini berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.17 malam tadi dan usaha menyelamatkan kapal terbabit sedang giat dilaksanakan oleh kontraktor Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB) dengan bantuan TLDM.

"Tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku," katanya TLDM dalam kenyataannya, hari ini.

Kapal itu merupakan kapal hidrografi yang dibina di Limbungan Hong Leong- Lursen, Pulau Pinang dan ditauliahkan pada 12 Oktober 1998.

KD Perantau itu juga telah diserahkan kepada BNSSB untuk menjalani rutin kerja-kerja selenggaraan pasang pulih (refit) mulai 10 November lalu.

Kapal terbabit dijangka siap dan diserah kembali ke TLDM pada 10 Ogos tahun depan.

Dalam pada itu, hampir kesemua peralatan mudah alih seperti motor, pam dan peralatan pengukuran telah dikeluarkan dari kapal sebelum kejadian berlaku.

"Ia adalah sebagai prosedur apabila kapal menjalani refit," katanya kenyataan itu.

Sehubungan itu, sebuah Lembaga Siasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Dulu... beli 2 biji Scorpene...
● Tak boleh menyelam
● Takde sistem persenjataan
● Sapu wang rakyat RM3.3 bilion
● Altantuya dibunuh kejam
Nahhh sekarang... kapal TLDM tenggelam pulak sebelum belayar... Inilah padah bila syarikat kroni yg tiada kepakaran buat kapal perang diberi kontrak...
KEBANGSATAN APAKAH YG MELANDA NEGARA...

Bung Mokhtar dakwa Astro menipu kerajaan, rakyat


bung
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen BN-Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mendakwa saluran televisyen berbayar, Astro telah menipu kerajaan dan rakyat dengan menyiarkan iklan.
Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap stesen televisyen berbayar itu.
“Berdasarkan perjanjian, Astro tidak boleh menyiarkan iklan sebab ianya TV berbayar. (Ini) kalah TV3 (banyak iklan), kita tak nampak mereka dibawa ke mahkamah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Dewan Rakyat.
Memetik laporan BNBBC, Bung berkata, Astro mengutip iklan berbillion ringgit tetapi rakyat dan kerajaan ditipu dan menggesa, “Tutup sahaja Astro ini sebab tidak menguntungkan (rakyat dan kerajaan).”
Terdahulu, beliau mengecam tindakan syarikat tersebut menaikkan bayaran RM5 baru-baru ini namun mutu perkhidmatan masih tidak baik selain mengulang siar program sama dan lama.
Kecaman Bung Moktar terhadap Astro turut mengundang usikan daripada Timbalan Speaker Ismail Mohamad Said yang mengusik: “Kinabatangan (Bung Moktar) tak bimbang kalau ada pelakon yang tak dibenarkan masuk Astro.”
Usikan itu merujuk kepada isteri Bung Moktar, Zizie Ezette merupakan pelakon dan terdapat dramanya turut disiarkan di stesyen tersebut.
Usikan Ismail itu menyebabkan ahli-ahli parlimen turut gelak tetapi turut dijawab sambil gelak oleh Bung Moktar, katanya “rezeki ada di mana-mana”
Sementara itu, ketika menjawab persoalan berkaitan Astro, Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, iklan yang disiarkan hanya 10 minit untuk setiap sejam dan iklan merupakan satu yang universal bagi stesyen televisyen berbayar, lapor FMT.

Pelajar permpuan kena cekup dengan tanganya dalam seluar dalam lelaki sambil beromen


Memalukan!! Seorang pelajar pompuan ditangkap bersama pasangannya ketika melakukan perbuatan tak bermoral ditangga sebuah sekolah..
Kejadian berkenaan disedari oleh guru sekolah terbabit melalui aduan yang diterima..
Ketika ditangkap, pasangan pelajar terbabit sedang melakukan aksi ringan-ringan dan tangan pelajar pompuan terbabit sedang berada didalam seluar pasangannya..
Bagi gua, ini menunjukkan bahawa keruntuhan akhlak dikalangan remaja sekolah kini berada ditahap yang membimbangkan..
Kalau dah tepi tangga sekolah sendiri pun dorang sanggup beromen, cuba bayangkan apa yang couple tu boleh buat kalau dorang berada dalam bilik? Hancur beb!!!
So.., nak salahkan sapa kalau perkara macam ni terjadi beb..? Nak salahkan kerajaan? Salahkan pemimpin atau salahkan masyarakat?
Sebenarnya, gua berpandangan bahawa perkara-perkara macam diatas tu dapat dielakkan jika didikan dari rumah serta kawalan oleh ibubapa dititikberatkan..
Kalau dirumah sendiri pun tak diajar agama dan batas-batas kemanusiaan, jangan haraplah anak-anak kita akan jadi manusia bermoral beb..
Dan kalau kawalan dari ibubapa sendiri tak ada untuk mengawal perangai anak-anak diluar rumah, jangan mimpilah generasi muda kita akan jadi generasi yang ada jati diri..

Isteri keluar bekerja, suami rogol anak di rumah


perkosaKUALA TERENGGANU – Perbuatan jijik seorang buruh yang tergamak menjadikan anak tirinya sebagai tempat melampiaskan nafsu, menerima balasan apabila dia dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan 16 sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam.
Tertuduh dijatuhi hukuman itu selepas mengaku salah atas empat pertuduhan melakukan sumbang mahram iaitu merogol mangsa sebanyak empat kali di lokasi dan tarikh berasingan.
Tertuduh mengaku salah bagi pertuduhan keempat merogol mangsa di kawasan ladang kelapa sawit, Kampung Padang Tapong, Jerteh, Besut, kira-kira jam 12 tengah hari, pada 21 Ogos 2013, yang ketika itu mangsa sudah berusia 18 tahun.
Dengan itu, dia mengaku salah atas keempat-empat pertuduhan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.
Berdasarkan fakta kes, pada Ogos 2007, kira-kira jam 10 malam hingga 11 malam, semasa tertuduh membawa pulang mangsa dari kelas malam dengan menaiki motosikal, dia telah memberhentikan motosikalnya di kawasan ladang getah sebelum bertindak merogol mangsa di situ sebanyak sekali.
Keesokannya, mangsa menceritakan kejadian berkenaan kepada ibunya dan terkejut mendengar berita tersebut, ibu mangsa bertindak memarahi suaminya, namun tertuduh telah memukul isterinya serta mangsa.

Pada pertengahan Mei 2011, kira-kira jam 7.30 pagi semasa ibu mangsa keluar bekerja menoreh getah, tertuduh sekali lagi merogol mangsa di ruang tamu rumah mereka.
Sejurus ibunya pulang, mangsa menceritakan perbuatan jijik bapa tirinya itu, namun selepas mendapat tahu perbuatannya disebarkan kepada isterinya, tertuduh sekali lagi memukul mangsa dan isterinya itu.
Pada pertengahan Mac 2012, jam 10 pagi, akur dengan arahan bapa tirinya itu yang menyuruh dia mengikutnya ke pekan Jerteh dengan menaiki motosikal, mangsa sekali lagi menjadi pemuas nafsu tertuduh.
Tertuduh memberhentikan motosikalnya di kawasan hutan dan di situ dia sekali lagi merogol mangsa.
Seterusnya, pada 21 Ogos 2013, semasa ibu mangsa berada di Hospital Besut kerana melahirkan anak bongsu, mangsa diajak tertuduh ke ladang kelapa sawit dan disebabkan takut dengan bapa tirinya itu, mangsa akur sebelum dirogol di situ.
Bagaimanapun, pada 3 September 2013, disebabkan tidak tahan lagi diperlakukan sedemikian, mangsa nekad menceritakan kejadian itu kepada rakan sekelasnya yang kemudiannya telah memaklumkan kepada guru kaunseling sekolah mereka.
Keesokannya, setelah dirujuk kepada wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah Besut, mangsa dibawa ke Balai Polis Kampung Raja untuk membuat laporan, sebelum tertuduh ditangkap di hadapan rumahnya hari sama laporan dibuat, iaitu kira-kira jam 8 malam, lapor Sinar Harian.

Wanita ditahan bersekedudukan hingga lahir 5 orang anak


2464
MELAKA - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) pada Rabu menahan seorang wanita berusia 31 tahun di Pulau Besar di sini kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang lelaki sehingga melahirkan lima orang anak.
Ketua Penguatkuasa JAIM Rahimin Bani berkata wanita itu ditahan ketika sedang tidur bersama semua anaknya berusia antara satu hingga 11 tahun di dalam sebuah khemah di tepi pantai pulau berkenaan kira-kira pukul 10 pagi.
Katanya JAIM percaya lelaki berusia 37 tahun yang merupakan pasangan wanita itu berada di pulau berkenaan tetapi melarikan diri ketika pemeriksaan dijalankan.
“Siasatan mendapati wanita itu tidak mempunyai sijil perakuan nikah manakala semua anaknya tidak mempunyai sijil kelahiran dan mereka sebelum ini tinggal di Masjid Tanah (Alor Gajah, Melaka) sebelum berpindah ke pulau itu kira-kira dua bulan lepas,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, Khamis.
Rahimin berkata wanita yang berasal dari Jengka, Pahang itu mendakwa telah berkahwin dengan lelaki itu di Thailand pada tahun 2002.
Beliau berkata wanita itu turut mendakwa empat anaknya lahir di Melaka manakala anak bongsunya lahir di Seremban, Negeri Sembilan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Melaka 1991 kerana bersedudukan.
Sementara itu Rahimin berkata JAIM sering melakukan pemeriksaan bagi mengekang kegiatan berunsur khurafat yang dijalankan di kawasan kubur di pulau berkenaan.
“Kami meminta orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kegiatan berkenaan untuk tindakan lanjut,” katanya, lapor Bernama.

Pakar forensik siasat keaslian video seks


Pakar forensik siasat keaslian video seks
KUALA LUMPUR – Polis sudah menghantar klip video seks seorang lelaki mirip penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus, 50, ke Jabatan Forensik bagi merungkai kesahihan video kontroversi tersebut.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md. Isa berkata, pakar forensik Polis Diraja Malaysia perlu menganalisis kandungan video itu untuk mengenal pasti keasliannya selain menyiasat sama ada ia menggunakan teknik pertindihan.
“Kita juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi mengesan dalang yang menyebarkan video ini.
“Kita menyiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu berkaitan penyebaran dan memiliki bahan lucah. Jadi kita kena siasat dulu untuk pastikan dari mana punca video itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Isteri ustaz curang maut rentung dipanah petir


Isteri ustaz curang-
Bertemu kembali dalam sudut bicara labu emas. Sembilan hari labu tidak bersiaran kerana tugas luar kawasan kali ini saya ingin kongsi kan kisah menarik yang di perolehi dari negara jiran, namun nama dan tempat terpaksa di sembunyi kan agar tidak mengaibkan sesiapa kisah seorang isteri yang curang sehingga maut di sambar petir ketika berzina dengan lelaki lain.
Hashim merupakan seorang ustaz di sebuah daerah mempunyai perwatakan yang baik di kampung. Beliau mengajar anak-anak mengaji dan mempunyai seorang isteri yang mempunyai paras rupa yang cantik dan dari keluarga yang berada. Walaupun Hashim hanyalah seorang guru agama di sebuah pondok namun kebahagian mereka terserlah dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan berusia setahun.
Pada awalnya Hashim agak hairan kerana anaknya mempunyai rupa yang berbeza serta bentuk tubuh yang kurus serta berkulit agak gelap sedangkan diri nya bukan lah tinggi sama juga dengan isterinya dan yang lebih menghairankan Hashim hidung anak nya mancung kerana mempunyai iman dan pegangan ugama yang kuat Hashim menganggap itu satu anugerah untuk keluarga nya.
Hashim akan berada di rumah ketika waktu malam sahaja kecuali Jumaat baru lah beliau tidak mengajar, Maka tinggallah isteri nya bersama anak kecil di rumah, sehinggalah pada satu hari ketika balik dari pondok Hashim mendapat kemalangan sehingga tidak sedarkan diri, terlantar di hospital.
Selama empat bulan barulah Hashim sedarkan diri. Ketika balik Hashim berehat dan gembira dapat bertemu anak isteri nya setelah empat bulan tidak bersua.
Seminggu selepas itu Hashim memulakan tugas nya iaitu mengajar di pondok,seperti biasa, Apabila tiba waktu malam barulah Hashim balik ke rumah, Malam itulah Hashim bermimpi melihat isteri nya memelihara seekor ular sawa yang mempunyai kulit yang amat menarik. Hashim terjaga dari mimpi dalam keadaan berpeluh dan melihat isterinya tiada di sebelah, Hashim bangun dan mencari isteri nya dan lihat isterinya sedang muntah dan memberitahu kepalanya sakit,
Keesokannya Hashim mengambil cuti dan membawa isteri nya ke klinik berhampiran kampung mereka, Setelah di periksa, doktor mengucapkan tahniah kepada Hashim kerana isteri nya telah mengandung empat bulan !
Hashim menjadi bingung kerana dia baru balik dari hospital dan berada bersama keluarga mereka belum pun sebulan, Ketika tiba di rumah Hashim bertanya kepada isteri nya namun isteri Hashim berkeras menafikan dan memberitahu itu adalah benih Hashim sehingga si isteri Hashim sanggup bersumpah mengatakan itu ialah anak mereka,
Perwatakan baik dan sopan santun isterinya yang selama ini dipercayai dan dibanggakan oleh Hashim hilang sekelip mata, Hashim kini mula mencurigai isterinya sendiri sehinggalah Hashim berdoa dan memohon petunjuk jika itu memang anak Hashim.
Keesokan harinya ketika itu hujan turun renyai-renyai, Hashim gagahkan langkah menuju ke pondok menggunakan baju hujan, Walaupun guruh berdentum di langit Hashim tetap ke pondok untuk mengajar,
Hashim kemudian telah dikejutkan dengan satu panggilan,dari ayahnya,di talian. Hashim di minta untuk balik secepat mungkin,kerana sesuatu yang kurang baik telah berlaku.
Hashim meletakkan telefon dan terus bergegas untuk balik meredah hujan,ketika tiba di rumah,dalam keadaan basah kuyup, Hashim melihat ibu bapa dan keluarga mertuanya turut berada di rumah,
Selepas memberi salam, Hashim mendukung anak perempuan nya dan bertanya apa yang berlaku kepada ayahnya, namun ayahnya cuma membisu dan meminta Hashim melihat sendiri,
Ketika melangkah kedalam bilik tidur mereka Hashim terperanjat melihat dua tubuh yang melekat dalam keadaan rentung dalam masa yang sama mengeluarkan kan bau yang amat meloyakan. Hashim hampir rebah bila melihat jasad isteri nya yang rentung bersama seorang lelaki asing berkulit gelap dan tidak bernyawa.
Ibu mertua Hashim meraung menangis meratapi anak perempuan nya yang mati dalam keadaan mengaibkan, Ketika itulah ayah Hashim memberitahu yang mereka kebetulan datang untuk menziarah sambil berhajat untuk melihat menantunya yang hamil, Namun lain pula yang mereka temui.
Hashim bertawakal dan menganggap itu satu ujian besar dalam hidupnya. Hashim tetap menjaga anak perempuan mereka walaupun mula sedar bahawa itu hasil kecurangan isterinya, Hashim tidak menyangka isterinya yang baik sanggup menikam diri nya dari belakang.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan ikhtibar untuk kita semua, Usah lah kita terlalu taksub melaksanakan tugas sehingga lupa akan keselamatan dan kebajikan keluarga, Bersama kita mendoakan agar roh si isteri di ampunkan dan di tempatkan di golongan orang orang yang beriman.
(terima kasih untuk sumber,Haji Minhat)

Anak dan ibu ditangkap bersetubuh



Gorontalo –  Kisah kejadian ini adalah, persetubuhan antara Ibu yang berusia 30 tahun, dengan anak lelakinya berusia 15 tahun. Keduanya tetap melekat seperti terkunci. Pasangan ini sempat dilarikan ke sebuah hospital di kota Gorontalo Indonesia. “Namun malang, pasangan ini meninggal beberapa jam setibanya di hospital,” kata seorang petugas hospital tempat pasangan persetubuhan itu dirawat kepada wartawan Gorontalo Post.Kejadian ini sungguh terkutuk. Ibu dan Anak meninggal dalam keadaan sedang bersetubuh.
Di Gorontalo, kes ini menjadi aib besar. Baik keluarga mahupun pihak hospital sama-sama menutup kes daripada diketahui orang awam.Namun, dari penyiasatan wartawan Gorontalo Post (Group JPNN) ketika sampai di hospital pasangan bersetubuh ini memang sudah dalam keadaan lemah. Tidak jelas, sudah berapa lama pasangan persetubuhan melekat sehingga tak boleh dilepaskan.
Beberapa sumber lain yang dekat dengan keluarga menyebutkan, sebenarnya pasangan ini sempat bertahan beberapa hari sebelum akhirnya diputuskan untuk membawanya ke hospital dan akhirnya meninggal dunia. Di hospital pasukan perubatan memutuskan untuk membedah untuk memisahkan keduanya.”Pembedahan itu terpaksa dilakukan kerana keadaannya memang memaksanya begitu. Mereka kelihatan sudah lemah, dan terus memburuk,” jelas petugas hospital.
Sayangnya, informasi bila dilaksanakannya pembedahan terhadap keduanya, Gorontalo Post tak berhasil mendapatkan informasi yang pasti. “Kami kurang tahu bila dilakukan pembedahan hanya yang jelas sudah dibedah,” kata sumber Gorontalo Post .”Kami dengar sudah meninggal dunia. Tapi kami tidak tahu bagaimana selanjutnya,” sambung sumber tersebut.
Lebih lanjut informasi yang diperolehi,  setelah meninggal jasad ibu dan anak tersebut sempat diletakkan di bilik mayat. Jasad keduanya dibawa pulang oleh pihak keluarga. Proses pengeluaran jasad itu pun dirahsiakan juga. Beberapa sumber mengatakan, jasad keduanya dibawa dengan van ambulance ketika tengah malam. Dan ada sumber mengatakan mayat mereka tidak disimpan di bilik mayat tetapi terus dibawa balik melalui pintu yang dirahsiakan.
Apakah memang ini semua tanda-tanda nyata akhir zaman semakin dekat, kiamat sudah diambang pintu kedatangan, Wallahu a’lam semoga Tuhan senantiasa membawa kita pada jalan yang lurus dan benar – Gorontalo Post

Siti dirogol bergilir – gilir selama tiga hari oleh lima orang rakannya


KUALA LUMPUR – Pertemuan dengan lima rakan untuk makan malam membawa padah kepada seorang remaja berusia 17 tahun apabila dia dikurung di sebuah hotel di Chow Kit dan dirogol bergilir-gilir selama tiga hari sebelum diselamatkan pekerja hotel berkenaan, kelmarin.
Mangsa yang berasal dari Datuk Keramat terjumpa lima rakan lamanya yang berasal dari Sabah di ibu kota pada jam 8 malam Khamis lalu.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Siti itu berkata, selepas berbual lima rakannya itu mengajak dia mengikuti mereka dengan menaiki kereta ke kawasan Chow Kit.
Menurutnya, selepas makan mereka menariknya ke sebuah bilik hotel bajet sebelum ditumbuk beberapa kali oleh tiga rakannya hingga pengsan.
“Tidak cukup dengan itu, saya dirogol bergilir-gilir oleh mereka dan dikurung selama tiga hari di dalam bilik itu.
“Sepanjang tempoh itu, saya dirogol mereka beberapa kali dan tidak diberikan makanan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam. – informasi

Tiada ulasan: