Khamis, 13 November 2014

KITA MUNGKIN DIBERI SEDIKIT KUASA...MUNGKIN KITA BOLEH MELARIKAN KESALAHAN2 YANG DIBUAT SEBAB MENGUNAKAN KUASA YANG ADA...TAPI BOLEHKAH KITA LEPAS DIMAHKAMAH ALLAH SWT

RM138.5 Juta hilang dari DBKL.. Siapakah syaitan yang dikenali itu?

Written By canang on Selasa, 11 November 2014 | 11/11/2014 03:21:00 PTG

Ahli Parlimen DAP Segambut Lim Lip Eng membuat laporan polis hari ini susulan pendedahan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai ketirisan yang berlaku dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Dalam laporan yang dibuat di Balai Polis Sentul, Lim mendakwa wujud unsur jenayah pecah amanah dan penipuan yang menyebabkan DBKL kehilangan RM138.5 juta dalam tempoh 10 tahun. "Saya minta polis menyiasat skandal DBKL itu di bawah Seksyen 409 (pecah amanah oleh penjawat awam) dan Seksyen 420 (penipuan) Kanun Keseksaan atau akta-akta jenayah yang lain," kata Lim dalam laporan polis yang dibuatnya pagi ini. Lim juga menggesa supaya pihak polis menyerahkan laporan tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tindakan selanjutnya. "Selepas siasatan tersebut dibuat, saya berharap pihak polis akan menyerahkan laporan itu kepada SPRM untuk tindakan lanjut," katanya selepas selesai membuat laporan polis. Lim menyifatkan jumlah kerugian besar tersebut tidak munasabah, serta mendesak Datuk Bandar terdahulu hingga sekarang menjelaskan isu kerugian tersebut. "Saya menggesa Datuk Bandar sejak 2004 hingga yang sekarang ini menjelaskan isu kehilangan ini," katanya. Sejak 2004, seramai lima datuk bandar sudah bertukar, Datuk Ruslin Hasan (2004), )Datuk Abdul Hakim Borhan (2006), Tan Sri Ahmad Fuad Ismail (2008) dan terkini Tan Sri Ahmad Phesal. Bagaimanapun, Lim melahirkan kekecewaan terhadap layanan pihak polis serta bagaimana tiada pegawai penyiasat ingin mengambil laporan beliau. "Tiada pegawai penyiasat yang mahu mengambil laporan saya, mereka (polis) tanya saya siapa suspek kes tersebut. "Saya ke sini untuk buat laporan polis, pegawai penyiasat yang sepatutnya mencari suspek tersebut, bukan saya," kata beliau. PAC pada hujung bulan Oktober lalu mendedahkan, DBKL tidak mempunyai unit audit dalamannya sendiri sejak awal penubuhan entiti itu. Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata ia menyumbang kepada kelemahan dalam pengurusan dan kutipan hasil, menyebabkan DBKL kehilangan nilai kutipan kira-kira RM128 juta dalam tempoh 10 tahun. Lim juga tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Menteri Wilayah Datuk Tengku Adnan bin Tengku Mansor, serta menggesa beliau mengambil serius dalam isu kerugian dialami DBKL tersebut lapor The Malaysian Insider





JPJ diarah berhenti operasi nombor plat serta merta


Operasi- Sebentar tadi Menteri Pengangkutan, Liow Tiong Lai telah menghantar surat kepada Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) negeri supaya memberhentikan operasi penguatkuasaan yang dijalankan sekarang.
Operasi yang perlu di berhentikan serta merta oleh pihak JPJ adalah penguatkuasaan ke atas plat nombor pendaftaran . Walau bagaimanapun penguatkuasaan lampu HID dan Strobe Light tetap diteruskan. Surat arahan telah dihantarkan kepada semua Pengarah Negeri melalui khidmat faks untuk kepada anggota JPJ di setiap negeri.
operasi
Sebelum ini pihak JPJ telah mejalakan operasi besar-besaran melibatkan nombor pendaftaran dan ini telah menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia yang berkongsi di laman sosial, lapor Siakapkeli.com.my

Lip Eng : JPJ harus periksa nombor plat di Parlimen

 | November 12, 2014
Nombor pendaftaran kereta timbalan menteri WSW 505 mengelirukan. Manakala, sebuah lagi kereta Alphard menteri, nombor plat itu sekali lagi tidak memenuhi syarat dan spesifikasi nombor plat yang ditetapkan oleh JPJ.
LipEngKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mempersoalkan nombor pendaftaran kenderaan timbalan menteri dan menteri yang tidak mengikut garis panduan yang dibenarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Sebelum ini, JPJ telah menetapkan bahawa huruf, saiz dan jarak haruslah tidak mengelirukan penguatkuasa JPJ. Namun syarat itu telah dilonggarkan dengan mengatakan bahawa nombor pendaftaran kenderaan tidak boleh mengelirukan.
“Hari ini, nombor pendaftaran sebuah kereta timbalan menteri WSW 505 mengelirukan. Manakala, sebuah lagi kereta Alphard menteri, nombor plat itu sekali lagi tidak memenuhi syarat dan spesifikasi nombor plat yang ditetapkan oleh JPJ.
“Bagaimana menteri di Parlimen boleh berbuat demikian?” soalnya dalam satu sidang media di Parlimen, hari ini.
Lim dalam pada masa yang sama turut mencadangkan supaya pihak JPJ mengadakan sekatan jalan raya di pintu masuk Parlimen.
“Saya mencadangkan, JPJ melakukan sekatan jalan. Datang ke Parlimen pada awal pagi di depan pintu pagar. Saya sendiri akan membantu mereka untuk mengadakan sekatan jalan,” ujarnya lagi.
Manakala, bagi Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa beliau melihat bahawa JPJ sudah lari daripada tugas sebenar mereka.
“Sebenarnya tugas JPJ utama adalah melihat setiap pemandu mempunyai lesen memandu, cukai jalan, ini lebih penting. Bukannya mengutamakan nombor plat ini sahaja,” katanya.
Jelasnya, Menteri dan Ketua Pengarah harus bekerjasama sebelum membuat satu pengumuman.
“Ada segelintir penguatkuasa yang memberitahu saya, bahawa mereka keliru.
“Adakah saya kena ikut arahan Ketua Pengarah, timbalan menteri atau menteri? Kena ikut arahan siapa?” soalnya.

Dewan Rakyat kecoh, Najib digesa lepas jawatan menteri kewangan


najib_dewan
KUALA LUMPUR - 
Sesi perbahasan rang undang-undang Perbekalan 2015 pada sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini kecoh apabila ahli parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) berdebat berkenaan jawatan Menteri Kewangan yang disandang oleh ahli Parlimen BN Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahli Parlimen DAP Kluang, Liew Chin Tong ketika mengambil gilirannya berbahas berkata, beliau menyokong cadangan Ahli Parlimen BN Gua Musang, Tan Sri Razaleigh Hamzah yang pernah meminta Najib yang juga Perdana Menteri, melepaskan jawatannya itu.
Tindakan Liew itu menjadi punca tercetus kekecohan apabila ahli Parlimen BN Lenggong dan Bintulu bingkas bangun membidas kenyataan beliau, manakala ahli Parlimen PAS Shah Alam serta DAP Bukit Mertajam turut berdiri bagi menambah pandangan.
“Saya rasa cadangan untuk menggantikan Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan adalah satu cadangan yang penting dan saya rasa isu ini boleh dibincangkan di dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU).
“Isu ini bukan dibangkitkan oleh Gua Musang dan Tun Daim,” katanya ketika membahaskan usul Perbekalan 2015 di Dewan Rakyat hari ini.
Bingkas bangun bagi membidas Liew, ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah menjelaskan bahawa kedudukan ekonomi negara berada pada tahap yang membanggakan di bawah pimpinan Najib.
“Dan pencapaian ekonomi kita membanggakan, itu padangan daripada Gua Musang, tapi tidak semestinya betul dan tepat.
“Sekarang ini banyak juga pelabur asing masuk ke negara kita,” kata Shamsul.
“Dia (pembangkang) pun buat juga, tapi dia pandai spin (putar belit). Kita punya puak (BN) salah, dia punya puak tak tak salah.
“Kalau rasa BN buat salah, sepatutnya mereka (pakatan pembangkang) buat lebih baik. Mesti tengok diri sendiri dulu, baru tengok orang,” tambah Ahli Parlimen BN Bintulu, Tiong King Sing.
Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar turut menjampuk dengan menyatakan kerajaan BN perlu menerima padangan “orang lama” seperti Razaleigh, bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin dan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mereka mempunyai pengalaman luas dalam hal pentadbiran negara.
“Dalam BN kita hormati pandangan. Tak sama macam PR, di Pulau Pinang kalau pimpinan PAS cakap, kena pecat.
“Macam ahli PAS Johor bercakap di Muktamar PAS, kena gantung sebab bercakap,” kata Shamsul menjawab hujah Mahfuz, lapor TRP.


Pegawai hilangkan hampir RM1j boleh kena tindakan
  • MoF
1 / 1
KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara (AG) untuk mengambil tindakan terhadap pegawai yang terlibat dalam kehilangan Wang Tak Dituntut (WTD) sebanyak RM995,031.41 pada 2011.

Timbalan Ketua Setiausaha kementerian berkenaan, Datuk Mat Nor Nawi berkata, pihaknya memperoleh 'lampu hijau' itu daripada AG pada 18 September lalu.

"Sebelum ini kita tak boleh ambil tindakan kerana kes masih dalam siasatan, maka tak wajar untuk ambil tindakan disiplin terhadap pegawai terbabit.

"Tetapi, pada 18 September lalu AG nasihat agar tak perlu tunggu Polis Diraja Malaysia (selesai siasatan), kita (kementerian) boleh ambil tindakan disiplin secara serentak, maka pagi tadi Jabatan Akauntan Negara telah ambil," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pada Sesi Bersama Media: Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 3 di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini, hari ini.

Mat Nor menjelaskan laporan polis mengenai kehilangan WTD itu telah dibuat sebanyak dua kali, kedua-duanya pada Mac 2011.

Laporan Ketua Audit Negara yang dibentang pada Isnin lalu mendedahkan bahawa semakan mendapati berlaku kehilangan wang awam sebanyak RM995,031.41 dan ia disedari pada 3 dan 10 Mac 2011.

Laporan polis telah dibuat pada hari sama.

Kehilangan wang awam tersebut juga telah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 Mac 2011. - Bernama

 

Allahyarham selalu hadir kuliah saya - TG Abdul Hadi


KUALA LUMPUR: PAS mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar yang meninggal dunia di Institut Kanser Negara, Putrajaya pagi ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman.

"Saya ucap takziah kepada keluarganya, saya hargai khidmatnya.

"Allahyarham seorang yang pernah hadiri kuliah saya pada tahun 80 hingga 90-an ketika saya buat kuliah bulanan di Masjid Mujahidin. Semoga Tuhan memberi rahmat kepadanya," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Bernama melaporkan, Allahyarham Tan Sri Mohd Bakri meninggal dunia kira-kira pukul 8.45 pagi ini akibat kanser.

Beliau berusia 66 tahun.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di No 10, Jalan Aman Perdana 5U/KU5, Taman Aman Perdana, Meru, Klang.

Mohd Bakri dilahirkan pada 10 September 1948 di Manjung, Perak dan memulakan perkhidmatan sebagai Kadet Asisten Superintenden pada 1 Januari 1971.

Beliau dilantik menjadi Ketua Polis Negara pada 5 November 2003 sehingga Sept 2006, menggantikan Tan Sri Norian Mai. - HARAKAHDAILY 10/11/2014

 12:55PM - 12 Nov 2014

Siapa untung dari persempadanan semula?


Persempadanan semula kawasan pilihan raya adalah satu proses dimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan jalankan setiap 8 -10 tahun. Ini adalah satu proses biasa dijalankan di Malaysia mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Kali terakhir persempadanan semula dijalankan adalah pada tahun 2003 dan 2005.

Proses ini biasanya dilakukan untuk mengimbangkan bilangan pengundi di sesuatu kawasan parlimen atau DUN agar wakil rakyat yang dipilih dapat menjalankan tugasnya dengan bilangan pengundi yang sewajarnya.

Namun, di Malaysia, proses ini dijalankan oleh SPR untuk memastikan parti pemerintah kekal berkuasa. Perkara ini bukan satu fitnah tetapi diakui sendiri oleh bekas pengerusi SPR dalam majlis PERKASA suatu ketika dahulu.

Biasanya, persempadanan semula di Malaysia dijalankan dengan menambahkan kerusi Parlimen dan juga DUN. Dan biasanya, parti pemerintah iaitu BN dapat melaksanakan perkara tersebut dengan mudah kerana sebelum 2008, BN menguasai 2/3 kerusi parlimen.

Untuk meningkatkan kerusi parlimen, biasanya Artikel 46 dalam perlembagaan harus dipinda. Dengan adanya kuasa 2/3, pemindaan perlembagaan tidak menjadi satu isu.

Tetapi kini, BN dan sekutunya SPR berada dalam satu suasana yang amat berbeza. BN tidak lagi punyai mandat 2/3 di parlimen. Maka, apa-apa pemindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan sokongan dari Pakatan Rakyat.

Beberapa bulan yang lalu, pengerusi SPR ada mengatakan bahawa akan ada penambahan kerusi parlimen sebanyak 15 hingga 20 peratus. Bermakna, penambahan lebih kurang 40 kerusi.

Dan pada masa yang sama, terdapat juga ura-ura mengatakan bahawa ada parti dalam Pakatan bersetuju untuk menambah kerusi parlimen.

Perkara ini amat pelik kerana apakah parti kompenan PR itu lupa bagaimana mereka ditipu dalam PRU13 yang lalu. Perkara penipuan ini dikatakan sendiri oleh mereka dan bukannya datang dari saya dan anda.

Kita perlu lebih ramai MP?

Ya, kita sering mendengar keluhan ahli parlimen dari Pakatan yang mengatakan bahawa terdapat jurang yang amat besar antara bilangan pengundi dalam kawasan mereka berbanding dengan kerusi yang dimenangi oleh BN. Benar, saya tidak menafikan perkara ini.

Namun, adakah Pakatan harus menggunakan alasan ini saja untuk menghalalkan penambahan kerusi di Parlimen. Tidakkah mereka boleh memikirkan jalan penyelesaian yang lain.

Bagi saya, penambahan kerusi parlimen yang bakal disyorkan oleh SPR adalah sebenarnya untuk memudahkan kerja SPR dalam proses persempadanan semula ini bahkan saya boleh katakan bahawa rancangan penipuan yang lebih mudah.

Lupakan isu penipuan. Persoalan yang ingin saya lontarkan adalah perlukah kita menambahkan bilangan ahli parlimen.

Lihat saja parlimen hari ini. Apakah yang sedang dilakukan oleh ahli-ahli parlimen yang dilantik ini. Lihat pada kualiti perdebatan mereka.

Adakah mereka benar-benar berdebat dan membincangankan isu-isu nasional atau sekadar berdebat agar nama mereka dapat memasuki berita? Tidak perlu saya sentuh mengenai insiden mengoyak kertas usul. Isu ‘skirt’.

Satu pengiraan pernah dilakukan untuk mengira masa perdebatan seorang ahli parlimen di dalam dewan mengikut hari persidangan pada 2012.

Dianggarkan, seorang ahli Parlimen yang dapat berdebat selama 2.31.37 jam sahaja. Bayangkan, dalam setahun, seorang ahli parlimen hanya punyai masa sebanyak itu. Dan, jika berlaku penambahan ahli parlimen, dengan pengiraan mudah saja kita dapat tahu bahawa masa akan berkurang.

Bukan sekadar itu, duit pembayar cukai juga akan dibazirkan untuk membayar gaji ahli parlimen. Perlukah kita membayar lebih ramai orang untuk melakukan kerja yang lebih sedikit di Parlimen? Jika ada yang mengatakan ya, saya pohon penjelasan dari anda.

Hari ini, Malaysia punyai 222 ahli parlimen. Tetapi, lihat saja kehadiran di Parlimen. Walaupun hari hari pengumuman bajet, ada saja ahli Parlimen yang ponteng persidangan. Tetapi, gaji yang diperoleh adalah sama.

Adakah parti-parti politik hanya berfikiran untuk menambah bilangan ahli parlimen mereka dalam parlimen dan ahli parti mereka akan perolah pendapatan dan keistimewaan tertentu sebagai ahli parlimen atau mereka benar-benar mahu membawa Malaysia ke arah Parlimen Kelas Pertama.

Usah bazirkan duit rakyat untuk memenuhi agenda politik sendiri dan mulanya bekerja akan amanat yang diberikan oleh pengundi kawasan.

Akhirnya, jikalau berlakunya penambahan kerusi parlimen pada proses persempadanan semula yang akan datang, marilah sama-sama kita ucapkan selamat tinggal kepada Pakatan Rakyat yang bakal kecundang dalam pilhan raya umum ke-14 kelak.


MANDEEP KARPALL aktivis pilihan raya bebas yang pernah terlibat misi pemantau pilihan raya antarabangsa. 

11 November 2014


SPRM & KERAJAAN DISAMAN RM8 J KES KEMATIAN PENOLONG PENGARAH KASTAM

Isteri Ahmad Sarbaini saman SPRM


KUALA LUMPUR - Isteri kepada Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa saman yang dikemukakannya terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah bagi menuntut keadilan ke atas kematian suaminya, tiga tahun lepas.

Masiah@Maziah Manap, seorang penyelia di Petronas Dagangan Berhad, Shah Alam berkata, beliau dan anak-anak inginkan penjelasan daripada SPRM mengapa Ahmad Sarbaini dipulangkan kepada mereka dalam 'keadaan kaku dan tidak bernyawa' setelah pergi ke pejabat SPRM pada 6 April 2011.

"Saya meneruskan tindakan saman terhadap SPRM untuk menuntut keadilan bagi pihak arwah Ahmad Sarbaini dan keluarga saya. SPRM juga perlu bertanggungjawab atas apa yang terjadi kepada arwah kerana beliau berada di tempat mereka ketika nyawanya diambil," katanya sambil menangis ketika prosiding itu.

Masiah, 53, memberi keterangan pada hari pertama perbicaraan kes tuntutan saman RM8 juta yang difailkan bersama anaknya, Shahril Ahmad Sarbani, 30, terhadap SPRM dan lapan lain berhubung kematian Ahmad Sarbaini di pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini, pada 6 April 2011.


Masiah dalam pernyataan saksi yang dikemukakan kepada mahkamah hari ini turut melahirkan rasa kecewa kerana hingga ke hari ini tiada seorang pun daripada pihak SPRM yang datang menemuinya atau keluarga untuk meminta maaf atas kejadian yang menimpa suaminya.

Menjawab soalan peguam Razlan Hadri Zulkifli, yang mewakili ibu tunggal itu mengenai perasaannya apabila mendapat tahu suaminya meninggal dunia disebabkan terjatuh dari bangunan SPRM, Masiah berkata beliau sangat terkejut dan amat kecewa kerana tidak menyangka beliau orang terakhir mendapat tahu mengenai perkara itu.

"Pada hari kejadian, saya menerima panggilan daripada Pengarah SPRM, Mohamed Yusuff Akope bahawa suami saya 'rebah' ketika berada di SPRM dan saya hanya tahu suami jatuh bangunan melalui jiran dan kebetulan berita mengenainya turut dipaparkan di televisyen," katanya.

Masiah juga tidak bersetuju dengan cadangan Peguam Kanan Persekutuan Zureen Elina Mohd Dom bahawa SPRM tidak mempunyai peluang untuk memberinya taklimat berhubung kejadian yang menimpa Ahmad Sarbaini pada hari kejadian.

Ibu kepada lima orang anak itu berkata kematian suaminya itu memberi kesan trauma kepadanya dan juga anak-anak, terutama anak bongsunya, Syazana, yang ketika itu berusia enam tahun, yang turut demam apabila melihat keadaan arwah semasa pengecaman dibuat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada hari kejadian.

Masiah berkata akibat kejadian itu, beliau dan anak-anak terpaksa berdepan dengan ahli keluarga yang lain, kawan-kawan serta masyarakat yang mempunyai tanggapan bahawa arwah berkemungkinan mengambil rasuah atau membunuh diri.

Prosiding di hadapan Hakim Datuk Kamaludin Md Said akan bersambung jam 2.30 petang esok selepas hakim dijadual melawat tempat kejadian pada 11 pagi.

Pada 4 April lepas, Masiah dan anaknya, Shahril memfailkan saman dengan menamakan SPRM, kerajaan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Pengarah SPRM, Mohamed Yussuf Akope dan lima pegawai lain iaitu Mohamad Fauzi Hussin, Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamed, L. Baskar, Mohd Rosly Mohd Saupi dan Kamal Awang Besar sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Masiah mendakwa kematian suaminya disebabkan dibunuh secara tidak sah oleh defendan-defendan sehingga menyebabkan simati mengalami kecederaan yang serius, seterusnya mengakibatkan kematiannya selain mendakwa defendan melakukan serangan mental dan serangan sentuh terhadap simati.

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi untuk 'misfeasans pejabat awam', ganti rugi keterlaluan, ganti rugi teladan dan ganti rugi 'vindicatory' yang kesemuanya berjumlah RM8 juta.

Pada 26 Sept 2011, Mahkamah Koroner memutuskan tiada unsur jenayah atau penglibatan pihak ketiga dalam kematian Ahmad Sarbaini.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM Jalan Cochrane di sini, 6 April 2011.

Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam. - Bernama

Inilah Artis Lelaki Popular Yang Ditemui Solat Di Ruang Parkir

Inilah Artis Lelaki Popular Yang Ditemui Solat Di Ruang Parkir | Sekeping gambar yang menunjukkan seorang lelaki sedang solat di ruang tempat letak kereta telah tersebar di laman sosial Facebook baru-baru ini. Menurut orang yang menyebarkan gambar berkenaan, rupa-rupanya lelaki yang sedang solat di dalam tersebut merupakan artis terkenal Malaysia.


Kalau dilihat menerusi gambar yang gelap ini sememangnya payah mahu mengecam muka artis ini, tetapi ramai pula peminat yang mendakwa lelaki di dalam gambar tersebut mempunyai susuk tubuh seakan-akan Zahiril Adzim yang juga merupakan suami kepada Syera Ayob.


Rata-rata pengguna laman sosial meneka artis tersebut ialah Zahiril Adzim kerana keperibadiannya dan sifat pelakon ini yang sentiasa menjaga solat walaupun sentiasa sibuk dengan jadual pengambaran yang sibuk. via Mynewshub.

Tiada ulasan: