Rabu, 19 November 2014

ALLAH MENCIPTA MANUSIA....ALLAH BERI MANUSIA AKAL DAN ILMU...TIBA2 MANUSIA LEBIH BIJAK MENCIPTA UNDANG2 DARI ALLAH SWT...TAUHID APA NAMANYA...AQIDAH APA NAMANYA...TAK KAN KITA JUAL AGAMA DENGAN DUNIA...KEJAR PANGKAT...GAJI/KEMEWAHAN...WANITA/LELAKI/SEX

Penganggur didakwa rogol
  • Tertuduh (kiri) dibawa keluar dari mahkamah selepas dituduh, semalam. Tertuduh (kiri) dibawa keluar dari mahkamah selepas dituduh, semalam.
1 / 1
KOTA BHARU - Seorang penganggur mengaku tidak salah atas tiga tuduhan merogol seorang pelajar tingkatan satu di mahkamah sesyen, di sini, semalam.

Mohamad Khairul Azwan, 24, mengaku tidak salah didakwa merogol mangsa di sebuah rumah di Jalan Kubang Kacang, Kampung Parit, Limbat, di sini, pada 21, 22 dan 24 September lalu.

Kejadian pertama berlaku pada jam 8 pagi, kedua berlaku pada jam 3.30 petang, manakala kejadian keempat berlaku pada jam 8 malam.

Ketua-tiga tuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azahari tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dan tertuduh yang tidak mempunyai peguam itu merayu mahkamah membenarkan dia diikat jamin.

Hakim, Mohd Yusoff Yunus tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan kes untuk sebutan semula pada 21 Disember depan.
Artikel Berkaitan






Caj arak: Henti tipu penumpang Islam
  • PPIM menganggap tindakan MAS memasukkan caj arak dalam tiket dianggap menipu penumpang khususnya yang beragama Islam dan perlu dihentikan segera. PPIM menganggap tindakan MAS memasukkan caj arak dalam tiket dianggap menipu penumpang khususnya yang beragama Islam dan perlu dihentikan segera.
1 / 1
SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa syarikat penerbangan MAS supaya menghentikan caj arak dalam tiket pesawat.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, caj itu memperlihatkan MAS menipu penumpang terutama pengguna Islam yang tidak menyedari tiket yang dibeli turut disertakan dengan caj arak.

"Isu ini bukan perkara main-main kerana melibatkan penumpang Islam. Kerana itu, saya kata penumpang boleh ambil tindakan saman terhadap MAS jika merasakan mereka tertipu dengan tindakan syarikat itu yang (sengaja) memasukan caj arak dalam setiap tiket yang dibeli.

“Sebelum ini, PPIM ada menasihati MAS supaya menghentikan hidangan arak dalam pesawat. Kita harap perkara ini akan dapat dipertimbangkan oleh mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas pendedahan di Dewan Rakyat minggu lalu oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkaitan harga tiket dibeli penumpang MAS adalah termasuk kos hidangan serta caj arak.

Kelmarin, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, memaksa orang Islam beli tiket termasuk kos hidangan arak suatu penipuan berat implikasinya kepada orang Islam.

Dalam pada itu, Nadzim berkata, tindakan MAS ini menyebabkan penumpang Islam turut bersubahat dalam hidangan arak dalam pesawat.

“Dalam Islam, duduk satu meja yang ada hidangan arak pun sudah dikira berdosa, apatah lagi apabila seseorang itu membayar tiket untuk hidangan arak. Betapa besarnya implikasi kepada umat Islam,” katanya.

Katanya lagi, kerajaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia perlu mengambil tindakan serius dalam menangani isu ini bagi mengelakkan timbul kemarahan orang Islam kepada syarikat MAS.

“Sekarang ini pun MAS telah mengalami pelbagai masalah dan krisis ekonomi. Jangan kerana isu ini, syarikat tersebut akan menghadapi banyak lagi masalah," katanya.

MAS perlu henti caj arak dalam tiket
  • Mohd Azmi Mohd Azmi
1 / 1
SHAH ALAM - Pendedahan di Dewan Rakyat harga setiap tiket yang dibeli penumpang MAS termasuk kos hidangan dalam pesawat termasuk arak sangat tidak wajar dan perlu diubah serta-merta.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pendedahan dibentangkan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi dalam Dewan Rakyat minggu lalu jelaskan lagi dasar MAS perlu dibetulkan untuk diselaraskan dengan syariah.

"Memaksa orang Islam beli tiket yang termasuk kos hidangan arak suatu penipuan yang sangat berat implikasinya kepada orang Islam.

"Sudah tentu sekarang penumpang Islam akan merasa sangat tidak selesa bila mengetahui mereka mensubsidi arak untuk penumpang lain.  Harus diingat ada ramai orang bukan Islam yang tidak suka arak tetapi terpaksa juga bayarnya dalam tiket penerbangan MAS," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kerajaan sendiri perlu buat keputusan untuk hentikan hidangan arak di dalam pesawat MAS.

Beliau menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa berkaitan isu ini supaya pelanggan Islam tidak terus bersubahat untuk hidangan arak dalam penerbangan MAS apabila membeli tiket.

Friday, September 6, 2013

Farah Intan Burhanuddin Pegawai PEMANDU Kaki Botol Minum Arak...?? Punca PEMANDU Najib Hancus

Kelakuan tingkah laku dan perangai salah seorang pegawai di Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dilihat akan menjadi punca utama kerja kuat YAB Datuk Sri Najib akan gagal dalam usaha untuk mentadbir negara....

Terbongkar pula kisah seorang kakitangan orang dikira ada "power" dalam PEMANDU yang dipersoalkan intregiti beliau...! 
Individu dimaksudkan ialah Farah Intan Burhanuddin dan jika di PEMANDU beliau memegang jawatan Penganalisis Kanan Unit Pengurusan dan Penyampaian Jabatan Perdana Menteri dan sebelum ini Farah dikatakan bertugas di Zaid Ibrahim & Co.

Farah merupakan lulusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Beliau tiba-tiba muncul dan menjawat jawatan penting dalam PEMANDU. Wanita ini menguruskan program berkaitan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Indeks Prestasi Utama (KPI) serta memantau PDRM bagi pihak Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

Farah jika mahu boleh memanggil semua Ketua Polis Daerah jika beliau mahu bertemu dengan mereka.

Dia suka berparti dan juga memiliki tabiat meminum arak serta membuat beberapa perjalanan ke luar negara yang dilabel sebagai lawatan kerja cukup dikenali di pejabat dan digelar sebagai ‘Party Queen’ di PEMANDU.
Inilah dia ciri ciri yang disukai oleh Anwar untuk didampingi dan berpeluang tahu rahsia kerajaan....!

Baca seterusnya..., di SINI

16 comments:

profit said...
Brilliant sangat ke dia ni?Atau returning political favour waris2 dia.
Anonymous said...
Sexy....Nyaa. Patut semua cadangan lulus sebab mata dan otak para pegawai termasuk BOS terkedu...Silap-silap boleh jadi GRO....
Syabas PEMANDU dan DS Najib..
Anonymous said...
Salam Bro MIK,

Isu basi ni...dah lemau dah...dari 2012 lagi ada pak-pak menteri pertikai kebolehan PEMANDU ni...satu lagi cara nak rabakkan Perbendaharaan Negara..aku paling benci tengok pegawai kerajaan hidup mewah senang lenang hasil cukai rakyat! CELAKALAH GOLONGAN INI! Merekalah yang menafikan peluang calon-calon yang lebih layak untuk mengisi jawatan kanan dalam Kerajaan. Tak kira lah kerajaan negeri atau persekutuan. Tak kiralah kerajaan BN (Barisan Najib) atau BA (Barisan Anwar). Semuanya kena pakai "cable" supaya "cable" yang sama akan jadi penambat untuk dicucuk hidung mereka oleh pemimpin-pemimpin tak bermaruah. Rakyat mahukan "Mr Clean". Tolonglah!
Anonymous said...
NI SEMUA SALAH NAJIB
APASAL LANTIK BOHSIA BOHJAN

FUCK U LAA NAJIB BANGANG
NAJIB BEBAL BODOH BAHLOL BONGOK
Anonymous said...
PADAN LAH KEWANGAN NEGARA SAKIT...............
Anonymous said...
peranap ! org mcm gini duduk dlm PEMANDU , lingkup !! DS najib , pecahlah pmpn nih lekas ! org ini mengotorkan nama dept dato seri lah !
Anonymous said...
Bro... Kat mana ya aku boleh dpt minah ni..? Nak pakai sekejap laa...
Anonymous said...
A fuckin lawyer looking at strategic matters, hmm seen it, never work. Lawyer, tunnel.vission, no nuts about number, talk so much...
Anonymous said...
memalukan UIA je
Asal Bukan DAP (ABDAP) said...
Ooooiii....la ni sapa yang memegang tampuk kerajaan Malaysia ni...??? DS Najib ka atau PEMANDU 337 yg membazir duit rakyat..??? Tak perlu ada pembentukan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) pun... menteri2 dalam kabinet buat apa..?? Jd tunggul ka..?? atau otak idea menteri2 kabinet mmg tak leh pakai..?? TUTUP saja unit ni..!! Tak ada faedah pun untuk rakyat... DS Najib dengar la nasihat yg membela nasib rakyat... Bijak membuat perancangan untuk negara dan rakyat... Jgn sampai suatu hari nanti terpapar di dada akhbar "KERAJAAN MALAYSIA pimpinan NAJIB TUMBANG" dalam PRU..
Anonymous said...
sapa PM nih? tsu koon ka najib? penat melayu2 kempen FOC naikkan BN aritu.
Anonymous said...
Dah kalau ekonomi skrg kena pantau sampai kena naik minyak, apa nak buat pemandu? Polisi2 DSN pun mmg dah terbukti menyebabkan kerusi makin hilang. Biarlah pemandu tu pandu DSN pulak tanpa melibatkan pemanduan negara kita. DSN has to be a gentleman to take responsibility and let a new leader take over
M. Ismail said...
Wanita ini bukanlah "kaki botol" macam "keling mabuk todi". Dia minum minuman keras yang berjenama sahaja dan mengikut masa. Apapun arak tetap arak. Daripada nama, dia 100% Melayu asli, tapi daripada segi penampilan, dia tak punya ciri wanita Melayu dan Islam dan cenderung pada Melayu yang berfahaman liberal. Najib tidak sepatutnya mengambil individu seperti ini dalam membantu pentadbiran. Pembawaan wanita ini boleh menyebabkan penyokong dan para pengundi UMNO yang konservatif "angkat kening".
Anonymous said...
Masalah pentadbiran kerajaan BN/UMNO adalah suka melantik orang yang tidak bersemangat membantu kerajaan. Mereka hanya tahu nak wang dari kerajaan. Sejak dari dulu hingga kini masalah lantikkan tidak pada orang yang sebenar. Main tangkap muat sahaja. Memang mereka mempunyai ijazah tetapi dalam masa yang sama mereka merosakkan kerajaan. Bekas musuh diambil bekerja untuk kerajaan dan parti. Akhirnya rahsia kerajaan disebarkan kepada kroni. Kerajaan tak pernah serik...

Dakwaan kisah Nabi S.A.W menyebut ‘Ummati, Ummati..” ketika hampir wafat

http://www.e-fatwa.gov.my | .
ISU:
Benarkan dakwaan yang mengatakan bahawa kisah Nabi S.A.W menyebut ‘Ummati, ummati..” ketika hampir wafat adalah kisah yang tidak benar?

PENJELASAN:
Kisah kewafatan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah satu peristiwa yang sangat besar dan perincian peristiwa tersebut telah direkodkan secara bersanad oleh para ulama hadis. Justeru, sebarang perkataan atau perbuatan yang disandarkan kepada baginda termasuklah peristiwa kewafatan baginda, hendaklah dinilai kesahihan atau kedaifannya melalui kaedah ilmu hadis.

Berkenaan dengan perkataan “Ummati, ummati...” (Umatku, umatku...) yang dikatakan disebut oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ketika hampir wafat, kisah ini tidak didapati dalam sumber-sumber hadis yang muktabar di sisi Ahli Sunnah.

Namun, perkataan “Ummati, ummati..” disebut oleh baginda dalam beberapa hadis lain yang tidak ada kaitan dengan peristiwa kewafatan baginda.

Antaranya hadis tentang syafaat di akhirat yang menyebut bahawa baginda menyebut “Wahai Tuhanku, Ummati, ummati”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Begitu juga hadis bahawa Nabi membaca beberapa potong ayat Quran lalu menyebut “Ummati, ummati..” sambil menangis. (Riwayat Muslim).

Kedua-dua hadis sahih tersebut tidak ada kaitan dengan peristiwa kewafatan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam. Manakala kisah kewafatan baginda, tidak ada riwayat sahih yang merekodkan bahawa baginda menyebut, “Ummati, ummati” sebelum kewafatannya.

Adapun yang diriwayatkan oleh Al-Tabarani dalam Mukjam Awsat, dan juga Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Awliya (4/73) bahawa baginda berkata sebelum wafat:

من لأمتي المصطفاة من بعدي
Hadis tersebut dinilai dhaif oleh ulama hadis. Antaranya Al-Hafiz al-Iraqi di dalam kitab al-Mughni ‘An Haml al-Asfar Fi al-Asfar (m/s 1849) mengatakan, “Sanadnya dhaif”.

Wallahu A’lam.


Asap Dari Bumi Sudah Keluar Menutupi Langit Makkah?


 Agak mencemaskan pagi tadi bila melihat video yang dikirim dari Makkah yang menunjukkan langit di sana diselubungi awan berwarna merah. Khabarnya awan itu sudah menutupi langit di Mekah selama dua hari berturut turut. Siang seolah rasa seperti malam di sana.
unnamed1
Namun dalam kiriman di atas, ada versi lain pula tentang cerita tersebut. Group tertutup di Facebook bertajuk Langsung Dari Masjidil Haram & Masjid Nabawi menafikan cerita tersebut.
Group tersebut menyatakan bahawa sedang berlaku pertukaran musim di Makkah. Fenomena langit merah, gelap adalah satu kejadian yang selalu berlaku ketika bertukarnya musim. Kali ini musim itu akan bertukar ke musim sejuk menurut jangkaan group facebook tersebut.
“Asap yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir” ini adalah satu petanda kiamat.
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. Dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”.
Lalu Nabi saw. bersabda:
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – Hadis Riwayat Muslim
Moga kejadian ini memberi peringatan kepada umat Islam. Dekatkanlah diri kepada Allah SWT dan perbanyakkanlah ibadat. Dunia sudah akhir zaman.
makkah


Langit Mekah Sudah Gelap 2 Hari

image
image
image
image
image

Tiada ulasan: