Ahad, 23 November 2014

KUCING SALAH SATU HAIWAN KESAYANGAN NABI MUHAMMAD SAW

Pulau Tashirojima - Syurga Bagi Kucing


Tashirojima adalah satu kepulauan nelayan kecil di Jepun yang terkenal dengan nama "Pulau Kucing" kerana sebilangan besar 'penduduknya' adalah kucing.


Tashirojima dihuni oleh beratus-ratus kucing dari baka Feline, yang dijaga dan juga dipuja oleh manusia di pulau tersebut.


Pada asalnya, kucing-kucing tersebut dibawa ke pulau berkenaan untuk tujuan mengawal serangga dan binatang perosak, tetapi sejak dari itu, kucing-kucing tersebut membiak dan bilangan mereka mengatasi bilangan manusia di kepulauan tersebut sehingga empat kali ganda.



Menurut kepercayaan penduduk tempatan di pulau itu, yang kini bilangannya hanya dalam 100 orang, memberi makan kepada kucing di pulau tersebut akan membawa kekayaan dan kebaikan kepada mereka.



Kini, pulau Tashirojima telah menjadi destinasi pelancongan bagi pencinta-pencinta kucing. Penduduk dan pelancong juga dilarang membawa anjing ke kepulauan berkenaan bagi menghormati kucing-kucing di sana.



Yang pasti, pulau itu sudah tentu menjadi surga bagi kucing-kucing terutamanya apabila diberi makan secukupnya dengan ikan dan makanan laut lain yang segar-segar. - Siakapkeli.com.my






Ahli Umno penakut bahas isu 1MDB di perhimpunan agung, kata DAP

Ahli Umno penakut kerana tidak membahaskan isu pelaburan 1Malaysia Development Berhad di Perhimpunan Agung Umno 2014, kata Naib Pengerusi DAP Teresa Kok. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 November, 2014. Ahli Umno penakut kerana tidak membahaskan isu pelaburan 1Malaysia Development Berhad di Perhimpunan Agung Umno 2014, kata Naib Pengerusi DAP Teresa Kok. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 November, 2014. Naib Pengerusi DAP Teresa Kok berkata ahli Umno penakut kerana tidak berani membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada perhimpunan agung parti tersebut minggu depan.
Ahli Parlimen Seputeh itu berkata, ahli dan pemimpin Umno sepatutnya membangkitkan isu lebih penting yang dibimbangi sendiri bekas presiden parti dan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad khususnya melibatkan pelaburan 1MDB.
"Isu melibatkan 1MDB yang dibangkitkan oleh DAP dan Dr Mahathir adalah isu serius di mana delegasi Umno perlu berani untuk mendebatkannya," kata Kok dalam satu kenyataan hari ini.
Kok mempertikaikan topik yang ditetapkan sebagai perbahasan dalam Perhimpunan Agung Umno 2014 (PAU 2014), seperti isu sekolah vernakular dan peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memantapkan ekonomi Bumiputera, menyifatkannya tidak akan membawa kepada penyelesaian.
"Apa perhimpunan agung itu cuba capai dengan menjadikan isu sekolah vernakular sebagai topik utama dan dalam konteks sekolah satu aliran bertentangan sekolah vernakular?
"Adakah ia taktik untuk menyalahkan sekolah vernakular sebagai kegagalan kerajaan membawa perpaduan sebenar atau menjadikan ia alasan sebagai kegagalan Barisan Nasional dalam dua pilihan raya umum?" katanya.
Kok berkata, Umno sewajarnya mencermin diri mereka sendiri sebagai punca kegagalan sistem pendidikan negara, malah menteri sendiri menghantar anak mereka ke sekolah swasta dan antarabangsa.
"Jika Umno terlalu bimbang dengan isu pendidikan sekolah rendah, mereka juga boleh berbincang secara rasional mengapa sekolah kebangsaan gagal menjadi pilihan utama ibu bapa, seperti yang dibangkitkan bekas perdana menteri di mana ramai menteri dan pemimpin Umno menghantar anak mereka ke sekolah swasta atau antarabangsa, sama ada dalam atau luar negara," katanya.
Kok juga membidas Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yang menyerangnya secara peribadi, tetapi pada masa sama tidak berani membangkitkan isu 1MDB.
"Beliau tidak berani untuk bangkitkan isu 1MDB di PAU 2014.
"Bagi menyembunyikan fakta, beliau memilih untuk serang saya secara tidak berasas dan DAP. Serangannya termasuk menuduh saya pada masa lalu menghina kedudukan orang Melayu dan Islam," kata Kok.
Kok mengingatkan Syed Ali, isu 1MDB bukan kecil tapi merupakan skandal terbesar negara, ia sendiri dipersoalkan Dr Mahathir.
"Adakah Syed Ali juga akan mendakwa Dr Mahathir mempolitikkan isu 1MDB untuk mencemarkan imej Najib?" katanya. – 22 November, 2014.

Najib: tanda kiamat politik Umno – Anuar Mohd Nor

Saya pernah menulis dalam Majalah Suara Baru sewaktu permulaan Najib dilantik menjadi Perdana Menteri  Malaysia dengan petikan berikut “ ERA NAJIB – mampukan Najib membawa harapan baru atau hanya menyempurnakan nafas terakhir Umno”  Hari ini serangan ke atas pentadbiran Najib Tun Abdul Razak akan dan sekiranya di teliti sudah bermula.
Paluan gendang perang sudah berbunyi dan Najib pasti akan terus di lanyak lumat sehingga beliau terpaksa melepaskan jawatan yang ada.
Ini adalah hipotesis yang ada hari ini.
Masa Najib, sekiranya serangan ini bermula sudah terhad. Arah haluan media sudah mula menunjukkan tanda-tanda kritikan terhadap Najib sudah bermula.
Serangan dari bekas Perdana Menteri kepada penganalisis politik termasuk ahli dalam Umno sendiri – sudah akan ada. Isu 1MDB, isu akta hasutan semua akan berkumandang sebagai bahan pembakar serangan.
Media alternatif juga – khususnya pembangkang sudah mula menyentuh isu ini melibatkan Umno – serangan terhadap Najib - dilanjutkan dengan spekulasi  tindakan menaikkan Hishammuddin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan spekulasi Tan Sri Muhyddin Yassin akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Lihat artikel berikut :
http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=402851:muhyiddin-resignation-soon?-armed-with-the-green-light-from-najib-successor-hisham-waits-in-the-wings&Itemid=2#axzz3JgmYR64A
Ini semua dibentuk untuk menunjukkan Najib sedar beliau akan di humban keluar dan untuk terus menjaga kepentingan diri, Hishammuddin mahu dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan beliau kelak.
Ini pasti akan memberi gambaran berlainan dalam Umno.
Cara mainan media pembangkang amat tersusun sekali – memanipulasi logik yang ada – baik untuk pembangkang menerima mahupun untuk Umno menilai berita ini.
Arah tulisan media amat teliti dengan hipotesis yang tidak lari dari logik dan kemelut politik.
Tidak juga dinafikan kemungkinan sirkulasi serangan ini juga mainan dalam Umno yang menggunakan khidmat media pembangkang.
Metodologi sebegini tidak ada dalam Umno. Media Umno kaku bertindak mengikut arah angin masing-masing.
Semua tidak tersusun dan tidak berarah.
Ini adalah senario benar yang ada sehingga Umno gagal melawan persepsi-persepsi yang di bentuk ke atas parti tersebut.
Kepimpinan Najib sendiri gagal membentuk pertahanan yang kuat dalam media alternatif.
Maka persepsi Najib akan terus ditekan untuk digantikan semakin membengkak.
Malah pada PRU13 juga – atur Umno dalam media tidak menampakkan dominasi Umno sungguhpun inventori cukup dan peruntukkan amat besar sekali tapi gagal dalam mainan propaganda khususnya mendominasi minda pembaca.
Hari ini, seakan nampak gerakan sudah bermula untuk menekan Najib dalam media dan juga hakikat politik yang ada.
Dalam keadaan Umno akan mengadakan perhimpunan tahunan mereka – kejutan kecil berlaku dengan wujud tindakan dalaman membuat protes - meletak jawatan membantah Presiden Umno. Laporan media berikut :
http://www.selangorpress.com/blog/ketua-cawangan-letak-jawatan-protes-presiden-umno/
menunjukkan Ketua Pemuda Cawangan –Simpang Morib melepaskan jawatan dan mengatakan kekecewaan terhadap Najib selaku Presiden Umno.
Ini semua membayangkan permulaan – serangan terhadap Najib. Adakah serangan ini akan lebih menyeluruh lagi sampai kepada Perhimpunan Agung Umno yang akan diadakan tidak lama lagi.
Ahli Umno baru ini di desak untuk meninggalkan budaya bodek dan mengampu dalam PAU yang akan datang ini.
Apakah saranan yang dibuat sesetengah pihak ini adalah untuk memulakan suara-suara garang mengkritik pentadbiran Najib.
Apa pun untuk memulakan gerakan menggantikan Najib tindakan  Tun Dr Mahathir adalah pemulanya.
Suara Tun M masih lagi berwibawa kuat dalam politik Umno.
Sebarang kritikan akan diambil serius dan mampu mengubah landskap politik Umno.
Tindakan mempersoalkan Najib sahaja sudah menimbulkan pusaran dalam Umno.
Adakah tindakan Mahathir ini menandakan kiamat pentadbiran Najib.
Najib semakin di kritik bukan sahaja dari dalam malah hadir dalam Umno sendiri.
Apa yang terbuku dalam hati ahli Umno – ketidakpuasan akan mula terledak.
Suara mempersoalkan “winner able candidate” sewaktu pemilihan calon juga melukakan beberapa pihak akan juga dipersoalkan, langkah mengambil semua orang-orang kanan bertanding – dan kalah membuat Najib di persoalkan, isu – isu semasa – seperti pemberian BR1M turut dikatakan satu kesalahan yang mencubit kedudukan kewangan dan hasilnya dikatakan – adalah mengenakan rakyat semula untuk mendapat semua pemberian tersebut, isu 1MDB mula berkumandang dengan kehilangan beratus juta ringgit serta persoalan jaminan kerajaan.
Hari ini mekanisme petrol juga menjadi konflik yang wujud.
Persoalan juga ditambah dengan desakan dalam tidak menghapuskan Akta Hasutan dan ketegangan yang wujud dalam persoalan perkauman – agama yang tidak cantik di tangani akan turut dipersoalkan.
Adakah Najib mampu bertahan dengan kelompok yang ada di sekeliling beliau.
Adakah mereka yang ada itu sedar apa yang mula terbentuk dalam arus bawah ini.
Berapa lama agaknya Najib mampu bertahan dengan tanda-tanda sudah wujud untuk menolak beliau dari terus memimpin Umno dan negara dan apa sebenarnya akan dilakukan kroni beliau dalam masa serangan ini bermula.
Akhirnya kita harus dari hari ini meneliti tanda-tanda kiamat politik Najib dan apa kesannya terhadap PRU akan datang.
Adakah kegagalan Najib ini merupakan nafas terakhir Umno pada PRU 14 nanti.
Adakah kiamat politik Najib merupakan penyempurnaan nafas terakhir Umno dalam politik tanah air.
Adakah kita akan melihat Umno sebagai pembangkang dan apakah Umno mampu menjadi pembangkang yang kuat? Hakikatnya menjadi pembangkang yang lemah di Selangor sahaja sudah terbukti. – 22 November, 2014.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

MB Pahang saman Utusan RM15 juta


MB Pahang
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob bertindak menghantar surat tuntutan guaman kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, susulan artikel yang mengkritiknya dalam sebuah artikel bertajuk “Hebat Sangatkah Adnan?” dalam akhbar tersebut.
Tuntutan bertarikh 18 November 2014 tersebut dihantar menerusi syarikat guaman Manjeet Singh Dhillon dengan nilai tuntutan saman RM15 juta.
Perkara itu didedahkan dalam ruangan kolum Awang Selamat edisi Mingguan Malaysia hari ini.
“Sekadar makluman, tidak molek komen lebih kerana bakal jadi kes mahkamah,” kata Awang Selamat yang dipetik dalam artikel pendek itu.
Pada 9 November lalu, Utusan Malaysia membidas Adnan apabila menghina akhbar itu kerana berang dengan laporan mengenai kebanjiran 30,000 warga asing, terutama warga Bangladesh di Cameron Highland.
Awang mempersoalkan kehebatan menteri besar tersebut dengan berkata Adnan sudah terlalu selesa berada di kedudukannya hingga tidak dapat menerima kritikan.
“Awang seperti tidak percaya ada pemimpin bertaraf menteri besar yang berfikir seperti itu. Inilah masalahnya kalau sudah lama sangat sandang jawatan dan terleka dalam zon selesa sehingga takut dengan bayang-bayang sendiri.
“Ulat pun disangka ular. Beliau sepatutnya belajar dengan menteri besar lain yang mengambil positif dan menjadikan laporan media sebagai peluang menangani sesuatu isu dengan lebih berkesan.
“Ada laporan lebih panas melibatkan negeri lain tetapi menteri besarnya tidak melatah,” kata Awang Selamat mengkritik Adnan.
Awang dalam tulisannya turut memberi amaran sudah tiba masanya Adnan yang menjadi menteri besar sejak 1999 itu berundur dari jawatannya.
“Walaupun Adnan berjasa kepada negeri itu, tetapi ramai merasakan Pahang tidaklah sehebat mana di bawah pentadbirannya sejak 1999. Tiada faktor ‘wow’ yang boleh menjadi kebanggaan negeri.
“Isu kelemahan dan kepincangan tertentu di bawah pentadbiran beliau juga jadi bahan bualan. Ingatlah kebanyakan kita ada pekung. Mengata orang tetapi gagal cermin prestasi sendiri,” katanya, lapor TMI.

Tiada ulasan: