Khamis, 1 Ogos 2013

MUNGKIN BOLEH MEMBANTU

Sejarah Parti PAS








Parti Islam SeMalaysia (PAS)


pas01


















Kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dalam politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.
Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.
Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis UMNO bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai UMNO pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran UMNO. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap UMNO yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran UMNO.

Sheikh Abdullah Fahim
Antara pengasas Persatuan Ulamak
Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.
Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka.

Dr. Burhanuddin Al Helmy
Pelopor Perubatan Homeopathy dan Bekas Pimpinan PAS
Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,

”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”2.


Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.
Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.

Datuk Asri Muda
Pemimpin PAS yang bertanggungjawab membawa PAS ke dalam BN
PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.
Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.


Us. Fadzil Noor memimpin perubahan besar dalam PAS
Beliau membawa PAS ketengah-tengah masyarakat.
Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-UMNO pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, UMNO pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasana.

Ku Li keluar daripada UMNO lalu menubuhkan Semangat 46 dan bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya.


Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.


Tuan Guru Hj. Nik Aziz
Ulama' dan Pemimpin yang disegani
Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang).

Tuan Guru Hj Abdul Hadi
Presidan PAS
Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang)4. Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995).


 


Menteri Besar Kelantan (5) | Dato’ Haji Mohd Asri Bin Haji Muda. 1964-1973.

Beliau merupakan seorang Nasionalis penting tanahair yang meniupkan semangat kemerdekaan dan penghayatan Islam. Peranan beliau dalam mencorakkan politik Kelantan sangat ketara. Bersama-sama dengan rakan seperjuangan dalam PAS, beliau berjaya membentuk kerajaan Negeri yang pertama di Kelantan selepas Pilihanraya Umum 1959.
Dilahirkan di Kampung Masjid, Kota Bharu pada 10 Oktober 1923. Pendidikan formalnya di Sekolah Majlis Agama Islam Kelantan dan semasa pendudukan Jepun, beliau dipilih untuk melanjutkan pelajaran di Maktab Bahasa Jepun “Mraikoa Korensho” di Melaka selama 4 tahun.
Beliau selanjutkannya berhijrah ke negeri Perak, bertugas sebagai guru di Gunung Semanggol dan turut menganggotai Hizbul Muslimin iaitu pertubuhan politik Islam pertama di Tanah Melayu. Semenjak itu, beliau terus aktif dlam politik negara. Bermula dengan jawatan Setiausaha Agung PAS Bukit Mertajam 1953, Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Terengganu dan Naib Yang di Pertua Agung PAS 1961-1964 dan Yang di Pertua Agung PAS 1969.
Sebagai wakil rakyat, beliau memegang dua keahlian serentak iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Rakyat. Diperingkat negeri, beliau pernah memegang jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun 1964 hingga 1873.
Apabila partinya menyertai Kerajaan Campuran (PAS-Perikatan), beliau menganggotai Kabinet Persekutuan dan dilantik sebagai Menteri Kemajuan Tanah dan Tugas-Tugas Khas. Akibat krisis dalam PAS, beliau menubuhkan Parti Hizbul Muslimin Malaysia. Pada 22 November 1988 beliau menyertai UMNO dan bergiat sehingga akhir hayatnya pada 1992.
Sumber : Facebook Fan Page KPSK



Sumber: freewebs.com


Allahyarham Tan Sri Asri Haji Muda

23 Aug 2007 | Books, History | by |
Saya baru tamat membaca memoir politik Allahyarham Tan Sri Asri Muda, Meniti Arus.
Mungkin tak ramai generasi muda mengenali Allahyarham. Saya mengenali beliau menerusi bapa saya, yang cukup mengkagumi bakat pidato bekas Presiden PAS ini. Bapa saya sering bercerita bagaimana apabila Asri menyampaikan ceramah, orang ramai akan berduyun-duyun mengikutinya.
Beliau sebenarnya seorang yang pernah terlibat dengan gerakan kiri politik tanah air menerusi Parti Kebangsaan Melayu Malaya dan Hizbul Muslimin. Di dalam sebuah edisi lusuh buku karya Haji Subky Latif (ketika itu penulis politik) Siapa Ganti Asri pada 1977 yang saya jumpa di rumah saya (barangkali milik bapa saya) ada dinukilkan kisan menarik ketika Allahyarham di Gunung Semanggol bersama pengasas Hizbul Muslimin, Ustaz Abu Bakar Bakir. Asri akan mengikuti kuliah subuh bersama Ustaz Abu Bakar khususnya di dalam bidang tafsir, hadis dan nahu Arab. Pada sebelah petang Asri akan menyampaikan perkara yang dipelajarinya pagi tadi kepada penduduk sekitar Gunung Semanggol. Yang menariknya ramai lebih seronok mengikuti kuliah Asri!
Kemudian beliau menyertai PAS, dan menjadi Setiausaha Kerja PAS yang pertama ketika ia masih beribupejabat di Pulau Pinang. Sebagaimana Farish Noor pernah mengingatkan, pada waktu itu PAS begitu daif sehingga tidak mampu memiliki mesin taip sendiri!
Apabila PAS memindahkan ibupejabatnya ke Kuala Lumpur, Asri tidak turut serta sebaliknya ditugaskan pulang ke negeri asalnya Kelantan untuk menyebarkan pengaruh PAS ke Kelantan dan Terengganu. Walaupun tidak menampakkan kesan pada pilihan raya 1955, hasil sumbangannya PAS menang di kedua-dua negeri pada pilihan raya pertama selepas merdeka.
Asri kemudian memegang tampuk pemangku Presiden PAS ketika Dr. Burhanuddin al-Helmy ditahan kerajaan, dan seterusnya menjadi Presiden PAS. Beliau turut menjadi Menteri Besar Kelantan.
Selepas tercetusnya peristiwa 13 Mei, beliau diundang oleh Tun Razak untuk membentuk kerajaan campuran. PAS seterusnya, bersama-sama PPP dan Gerakan turut serta di dalam penubuhan Barisan Nasional. Allahyarham sendiri menjadi Menteri Persekutuan. Bapa saya menceritakan bagaimana ketika beliau mencari tempat untuk pelajar-pelajar kita di luar negara berikutan dasar pendidikan yang agresif selepas pengenalan DEB, Allahyarham memainkan peranan penting di dalam menggunakan pengaruhnya di Timur Tengah bagi mendapatkan tempat bagi pelajar-pelajar perubatan.
Tetapi perasaan hasad dengki di kalangan UMNO pada waktu itu akhirnya menamatkan eksperimen PAS di dalam BN, dan Kelantan tumbang buat pertama kali ke tangan BN.
Tidak lama kemudian, pada tahun kelahiran saya Allahyarham menerima tamparan apabila mendapat tekanan dari golongan muda PAS pada waktu itu yang merasakan pendekatan beliau yang mirip nasionalis Melayu itu tidak sesuai. Beliau akhirnya meletak jawatan, dan meninggalkan PAS, menubuhkan sebuah parti baru dengan nama Hizbul Muslimun juga. Namun di sana juga beliau kecewa, dan akhirnya beliau menyertai UMNO.
Beliau pulang ke rahmatullah pada tahun 1992, dengan usia 69 tahun.
Memoir beliau terlalu ringkas dan agak terpisah antara bab-babnya kepada isu-isu yang agak spesifik. Namun ia tetap seronok dibaca, dan bagi generasi muda khususnya, buku ini dapat memberi latar belakang politik Malaysia hari ini dengan lebih mendalam.


Punca Sebenar PAS Keluar BN 1978 Yang Tidak Didedahkan..

539911_322321857896829_1254981469_n
PAS KELUAR BN
Antara punca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah di dalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.
Yang tidak diceritakan oleh PAS:
1.Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.
2. Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.
3. Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketika itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato’ Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.
4. Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato’ Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO.
5. Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato’Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.
6. Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama’ Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.
7. Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978. Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.
8. Tumbangnya Dato’ Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.
9. Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.
10. Pada November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.
11. Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.
12. Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama’ Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.
13. Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat.
14. Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.
15. Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO.
16.Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.
17. Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.
18. Pada PRK Mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan
sumber:Anakseberang


Muhamed bin Nasir


Datuk Muhamed bin Nasir (Dato' Biji Sura) merupakan Menteri Besar Kelantan dari tahun 1973 - 1978.
Beliau merupakan menteri dari Barisan Nasional - PAS. Perdana Menteri Malaysia ke-2, Tun Abdul Razak menjemput PAS menyertai Barisan Nasional selepas Peristiwa 13 Mei.

Akta Kemajuan Petroleum 1974

Pada 1975, perjanjian ditandatangai antara kerajaan negeri Kelantan dengan Petronas Kelantan dwakili oleh Mohamed Nasir dan Petronas diwakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Menerusi Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA), kerajaan negeri mendapat royalti wang tunai 5 % dan kerajaan persekutuan Malaysia mendapat 5 % . Kelantan memberi hak kepada Petronas mencarigali minyak yang di kawasan onshore dan offshore. Pada tahun 2009-2010, royalti minyak Kelantan menjadi isu besar kerana kerajaan persekutuan hanya setuju membayar wang ihsan melalui JPP, bukan royalti wang tunai.

Mageran Kelantan 1978

Oktober 1977 merupakan kemuncak ramai pemimpin PAS tidak setuju penyertaan PAS dalam Barisan Nasional. PAS menang 22 kerusi dan UMNO menang 13 kerusi. Mohd Asri bin Haji Muda adalah tokoh yang bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.
PAS kemudiannya telah mengusulkan undi tidak percaya kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Muhammad Nasir. Antara sebabnya ialah Datuk Muhammad Nasir adalah pilihan BN dan bukan kehendak parti PAS. Muhammad Nasir tumbang dan berlaku rusuhan di Kota Bharu. Pada November 1977 darurat kemudiannya diisytiharkan apabila penyokong Nasir mengadakan rusuhan. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Hussein Onn membuat keputusan menyingkirkan PAS dari BN. Datuk Muhammad Nasir pada tahun 1977 menubuhkan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) setelah dipecat dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

PAS mengusulkan nama baru untuk jawatan Menteri Besar. Cadangan PAS itu ditolak dan satu pilihan raya negeri dipanggil pada Mac 1978. Di dalam pilihan raya kecil Kelantan 1978, UMNO telah habis-habisan menggunakan isu pemberian kontrak balak sebagai bukti bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan. Keputusannya, PAS hanya tinggal 2 kerusi di Dewan Undangan Negeri Kelantan. Tan Sri Mohamed Yaacob menjadi Menteri Besar Kelantan yang baru (1978 - 1990).



Parti Hizbul Muslimin Malaysia



Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) merupakan parti serpihan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang telah ditubuhkan pada 24 Mac 1983 oleh Tan Sri Dr. Haji Asri Muda, mantan presiden PAS yang meninggalkan parti itu pada 23 Februari 1983 selepas kegagalan PAS merampas semula kerajaan negeri Kelantan dalam Pilihan raya umum Malaysia 1982 yang melihat arus kesedaran dan kebangkitan Islam yang semakin kuat ketika itu di mana kemudiannya puak ulamak agama mengambil-alih kepimpinan pusat PAS daripada puak nationalis pada Muktamar PAS ke-28 1982. Lantaran itu HAMIM diasaskan sebagai alternatif kepada PAS dan telah menyertai Barisan Nasional sehingga meninggalkannya pada 1989 untuk menyertai gabungan pembangkang Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Melayu Semangat 46 (S46), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM), dan Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) pula bagi menghadapi Pilihan raya umum Malaysia 1990, di mana ianya telah memenangi satu kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk membentuk kerajaan campuran APU di Kelantan.[1] [2]
Pada pilihanraya umum 1986, Hamim sebagai salah satu kompenan BN telah bertanding 2 kerusi parlimen dan 4 dun ( menang 1 parlimen (Bachok) dan 2 Dun (Chetok dan Meranti).Selepas Datuk Hj Asri dan kumpulannya gagal dalam usaha untuk membubarkan Parti Hamim dalam muktamar Khas, beliau akhirnya bersama kumpulannya (termasuk ahli parlimen Bachok dan Adun Chetok) telah meletak jawatan dan keluar daripada Hamim pada 17 Nov 1988.Dengan perletakan jawatan oleh Datuk Hj Asri itu maka,jawatan Presiden Hamim di pangku oleh Tuan Hj Abd Wahab Yunus (Mantan MP Dungun)dari Terengganu manakala jawatan Tim.Presiden dipangku oleh Dato Hj Sudin B. Wahab (Mantan Adun Langgar-Limbung)dari Kedah.Dalam Muktamar Hamim pada tahun 1989 berlaku pertandingan bagi jawatan Presiden hinggalah ke jawatan MPP,dimana jawatan Presiden dimenangi oleh Dato Hj Sudin B.Wahab dan jawatan Tim.Presiden pula dimenangi oleh Dato Nik Man B.Nik Mohamad dari Kelantan.Selepas kalah dalam pertandingan bagi jawatan Presiden Hamim maka Tn Hj Abd Wahab Yunus mengambil keputusan bersama kumpulannya untuk keluar daripada Parti Hamim dan seterusnya menubuhkan parti baru iaitu Parti Ikatan Masyarakat Islam Malaysia(IKATAN)dimana pada akhirnya daripada parti inilah ditukar menjadi Parti Keadilan Nasional pada masa berlakunya gelombang Gerakan Reformasi di Malaysia.Sebelum Pilihanraya Umum 1990 kepimpinan baru Hamim mengambil keputusan untuk keluar daripada Barisan Nasional dan seterusnya menyertai Angkatan Perpaduan Ummah(APU). Dalam pilihanraya umum 1990, melalui pakatan APU di Kelantan Hamim meletakan calonnya iaitu Dato Nik Man B Nik Mohammad di Dun Geting (Pengkalan Kubor) dalam Parlimen Tumpat. Dato Nik Man juga merupakan Tim Presiden Hamim Pusat.[perlu rujukan] Sekaligus menjadi satu-satu wakil Hamim dalam DUN Kelantan. Manakala di Kedah pula Hamim meletakan calonnya iaitu Dato Hj Sudin B. Wahab selaku Presiden Hamim di Parlimen Kubang Pasu (atas tiket Parti S 46) untuk berdepan dengan Perdana Menteri Dato Seri Dr Mahathir B. Mohamad, pertembungan antara presiden parti ini dimenangi oleh Dr Mahathir.Selain itu, Hamim turut meletakan calonnya di Selangor iaitu di Dun Sabak yang diwakili oleh Naib Presiden Parti iaitu Bong Khalid B. Hj Siri, namun tewas di tangan calon Umno.[perlu rujukan]
Pada Pilihanraya Umum tahun 1995 sekali lagi En.Bong Khalid b.Hj Siri menjadi calon di Dun Paya Jaras.Manakala bagi Dun Pengkalan Kubor di Parlimen Tumpat pula HAMIM meletakan calonnya iaitu Hj Wan Abdul Rahman Wan salleh yang bertanding atas tiket Parti semangat 46 namun tewas ditangan calon Umno iaitu Cikgu Mat Nawi dengan majoriti 1289.


Pan-Malaysian Islamic Front


The Pan-Malaysian Islamic Front (Malay: Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia, Jawi: باريسن جماأه اسلميأه سمليسا often known by its acronym Berjasa) is a political party in Malaysia.
The party was founded in 1977 by the then Chief Minister of Kelantan, Mohamad Nasir, under the persuasion of United Malays National Organisation (UMNO) who were dissatisfied with the demands made by the Islamic Party of Malaysia (PAS). These demands included internal squabbles for the lump share in controlling the state of Kelantan, and pressure from UMNO soon led to PAS withdrawing from Barisan Nasional. In the following year's general elections, the split cost the PAS a huge number of votes in Kelantan: Among the 36 state seats in Kelantan, UMNO won twenty three, Berjasa won eleven, and PAS won only two.[1]
BERJASA subsequently joined Barisan Nasional, but support for BERJASA quickly dissolved in the subsequent general elections. In 1989, it joined Angkatan Perpaduan Ummah under the leadership of Parti Melayu Semangat 46 and the alliance was subsequently dissolved in 1996 when Tengku Razaleigh decided to dissolve APU and rejoin UMNO. Since then, BERJASA has only maintained minimal participation in the political fray,[2] as evidenced from their participations in the subsequent General Elections.[3]

Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia

Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) (Jawi: باريسن جماأه اسلميأه سمليسا) ialah sebuah parti politik Malaysia yang diasaskan oleh Dato' Haji Muhamed bin Nasir, bekas Menteri Besar Kelantan, pada tahun 1977 ketika beliau dipecat oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Pemecatan Mohamed Nasir disebabkan sebahagiannya oleh krisis dalam parti campuran Barisan Nasional. Ketika itu, PAS adalah sebuah parti komponen dalam parti campuran ini. Akhirnya PAS menarik diri daripada Barisan Nasional dan hilang penguasaan negeri Kelantan ketika Berjasa membentuk kerajaan gabungan dengan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
BERJASA lalu menyertai Barisan Nasional, namun sokongan bagi BERJASA hilang dalam pilihan raya seterusnya. Pada 1989, ia menyertai Angkatan Perpaduan Ummah di bawah pimpinan Parti Melayu Semangat 46 hinggalah APU dibubarkan pada 1996 apabila Tengku Razaleigh mengambil keputusan menyertai UMNO semula. Sejak itu, BERJASA hanya berada di pinggir politik Malaysia.[1]
Pada pilihan raya umum Malaysia 2013, Ikatan Muslimin Malaysia menggunakan tiket parti BERJASA untuk bertanding.[2][3] Pada keputusan PRU-13, semua calon BERJASA kalah.[4]



 Parti-parti Politik di Malaysia

Parti Melayu Bersatu (UMNO)  
 

1946

Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing. Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.
Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

Dato' Onn Jaafar
Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.
Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.

Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj antara pemimpin awal UMNO

Tun Hj. Abdul Razak
Antara pemimpin UMNO yang berjaya dan sangat dihormati rakyat
Terkubur UMNO dimunculkan UMNO Baru Pada 1987 parti UMNO terbubar dengan keputusan mahkamah membatalkan pendaftaran UMNO. Ada pihak dalam UMNO menyalahkan Dr. Mahathir membiarkan perkara tersebut dibawa ke mahkamah dan membiarkan mahkamah membuat keputusan. Dr. Mahthir ketika itu ditentang oleh kem Tengku Razaleigh sebagai 'team B'. Dr. Mahathir disokong oleh Musa Hitam dalam 'Team A'.

Tun Dr. Mahathir Mohamad
Pemimpin UMNO yang berjiwa besar, berani , lantang dan tegas dalam tindakan
Dengan kuasa yang masih ada sebagai PM Dr. Mahathir berjaya menyingkir team penentangnya dan mandapatkan semuala harta-harta UMNO. Tengku Razaleigh yang kecewa menubuhkan parti baru 'Semangat 46'dengan sokongan Datuk Suhaimi Kamaruddin (Presiden belia 4B).
Walau apa pun yang telah terjadi kepada UMNO , ia tetap kukuh memerintah Malaysia.  

Parti Islam Semalaysia (PAS) 

 

1951

Kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dalam politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955. Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.
Para ulamak mengambil beberapa sikap selepas tragedi darurat ini. Ada yang ’tawakuf’ daripada politik kepartian tetapi menggerakkan kesedaran rakyat melalui institusi pendidikan atau media massa. Dalam fraksi yang lain, para ulamak telah mengambil sikap untuk menyertai parti nasionalis UMNO bagi membolehkan isu-isu umat Islam diperkatakan. Beberapa tokoh Hizbul Muslimin seperti Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan, seorang lepasan Maahad Ihya Assyariff, Gunung Semanggol telah menyertai UMNO pada 1950 dan dilantik mengetuai Bahagian Agama dan Pelajaran UMNO. Bahagian ini kemudiannya mengaturkan beberapa persidangan untuk membolehkan ulamak menubuhkankan persatuan. Dalam tulisannya, ”Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan”, Haji Ahmad Fuad menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan. Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap UMNO yang mengabaikan isu pemurtadan Natrah, pengajuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain. Dalam satu persidangan ulamak yang dipimpin oleh Sheikh Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang di Seberang Perai pada 1951, mereka telah mengeluarkan fatwa mengharamkan judi loteri anjuran UMNO.

Sheikh Abdullah Fahim
Antara pengasas Persatuan Ulamak
Dalam konflik pelbagai yang dihadapi oleh para ulamak dan situasi politik semasa yang masih tidak menuju kepada jalan Allah itu, maka para ulamak membuat pendirian untuk menubuhkan PAS. Haji Ahmad Badawi, seorang ulamak di Seberang Perai telah mengeluarkan satu manifesto yang dinamakan ’Manifesto al-Badawi’ dengan tema ”Ulamak ke Jalan Allah” bagi menyambut persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951. Mereka memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Alah. Para ulamak menolak bentukbentuk perjuangan yang diasaskan berdasarkan ideologi ciptaan manusia yang dibawa masuk oleh penjajah.
Semenjak itulah, PAS muncul sebagai sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan negara, kemudian menyertai pilihan raya demi pilihan raya. PAS juga menggunakan pelbagai saluran untuk menyampaikan mesej dakwahnya termasuk membentuk beberapa kerjasama politik dengan orang bukan Islam semenjak 1953. Di bawah kepemimpin Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan dan Dr Haji Abbas Alias, PAS bercakap soal kemerdekaan yang boleh ditegakkan hukum Islam. PAS menolak kerakyatan jus soli yang merugikan peribumi dan PAS mendesak supaya Islam dijadikan dasar negara yang merdeka.

Dr. Burhanuddin Al Helmy
Pelopor Perubatan Homeopathy dan Bekas Pimpinan PAS
Apabila Dr Burhanuddin al-Helmy mengambil alih kepemimpinan PAS pada akhir 1956, PAS mula memperincikan sikapnya terhadap kemerdekaan yang hendak dicapai yang dianggap ’masih kosong’ dari matlamat sebenar kerana mengabaikan kebangsaan Melayu dan ketuanan Islam1. Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,
”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”2.
Penyertaan PAS dalam pilihan raya 1959 telah memberikan kejayaan besar apabila Terengganu dan Kelantan berjaya dikuasai. PAS membentuk kerajaan yang dipimpin oleh Mohd Daud Abdul Samad di Terengganu dan Ustaz Ishak Lotfi Omar di Kelantan sebagai Menteri Besar. PAS memulakan langkah sebagai kerajaan di dua negeri Pantai Timur untuk menterjemahkan ideologi perjuangannya yang berasaskan al-Quran dan Sunnah. Namun begitu, kerajaan PAS di Terengganu telah dijatuhkan pada Oktober 1961 hasil permainan politik kotor Perikatan. Di Kelantan, PAS berjaya bertahan sehingga BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977. Dalam konteks ini, PAS-lah satu-satunya pembangkang yang diberikan kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah kerajaan negeri di negara ini.
Selepas kejatuhan Terengganu pada hujung 1961, PAS mulai menerima tekanan-tekanan politik seperti penyalahgunaan ISA, penahanan Dr Burhanuddin al-Helmy diikuti oleh sekatan politik, keganasan Pemuda Tahan Lasak Umno dan beberapa siri pembunuhan politik. Perjuangan PAS untuk memartabatkan kebangsaan Melayu Raya berasaskan Islam telah dijadikan kambing hitam dalam Konfrantasi Indonesia pada 1963. PAS menolak pembentukan Malaysia kerana mahukan sebuah negara Melayu yang lebih besar meliputi seluruh alam Melayu dibentuk. Dalam masa yang sama Umno mencanangkan isu-isu perkauman yang akhirnya membawa kepada beberapa siri perbalahan kaum di Pulau Pinang, Perak dan Singapura antara 1964 hingga 1969, dan kemuncaknnya tercetus Tragedi 13 Mei 1969 yang mengubah landskap politik negara. Selepas tragedi ini, Datuk Mohd Asri Muda yang memangku jawatan Yang Dipertua Agung PAS semenjak 1965 telah dilantik sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 1971.

Datuk Asri Muda
Pemimpin PAS yang bertanggungjawab membawa PAS ke dalam BN
PAS memasuki era baru dalam politik negara apabila PAS mula meneroka kerjasama dengan Umno bagi menjamin kestabilan politik negara, mengekalkan ketuanan Melayu dan menyerapkan Islam dalam pemerintahan. PAS menyertai beberapa parti lain telah membentuk Kerajaan Campuran PAS-Perikatan pada 1973, kemudian sama-sama mengasaskan Barisan Nasional (BN) pada 1974. BN mencapai kejayaan besar dalam pilihan raya 1974 dan PAS sendiri telah berjaya menembusi ruang-ruang yang baru sehingga membolehkan Islam di sampaikan ke corong telinga rakyat dengan lebih berkesan. Walau bagaimanapun, keterbukaan PAS dalam membentuk kestabilan politik negara telah disalahgunakan oleh musuh-musuh politiknya dengan melaga-lagakan pimpinan PAS sehingga terjadi krisis politik Kelantan pada 1977. Akibatnya, PAS telah menolak Akta Darurat (Kelantan) 1977 yang menyebabkan PAS bukan sahaja disingkirkan dari BN, tetapi turut kehilangan Kelantan.
Setelah melalui tempoh yang mencabar antara 1978 hingga 1982 di mana PAS terpaksa berhadapan dengan perpecahan, kehilangan kuasa pemerintahan, tekanan ISA dan krisis kepemimpinan, akhirnya PAS telah mengasaskan kepemimpinan ulamak pada Oktober 1982. Tuan Haji Yusof Rawa telah diangkat untuk memimpin PAS bagi menggantikan Datuk Mohd Asri yang meletakkan jawatan. Permulaan era kepemimpinan ulamak memperlihatkan PAS kembali kepada asas perjuangannya untuk mendaulatkan Islam dan memberikan penekanan terhadap kwajipan tersebut. Gerakan dakwah PAS berkembang dengan lebih tersusun melalui pendekatan haraki dan dalam masa yang sama PAS terus membina jambatan dakwah dengan non-Muslim sehingga terbentuk Majlis Perundingan Cina (CCC). Di sudut yang lain, pendekatan PAS telah disambut oleh kerajaan dengan melaksanakan juzuk tertentu daripada Islam seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah serta penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa dan lain-lain.

Us. Fadzil Noor memimpin perubahan besar dalam PAS
Beliau membawa PAS ketengah-tengah masyarakat.
Paling mencabar pada era kepemimpinan ulamak ialah beberapa siri penyalahgunaan ISA yang berlaku pada 1984, 1987 dan 1989, ketimbang dengan desakan PAS untuk diadakan Debat Terbuka PAS-UMNO pada 1984. Dalam kemelut ini, tercetus pula tragedi Memali pada November 1985 yang mengorbankan 14 orang ahli PAS. Tetapi, pada 1987, UMNO pula menghadapi krisis kepemimpinan sehingga parti tersebut diharamkan. Yang Dipertua Agung PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor memanfaatkan kesempatan ini dengan mewujudkan kerjasama politik dengan serpihan Umno, Semangat 46 yang membolehkan PAS berkuasa semula di Kelantan. Ketua Dewan Ulamak PAS (kemudian Mursyidul Am PAS), Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat diberikan kepercayaan untuk memimpin kerajaan Kelantan semenjak 1990. Dengan dasar ’Membangun Bersama Islam’, PAS berjaya melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan hukum Allah yang berada dalam bidang kuasana.

Ku Li keluar daripada UMNO lalu menubuhkan Semangat 46 dan bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya
Pada 1996, PAS mula berkrisis dengan Parti Melayu Semangat 46 (PMS46) yang menyebabkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang dibentuk pada 1989 berpecah. Dua tahun kemudian, Umno sekali lagi menghadapi perpecahan ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebabkan wujudnya gerakan Reformasi. PAS telah memimpin Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) bagi menuntut keadilan kepada rakyat, kemudian menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada 1999. Melalui BA, PAS berjaya merampas semula Terengganu. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diamanahkan untuk mengetuai kerajaan Terengganu sehingga 2004. Selepas pencapaian lemah PAS pada 2004 kerana momentum Perdana Menteri baru, PAS bangkit semula pada 2008 dengan mengetuai tiga kerajaan negeri dan turut serta dalam kerajaan di Selangor. Kini, PAS dilihat sebagai pencabar utama Umno dalam menguasai politik orang Melayu Islam.


Tuan Guru Hj. Nik Aziz
Ulama' dan Pemimpin yang disegani
Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden iaitu Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), Dato’ Fadzil Mohd Noor (1988-2002) dan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang).

Tuan Guru Hj Abdul Hadi
Presidan PAS
Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan (1951-1959), tahap kebangkitan (1959-1973), tahap kemuncak (1973-1977), tahap kejatuhan (1977-1990) dan tahap kebangkitan semula (1990-sekarang)4. Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan fasa pengukuhan idelogi (1982-1995)5.


Parti Keadilan Rakyat

Sejarah

Sekumpulan NGO dan Parti Pembangkang kemudian menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Pendokong Reformasi kemudiannya menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (Adil) untuk memberi platform kepada perjuangan mereka.
Selepas itu, usaha menubuhkan parti politik menghadapi jalan buntu oleh Pendaftar Pertubuhan maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. Pelancaran Parti Keadilan Nasional diadakan pada 4 April 1999.
Parti Keadilan Nasional kemudiannya membentuk Barisan Alternatif dengan PRM, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP). Pada pilihanraya sulung pada tahun 1999, Parti Keadilan Nasional berjaya memenangi 5 kerusi Parlimen di Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu serta 4 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Perak. Pada pilihanraya kecil Lunas pada 2001, calon Keadilan, Saifuddin Nasution menewaskan calon Barisan Nasional dan menjadi ADUN kelima dari Parti Keadilan Nasional.
Jika Parti Keadilan Nasional menjadi peserta baru politik Malaysia, PRM pula peserta yang sudah berpengalaman dalam selok-belok politik negara. PRM ditubuhkan berikutan semangat menuntut kemerdekaan yang membuak-buak pada dekad-dekad 40an dan pengharaman suara progresif dalam politik negara, iaitu AMCJA-PUTERA. Pada 11 November 1955, PRM dilancarkan dengan dipimpin oleh Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin Al Helmy yang menjadi pemimpin PAS menyampaikan pidato utamanya.
PRM kemudian berjaya menjadi pemain politik utama negara, dan pada tahun-tahun 60an dan 70an mempunyai anggota dalam Parlimen dan beberapa DUN. Pilihanraya Majlis Perbandaran juga dimenangi oleh PRM di Pulau Pinang, Melaka dan Serdang.
Selepas Pilihanraya 1999, kesedaran timbul tentang keperluan Parti Keadilan Nasional dan PRM bergabung, berdasarkan komitmen mereka yang sama terhadap Reformasi, menentang ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa.
Pada 3 Ogos 2003 Keadilan dan PRM melancarkan Parti Keadilan Rakyat di Kuala Lumpur.
Pada waktu itu Pendaftar Penubuhan masih enggan meluluskan pendaftaran parti. Maka pada Pilihanraya Umum 2004, calon-calon PRM bertanding di atas platform Keadilan. Calon tunggal yang menang ialah Presiden Parti iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah di Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Selepas Pilihanraya Umum, akhirnya Parti Keadilan Rakyat diluluskan penubuhannya.
Parti Keadilan Rakyat mendapat suntikan baru selepas pembebasan Penasihat Parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati tidak bersalah daripada tuduhan jenayah pada 2 September 2004, selepas enam tahun di dalam tahanan dan penjara.

Parti Tindakan Demokratik (DAP)  
 
  DAP lebih disenangi oleh kaum Cina dan diterima sebahagian kecil kaum India. DAP lebih dikuasai oleh kaum Cina dan diterima dengan baik oleh kaum Cina di bandar-bandar. Kaum Cina sedar walaupun mereka secara majoritinya menyokong DAP, tetapi segala pembangunan akan tetap berjalan dan mungkin lebih pesat kerana BN terpaksa memberikan segala kemudahan atas dasar kepentingan ekonomi negara.
DAP pernah berjuang secara bersendirian di negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Melaka , Negeri Sembilan, Selangor, Perak dan Willayah Persekutuan. DAP kemudian mengubah strategi dan mula berlembut dengan PAS sekitar 1990 dalam Barisan Alternatif. Akibat daripada sikap berlembut dengan PAS dalam isu Negara Islam DAP kehilangan pengaruhnya dikalangan orang Cina. Banyak kerusi DAP telah hilang. DAP kemudiannya keluar dari BA dan bersendirian sekali lagi bertanding dalam pilihan raya dan mereka kembali menambah kerusi dalam negeri dan parlimen.


En. Lim Kit Siang
Tokoh Pembangkang yang Lantang


En. Dr. Tan Seng Giaw
Tokoh Pembangkang yang dihormati oleh BN


En. Lim Guan Eng
Tokoh DAP yang berjaya menyandang jawatan Ketua Menteri

Tun Mahathir pujuk Anwar masuk UMNO melalui Prof Ismail Faruqi 1981

Filed under: C. Politik-Agama — cybertrooperumno @ 4:05 am
mahathir ismail_raji_al-faruqianwar
Mengapa Tun Mahathir jemput Anwar masuk UMNO?
Urutan sejarah
  1. UMNO tewas dalam PRU 1969
  2. Banyak kerusi UMNO dalam Perikatan kalah dalam PRU 1969, Perikatan tidak boleh memerintah MALAYSIA kerana tidak dapat undi majoriti kerajaan majoriti tetapi terpaksa tubuh kerajaan campuran bersama PAS, DAP, Gerakan, PSRM dan DAP. Paryi Gerakan berada di luar Perikatan pada masa itu.
  3. UMNO membuat konspirasi divide-and-rule melalui rekaan rusuhan kaum 13 Mei 1969 dan mengupah orang membakar tayar buruk di Kota Bharu, bagi menunjukkan kononnya rusuhan kaum juga berlaku di Kelantan di bawah kemenangan majotiti PAS di Kelantan
  4. UMNO wujudkan darurat dan MAGERAN ambil alih kerajaan sementera
  5. UMNO memujuk PAS supaya bersatu dengan UMNO  atas nama ketuanan Melayu dan kepentingan ummah dan Islam sepanjang tahun 1972-74
  6. PAS bersetuju bersama UMNO dalam memulihara kepentingan Melayu dan Islam melalui penubuhan Barisan Nasuional 1974.
  7. UMNO campurtangan politik Kelantan dan melaga-lagakan MB Kelantan Dato’ Mohd Nasir dan Dato’ Asri Presiden PAS, sehingga berlaku perpecahan dalam PAS, ditambah pula oleh permainan politik Ku Li melalui istana Kelantan. Akhirnya Dato’ Mohd Nasir tubuhkan BERJASA menentnag PAS.
  8. BN buang PAS dari BN 1978 dan bekerjasama dengan BERJASA menjatuhkan PAS di Kelatan.
  9. UMNO kehilangan ikon dan imej Islam selepas 1978 di zaman Tun Hussien Onn
  10. Apabila Mahathir berjaya mendesak Tun Hussien Onn berundur dari jawatan PM, dan Mahathir menjadi PM pada tahun 1980.
  11. Mahathir terpaksa mencari satu ikon Islam untuk imbangkan pengaruh Islam dalam UMNO dengan  pengaruh Islam yang dibawa oleh PAS.
  12. Mahathir memilih Anwar untuk dibawa masuk UMNO, penentangnya semasa Mahathir menjadi Menteri Pelajaran. Pada tahun 1974 Anwar, Mat Sabu, Ibrahim Ali, dan Hishamuddin Rais memimpin Demostrasi Baling melibatkan ribuan mahasiswa di Kuala Lumpur.
  13. Akhirnya dengan tawar menawar antara Mahathir dan Anwar melalui orang tengah, Prof. Ismail Faruqi, Anwar terima tawaran Mahathir dan masuk UMNO 1983.
  14. Anwar berada dalam UMNO dari 1983 hingga 1998 sebelum ditendang keluar dengan fitnah dan bala bencana yang direka oleh Mahathir dan orang-orang UMNO
  15. Walaupun Anwar sudah berada dalam tong taik UMNO (pinjam kata-kata Anwar apabila beliau sebut pada pimpinan PAS bile beliau masuk UMNO 1983), UMNO masih terus menyerang dan memfitnah Anwar sehingga hari ini
Surat-menyurat Tun Mahathir, Prof. Ismail Faruqi dan Anwar 1981 ketika Prof Faruqi datang ke Malaysia atas jemputan Mahathir
———
Assalamu’alaikum
Lama saya perhatikan perbincangan mengenai isu Anwar di dalam net ini. Hati saya berdebar-debar samada saya perlu turut sama atau tidak. Tapi nampaknya, saya merasa terpanggil untuk letupkan satu komplot atau konspirasi yang terancang 16 tahun lalu ketika Anwar dijemput masuk UMNO oleh Dr. Mahathir melalui pujukan seorang intelek Islam yang mati ditembak di Amerika.
Bacalah surat-surat ini dengan teliti. Saya telah imbaskan surat sebenar dalam bentuk jpg file. Saya terima surat ini lebih 10 tahun lalu dan menyimpannya kerana saya pasti konspirasi ini akan di dedahkan oleh Allah SWT. esungguhnya Allah SWT itu Maha Kaya dan Maha Bijaksana.
Saya pasti Nakahei Hj Ahmad, bekas aktivis PAS, yang telah mencampakkan dirinya keluar dari PAS pada tahun 1987 tahu akan surat ini. Beliaulah rupanya ejen perisik UMNO dalam PAS yang mana ahli-ahli PAS pernah diberi amaran bahawa ada seorang aktivis PAS senior yang menjadi ejen UMNO dalam PAS. Ahli-ahli PAS sendiri tidak ketahui tentang perkara ini.
Sebagai seorang anak perantau, saya kira telah sampai masanya saya singkap semula surat yang saya simpan selama lebih 10 tahun ini.
Saya harap penyokong Anwar, ahli-ahli UMNO, ahli-ahli ABIM, JIM, ASASI, PKPIM, dan semua umat Islam di Malaysia berfikir dengan sebaik mungkin selepas membaca surat konspirasi ini.
Urutan surat:
Jan 11, 1981
mahathir_page1.jpg (Surat ini dipercayai ditulis setelah Dr. Mahathir berbual dengan Prof. Ismail Faruqi ketika Faruqi berada di Hilton Hotel menghadiri satu persidangan di KL.)
mahathir_page2.jpg
Jan 12, 1981
anwar_page1.jpg (Surat ini dipercayai ditulis oleh Anwar selepas perbincangan dengan Anwar di KL selepas Faruqi berjaya meyakinkan Anwar bahawa UMNO akan memberi tempat kepadanya dan ABIM. (Berapa kerat agaknya orang ABIM tahu tentang perkara ini.)
anwar_page2.jpg
anwar_page3.jpg
Jan 26, 1981
faruqi_page1.jpg (Surat ini dipercayai ditulis oleh Faruqi setelah beliau kembali ke Amerika)
faruqi_page2.jpg
faruqi_page3.jpg
Bacalah dengan teliti. Inilah jawapan kepada orang-orang Anwar, ABIM, JIM, IRC, ahli-ahli UMNO, ASASI, dan NGO Muslim. Cukuplah kita diperdayakan lebih dari 16 tahun.
Selamat membaca. Semuga Allah SWT memberi hidayah kepada kita semua. Amin.
Wassalam
suratlama@netscape.net
Sumber:  http://suratlama.tripod.com/Index.htm

Ketika Anwar dalam Kabinet Mahathir

Nazli Ibrahim | (12-12-11)
Bukankah ketika itu kesempatan terbaik untuk beliau memansuhkan akta-akta drakonian tersebut dan mengheret jerung- jerung yang menerima rasuah ke muka pengadilan?
Setelah 12 tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari semua jawatan dari kerajaan dan Umno, pada 2009 lalu beliau bergiat semula dalam sepak terajang politik negara ini.
Jikalau dahulu, semasa di dalam kerajaan beliau menjalankan dasar-dasar kerajaan, berbeza dengan sekarang, beliau ialah ketua pakatan pembangkang yang disegani.
Kelantangan beliau mengkritik dasar-dasar kerajaan hari ini, khususnya terhadap rasuah, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kadang kala menimbulkan persoalan, apa yang beliau lakukan semasa beliau berada di dalam kabinet?
Apabila berbicara mengenai hal ini, perkara yang sering tidak lepas dari persoalan ialah adakah Anwar memang benar-benar menentang rasuah yang semakin membarah dalam kerajaan, akta-akta yang menindas kebebasan bersuara – ISA, AUKU dan lain-lain akta yang seumpamanya.
Persoalan mengapa beliau tidak melakukannya semasa beliau berada di dalam kerajaan dahulu pasti dipersoalkan dan tentunya lebih kerap dimainkan oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) dan kolumnis media-media kawalan kerajaan.
Bukankah ketika itu adalah kesempatan terbaik untuk beliau memansuhkan akta-akta drakonian tersebut dan mengheret jerung-jerung yang menerima rasuah ke muka pengadilan?

TPM era Mahathir paling mencabar
Umum mengetahui, menjadi seorang Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada Tun Dr Mahathir Mohamad berkuasa tidaklah semudah menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Tun Razak dan tiga PM sebelumnya.
Bagi Abdullah Badawi memadai dengan hanya seorang timbalan berbanding Mahathir yang mempunyai sehingga empat orang Timbalan Perdana Menteri.
Malah kuasa pemutus keputusan penting oleh para menteri yang ada dari dahulu hinggalah hari ini juga tidaklah mutlak walaupun dalam bidang kuasa kementerian masing-masing.
Contohnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pelajaran tentunya tidak akan menarik semula pelaksanaan PPSMI jika tidak dipersetujui oleh Najib.
Begitu juga dengan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Menteri Dalam Negeri, tentunya tidak akan berani, walaupun sekadar menyebut pindaan ISA akan dikaji jika tiada lampu hijau dari Najib atau mungkin juga diilhamkan sendiri oleh Najib.
Sama juga dengan isu kenaikan harga gula, beras, petrol dan lain-lain. Walaupun menurut mereka, pada dasarnya, setiap keputusan yang dibuat telah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet, namun kuasa veto Perdana Menteri adalah pemutus utama tidak dapat dinafikan. Akhirnya, telunjuk 1Malaysia itulah juga akan dijadikan kiblat.
Apatah lagi menjadi timbalan kepada Mahathir, tentunya memerlukan seseorang yang sehaluan dengannya, seseorang yang mampu menari seirama dengan tariannya, tidak kira samada tindakan itu menguntungkan rakyat atau menguntungkan kroni.
Apa yang penting, harus bersedia mengungkapkan kata-kata ‘yes boss’. Perilaku seperti ini tentunya bertentangan dengan jiwa Anwar sendiri hinggalah mengundang pertengkaran demi pertengkaran antara kedua mereka.
Kejadian pertengkaran antara mereka ini diakui sendiri oleh mereka yang rapat dengan Anwar seperti Azmin Ali, Ezam Mohd Nor malah Mahathir sendiri turut pernah mengakuinya. Pernah dalam beberapa ceramah politik oleh Ezam dan Azmin sekitar tahun 1999, mereka menceritakan bagaimana pada suatu hari,
Anwar keluar dari bilik PM dengan muka yang merah padam setelah bertengkar dengan Mahathir berkenaan isu penyelewengan yang dilakukan oleh Menteri Kabinet dan VIP UMNO yang lainnya.
Sikap Mahathir yang melindungi perlakuan menyeleweng ini sama sekali tidak dapat diterima oleh Anwar. Selain itu, keutamaan dasar Mahathir untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni dengan menelan belanja berbillion ringgit akibat kemelesetan ekonomi ketika itu tidak dipersetujui oleh Anwar yang ketika itu Menteri Kewangan telah memburukan lagi hubungan mereka.
Mahathir curigai Anwar
Pada tahun 1997, ketika Mahathir bercuti tiga bulan di luar negara, Anwar yang ketika itu memangku jawatan Perdana Menteri telah mengambil kesempatan itu dengan menggubal Akta Pencegah Rasuah 1997. Tindakan Anwar itu telah menambahkan kecurigaan Mahathir terhadap beliau.
Mahathir mula merasakan Anwar sebagai seseorang yang tidak boleh diharapkan untuk menjaga kepentingannya dan kroni-kroninya apabila beliau bersara kelak.
Ditambah pula, hasutan-hasutan dari mereka yang turut merasakan diri mereka bakal terancam dengan dakwaan rasuah apabila Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri nanti.
Ketika itu, pendirian Mahathir yang terlalu obses terhadap ISA dan AUKU memanglah amat jelas dan diketahui umum. Apatah lagi, AUKU adalah akta dari air tangan beliau sendiri.
Beliau yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu tidak akan teragak-agak menggunakannya ke atas penentang-penentang beliau.
Sekiranya ketika itu Anwar mula menunjukan pendirian kerasnya dan bertindak agresif untuk menghapuskan kedua-dua akta ini, tentunya awal-awal lagi Anwar akan tersingkir dari persaingan politik untuk menuju puncak dan sekaligus menggagalkan misinya yang hanya setengah jalan sahaja.
Malah, lebih dari itu, nescaya beliau tidak akan mampu sampai ke jawatan nombor dua kerajaan yang berjaya disandangnya ketika itu. Untuk menghapuskan kedua-dua akta ini dan memerangi rasuah secara total, Anwar perlu berada di puncak terlebih dahulu.
Jika difahami falsafah politik beliau, “untuk mengubah sesuatu, kita harus berada pada sesuatu kedudukan yang betul,” maka jelaslah, semasa beliau di dalam kerajaan lagi beliau telah mula melaksanakan misinya untuk melakukan perubahan terhadap sistem-sistem yang beliau tentang termasuklah ISA, AUKU dan amalan rasuah yang semakin berleluasa.
Cuma kerana demi melindungi misinya pada masa itu, tidaklah beliau tunjukan secara agresif walaupun telah dapat dihidu oleh pemimpin kerajaan yang korup. Untuk mencapai matlamat itu, perkara pertama yang perlu beliau lakukan ialah menakluk puncak tertinggi dalam pemerintahan negara ini.
Published On: Thu, May 3rd, 2012

Sejarah Ringkas Kejatuhan Anwar Ibrahim – Siri 1


ANWAR Ibrahim yang digelar isterinya sebagai manusia anugerah Tuhan telah berjaya meletakkan kehidupan rakyat Malaysia dalam situasi kekeliruan, kebingungan dan juga huru-hara selama lebih dua dekad.
Beliau muncul pada mulanya sebagai pencetus rusuhan pelajar pada tahun 1970an dan semenjak itu telah menjadi tajuk berita di Malaysia sebanyak beratus ribu kali apabila ‘dijemput’ meniti alam politik dan berjaya menjadi orang nombor dua dalam negara.
Kini, walaupun telah dipecat beliau masih lagi menjadi tajuk berita dan masih lagi berusaha mengelirukan, membingungkan dan menghuru-harakan hidup kita semua.
Maka benarlah, beliau adalah Anugerah Tuhan, bagi membantu mengasak minda bangsa Melayu agar berfikir dan berfikir.  Tanpanya, mungkin ramai lagi Melayu yang terus dibuai mimpi bahawa Malaysia akan selama-lamanya aman dan hidup adalah selama-lamanya mudah.
Dengan wujudnya Anwar Ibrahim, masyarakat Melayu kini membuka mata dengan lebih luas mengenai ancaman kuasa besar dan peringatan Allah S.W.T mengenai kaum Yahudi yang tidak akan senang selagi kita semua tidak mengikut telunjuk mereka.
Namun begitu, bukan semua Melayu yang mampu membuka minda seluas itu.  Masih ada Melayu yang mindanya kekal bingung, keliru dan huru-hara ‘dikerjakan’ Anwar Ibrahim.
Walaupun Anwar sudah bergelar banduan, sudah terbukti bersalah tetapi masih ramai yang tidak tahu atau enggan mengambil tahu kesalahannya dan hanya ingin mendengar dan mempercayai apa yang baik-baik mengenai dirinya.
Penulis baru saja ‘merayau-rayau’ di alam siber dan singgah di beberapa laman sosial dan penulis dapati, antara hujah  yang dipegang oleh penyokong-penyokong Anwar ialah beliau tidak bersalah kerana terlepas dari dua kes liwat.
Jelas, penyokong-penyokong beliau ini telah dengan sengajanya enggan meneliti kes beliau secara terperinci kerana malas, atau kerana minda mereka yang cetek membuatkan mereka sukar atau gagal memahami sesuatu yang agak berat seperti hujah-hujah pendakwaan, pembelaan serta proses penghakiman.
Kes Anwar bermula dengan pendedahan oleh Ummi Hafilda, iaitu adik Azmin Ali mengenai hubungan sulit isteri Azmin, Shamsidar Taharin dengan Anwar serta penglibatan Anwar dalam aktiviti homoseksual.
Surat layang Ummi Hafilda kepada Tun Dr. Mahathir pada mulanya dipandang sepi kerana dianggap sebagai dilakukan oleh musuh-musuh Anwar untuk menjatuhkan beliau.
Namun, kisah mengenai Anwar mengamalkan aktiviti homoseksual sampai juga ke telinga Tun Dr. Mahathir melalui beberapa pihak termasuk Ketua Polis, beberapa orang Menteri serta pembangkang sendiri (Mat Sabu) yang mula memainkan isu ini dan sehinggalah ke dalam parlimen (Karpal Singh).
Tun Dr. Mahathir mengarahkan siasatan secara senyap bagi mencari jawapan yang pasti.
Sementara itu, Anwar yang telah menghidu bahaya mengarahkan Datuk Pengarah Cawangan Khas (PCK) ke kediamannya pada 15 Ogos 1997 dan menyiasat surat layang tersebut.  Pada 17 Ogos 1997, Ummi dan Azizan, iaitu mangsa liwat dalam kes ini telah ditangkap dan dibawa ke Bukit Aman.
Mengikut fail mahkamah Bilangan LF/T PCK(C) PENANGKAPAN UMMI HAFILDA DAN AZIZAN ABU BAKAR:
Kedua-dua tajuk telah ditangkap pada malam 17 Ogos 1997 oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah.  Memandangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin mengetahui perkembangan kes ini, maka Datuk PCK dan saya telah diminta pergi ke kediaman beliau pada 18 Ogos 1997 di antara jam 0030 hingga jam 0100.
(2)  Di dalam pertemuan ini, Datuk Seri Anwar telah dimaklumkan tentang rentetan penangkapan kedua-dua tajuk berkenaan.  Datuk Seri Anwar kemudiannya telah memberi arahan-arahan berikut:  2.1.  kedua-dua tajuk tidak ditahan lama-lama.
2.2. Mereka hendaklah ditemuduga supaya mereka takut dan menafikan tohmahan-tohmahan berkenaan;
2.3  Tidak mahu kes ini dibawa ke mahkamah.
(Amir bin Junus) A/SAC I
T/PCK II
AJ/MKHI
Datuk Amir Junus juga menyatakan bahawa beliau merasa pelik kerana Anwar tidak pula meminta mereka mendapatkan kebenaran tetapi sebaliknya mengarahkan mereka mendapatkan penafian dan menegaskan agar kes tersebut tidak sampai ke mahkamah.
Sebagai menurut perintah, Ummi dan Azizan kedua-duanya ditahan semalaman, ditekan dan dipaksa supaya menandatangani surat menarik balik segala pendedahan mereka dan mengaku sebagai telah memfitnah Anwar.   Akhirnya mereka mengalah.
Lalu surat penafian mereka dihantar kepada YAB Perdana Menteri dan Anwar menganggap kes tersebut sebagai selesai.
SAC Musa Hassan, bagaimanapun tidak menganggap kes tersebut selesai.  Beliau yang terlibat dalam kes ini sejak 15 Ogos 1997 dan telah ditugaskan untuk mencari bukti di rumah Ummi dan Azizan telah terjumpa dengan beberapa dokumen lain.  Baginya, selagi kebenaran belum terserlah, kes tersebut tidak boleh dianggap selesai dengan hanya penarikan balik surat layang oleh Ummi dan Azizan.
Pada 2 September 1997, SAC Musa mengarahkan ASP Zull Aznam untuk memanggil semua saksi untuk tujuan mengambil kenyataan.   Bagaimanapun, ASP Zull Aznam menelefonnya kembali dan memberitahu bahawa Anwar ingin berjumpa dengannya.
Dalam pertemuan tersebut, Anwar mengarahkan agar siasatan dihentikan kerana menurutnya, YAB Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa tuduhan dalam surat layang tersebut adalah fitnah dan kes tersebut dikira selesai.
Bagaimanapun, SAC Musa telah pun menghantar kertas siasatan kepada Peguam Negara dan ketika disoal balas mengenai hal ini di dalam perbicaraan, SAC Musa menjawab,
“…Saya tidak setuju bahawa tertuduh tidak mengarahkan saya untuk tidak menghantar kertas siasatan kepada Peguam Negara.” dan “Lima dokumen yang saya terima telah mempengaruhi saya untuk mencadangkan siasatan di dalam kes ini di NFA.  Saya bersetuju selepas meneliti kelima-lima dokumen yang saya terima, saya telah mengesyorkan siasatan dalam kes ini di NFA.  Saya juga telah kemudiannya mengesyorkan kepada Peguam Negara untuk siasatan kes ini di NFA.  Peguam Negara telah bersetuju di atas cadangan saya untuk NFA kes ini.”
Bagi persoalan sama ada Anwar telah menyalahguna kuasanya ke atas pihak polis untuk:
1.  mendapatkan pengakuan bertulis dari Azizan bagi menafikan tuduhan yang dibuat dalam surat layang oleh Ummi Hafilda,
2.  mendapatkan kenyataan umum bertulis dari Azizan bagi menafikan tuduhan yang dibuat dalam surat layang oleh Ummi Hafilda,
3. mendapatkan pengakuan bertulis dari Ummi Hafilda bagi menafikan tuduhan yang dibuat dalam surat layang yang dibuatnya dan 4.  mendapatkan kenyataan umum bertulis dari Ummi Hafilda bagi menafikan tuduhan yang dibuat dalam surat layang yang dibuatnya. Yang Arif Augustine Paul telah memutuskan seperti berikut:
“Saya dengan ini berpuas hati bahawa pihak pendakwa mempunyai prima facie yang menunjukkan bahawa tertuduh, semasa memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, mempunyai kapasiti untuk melakukan korupsi dalam keempat-empat dakwaan yang dikenakan terhadapnya menurut s 2(I) dari Ordinan No. 22.”
(Bersambung)
- BERUANG BIRU

Tiada ulasan: