Selasa, 25 September 2012

TIADA LAGI KITA YANG PATUT INGAT IALAH 'DUIT' IAITU 'doa..usaha..ikhtiar..tawakal' MUDAH2AN KITA MENCAPAI KEMENANGAN

PRK: Pengerusi Pro-M dibelasah samseng

Harakahdaily, 25 Sep 2012
PETALING JAYA: Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto (gambar) didakwa telah dipukul oleh lima orang samseng yang tidak dikenali awal pagi tadi.

Kejadian didakwa berlaku sekitar jam 4 pagi ketika beliau dalam perjalanan pulang ke rumah sewanya di Seksyen 17, Petaling Jaya.

Menurutnya, ketika kejadian sebuah kereta Kancil telah menyekat laluan motosikalnya dan mengarahkan beliau ke satu kawasan yang gelap.

Salah seorang daripada samseng tersebut turun dari kereta tersebut dan menghayunkan topi keledar ke badan beliau sehingga terjatuh daripada motosikal.

Setelah itu, lima orang samseng tersebut memukul dan menghentak beliau dengan topi keledar di kepala. Mereka juga menumbuk dan menerajang di perut beliau.

Serangan itu menyebabkan beliau luka dan lebam di bahagian muka.

Menurut rakan serumahnya, Syis Abdul Kadir yang juga Presiden PMIUM, mereka hanya mengetahui kejadian itu apabila menyedari Edikoup terbaring dipintu rumah awal pagi tadi.

"Dia tak cerita apa-apa dan kami nampak dia terbaring di hadapan pintu rumah. Dia kata rasa sakit di muka dan badan. Dan baru pagi ini dia sedar dan menceritakan kepada kami apa yang yang telah berlaku," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat Edikoup di Balai Polis Seksyen 17, Petaling Jaya berkenaan serangan tersebut.

Edikoup kini juga berada di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan.

Menurut Syis lagi, Edikoup ada menceritakan bahawa dia ada menerima beberapa kali ugutan oleh samseng sebelum dia diserang

"Kali pertama semalam dua samseng datang ke rumah dan menguugut dengan berkata "kau ingat apa yang kau dah buat" dan mengugut akan melanggar beliau.

"Kali kedua ketika di Jalan Mahameru juga dua orang samseng datang ugut benda sama kira-kira jam 12 malam tadi," katanya.

Menurut Syis lagi, Edikoup kini masih dalam keadaan trauma dan beliau masih belum mahu berjumpa dengan sesiapa.

Selepas 6 bulan, Adun Perak bersidang sehari!

Harakahdaily, 25 Sep 2012
IPOH: Para Adun Pakatan Rakyat Perak kesal dengan tindakan kerajaan BN negeri yang hanya mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri sehari sahaja selepas enam bulan tidak bersidang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menyifatkan ianya memeranjatkan dan permohonan beliau untuk dilanjutkan ditolak oleh Speaker.

"Saya cadang dilanjutkan sekurang-kuranya tiga hari untuk mendapat penjelasan masalah rakyat Perak tetapi ditolak oleh Speaker, (Datuk R) Ganesan," kata beliau melalui Twitternya.

Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming juga membantah sidang yang terlalu singkat itu.

"Dewan Negeri Perak dijadikan 'Rubber stamp' BN. 6 bulan bersidang 1 hari sahaja & kebanyakan soalan tidak terjawab bahkan ditolak terus. Apa ini?" tulis beliau menerusi Twitternya.

Beliau juga berkata, semasa Pakatan Rakyat, sidang DUN Perak disiarkan secara langsung melalui internet.

Namun, dalam sidang kali ini wartawan pun, kata beliau, "dikurung dalam bilik luar dewan macam aquarium. Apa ini?"

Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham juga kesal dengan sidang kali ini.

"Saya tanya berapa jumlah tanah yang kerajaan luluskan sejak 6/2/2009.

"(Namun) Soalan ditolak kerana jawapan boleh didapati dr Buku rujukan biasa!" katanya.

Sehubungan itu, beliau menawarkan hadiah RM10,000 kepada mana-mana pihak yang boleh mendapatkan satu buku rujukan yang menyenaraikan tanah-tanah yang telah diluluskan olehg kerajaan.

"Saya bayar RM10,000 kalau ada sesiapa yang boleh dpt satu buku rujukan biasa yang menyeneraikan tanah-tanah yang telah diluluskan oleh Kerajaan BN Perak," tulis beliau melalui Twitternya.

Kerugian BNM RM30 billion timbul kembali

Aspan Alias, 25 Sep 2012
Saya berasa lega apabila isu kerugian Bank Negara Malaysia sebanyak lebih dari RM30 billion dalam pertukaran wang asing hasil dari tindakan Nor Mohamad Yakcop yang telah membabitkan Bank Negara Malaysia (BNM) dengan ‘forex trading’ pada 1992 dahulu timbul di dalam sidang Dewan Rakyat. Saya berasa lega kerana saya pernah dibelasah oleh pembaca blog saya semasa itu kerana menulis tentang isu ini. Saya dituduh membuat fitnah dan tidak bertanggungjawab.
Seperti biasa Dr Mahathirlah yang mempertahankan Nor Mohamad Yakcop dan tidak membenarkan Menteri Kewangan semasa itu untuk mengambil tindakan terhadap Nor Mohamad Yakcop. Jika ditanya Nor Muhamad Yakcop beliau dengan tangkas sahaja berselindung di bawah ketiak Dr Mahathir dan berkata tindakan beliau itu adalah di atas arahan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohammed.

Saya berasa lega kerana Ahli Parlimen telah bertanya di Dewan Rakyat untuk mengetahui berapa jumlah kerugian sebenarnya dalam skandal pertukaran wang asing itu. Kerugian dari pertukaran wang asing ini merupakan kerugian yang terbesar dalam sejarah negara dan tidak ada sebab Nor Mohammad Yakcop tidak boleh diambil tindakan semasa itu.

Perdana Menteri telah memberitahu Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim,  supaya jangan mengambil tindakan terhadap Nor Mohammad Yakcop dan Nor Mohamad Yakcop telah berhenti dari BNM. Selepas kerugian yang dilakukan oleh ketua jabatan perbendaharaan BNM itu beliau telah dinaikkan pangkat dan darjat di dalam kerajaan dengan perlantikan beliau sebagai penasihat ekonomi kepada kerajaan persekutuan.

Di negara ini jika seseorang itu berada di dalam kroni Perdana Menteri dan melakukan kesalahan besar mereka akan dinaikkan pangkat dan tanggugjawab yang lebih besar lagi. Nor Mohammad Yakcop sejak itu telah dinaikkan taraf dan kedudukan beliau oleh Dr Mahathir sehingga beliau menjadi Menteri Kewangan dan sekarang Menteri yag penting dalam Jemaah Kabinet negara.

Saya telah banyak menulis tentang etika kepimpinan dalam blog ini sejak beberapa tahun dahulu. Manusia yang diberi tanggungjawab oleh Perdana Menteri, Mahathir, kebanyakannya adalah mereka yang tidak berkelayakan dari sudut moralnya untuk memikul apa-apa tanggungjawab dalam perkhidmatan awam. Bagi Mahathir rekod buruk seseorang itu tidak penting dan mereka diberi kemudahan untuk menjawat jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam. Yang penting seseorang itu mestilah taat setia tanpa berbelah bagi. Apa yang akan mendatang hasil dari pilihan yang salah itu tidak penting.

Kalau salah kata sistem dan etika kenegaraan, benar kata Dr Mahathir. Mahathir memang tidak boleh bekerja dengan pemimpin yang baik yang tiada masalah ‘baggage’ peribadi. Lagi besar masalah seseorang itu lagi senang hati Dr Mahathir untuk melantiknya kerana melantik orang-orang seperti ini akan memudahkan beliau untuk mengawal mereka.

Bagi Dr Mahathir sistem dan etika itu boleh dipersetankan. Apa yang akan terjadi kemudian hari itu tidak penting dan semua yang berlaku sekarang ini adalah kerana pimpinan tidak boleh menahan diri dari melantik mereka yang rapat dengan mereka (pimpinan) walaupun tidak mempunyai ‘moral standing’ untuk menjawat jawatan terpenting kerajaan kita. Orang yang mencuri diberi tugas untuk menjaga harta benda rakyat.

Akhirnya tidak ada di kalangan yang dibawa ke tengah oleh Dr Mahathir boleh dipercayai untuk menjaga nasib anak bangsa dan negara seperti yang sedang kita rasakan akibatnya sekarang ini. Penggubal dasar yang diamanahkan untuk menjaga kementerian (menteri) yang sepatutnya memerhati dan mempastikan segala dasar dilaksanakan dengan betul termasuk mengelak dari rasuah kini bersekongkol dengan pegawai tertinggi kementerian mereka dan bersama-sama melakukan rasuah.

Kalau begitu keadaannya kita hendak bertanya, di manakah rakyat hendak meletakkan harapan mereka yang ramai untuk menjaga negara dan kerukunan rakyat? Sekarang rakyat sudah mual dengan janji-janji yang ditabur oleh pimpinan hari ini, maka adalah tidak salah jika rakyat yang sudah begitu lama melakukan 'soul searching’ untuk bertindak mengikut lunas yang dibenarkan oleh perlembagaan negara iaitu melalui pilihanraya yang akan datang  ini.

Sesungguhnya pimpinan UMNO baru menyedari penolakan rakyat terhadapnya dan barulah kita mendengar pemimpin yang begitu takbur dan sombong merayu dan meminta belas ehsan rakyat tetapi semuanya itu sudah terlalu lambat untuk mendapat pertimbangan rakyat. Pemimpin yang berkuasa kini sudah menjadi kembiri politik merayu dan menadah tangan untuk mendapatkan sambungan mandat rakyat.

Dua tiga hari yang lepas Najib merayu agar beliau diberikan peluang untuk berada di Putrajaya sepenggal lagi seolah-olah pembangkang sudah memerintah lama di negara ini. Selama ini rakyat telah memberikan kepada BN sebanyak 12 kali peluang dan ia bermakna BN telah memerintah selama 12 penggal. Bukankah selama ini BN telah diberikan peluang itu oleh rakyat?

Sepatutnya pembangkanglah yang meminta untuk diberikan peluang penggal ini untuk membuktikan kemampuan mereka mentadbir kerajaan persekutuan kerana PR telah menunjukkan rekod yang baik dalam mentadbir empat buah negeri dalam persekutuan ini. Jika PR tidak berkemampuan untuk melaksanakannya rakyat masih berhak untuk mengembalikan kuasa kepada pihak BN dalam pilihanraya yang berikutnya.

Tetapi buat kali ini mandat wajar di berikan kepada pihak alternatif dan rakyat sudah ramai menerima hakikat yang BN terutamanya UMNO sudah sewajarnya duduk di pihak pembangkang di Dewan Parlimen penggal ini untuk memberi peluang untuk mereka melakukan introspeksi terhadap diri mereka serta memperbaiki diri mereka supaya lebih memahami yang manusia dan makhluk itu sentiasa berubah. Manusia termasuk rakyat negara kita juga ingin bersama berubah kerana mereka bukan makhluk yang statik  Rakyat mahu merasakan ‘ambience’ baru dalam negara setelah begitu jemu mengalami di bawah pentadbiran yang mengelirukan ini.

Rakyat ramai juga ada perasaan. Bukan pemimpin UMNO sahaja yang mempunyai perasaan itu. Bukankah kita ini manusia yang merupakan secantik-cantik kejadian Tuhan? UMNO mesti menghormati rakyat dan jangan terus menerus mempersendakan perasaan rakyat yang sedang melakukan introspeksi diri dengan serius.

UMNO wajar memberhentikan buruk laku ini. Jadilah sebuah parti yang 'gentleman'.   Jangan jadi parti ‘gila talak’. Apabila sampai waktu duduk di luar, duduklah di luar. - http://aspanaliasnet.blogspot.com

Panas: Teka tang mana yang sama...

http://shalehudin.blogspot.com, 25 Sep 2012

PANAS: Ca teka tang mana yang sama...

Wakaka... hadoiihh....

Gua tergelak guling-guling... sakit perut...
Punyalah terdesak Umno / Be End neh dalam mencari pengaruh demi mempertahankan kuasa yang semakin lusuh!!!! Nampak sangat Umno dah kekurangan oksijen...

Dulu buku komik Najib Razak sebagai penyelamat dengan berlagak sebagai "Superman" disebarkan dan diedarkan secara percuma pada umum terutamanya kanak-kanak, kini buku latihan logo 1M'sia dengan wajah Najib Razak pula beredar rancak disekolah-sekolah.


Apa tujuan sebenarnya? Belum pernah terjadi sebelum ini.



Pa pun, pastikan anak-anak anda tak terpijak buku latihan neh jika tak mau anak anda diheret ke balai Polis nanti... wakakaa....

Katanya sokongan kat Najib dah melonjak sampai 72%. Mengapa perlu sampai begini punya lekeh Umno / Be End membuat propaganda murahan....

Dah macam negara China Komunis dan Korea Utaralah pula ni weh!!!!!

Presiden Belarus menang lagi

Al Jazeera terjemahan Mohamad Yahya, 25 Sep 2012



(Bantahan selepas kemenangan presiden pada tahun 2004 telah ditolak dengan mentah-mentah.)

MINSK, BELARUS: Keputusan rasmi pilihan raya parlimen Belarus 'mencatatkan kemenangan besar kepada pihak yang bersekutu dengan Presiden Alexandr Lukashenko, menepati ramalan kumpulan pembangkang yang memulaukan pilihanraya tersebut mendakwa ia sekali lagi dibuat untuk kemenangan presiden.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Pusat, Lidiya Yermoshina berkata Isnin lalu bahawa 74.3 peratus dari mereka yang layak mengundi telah keluar mengundi dan memperkecilkan penilaian yang lebih skeptikal oleh pemerhati bebas pilihan raya, dengan mengatakan hanya angka keluar mengundi rasmi yang akan digunakan.

Tiada sebarang pertandingan,sengit dan Yermoshina berkata bahawa semua 110 kerusi parlimen kecuali satu kerusi telah ditetapkan.

Wartawan Al Jazeera, Jonah Hull yang melaporkan dari Minsk, berkata pilihan raya itu menggambarkan "tiada cabaran apapun terhadap kuasa”,”tiada cabaran apapun terhadap status quo" dan hanya menjamin empat tahun lagi untuk badan perundangan yang sudah lama menjadi alat kepada Presiden Lukashenko, yang memerintah negara tersebut sejak tahun 1994.

"Jika kali ini ada pihak yang meragui tentang pilihan rakyat Belarus, maka saya tidak tahu bagaimana lagi saya perlu mengendalikan pilihan raya," ujar Presiden dalam ucapannya di televisyen.

Setiap pengundian sejak pemerintahan Lukeshenko telah dikritik sebagai tidak demokratik oleh pemerhati-pemerhati Barat.

"Kami melihat di sesetengah tempat mengundi terdapat beberapa orang. Tetapi, peratus keluar mengundi di negara ini juga berdasarkan apa yang berlaku semasa awal hari pengundian, dan mereka yang keluar mengundi agak tinggi untuk pengundian di awal hari, sekitar 26 peratus keluar mengundi adalah angka rasmi kami," kata Matteo Mecacci, ketua misi pemerhati untuk Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (Organisation for Security and Co-Operation in Europe), yang menempatkan 330 pemerhati. "Jadi, saya fikir ia adalah satu sistem yang pelik."

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Victoria Nuland berkata bahawa pilihan raya itu "tidak menepati standard pilihanraya antarabangsa" dan menggesa pihak berkuasa untuk "mengambil langkah untuk memenuhi komitmen antarabangsa Belarus dengan mengadakan pilihan raya yang benar-benar demokratik dan untuk memupuk rasa hormat terhadap hak asasi manusia."

Kemenangan besar Lukashenko dalam pilihan raya presiden tahun 2010 mencetuskan protes jalanan besar-besaran yang telah ditangani dengan kejam, dan setiap perhimpunan selepas pengundian parlimen tersebut mendapat layanan yang serupa.

Tokoh pembangkang dan ahli politik, Stanislav Shushkevich memberitahu Al-Jazeera "tiada orang yang berfikiran demokrasi" dalam suruhanjaya pilihan raya di negara ini dan memanggil undi tersebut sebagai "bahan jenaka".

Pembangkang berharap menggunakan pilihan raya ini untuk membina sokongan, tetapi 33 daripada 35 calon dari United Civil Party telah dihalang dari muncul di televisyen, manakala akhbar milik kerajaan pula enggan untuk menerbitkan program pilihan raya mereka.

Kira-kira 40 calon dari kumpulan komunis dan haluan kiri yang bersikap kritikal dengan Lukashenko masih bertanding, tetapi mereka tidak dijangka untuk menang dan menjadi wakil di parlimen, yang telah dihuni sepenuhnya oleh penyokong setia kerajaan sejak tiga ahli pembangkang terakhir kehilangan kerusi mereka pada tahun 2004.

Cadangan Selangor pendidikan politik yang baik

Bashir Ishak, 25 Sep 2012

(Aziz Bari berucap dalam Wacana Perlembagaan Malaysia dekat sini)

KANGAR: Cadangan kerajaan Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) berasingan dari pada parlimen merupakan suatu pendidikan politik yang baik ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu menjelaskan bahawa hak membubarkan DUN adalah tertakluk kepada kuasa pemerintah negeri.

Aziz dipercayai mengulas cadangan kerajaan negeri Selangor untuk mengadakan pilihan raya berasingan dengan Pusat ekoran tidak berpuashati dengan daftar pemilih yang ada.

Selangor mendapat penambahan pemilih baru yang ketara iaitu sebanyak 480,000 kemasukan ke dalam daftar pemilih di negeri itu berbanding daftar pemilih 2008.

Selangor bercadang untuk melihat setakat mana perjalanan PRU 13 peringkat pusat sebelum mengadakan pilihan raya peringkat negeri.

"Tak ada masalah untuk bubar DUN secara berasingan, cuma yang jadi masalahnya ialah SPR itu sendiri yang lebih-lebih.

"Hak negeri untuk bubarkan DUN terletak kepada Sultan atau Yang Dipertua Negeri.

"Bagi saya cadangan ini adalah suatu bentuk pendidikan tidak formal yang memberikan kefahaman kepada rakyat.

"Bila ada perkara macam ni barulah orang-orang Umno sendiri pun faham bahawa perkara ini tak ada kena mengena langsung pun dengan Perdana Menteri atau Yang DiPertuan Agong yang mana bila pembubaran parlimen di peringkat pusat maka di negeri pun kena bubar," jelasnya.

Dr Aziz berkata demikian menjawab soalan peserta dalm program Wacana Perlembagaan Malaysia anjuran Institute fo Democracy and Economic Affairs (IDEAS) yang diadakan di Hotel Seri Malysia dekat sini Sabtu lalu.

Bukankah Melayu hilang kuasa angkara Umno?

Harakahdaily, 25 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyifatkan Tun Mahathir Mohamad ketinggalan keretapi dan masih memutar pita rakaman lama untuk mempengaruhi pengundi di dalam Pilihan raya Umum (PRU) akan datang.
“Beliau cuba membawa budaya takut di dalam masyarakat supaya jangan tolak Umno kerana nanti Melayu hilang kuasa.

“Bukankah Melayu hilang kuasa semua angkara Umno?” tanya beliau dalam satu kenyataan.

Beliau juga mempersoalkan kenapa Mahathir menjadi Perdana Menteri tidak menambah kerusi Parlimen di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah ketika persempadanan semula 2004.

“Kenapa baru sekarang bercakap Melayu hilang kuasa?” tanya beliau lagi.

Katanya, Umno telah terbukti merosakkan Melayu setelah berkuasa selama 55 tahun.

Jelasnya, PAS mempunyai data dan fakta kemusnahan Melayu angkara tangan Umno yang mana tanah rezab Melayu daripada 3 juta hektar (1957) hilang  seluas 1.3 juta (1995) hektar.
“Kenapa Tun menuding jari kepada Pakatan Rakyat, sedangkan Pakatan Rakyat tidak pernah memerintah kerajaan pusat.

“Beri Pakatan Rakyat memerintah dahulu, jika sama perangai macam Umno bolehlah rakyat memilih Umno kembali di dalam PRU14,” katanya.

Beliau juga bertanya kenapa Tun begitu takut sangat dengan perubahan kerajaan.

“Beliau tidak perlu takut jika beliau tidak bersalah ketika 22 tahun memerintah,” kata Idris.

Tambahnya lagi, jika Tun mengeluh kerana Melayu berpecah kepada tiga kelompok, ia angkara siapa.

“Umnolah bapa perpecahan buktinya kelahiran Parti Negara, Parti Semangat 46, Team A dan Team B sehingga Umno diharamkan oleh mahkamah,” katanya lagi.

Katanya lagi, jangan menganggap Umno parti Melayu pertama, sedangkan sebelum Umno ditubuhkan 1946, sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada 1945 oleh Ibrahim Yaakob, Dr Burhanudin al-Helmi dan Ahmad Boestamam.

Justeru, ujarnya kenapa perlunya Umno, sedangkan sudah ada parti Melayu sebelumnya.

Idris menambah, Tun Mahathir juga cuba hendak memutar belitkan sejarah kononnya PAS ditubuhkan kerana pimpinannya tidak puas hati dengan kepimpinan Tunku yang tidak memberi PAS bertanding 10 kerusi di dalam pilihanraya 1955.

“Sedangkan PAS ditubuhkan oleh orang agama di dalam Umno kerana tidak puas hati dengan pimpinan Umno yang tidak ambil peduli teguran ulama terutama di dalam isu judi,” katanya.

Katanya, pembohongan Tun bukan perkara luar biasa kerana sewaktu beliau menjadi Presiden Umno beliau menuduh PASditubuhkan oleh penjajah.

“Fakta sebenarnya Umno adalah restu penjajah. Buktinya ketika semua parti politik di Tanah Melayu diharamkan pada tahun 1948, hanya Umno sahaja yang dibenarkan hidup,” katanya lagi.

Tangan zionis dalam kempen hina Rasulullah

Mohd Azmi Abdul Hamid, 25 Sep 2012
Analisis yang belum diketahui ramai dalam isu penerbitan video menghina Rasulullah s.a.w. ialah ia ada kaitan dengan rancangan zionis dan kuasa imperialis Amerika dan kuasa Eropah Barat.

Sebenarnya orang bernama Sam Bacille (nama sebenar Nakaola Basseley Nakaola) yang dikata menjadi pengarah kepada pembikinan filem itu hanya alat.

Beliau sebenarnya hanya seorang yang terlibat dalam kes menipu bank. Dengan latar belakang yang sama sekali sifar dalam pengetahuan mahupun kemahiran pembikinan filem, zionis telah mengguna beliau sebagai alat untuk melindungi pihak sebenar yang terlibat dalam menghasilkan filem tersebut. Beliau sendiri menafikan menjadi pengarah malah hanya menguruskan aspek "logistik" semata.

Jadi siapa pendalang filem tersebut?

Rekod awam mendapati satu permit filem telah diberi kepada Media for Christ sebuah agensi yang dikendali oleh seorang bernama Joseph Nasrallah Abdelmasih. Kumpulan beliau menaja program Kristian dalam Bahasa Arab termasuk The Way sebuah filem yang menampilkan dua orang penggerak kempen Islamofobia iaitu Pamela Geller dan Robert Spencer. Kedua mereka ini adalah penentang cadangan membina masjid di New York di tapak "Ground Zero” . Idea filem Innocence dicatat dalam blog Geller pada Februari 2012 dalam tajuk A Movie About Muhammad: An Idea Whose Time Has Come.

Sesungguhnya filem dokumentari penghinaan ke atas Nabi bukan satu insiden yang terpisah dan tersendiri, malah ia adalah suatu konspirasi melakar perang ke atas Islam dan umat Islam oleh Amerika, Israel dan kuasa imperialis Eropah Barat.

Tindakan dan rancangan provokasi dalam tempoh dua tahun sempena mengingati peristiwa September 11 bermula dengan kempen membakar Quran oleh Terry Jones dan kali ini video.


Fakta bahawa filem ini adalah kerja dari operasi ekstremis fanatik Zionis yang berpusat di Amerika dan Israel serta Eropah tidak dapat dinafikan, khususnya oleh CIA Dan Mossad.

Apabila reaksi yang sepatutnya berlaku tidak berhasil, mereka cuba menghubungkan kemarahan umat Islam terhadap filem itu kepada pembunuhan duta Amerika di Benghazi, Libya.

Pada hal pihak perisikan Amerika sudah menerima maklumat awal bahawa serangan ke atas kedutaan akan berlaku tetapi pihak Amerika tidak berbuat apa-apa. Pembunuhan itu tidak ada mengena dengan filem dokumentari tersebut. Ia adalah serangan yang disebabkan oleh pembunuhan seorang ketua militan Libya yang pernah disokong oleh CIA sendiri ketika revolusi menjatuhkan Muammar Gadafi.

Analisa ini didedahkan sendiri oleh seorang pakar operasi CIA-Mossad , Thierry Mayssan bahawa pembunuhan duta mungkin diarah oleh Mossad sendiri.

Sebab itu kami percaya kebangkitan ini bukan hanya kerana marah kepada penghinaan terhadap Nabi tetapi adalah kebangkitan menentang kuasa imperialis Barat yang cuba mendominasi kehidupan umat Islam.

Protes yang tercetus mesti dianalisa secara lebih menyeluruh untuk melanjutkan Revolusi Tahrir yang berlaku di dunia Arab.

Kebangkitan ini adalah seruan kepada pembebasan, kemerdekaan dan kedaulatan serta harga diri yang menuntut kepada seluruh rantau dan dunia dibebaskan dari hegemoni kuasa Barat. Dengan itu tanda berakhirnya dominasi Amerika dan Barat ke atas dunia ini telah tiba.

Penulis ialah Setiausha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Tiada ulasan: