Khamis, 20 September 2012

KESIAN...MEROSOT PADA PARTI...MEROSOT JUGA DIKALANGAN AHLI PARTI...APA NAK BUAT...MUHASABAH LAH DIRI...KOD2 BANYAK DOSA KITA BUAT...

AGM Umno tahun ini, PRU belum tentu tahun depan

  • Aidila Razak
  • 7:06PM Sep 20 2012
Perhimpunan Tahunan Agung Umno akan berlangsung pada 27 November hingga 1 Disember, kata presiden parti Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang juga perdana menteri bagaimanapun berkata, ia boleh ditangguhkan sekiranya pilihan raya diadakan.

Najib mesti memanggil pilihan raya sebelum April tahun depan.
Katanya,  terpulanglah kepada rakyat untuk membuat spekulasi bila pilihan raya akan diadakan, ekoran pengumuman itu hari ini.

Bercakap selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini, beliau berkata, terserahlah kepada mereka untuk membuat tafsiran masing-masing.

Umno sebelum ini pernah menangguhkan pemilihan parti itu sehingga selepas pilihan raya umum.

Majlis Tertinggi menetapkan perhimpunan agung Umno 2012 akan berlangsung pada 27 November hingga 1 Disember depan.

Ia akan bermula dengan majlis taklimat presiden pada 27 November, diikuti dengan majlis perasmian serentak perhimpunan agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno pada sebelah malamnya.

Perhimpunan agung ketiga-tiga sayap Umno itu akan berlangsung pada keesokan harinya. Manakala perhimpunan agung Umno akan berlangsung pada 29, 30 November hingga 1 Disember.
'Kecacatan gambar berpunca dari tempat dihantar'
7:12PM Sep 20 2012
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) telah menjalankan siasatan awal berhubung dakwaan satu daripada gambarnya baru-baru ini telah dibega, kata Ketua Pengarangnya Datuk
Yong Soo Heong.

NONE"Siasatan awal mendedahkan kecacatan pada gambar itu dikesan berpunca dari tempat ia telah dihantar," katanya hari ini semasa mengulas sekeping gambar Bernama yang dirakamkan di Pekan Sabtu lepas.

Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menentukan motif individu terbabit dan sama ada wujud elemen sabotaj, kata Yong.

"Kami melihat perkara ini dengan serius dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sesuai terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu.

"Bernama sentiasa berusaha mengekalkan standard profesionalisme yang tinggi dan memandang serius integriti di tempat kerja," tegasnya.

- Bernama
'Taib Mahmud orang terkaya tak mengejutkan'

  • Dukau Papau
  • 3:42PM Sep 20 2012
Dakwaan bahawa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud adalah orang terkaya di Malaysia nampaknya tidak mengejutkan rakyat Sarawak.

Bagaimanapun, apa yang mengejut ramai daripada mereka ialah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), polis dan pihak berkuasa lain didakwa tidak bertindak terhadapnya walaupun beberapa laporan dakwaan rasuah, salahguna kuasa dan kronisme telah dibuat terhadapnya.

NONEAhli politik dan rakyat biasa yang diwawancara di Kuching sejak dua hari lalu berkata ramai sudah tahu bahawa Taib seorang yang kaya.

"Tetapi kami tidak tahu kekayaan sebenarnya kecuali SPRM, polis dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjalankan siasatan," kata mereka.

Ramai rakyat Sarawak tahu siapa yang memilik syarikat gergasi Cahya Mata Sarawak (CMS) dan anak syarikatnya diberi banyak projek besar dan menguasai bekalan simen untuk projek pembinaan, jalan dan pembaikan jalan serta pembinaan empangan.

Laporan menggemparkan yang dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Taib sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekaligus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia.

Usaha mendapatkan komen pejabat ketua menteri berhubung dokumen BMF setakat ini belum berjaya. Tiada pemimpin BN juga mahu memberikan komen berhubung dakwaan itu setakat ini.
Ngeh minta maaf isu tweet tentang filem anti-Islam
3:55PM Sep 20 2012
Ketua DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham hari ini memohon maaf dan menarik balik tulisannya di Twitter yang didakwa mempersoal bantahan umat Islam terhadap filem anti-Islam Innocence of Muslims.

NONE"Saya tarik balik dan meminta maaf kepada orang Islam yang tersinggung dengan twit saya, saya tidak pernah maksudkannya begitu," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tulisan Ngeh (atas) yang dipertikaikan itu menyebut: "Khairy mahu umat Islam mengadakan protes terhadap Sam Bacile (pengarah Innocence of Muslims). Untuk Islam atau untuk kepentingan politiknya.

"Adakah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini," tulisan anggota parlimen Beruas di Twitter itu dipetik.

Ekoran itu, pelbagai pihak termasuk pemimpin BN dan pembangkang dilaporkan menyuarakan perasaan tidak senang mereka terhadap kenyataannya itu.
Soi Lek: Politik wang bukan rasuah
12:57PM Sep 20 2012
Politik wang bukan rasuah, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau memberikan reaksi itu sebagai respons terhadap cadangan PKR supaya dakwaan politik wang terhadap seorang timbalan menteri wanita daripada MCA dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

NONEAntara contoh politik wang, kata Chua, membelikan barangan kepada orang ramai menjelang tahun baru, yang tidak boleh disamakan dengan rasuah.

Chua memberikan jawapan mengejutkan itu ketika ditanya pemberita dalam majlis makan malam di Ipoh pada Selasa, lapor Oriental Daily News hari ini.

Chua, memetik aduan yang diterima, pada mulanya mendakwa terdapat "timbalan menteri wanita" terlibat dengan politik wang, tetapi kemudian menjelaskan kenyataan dibuat secara umum dan tidak merujuk kepada individu tertentu.

Heng Seai Kie (atas) yang berkhidmat di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat satu-satunya timbalan menteri wanita daripada MCA. Beliau menafikan dakwaan itu.
PKR persoal 1MDB beli pegangan dalam IPP

  • Hafiz Yatim
  • 1:21PM Sep 20 2012
PKR mempersoalkan tindakan kerajaan mendapatkan pegangan dalam stesen janakuasa bebas (IPP) melalui pembelian saham Tanjung Energy Holdings Sdn Bhd dan Mastika Lagenda Sdn Bhd melalui 1MDB.

Tanjung Energy dan Mastika Lagenda dimiliki oleh hartawan Ananda Krishnan dan Genting Bhd.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, kos pembelian saham Tanjong pada Mac bernilai RM8.5 bilion sementara pembelian saham Genting pula sebanyak RM2.55 bilion (untuk pegangan 75 peratus) bulan lalu.

"Kini, dengan menjual Tanjong Energy kepada 1MDB pula, Ananda membuat keuntungan RM1.9 bilion," katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Nazmi juga berkata, kerajaan sepatutnya membina loji janakuasa baru daripada membayar jumlah yang besar untuk mendapatkan pegangan dalam IPP kerana kosnya lebih murah.
Banduan minta air dan gergaji nak buka gari
  • Bernama
  • 5:46PM Sep 20 2012
 
"Dia ketuk pintu belakang rumah saya bertalu-talu dan minta diberi segelas air serta dibukakan gari," kata seorang pekerja swasta yang berhadapan dengan banduan yang melarikan diri selepas kereta polis yang dinaiki terlibat dalam kemalangan.
  
Lukman Hakim Mohd Ismail, 21, berkata banduan yang dikenakan hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan itu, mengetuk pintu rumahnya di Perumahan Taman Dato Rashid di sini, kira-kira pukul 10 malam ketika beliau dan isteri sedang tidur.

"Bila saya buka pintu, saya lihat seorang lelaki dengan tangan bergari berdiri di hadapan saya," katanya yang tidak menyangka akan berhadapan dengan banduan yang ketika itu sedang diburu polis.
  
Beliau berkata selepas diberi segelas air, banduan itu bertanya sama ada beliau mempunyai gergaji besi untuk memotong gari di tangannya, sebelum beredar apabila beliau mengatakan gergaji besi tidak boleh memotong gari.
  
Lukman Hakim yang ditemui di Kuantan hari ini, berkata beliau pada mulanya menyangka banduan itu mahu meminta bantuan jiran untuk meminjam gergaji besi tetapi sebaliknya lelaki itu bertindak meniarap di bawah rimbunan pokok kadok berdekatan rumahnya.
  
"Saya kemudian memaklumkan kepada beberapa anggota polis yang kebetulan membuat rondaan di kawasan taman ini dan mereka (polis) berjaya memberkasnya," katanya.
  
Dalam kejadian pada pukul 11.45 pagi Selasa, tiga anggota polis parah selepas kereta polis yang membawa banduan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Berang hilang kawalan lalu merempuh belakang sebuah lori rosak yang diletakkan di bahu jalan dekat Taman Dato Rashid di sini.
  
Selepas kemalangan, banduan yang akan dihantar ke Penjara Penor itu melarikan diri ke kawasan semak berhampiran dan dia berjaya ditahan semula pada pukul 10.25 malam Selasa ketika meminta minuman dari penduduk Taman Dato Rashid.

- Bernama
Pemuda Umno, PAS tetapkan demo berasingan
  • Abdul Rahim Sabri
  • 11:26AM Sep 20 2012
 
Hasrat Pemuda Umno dan PAS bergabung untuk himpunan mengutuk filem Innocence of Muslims tidak menjadi kenyataan apabila kedua-dua pihak memutuskan membuat penganjuran berasingan.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata walaupun hasrat awal beliau dan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan untuk bergabung, tetapi atas sebab "keselamatan dan bimbang insiden yang tidak diingini berlaku" kedua-dua pihak memutuskan mengadakannya secara berasingan.
NONE
Bagaimanapun, kata Khairy, kedua-dua kumpulan itu mempunyai niat dan hasrat yang sama untuk mengecam filem yang kontroversi itu, sekali gus menafikan dakwaan pihak tertentu yang menyatakan kedua-dua kumpulan "tidak bersatu" berhubung perkara ini.

Pemuda Umno akan mengadakan perhimpunan di Majis Jamek Kg Baru, manakala Pemuda PAS akan berhimpun di kedutaan Amerika Syarikat.

"Selepas berbincang panjang lebar, kami bersolidariti, kita sokong himpunan mereka dan beliau (Nasrudin) sokong apa yang kita buat.

"Oleh kerana risau dengan keadaan keselamatan apabila terlalu ramai penyokong parti akan bertembung di kedutaan AS, (jadi) kami buat keputusan (itu)... tidak (mahu) tenggelam dengan insiden yang (tidak dingini) berlaku," kata Khairy dalam sidang media di pejabatnya di ibu negara hari ini.

PERKASA sertai demo Pemuda Umno

Menurut Khairy, beliau juga mengambil keputusan itu setelah mendapatkan pandangan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang menasihatkan penganjuran perhimpunan secara berasingan atas sebab-sebab keselamatan.

"Kami tidak mahu menghantar mesej yang salah apabila berlaku pertembungan di kedutaan Amerika, akan berlaku 'mesej' lain pula," katanya sambil memberi jaminan bahawa perhimpunan esok akan berjalan dengan aman.

Nasrudin semalam menjelaskan melalui Twitter kepada Malaysiakini, "hak orang lain anjur kita tak ganggu".

"Pemuda PAS sudah bergerak ke seluruh negara dalam isu ini dan akan sambung kemuncaknya di kedutaan AS," katanya.

Khairy menambah perhimpunan mereka juga bertujuan untuk mengecam penerbitan kartun dalam sebuah majalah di Perancis yang turut menghina junjungan besar Muhammad SAW baru-baru ini.

Setakat ini lebih 15 NGO dan parti politik komponen BN akan turut serta dalam perhimpunan yang dijangkakan bakal disertai lebih 5,000 umat Islam itu selepas solat Jumaat esok.

Antara NGO yang terlibat kumpulan pendesak Melayu PERKASA, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Belia 4B dan beberapa pertubuhan silat. Wakil mereka hadir dalam sidang media hari ini.

Khairy turut mengalu-alukan penglibatan bukan Islam dari agama yang lain bersama-sama dalam perhimpunan itu sebagai usaha menyeru bahawa semua agama perlu dihormati.
Suaram buat laporan polis terhadap menteri
  • Kow Gah Chie
  • 2:53PM Sep 20 2012
 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob dituduh mengganggu penyiasatan dan pendakwaan terhadap cabang perniagaan pemantau hak asasi manusia, Suaram.

Dalam laporan polis hari ini, Penyelaras Suaram, R Thevarajan berkata, Ismail mendakwa pihal di sebalik Suara Inisiatif Sdn Bhd akan didakwa walaupun Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) masih menjalankan siasatan.

NONEThevarajan, dalam laporannya di ibupejabat daerah Petaling Jaya, juga menuduh Ismail bertindak dengan niat jahat dan mendesak pihak polis mendakwanya atas fitnah jenayah.

Keratan akhbar yang menyiarkan kenyataan Ismail itu turut dilampirkan bersama laporan polis.

Sementara itu, Suaram menggesa rakyat Malaysia supaya membuat laporan polis yang sama terhadap Ismail.

"Kami menggesa rakan-rakan kami di seluruh negara supaya membuat laporan terhadap menteri berkenaan, bagi menekan kerajaan dan menteri tersebut supaya berhenti membuat kenyataan sebelum penyiasatan selesai," kata Pengarah Eksekutif Suaram, E Nalini.

"Menteri itu perlu mengikuti prosedur, tidak bertindak seperti seorang hero hanya kerana ini adalah kes berprofil tinggi," tambahnya.
Mayat reput dalam tangki air, 337 penghuni tuntut RM100j
5:40PM Sep 20 2012  
Sejumlah 337 penghuni perumahan Taman Titingan di Tawau hari ini memfailkan tuntutan saman berjumlah RM100 juta terhadap Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Jurunilai & Perunding Hartanah Sabah (JPHS) atas dakwaan cuai sehingga menyebabkan mayat hampir reput dijumpai di dalam tangki simpanan perumahan berkenaan.
  
Penduduk yang diwakili peguam Chong Kian Ming, memfailkan saman terhadap MPT sebagai defendan pertama dan JPHS selaku defendan kedua di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau kira-kira jam 2.45 petang.
  
Dalam pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa pada 12 Mei 2012, selepas beberapa kali membuat aduan sejak 30 April 2012 berhubung bau air paip tidak menyenangkan di perumahan itu, seorang daripada pekerja defendan menjumpai mayat hampir reput di dalam satu daripada tangki simpanan air perumahan itu.

Plaintif juga mendakwa sejak 20 April 2012, mereka menyedari perubahan bau air tidak menyenangkan yang dibekalkan kepada mereka dari tangki simpanan berkenaan dan mereka telah meminum serta menggunakan air dari tangki yang dicemari mayat hampir reput itu.
  
Menurut plaintif, penemuan mayat hampir reput yang tidak diketahui identitinya dan bukan penghuni perumahan itu di dalam satu daripada tangki simpanan perumahan Taman Titingan, adalah disebabkan kecuaian defendan kedua yang merupakan ejen defendan pertama.
  
Plaintif mendakwa pihak defendan telah melakukan enam kecuaian termasuk membiarkan tangki simpanan berkenaan tidak dikawal sehingga memudahkan sesiapa sahaja memasukinya dan gagal menghalang si mati daripada memasuki kawasan perumahan seterusnya masuk ke dalam satu daripada tangki simpanan di situ.

Plaintif mendakwa pihak defendan telah cuai sehingga gagal mengambil langkah berkesan bagi menghalang sesiapa sahaja daripada memasuki kawasan tangki simpanan air perumahan itu.
  
Defendan juga didakwa cuai dengan tidak mengambil langkah berkesan sama ada memeriksa dan menjalankan ujian bagi memastikan tidak ada dan tidak akan ada risiko pencemaran apabila plaintif membuat aduan kepada defendan kedua mengenai perubahan bau air berkenaan.
  
Plaintif mendakwa disebabkan kecuaian defendan berkenaan, mereka telah terminum air tercemar dalam tempoh tertentu dan akibatnya mereka sangat tertekan.
  
Selain menuntut RM100 juta, plantif juga menuntut supaya semua paip di dalam atau di luar rumah penghuni serta kesemua tangki simpanan air perumahan berkenaan diganti dengan yang baharu.
  
- Bernama

Tiada ulasan: