Sabtu, 22 September 2012

PATUT SEMUA IKUT ISLAM...PERATURAN YANG DISUSUN@DIGUBAL OLEH PENCIPTA IAITU 'ALLAH SWT'...JIKA NAK SELAMAT DIDUNIA DAN DIAKHIRAT

Isu 'tweet': Nazri mahu Koo Ham disiasat
SITI SAFA MOHD NOR
22 September 2012
Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Isu 'tweet': Nazri mahu Koo Ham disiasat
Tweet terkini Koo Ham berkaitan isu berkenaan.
KUALA KANGSAR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz meminta supaya pihak berkuasa menjalankan siasatan segera berhubung laporan polis yang dibuat orang ramai yang membantah kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham kerana mempertikaikan bantahan umat Islam terhadap filem Innocence of Muslim.

Katanya, tindakan itu perlu dilakukan kerana ia menyentuh isu sensitif yang boleh mengancam ketenteraman awam dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Saya amat berharap siasatan segera perlu dilakukan hasil laporan polis yang telah dibuat seluruh negara kerana ia membabitkan isu keselamatan negara.

“Saya sendiri melihat kenyataan Koo Ham di laman twitternya itu berunsur hasutan kerana ia boleh membangkitkan kemarahan orang ramai apatah lagi melibatkan isu agama,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Daerah Kuala Kangsar, di sini semalam.

Rabu lalu, Koo Ham menerusi laman Twitternya mencetuskan kontroversi apabila mempersoalkan tindakan umat Islam membantah filem berkenaan.

Semalam, Koo Ham memohon maaf dan bersedia menarik balik mesej yang dipaparkan melalui laman Twitter itu.

Sementara itu, di Lumut, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, menyifatkan kenyataan terbaru Koo Ham di laman Twitter yang dilihat terus mengkritik dirinya dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin adalah sebagai satu serangan peribadi.

“Tweet berkenaan dilihat terlalu peribadi apabila mengaitkan nama saya dan juga Ketua Pemuda Umno. Saya sendiri tidak tahu kenapa beliau bersifat peribadi dalam kenyataannya itu.

“Walaupun sudah meminta maaf, beliau terus mengkritik dan membelasah BN (Barisan Nasional) dan Umno serta menuduh kita yang memanipulasi kenyataan berkenaan,” katanya.

Zambry berkata, tindakan Koo Ham mempersoalkan penentangan terhadap filem Innocence of Muslim yang menghina Nabi Muhammad jelas boleh dibaca dan difahami semua orang.

"Tidak timbul soal manipulasi seperti yang dibangkitkan kerana jika ada yang menghina atau mengkritik tentang agama Islam, saya berhak bersuara untuk mempertahankannya. Kenapa beliau tiba-tiba tuduh saya manipulasi kenyataan itu,"katanya.

Bapa wartawan akhbar Cina ditembak di Bukit Mertajam

22 September 2012
BUKIT MERTAJAM - Bapa kepada wartawan akhbar Guang Ming Daily maut ditembak di halaman Pangsapuri Taman Sejahtera Jaya di sini, malam tadi.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, SAC Mazlan Kesah berkata, dalam kejadian 11 malam itu, mangsa Yeap Cheng Chye, 47, baru pulang daripada berniaga nasi ayam telah datang ke pangsapuri berkenaan untuk menghantar pinggan mangkuk ke rumah pekerjanya.
  
"Semasa mangsa hendak menyerahkan barangan itu datang dua lelaki yang menaiki motosikal dan pemboncengnya turun melepaskan empat das tembakan ke arah Yeap.
  
"Penjenayah itu juga melepaskan dua das tembakan lagi ke arah pekerjanya yang berada berdekatan lokasi kejadian kerana cuba melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Mangsa yang mengalami pendarahan serius meninggal dunia di tempat kejadian sementara pekerja wanita berkenaan, Loh Siau Kee, 42, parah selepas tembakan itu mengenai bahu kiri dan perutnya.

Katanya, polis sedang meneliti modus operandi kes berkenaan dari pelbagai aspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
  
"Motif pembunuhan masih belum diketahui kerana barang berharga dan dompet milik mangsa tidak berusik," katanya.
  
Beliau berkata, kedua suspek terbabit dikatakan memakai jaket berwarna gelap serta topi keledar berpenutup penuh dan nombor pendaftaran motosikal mereka masih belum dapat dikesan.
  
Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. - Bernama
Guan Eng: DAP Kedah wajar dapat tambahan kerusi
Wartawan Sinar Harian
22 September 2012
Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
ALOR SETAR -  DAP Kedah wajar diberi peranan lebih besar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan tambahan kerusi untuk bertanding termasuk peringkat parlimen.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP Pusat bersetuju dengan hasrat DAP Kedah yang mahu meletakkan calon di dua kerusi parlimen (Alor Setar dan Padang Serai) dan enam Dewan Undangan Negeri (Dun) membabitkan Kota Darul Aman, Bakar Bata, Derga, Bakar Arang, Gurun dan Lunas.  
   
“DAP tetap mahu tambahan kerusi untuk bertanding pada PRU13, ketika PRU12 kita hanya letak calon di Kota Darul Aman dan Derga. Jumlah ini amat kecil dan ia tidak boleh diterima untuk PRU13,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Kedah, di Dewan Perhimpunan Cina Kedah, semalam.   
      
Bagaimana pun, Guan Eng berkata, jika agihan kerusi membabitkan DAP-PKR tidak mampu diselesaikan di peringkat negeri, perkara itu wajar diputuskan oleh Pusat untuk mengelak tercetus ketidakpuasan hati kedua-dua pihak.  
      
“Jika tidak boleh bincang lagi di peringkat negeri, ia tak perlu bincang. Biar Pusat buat keputusan muktamad dan kedua-dua pihak terima keputusan. Jangan bergaduh sesama sendiri, ia membuang masa, kita hanya mahu lawan BN sahaja, bukan dalam PR,” katanya.           

Menurutnya, DAP Kedah diminta menyerahkan perkara itu kepada DAP Pusat untuk dibincangkan dalam Sekretariat Pakatan Rakyat (PR) sekali lagi, jika menemui jalan buntu.           

“Biar Pusat tentukan jika masih tidak dapat diselesaikan. Saya harap hasrat DAP Kedah diberi pertimbangan sewajarnya oleh rakan-rakan dalam pakatan untuk bergerak sebagai satu pasukan, dalam usaha mengekalkan kuasa di negeri ini,” katanya.     
    
Guan Eng juga mengarahkan kedua-dua parti tidak lagi membuat kenyataan terbuka atau berbalas kenyataan dalam akhbar berhubung isu terbabit.
         
“Kita tumpu pada gerak kerja parti sudahlah, biar Pusat putuskan. DAP juga mahu menyumbang lebih pada PR," katanya.
Himpunan Aman Umno mahu DAP pecat Ngeh
JAMILAH HAMZAH
21 September 2012
 Himpunan Aman Umno mahu DAP pecat Ngeh
Sebahagian peserta himpunan aman anjuran Pemuda Umno di pekarangan Masjid Kampung Baru hari ini. - Foto EPA
KUALA LUMPUR -  Himpunan aman anjuran Pemuda Umno hari ini mengecam tindakan menghina agama oleh pemimpin-pemimpin politik di Malaysia sambil menggesa DAP memecat Datuk Ngeh Koo Ham.

Koo Kam kini merupakan Pengerusi DAP Perak. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Beruas dan Ahli Dewan Undangan Negeri Setiawan.

Pengerusi Kelab 1Malaysia, Datuk Azeez Rahman mengutuk keras tindakan Khoo Ham, yang didakwa menghina perhimpunan diadakan oleh umat Islam.

Menurutnya, kenyataan Koo Ham awal minggu ini menerusi Twitter perlu dikenakan tindakan tegas dan dikeluarkan dari DAP.

"Kita kecam tindakan Koo Ham itu yang menghina tindakan umat Islam untuk mengadakan bantahan berhubung isu penghinaan agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

"Kita bagi tempoh tujuh hari untuk DAP lucutkan jawatan Koo Ham itu, kalau tak dilucutkan kita anggap DAP sokong perbuatan hina agama lain," katanya ketika berucap pada demonstrasi bantahan filem Innocence of Muslims di pekarangan Masjid Jamek Kampung Baru di sini selepas selesai solat Jumaat.

Sebelum ini, Twitter yang dikeluarkan oleh Koo Ham menjadi perhatian ramai pihak dan Khairy telah menyoalkan pendirian Pemuda Pas berhubung rancangan bantahan yang akan dibuat oleh umat Islam pada hari ini.

DAP dijangka membincangkan isu itu pada mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusatnya minggu hadapan.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin berkata, Koo Ham perlu diambil tindakan tegas oleh DAP.

Katanya, musuh orang Islam bukan rakyat Amerika Syarikat (AS) tetapi orang yang menghina agama lain dan tidak menghormati agama seperti yang dilakukan pemimpin DAP itu.

"Kalau Koo Ham kata jangan buang masa, tapi lebih baik kita buang mereka.

"Kita berhimpun bukan untuk bermusuh dengan orang bukan Islam atau rakyat AS tapi untuk menentang kebiadapan orang yang menghina agama termasuk Koo Ham dan DAP perlu ambil tindakan terhadapnya," katanya.

Sehubungan itu, Khairy juga menyatakan ucapan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan politik yang bersama bersolidariti pada hari ini.

Seramai 3,000 orang hadir termasuk 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO)  dalam himpunan aman bantahan filem kontroversi dan karikatur yang dikeluarkan oleh Perancis beberapa hari lalu.

Himpunan berakhir kira-kira pukul 2.30 petang tanpa sebarang provokasi.
Majlis nikah Diraja Brunei meriah

22 September 2012
Majlis nikah Diraja Brunei meriah
Muhammad Ruzaini dinikahkan selepas solat Zohor, semalam.
Puteri Hafizah Sururul Bolkiah.
Puteri Hafizah Sururul Bolkiah selamat diijab kabul.
BANDAR SERI BEGAWAN  - Anak perempuan kelima Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, bakal melangsungkan persandingan esok dalam majlis perkahwinan yang akan diadakan dengan penuh gilang-gemilang di Istana Diraja Brunei.

Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, 32, dan pasangannya, Pengiran Muhammad Ruzaini Mohd Yakub, 29, selamat diijab kabul dengan sekali lafaz selepas solat Zohor di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan, semalam.

Sejurus istiadat akad nikah, kedengaran tembakan meriam 21 das berkumandang di udara.

Puteri Hafizah Sururul merupakan pemegang Ijazah Pentadbiran Perniagaan dan bertugas sebagai pegawai di Kementerian Kewangan, manakala Muhammad Ruzaini seorang penjawat awam di Pejabat Perdana Menteri.

Manakala bagi majlis persandingan esok, dianggarkan 1,700 tetamu akan menghadiri majlis resepsi di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta delegasi antarabangsa.
15 maut protes kecam filem hina Nabi di Pakistan
Wartawan Sinar Harian
22 September 2012
ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dalam protes membantah filem dan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam di Pakistan, semalam.

Seramai 14 meninggal dunia di Karachi dan lima lagi di Peshawar.

Kematian itu satu angka paling tinggi dalam satu hari sejak protes tercetus 11 September lalu.

Setakat ini, lebih 50 orang terbunuh di 20 negara yang menyaksikan protes membantah filem Innocence of Muslims.

Laporan media asing menyebut bahawa penunjuk perasaan bertembung dengan polis di kawasan berhampiran dengan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) ibu negara Pakistan, Islamabad.

Berpuluh-puluh dilaporkan cedera.
Isu AP: Rafizi mengarut untung jual kereta import RM60,000
Wartawan Sinar Harian
22 September 2012
Isu AP: Rafizi mengarut untung jual kereta import RM60,000
Pengerusi Eksekutif Kumpulan Mutiara Motors Sdn Bhd, Datuk Ahmad Kemin.
JOHOR BAHRU - Kelem-bapan ekonomi dunia dan permintaan pembelian kereta import berkurang sejak beberapa tahun kebelakangan ini, memberi kesan kepada pemegang permit import (AP).

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Mutiara Motors Sdn Bhd, Datuk Ahmad Kemin menafikan dakwaan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bahawa syarikat menjual kereta import dengan senang peroleh untung sehingga RM60,000 untuk sebuah kenderaan.

“Mana untungnya RM60,000. Perkara ini tidak logik. Dengan keadaan sekarang, kami penjual kereta import dalam keadaan yang tenat.

“Jika dikira, sebuah kereta untung RM24,000, namun ia perlu ditolak bagi bayaran AP sebanyak RM10,000. Ini tidak termasuk kos baik pulih dan cat, untung (yang dapat) tidak seberapa pun,” katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad yang telah 30 tahun menceburi bidang perniagaan kereta menasihatkan Rafizi supaya membuat kajian dahulu sebelum beri kenyataan mengenai cadangan yang dikemukakannya untuk sistem pembidaan AP bagi menggantikan pemberian AP.

Katanya, syarikat pengimport kereta luar memerlukan modal untuk menyediakan bilik pameran, pejabat dan menguruskan lebih 200 kakitangan serta kos lain.

“Sebuah kereta laku pada  bulan tertentu, pastinya tidak cukup untuk menyelesaikan ‘overhead cost’.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang menunda kenaikan cukai sehingga Disember ini. Ia amat membantu kami,” katanya.

Beliau berkata, bagi tahun ini, syarikatnya hanya menjual 30 peratus daripada kuota yang diterimanya.

Beliau juga mahu kerajaan memastikan syarikat yang benar-benar menjalankan perniagaan kereta import dengan betul terus diberi AP dan berharap pemberian AP diteruskan, bukan tamat pada 2015 seperti dicadang sebelum ini.
Pas persoal tulisan Cina di papan tanda jalan
Wartawan Sinar Harian
22 September 2012
Pas persoal tulisan Cina di papan tanda jalan
Antara papan tanda yang tertera dalam tulisan Cina dan rumi tetapi tulisan jawi tiada di Kampung Abdullah.
SEGAMAT - Pas Segamat mempersoalkan tindakan mengetepikan penggunaan tulisan jawi, sebaliknya menggunakan tulisan Cina pada papan tanda jalan raya dua bahasa yang dipasang di sekitar Kampung Abdullah pada awal minggu ini.

Yang Dipertuanya, Firdaus Masod berkata, sebelum ini, penggunaan tulisan jawi memberi lebih makna kerana mempunyai nilai tersendiri selain menunjukkan identiti orang Melayu yang tinggal di bandar ini.

Menurutnya, bandar besar seperti Johor Bahru dan Pulau Pinang masing-masing masih mengekalkan tulisan jawi pada papan tanda mereka dan tidak menjadi masalah untuk terus dikekalkan sehingga hari ini.

“Kita tidak kisah sekiranya pihak berwajib ingin menggunakan tulisan Tamil sekalipun pada papan tanda baru yang digantikan, namun tulisan jawi perlu dikekalkan, bukan dibuang.

“Sebelum ini, sekitar bandar ini masih menggunakan tulisan jawi dan rumi, tetapi menjadi pertanyaan apabila penggantian papan tanda baru ini menggunakan tulisan Cina dan rumi sahaja manakala tulisan jawi tiada," katanya kepada Sinar Harian kelmarin.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Segamat, Ismail Abu berkata, pihaknya mengenal pasti papan tanda nama jalan yang dinyatakan pengadu dan sudah membuat beberapa perbincangan bersama pihak terbabit mengenainya.
Aishah: 'Hiburan perlu ikut acuan Islam'
Wartawan Sinar Harian
22 September 2012
Aishah: 'Hiburan perlu ikut acuan Islam'
Aishah
TENDONG – Pendekatan yang salah menyebabkan kebudayaan dan hiburan dipandang serong oleh sesetengah masyarakat Islam masa kini.

Penyanyi, Aishah berkata, pelaksanaan yang tidak tepat, menjadikan hiburan satu kerjaya yang tidak baik, sehingga ia jatuh kepada haram.

Menurutnya, sesetengah penghibur tidak menutup aurat dan bergaul secara bebas, merupakan satu perkara yang dilarang.

“Kesenian dan hiburan di dalam jiwa saya, masih utuh meskipun bergiat aktif dalam parti politik.

“Tidak bermakna setelah bergiat dalam parti politik, kita perlu menolak kebudayaan secara menyeluruh,” katanya, selepas majlis Kebudayaan Kesenian Wanita Dewan Undangan Negeri Tendong, semalam.

Menurutnya, sekiranya semua pihak dalam industri hiburan bersatu, hiburan Islam, pastinya akan membentuk masyarakat berkasih sayang malah mesej keamanan mudah disebarkan sehingga seluruh dunia.

Aishah atau nama sebenar, Wan Aishah Wan Ariffin berkata, bermula dari penulis lagu, lirik dan komposer, ia pasti dapat mendekati generasi muda seterusnya mendidik mereka menjadi khalifah yang soleh dan solehah.

Katanya, beliau turut berusaha mendidik masyarakat menukar konsep hiburan, dengan tidak ditonjolkan secara keterlaluan, tetapi berlandaskan al-Quran dan sunnah.

Sementara itu, Penyelia Dun Tendong, Rozi Muhamad berkata, semua lapisan masyarakat gemarkan kesenian dan kebudayaan, namun konsep yang salah menjadikan hiburan sebagai suatu perkara yang terhad untuk dipelajari.

“Masyarakat bukan Islam meletakkan kita sebagai bangsa yang ortodoks kerana beranggapan bencikan hiburan dan kebudayaan.

“Hiburan perlu dilaksanakan mengikut acuan Islam dan tidak menyimpang kepada batas-batas yang boleh memudaratkannya,” katanya, semalam.
60 restoran KFC di Pakistan ditutup susulan protes
Wartawan Sinar Harian
22 September 2012
KFC
KFC
NEW YORK - Yum! Brands memutuskan untuk menutup kesemua restoran makanan segera KFC di Pakistan susulan protes anti-Amerika Syarikat (AS) berkaitan dengan filem menghina Nabi Muhammad SAW dan Islam.

Langkah itu diambil susulan serangan ke atas sebuah restoran KFC di Lubnan minggu lalu, demikian menurut syarikat itu, dipetik CNNMoney.

"Restoran KFC kami di Pakistan ditutup sebagai langkah berjaga-jaga," kata jurucakap Yum! Brands, Christopher Fuller.

"Mereka akan terus memantau situasi untuk memutuskan bila ia akan dibuka semula," katanya lagi.

Angka kematian ekoran protes terbaru semalam telah mencecah 15 sehingga petang semalam.

KFC ada lebih 60 restoran di 21 bandar di Pakistan.

Rangkaian itu juga mempunyai cawangan di 21 bandar raya di rantau Timur Tengah.

Laporan CNN menyebut bahawa pada 14 September lalu, penunjuk perasaan yang memprotes filem Innocense of Muslims telah menyerang sebuah restoran KFC dan dua lagi francais AS iaitu Hardee's dan Krisphy  Kreme di Tripoli, Lubnan.

"Beberapa restoran jenama AS di Tripoli juga rosak termasuk satu restoran KFC," katanya lagi.
Protes filem anti-Islam ‘gegar’ di Asia, Afrika Utara

21 September 2012
Protes filem anti-Islam ‘gegar’ di Asia, Afrika Utara
Seorang kanak-kanak Muslim menyertai protes mengecam Amerika Syarikat di Jammu, Kashmir, India, hari ini. – Foto EPA
ISLAMABAD – Protes membantah filem dan kartun  menghina Nabi Muhammad SAW berterusan di banyak negara di benua Asia dan Afrika Utara hari ini manakala kerajaan Pakistan pula mengisytiharkan hari ini sebagai "hari cuti kebangsaan” bagi orang ramai menyertai demonstrasi.
Protes menyaksikan beberapa siri pertempuran dan sekurang-kurangnya satu kematian direkodkan di Peshawar, utara Pakistan.
Sementara itu, Kerajaan Amerika Syarikat (AS) membeli ruang iklan di tujuh stesen televisyen bagi menunjukkan Presiden AS, Barack Obama mengutuk filem Innocense of Muslims.
Walaupun AS telah dipertanggungjawabkan agar menanggung beban protes tersebut, namun sentimen anti-Barat telah dicetuskan semula dengan penerbitan karikatur yang menyindir peribadi, pemimpin umat manusia, Nabi Muhammad SAW yang disiarkan dalam sebuah majalah Perancis.
Di Peshawar, penunjuk perasaan menyerang dan menggeledah dua bangunan pawagam. Seorang pemandu stesen TV Pakistan terbunuh manakala tujuh orang dilaporkan cedera apabila polis melepaskan tembakan bagi menyuraikan penunjuk perasaan.
Pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan juga dilaporkan bermula dari bandar Rawang, Lahore dan Karachi.
Dalam perkembangan berkaitan, di pusat bandar Islamabad pula menyaksikan  pertempuran sengit  di antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan berlaku semalam.
BBCmelaporkan, sebelum itu, protes aman secara besar-besaran diadakan di luar Masjid Merah sehingga pasukan keselamatan terpaksa menutup sebahagian besar bandar untuk demonstrasi.
Kemudiannya, peluru getahtelah dilepaskan oleh polis semasa pertempuran di salah satu pintu masuk ke bandar.
Sebelum itu, puluhan peserta protes dilaporkan sudah mengadakan bantahan terhadap penyiaran filem itu di seluruh Pakistan sejak minggu lalu - membunuh sekurang-kurangnya dua orang - tetapi semalam kali pertama keganasan meletus di ibu kota.
Semua parti politik utama dan pertubuhan agama turut mengumumkan bantahan sama pada hari ini termasuk kumpulan perdagangan dan pengangkutan.
Pihak berkuasa Pakistan telah menggesa orang ramai untuk berdemonstrasi secara aman, dan mengambil langkah memotong talian perkhidmatan telefon mudah alih ke seluruh negara untuk mengurangkan risiko keselamatan sewaktu demonstrasi berlangsung.
Sementara itu, seorang pegawai keselamatan AS, Richard Hoagland telah dipanggil Kementerian Luar Pakistan dan bantahan rasmi telah dikenakan terhadap beliau selepas dilaporkan bersetuju bahawa kerajaan AS tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan filem itu.
Sebagai langkah keselamatan, Jabatan Negeri AS telah mengeluarkan amaran melarang rakyatnya untuk masuk ke Pakistan tanpa urusan yang penting.
Kedutaan ditutup
Bagi memastikan keselamatan pegawai-pegawainya berada pada tahap maksimum, kerajaan Perancis telah menutup kedutaan dan pejabat rasmi di kira-kira 20 buah negara di seluruh dunia Islam hari ini.
Langkah itu diambil selepas majalah satira Perancis, Charlie Hebdo menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW pada muka depan majalahnya.
Malahan, di dalam majalah itu turut diletakkan beberapa gambar termasuk gambar bogel.
Berikutan tindakan berani majalah itu, beberapa pemimpin Islam Perancis mengutuk tindakan majalah itu dan dalam masa sama telah meminta seluruh umat Islam bertenang ketika memberi khutbah Jumaat di masjid-masjid di seluruh negara pada hari ini.
Dalam pada itu, Charlie Hebdo dilaporkan telah habis dijual Rabu lalu dan telah diulang cetak sebanyak 70,000naskhah.
Di Tunisia pula - di mana Perancis merupakan bekas kuasa penjajah - kerajaan telah mengharamkan protes yang dibuat pada hari ini.
Protes tersebut diadakan untuk memprotes karikatur yang diterbitakan di majalah Charlie Hebdo akhirnya diadakan melalui mediasosial Tunisia.
Menteri Dalam Negerinya, AliLarayedh berkata, sebelum ini dipercayai beberapa kumpulan telah merancang protes ganas selepas solat Jumaat.

Selain itu, terdapat juga kebimbangan keganasan akan berlaku di pusat bandar Libya, Benghazi selepas kumpulan penentang berkata mereka berarak di jalanan.
Sepanjang minggu ini, penduduk Benghazi mula memakai kain pengikat di lengan kiri dan pelekat bagi mengutuk serangan luar misi AS.
Sementara itu, militan jihad, Ansar al-Syariah dipersalahkan oleh sesetengah penduduk tempatan terhadap protes yang dipanggil “pertahankan Nabi Muhammad SAW".
Kedua-dua protes yang dijadualkan untuk masa yang sama.
Tidak ketinggalan, di ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur, dilaporkan lebih daripada 5,000 orang membantah secara aman di hadapan kedutaan AS.
Sesetengah penunjuk perasaan telah membawa sepanduk yang menegaskan bahawa menghina agama bukan kebebasan bersuara.
Di Kaherah, di mana protes terhadap filem itu bermula, pasukan keselamatan Mesir terpaksa membuat rondaan di jalan-jalan sekitar kedutaan AS.
Puak radikal Islam telah bertempur dengan pasukan keselamatan di sana kebelakangan ini, walaupun Presiden Ikhwan Muslimin, Mohammed Morsi telah menjauhkan diri dari pergolakan, hanya mengutuk filem itu dan memanggil untuk demonstrasi aman.

Tiada ulasan: