Ahad, 16 September 2012

PERBUATAN JAHAT ALLAH AKAN BALAS JAHAT JUGA...NAK LARI MANA

Hina nabi: Pope temu pemimpin Islam di Lubnan

Asharq-e terjemahan Mohamad Yahya, 16 Sep 2012
BEIRUT: Pope Benedict XVI akan bertemu dengan pemimpin masyarakat Islam di Lubnan Sabtu ini, dalam lawatan yang bertujuan merapatkan jurang antara Kristian dan Muslim di Timur Tengah.

Pertemuan dijangka berlaku dalam suasana yang memilukan selepas insiden keganasan yang membawa maut apabila umat Islam membantah filem Amerika Syarikat yang menghina Islam.

Pope yang tiba di Lubnan Jumaat lalu untuk lawatan tiga hari, akan melawat istana presiden di Beirut dan bertemu Presiden Michel Sleiman, seorang Kristian Maronite.

Sebelum pertemuan beliau dengan pemimpin Islam, beliau akan bertemu Perdana Menteri Nagib Mikati, seorang Ahlus Sunnah wal Jamaah, dan speaker parlimen Nabih Berri, seorang Syiah.

Lubnan mempunyai tradisi yang tidak bertulis tetapi diikuti dengan ketat bahawa tiga jawatan tertinggi sentiasa dikhaskan untuk ahli komuniti kepercayaan masing-masing.

Pope juga akan menyampaikan ucapan kepada para pembesar Lubnan tentang ciri persamaan antara Kristian dan Islam iaitu agama keamanan.

Ribuan demo anti-polisi kerajaan di Sepanyol

Aljazeera terjemahan Mohamad Yahya, 16 Sep 2012


Penunjuk perasaan berhimpun di sepanjang jalan-jalan utama di Madrid Sabtu lalu [AFP]


MADRID: Ribuan penunjuk perasaan berhimpun tengah hari Sabtu lalu di sepanjang jalan-jalan utama ibu kota Sepanyol membantah tindakan kerajaan yang ingin mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menaikkan cukai, dalam satu usaha mengelakkan jaminan kewangan.

"Kami mahu mengatakan secara kuat dan jelas kepada kerajaan bahawa kami tidak bersetuju, kerana polisi ini akan menyebabkan kerosakan yang terlalu banyak, dan kami tidak akan berdiam diri kerana kami percaya adanya alternatif," ucapan Ketua Kesatuan Sekerja CCOO, Ignacio Toxo semasa perhimpunan tersebut.

Demonstrasi ini berlangsung selepas Menteri Ekonomi, Luis de Guindos berkata bahawa kos pinjaman Sepanyol masih tidak mencerminkan pelarasan ekonomi dan fiskal negara tersebut, walaupun baru melaksanakan pelonggaran ekonomi baru-baru ini.

Selepas mesyuarat tidak rasmi menteri kewangan Kesatuan Eropah di Nicosia, Cyprus, De Guindos ditanya tentang kadar faedah yang sesuai untuk Sepanyol.

Beliau menjawab: "Kami percaya dengan usaha kerajaan Sepanyol dari segi komitmen terhadap pelarasan fiskal dan reformasi ekonomi, risiko premium sepatutnya lebih rendah [dari tahap semasa]."

Julai lalu, kerajaan konservatif pimpinan Mariano Rajoy menghapuskan bonus Krismas tahunan untuk pekerja awam, yang menyebabkan pengurangan sebanyak tujuh peratus dalam gaji tahunan.

Langkah-langkah ini adalah sebahagian daripada langkah-langkah penjimatan bernilai EUR102billion (RM406billion) yang akan dilaksanakan sebelum 2014 untuk mengurangkan defisit awam Sepanyol.

Penganjur demonstrasi mendakwa langkah-langkah penjimatan kerajaan hanya melibatkan kelas menengah dan rendah dan bukannya golongan kaya serta syarikat-syarikat besar. Mereka mahu diadakan referendum terhadap langkah-langkah penjimatan itu.

Negara Berkebajikan: PAS hapus curiga bukan Islam

Hazayani Zakaria, 16 Sep 2012
SHAH ALAM: Pendekatan strategik yang menepati dasar dan prinsip Islam seharusnya disokong oleh semua pihak khususnya orang Islam.

Merujuk kepada Negara Berkebajikan PAS, ahli akademik, Prof. Datuk Paduka Mohamad Abu Bakar berkata, istilah yang digunakan tidak penting asalkan kandungannya memartabatkan Islam dan masyarakat.

"Seandainya namanya Negara Berkebajikan ataupun Negara Kebajikan atau apa sahaja, kalaulah kandungannya, isinya berteraskan dan berprinsipkan Islam selari dengan tuntutan Ilahi maka ia seharusnya disokong oleh kita semua khasnya orang Islam," kata beliau dalam forum bertajuk Negara Berkebajikan: Analisa, Realiti dan Praktikaliti di  Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi.

Mohamad berkata, Rasulullah SAW sendiri pada zaman pemerintahannya tidak memperincikan istilah negara Islam tetapi kandungannya menjurus ke arah perubahan ke arah negara Islam.

"Dalam perjuangan Rasulullah SAW sendiri tak ada istilah yang lengkap memperincikan negara Islam tetapi kandungannya menjurus kepada satu perubahan negara yang diredai Allah yang mendapat pengampunan Ilahi," katanya.

Tambah beliau, dengan slogan Negara Berkebajikan, PAS sudah berjaya menghapuskan rasa curiga orang bukan Islam terhadap Islam yang disifatkannya sebagai halangan psikologi.

Namun katanya, PAS menghadapi cabaran besar untuk menterjemahkan idealisme yang terkadung dalam dokumen Negara Berkebajikan.

"Ini cabaran yang besar sama ada di Kelantan, Selangor, Kedah dan sebagainya dan yang penting kita buang  istilah yang menakutkan sehinggalah halangan psikologi tadi dapat diatasi dan bagaimana (PAS) dapat menterjemahkan (Negara Berkebajikan) menjadi peradaban sehingga orang tersentuh dengan Islam," katanya lagi.

Transformasi biar ikhlas

Sementara itu beliau juga berkata, kerajaan yang berkuasa seharusnya mengambil berat soal keikhlasan dalam menjaga kebajikan rakyat.

Merujuk kepada transformasi yang disebut seorang lagi ahli panel, Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr. Puad Zarkashi, Mohamad berkata, Umno BN harus ikhlas dalam memenuhi permintaan rakyat, bukan sekadar untuk memancing undi dalam pilihan raya umum.

"Benar kata Dr. Fuad tadi dalam program transformasi banyak beri deviden itu ini tapi apakah itu ikhlas atau adakah kerana Umno makin lemah, rakyat makin diperkasa maka Umno jadi takut kepada rakyat maka ikut sahaja apa yang diminta rakyat.

"Apakah kerana takut kepada rakyat maka perdana menteri harus tunduk dan memberi apa sahaja yang diminta sampai ke Sabah dan Sarawak?

"Kita harap ada keikhlasan pada pemimpin Umno dalam mengkebajikan program-programnya," katanya.

Turut menjadi panel forum sempena Konvensyen Fiqh Politik itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkely Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli manakala ahli akademik, Dr. Maszlee Malik sebagai moderator.

Pendedahan sulung wajah pengarah "Innocence of Muslims"

http://wasukalu.blogspot.com, 16 Sep 2012

Pendedahan Sulung Wajah Pengarah Filem "Innocence of Muslims"--Nakoula Basseley

Ini adalah gambar pertama lelaki dikatakan dalang di sebalik filem anti-Islam yang telah mencetuskan keganasan di seluruh Timur Tengah.

Nakoula Basseley Nakoula juga dikenali sebagai Sam Bacile. Lelaki yang disyaki oleh FBI sebagai pembuat filem bertanggungjawab terhadap filem Innocence Of Muslims yang mencemuh Nabi Muhammad.

Salah seorang pelakon filem itu Anna Gurji mengatakan dia telah ditipu oleh pengarah berusia 55 tahun itu.

Nakoula Basseley Nakoula di set filem dengan Cik Gurji yang berambut palsu warna merah
Nakoula adalah Kristian Koptik kelahiran Mesir . Sekarang tinggal di California, beliau adalah seorang peniaga dadah yang disabitkan kesalahan dan yang terakhir dibebaskan dari penjara pada Jun tahun lepas.

Filem ini telah menyebabkan tindakbalas anti-AS dari umat Islam seluruh dunia. Tujuh orang telah terbunuh, beribu-ribu cedera dan malam tadi rusuhan telah merebak ke Sydney, Australia. Ia juga melaporkan bahawa Sudan telah menolak permintaan AS untuk menghantar Marin untuk melindungi kedutaan.

Di California, Gurji yang berusia 21 tahun, yang melakonkan watak pengantin kanak-kanak yang dikahwinia Muhammad dalam filem tersebut meluahkan rasa kesal kerana dia telah 'dikhianati' oleh Nakoula. Dia juga melahirkan rasa takut akan tindak balas umat Islam ke atasanya

'Saya melakonkan watak pengantin perempuan bongsu kepada watak yang bernama George, "katanya. 'Saya tidak tahu George akan ditukar kepada Muhammad. Saya mengunci diri di dalam rumah saya. Saya takut orang-orang di Timur Tengah akan menyalahkan saya.

'Saya penganut katolik oleh itu mereka mungkin fikir saya menentang umat Islam. Saya mengambil pil tidur. Saya telah menangis selama beberapa hari. Saya rasa dikhianati. Muka saya terpapar dalam klip filem. Apabila orang menonton filem buruk itu mereka akan melihat saya. '

Gurji berkata dia dan pelakon lai percaya mereka telah membuat sebuah filem aksi yang dipanggil Desert Warrior. Nakoula atau 'Sam' tidak pernah menyebut tentang agama.

'Saya diberitahu saya adalah untuk menjadi Hilary, pengantin muda kepada watak yang dipanggil George, "katanya. 'Filem ini adalah tentang sebuah komet yang jatuh ke Bumi di Timur Tengah purba.

Ganas: Hishammuddin tidak boleh berkata begitu

Abdul Aziz Mustafa, 16 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Kalau penyokong Umno dan Barisan Nasional (BN) terus bertindak ganas ke atas majlis dan jelajah Pakatan Rakyat (PR), Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Husseinlah yang bertanggungjawab.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan menteri itu mengenai keselamatan para pemimpin PR di Johor sebagai membakar semangat para penyokong Umno dan BN untuk bertindak lebih ganas.

Ketika ditanya terhadap jaminan keselamatan terhadap PKR di Johor memandangkan sudah tiga kali bas jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dan disimbah cat, Hishammuddin berkata, "Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri".

Bagi Mohamad, sebagai menteri, Hishammuddin tidak boleh berkata begitu kerana ia akan difahami sebagai galakan dan perangsang oleh pihak yang mengganas untuk melakukan lebih banyak keganasan.

"Bila pihak yang mengganas merasa mereka ada lesen untuk mengganas dengan lebih liar lagi, pihak yang diganasi juga merasa mereka diberi lesen untuk bertindak mempertahankan diri dengan kekerasan juga.

"Akhirnya negara akan jadi huru-hara dan Menteri Dalam Negerilah yang mencetuskan perkara itu kerana kenyataan beliau," katanya.

Mohamad menyifatkan kenyataan tersebut bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah dengan jelas memperlihatkan kebodohan menteri itu.

"Itu kenyataan paling tidak bertanggungjawab. Bukan itu sahaja, paling bodoh untuk diucapkan oleh seorang menteri," katanya.

Pemuda PAS bukan anti hiburan

Hazayani Zakaria, 16 Sep 2012
SHAH ALAM: Media hanya menggambarkan perjuangan pemuda PAS sebagai "anti konsert" sedangkan perjuangan mereka lebih daripada itu.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkifly Ahmad berkata, pemuda PAS terdiri daripada ramai profesional yang bersiap sedia dengan polisi sebagai model kepada seluruh generasi muda di negara ini.

"Bila pemuda buat demontrasi menghalang kehadiran artis-artis barat ke Malaysia, itulah yang dipaparkan dalam The Star, The sun, seolah-olah kerja pemuda ini anti konsert sahaja. Itu yang mereka momokkan kepda imej pemuda.

"Dalam pemuda ada ramai profesional dalam bidang perubatan, banking, finance, pengurusan, semua menjalankan kerja di samping menubuhkan NGO mereka yang berkhidmat kepada rakyat, juga ada polisi studi yang memberi input yang begitu baik," kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam forum bertajuk Negara Berkebajikan: Analisa, Realiti dan Praktikaliti di  Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi.

Ianya sebagai menjawab soalan audien yang ingin tahu sama ada pemuda PAS boleh menjadi model kepada pemuda-pemuda di Malaysia atau tidak.

Ahli Parlimen Kuala Selangor itu juga berkata, banyak program pemuda PAS yang tidak ditonjolkan media walaupun sebahagian besarnya membantu penghijrahan golongan tertentu.

"Pemuda PAS punya aktivisme yang cukup baik. Kebanyakan penghijrahan selebriti-selebriti atas usaha pemuda PAS sebenarnya.

"Awal-awal lagi mereka punya jabatan kesenian, sukan dan rekrasi dan mereka punya aktivisme yang cukup baik walaupun tak ditonjolkan media,"katanya.

Turut menjadi panel forum sempena Konvensyen Fiqh Politik itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkely Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli manakala ahli akademik, Dr. Maszlee Malik sebagai moderator.

Biar PAS jaga Melayu jika Umno kalah

Harakahdaily, 16 Sep 2012
KUALA LUMPUR: “PAS jaga Melayu jika Umno kalah di dalam PRU13, inilah jawapan untuk Datuk Seri Najib,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Katanya, Najib selaku Presiden Umno jangan duduk perasan Umno sahaja boleh menjaga Melayu.

“Sudah 55 tahun Umno diberi peluang bukan satu masa yang pendek tetapi terbukti Umno gagal menjaga Melayu. Melayu bukan diangkat martabat, sebaliknya bertambah merempat,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Katanya, bukti PAS boleh menggantikan Umno untuk menjaga orang Melayu boleh dilihat rekod pemerintahan di Kelantan yang berjaya menjelaskan hutang lapuk BN sebanyak RM220 juta daripada  hutang peninggalan BN sebanyak RM718 juta.

Idris menambah, Negeri Kelantan berjaya diturunkan kadar kemiskinan daripada nombor 2 kepada 6.

“Sebelum Umno hendak mendabik dada mereka yang jaga Melayu, Umno tolong jawab terlebih dahulu tuduhan ini.

“Bukankah Umno yang menghilangkan 1.3 juta hektar tanah rezab Melayu selepas merdeka?” katanya.

Katanya lagi, Umno yang menyekat 118 projek ke Kelantan sejak 1991 (RMK6).

“Kenapa Umno yang berkuasa tidak menambah kerusi di Kelantan dan Terengganu pada PRU 2004?” tanya beliau lagi.

Beliau berkata, Umno mesti bertanggungjawab terhadap kehilangan saham bumiputera sebanyak RM52 bilion.

“Najib janganlah duduk ulang pita rakaman lama bila berhadapan pengundi Melayu, kononnya DAP yang akan dominan dalam PR manakala Soi Lek, Presiden MCA bila bercakap dengan orang Cina,  kata Pas  yang akan menguasai PR. Mana satu yang benar, atau kedua-dua pembohong besar” ujarnya.

Katanya, Umno hanya memainkan isu Melayu apabila sokongan politik semakin terhakis dengan meniupkan sentimen kononnya umno pembela Melayu.

Baginya, DAP dijadikan kambing hitam kononnya menindas Melayu dan Islam walaupun hakikatnya telah dibuktikan dengan fakta di Pulau Pinang, banyak projek diperolehi oleh kontraktor Melayu sedangkan yang menangis ialah kontraktor Umno  yang menjadi broker dan makan komisyen.

Faktanya, kata Idris kontraktor Melayu dapat 100% daripada nilai projek JPS dan 98% daripada nilai projek JKR yang di bawah kendalian kerajaan negeri.

Jeklas Idris lagi, ertinya Melayu mampu, yang tidak mampu hanya Melayu Umno.

“Peruntukan untuk Jabatan Agama Islam Pulau Pinang semasa zaman Umno hanya  RM12.5 juta telah meningkat zaman YAB Lim Guan Eng sebanyak RM64 juta (2012),” katanya.

Beliau menambah, hampir lima tahun DAP yang memerintah Pulau Pinang, tidak ada sebuah masjid dan surau diroboh sebaliknya ketika Umno memerintah Selangor, Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Surau al-Rahmah Seksyen 8, Surau Puchong Perdana ditutup manakala Masjid Bujal, Kemaman dan Surau Kampung Berembang Ampang diruntuh.
Iklan Teks

Nasrudin lancar buku pertamanya

Harakahdaily, 16 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Buku terbaru Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan – ‘Tiada Siapa Kata Perjuangan Islam ini Mudah – Catatan Seorang Pejuang’ telah selamat dilancarkan bersama para pengamal media dan selebriti di majlis Hari Raya Dewan Pemuda PAS Pusat malam Jumaat.

Majlis yang dihadiri kira-kira 70 pengamal media dan selebriti bersama para pimpinan exco DPPM termasuk Nasrudin sendiri, ustaz Nik Abduh dan Ustaz Ridhuan Md Noor itu diadakan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar.

Antara tetamu selebriti yang hadir memeriahkan majlis ialah XPDC, pengarah Adam Hamid dan Khairul Anuar.
Buku kedua terbitan VI Venture ini selepas buku Senyumlah tulisan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man juga bertujuan untuk mengumpul dana pembinaan Kompleks Tarbiyyah Islamiah Al-Makmur di Kerdau, Pahang.

Minggu lepas, Nasrudin turut berkongsi buku terbaru beliau dengan para pemimpinan DPPM ketika mesyuarat bulanan.

Berikut adalah sinopsis buku yang turut diterima Harakahdaily:

“Perjuangan Islam bukan hanya berdepan musuh yang mahu menggagalkan hasrat kita, tetapi halangan utama kita adalah datangnya dari dalam diri sendiri. Inilah faktor terbesar manusia sering tewas di meda juang sebelum sempat bergelanggang dengan musuh. Buku ini diterbitkan sebagai sumber motivasi dan panduan dalam menghadapi mehnah, rintangan dan jalan berliku untuk mencapai kemenangan sebenar di dunia dan di akhirat.”

Maklumat pembelian boleh didapati di laman Facebook Harakahdaily (https://www.facebook.com/harakahdaily ) dan juga Ustaz Nasrudin Hassan (https://www.facebook.com/pages/Nasrudin-Hassan/303331692311)

5,000 serbu kambing bakar PAS Selayang

Harakahdaily, 16 Sep 2012


(Kambing bakar menjadi tarikan utama)

SELAYANG: Lebih 5,000 menyertai majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri PAS Selayang malam ini dengan kambing bakar dan Aiskrim menjadi tumpuan orang ramai.

Enam ekor kambing bakar habis di samping 3,000 aiskrim pelbagai jenis yang disediakan pihak penganjur juga habis.

Majlis bermula dengan doa dari Ustaz Zamri menmabah keceriaan majlis yang diadakan di perkarangan pejabat PAS Kawasan Selayang itu.

Sambil menjamu selera, para pelajar Pasti membuat persembahan mereka termasuk khutbah, bercerita dan coral speaking.

Berikut adalah gambar menarik sepanjang majlis ini.

(Majlis dimulakan dengan doa dari Ustaz Zamri)


(Antara para tetamu yang hadir)



(Zaidi [YDP PAS Selayang, baju merah] melayan tetamu yang hadir dari pelabagai kaum)



(Petugas mempersiapkan lemang sebelum kedatangan tetamu)


Laporan sebelum ini.

6 kambing, 120 ayam di rumah terbuka PAS Selayang malam ini



(Banner menyambut kedatangan tetamu ke Rumah Terbuka PAS Selayang)

SELAYANG: Enam ekor kambing bakar, 120 ekor ayam bakar dan berempah sedang menunggu tetamu majlis rumah terbuka Aidil Fitri PAS Selayang malam ini.

Di samping itu 3000 cucuk satey, aiskrim, nasi minyak, tosee dan 15 lagi menu disediakan untuk para tetamu malam ini.

YDP PAS Selayang, Zaidi Talib bersama ajk dan PAS Cawangan seluruh Selayang bertungkus lumus mempersiapkan kawasan jamuan yang bakal bermula jam 8 malam ini.

"Bagi memastikan semua bertumpu ke sini, cawangan-cawangan PAS tidak akan ada sebarang majlis malam ini," kata Ustaz Firdaus Mazlan, Setiausaha Kerja PAS Selayang.


Inilah suasana sambutan hari raya PAS seluruh negara tahun ini dan hari ini adalah hari terakhir Syawal.

(Tosey sudah mula dibakar)

Umat Islam khas di Lembah Klang menjadikan sambutan hari raya dan rumah terbuka adalah sepanjang Syawal.

"Biasanya tiga hari pertama raya, kita sambut raya di kampung. Bila begitu, selepas tiga hari itulah kami membuat rumah terbuka di rumah-rumah kami di Selangor dan Kuala Lumpur khasnya di hari cuti hujung-hujung minggu begini," kata salah seorang petugas PAS Selayang.

Memandangkan pilihan raya bakal tiba, PAS menjadikan majlis rumah terbuka tempat pemimpin mereka bertemu masyarakat.

Semua PAS negeri dan pusat termasuk di Sabah dan Sarawak mengadakan majlis sebegini.

Di peringkat pusat, juadah adalah disumbangkan oleh PAS negeri-negeri. Semasa majlis rumah terbuka PAS peringkat pusat baru-baru ini, PAS Terengganu misalnya menyumbang Nasi Dagang.

Untuk PAS Selayang malam ini, kesemua 43 cawangan PAS menyumbangkan juadah masing-masing.

Ia disumbangkan mengikut kawasan DUN yang ada di Selayang iaitu Taman Templer, Kuang dan Rawang.

Pendekata, PAS kawasan Selayang hanya menyediakan juadah utama dan prasarana sahaja.

"Inilah cara kita menyambut Aidil Fitri," kata Zaidi Talib menjelang majlis malam ini.

Tiada ulasan: