Sabtu, 15 September 2012

SIBUK DENGAN RAMUAN SERTA KUASANYA AJE DAN MENGEKALKAN KUASA...BUKAN TAKWA...BUKAN NAK LAKSANA HUDUD...CEGAH MUNGKAR...CEGAH RASUAH...CEGAH JENAYAH...JANGAN GILA KUASA HINGGA SYURGA DAN NERAKA...HUKUM ALLAH MAIN LANGGAR AJE

K-Fiqh: Murshid sedia tegur parti politik

Salmiyah Harun, 15 Sep 2012
SHAH ALAM: Ikatan Multaqa Asatizah dan Du'at (Murshid) bersedia  memainkan peranan sebagai orang tengah dalam menasihati parti politik Pakatan Rakyat dan BN.

Pengerusi Murshid Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, mereka bersedia menasihati kedua-dua kerajaan BN atau Pakatan Rakyat sekiranya didapati tidak merealisasikan kehendak syarak (maqasid syariah) melalui pelaksanaan siyasah syariyyah.

"Kita akan nasihat kedua-duanya. Kalau kita tidak bersetuju dan bercanggah dengan syarak dan tidak adil, kita akan tegur Pakatan Rakyat dan BN," katanya dalam sidang media di Dewan Auditorium MBSA.

Katanya, Murshid turut menjelaskan konsep politik berteraskan syariah sebagai asas pentadbiran dan pemerintah menurut ajaran Islam.

Katanya konsep ini baik untuk semua termasuk orang bukan Islam kerana ia mendokong asas utama keadilan.

Zaharuddin juga menjelaskan mereka akan membincangkan satu-satu perkara tanpa berpihak mana-mana parti politik misalnya soal garis panduan pelaksanaan pilihan raya.

Tambahnya, garis panduan itu mesti bertepatan dengan konsep wasatiyyah di dalam politik berteraskan hujah dan dalil di samping bersikap berkecuali.

"Kita tidak pengaruhi orang untuk undi satu-satu parti. Kita tidak pegang tangan pengundi untuk pangkah parti tetapi kita hanya bagi "tools" untuk rakyat pilih parti mana mereka suka," katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menolak akan timbul persepsi orang politik terhadap Murshid yang dilihat berbaur pembangkang.

"Terpulang pada persepsi orang, kita mahu berkongsi apa yang rasa terbaik," katanya.

Kehadiran anak muda di luar jangkaan dalam Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa yang julung kalinya diadakan hari ini cukup membanggakan, kata Zaharuddin.

Malah dengan kehadiran lebih 1000  peserta hari ini, bagi Zaharuddin ia memberi petunjuk akan berlaku perubahan lanskap politik selepas ini.

Nasrudin kongsi pengalaman dalam buku terbaru

Harakahdaily, 15 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan At Tantawi berkongsi segala pengalaman perjuangannya melalui buku terbarunya berjudul "Catatan Seorang Pejuang".


Buku setebal 230 muka surat itu mengandungi lima bahagian iaitu catatan memotivasi seorang pejuang, coretan asam garam perjuangan, nota dakwah, warkah dan puisi perjuangan.

Ianya juga merupakan siri dari Facebook ke buku, di mana sebahagian besar isi kandungannya adalah kompilasi tulisan Nasruddin di lamansosial Facebook dan blog peribadinya iaitu Episod Perjuangan.

Ianya diterbitkan syarikat VI Venture dengan harga jualan RM22 untuk semenanjung dan RM25 Sabah dan Sarawak.

"Buku adalah karya saya yang kelapan yang menjelaskan tentang motivasi perjuangn kepada anak muda termasuk himpunan mutiara kata yang boleh dijhadikan panduandan kepada pembaca.

"Saya juga menjelaskan melalui buku ini tentang pendirian PAS dalam menghadapi cabaran politiknya, serta tulisan ringkas menjawab polemik isu hudud," kata Nasrudin ketika melancarkan buku itu di Dewan Datuk Fadzil Noor di KUIZM malam tadi.

Majlis pelancaran itu dibuat sempena Jamuan Santai Tertutup Dewan Pemuda PAS sempena Aidilfitri.

Menurut Nasruddin, 15 peratus daripada harga jualan buku itu nanti akan disumbangkan ke tabung dana pembinaan Kompleks Tarbiyyah Islamiah Al-Makmur di Kerdau, Pahang.

Sementara itu, majlis jamuan malam tadi turut meraikan para artis, selebriti, rider ARC serta petugas media.

Antara artis dan selibriti yang hadit termasuklah pelakon Khairl Anwar Aman, pengarah muda  Adam Hamid serta bekas penyanyi kumpulan rock Gamma, Blank.

Kesemua mereka juga diberi kesempatan untuk memberi ucapan sempena jamuan itu.

Kira-kira 60 orang hadir pada majlis malam tadi termasuk saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Selain Nasruddin, turut hadir termasuklah Timbalannya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Naib Ketua Dr Raja Ahmad Iskandar, Bendahari Ir Khairil, Pengarah Program Adram Musa serta exco-exco yang lain.
Malaysia sekat penyiaran filem hina Nabi Muhammad SAW

15 September 2012
Innocence of Muslims
Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahya (depan) mengetuai 15 badan pertubuhan bukan kerajaan lain bagi membuat bantahan secara aman di hadapan bangunan Kedutaan Amerika Syarikat, Ku
BINTULU - Malaysia akan menyekat penyiaran filem 'Innocence of Muslims' yang menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia kerana menghina Nabi Muhammad SAW berikutan motif filem tersebut jelas menghina agama Islam.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata negara Islam lain seperti Indonesia dan Timur Tengah telah melakukan tindakan menyekat penyiaran filem tersebut dan Malaysia akan mengikut jejak yang sama.

"Saya telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk berunding terus dengan pihak berkuasa lain supaya tidak membenarkan akses kepada paparan itu sama ada melalui Youtube atau pun saluran lain," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menutup bengkel literasi ICT untuk Ketua-ketua Masyarakat Daerah Bintulu di Pusat Internet 1Malaysia Kampung Penan Muslim di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dipetik berkata tindakan segera belum diambil dengan menghalang filem tersebut diedar di negara dan mencadangkan filem tersebut diharam daripada disiar di negara ini.

Rais berkata sekatan filem tersebut bertujuan memberi amaran kepada mana-mana pihak sama ada di dalam atau luar negara yang kerajaan tidak akan bertoleransi dengan mana-mana elemen negatif yang menyentuh sensitivi agama dan kaum.

Beliau berkata kerajaan tidak mahu penyiaran filem tersebut mendatangkan impak negatif jangka panjang yang membawa kepada penyiaran filem yang menyentuh sensitiviti penganut agama lain seperti Kristian dan Buddha.

Mengenai tindakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak yang membuat laporan polis berhubung kenyataan seorang anggota panel yang menyinggung perasaan rakyat Sarawak dan Sabah dalam program Bicara Kampus pada 9 Sept lepas, Rais berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Dalam episod disiarkan secara langsung di TV1, seorang daripada anggota panel itu mempersoalkan permohonan kerajaan kedua-dua negeri itu supaya dinaikkan jumlah royalti petroleum lima peratus yang diterima sekarang.

Naib Ketua Pemuda PBB Pandi Suhaili ketika dihubungi Bernama mengesahkan laporan polis akan dibuat di Sibu hari ini untuk meminta polis menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap anggota panel itu.

"Kenyataan itu jelas menyinggung perasaan dan menjejaskan intergrasi nasional yang cuba diusahakan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata RTM patut menghentikan buat sementara program Bicara Kampus bagi meredakan kontroversi tersebut.

Selain laporan polis oleh Pemuda PBB Sarawak di Sibu, beberapa laporan lagi akan dibuat di Kuching esok atas inisiatif beberapa individu. - Bernama
Penerbit filem hina Islam guna 10 nama, pernah tipu bank
Wartawan Sinar Harian
15 September 2012
Penerbit filem hina Islam guna 10 nama, pernah tipu bank
Rumah Nakoula Basseley Nakoula di Cerritos, California menjadi tumpuan media sejak beberapa hari lalu. - Foto ihsan CNN
LOS ANGELES - Pegawai-pegawai persekutuan Amerika Syarikat (AS) sedang mengkaji semula tempoh pemantauan ke atas seorang penduduk tempatan, yang dipercayai menghasilkan filem yang mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Jurucakap Pejabat Pentadbiran Mahkamah AS, Karen Redmond berkata, Nakoula Basseley Nakoula telah disabitkan bersalah pada 2009 berhubung kesalahan menipu bank.

Hukuman yang dijatuhkan meletakkan dia di bawah pemantauan selama lima tahun.

Pegawai-pegawai persekutuan mengesyaki Nakoula sebagai individu yang bertanggungjawab menerbitkan filem Innocence of Muslims.

Laporan media menyebut lelaki itu menggunakan nama yang berlainan, tetapi Associated Press melaporkan dia orang yang sama.

Dipetik CNN, Redmond berkata, semakan semula hukuman pemantauan masih berjalan.

Bagaimanapun beliau tidak memberi maklumat bila dan sebab semakan ke atas pemantauan diadakan, selain bila proses itu akan selesai.

Sepanjang pemantauan, Nakoula tidak boleh mengguakan komputer atau mana-mana peralatan yang membolehkan dia akses kepada Internet tanpa kebenaran pegawai pemantau.

Dia pernah menjalani hukuman penjara selama setahun di Lompoc, California.

Bagaimanapun pegawai-pegawai mahkamah tidak dapat memberi maklumat sama ada Nakoula telah memulangkan kembali AS$794,700 (lebih RM2.1 juta) sebagaimana diarahkan oleh mahkamah.

Sejak sedutan filem itu disebar luas menerusi YouTube, Nakoula dilaporkan sudah menghilangkan dirinya daripada publik dan tinggal bersama keluarganya di rumah mereka di Cerritos, California. Kawasan rumahnya juga kini menjadi tumpuan wartawan.

Cerritos terletak kira-kira 35 kilometer ke tenggara Los Angeles.

Filem itu, dihasilkan oleh kumpulan anti-Islam di AS, satu projek kos rendah yang tidak dipandang di AS ketika mula ditayangkan tiga bulan lalu.

Bagaimanapun ia mencetuskan protes dan keganasan di Mesir, Yaman, Tunisia, Maghribi, Sudan, Iran, Iraq, Palestin dan wilayah Palestin, serta di Indonesia dan Malaysia, apabila dimuat naik menerusi YouTube.

Minggu ini, FBI telah menghubungi penerbit filem itu ekoran risiko ancaman, kata seorang pegawai penguat kuasa undang-undang persekutuan kepada CNN kelmarin.

Bagaimanapun dia tidak tertakluk kepada siasatan.

Satu laporan awal awam mengenai Nakoula muncul awal minggu ini apabila dia menghubungi Jabatan Sheriff Los Angeles malam Rabu lalu untuk membuat laporan mengenai gangguan, kata jurucakap polis Steve Whitmore.

Dia mahu polis tempatan memberi perlindungan ke atasnya.

Apabila berita mengenai filemnya muncul, penerbitnya mengelar dirinya, Sam Bacile.

Bacile memberitahu Wall Street Journal berkata, dia seorang keturunan Israel-AS berusia 52 tahun, dan merupakan ejen hartanah dari California.
Katanya, penderma Yahudi membiayai filem itu.

Seorang anggota staf penerbitan, yang pernah terlibat dalam peringkat awal pembikinan filem itu memberitahu CNN bahawa nama yang diisi pada borang Screen Actors Guild adalah "Abenob Nakoula Bassely". Penyelidikan rekod awam menunjukkkan Abanob B. Nakoula tinggal di alamat yang sama dengan Nakoula Basseley Nakoula.

Dia percaya bahawa penerbit filem itu seorang Kristian Koptik dan ketika mereka bercakap menerusi telefon semasa penggambaran berjalan, Nakoula pernah berkata dia berada di Iskandariah, Mesir untuk menjana dana bagi filemnya.

Mesir pernah menyaksikan ketegangan antara masyarakat Islam dan minoriti 'Copts'.

Seorang lagi yang pernah terlibat dalam penghasilan filem ini berkata, dia mengenali penerbit filem dengan nama Sam Bassil.

Dia menandatangani cek menggunakan nama itu.

Apabila CNN membuat penyelidikan mengenai Sam Bassil, pejabat Peguam Negara menghantar satu salinan tuduhan yang dibawa pada 2009.

Dokumen-dokumen mahkamah menunjukkan bahawa Nakoula disabitkan kesalahan berhubung kes menipu bank.

Beberapa nama sampingan atau nama lain juga disertakan dalam kertas tuduhan iaitu Mark Basseley Youssef, Yousseff M. Basseley, Nicola Bacily dan Malid Ahlawi. Dokumen mahkamah yang lain menggunakan Thomas J. Tanas, Ahmad Hamdy dan Erwin Salameh sebagai alias.

Dalam temu bual dengan Wall Street Journal, penerbit itu menyifatkan filemnya sebagai "satu usaha untuk membawa perhatian kepada hipokrasi Islam."

"Islam itu kanser," dakwanya.

"Filem ini filem politik, bukan filem agama," katanya mempertahankan pembikinan filem yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan nyawa termasuk Duta AS ke Libya, Christopher Stevens.
Muhyiddin: Umno ada ramuan rampas Selangor

15 September 2012
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin pelbagai isu yang tidak mampu diselesaikan oleh kerajaan pembangkang di Selangor mampu menjadi ramuan mencukupi bagi Barisan Nasional (BN) merampas kembali negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, pelbagai masalah seperti isu air yang masih tidak berkesudahan sehingga ke hari ini, selain isu penyelewengan Talam Corporation dan pasir di negeri berkenaan menunjukkan kepincangan dan ketidakupayaan pembangkang memerintah negeri itu.

"Dan kalau kita lihat daripada apa isu dan apa permasalahan yang sudah timbul di negeri Selangor ini, sudah banyak sekali yang telah pun saya kira menyentuh setiap perasaan rakyat Selangor dan juga rakyat Malaysia, apa yang telah dan sedang berlaku," katanya semasa merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Selayang di sini, hari ini.

Malahan, katanya menerusi beberapa sesi lawatan turun padang sebelum ini, beliau yakin sudah wujud petanda gelombang rakyat yang mahukan kerajaan BN kembali memerintah Selangor.

"Saya tahu, saya turun banyak tempat, banyak yang salam-salam saya... mereka bertanya "Tan Sri bila pilihan raya. Dah tak tahan dah Tan Sri kami nak sokong nak menangkan BN dalam pilihan raya'," kata Muhyiddin dan menambah bahawa trend yang sama juga berlaku di Kedah.

Namun begitu, beliau berkata anggota Umno dan BN perlu bersedia dari sekarang kerana pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa dan segala permasalahan dalaman, terutamanya perbuatan mensabotaj parti perlu dielakkan.

"Ini bukan satu perkara kecil, nak kembalikan kuasa, bukan sekadar kuasa tetapi kuasa kerana maruah. Dengan kuasa dapat membela bangsa, agama dan negara, memajukan masyarakat, memakmurkan masyarakat, soal pokok kembali kepada kita, 'Are we ready' (Adakah kita bersedia),"katanya.

Selain itu, Muhyiddin berkata, jentera pilihan raya BN juga perlu memberi tumpuan kepada pusat daerah mengundi (PDM), sebagai tempat di mana parti dapat terlibat secara langsung dengan pemilih di kawasan yang berkenaan.

"Kita tak nak apa yang berlaku di Kelantan pada pilihan raya umum 2004 berulang kembali. Kita kalah di Dewan Undangan Negeri, kalah dengan dua undi tetapi dengan sebab itu kita gagal merampas kembali negeri Kelantan," katanya yang turut melahirkan kekecewaan kerana hanya 40 peratus daripada PDM di seluruh negeri didapati telah bersedia menghadapi pilihan raya.

Justeru, beliau mahu semua anggota parti berusaha 10 kali ganda lebih kuat bagi memastikan negeri-negeri yang ditadbir pembangkang dapat dirampas kembali pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Muhyiddin mengulangi pendirian kerajaan untuk meneruskan pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) walaupun mendapat tentangan daripada kerajaan Selangor.
  
Beliau berkata ia merupakan tekad dan azam kerajaan pusat demi kebaikan negeri dan rakyat secara keseluruhan kerana jika projek itu tidak dilaksanakan, krisis air akan berlaku bukan sahaja di Selangor tetapi juga di Putrajaya dan Kuala Lumpur.
  
Muhyiddin turut sekali lagi mempersoalkan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang masih bertegas tidak mahu projek itu dilaksanakan, walaupun pakar dari dalam dan luar negara telah mengesahkan situasi kira-kira 37 loji rawatan air sedia ada di negeri berkenaan yang hampir tenat.
  
"Kalau tak diselesaikan segera, kalau tak dibenarkan kerajaan pusat teruskan projek Langat 2 mungkin satu krisis air yang besar akan berlaku, bukan sahaja menimpa Selangor tetapi kawasan Putrajaya dan Kuala Lumpur di mana jumlah penduduknya mungkin lima atau enam juta atau lebih daripada itu," katanya.
  
Kesan daripada penangguhan projek Langat 2, Muhyiddin berkata beliau difahamkan terdapat kira-kira 200 projek di Selangor terpaksa ditangguhkan kerana tidak diberikan 'Certificate of Fitness (COF)' oleh kerajaan negeri.
  
"Kerana dikatakan kalau dikeluarkan (COF) maka kerajaan negeri bertanggungjawab mengeluarkan utiliti iaitu bekalan air bersih, jadi tak mampu dibuat maka tak keluar la sijilnya, lihat bagaimana kerugian besar kepada negeri dan rakyat Selangor," katanya. - Bernama
Pengerang kg nelayan untuk 1,000 tahun lagi jika...
  • Aidila Razak
  • 6:45PM Sep 13 2012
 
Tanpa projek petrokimia, Pengerang akan kekal sebagai kampung nelayan "untuk seribu tahun lagi" dengan masyarakatnya kerugian ribuan pekerjaan dan pembangunan bernilai tinggi, kata Kumpulan Dialog.

NONETetapi dengan projek itu, menurut pengerusi syarikat itu Ngau Boon Keat, kampung itu dijangka membangun seperti Jurong, Singapore pada 15 tahun lagi.

"Jika kamu tidak lakukan sesuatu, kamu akan kekal sebagai perkampungan nelayan untuk seribu tahun lagi.

"Jurong menyumbang satu pertiga daripada GDP (keluaran dalam negara kasar) Singapura," kata Ngau kepada pemberita.

Dialog adalah syarikat di belakang projek bernilai RM5 bilion itu.
Hisham sasaran kritikan dalam jamuan malam PKR

  • Lee Long Hui
  • 4:59PM Sep 15 2012
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjadi sasaran kritikan dalam majlis jamuan malam perdana di Skudai malam tadi ekoran kenyataannya bahawa kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.

Menyifatkan kenyataan itu sebagai "angkuh" dengan kekuasaan, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Hishammuddin gagal mendisiplinkan penyokongnya.

pkr johor skudai dinner 150912 anwar 02"Kamu berkhidmat untuk rakyat, bukan untuk parti, ini jelas menunjukkan keangkuhan kuasa.

"Mujurlah penyokong PKR, PAS dan DAP lebih berdisiplin. Kita tidak boleh dengan senang-senang membuat provokasi kepada mereka. Kita tidak mahu bergaduh, kita mahu menawan Putrajaya.

"Ini satu Malaysia dengan dua undang-undang, satu untuk Umno dan orang kaya, dan satu lagi untuk rakyat," katanya merujuk kepada penahanan gadis 19 tahun kerana memijak gambar perdana menteri semasa himpunan Janji Bersih.

Hishammuddin dalam tulisan Twitter pagi ini bagaimanapun mendakwa kenyataannya berhubung keselamatan program pembangkang semalam telah diputar belit.
KDM berang dengan blog 'hina' Sumazau

  • Gary Louis Supi
  • 2:18PM Sep 15 2012
Masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut (KDM) menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap kritikan di Internet terhadap Sumazau yang dianggap menghina tarian tradisi negeri itu.

Malah, mereka beranggapan ia turut menghina Perdana Menteri Datuk Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor terlibat mempersembahkannya, seperti yang dimuatkan di Youtube.

"Artikel itu betul-betul memalukan dan sangat serius. Kami tidak dapat terima dan mesti disiasat.

Pengendali blog ini mesti diambil tindakan dengan sewajarnya, " Kata Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Tan Sri Pairin Kitingan.

KDCA membuat laporan di Balai Polis Penampang pada 13 September 2012 berkenaan perkara tersebut.

Semakan Malaysiakini mendapati blog berkenaan Suara Pakatan Rakyat telah menarik balik dan memohon maaf atas penyiaran tulisan itu.

Mesyuarat tergempar
Blog itu sebelum ini yang menyiarkan artikel bertajuk "Tarian Sumazau Untuk Golongan Rendah Akhlak", yang ternyata menaikkan kemarahan rakyat Sabah yang mengecam keras penulis blog tersebut.

Penulisan itu dikatakan mempersendakan tarian Sumazau dan seolah-olah ingin menggambarkan masyarakat KDM sebagai minoriti yang tidak penting.

Sentimen kemarahan rakyat Sabah jelas tergambar apabila ibu pejabat KDCA menerima panggilan telefon tanpa henti untuk meluahkan perasan tidak puas hati mereka terhadap kandungan artikel tersebut.

Ekoran itu, suatu mesyuarat tergempar diadakan antara KDCA dengan persatuan-persatuan lain berasaskan kaum KDM pada semalam di Penampang.

Sementara itu, Pairin menambah, kandungan artikel tersebut juga amat jelas telah mengguris perasaan hati masyarakat KDM sebagai rakan kongsi dalam Persekutuan Malaysia.

"Oleh itu, KDCA bersama persatuan berasaskan kaum KDM lain, meminta pihak berkuasa untuk memburu penulis blog berkenaan atau kumpulan yang bertanggungjawab terhadap artikel tersebut dan seterusnya membawa mereka ke muka pengadilan," jelas beliau.

Sumazau merupakan tarian suku kaum Kadazan yang diterima dengan baik oleh masyarakat berbilang kaum Sabah. Ia sering ditarikan di majlis-majlis rasmi serta upacara perkahwinan.Anak saman Bapa, Nasib malang bekas jutawan LBJ
Posted on Saturday, September 15 @ 06:00:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh Juragan

Oleh: amkns

"Bagaimana pula hubungan kita dengan orang tua kita? Sudahkan kita mendoakan untuk kedua-duanya hari ini, sudahkah kita menelefon mereka hari ini atau menziarahi mereka minggu ini untuk bertanya khabar? Sebelum kita beri komen kejadian di bawah ini yang sudah menjadi kelaziman akhir-akhir ini, tanya diri kita sendiri, cukupkah kasih sayang yang dicurahkan kepada kedua-dua orang tua kita samada mereka masih hidup atau pun sudah menyahut panggilan Ilahi?

 

Nasib malang bekas jutawan LBJ

14 Sep 2012 SEREMBAN – Seorang bekas jutawan Felda Lyndon B Johnson (LBJ) di Labu dekat sini disaman anak perempuannya sendiri yang mahu me nuntut sebahagian hasil pengambilan sebidang tanah seluas 3.6 hektar oleh kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 1998 yang bernilai RM1.6 juta.

Norzay Rashid, 44, turut menuntut mahkamah supaya mengisytiharkan rumah milik bapanya itu yang kini sebagai harta sepencarian dengan arwah ibunya yang sudah meninggal dunia.

Beliau mengemukakan tuntutan ke atas bapanya itu yang kini berkerusi roda di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Kamal Basha Muhammad.

Hakim Kamal menetapkan 12 Oktober ini untuk membuat keputusan.

Dalam tuntutan tersebut, Norzay memohon perintah mahkamah bahawa separuh daripada sebidang tanah milik bapanya, Rashid Jani, 75, yang dianggarkan bernilai RM160,000 diisytiharkan sebagai harta sepencarian bagi pihak ibunya, Allahyarham Kering Aman.

Sumber: kosmo.com.my
"
 Bukan Islam lebih prihatin bahaya judi yang mengancam negara
Posted on Saturday, September 15 @ 04:15:00 UTC
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: amkns

"Malu rasanya apabila kumpulan bukan Islam di Sarawak lebih prihatin untuk menyelesaikan gejala judi internet yang semakin membarah di kalangan masyarakat dengan bersatu mengadakan sembahyang dan upacara keagamaan khusus. Marilah kita umat Islam dari rakyat ke pemimpin, dari Dewan Ulama ke Jakim mengambil serius isu judi internet dan judi ekor yang semakin memporak perandakan masyarakat kita khususnya institusi kekeluargaan orang Melayu yang beragama Islam.



Sibu religious group prays for divine intervention against cyber gambling
14 Sept 2012
SIBU: A group comprising pastors, priests, lay leaders and members from the different churches here are hoping for divine intervention to deal with what they believe is "very rampant cyber-gambling" affecting local youths.
Spokesman for "Pray-4-Sibu," Daniel Ngieng, said it learnt with great concern of the plight of those who had fallen victim.
"People are getting into debt and some are resorting to borrowing from loan sharks.
"This social ill has also caused some broken marriages and family problems, more theft cases, studying problems among students and poor work performance by affected employees," he told a press conference.
Daniel, who is Sibu Municipal Council deputy chairman, said the greed of people in the form of the get-rich-quick mentality too had made cyber gambling all the more rampant.
"We also want to pray for the enforcing authority, especially our police force, so that they have the strength, moral courage and obligation to redouble their efforts to clamp down on and weed out all kinds of illegal gambling.
"In the same way, we also pray and appeal to all shophouse owners to refrain from renting their premises to all such undesirable operation," he said.
Daniel said the group had firm belief that God would stand on the side of righteousness.
"However, we make no condemnation of any individual or party concerned because we firmly believe that God loves all the people.
"We hope more people can join us in our quest by praying individually. We also want to challenge more churches, pastors, priests, church leaders, fellowship groups, cell groups and uniform bodies to respond to our call ... pray and act against cyber gambling," he said. - Bernama

Seorang lagi tokoh Umno Sabah sertai KEADILAN petang ini
Posted on Saturday, September 15 @ 03:11:10 UTC
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: lipasmalas

"PEMBANTU khas Timbalan Presiden KEADILAN, Hilman Idham semalam dihalang daripada memasuki negeri Sabah kerana Musa Aman menganggap negeri itu milik bapaknya, rujuk sini [Musa Aman].



Kehadiran Timbalan Presiden KEADILAN dan pembantunya ke Negeri Sabah benar-benar ditakuti oleh Musa Aman kerana ia menjadi petanda bahawa satu lagi keruntuhan Umno Sabah akan berlaku.

Seorang lagi tokoh berpengaruh Umno Sabah yang juga dianggap sebagai "bank bergerak" parti itu di Negeri Sabah bakal menyertai KEADILAN.

Tokoh yang dimaksudkan ialah Tan Sri Ibrahim Menudin yang akan sertai KEADILAN esok. Beliau ini adalah antara pemimpin yang berpengaruh di Sabah juga berpengaruh di kalangan pimpinan UMNO Sabah.

Jawatan akhir beliau sebelum ini ialah sebagai Bendahari Jawatankuasa Perhubungan UMNO Sabah sebelum digantikan oleh Musa Aman, Ketua Menteri Sabah sekarang.

Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik kerajaan negeri.

Lagi maklumat tentang beliau klik sini [Sapura Kencana]

Jika tiada aral melintang, beliau akan mengumumkan secara rasmi pengumumannya untuk menyertai KEADILAN pada pukul 3 petang di Sabah hari ini insya Allah.

Dalam congakan ReJaM© setakat ini, tujuh lagi ADUN Barisan Nasional Sabah akan berpindah kapal menyertai Pakatan Rakyat kerana sedar kapal yang ditumpangi kini sudah dimasuki air, menunggu masa untuk tenggelam.

ReJaM© "Semakin ramai pimpinan Sabah sudah buka mata..."

Sumber: MiLo SuaM"

 

Tiada ulasan: