Sabtu, 22 September 2012

JANGAN JAHAT SANGAT....NANTI DALAM DUNIA ALLAH DAH HUKUM...HUKUM AKHIRAT SEDIA MENUNGGU...SUSAHKE BUAT BAIK...YANG SUKA BUAT JAHAT NI SYAITAN AJE

Amerika perlu diajar hormat agama, budaya kita

Harakahdaily, 22 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Dua perkara perlu diajar pada Amerika Syarikat – pertama belajar menghormati agama lain dengan menjaga sensitiviti penganut agama tersebut, kedua, belajar memahami budaya dan asas protokol dalam negara ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata demikian ekoran tindakan tidak bertamadun Kedutaan Amerika yang mengutuskan Ketua Pengawal Keselamatan untuk menerima memorandum bantahan berhubung filem Innocence of Muslims semalam.

“Tindakan mengutus ketua pengawal keselamatan Pejabat Kedutaan untuk menerima memorandum ribuan rakyat negara ini adalah sikap kurang ajar dan biadab. PAS melahirkan kekesalan di atas kebiadaban ini yang gagal memahami budaya dan adab setempat,” tegas Tuan Ibrahim.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata oleh kerana sebab-sebab di atas, Amerika wajar belajar dan membuang ego yang ada.

Semalam Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan turut melahirkan rasal kesal terhadap apa yang disifatkannya layanan buruk oleh Kedutaan Amerika kerana tidak menghantar wakil kedutaan untuk menerima memorandum yang diserahkan oleh wakil dari PAS, PKR dan wakil badan bukan kerajaan.

"Kita berharap memorandum itu akan sampai kepada wakil kedutaan," kata Nasrudin ditemui pemberita selepas penyerahan memorandum kira-kira jam 2.45 petang.

Katanya, kerajaan AS yang mengamalkan demokrasi sepatutnya mendengar luahan dan perasaan rakyat Malaysia hari ini.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata himpunan semalam sangat berjaya sehingga kedutaan terpaksa ditutup sebagaimana dimaklumkan.

“Isu ini telah menyatukan seluruh dunia Islam tanpa mengira mazhab, fahaman politik dan sempadan geografi.

PAS menggesa umat Islam mendalami sirah Rasulullah mengenali Baginda dan berjuang mempertahankan ajaran Islam yang dibawa Baginda,” katanya.

“Bukanlah kecintaan itu dengan kamu hanya melaungkan cinta, namun kamu melakukan perkara yang dibenci Baginda," tambahnya.

Gambar menyentuh jiwa untuk tumbangkan BN

http://omakkau.blogspot.com, 22 Sep 2012

GAMBAR YANG MENYENTUH JIWA DAN MENAIKKAN SEMANGAT JUANG UNTUK MENUMBANGKAN UMNO/BN PADA PRU 13 NANTI!!!



Inilah sekeping gambar yang cukup menyentuh jiwa admin.

Keberanian yang dipamirkan beberapa anak muda yang berikhtizam mau menumbangkan UMNO/BN

Kamera AES telah dipasang di 14 lokasi

Harakahdaily, 22 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Automated Enforcment System (AES) akan dilakukan secara berperingkat, untuk fasa pertama, kamera AES telah dipasang di 14 lokasi blackspots yang merupakan lokasi yang sering berlaku kemalangan maut di negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Perkara itu dimaklumkan di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan.

Untuk mengetahui senarai lokasi pemasangan kamera AES tersebut, pengguna jalan raya boleh melayari http://portal.jpj.gov.my

Perenang berdoa sambil dedah aurat...belajar dari siapa?

http://muslimeen-united.blogspot.com, 22 Sep 2012

Perenang Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia berdoa sambil mendedahkan aurat.. belajar dari siapa nih?

Persoalan timbul apabila melihat gambar yang disiarkan oleh Kosmo! ini mengenai tujuh perenang Ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia (RPSI1M) ini yang sedang berdoa sebelum memulakan latihan di Dover, England pada 14 September lalu.

Ekspedisi RPSI1M adalah di bawah tajaan Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ialah penaung projek itu.

Najib dalam satu perutusannya yang telah disampaikan menerusi setiausaha akhbar beliau, Datuk Akmar Hisham Mohkhles, pada taklimat ringkas di Varne Ridge, Channel Swimming Holiday Park and Bungalow.

Najib Tun Razak mahu perenang daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengharumkan nama negara dalam usaha untuk menawan Selat Inggeris.

Berbalik kepada tujuh berdoa sambil mendedahkan aurat.. belajar dari siapa agaknya mereka itu?

BATAS-BATAS AURAT LELAKI

Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : “ Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada ( tidur ) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang berbuat demikian”.

Ulama mempunyai pelbagai pendapat dalam hal had atau batas aurat lelaki ini;

1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat : ” Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat hingga lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan mahramnya kecuali kepada isterinya. Selain dari isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat hingga lututnya”.

Isteri boleh (harus) melihat aurat suami kecuali pada kemaluan kerana melihat kemaluan masing-maisng adalah MAKRUH.

2. Imam maliki dan Imam Syafi’ie berpendapat : ” Aurat lelaki ada dua keadaan : (1) Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang mahram dengannya. Auratnya ialah di antara pusat hingga lutut sahaja. (2) Auratnya dengan perempuan yang bukan mahramnya. Auratnya adalah seluruh tubuh badannya. (Rujuk al-Fiqh ’Ala al-Mazahib Al-Arba’ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr Al Aurah).

Dengar pula apa kata Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum memakai seluar pendek..


Mungkin mereka dari ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia sekadar mencontohi isteri pemimpin mereka yang mendedahkan aurat ketika mebaca Al-Quran ini kot...



"Rosmah Membaca Al-Quran sambil mendedahkan Aurat" sila baca di ( SINI )

4,000 sertai parti projek 'X'

Aljazeera terjemahan Mohamad Yahya, 22 Sep 2012
BELANDA: Polis rusuhan terpaksa dikerahkan ke sebuah bandar sunyi di Belanda untuk mencegah ribuan pengunjung parti selepas jemputan parti hari jadi seorang remaja merebak secara viral melalui facebook.

Polis telah dilontar dengan batu, botol, basikal, dan tumbuhan pasu apabila mereka cuba untuk memasuki sebuah rumah di Haren, berhampiran bandar utara Groningen Jumaat lalu, lapor agensi berita Belanda ANP.

Menyifatkan adegan tersebut sebagai "kekacauan", ANP memetik polis tempatan sebagai berkata, beberapa orang telah cedera, dengan dua daripadanya adalah kecederaan serius.

Empat tangkapan telah dibuat, tetapi polis berkata lebih banyak tangkapan dijangka akan dibuat selepas gambar yang mereka ambil selesai dikaji.

Pihak polis dalam keadaan berjaga-jaga selepas seorang pelajar sekolah menjemput rakan-rakan ke parti hari jadi ke-16 beliau di laman rangkaian sosial Facebook, tetapi terlupa untuk menandakan ia sebagai acara peribadi, yang menyebabkan jemputan tersebut mendapat lebih 20,000 maklumbalas.

Stesen televisyen awam NOS berkata  4,000 orang dengan majoriti daripada mereka adalah orang muda, telah hadir di Haren, sebuah bandar yang mempunyai penduduk seramai 18,000 orang.

Kereta dan pintu telah dirosakkan oleh objek yang dilemparkan kepada polis yang menyekat jalan di mana gadis itu tinggal.

Gadis tersebut bagaimanapun telah keluar dari rumahnya dari awal pagi lagi.

"Dia menghantar jemputan di Facebook kepada rakan-rakan, yang kemudiannya menghantar jemputan tersebut kepada rakan-rakan yang lain dan tidak lama kemudian ia merebak seperti api yang mengganas di Internet," Melanie Zwama, jurucakap polis Groningen, memberitahu agensi berita AFP.

Beberapa laman web telah muncul dan didedikasikan kepada parti tersebut. Ia  merujuk kepada filem "Projek X" - tentang sebuah parti hari jadi di pinggir bandar yang berada di luar kawalan selepas jemputan merebak secara viral.

Salah satu laman web  untuk  parti itu ialah "Projek X Haren", yang mengira detik bermula parti tersebut. Ia juga mendakwa 150 ribu orang telah dijemput ke majlis tersebut.

Ia juga meyiarkan alamat parti tersebut, dengan catatan: "Ajak rakan-rakan anda walau apapun caranya."

Terdahulu, "Projek X" telah mencetuskan rusuhan di bahagian-bahagian yang berlainan di dunia termasuk Jerman, Australia dan terutamanya Amerika Syarikat, di mana remaja merosakkan sebuah rumah berpenghuni di Texas, dan menyebabkan kerosakan bernilai sehingga $100,000.

Dalang jatuhkan Erdogan dipenjara seumur hidup

Asharq-e terjemahan Mohamad Yahya, 22 Sep 2012

SILIVRI, Turki: Sebuah mahkamah Turki Jumaat lalu menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada tiga bekas jeneral, hukuman pertama bagi perbicaraan dua tahun untuk 364 pegawai yang dituduh merancang untuk menggulingkan kerajaan Perdana Menteri Raccip Tayyip Erdogan.

Mahkamah berkata, tiga bekas jeneral tersebut hanya akan menjalani hukuman penjara selama 20 tahun kerana mereka tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan.

Dua lagi jeneral yang sudah bersara dan satu jeneral yang masih berkhidmat juga telah dihukum penjara 18 tahun.

Mahkamah membebaskan 34 pegawai dalam kes itu, menampakkan kekuasaan mahkamah sivil ke atas pihak tentera yang dulunya sangat berkuasa di Turki.

Tentera Turki secara tradisinya memainkan peranan yang dominan dalam politik, melakukan tiga rampasan kuasa antara 1960 dan 1980 dan menendang keluar kerajaan Islamik pertama negara tersebut dari pejabat pada tahun 1997.

Kuasa tentera dikawal dengan tegas sejak Erdogan memerintah sedekad lalu dan perbicaraan ini dilihat mempamerkankekuatan sebuah kerajaan yang mulai keluar dari bayang-bayangnya sendiri.

Konspirasi "Sledgehammer" dikatakan mengandungi rancangan untuk mengebom masjid bersejarah di Istanbul dan mencetuskan konflik dengan Greece untuk membuka jalan bagi pengambilalihan kuasa oleh pihak tentera.

Pihak pendakwa raya telah menuntut hukuman penjara 15-20 tahun untuk 365 defendan, dengan 364 daripada mereka adalah pegawai tentera yang sedang berkhidmat ataupun telah bersara.

Batal calon: Mahasiswa Pendidik Upsi lapor polis

Salmiyah Harun, 22 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Mahasiswa Pendidik (MP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membuat laporan polis berhubung isu pembatalan enam calon mahasiswa dari menyertai pilihan raya kampus kali ini.

Laporan tersebut dibuat apabila enam mahasiswa telah dinafikaan pencalonan oleh pihak Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) atas sebab teknikal yang tiada dalam syarat wajib pemilihan.

Menurut sumber dari Upsikini, kumpulan Mahasiswa Pendidik dikatakan meragui proses pemilihan MPP pada kali ini kerana wujud unsur penyelewengan dan penipuan.

Salah seorang daripada calon yang dinafikan pencalonan, Mohd Shukri berkata, setelah pihaknya meneliti dari sudut perundangan dan pengurusan, beliau yakin dan percaya penolakan enam calon untuk tidak dibenarkan bertanding mempunyai unsur penyelewengan, salah guna kuasa dan sabotaj dari pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) kepada pihak mereka.

Sementara itu, menurut mantan Exco MPP UPSI sesi lepas, Herwana Herman, pada pilihan raya kampus yang lalu tiada calon dibatalkan percalonan disebabkan tidak mengisi ruangan manifesto pada borang.

"Berbeza pada sesi pemilihan kali ini, enam mahasiswa dinafikan percalonan disebabkan tidak mengisi ruangan manifesto sedangkan perkara tersebut tidak termasuk dalam syarat pemilihan calon bertanding," katanya sebagaimana dipetik dari laman Mahasiswakini.

Semalam, kumpulan Pro Mahasiswa Universiti Malaya (UM) juga membuat laporan polis di Ibu Pejapat Polis (IPD) di Balai Polis Pantai ekoran penyalahgunaan kuasa di dalam pilihan raya kampus sesi kali ini.

Di mana, keputusan Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Kampus UM mengekalkan 6 'calon tua' Penggerak Mahasiswa yang didakwa telah melanggar tatacara dan peraturan di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) UM.

Mereka di bantah kerana dikatakan telah melebihi had semester yang telah ditetapkan iaitu dua semester atau satu tahun daripada tempoh minimum pengajian.

Calon tersebut adalah Cher Ruey Huat daripada fakulti Undang-undang, Lock Li Ping daripada fakulti Kejuteraan, Zulaikha Zulkifli dan Malik Sham daripada fakulti Pendidikan serta Ahmad Syahmi Naim daripada fakulti Kebudayaan.

Menurut Pengerusi Pro Mahasiswa UM, saudara Edikop, pihak mereka tidak menolak untuk mengambil tindakan mahkamah untuk menangguhkan pilihan raya kampus kali ini disebabkan masalah tersebut.

"Tindakan penangguhan ini hendak dilakukan supaya PRK yang bakal dilaksanakan lebih telus dan adil," katanya dalam sidang media.

Harga saham, Anak dakwa peneroka ditipu

Salmiyah Harun, 22 Sep 2012
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendedahkan jumlah pinjaman saham Felda kepada peneroka bernilai RM5,000 sedangkan saham sebenar menurut mereka adalah bernilai RM3,640 untuk 800 unit saham.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, selama ini peneroka Felda membeli saham FGVH dengan harga tersebut di mana-mana bank yang menawarkan pinjaman.

Berdasarkan surat perjanjian antara Maybank, Mazlan berkata, peneroka terkejut apabila tercatat nilai belian sebanyak RM5,000, manakala di dalam surat CIMB pula tercatat RM4,000.

"Persoalannya kemana duit yang selebihnya pergi? Ini membabitkan semua peminjam FGVH," katanya surat perjanjian itu diberikan melalui peguam Anak.

Mazlan berkeyakinan, wang selebihnya itu akan disalurkan terus ke FGVH memandangkan perjanjian antara peneroka itu sudah ditandatangani.

Beliau menganggap ini bentuk penipuan yang jelas dilakukan oleh FGVH dan pihaknya akan membuat laporan polis tidak lama lagi.

"Kalau sekiranya dakwaan kita ini benar, kita minta FGVH pulangkan wang itu. Pulang ikut dividen semasa," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS.

Mengulas saham FGVH yang jatuh naik, Mazlan tidak menolak kerajaan benar-benar menggunakan dana awam untuk melonjakkan semula saham.

"Misalnya saham pernah jatuh pada harga RM4.57, tetapi tengah hari pada hari itu juga KWSP 'top up'  2 juta unit saham, saya kira RM1 billion. Saham terus melonjak naik," katanya.

Dan, katanya, jika saham FGVH jatuh kepada RM4 seunit, Anak tidak teragak-agak untuk berhimpun secara besar-besaran mendesak Perdana Menteri menyelamatkan saham tersebut.

"Kalau harga saham jatuh 4, kita akan buat himpunan besar-besaran lebih besar daripada himpunan oren.

"Kita akan berhimpun untuk nyatakan sikap dan pendirian dan desak kerajaan umumkan pakej penyelamat (Felda)," katanya.

Pada 14 Julai lalu, lebih 5,000 orang menyertai himpunan dengan berpakaian oren dari Masjid Wilayah Persekutuan menuju ke Istana Negara membantah penyenaraian FGVH.

Tiada ulasan: