Harakahdaily | ||||
SHAH ALAM, 1 Jun: Menyedari hakikat Pilihan Raya Umum ke-13 sangat hampir, Dewan Pemuda PAS perlu bekerja keras menggerakkan kesedaran kepada rakyat untuk membuat perubahan bersama Pakatan Rakyat," kata Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa. Katanya, kuasa rakyat perlu digerakkan secara maksimum kerana hanya undi mereka yang bakal menentukan sama ada Pakatan Rakyat mampu merialisasikan hasrat mengusai Putrajaya atau sebaliknya. “Ingatlah rakyat jelata yang membuang undi semasa pilihan raya itulah yang bakal menentukan kemaraan kita mendaki Putrajaya melalui sistem demokrasi berparlimen yang sama-sama kita pegang berdasarkan Perlembagaan Negara. “Kita mesti mencari kaedah terbijak untuk melakukan transformasi kepada rakyat yang bakal mengtransformkan kerajaan Umno-BN sedia ada kepada PAS-PR,” kata beliau dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS di sini malam tadi. Tambahnya, walaupun pilihan raya umum ke-12 lalu menyaksikan tsunami politik berlaku, namun untuk mengekalkannya atau menjadikannya lebih besar, memerlukan kerja kuat daripada ahli PAS khususnya pemuda. “Kita sedar gelombang tsunami politik kedua ini memerlukan gemblengan tenaga yang lebih kuat untuk merangkul semula takhta pemerintahan daripada pemerintah sedia ada yang sejak tahun 1955, gagal melaksanakan tanggungjawab dan akauntabilitinya kepada rakyat jelata,"katanya lagi. Dalam pada itu beliau berkata BN juga sebenarnya gusar menghadapi pilihan raya umum akan datang sehingga terpaksa menggunakan pelbagai serangan terhadap parti lawan khususnya PAS. Ianya termasuk memainkan isu negara Islam sebagai tidak dipersetujui DAP dalam Pakatan Rakyat, bagi menggambarkan wujud perpecahan dalam Pakatan. Sehubungan itu, menjadi tugas pemuda untuk memberi penjelasan sebenar kepada rakyat. Beliau juga mengingatkan dewan pemuda PAS menyediakan calon berpotensi tinggi, disegani rakyat dan turut dihormati musuh, pada pilihan raya umum nanti jika serius mahu menang. “Jika kita telah menerima pentas politik sebagai sebahagian daripada medan dakwah kita secara serius, maka kita juga kena serius menyediakan bakal-bakal calon pilihanraya berpotensi tinggi hatta dihormati musuh politik kita sekalipun,” katanya. 'Jangan hanya jadi 'yes man' kepada pemerintah'
Amaran Pemuda PAS pada k'jaan BN, Pakatan Ini kerana katanya, berdasarkan sejarah yang berlaku kebangkitan anak muda menumbangkan kuasa angkuh regim diktator dunia hari ini hasil kepedulian mereka terhadap perkembangan semasa dan celik maklumat untuk perubahan. "Justeru itu, saya mewakili Dewan Pemuda PAS memberi peringatan kepada kerajaan yang memerintah, sama ada kerajaan BN di peringkat persekutuan mahupun kerajaan Pakatan Rakyat di beberapa buah negeri termasuk Kelantan yang telah sekian lama ditadbir oleh PAS, supaya tidak memandang rendah kehadiran generasi milenium ini. "DPP (Dewan Pemuda PAS) memberi amaran kepada BN supaya membuka selebarnya pintu demokrasi juga sekali–kali jangan menipu dan menyeleweng serta menyalahguna kuasa semata– mata untuk meraih kemenangan di dalam pilihan raya. "Andai BN masih degil, angkuh dan keras kepala, mereka pasti berdepan sekali lagi dengan kebangkitan anak muda yang sukar dibendung, bersama operasi BERSIH 2," katanya. Demonstrasi BERSIH 2 akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini. Nasrudin berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan dasar sempena Muktamar Pemuda PAS ke-52 yang bertajuk "Memimpin Kebangkitan Anak Muda" di Auditorium Banquet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Selasa malam. Dalam ucapannya juga, Nasrudin turut menegaskan supaya kerajaan Pakatan supaya menunaikan manifesto pilihan raya umum 2008 khusus negara berkebajikan dengan penuh tanggungjawab dan amanah. "Lebih khusus, DPP dengan penuh insaf dan prihatin merujuk kepada kerajaan Pakatan di Kelantan dan Kedah sedang PAS dominan di situ, supaya mereka segera mengatasi kelemahan yang ada, senantiasa peka terhadap tuntutan rakyat, memperkukuh saf kepimpinan dan memperkasa jentera pentadbiran kerajaan," katanya. Nasrudin berkata generasi anak muda kini adalah generasi yang sentiasa bersedia melakukan perubahan terutama apabila mereka menyaksikan wujudnya elemen yang mendorong, seperti penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, penindasan, ketidakadilan dan perlecehan syariat. Dalam ucapannya juga, Nasrudin juga membuat tuntutan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) supaya kutipan bayaran balik pinjaman dikuatkuasakan hanya selepas enam bulan dari tarikh peminjam mendapat pekerjaan tetap yang setaraf dengan kelulusan mereka, bukannya enam bulan selepas menamatkan pengajian. Selain itu, beliau juga menuntut supaya Seksyen 22A Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dan juga Pekeliling PTPTN Bilangan Satu Tahun 2009 yang menyenaraihitamkan peminjam sehingga menghalang keluar negara dipinda atau dimansuh. Beliau juga menggesa memperkenalkan bentuk pinjaman baru yang tidak mengenakan langsung sebarang faedah atau kos perkhidmatan menggantikan sistem pinjaman yang sedia ada dan memberikan hak biasiswa kepada kaum Melayu dan bumiputera sebagaimana yang dijamin di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Mengulas tentang media, untuk mewujudkan semak dan imbang Nasrudin mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) supaya meluluskan permohonan permit Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan, Hata Wahari, menerbitkan akhbar harian Utusan Rakyat dan juga permohonan permit akhbar harian Purnama yang dimohon PAS lebih sedekad yang lalu. Media Prima sedia ambil alih Bernama TV Media Prima Bhd tidak menolak kemungkinan memiliki satu lagi stesen televisyen atau mengambil alih Bernama TV sebagai sebahagian daripada pelan pembesarannya. Ketua Pegawai Operasi Perkhidmatan Dikongsi dan Rangkaian TVnya, Datuk Kamal Khalid berkata syarikat itu gembira jika dapat mengendalikan lebih banyak stesen TV. "Tetapi, tanpa kemungkinan itu, kami akan cuba bekerjasama dengan syarikat lain seperti Telekom Malaysia Bhd untuk menggunakan kesemua kaedah penyampaian alternatif bagi menjangkau para pelanggan kami," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Emas Channel 104 di Petaling Jaya hari ini. Kamal, yang juga Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Perniagaan dan Antarabangsa, berkata spektrumnya adalah terhad dan ini adalah antara kekangan yang dihadapi oleh pengendali TV bebas ke udara seperti Media Prima. Katanya syarikat itu berhasrat mendapatkan spektrum tambahan dan mendapatkan lesen bagi melaksanakan sesuatu yang lain, tetapi ini sangat sukar. - Bernama |
HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم.... وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 2 Jun 2011
JADI 'YES MAN' BOLEH..MALAH WAJIB...KEPAPA HUKUM SERTA SURUHAN ALLAH...BEGITU JUGA KEPUTUSAN SYURA...JANGAN LAWAN TAUKEH..CAMTU TAK GUNA MAJLIS SYURA
Transformasikan rakyat jika mahu tawan Putrajaya
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan