Beliau memberi jaminan siasatan serangan oleh kumpulan penggodam yang bergelar 'Anonymous' itu akan diketahui dalam masa terdekat selepas pihak yang berkaitan mengenalpasti mereka yang terbabit dalam kejadian itu.
"Dalam perkiraan kita, mereka tidak menang dan kita tidak perlu takut kepada gertak dari dalaman mahupun luar tanah air," katanya kepada pemberita selepas memulakan perlawanan persahabatan badminton antara pasukannya, D'sury mementang Kraftangan Malaysia di Institut Kraf Negara di Rawang, hari ini.
Menurutnya, serangan penggodam itu tidak merebak dengan meluas kerana hanya sebahagian laman web rasmi kerajaan mahupun swasta mengalami kerosakan dan tidak mengakibatkan kelumpuhan terhadap keseluruhan sistem laman web yang digodam.
- Bernama
Katanya, adalah aneh ketika Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan mempertahankan bahawa FELDA meraih keuntungan sebanyak RM1.197 bilion tahun lalu, tetapi KWSP pula meluluskan pinjaman RM6 bilion seperti yang didakwa.
“Jika benar ada justifikasi, apakah syarat pinjaman sebesar itu telah diteliti agar KWSP tidak menanggung risiko yang akan mengakibatkan kerugian ditanggung oleh para penyimpan.
Mohd Azmi berkata Ahmad Maslan tidak harus berdolak-dalik dengan alasan bila menjawab secara mengelirukan di Parlimen.
“Persoalannya adalah jelas. Kenapa Felda perlu pinjam dari KWSP sebesar RM6 bilion dan kenapa pelaburan Felda melalui Felda Global Ventures di luar negara rugi sebesar RM500 juta dari 2007 hingga 2010?
Menurut Mohd Azmi, berdasarkan perkembangan beberapa kes di mahkamah yang menunjukkan peneroka menang dalam saman mereka ke atas Felda, bermakna ada pengurusan yang tidak kena di Felda sendiri.
- Shaharudin Mohamad ·
Pengulas Tertinggi · University of Applied Science Konstanz Germany
Ramai yg nak beli rumah guna duit KWSP tapi tak diluluskan oleh KWSP, sampai bertengkar..Felda pinjam RM6 Billion dari KWSP, LULUS? Perkampungan felda gelap macam dlm hutan..hutang peneroka felda tak habis2..yg heran generasi kedua felda kata SYUKURRR..nasib baik ada felda katanya, kalau tak ntah mana tubuh kita nih katanya..macam tuhlah pemikiran Ketua Pemuda UMNO Cawangan dalam Parliment Jelebu Negeri Sembilan..
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat, berkata setakat ini beberapa kawasan telah dikenalpasti iaitu di Merang, Gong Badak dan Seberang Takir.
Katanya litar yang bakal dibuka itu memerlukan kawasan seluas 1.6 hektar dan dijangka akan dibina secepat mungkin dalam usaha untuk mengatasi masalah mat rempit di negeri itu.
Rozi berkata kos pembinaan litar tersebut sedang diteliti dan beberapa syarikat permotoran telahpun menyatakan persetujuan untuk memberikan sokongan dan panduan dalam pembinaan litar itu.
Beliau berkata, apabila siap kelak, ia akan menjadi litar pertama seumpananya di negeri itu.
- Bernama
- Bumiputera Berjaya ·
Pengulas Tertinggi · Managing Editor, JustNews.com di CNN International
Pelik sungguh isi kepala pemimpin-pemimpin Umno...di Melaka didirikan Sekolah Mengandung Luar Nikah..di Terengganu litar untuk penuhi kemahuan samseng jalanan..adakah Johor akan mendirikan premis untuk penagih dadah ambil dadah? INILAH AKIBATNYA BILA BUKAN AHLI DISERAHKAN MENTADBIR NEGERI...
Dalam laman facebooknya, Najib mengajak golongan bapa merenungkan transformasi peranan bapa dalam keluarga sempena Hari Bapa hari ini.
"Semakin ramai kaum bapa mengimbangi tanggungjawab profesional dan peribadi mereka sebagai pembimbing anak. Saya sendiri cuba melakukan yang terbaik sebagai seorang bapa.
"Kepada kaum bapa, bimbinglah anak-anak kita, dan bekalkan mereka dengan keupayaan untuk menjadi ibu bapa dan rakyat Malaysia yang terbaik," katanya.
Najib juga menghantar kenyataannya itu kepada rakyat menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
- BeritaKini Net · Bekerja di Kumpul Berita Terkini di BeritaKini.NetNasihat ini patut diterima walaupun dari seseorang yg sedang berzina. Bukan syarat alim utk mberi nasihat, cuma nasihat yg di beri kurang memberi kesan.
- BeritaKini Net · Bekerja di Kumpul Berita Terkini di BeritaKini.Net
- Faris Mat · Universiti Teknologi MARA [UiTM] Dungunpatut la najib dapat anak isteri solehah hah haa....
- Pak Man Teloyg muda ok lagi.ini yg kubur kata mari rmh kata pergi, itupun tak sedar lagi.suami tak tegur apa nak jadi kesian suami menanggong dosa bini.macamana nak nasihat org.nasihat,,,,,,,,,,,,,,,
,,, - Gamis Terengganu · Universiti tarbiyyah kebangsaanpandai PM kita bimbing anak dan isteri kak ros kita..
LL4G: Najib arah batal pidato Mohamad Sabu?
Harakahdaily |
|
Budak Balun |
Ibuku... Halalkan setiap titis susumu.. Halalkan setiap keringatmu melahirkanku.. Halalkan setiap suapan ke mulutku.. Halalkan setiap air mata yang mengalir keranaku Ayah... Halalkan setiap rezeki yang kau kongsi untukku.. Halalkan setiap peluh yang kau tumpahkan untukku.. Halalkan setiap senyuman kegembiraanmu atas kelahiranku.. Isteriku... Andainya ini adalah pertemuan terakhir kita.. Kaulah permata dalam hidupku.. Kaulah penyeri didalam alamku.. Kaulah srikandi indah padaku sebagai suami... Sesungguhnya.. Aku redha dengan kehidupanmu sebagai isteriku.. Anak-anakku.. Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat kalian memerlukan kasih sayangku.. Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat gelak tawaku didambakan.. Maafkan ayah.. meninggalkan kalian disaat kalian menempuhi alam anak-anak kecil.. Pemergianku adalah mungkin yang terakhir... Kerana.. mereka yang berkuasa disana sedang menanti.. Untuk memenuhi paru-paruku dengan gas canister yang perit.. Untuk membutakan mataku dengan asap yang pedih.. Untuk membelantan jasadku dengan cotar dan rotan.. Untuk mematahkan kaki dan tanganku dengan kasut yang berat! Untuk memenjarakan jasadku didalam lokap yang hancing! Adakah aku gentar? Adakah kalian gentar? Adakah ini penghenti perjuangan? Tidakk!! Demi Allah dan Rasul tidak sama sekali! Mereka menyangka mereka berkuasa! Mereka menyangka mereka ada segala-galanya! Mereka boleh memenjarakan jasadku Tetapi mereka tidak akan mampu memenjarakan jiwaku.. Kerana jiwaku ini milik Allah! Hidupku ini milik Allah! Bukan seperti mereka yang merasakan.. hidup mereka milik pemerintah! Nyawa mereka milik pemerintah! Jasad mereka milik pemerintah! Setiap hela nafas mereka milik pemerintah! Duhai sahabat-sahabat kesayanganku... Aku akan pergi.. Aku akan berkelana.. Aku akan bermusafir.. Pada 9 Julai ini... Menuju ke suatu arah yang pasti... Disana.. Akan menyaksikan.. suatu peristiwa yang akan dikenang.. Oleh beratus generasi yang akan datang... Jangan sampai ianya akan dikenang sebagai peristiwa paling kejam dalam sejarah negara.. jangan sampai ianya dikenang sebagai peristiwa paling zalim dalam sejarah negara.. kerana.. 9 Julai ini akan menjadi bukti.. Bahawa rakyat negara ini bukan pengecut! Jauh sekali dayus dan penakut! berkata benar dihadapan pemimpin yang zalim! Ayuh! Mari korbankan nyawa dan jasad! Mari hancurkan ketakutan dan kepanikan! Sudikah kalian bersamaku? nukilan khas - budakbalun |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan