Ahad, 26 Jun 2011

NASI DAH JADI BUBUR..KITA AIBKAN ORANG...ORANG ITU AIBKAN KITA BALIK...SEMUA TERBONGKAR...ORANG DAH LUPA...HASIL KERJA TERBURU2..

'ISA boleh digunakan terhadap penganjur 9 Julai'
Jun 26, 11 8:46pm

Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak menolak kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mana-mana penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata keperluan menggunakan tindakan ISA hanya dilakukan apabila terdapat ancaman kepada kepentingan awam dan keselamatan negara.

"Tindakan ISA boleh digunakan kepada perkara yang betul-betul menjejaskan keselamatan negara seperti (kumpulan militan) Jemaah Islamiah(JI)...sindiket perdagangan manusia, namun apabila digunakan dalam konteks yang berkaitan politik, pasti diekploitasi pihak tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Hulu Selangor hari ini.

Hishammuddin berkata polis sedang memantau situasi dan perkembangan berkaitan perhimpunan haram tersebut termasuk reaksi daripada pelbagai pihak sama ada menyokong atau membantah perhimpunan haram itu.

Beliau turut menafikan polis berat sebelah dalam menangani isu ini.

"Saya nafi tumpu pada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), kita tumpu kepada semua pihak sama ada Perkasa, Pemuda (Umno) atau lain-lain kumpulan.

"Apa yang penting, mereka (polis) tidak pilih bulu dan ikut undang-undang dan matlamat untuk menjaga keselamatan negara," katanya.

Mengenai kemampuan polis dalam menangani perhimpunan pada hari itu nanti, beliau berkata polis dan pasukan keselamatan bersedia menghadapi kemungkinan pada hari tersebut.

Berhubung 31 orang termasuk Anggota Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj, kesemuanya aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan di plaza tol Sungai Dua, Pulau Pinang semalam, Hishammuddin berkata siasatan awal mendapati mereka ditahan kerana mempunyai agenda tertentu.

"Polis sedang mengenalpasti undang-undang dan seksyen yang bersesuaian terhadap mereka," katanya.

Di Pulau Pinang, perintah reman bagi kesemua mereka yang berusia 18 hingga 64 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Butterworth hari ini mengikut Seksyen 122, Kanun Keseksaan. Bagaimanapun hanya 30 yang ditahan reman berikutan seorang daripada mereka dibebaskan polis kerana masih di bawah umur.

- Bernama

Polis dakwa aktivis PSM cuba hidup fahaman komunis
Jun 26, 11 7:59pm

Tiga puluh aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan semalam di plaza tol Sungai Dua, ditahan reman mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana didakwa berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar hari ini.

NONEAktivis tersebut menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah" yang dilancarkan pada 24 Jun, menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Mereka yang ditahan termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar. Seorang lagi dibebaskan kerana di bawah umur.

Bernama melaporkan Abdul Rahim berkata, siasatan polis mendapati sekumpulan aktivis PSM yang ditahan di plaza Tol Sungai Dua itu cuba menghidupkan semula fahaman komunis.

Beliau berkata ini berdasarkan pelbagai barangan yang dirampas polis daripada aktivis berkenaan dilihat mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM).

"Antaranya risalah dan baju T yang tertulis nama Chin Peng, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah, kesemua mereka ini mempunyai kaitan dengan PKM," katanya kepada pemberita di Kepala Batas hari ini.

NONEAbdul Rahim berkata, mereka dilihat cuba menghidupkan balik fahaman komunis dengan menyebarkan risalah-risalah berkaitan berkenaan kepada rakyat di beberapa kawasan di Kepala Batas.

"Polis terpaksa menahan kesemua mereka kerana membawa unsur menghasut rakyat untuk membenci kerajaan dan ini adalah sesuatu yang serius serta boleh mengancam keselamatan negara," katanya.

Semalam, 14 wanita dan 17 lelaki yang ditahan itu dibawa ke ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini untuk diambil kenyataan mereka.

NONEAbdul Rahim berkata seorang daripada aktivis berkenaan dibebaskan kerana masih di bawah umur manakala 30 yang lain kini direman bagi membantu siasatan.

Katanya perintah reman bagi kesemua mereka yang berusia 18 hingga 64 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.

Beliau berkata perintah reman dibuat mengikut Seksyen 122, Kanun Keseksaan kerana berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong.

Dalam reaksinya, setiausaha agung PSM, S Arutchelvan menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak masuk akal dan cuba menggambar parti itu sedemikian untuk menakut-nakutkan orang ramai.

Khairy: Saya juga terima SMS ugutan
Jun 26, 11 2:04pm

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini mendakwa beliau juga menerima ancaman terhadap keselamatannya melalui SMS.

NONEMenurut twitternya, ahli parlimen Rembau itu berkata beliau, setiausaha Pemuda Umno, Megat Firdouz dan beberapa pemimpin
pergerakan itu menerima SMS memberi amaran kepada mereka tentang risiko perhimpunan 9 Julai yang dirancang oleh beberapa pihak berhubung pilihan raya yang adil dan bebas.

Twitternya berbunyi: "SMS kpd saya, Megat SU Pemuda UMNO & pimpinan lain mengenai himpunan 9 Julai merupakan ugutan terhadap Keselamatan. Akan report Polis. # Fb

Twitter Khairy itu datangnya hanya beberapa hari selepas pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan menerima SMS amaran Rabu lalu sekiranya meneruskan perhimpunan Ahad depan.

PAS Selangor dan Wilayah Persekutuan Belia berikrar untuk membawa lebih 100,000 ahli mereka menyertai perhimpunan BERSIH, yang dijadual bermula di tiga lokasi berbeza dan kemuncak ialah penyerahan memorandum mengenai pilihan raya bebas dan adil kepada Istana Negara.

Tiada satupun kumpulan yang terlibat sama ada BERSIH 2.0 dan kumpulan pro-BN seperti Pemuda Umno dan PERKASA - yang mahu mengadakan perhimpunan melawan BERSIH pada hari yang sama, mendapat permit polis.

Anwar: Najib, saya tahu apa kamu buat di PD
Susan Loone
Jun 26, 11
3:00pm

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak perdana menteri ekoran kenyataanya bahawa "mencari kebenaran" adalah paling penting untuk menentukan sama ada lelaki dalam video seks adalah Anwar.

NONEMemandangkan pakar asing dilaporkan berkata video - yang menunjukkan pasangan melakukan aksi seks dalam sebuah bilik - 99.99 peratus menyerupai Anwar, maka Datuk Seri Najib Tun Razak telah berkata rakyat boleh menghakimi sendiri ketulenan video tersebut.

Anwar berkata Najib dan isterinya, Rosmah Mansor tidak layak bercakap tentang moral, walaupun ketua umum PKR itu tidak menjelaskan secara terperinci mengenainya.

Katanya, beliau telah dicabar untuk mendedahkan apa yang beliau tahu tentang Port Dickson.

Anwar merujuk kepada satu skandal yang didakwa berlaku pada pertengahan tahun 1980-an, ketika berucap dalam ceramah di Pokok Sena, Kedah malam tadi.

Bagaimanapun, kata Anwar, bukan cara beliau untuk mencerca atau memfitnah hanya untuk menang.

Sebaliknya, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau mahu menang dengan moral yang mantap.

Berucap kepada kira-kira 700 hadirin, Anwar berkata kerajaan Najib tidak memberi respons sewajarnya terhadap semua isu yang dibangkitkan oleh pembangkang.

  • Putra Perak · Pengulas Tertinggi · University of Oxford
    asal pakar tak kata 100% tepat? takut ke? ke 0.01% tu Qada dan Qadar Allah? bodoh punya geng dato 't'.. ko susah payah sampai nak cari pakar luar apsal.. lain kali ingat...nak tangkap org zina.. panggil JAIS.. JAWI.. Tv1,2,3.. Astro.. serbu masa anwar tgh bua projek.. baru org percaya ckp ko..
    • Aimerul Hisham
      lawak jugak bila ckp hasil yg dilihat hnya pd video yg x brwarna tu 99.9% benar pelaku tu anwar.. sama cam hasil dr pmeriksaan DNA lak.. skit lg nk dkt 100% benar spt prsaksian dr 4 org yg adil n x fasik dlm kes zina n tuduh zina.. huhu

PM: BERSIH untuk sekat momentum sokong BN
Jun 26, 11 3:48pm

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan kumpulan BERSIH 2.0 untuk mengadakan perhimpunan 9 Julai ini untuk mendapatkan kembali sokongan yang diperolehi semasa pilihan raya umum 2008 ekoran momentum sokongan rakyat kini kembali berpihak kepada BN.

"Momentum politik berada di pihak BN dengan kemenangan dalam pilihan raya demi pilihan raya kecil yang mana kita sudah ubah rekod itu berbanding selepas pilihan raya (umum) 2008. Kita juga menang (dalam pilihan raya negeri) di Sarawak.

NONE"Mereka sudah kaji dan buat kesimpulan macam mana mereka hendak mengambil balik momentum politik di tanah air. Jadi timbullah cadangan untuk membuat perhimpunan ini," katanya ketika merasmikan perhimpunan agung Parti Progresif Penduduk (PPP) ke-58 di ibunegara hari ini.

Najib berkata keadaan tersebut tidak boleh selesai di jalanan kerana kuasa politik ditentukan rakyat dan jika mereka benar-benar mempunyai keberanian ingin berjuang untuk rakyat, mereka perlu bertanding dalam pilihan raya.

"Jika kamu ada keberanian, lawanlah (dalam) pilihan raya. Jika tidak berani, apa saya boleh buat, buatlah di jalanan, (dan) anda perlu hadapi akibatnya," katanya.

Najib berkata, perhimpunan haram 9 Julai ini sebenarnya digerakkan oleh pihak yang tidak sabar untuk berkuasa dan bukannya kerana pilihan raya di negara ini tidak bersih.

Beliau berkata jika pilihan raya di negara ini tidak bersih, tentunya pembangkang tidak akan dapat berkuasa di lima negeri pada pilihan raya umum yang lepas.

"Kalau kita boleh manipulasi semua pilihan raya ini, baik semua negeri dikuasai oleh Barisan Nasional (BN). Kita bukan orang yang manipulasi pilihan raya. Kita tidak rela berkuasa melainkan kita didokong oleh rakyat. Itu Barisan Nasional," katanya pada perasmian Perhimpunan Agung Parti Progresif Penduduk (PPP) ke-58 di sini, hari ini.

"Kita hanya rela berkuasa kalau rakyat bersama kita, tetapi janganlah buat sesuatu yang menimbulkan huru-hara dalam negara semata-mata mereka hendakkan kuasa politik," katanya.

Beliau berkata jika mereka mempunyai keberanian, mereka patut bertanding dalam pilihan raya daripada menganjurkan perhimpunan haram yang akan mewujudkan huru hara di dalam negara.

"Kalau negara kita huru-hara, mereka akan dipertanggungjawabkan. (Negara) ada undang-undang. Kita hendak jaga kepentingan rakyat negara kita, bukanlah kepentingan orang yang "sesangat-sangat' hendak kuasa politik, tidak sabar-sabar lagi," katanya.

Bernama melaporkan bahawa orang seperti ini akan hanya menyalahkan semua pihak termasuk para ilmuan dengan mendakwa dirinya sahaja yang betul sedangkan pada hakikatnya beliau tidak mampu, sekalipun hanya untuk memimpin parti yang diketuainya.


Pakatan sasar tawan 11 negeri dalam p'raya umum
Jun 26, 11 10:18am

Selain mengekalkan empat negeri yang dikuasainya sekarang dan memenangi semula Perak, Pakatan Rakyat mensasarkan untuk menubuhkan kerajaan di enam lagi negeri dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, Pakatan telah menetapkan tiga sasarannya dalam pilihan raya umum akan datang, iaitu:

1. Mengekalkan penguasaannya di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan;

2. Memenangi semula negeri Perak yang didakwanya dirampas dari tangan Pakatan secara haram; dan

3. Menubuhkan kerajaan di enam lagi negeri - Negri Sembilan, Johor, Malacca, Pahang, Terengganu dan Perlis.

NONELim yang juga ahli parlimen Ipoh Timur menegaskan demikian ketika berucap di majlis makan malam DAP Teluk Intan semalam.

Beliau menyifatkan pilihan raya umum ke-13 amat penting kerana ia bukan sahaja bakal menyaksikan perebutan hebat di semua 11 negeri di Semenanjung Malaysia, tetapi juga penguasaan Putrajaya.

Lim mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyedari perkara itu, menyebabkan beliau teragak-agak untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum yang akan datang.

Sehubungan itu, Lim meramalkan pilihan raya umum mungkin diadakan sama ada hujung tahun ini atau tahun depan.

Beliau juga berkata, pilihan raya umum kali ini merupakan yang pertama dalam sejarah yang bakal menyaksikan persaingan 'hidup mati' BN dan Umno.

Selama ini, kata Lim, Umno dan kerajaan BN mengekal kuasanya dengan mudah sehinggalah tercetusnya tsunama politik pada pilihan raya umum 2008 di mana ia mengalami kekalahan teruk dan hilang penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.

"Umno dan BN akan berdepan dengan persaingan 'hidup matinya' dalam pilihan raya umum ke-13 - bukan setakat sama ada ia boleh memperolehi semula majoriti dua pertiga, tetapi juga sama ada ia dapat mengekalkan kuasa atau bakal menjadi pembangkang," kata Lim.

  • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
    Hello PR.. buat lah sedaya upaya.
    Walaupun Anwar masuk penjara.
    Rakyat tetap berdiri ditepi anda,
    Rakyat akan sokong hingga nafas terakhir.
    Kembalikan hak hak rakyat untuk rakyat balik.
    Runtuhkan umno adalah impian rakyat.
    Usaha dengan gigih, jangan putus asa.
    • Antimamak Mamak · Pengulas Tertinggi · Kerala University
      umno patut bersedia memperlajari cara cara demo aman
      Kalau umno runtuh nanti, sekurang kurangnya ada sedikit pengetahuan cara cara membangkang pihak pemerintah,
      belajarlah demo cara aman, bukan bawa kpala lembu, kepala babi , hantar mamak bising sana sini, hantar perkosa menghasut rakyat.. ...Umno patut belajar dan sedia jadi parti pembangkang cara professional .... kah kah kah

Perhimpunan 'Patriot' lawan BERSIH
Regina Lee
Jun 26, 11
1:16pm

Manakala jalan-jalan di Kuala Lumpur dijangka dibanjiri penyokong BERSIH yang berbaju kuning pada 9 Julai, Pemuda Umno pula akan tampil dengan baju merah.

Apa yang pada mulanya merupakan satu idea untuk melawan perhimpunan BERSIH 2.0, Pemuda Umno kini sudah mempunyai satu logo dan nama untuk perhimpunan anjurannya pada hari yang sama.

NONEMenulis dalam twitternya mengenai perhimpunan 'Patriot' itu, Ketua
Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin meminta penyokongnya supaya memakai baju merah.

Mengapa 'Patriot'? Menurut Khairy kerana mereka mahu memberitahu rakyat bahawa mereka tampil menyokong sistem demokrasi dan perubahan yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mengulangi dakwaannya bahawa BERSIH 2.0 telah dicemari oleh politik pembangkang, Khairy berkata, gabungan itu tidak lagi menjadi satu gerakan masyarakat sivil yang berkecuali.

Beliau mendakwa jawatankuasa BERSIH sering muncul di pentas pembangkang.

Khairy berkata, gabungan itu telah menjadi sangat berat sebelah, condong kepada pembangkang dan mempunyai agenda politik.

  • Bumiputera Berjaya · Pengulas Tertinggi · Managing Editor, JustNews.com di CNN International
    BERSIH 2.O WARNA KUNING.. PEMUDA UMNO WARNA MERAH.. PERKASA? PEKIDA SUDAH PASTI HITAM 3 LINE....MAKA BERWARNA WARNILAH KOTA RAYA KUALA LUMPUR PADA 9HB JULAI 2011...JANGAN PROVOK...BERHIMPUN SECARA AMAN...BUKTIKAN KAPADA DUNIA WARGA KITA KALAU BERHIMPUN CUKUP AMAN DAMAI SEKALI WALAUPUN 3 PUAK SEKALI BERHIMPUN...
Perhimpunan BERSIH: PAS Melaka gerak 10,000 ahli
Elissa Helmy
Jun 26, 11
10:28am

PAS Melaka memberi komitmen menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 dan lebih 10,000 ahlinya akan menyertainya di ibunegara pada 9 Julai depan.

Pesuruhjayanya, Adly Zahari berkata, ia sebagai menyokong tuntutan lapan perkara yang diminta oleh BERSIH.

Menurutnya, perhimpunan secara aman ini merupakan satu hak rakyat yang dijamin di bawah Perlembagaan, dan dengan demikian, tidak perlu dipertikaikan mana-mana pihak.

"Perhimpunan ini telah dirancang dari awal. Tindakan pihak lain mahu turut mengadakan perhimpunan pada tarikh yang sama merupakan satu provokasi mereka untuk menghalang BERSIH," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata, pihaknya sudah mengerakkan ahli-ahlinya untuk menyokong perhimpunan tersebut.

Menurutnya, antara langkah bagi menjayakan usaha itu adalah dengan mengadakan ceramah serta iklan bagi mendapatkan sokongan dan penyertaan rakyat.

"Kita baru sahaja mengadakan mesyuarat Jawatankuasa BERSIH Negeri, di mana kita telah suarakan komitmen untuk menggerakkan lebih 10,000 ahli kita.

"Ingin saya tekankan bahawa perhimpunan ini bukanlah satu perhimpunan keganasan sebagaimana digambarkan sesetengah pihak," tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Penerangan PKR Melaka, Hairiz Nordin berkata, parti berkenaan sudah mengerahkan ahli-ahlinya untuk turut serta dalam perhimpunan itu.

Menurutnya, perhimpunan itu sengaja diburukkan sesetengah pihak, yang mengambarkan seolah-olah ianya bertujuan mengulingkan kerajaan, sedangkan perhimpunan aman sebegini dijamin Artikel 10 Perlembagaan.

"Kita hanya menuntut perubahan dalam sistem pilihan raya. Mana-mana rakyat berfikiran waras tentunya mahukan supaya pilihan raya itu dijalankan dalam suasana yang bersih dan adil," katanya.


'Hasut' BERSIH: 59 anggota PSM ditahan
Susan Loone
Jun 25, 11
10:34pm

Bas membawa 31 anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) menghala ke Pulau Pinang malam ini dihentikan polis di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang hari ini.

Awal petang tadi, sebanyak 28 lagi anggota parti itu ditahan dalam bas di Tangkak, Johor tadi, termasuk Setiausaha Agung A Arutchelven.

Menurut anggota jawatankuasa pusat PSM Choo Chon Kai, kira-kira 30 anggota polis menghentikan bas di Sungai Dua pada jam 3.30 petang.

Katanya, bas daripada Sungai Petani itu menghala ke Pulau Pinang untuk ceramah 'Udahlah tu, bersaralah BN' di Bayan baru.

Kumpulan itu dibawa ke ibu pejabat polis daerah Kepala Batas untuk disoalsiasat.

"Kami diberahi bahawa bas dihentikan kerana kami cuba menghasut orang ramai menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai," katanya.
Mohd Roszeli M · Pengulas Tertinggi · Shah Alam, Malaysia
Ibrahim ALI, PERKASA & UMNO tak tangkap ke? siap suruh org cina simpan beras..jangan ingat rakyat bodoh..kalau diri sendiri bangang!

Tiada ulasan: