Isnin, 27 Jun 2011

BERAPA LAMA KITA NAK BERKUASA...DAN MENGGUNAKAN KUASA....BILA BERSARA ATAU MATI...KUASA KITA TIADA...DI AKHIRAT DIHISAB SEGALA PERBUATAN DIDUNIA...

Suhakam: Hak ada perhimpunan aman mesti dilindungi
Jun 27, 11 4:06pm

Merujuk kepada perhimpunan BERSIH, PERKASA dan Pemuda Umno pada 9 Julai ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman.

Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata ia termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.

Suruhanjaya mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun.

Hasmy berkata, ianya terkandung dalam, antara lain, Laporan Tahunannya kepada Parlimen, serta permintaan bagi pemansuhan sub-seksyen (2), (2A) - (2D), (4), (4A), (5), (5A) - (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.

Suhakam juga, tambahnya, mengesyorkan agar pihak polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan.

Sehubungan itu, Suhakam menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan.

"Dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab.

"Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu sewajarnya," tambahnya


Kos lawatan Najib, Rosmah RM17 juta
Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dari 2008 hingga 2011 berjumlah RM17,118,650.58.

Perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Tian Chua (PKR-Batu).

Tian Chua dalam soalannya menanyakan Perdana Menteri berapakah jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011.

Beliau juga mahu Dewan Rakyat diberitahu berapakah jumlah perbelanjaan mengurus kepada isteri perdana menteri bagi tempoh sama.

Dalam jawapannya, Najib dan Rosmah membelanjakan RM1,739,332.85 pada tahun 2008, RM4,811,837.48 (2009), RM5,140,307.99 (2010) dan RM5,427,172.26 untuk tempoh sehingga Jun 2011.

Tiada perbelanjaan khusus untuk isteri PM.

Bagi peruntukan khas kepada Rosmah pula, Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan peruntukan khas bagi perbelanjaan mengurus.

Perbelanjaan hanya diberi terhadap perkara yang melibatkan Pejabat Perdana Menteri sahaja.

Dalam pada itu, bagi lawatan rasmi Tan Sri Muhyiddin Yasin dan isteri pula, kerajaan telah membelanjakan RM8,020,328.07 untuk tempoh sama.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mempersoal belanja yang ditanggung kerajaan terhadap lawatan Rosmah ke Turki atas kapasitinya sebagai First Lady Of Malaysia (Flom).

Ia termasuk lawatan Rosmah ke Turki selama tiga hari dengan ditemani isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun pada 14 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz memaklumkan bahawa tiada peruntukan khusus oleh kerajaan kepada aktiviti First Lady.

Sebelum ini juga, Dewan Rakyat turut dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi isteri Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.

Malah, Rosmah didakwa turut berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk satu malam.


Umno peralat penduduk bangkit isu rampas tanah
Harakahdaily

TANAH MERAH, 27 Jun: Jangan terkejut apabila mana-mana media yang dekat dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) meratibkan kalimah ‘tiada perubahan’ di Kelantan sejak 21 tahun di bawah PAS.

Kalimah itu juga diulang semula wartawan sebuah stesen penyiaran apabila melaporkan mengenai isu kononnya kerajaan negeri merampas tanah rakyat di Air Piau 1 dan 2 Tanah Merah.

Namun malangnya dakwaan yang disiarkan melalui berita jam 8 malam itu tidak memaparkan sebarang dokumen untuk menyokong dakwaan kumpulan penduduk terbabit pernah memiliki tanah di Air Piau.

Seorang penduduk yang enggan dikenali memberitahu seorang lelaki yang disyaki mengetuai sekumpulan penduduk menuntut hak ke atas tanah berkenaan bukan orang tempatan.

Katanya, lelaki terbabit berasal dari Johor dan tinggal di Kota Bharu mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Umno di Tanah Merah.

“Tanah yang didakwa mereka seperti disebut dalam berita disiar televisyen baru-baru ini tidak mempunyai sebarang dokumen hak milik sama ada deposit atau geran tanah.

“Pokok getah yang ditanam di tanah tersebut diusahakan Felcra dan bukan penduduk seperti didakwa mereka.

“Penduduk hanya datang mengaku tanah yang telah diusahakan Felcra sebagai milik mereka, sedangkan surat deposit bagi memohon hak milik tanah tidak ada,” ujarnya di sini.

Baru-baru ini sebuah stesen televisyen dalam siaran berita memaparkan seorang wanita menangis kononnya kebun getahnya dirampas kerajaan negeri.

Seorang lelaki tua pula memperli konsep Negara Berkebajikan diperkenalkan PAS, sedangkan hak rakyat kononnya dinafikan.

Akhbar pula melaporkan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malik mendakwa kerajaan negeri merampas tanah rakyat yang diusahakan sejak 30 tahun lalu.

Seorang lagi penduduk memberitahu kumpulan yang mendakwa tanah mereka dirampas kerajaan negeri sebenarnya dikerah Umno berhimpun sebelum dirakam gambar wartawan yang dijemput khas.

Malah katanya hanya beberapa orang sahaja penduduk tempatan yang hadir pada perhimpunan anjuran Umno tersebut, manakala selebihnya orang luar.

Penduduk terbabit ketika ditemui di sini juga memberitahu kebun getah seluas 500 ekar yang didakwa milik kumpulan penduduk tersebut ditanam Felcra dan bukannya penduduk tempatan.

Katanya, ketika Felcra menanam getah di situ tiba-tiba datang kumpulan penduduk yang mendakwa tanah tersebut milik mereka, sedangkan tiada sebarang dokumen mengesahkan dakwaan tersebut.

Difahamkan ketika rundingan sebelum tanah terbabit diserah Felcra kepada kerajaan negeri, agensi kerajaan pusat itu juga memberitahu tiada peneroka di atas tanah yang dimajukan dengan kebun getah.

Sejak diserah kepada kerajaan negeri pada 2008, kumpulan penduduk terbabit masih datang menoreh biar pun laporan polis difahamkan dibuat sebuah agensi kerajaan negeri.

Lawatan rasmi: Najib, Muhyiddin belanja RM25 juta sejak 2008...

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Jabatan Perdana Menteri mendedahkan Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pasangan mereka telah menghabiskan RM25.1 juta bagi tujuan lawatan rasmi ke luar negara sejak 2008 hingga Jun tahun ini.

Dalam jawapan bertulis kepada Chua Tian Chang (PKR-Batu), daripada jumlah itu Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan RM17,118,650.58 manakala Muhyiddin dan isterinya Puan Sri Norainee Abdul Rahman pula RM8,020,328.07.

Chua telah meminta perdana menteri agar menyenaraikan jumlah kos lawatan rasmi beliau dan timbalannya mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari 2008 hingga 2011.

Malah, beliau juga bertanya butiran perbelanjaan Rosmah sepanjang tempoh itu.

Najib, yang merupakan timbalan perdana menteri pada 2008, menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada April 2009.

Menurut respons Jabatan Perdana Menteri yang diperoleh hari ini, Najib dan Rosmah telah membelanjakan RM1.7 juta pada 2008, RM4.8 juta (2009), RM5.1 juta (2010) dan RM5.4 juta sehingga Jun tahun ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin dan Norainee telah membelanjakan RM2.7 juta pada 2008, RM609,185 (2009), RM1.38 juta (2010) dan RM3.27 juta sehingga Jun tahun ini.

“Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan sebarang peruntukan khas bagi perbelanjaan isteri perdana menteri. Jabatan hanya membiayai perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri,” kata respons itu.

sumber:http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lawatan-rasmi-najib-muhyiddin-belanja-rm25-juta-sejak-2008/
Mengapa isteri tentera dalam senarai undi pos
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar) meminta kerajaan menjelaskan mengenai isteri tentera yang hilang kelayakan sebagai pengundi awam.

Sedangkan katanya, mengikut seksyen 2 (b), isteri tentera diberi pilihan untuk mengundi awam dan tidak semestinya mengundi pos.

"Tapi apa yang kita dapati daripada maklumat kajian kita, ada beberapa pihak khususnya isteri tentera hilang undi awam.

"Walaupun layak mengundi awam tapi nama mereka diletakkan dalam senarai undi pos," katanya sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam jawapannya bagaimanapun menafikan dakwaan itu sebaliknya berkata adalah logik isteri tentera didaftarkan sebagai pengundi pos kerana perlu mengikut suami yang bertugas.

"Kita semua tahu pada pilihan raya 1999 dan juga 2008 undi pos ini banyak berpihak kepada pembangkang juga. Jadi mengatakan undi pos dimanipulasikan itu adalah tidak benar.

“Kalau bercakap tentang isteri tentera sudah sememangnya logik mereka didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir kerana pada hari pengundian itu mereka bersama suami mereka di kem-kem yang ditetapkan.

“Cuba bayangkan kalau isteri memilih untuk menjadi pengundi awam mereka terpaksa pulang ke kampung,” katanya.

Selain itu Mujahid turut mempersoal mengenai tentera yang mempunyai dua kad pengenalan yang membolehkan mereka mengundi secara biasa dan secara pos.

“Bagaimanakah tentang tentera yang mempunyai dua kad pengenalan iaitu kad tentera dan kad pengenalan awam dan nama undi pos dan undi awam.

“Saya minta penjelasan daripada menteri supaya undi pos ini benar-benar mencapai maksudnya bukan undi yang dimanipulasikan,” katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Nazri sekali lagi menafikan perkara itu dengan berkata kemungkinan nama bekas tentera itu tidak dipotong dalam senarai pengundi awam.

“Ini mungkin berlaku kepada bekas tentera kerana kalau dia sudah bersara dia akan didaftarkan sebagai pengundi awam dan kemungkinan rekod masih menunjukkan nama mereka ada di pengundi pos,” katanya.

Mujahid dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan statistik pengundi tentera yang bersara bertukar status kepada pengundi awam.

Sementara itu, Nancy Shukri (BN-Batang Sadong) meminta menteri menyatakan jumlah pertambahan tentera setiap tahun bagi mengetahui jumlah tentera baru dan yang telah bersara supaya jumlah undi pos yang wujud diketahui.


Ceramah Bersih menjadi kotor di Gombak
Harakahdaily

GOMBAK, 27 Jun: Ceramah umum bagi mengupas isu-isu semasa yang sepatutnya berlaku dengan keadaan tenang telah menjadi tragedis malam tadi apabila ia cuba di batalkan dengan hampir 100 anggota polis telah membuat sekatan di sekitar Gombak.

Ketua Pemuda PAS Gombak, Syarhan Humaizi Abd Halim, berkata “ Kami dari pimpinan PAS Gombak benar-benar merasa kesal dengan tindakan polis. Ceramah tersebut sepatutnya berlangsung dengan aman tetapi menjadi sebaliknya sedangkan kami sudah meletakkan banner dan edaran risalah 5 hari sebelum tarikh ceramah diadakan”.

Menurutnya, ceramah tersebut diadakan sempena pelancaran Semarak Gelombang Hijau peringkat PAS Gombak yang melibatkan kawasan DUN Hulu Klang dan DUN Batu Caves juga yang telah berlangsung pada hari Sabtu. Sempena pelancaran gelombang tersebut diadakan berbagai program muslimat, nisa’ dan Pemuda PAS Gombak.

Antaranya dibuka kaunter pendaftaran pemilih (SPR), kaunter keahlian PAS.

Kaunter petugas juga telah didatangi oleh tiga anggota polis untuk membuat semakan samada mereka mengedar risalah Bersih 2.0 atau tidak. Mereka telah memberi amaran agar tidak sekali-kali mengedar risalah Bersih 2.0.


Sepanjang program 2 hari itu, semua petugas PAS telah membuat edaran risalah berkaitan dengan pentadbiran kerajaan negeri Selangor dan akhbar Selangorkini dari rumah kerumah. Diadakan juga sukan pemuda, senaman aerobic nisa’ Gombak.

Pada hari Ahad malam diadakan ceramah umum untuk diadakan pelancaran Bersih. Namun ianya telah menjadi kotor apabila gangguan dibuat oleh pihak-pihak yang di dalangi oleh puak Umno/BN.

Semua yang hadir malam itu, melihat sediri beratusan polis yang datang dengan membuat pengumuman di sekitar taman perumahan Gombak. Siren Polis dipasanng memberi amaran agar rakyat tidak menghadirkan diri dalam ceramah ini.

Mereka cuba menghasut dan menakut-nakutkan rakyat. Namun, ekoran amaran itu, ia umpama hebahan kepada orang ramai menyebabkan begitu ramai sekali yang datang untuk memberi sokongan padu.

Pihak polis telah mendirikan khemah di tempat sepatutnya ceramah umum di adakan di perkarangan Shell taman Grenwood semenjak Jumaat 24 Jun sehingga malam tadi. Sekatan jalan menyebabkan jalan sekitar gombak mengalami kesesakan yang teruk.

Dengan sekatan di buat oleh pihak polis, mereka terpaksa mengubah tempat ceramah ke perkarangan pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) ADUN Gombak Setia. Hampir ribuan yang hadir di ceramah tersebut dalam keadaan padang yang gelap tanpa didirikan khemah.
Namun semua tidak berpatah hati untuk terus menghadirkan diri ke ceramah itu walaupun tidak disediakan tempat duduk yang selesa..

Walaupun dijalankan di premis persendirian, polis masih lagi cuba mengganggu ceramah ini yang menyebabkan ceramah tersebut sepatutnya dikupaskan isu semasa tetapi telah menjadi tazkirah Israk Mikraj yang di sampaikan oleh YDP PAS Gombak, Ustaz Sallehuddin Nasir.

Pihak polis hanya membenarkan mereka membuat ceramah sehingga 11.30 malam dan tidak dibenarkan mengupas isu berkaitan dengan BERIH 2.0.

Sementara itu, Setiausaha Kerja PAS Gombak Adul Rashid Abdullah pula berkata, ceramah Bersih anjuran Pemuda PAS Gombak malam tadi di PKM Adun Gombak Setia diakhiri dengan penangkapan seorang penduduk setempat yang datang bersama keluarganya.

"Kita di fahamkan mangsa yang ditangkap adalah kerana memakai baju Bersih 2.0. Beliau memakai pakaian tersebut didalam dan diluar pakaiannya dipakai “vest” PAS. Hanya memakai pakaian Bersih beliau ditangkap dan isteri serta 2 orang anaknya juga diheret ke balai polis. Kita benar-benar kesal dengan tindakan agresif yang dilakukan oleh pihak polis," katanya.

Selepas ceramah seramai 20 petugas Pemuda PAS Gombak menghadirkan diri ke Balai Polis Gombak sehingga 2 pagi untuk bertemu dengan pihak polis untuk membebaskan mangsa terlibat.

Baju yang dipakai oleh mangsa dirampas oleh pihak polis.

“Polis dan seluruh jentera kerajaan digunakan bagi memuaskan nafsu serakah pimpinan Umno/BN yang mahu terus kekal berkuasa. Namun mereka seharus ingat kuasa Allah SWT adalah lebih besar, semakin mereka menindas rakyat semakin rakyat akan memberontak. Kita lihat nanti 9 Julai betapa seluruh rakyat di seluruh Malaysia menentang kezaliman Umno/BN dengan menyertai Himpunan Bersih 2.0 kita tunggu dan lihat”.


SUK baru Kelantan angkat sumpah

Rizal Tahir

KOTA BHARU, 27 Jun: Datuk Dr Zainuddin Ibrahim semalam mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri di hadapan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Majlis yang diadakan di pejabat Menteri Besar itu turut disaksikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Nasaruddin Daud, timbalannya, Mohd Zaki Ibrahim.

Hadir sama Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, Penasihat Undang-Undang, Datuk Azlan Abdul Karim, anggota-anggota Exco, ketua-ketua jajahan dan ketua-ketua jabatan kerajaan negeri.

Zainuddin yang juga bekas Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri mulai menduduki jawatan baru pada 27 Jun. Beliau menggantikan Datuk Mohd Aiseri Alias yang bersara wajib 26 Jun lalu.

Menteri Besar berkata, majlis angkat sumpah pelantikan SUK merupakan rutin biasa dalam pentadbiran jabatan kerajaan, dan ia juga menjadi amalan sejak zaman kebangkitan Islam.

“Rasulullah saw diangkat naik ke langit dan bernaik saksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Allah sendiri menerima salam dan ikrar dari Nabi Muhammad saw,” katanya.

Bohong, tidak masuk akal mahu hidupkan komunis

Hazayani Zakaria dan Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Parti Sosialis Malaysia (PSM) menafikan keras dakwaan kerajaan bahawa mereka mempunyai agenda untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong dan cuba menghidupkan Parti Komunis Malaya (PKM).

Setiausahanya, S. Arutchelvan berkata, kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar adalah tidak berasas dan tidak masuk akal serta satu pembohongan bermotifkan politik dan sandiwara pihak kerajaan.

"PSM meminta kesemua mereka yang direman dibebaskan serta merta dan pihak kerajaan meminta maaf atas tohmahan yang tidak berasas ini," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Sehingga awal pagi ini, 35 aktivis PSM dan Suara rakyat Malaysia (Suaram) yang ditahan di Tol Sungai Dua sekitar pukul 3.30 petang kelmarin masih belum dibebaskan.

Mereka termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Jeyakumar Devaraj dalam rangka lawatan ke Sungai Ara, Pulau Pinang untuk menghadiri kempen 'Udah Lah.. Bersaralah!!'

Menyifatkan dakwaan itu sebagai melucukan, Arutchelvan berkata, PSM ialah parti berdaftar yang menjalankan aktiviti secara sah dan ianya sudah diketahui umum.

"PSM berasa lucu bahawa pemerintah cuba mengaitkan PSM dengan komunis dengan terjumpanya beberapa T-shirt dan barangan yang mempunyai imej pemimpin komunis.

"Untuk makluman polis, ini adalah skrip zaman perang dingin di mana hari ini semua bahan ini boleh didapati di pasaran dan dijual secara umum tanpa sebarang sekatan.

"Selain itu, kerajaan Malaysia juga mempunyai hubungan politik dengan Parti Komunis Cina, Vietnam, Cuba dan lain-lain," katanya.

Beliau turut mendakwa tangkapan itu adalah tindakan terancang pihak polis untuk menghalang perhimpunan Bersih 2.0 dan cuba mewujukan suasana darurat bagi membolehkan tangkapan besar-besaran dilakukan.

"Pihak media Umno BN telah menghebohkan tohmahan dan pembohongan ini untuk menakutkan orang ramai menjelang perhimpunan Bersih 2.0.

"PSM menyokong penuh perhimpunan Bersih 2.0 walaupun kempen Udahlah...Bersaralah PSM tidak ada kena mengena dengan Bersih 2.0, tetapi pihak polis cuba mengaitkan dua aktiviti tersebut untuk menyekat perhimpunan Bersih 2.0," katanya.

Tindakan kontradik

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata penangkapan anggota PSM itu sangat bertentangan dengan pendirian kerajaan sebelum ini.

Tegasnya, kerajaan sebelum ini telahpun memberikan pengampunan kepada beberapa pemimpin PKM malah menganugerahkan sejumlah ekar tanah kepada mereka.

"Ini sangat kontradik. Saya tidak tahu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin, sedar atau tidak perkara ini.

"PAS menuntut supaya kesemua mereka dibebaskan dengan segera tanpa ada sebarang cas," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan tindakan mengaitkan dengan Komunis sebagai usaha untuk membenarkan Akta Dalam Negeri (ISA) digunakan untuk menangkap pemimpin Bersih seperti Operasi Lalang pada tahun 1987.

Umno sebenarnya rasa diperangi

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar pula, mendakwa Umno yang sebenarnya rasa diperangi dan cuba mengalihkannya dengan mendakwa PSM cuba memerangi Agong.

Umno dakwanya tidak senang dengan tindakan PSM yang menyebarkan maklumat tentang kepincangan pentadbiran negara kepada rakyat melalui kempen mereka "Udah lah...Bersaralah"


Muslihat hidupkan fahaman komunis


ABD. RAHIM (dua dari kiri) menunjukkan barangan yang dirampas daripada kumpulan dipercayai ahli PSM di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.


KEPALA BATAS - Polis percaya kumpulan 31 warga tempatan yang ditahan di Plaza Tol Sungai Dua, Butterworth, dekat sini ketika menaiki sebuah bas petang kelmarin, cuba menghidupkan semula fahaman komunis di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abd. Rahim Jaafar berkata, ia berdasarkan penemuan pelbagai bukti yang ditemui dan dirampas pihak polis di dalam bas yang dinaiki oleh kumpulan tersebut.

"Kumpulan itu dilihat cuba mewujudkan semula fahaman komunis menerusi Perhimpunan Bersih yang dirancang diadakan nanti.

"Ini satu perkara serius yang boleh mengancam keselamatan negara," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara di sini semalam.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan mengadakan perhimpunan di ibu kota pada 9 Julai ini.

Menurut Abd. Rahim lagi, beberapa barangan yang dirampas daripada kumpulan terbabit dengan jelas cuba menghasut rakyat supaya menentang kerajaan dengan menyertai Perhimpunan Bersih terutamanya menerusi beberapa jenis risalah yang dicetak dalam pelbagai bahasa.

Selain itu katanya, beberapa helai baju-T berwarna merah yang dirampas juga ada mempunyai cetakan gambar pemimpin fahaman komunis iaitu Abdullah C.D., Rashid Maidin, Chin Peng dan Suriani Abdullah selain beberapa helai baju lain yang tertera tulisan serangan neo-liberal rakyat terus sengsara dan anti-capitalism.

Jelas Abd. Rahim, polis turut merampas 15 naskhah akhbar Sosialis berbahasa Tamil, 10 naskhah akhbar Sosialis berbahasa Melayu, 15 bendera logo Parti Sosialis Malaysia (PSM), 600 helai risalah tertera Perhimpunan Bersih 2.0 dalam bahasa Melayu dan 1,500 helai risalah PSM dalam bahasa Melayu.

'Bertikam lidah', kes mutaah anak KM S'wak ditangguh
Abdul Rahim Sabri & Norsyafinas Ahmad Sukri
Jun 27, 11
6:32pm

Berlaku 'pertikaman lidah' kecil di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur antara peguam menantu ketua menteri Sarawak Datin Seri Shahnaz Abdul Majid berhubung tuntutan mutaah dengan peguam bekas suaminya Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib.

NONEInsiden itu berlaku apabila peguam Dr Mohd Rafie Shafie yang mewakili Shahnaz sebagai plaintif mendakwa pihaknya telah
membekalkan dokumen dan afidavit lengkap kepada defenden berhubung permohonan tersebut pada 22 Jun lalu ke rumah Mahmud Abu Bekir.

Pihaknya juga berkata mahkamah telah mengeluarkan perintah sebelah pihak (interim ex-parte) pada 9 Mei lalu, yang mengarahkan Mahmud "menzahirkan dokumen-dokumen keseluruhan harta" di dalam dan luar negara.

Bagaimanapun Dr Rafie mendakwa afidavit dan dokumen tersebut disampaikan kepada orang gaji kerana Mahmud Abu Bekir didakwa enggan menerima dan mengarahkan pembantu rumahnya menerima dokumen tersebut.

Susulan itu, peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar - yang mewakili Mahmud - berhujah bahawa anak guamnya menafikan perkara tersebut dengan mendakwa defenden "tidak pernah menerima apa-apa perintah".

"Pada 22 Jun, defenden (Mahmud) ada di rumah," katanya.

Menurutnya lagi, penyerahan dokumen perlu selaras dengan seksyen 41 Akta Tatacara Mal yang mana ia perlu disampaikan sendiri oleh pihak plantif dan menyifatkan penyerahan kepada pembantu rumah "bukan satu penyampaian yang sempurna".

Tuntutan mutaah yang dipohon oleh Shahnaz adalah sebanyak RM100 juta dan harta sepencarian bernilai RM300 juta terhadap Mahmud yang juga ahli perniagaan.

Beliau juga berhujah supaya pihak plaintif mengemukakan "butir-butir yang mencukupi" berhubung permohonan maklumat tentang aset Mahmud berdasarkan peruntukan Seksyen 63 Akta Tatacara Mal.

Berhujah mengenai permohonan sebelah pihak (interim ex-parte) Zainul Rijal mendakwa perkara tersebut "tidak berada dalam pengetahuan defenden" dan tarikh ia dikeluarkan telah melebihi 30 hari daripada ia dikuatkuasakan.

"(Perintah itu) tidak pernah diserahkan kepada pihak defenden," katanya sambil memohon kepada mahkamah supaya plaintif menyerahkan dokumen itu kepada defenden.

NONEKemudian Saadiah mencelah bahawa sejak awal beliau mengendalikan kes anakguamnya, ini kali pertama beliau mengetahui tentang kewujudan permohonan sebelah pihak itu.

Kemudian, Dr Mohd Rafie bangun dan pihaknya tidak mempunyai
salinan lebih tersebut dan memohon kepada mahkamah pihaknya defendan mendapatnya selepas itu di pejabat pendaftar.

Bagaimanapun, Saadiah memohon kepada mahkamah agar plantif menyerahkan semua dokumen yang berkaitankepadanya untuk dijawab.

Sehubungan itu, Mohamad memerintahkan dokumen itu diserahkan sebelum kes itu didengar semula pada 9 Ogos depan.

Tiada ulasan: