Sabtu, 18 Jun 2011

TAK KIRA APA BULAN....APA TAHUN...APA ZAMAN...APA MASA....AKIDAH KENA DIJAGA SAMPAI BILA2...BUKAN BERMUSIM2...ATAU APA2 CARA PUN....

Rejab bulan pengukuhan akidah
Nisar Mohammad Ahmad
Jun 18, 11
2:14pm

Muqaddimah

Tarikh 27 Rejab yang bakal tiba beberapa hari lagi amat sinonim dengan sambutan Israk Mikraj yang disambut oleh masyarakat Islam di seluruh dunia.

Di Malaysia, lazimnya masjid-masjid, surau-surau, agensi-agensi kerajaan mahupun NGO akan menganjurkan sambutan dengan mengadakan majlis ceramah dan sebagainya yang bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pentingnya iktibar di sebalik peristiwa bersejarah ini.

Beberapa negeri seperti Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis telah menetapkan tarikh 27 Rejab yang bersamaan dengan hari Rabu, 29 Jun 2011 sebagai hari cuti umum. Saya kira, sudah pasti ketika ini pihak pengurusan masjid dan surau mungkin sedang sibuk menyusun-atur program bagi menyambut peristiwa bersejarah ini memandangkan tempoh masa dengan tarikh tersebut hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi.

Bila berbicara tentang peristiwa Israk Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa. Pertama - Isra' yakni perjalanan dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.

Sementelah fasa kedua pula – Mi'raj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh. Perjalanan Rasulullah SAW ini telah diabadikan oleh Allah di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud; ”Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaksa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah SAW hanya berlangsung pada satu malam.

Selain itu, pernah juga diriwayatkan Rasulullah SAW berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.

Semasa mendengar ceramah, kita mendengar dengan penuh minat dan mungkin akan sesekali ketawa jika penceramah berjenaka. Selesai ceramah kita akan sama-sama menjamah jamuan yang disediakan dan kemudian pulang ke rumah tanpa membawa apa-apa.

Hidup diteruskan seperi biasa dan iktibar di sebalik Israk Mikraj masih gagal difahami. Begitulah keadaannya setiap kali tibanya Israk Mikraj.

Saya tidak bermaksud isi kandungan ceramah yang disampaikan tidak menarik, tetapi pada saya mungkin pengolahan cerita di sebalik kisah ini perlu ditambahbaik atau dipelbagaikan dengan mengaitkannya dengan isu-isu semasa agar ia lebih realistik dan masyarakat akan lebih jelas akan hikmah yang terselit di sebalik peristiwa ini.

Justeru, tulisan saya ini tidak berminat untuk menceritakan kembali apa yang semua sudah tahu iaitu kisah dan kronologi perjalanan Rasulullah di dalam peristiwa Israk Mikraj ini, sebaliknya saya akan fokuskan perkara-perkara tersirat di sebaliknya.

Pengukuhan akidah

Kita seringkali dimaklumkan yang bulan Ramadan adalah penghulu segala bulan namun mengapakah dalam susunan bulan hijriyyah bulan Rejab mendahului bulan Ramadan? Sudah tentu ada yang tersirat di sebalik susunan tersebut.

Antaranya ialah Rejab mengandungi falsafah pemantapan dan pengukuhan aqidah di sebalik peristiwa Israk Mikraj yang berlaku di dalamnya manakala bulan Ramadan adalah pesta ibadah di mana kita akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

Di dalam Islam, perkara pertama yang perlu dititikberatkan ialah mengenal Allah dan perkara-perkara berkaitan aqidah sebelum kita berbicara tentang ibadah dan sebagainya. Jika persoalan aqidah masih bermasalah, bagaimana mungkin kita ingin bicarakan tentang ibadah kepada Allah yang belum kita imani sesungguh hati?

Begitulah pentingnya persoalan aqidah didahulukan sebelum perkara-perkara lain sebagaimana fasa dakwah Rasulullah yang dimulai dengan fasa Makki – yang menekankah aspek pemurnian aqidah umat Islam diikuti fasa Madani - yang berkaitan kaedah-kaedah untuk menzahirkan rasa cinta kepada Allah melalui persoalan ibadat, akhlak dan sebagainya. Sifir mudahnya, bagaimana mungkin kita mencintai Allah jika kita belum mengenalNya?


Berbalik kepada peristiwa Israk Mikraj, jika kita singkap dan amati, begitu ramai sekali sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang bergoncang aqidah mereka serta menjadi murtad gara-gara tidak percayakan cerita Rasulullah SAW yang telah diisrak' dan dimi'rajkan ke detinasi yang mengikut congakan logik akal manusia yang waras adalah tidak masuk akal untuk berlaku dalam masa satu malam!

Apabila mengetahui kisah ini, maka Abu Jahal begitu gembira kerana ini adalah peluang terbaik untuk menghentam Rasulullah SAW dan menjauhkan masyarakat daripada dakwah baginda. Maka berteriaklah Abu Jahal kepada warga Makkah – ”hai warga Makkah, sesiapa yang ingin mendengar cerita sensasi daripada Muhammad, silalah berhimpun beramai-ramai untuk kita sama-sama mendengarnya” – mungkin begitulah bunyinya.

Terlopong dan tersentak

Apabila diceritakan kisah ini oleh Rasulullah SAW, maka ramailah yang terlopong dan tersentak. Bagaimana mungkin mereka ingin percayakan cerita Rasulullah SAW itu kerana setahu mereka jika perjalanan dari Makkah ke Masjidil Aqsa menggunakan kaedah pengangkutan ketika itu – barangkali menggunakan unta – paling cepat mengambil masa beberapa hari atau minggu. Inikan pula berlaku hanya satu malam.

Tambahan pula bukan hanya ke Masjidil Aqsa tetapi juga ke Sidratil Muntaha. Oh tak mungkin! Mustahil! Muhammad dusta! Itulah kata-kata yang dihamburkan kepada Rasulullah SAW. Abu Jahal begitu gembira melihat ramai mula meragui dan mempertikaikan kebenaran Rasulullah SAW itu.

Namun, di sebalik suasana gawat itu, tampil seorang lelaki yang berkata: “Wahai Muhammad Rasulullah. Sekiranya engkau katakan engkau telah pergi lebih jauh daripada destinasi-destinasi itu sekalipun aku akan tetap mempercayakanmu!”

Orang itu, tidak lain tidak bukan adalah Abu Bakar As-Siddiq yang sentiasa membenarkan Rasulullah SAW walau apa jua keadaan. Subhanallah, begitu kentalnya iman dan kukuhnya aqidah yang dimiliki oleh sahabat agung yang mendampingi Rasulullah SAW ini.

Bagi menduga kebenaran kata-kata Rasulullah SAW, maka Abu Jahal bertanyakan tentang ciri-ciri fizikal Masjidil Aqsa dengan harapan Rasulullah akan memberikan jawapan yang salah. Namun, dengan bantuan dan izin Allah, Rasulullah SAW berjaya menjawab dengan tepat dan ini benar-benar menghairankan Abu Jahal.

Tidak puas hati dengan kebenaran jawapan itu, Abu Jahal bukannya ingin mengakui kebenaran jawapan Rasulullah SAW, sebaliknya menuduh Rasulullah SAW sebagai ahli sihir! Begitulah kuatnya tentangan kaum musyrikin Makkah terhadap Rasulullah SAW.

Mana mungkin Rasulullah SAW menipu sedang baginda diakui seorang yang bermanah sehingga digelar Al-Amin. Walaupun menyedari kebenaran dakwah Rasulullah SAW, musyrikin Makkah masih enggan menerimanya kerana mereka sedar jika mengakui kebenaran Rasulullah SAW, maka perniagaan dan kepentingan mereka yang berasaskan perkara haram akan terjejas.

Kebenaran dakwah

Maka, mahu tidak mahu dakwah Rasulullah SAW perlu ditentang meskipun hati kecil mereka mengakui kebenaran dakwah Rasulullah SAW tersebut.

Mungkin analogi pada masa ini, memang ada pihak yang mengakui kebenaran Islam yang sifatnya syumul dan lengkap, namun amat sukar untuk menerima dan mengamalkannya kerana dibimbangi kepentingan-kepentingan tertentu yang berasaskan perkara haram akan terjejas.

Maka, mahu tidak mahu, sebarang usaha yang boleh menyedarkan masyarakat tentang Islam yang sebenar yakni Islam yang mengharamkan penyalahgunaan dan penyelewengan perlu ditentang habis-habisan. Pada mereka lebih baik dibiarkan masyarakat jahil dalam agama agar kesilapan dan kemungkaran yang mereka lakukan tidak disedari oleh masyarakat.

Sebab itulah, bila ada pihak yang cuba kembali kepada ajaran Islam yang sebenar sebagaimana yang termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah dan sebagaimana yang diarahkan Rasulullah SAW seperti perkara-perkara berkaitan hukum-hakam Islam - arak itu hukumnya haram, judi itu haram, rasuah itu haram, berlaku adil itu wajib dan sebagainya, orang akan katakan itu bukan Islam yang sebenar tetapi itu ialah politik!

Itu bukan hukum hudud sebenar tapi itu hudud yang bermotifkan politik! Bukankah persoalan hukum-hakam ini datangnya daripada Islam melaui nas-nas yang muktabar, bukannya melalui politik.

Bahkan Islam tidak bergantung kepada parti politik mahupun sesiapa, tetapi kita semua yang memerlukannya. Jika tiada parti politik sekalipun Islam akan tetap wujud dan hukum-hakamnya tetap perlu dilaksanakan. Maka apa rasionalnya jika kita ingin kembali kepada Islam kita dituduh ingin berpolitik? Begitulah bencinya segolongan manusia terhadap Islam yang sebenar.

Sudahlah tidak suka pada Islam dan syariatnya, dihasut pulak orang lain agar sama-sama membenci agama suci ini. Watak ini saling tak tumpah seperti watak Abu Jahal dalam kisah Israk Mikraj ini yang menuduh Rasulullah SAW sebagai ahli sihir meskipun hati kecil mereka menyedari dan mengakui kebenaran Rasulullah SAW.

Diukur logik akal

Saya masih tertanya-tanya di dalam diri, jika saya dan tuan-puan berada dalam majlis penerangan oleh Rasulullah SAW berkaitan peristiwa Israk Mikraj ini, adakah kita mampu menyertai Abu Bakar yang membenarkan Rasulullah SAW atau kita akan berada di belakang Abu Jahal yang mendustakan Rasulullah SAW?

Saya sendiri bimbang, dengan situasi diri yang lemah ini, kadangkala amat sukar untuk menjadi sehebat Abu Bakar. Tapi itulah cabaran yang perlu disahut. Dalam situasi sebegini, jika logik akal menjadi pertimbangan, maka sudah pasti kita akan mendustakan Rasulullah SAW.

Sesungguhnya dalam perkara agama, tidak semua perkara boleh diukur dengan neraca logik akal semata-mata kerana akal manusia itu terbatas walau sehebat manapun ilmu mereka. Keimanan kepada Allah dan RasulNya itu memerlukan pertimbangan yang jauh menjangkaui batasan logik akal manusia.

Kalaulah logik akal menjadi ukuran, bagaimana kita ingin menerima hikmah kisah Nabi Ibrahim AS yang meninggalkan isteri baginda Siti Hajar yang masih di dalam tempoh berpantang
bersama bayi mereka Nabi Ismail AS di tempat yang kontang dan jauh dari manusia lain?

Bukankah arahan Allah itu zalim mengikut tafsiran akal kita yang dangkal ini? Sudahlah ditinggalkan di tempat yang gersang, apabila si anak telah membesar, Allah arahkan pula Nabi Ibrahim AS untuk menyembelih Nabi Ismail AS – sebuah kisah yang sering diulangcerita di dalam khutbah Eidul Adha setiap tahun.

Namun berkat ketaatan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail, maka Allah tukarkan arahan menyembelih Ismail kepada menyembelih seekor kibasy. Nah, jika akal yang dangkal ini sekali lagi digunakan untuk mengukur kewajaran arahan Allah itu, sudah pasti kita akan katakan ia zalim.

Dosa pahala

Begitu juga, jika kita percayakan falsafah manusia yang mengatakan ”seeing is believing” itu, bagaimana ingin kita percayakan perkara sami'yyat di dalam agama ini seperti persoalan dosa-pahala, syurga-neraka dan sebagainya yang mata kasar kita tidak dapat melihatnya. Semua ini perlu dilihat dengan pandangan iman bukannya pandangan mata kasar dan akal semata!

Jika dikait dengan situasi hari ini, amat menyedihkan bila sudah ada yang cuba mempersoalkan hukum dan syariat Allah hanya kerana ia tidak dapat terima oleh logik akal mereka. Ambil contoh hukum hudud dan qisas, meskipun ia bukannya satu-satunya perkara yang ditekankan Islam, namun ini tidak semestinya membuka ruang untuk hukum itu dikritik dan diperlekehkan.

Janganlah kerana tidak sukakan sesetengah orang, hukum-hakam Allah pula yang menjadi sasaran ejekan. Ada yang mempersoalkan jika hukuman hudud dan qisas dilaksanakan, kita tidak mampu lagi membuat jalanraya kerana batu yang perlu digunakan untuk membuat jalanraya telah habis digunakan untuk merejam pesalah zina.

Begitu juga ada yang mengatakan jika hukuman potong tangan dilaksanakan, jenuhla kita makan sup tangan kerana ramai benar yang mencuri pada hari ini. Saya tidak nafikan mungkin terdapat khilaf ulama' tentang keperluan dan waktu yang sesuai untuk melaksanakan hukuman tersebut, tetapi ia tidak membuka ruang untuk kita mengejek hukum-hakam Allah ini kerana hukum-hakam ini bukan hukum manusia tetapi datangnya dari Allah melaui Al-Quran dan Sunnah.

Kalaupun tak suka dan tak berminat dengan hukum-hakam Allah sekalipun, jangan menghina dan mengejeknya. Kalau tak suka menutup aurat sekalipun, janganlah menghina orang yang menutup aurat dengan mengatakan memakai tudung dan jilbab ini tiada asas dalam Islam. Ia hanyalah amalan wanita Arab bagi mengelakkan terkena pasir atau mengelakkan gangguan lelaki Arab yang nafsunya kuat.

Kalau tak suka bangun malam atau berqiyamullail, jangan menuduh bangun malam bermunajat kepada Allah itu akan menyebabkan otak dan minda akan menjadi lembap dan bebal. Kalaupun suka bersalaman dengan orang yang bukan muhrim, janganlah menghina dan mengatakan orang yang enggan bersalam dengan bukan muhrim sebagai orang yang ketinggalan zaman, kolot dan punca perpecahan.

Kalaupun tidak mahu mengambil ketetapan keperluan mengutarakan empat saksi bagi pembuktian kes tuduhan zina atau qazaf, janganlah pula menghina keperluan empat saksi yang dianggap tak masuk akal itu sebegai kolot dan tak mampu menyelesaikan masalah.

Nah, banyak sangat jika mahu disingkap kesangsian dan keraguan umat Islam terhadap agama mereka sendiri. Saya tidak hairan atau pelik jika non-Muslim tidak inginkan hukum Islam tetapi saya amat dan sangat hairan jika umat Islam sendiri yang bukan sahaja tidak berminat malah menentang hukum Allah dan syariatNya.

Khatimah


Secara kesimpulannya, jika masih terdapat di dalam hati sanubari kita perasaan ragu terhadap Islam samada terhadap hukum-hakam dan syariatnya walau sekelumit, maka ada suatu yang tidak kena dengan pegangan aqidah kita.

Kadang-kadang kita tidak sedar, bila memberikan komen yang memperlekahkan hukum-hakam Allah, pegangan dan aqidah Islamiyyah kita boleh terjejas. Ambillah kesempatan di bulan Rejab yang penuh berkah ini untuk memperkasakan pegangan aqidah dengan meningkatkan ilmu dan pengetahuan tentang perkara-perkara agama.

Hanya dengan ilmu dapat membolehkan kita membezakan haq dan batil di atas neraca Islam, bukannya ceraca aqal yang doskong oleh emosi dan sentimen. Mudah-mudahan amal ibadah yang kita lakukan adalah berdasarkan cinta dan sayang kita hasil aqidah dan iman yang sebenar kepada Allah.

Ambillah watak Abu Bakar sebagai contoh dan tauladan agar kita sentiasa berbaik sangka dengan syariat Islam serta tidak sekali-kali mempertikaikan apatah lagi mengejeknya. Seterusnya, buangkan jauh-jauh watak Abu Jahal dari kehidupan kita kerana watak itu tidak baik itu dijadikan ikutan, malah akan membawa kita jauh daripada agama islam yang sebenar.

Moga-moga Israk Mikraj yang bakal kita sambut pada bulan ini dapat memberi satu impak yang signifikan dan positif ke arah menjadikan diri kita Muslim dan Muslimah yang taatkan Allah dan RasulNya.


Perkara-perkara Yang Membatalkan Syahadat

daripada:.

Mimbar Ulama; kertas kerja Dewan Ulama, Jamaah Islam seMalaysia. Orang Islam yang melafazkan dua kalimah syahadat mestilah menjaga dan berlakunya perkara-perkara yang membatalkan syahadatnya kerana orang yang bersyahadat adalah seperti orang yang berwudu'. Selagi ia tidak melakukan perkara-perkara membatalkan wudu' nya maka selama itulah ia berada dalam keadaan suci, demikianlah orang yang bersyahadat; selagi tidak berlaku perkara-perkara yang membatalkan syahadatnya maka selama itulah ia dalam keadaan mukmin. Antara perkara-perkara yang boleh membatalkan syahadat adalah seperti berikut:

Bertawakal dan Menyerah Diri Kepada Yang Lain Dari Allah

Firman Allah: (Surah al-Maidah, ayat : 23) Yang bermaksud:

"Dan kepada Allah jualah hendaklah kamu semua berserah, jika kamu benar orang yang beriman."

Bertawakal kepada Allah bukan bererti meninggalkan sebarang usaha tetapi yang dimaksudkan ialah bertawakal kepada Allah ialah menyerah diri kepada Allah setelah berusaha dan berikhtiar. Allah menyuruh kita beramal ibadat tetapi tidak seharusnya berpegang dan percaya kepada amalan semata-mata. Kerana seorang mukmin tidak memasuki syurga dengan amalannya semata-mata tetapi memasuki syurga dengan iman serta janji Allah terhadap orang yang beriman dan beramal.

Allah menyuruh kita berusaha bercucuk tanam tetapi tidak seharusnya kita menaruh kepercayaan sepenuh kepada tanaman yang kita usahai itu tetapi kepercayaan sepenuhnya ialah kepada Allah yang memberi rezeki. Allah menyuruh orang-orang Islam menyediakan alat kelengkapan senjata untuk berperang melawan musuh tetapi tidak seharusnya menaruh kepercayaan sepenuhnya terhadap alat senjata, tetapi kepercayaan untuk mencapai kemenangan ialah dengan pertolongan Allah,

Firman Allah: (Surah al-Anfal, ayat : 60) Yang bermaksud:

"Sediakanlah untuk menentang musuh-musuh yang menceroboh segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dan pasukan berkuda yang lengkap."

dan berfirman: (Surah Al Imran, ayat : 126) Yang bermaksud:

"Dan ingatlah bahawa pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari sisi Allah yang maha kuasa lagi maha bijaksana."

Tidak Mahu Mengakui Bahawa Segala Rezeki Adalah Datang Dari Allah

Orang yang sengaja tidak mahu mengakui bahawa rezeki yang diterima itu datang dari Allah adalah bertentangan dengan kalimah syahadat yang diucapnya (la illah ha illah) kerana orang yang melafazkan kalimah itu dengan sendirinya mengakui Allah (Allah sebagai pentadbir dan memberi rezeki).

Allah menyatakan di dalam al-Quran bahawa ramai dan kalangan manusia yang kufur yang kedua itu, Firman Allah:(Surah Ibrahim, ayat: 36)yang bermaksud:

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu untuk menentu bilangannya. Sesungguhnya manusia sangat suka meng-ingkarinya lagi tidak menghargai nikmat Allah."

dan firman:(Surah Lokman, ayat: 20) Yang bermaksud:

"Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan telah melimpah kepada kamu nikmat-nikmatnya yang zahir dan nikmatnya yang batin dalam pada itu ada antara manusia orang yang membantah dalam perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan kepada pengetahuan atau sebarang petunjuk."

Beramal Bukan Untuk Allah

Segala pekerjaan yang dilakukan oleh manusia sama ada ia berupa duniawi atau akhirwi adalah untuk dinilai oleh Allah, dan amal ibadat itu tidak tertentu

pada solat, puasa, zakat, haji malah setiap amalan yang dilakukan kerana Allah adalah ibadat,

Firman Allah:(Surah al-An'am, ayat : 162-163)Yang bermaksud:

"Katakanlah sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekelian alam dan tidak sekutu baginya."

Ayat di atas menjelaskan kepada kita bahawa apa bentuk pekerjaan yang dilakukan kerana Allah serta tidak berjangkit dengan ajaran Islam adalah dikira sebagai

ibadat maka akan terkeluar dan erti ibadat ialah apa bentuk pekerjaan yang bukan khasatkah kerana Allah walaupun ia berupa ibadat seperti:

Berkhidmat untuk negara (yang betulnya berkhidmat kerana Allah untuk negara)

Berkhidmat untuk masyarakat (yang betulnya berkhidmat kerana Allah untuk masyarakat)

Ilmu untuk ilmu (yang betulnya ilmu untuk diamal dan amal untuk Allah).

Dan seterusnya apa jua amalan pekerjaan yang memalingkan manusia dan berhadap kepada Allah adalah syirik.

Memberi Kuasa Kepada Selain Allah

Untuk menetapkan sesuatu hukum sama ada halal atau haram atau memberi kuasa hakim kepada selain Allah sedangkan ia adalah kepunyaan Allah,

Firman Allah:(Surah al-A'raf, ayat : 54) Yang bermaksud:

"Ingatlah kepada Allah jualah tertentu urusan mencipta dan urusan pemerintahan."

dan firmannya: Yang bermaksud:

"Hanya Allah jualah yang menetapkan hukum ia menerangkan kebenaran dan Dialah sebaik-baik yang memberi keputusan."

Firman Allah:(Surah at-Taubah, ayat : 31) Yang bermaksud:

"Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik selain dari Allah."

Termasuk juga dibawah pengertian memberi kuasa menentukan sesuatu hukum ialah melalui dasar demokrasi berparlimen atau apa jua peraturan-peraturan untuk menentukan sesuatu hukum halal atau haram tanpa berdasarkan kepada dalil-dalil dan al-Quran dan Hadith.

Umat Islam di arah supaya mengikuti hukum hakam yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasulnya.

Firman Allah:(Surah al-Jatsiyah, ayat 18) Yang bermaksud:

"Pada kesudahannya kami jadikan engkau (wahai Mohammad) dan utuskan engkau menjalankan satu jalan yang cukup lengkap dan hukum- hukum agama maka turutlah jalan itu dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang yang tidak mengetahui."

Memberi Ketaatan Kepada Selain Allah Tanpa Keizinannya

Kerana perkataan " la illah ha illah " memberi erti: tiada tuhan yang di taati melainkan Allah. Ketaatan yang dizinkan oleh Allah ialah mentaati Rasulnya. Firman Allah Yang bermaksud: (Surah An-Nisa, ayat 80)

"Sesiapa yang taat kepada Rasulallah maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah."

Dan mentaati pemerintah, Firman Allah:(Surah An-Nisa, ayat 59) Yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada ALlah dan taatlah kamu kepada RasullAllah dan juga kepada ullul amri (pemimpin)."

Walau bagaimanapun, mentaati pemimpin di syaratkan ia terlebih dahulu mentaati Allah, menyerahkan segala urusan kepada Allah dan Rasulnya dan ketaatan kepadanya adalah di dalam perkara-perkara yang diharuskan oleh syara'. Adapun perkara-perkara yang dilarang oleh syara’ maka tidak harus di taati seperti tersebut di dalam hadith, baginda bersabda:(Riwayat Ahmad) Yang bermaksud:

"Tidak harus mentaati makhluk dalam melakukan kemaksiatan terhadap Alkhalid (Allah)."

Firman Allah:(Surah al-An'am, ayat 116) Yang bermaksud:

"Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi nescaya mereka akan menyesatkan mu dari jalan Allah."

Dan firman:(Surah al-Syu'ara, ayat : 151) Yang bermaksud:

"Dan janganlah mentaati perintah-perintah orang yang melampaui batas-batas iaitu orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat."

Berhukum dengan hukuman yang lain dari hukum Allah dan Rasulnya

Antara perkara yang membatalkan syahadat ialah berhukum dengan hukum yang lain dari hukum Allah dalam perkara yang telah di naskan oleh Allah di dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulnya,

Firman Allah:(Surah al-Maidah, ayat : 44) Yang bermaksud:

"Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya) maka mereka itulah orang-orang yang kafir."

Dan firman:(Surah an-Nisa, ayat : 60) Yang bermaksud:

"Maka demi tuhanmu (wahai Mohammad) mereka tidak disifatkan sebagai beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka kemudian pula yang merasa di dalam hati mereka satu keberatan dan apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima hukuman itu dengan sepenuhnya."

Dan Firmannya:(Surah An-Nisa, ayat : 60) Yang bermaksud:

"Dan apabila dikatakan kepada mereka, marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum RasulAllah nescaya engkau lihat orang munafik itu berpaling serta menghalang manusia dengan bersungguh-sungguh daripada menghampiri mu."

Dan firmannya:(Surah An-Nur, ayat 47) Yang bermaksud:

"Dan apabila diajak mereka kepada kitab Allah dan Sunnah Rasulnya supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka maka dengan serta merta sepuak dari mereka yang berpaling engkar."

Benci Kepada Islam atau Sebahagian Dari Ajarannya

Firman Allah:(Surah Mohammad, ayat 8-9) Yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang kafir maka kecelakaan bagi mereka dan Allah mensia-siakan amalan mereka kerana sesungguhanya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syara' yang diterangkan di dalam al-Quran."

Mengutamakan Kepentingan Dunia dan Kepentingan Akhirat

Firman Allah:(Surah Ibrahim, ayat : 2)Yang bermaksud:

"Dan kecelakaan besarlah bagi orang yang kafir ingkar terhadap al-Quran dan azab yang amat berat yang akan menimpa mereka di akhirat kelak iaitulah orang yang mengutamakan dunia lebih dan akhirat."

Firman Allah:(Surah At-Taubah, ayat 27) Yang bermaksud:

"Katakanlah (wahai Mohammad) jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dari perniagaan yang kamu bimbing merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semuanya itu menjadi perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasulnya dan daripada berjihad untuk agamaNya maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan azab siksanya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasik."

Mempersendakan Kita-Kitab Suci Al-Quran dan Sunnah Rasulnya

Firman Allah:Yang bermaksud:

"Patutkah nama Allah dan ayatnya serta Rasul-Nya kami memperolok- olokan dan mengejek-ngejeknya"

Perbuatan mempersenda-sendakan ayat al-Quran atau syiar-syiarnya boleh membatalkan syahadat.

Menghalalkan Sesuatu Yang Diharamkan Oleh Allah atau sebaliknya

Firman Allah:(Surah an-Ha, ayat: 105) Yang bermaksud:

"Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang yang tidak beriman kepada ayat Allah dan mereka ialah orang yang bertabiat berdusta."

dan firman-Nya:(Surah an-Ha, ayat: 117) Yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh Iidah kamu, ini halal dan ini haram untuk membuat kata-kata yang dusta berhadap Allah, sesungguhnya orang yang berdusta terhadap Allah tidak akan berjaya."

Tidak Beriman Dengan Nas-nas Al-Quran dan Sunnah yang sabit daripada Rasulullah s.a.w.

Firman Allah Taala:(Surah al-Baqarah, ayat : 85) Yang bermaksud:

"Maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian dari isi kitab tuhan dan mengikari sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu selain dari kehinaan ketika hidup di dunia dan pada hari khiamat akan di tolak mereka ke dalam azab siksa yang amat berat."

Berkasih Mesra Dengan Orang Kafir dan Munafik dan Di Samping Bermusuh Sesama Orang Beriman

Firman Allah:(Surah al-Maidah, ayat : 51) Yang bermaksud:

" Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang- orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman rapat; kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengah yang lain dan sesiapa yang menjadikan mereka teman rapatnya di antara kamu maka sesungguhnya ia adalah dan gulongan mereka, sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim."

dan firmannya:(Surah an-Nisa, ayat : 138) Yang bermaksud:

"Sampaikan khabar berita baik kepada orang-orang munafik : bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab siksa yang tidak terperi sakitnya iaitu orang yang mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang beriman."

dan firmannya:(Surah al-Maidah, ayat : 57) Yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejekan dan permainan dan orang yang telah diberikan kitab sebelum kamu dan orang-orang kafir musyrik itu menjadi penolong dan bertakwalah kamu kepada Allah jika kamu benar-benar orang yang beriman."

Tidak Bersopan Terhadap Rasulallah s.a.w.

Firmannya:(Surah al- Hujurat, ayat : 2) Yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengangkat suara cakap kamu melebihi suara cakapan Nabi dan janganlah kamu menyaringkan suara semasa menghadapkan suara kepadanya. Sebagaimana setengah kami menyaringkan suaranya semasa menghadapkan cakap kepada setengahnya yang lain (larangan demikian supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya."

dan Firman Allah:(Surah al-An'am, ayat : 112)Yang bermaksud:

"Dan demikianlah kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh dari syaitan, manusia dan jin. Sebahagian dari mereka membisikan kepada sebahagian yang lain dengan kata-kata dusta yang indah-indah susunan untuk memperdaya (pendengarnya) dan jika tuhanmu menghendaki tentulah mereka tidak melakukan, oleh itu biarkanlah mereka dan apa yang mereka adakan (dan perbuatan yang kufur dan dusta itu)."

Hati Merasai Jemu dan Benci Bila Diperkatakan: Allah Yang Maha Esa Alam Adalah Sebagai Bukti Keesaan Allah.

Firman Allah:(Surah az-Zumar, ayat : 45) Yang bermaksud:

"Dan (antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik) apabila disebut nama Allah semata-mata (di dalam doa atau sebagainya) geli gemanlah serta liar hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja selain dari Allah mereka dengan serta merta riang dan gembira."

Mendakwa Bahawa Al-Quran Mempunyai Makna Yang Batin Menyalahi Makna Yang Zahir dan Mendakwa Bahawa Setengah Manusia Memahami Makna Yang Batin Melalui Ilham

Firman Allah:(Surah Yusuf, ayat : 2) Yang bermakna:

"Sesungguhnya kami menurunkan kitab itu sebagai quran yang dibaca dengan bahasa Arab supaya kami (menggunakan) akal kamu memahaminya."

Firman Allah: (Surah ar-Ra'ad, ayat : 37) Yang bermaksud:

"Dan demikian kami menurunkan al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab dan demi sesungguhnya jika engkau wahai Mohammad menurut kehendak nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan tentang kebenaran maka tiadalah engkau beroleh dari Allah sesuatu pun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepada mu dari perkara-perkara yang tidak diingini."

Tidak Mempunyai Ma'rifat Tentang Allah Akan Ma'rifat Yang Sebenar Dengan Mengingkari Sebahagian Dan Sifat-SifatNya

Firman Allah:(Surah al-A'raf, ayat : 18)Yang bermaksud:

"Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik yang mulia oleh itu maka serukanlah dan berdoalah kepadanya dengan menyebut nama-nama itu dan pulaukanlah orang yang berpaling dari kebenaran dalam menggunakan nama-namanya mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan."

dan firman-Nya:(Surah Tha Ha, ayat: 8) Yang bermaksud:

"Katakanlah wahai Mohammad serulah nama Allah atau nama Ar Rahman yang mana sahaja kamu serukan dari kedua-dua nama itu kerana Allah mempunyai nama-nama yang baik serta mulia."

Mempercayai Bahawa Kuasa-kuasa Selain Allah Boleh Memberi Kesan Kemudaratan atau Kemanfaatan seperti:

Kekuatan api boleh membakarkan dengan sendirinya

Kekuatan nasi boleh mengenyangkan dengan sendirinya

Iblis dan jin boleh mendatangkan kemudaratan dengan sendirinya

Kalau tidak kerana doktor itu, maka saya akan jadi begini atau begitu

Kalau tidak kerana ubat itu maka saya sudah mati dan lain-lain lagi.

Sumber : internet

10 Hal Yang Membatalkan Syahadat

Assalamualikum Warohmatullah Wabarokatuh.

Wahai saudaraku, pernahkah kita mendengar atau belajar tentang hal-hal yang membatalkan sholat, membatalkan puasa, membatalkan zakat, atau mungkin haji. Ada juga perkara-perkara yang membatalkan wudlu. Namun seringkah kita belajar tentang perkara-perkara yang membatalkan syahadat ??

Syahadat adalah pondasi dalam Islam yang juga merupakan rukun islam yang pertama. Batalnya syahadat berakibat fatal bagi batalnya keislaman seseorang. Untuk itu setiap mukmin diperintahkan untuk membaca syahadat minimal 9 kali atau dalam setiap 5 kali sholat setiap hari agar pondasi keislaman seorang muslim tetap terjaga. Batalnya syahadat berakibat fatal terhadap batalnya keislaman seseorang.

Nah, apasaja perkara-perkara yang membatalkan syahadat. Para fuqoha’ dalam kitab-kitab fikih telah menulis bab khusus yang diberi nama “Riddah” (kemurtadan). Dan yang terpenting adalah 10 hal, yaitu :



1. Syirik Kepada Allah,

Firman Allah :

إِنَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْماً عَظِيماً

4.48. Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.(QS 4 ayat 48)

لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُواْ إِنَّ اللّهَ هُوَ الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ وَقَالَ الْمَسِيحُ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اعْبُدُواْ اللّهَ رَبِّي وَرَبَّكُمْ إِنَّهُ مَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللّهُ عَلَيهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ

5.72. Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah ialah Al Masih putera Maryam”, padahal Al Masih (sendiri) berkata: “Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu”. Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun. (QS.5 ayat 72)

Termasuk didalamnya menyembelih karena selain Allah, misalnya untuk kuburanyang dikeramatkan atau untuk jin dan lain-lain.


2. Orang yang menjadikan antara dia dan Allah perantara-perantara

Ia berdoa kepada mereka, meminta syafaat kepada merekadan bertawakkal kepada mereka. Orang seperti ini kafir secara ijma’. Kejadian ini pernah terjadi pada zaman Rosulullah SAW yaitu yang telah dilakukan oleh kaum kair Quraisy. Salah jika menganggap kaum Quraisy sepenuhnya berTuhan kepada Latta, ‘Uzza, Manat, serta Huban. Mereka hanyalah Ghoroniq buatan kaum mereka sendiri dengan dalih para ghoroniq inilah yang akan menyampaikan do’a-do’a serta permohonan mereka kepada Allah. Tuhan mereka hanyalah pemberi syafaat kepada mereka. Tampaknya hal ini juga banyak terjadi di kalangan masyarakat di negeri kita saat ini yaitu generasi-generasi jahiliyah modern.

3. Orang yang tidak mau mengkafirkan orang musyrik dan orang yang masih ragu terhadap kekufuran mereka atau membenarkan madzhab mereka, dia itu kafir.


4. Orang yang meyakini bahwa selain petunjuk Nabi Muhammad SAW lebih sempurna dari petunjuk beliau.

Seperti orang-orang yang mengutamakan hokum thaghut di atas hukum Rosulullah SAW, mengutamakan hukum atau perundang-undangan manusia di atas hukum Islam, maka dia kafir.


5. Siapa yang membenci sesuatu dari ajaran yang dibawa oleh Rosulullah SAW sekalipun ia juga mengamalkannya, maka ia kafir

6. Siapa yang menghina sesuatu dari agama Rosul SAW atau pahala maupun siksanya, maka ia kafir.

Hal ini ditunjukkan oleh firman Allah :

وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ

9.65. Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan manjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.” Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?”

لاَ تَعْتَذِرُواْ قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ إِن نَّعْفُ عَن طَآئِفَةٍ مِّنكُمْ نُعَذِّبْ طَآئِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُواْ مُجْرِمِينَ

9.66. Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman. Jika Kami memaafkan segolongan kamu (lantaran mereka taubat), niscaya Kami akan mengazab golongan (yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa.

(QS AT Taubah ayat 65-66)


7. Sihir

diantaranya sharf dan ‘athf (barangkali adalah amalan yang membuat suami benci kepada istrinya atau membuat wanita cinta kepadanya/pelet). Barangsiapa melakukan atau meridhoinya, maka ia kafir. Firman Allah :

وَاتَّبَعُواْ مَا تَتْلُواْ الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَـكِنَّ الشَّيْاطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولاَ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلاَ تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ بِإِذْنِ اللّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُواْ لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْاْ بِهِ أَنفُسَهُمْ لَوْ كَانُواْ يَعْلَمُونَ

2.102. Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu jangnalah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya . Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu

8. Mendukung kaum musyrikin dan menolong mereka dalam memusuhi umat Islam.

Firman Allah :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَتَّخِذُواْ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاء بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللّهَ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

5.51. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.


9. Siapa yang meyakini bahwa sebagian manusia ada yang boleh keluar dari syari’at Nabi Muhammad SAW seperti halnya Nabi Khidir boleh keluar dari syariat Nabi Musa maka ia kafir. Sebagaimana diyakini oleh ghulat sufiyah (sufi yang berlebihan / melampaui batas) bahwa mereka dapat mencapai suatu derajatatau tingkatan yang tidak membutuhkan untuk mengikuti ajaran Rosulullah SAW.


10. Berpaling dari agama Allah, tidak mempelajarinya dan tidak pula mengamalkannya.

Firman Allah :

وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِآيَاتِ رَبِّهِ ثُمَّ أَعْرَضَ عَنْهَا إِنَّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ مُنتَقِمُونَ

32.22. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya? Sesungguhnya Kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa.

Syaikh Muhammad at Tamimi berkata, “tidak ada beda dalam hal yang membatalkan syahadat ini antara orang yang bercanda, yang serius (bersungguh-sungguh) maupun yang takut, kecuali orang yang dipaksa. Dan semuanya adalah bahaya yang paling besar serta yang paling sering terjadi. Maka setiap muslim wajib berhati-hati dan mengkhawatirkan dirinya serta mohon perlindungan kepada Allah SAW dari hal yang bisa mendatangkan murka Allah dan siksaNya yang pedih.”

Jadi pertahankanlah keislaman kalian wahai saudaraku sekalipun nyawa terpisah dari jasad.


www.eramuslim.com

Tiada ulasan: