Khamis, 16 Jun 2011

RAKYAT DAH CERDIK DAN BERPENDIDIKAN....KENA TERIMA BILA SICERDIK TELAH NAMPAK PENIPUAN SERTA PERYELEWENGAN...JADI KENA TERIMA JIKA BENAR....

Kartunis Utusan, rogol dan zina
Mohd Asri Zainul Abidin
Jun 16, 11
4:47pm

Saya tidak pasti, apakah kartunis Utusan itu hendak menghina Islam atau hendak menghina pihak tertentu. Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam.

Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah.

Adapun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka, maka dia berdosa besar.

Persoalan yang timbul; apakah jika seseorang wanita membuat aduan kepada mahkamah syariah bahawa dia dirogol maka mahkamah syariat akan menyatakan: awak mesti mendatangkan empat orang saksi, jika tidak awak disebat 80 rotan?

Adakah di dunia ini empat orang saksi yang soleh sanggup membiarkan seorang wanita dirogol di hadapan mereka?

Rogol

Mungkin ada yang tidak faham sehingga menyamakan jenayah rogol dan zina. Zina adalah maksiat peribadi yang Islam berusaha menutupnya. Sebab itu diketatkan dengan empat orang saksi.

Adapun rogol adalah pencabulan terhadap individu lain tanpa rela dan kejam, maka pembuktiannya tidak seketat zina. Beza menuduh orang lain berzina dengan mendakwa diri menjadi mangsa adalah soal maruah.

Menuduh orang lain berzina mempunyai unsur menjatuhkan maruah orang lain. Sementara mendakwa diri menjadi mangsa rogol adalah mempertaruhkan maruah diri sendiri.

Secara lojiknya, sukar dilakukan melainkan dalam keadaan yang amat memaksa. Bagaimanakah mungkin seseorang mampu mendiamkan diri apabila dia dimangsakan?

Maka, dalam kes kedua qarinah (bukti kaitan) boleh dipakai seperti yang disebut dalam Surah Yusuf:

“Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu.

Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tiada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya”.

Yusuf pula berkata: “Dialah yang menggoda diriku”. (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:”Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang berdusta.

Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah daripada orang-orang yang benar.

Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, dia berkata: “Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya” (Surah Yusuf: ayat 25-28).

Lihat, Al-Quran menceritakan bagaimana qarinah digunakan dalam peristiwa ini.

Lian

Sebab itu juga, Islam tidak mewajibkan pula seseorang yang menuduh isterinya berzina agar mendatangkan empat orang saksi.

Ini kerana tuduhan zina kepada isteri sendiri hanya mencalarkan maruah penuduh. Maka, agak sukar untuk seseorang itu menuduh isterinya secara bohong berzina. Juga amat berat untuk seseorang itu mendiamkan diri apabila mengetahui isterinya berzina.

Ini kerana kedua-dua keadaan itu merobohkan maruah dan kehormatan dirinya. Jika orang lain yang berzina, mungkin dia mampu mendiamkan diri disebabkan kekurangan saksi. Tetapi sudah pasti tidak bagi kes isterinya.

Justeru Allah menyebut: (maksudnya)

“Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia dari orang-orang yang benar;

Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata): “bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia dari orang- orang yang dusta. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa terhadap isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah dia (isteri) bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu benar-benar daripada orang-orang yang berdusta;

Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang- orang yang benar. (Surah al-Nur ayat 6-9).

Bab ini dinamakan dengan 'li'an' atau penglaknatan. Inilah jalan yang Allah berikan kepada pasangan suami isteri yang tuduh-menuduh dalam perkara seperti ini.

Selepas proses ini dilakukan, mereka dipisahkan selamanya, tanpa ada hukuman keseksaan mahkamah yang dijalankan, sebaliknya diserahkan urusan tersebut kepada Allah. Ini kerana, kes ini adalah kes mempalitkan keaiban diri sendiri.

Maka, mereka yang mendakwa diri dirogol atau diliwat secara paksa juga adalah menampalkan keaiban ke atas diri sendiri. Amat sukar bagi insan normal itu membuat dakwaan seperti itu secara semberono.

Melainkan jika ada kepentingan tersembunyi yang lain. Maka mereka juga tidak perlu mendatangkan empat saksi. Sebaliknya boleh diterima pakai kaitan (qarinah) yang membuktikan kejadian itu berlaku. Justeru, paksi dalam hal ini semua, ada demi memelihara keturunan dan maruah.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.


Operation Malaysia: 41 laman web k'jaan digodam
Kuek Ser Kuang Keng
Jun 16, 11
8:55am

Sekurang-kurangnya 41 laman web kerajaan dan agensinya diserang dan digodam mulai awal pagi hari ini oleh penggodam yang membalas tindakan sekatan kerajaan ke atas beberapa laman sesawang perkongsian fail.

NONEMenurut kenyataan akhbar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekurang-kurangnya 51 laman web diserang dan 41 berjaya digodam.

Laman SKMM - www.skmm.gov.my. juga diserang tetapi tidak berjaya.

“Pemantauan kami terhadap situasi itu mendapati berlaku penurunan tahap serangan menjelang 4 pagi tadi dan selepas penilaian lanjut, kami mendapati ia hanya memberi kesan kecil terhadap pengguna di Malaysia," menurut kenyataan SKMM.

Bagaimanapun, SKMM tidak menyatakan laman web yang menjadi sasaran serangan.

hacked sabah tourismBermula pagi tadi penggodam yang menamakan kumpulan mereka sebagai Anonymous, menyenaraikan tidak kurang 18 laman web kerajaan yang didakwa telah diserang oleh DDoS (Distributed Denial-of-Service) ataupun dipadamkan sementara oleh pentadbirnya.

Tinjauan Malaysiakini sehingga jam 9 pagi ini mendapati tidak kurang sembilan laman web, termasuk portal rasmi kerajaan Malaysia MyGovernment (www.malaysia.gov.my), masih tidak dapat dilayari.

Antara laman web kerajaan dan agensinya yang tidak dapat dilayari:

  • SabahTourism.com
  • ASEAN connect
  • Bomba
  • Perbendaharaan Malaysia
  • Parlimen Malaysia
  • JobsMalaysia
  • Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
  • Majlis Sukan Negara
Menurut beberapa pelayar yang sempat merakamkan laman web kerajaan yang digodam itu berkata kumpulan itu juga menukar kenyataan di laman-laman berkenaan.

tourmalaysia website hacked 160611“Salam Malaysia, kami telah menyaksikan penapisan internet yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia yang menyekat laman seperti The Pirate Bay dan WikiLeaks. Malaysia adalah antara kerajaan di dunia ini yang paling ketat mengenakan tapisan, hingga sanggup menghalang akses kepada filem dan rancangan televisyen.

“Tidak ada alasan bagi sebarang bentuk penapisan. Awak hanya cuba merampas hak asasi manusia. Internet diadakan untuk kebebasan dan tanpa rasa gentar kepada kerajaan mahupun campur tangannya. Jangan fikir tidak ada orang yang sedar apa yang awak lakukan,” menurut kenyataan dalam bahasa Inggeris itu lagi.

NONETambahnya lagi, serangan itu sebagai tanda dan amaran serta peluang bagi mendengar idea pihak lain. Pengodam juga berkata mereka mempunyai tanggungjawab bertindak pantas dan tanpa belas kasihan.

Minggu lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengumumkan bahawa 10 laman web termasuk Pirate Bay dan Megaupload telah disekat kerana mencabuli undang-undang hak cipta.




Data Pelancongan Sabah bocor selepas digodam
Kuek Ser Kuang Keng
Jun 16, 11
1:48pm

Di sebalik jaminan polis bahawa tidak ada data yang akan bocor dalam serangan ke atas laman web kerajaan malam semalam, satu set data pengguna didakwa berjaya dicuri dari laman Pelancongan Sabah dan disiarkan di Internet.

NONEData 392 akaun pengguna laman itu kemudian dimuat-naikkan ke sebuah portal bebas yang tidak dikenali. Ia turut memuatkan emel pengguna, nama pertama dan akhir pengguna dan juga kata lauan mereka yang telah dipadamkan.

Sementara itu, The Star/Asia News Network melaporkan laman yang digodam itu dikesan awal pagi ini oleh ketua pegawai eksekutif syarikat berkenaan.

NONE"Sebahagian daripada laman web itu didapati telah dipadamkan apabila saya melayarinya,” kata Dhillon Andrew Kannabhiran, yang mengetuai Hack In The Box (M) Sdn Bhd.

"Saya baru pulang dari lawatan luar negara,” kata portal itu.

Laman Pelancongan Sabah telah dihentikan seketika.

F-Secure Corporation (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat perisian keselamatan komputer mengesahkan perkara itu.






TPM: BERSIH himpunan haram, tak didukungi rakyat
Jun 16, 11 5:15pm

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mahu penganjur dan individu yang berhasrat menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) supaya berfikir semasak-masaknya kesan perhimpunan itu kepada negara dan rakyat, sekiranya ia diadakan.

NONEBeliau berkata, rakyat bimbang perhimpunan itu boleh menimbulkan satu keadaan ketidaktenteraman kerana akan berlaku pertembungan dua pihak yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan penganjuran perhimpunan itu.

"Polis terima banyak aduan dan ini boleh mencetuskan keadaan yang tidak selamat bagi negara, polis takkan keluarkan permit maka ia satu pergerakan haram dan menyalahi undang-undang.

"Perhimpunan itu pastinya tidak akan didukung oleh seluruh rakyat, mungkin sekelompok sahaja atau ada pihak lain yang menumpang," katanya ketika diminta mengulas mengenai rancangan untuk mengadakan perhimpunan itu buat kali kedua pada 9 Julai ini.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Denggi ASEAN 2011 dan pelancaran semula Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku (COMBI) peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur, Muhyiddin berkata pihak terbabit tidak mengambil kira soal keamanan negara yang dicapai kini tetapi hanya memikirkan soal kepentingan politik dan puak mereka sahaja.

bersih rally 271207 03"Pelbagai tuduhan dan isu akan timbul, pelbagai perkara yang tidak menyenangkan akan dibangkitkan, negara yang aman nak kita kekalkan dalam keadaan yang baik, ekonomi sudah berkembang, tetapi mereka tidak ambil kira soal itu," katanya.

Perhimpunan kali kedua itu dirancang untuk diadakan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur termasuk di Sabah dan Sarawak bagi menuntut pilihan raya lebih bersih dan adil termasuk pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, penggunaan dakwat kekal dan akses media bebas dan adil.

Pada 2007, BERSIH yang menggunakan slogan "Gelombang Kuning", menganjurkan perhimpunan aman bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara di Jalan Tuanku Syed Putra, atas alasan sama.

Ketika diminta mengulas mengenai tindakan nelayan dan pemilik bot yang melancarkan mogok apabila tidak ke laut sebagai bantahan terhadap penarikan subsidi super diesel berkuatkuasa bulan ini, Muhyiddin berkata mereka sepatutnya tidak bertindak terburu-buru.

NONE"Ini kerana ia boleh menjejaskan penangkapan ikan yang boleh memberi kesan kepada bekalan ikan negara. Tentunya kesan panjang ia tidak baik, apa yang boleh kita bantu, kita akan bantu mereka," katanya.

Muhyiddin berkata, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, sudah pun meneliti perkara itu dan ia akan dibawa ke Kabinet.

- Bernama


  • Jashamsulnizam Jani · Pengulas Tertinggi · Friends with Mohd Sapine
    Mmg dasar TPM kepala otak kemetot, baghal... yg sertai perhimpunan ni semuanya rakyat M'sia yg ber 'IC' warna biru, bukan yg ber'IC' warna merah..., Ooo yes bru aku ingat BN hanya perlukan pengundi2 hantu bukan nyer undi dari warganegara M'sia yg mendaftar sbg pemilih, btul tak Muhyiddin a.k.a Bunta Gorilla?
    • Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
      Muhyiddin! Cukup2 la buat statement yg x masuk akal! Dan cukup2 la buat drama! Yg dok buat repot polis tu, org2 hangpa juga. Yg tu la sbnarnya yg x mewakili pendapat rakyat, tapi mewakili pendapat 'bos2' mereka yg upah mereka! Owh...klau yg alik pembangkang ni, sumenya haram ya, dan klau alik awk, yg haram pun boleh jadi halal!! Tok sah dok mimpi la nak jadi PM dgn 'ampu' awk ni mohyiddin, umno/bn pun dah x lama dah...





Karpal: Bukan saya edar video seks
    • Kuek Ser Kuang Keng
      Jun 16, 11
      3:23pm

      Ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh hari ini membuat laporan polis ke atas seorang editor kanan kerana memberikan gambaran seolah-olah beliau bertanggungjawab mengedarkan video seks membabitkan bekas timbalan speaker Dewan Rakyat.

      NONEDalam laporan polisnya, Karpal mahu editor kanan NST Azmi Anshar didakwa melakukan fitnah jenayah kerana menyiarkan berita palsu dalam artikelnya yang berjudul 'Karpal's political chicanery exposed again' yang disiarkan pada 4 Jun lalu.

      "Saya tidak pernah pada sebarang masa mengedarkan mana-mana video lucah seks mantan timbalan speaker Dewan Rakyat ataupun sebarang video seks,” katanya kepada wartawan di luar balai Tun HS Lee di Kuala Lumpur.

      “Membuat pertuduhan seperti ini adalah perkara yang serius. Mengedarkan bahan pornografi adalah kesalahan serius mengikut Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002,” katanya.

      NONEDalam artikel itu Azmi melabelkan Karpal sebagai ahli politik yang cekap menggunakan kesempatan dan mengimbas tindakan peguam veteran itu pada masa lalu.

      Antaranya, termasuk “mengedarkan video lucah seorang mantan timbalan speaker Dewan Rakyat dan berang apabila video seks anak guamnya diedarkan”.

      Pada 1989 semasa sidang Dewan Rakyat, Karpal telah menamakan timbalan speaker berkenaan sebagai individu dalam video seks yang diedarkan tersebut dan menuntut beliau meletakkan jawatan.

      Pita itu diedarkan selepas 11 video dicuri dari sebuah peti keselamatan ketika rompakan di rumah individu tersebut.



NGO gesa kaji menyeluruh isu murtad
Norsyafinas Ahmad Sukri
Jun 16, 11
1:32pm

Pelbagai NGO Islam mahukan kerajaan membuat kajian terperinci terhadap punca sebenar fenomena murtad di negara ini.

Menurut mereka, tanpa mengetahui punca sebenarnya, gelaja itu tidak akan dapat ditangani dengan berkesan.

abim and university students 290508Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) beranggapan stastistik baru yang didedahkan di parlimen kelmarin merupakan petunjuk bahawa kajian menyeluruh perlu dilakukan.

"Saya ingat (kita) perlu menjalankan kajian yang terperinci punca (orang Islam) keluar dari agama Islam, sebab kita tidak tahu lagi apakah yang menyebabkan mereka berbuat demikian," kata Presiden ABIM, Dr Muhd Razak Idris.

Malaysiakini
kelmarin melaporkan, permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan adalah 135 orang antara tahun 2000 hingga 2010.

Jamil Khir BaharomLaporan itu berdasarkan statistik yang diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di parlimen yang menyatakan permohonan menukar status agama oleh orang Islam di Mahkamah Syariah berjumlah 863 kes dan sebanyak 168 kes diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Menteri berkenaan semalam dilaporkan menafikan laporan itu kerana sehingga kini belum ada satu pun kes yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah.

Pekida: Kenapa mereka berjaya

Sementara itu, Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin pula berpendapat, kajian tersebut perlu menjurus untuk mencari punca kerana kefahaman agama umat Islam masih belum kuat.

NONE"Banyak masalah yang berlaku sebenarnya, tetapi mereka (yang terlibat) sukar meluahkannya, (melainkan) hanya kepada orang yang dipercayai sahaja," katanya.

Beliau mencadangkan, tumpuan perlu dibuat di Sabah kerana negeri tersebut mencatatkan jumlah permohonan keluar murtad yang tertinggi iaitu sebanyak 238 kes.

Menurut Zaid (kiri) lagi, mungkin kefahaman Islam tidak dipupuk melalui institusi kekeluargaan dengan baik.

Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) pula berkata, kajian perlu dilakukan bagi memastikan sama ada faktor teknikal, seperti orang Islam yang dibesarkan oleh bukan Islam, menjadi penyumbang kepada gejala itu.

"(Ia) perkembangan yang membimbangkan, kajian segenap sudut boleh dilakukan dari segi undang-undang yang memerlukan peruntukkan kemas dan seragam kerana undang-undang yang ada di negeri tidak seragam," kata jurucakap PEMBELA, Dr Yusri Mohamad.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiyah Malaysia (Pekida), Jamaludin Yusof pula meminta pihak berkuasa agama mengkaji bagaimana umat Islam boleh dipengaruhi untuk menukar agamanya.

“Kenapa Kristian berjaya? (Ini) kerana mereka duduk sekali (dengan masyarakat," katanya.



Projek terbengkalai: K'jaan keluar surat pengesahan
Jun 16, 11 3:42pm

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengeluarkan surat pengesahan projek perumahan terbengkalai bagi mengurangkan beban pembayaran ansuran pinjaman rumah oleh pengguna yang menghadapi masalah projek terbengkalai dan sakit.

mca new cabinet member 180308 chor chee heungMenterinya Datuk Chor Chee Heung berkata langkah itu bagi membolehkan pembeli dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan-kemudahan lain dalam proses pembelian rumah.

Beliau berkata dengan adanya surat pengesahan berkenaan, pembeli boleh dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan membuat penstrukturan semula pinjaman perumahan ataupun mengurangkan kadar faedah pinjaman oleh institusi perbankan.

Selain itu, pembeli juga boleh membuat pinjaman perumahan kerajaan untuk sama ada membatalkan pinjaman baru (pinjaman penuh seperti pinjaman pada kali pertama) atau menangguhkan kenaan faedah pinjaman empat peratus sepanjang tempoh projek dipulihkan atau selama lima tahun (mana-mana yang terdahulu).

"Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sememangnya memandang serius isu projek perumahan terbengkalai yang menimpa rakyat," katanya ketika menjawab soalan P. Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) di Dewan Rakyat hari ini.

Kamalanathan meminta supaya kementerian menyatakan apakah tindakan yang diambil terhadap pemaju-pemaju rumah yang gagal menyiapkan projek perumahan seperti yang dijanjikan.

azlanDalam pada itu, Chor berkata kementerian kini dalam peringkat akhir proses menambahbaik perundangan sedia ada melalui pindaan kepada beberapa peruntukan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan Perlesenan) 1996 (Akta 118).

Katanya pindaan adalah untuk mewujudkan peruntukan khas bagi membolehkan tindakan pendakwaan diambil terhadap pemaju yang gagal menyiapkan projek dalam tempoh perjanjian yang ditetapkan atau menyebabkan suatu projek perumahan terbengkalai.

Menurut beliau kesalahan ini dicadangkan dikenakan denda sebanyak RM250,000 hingga RM500,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

"Di dalam cadangan pindaan akta ini juga, kementerian bercadang menaikkan kadar deposit daripada RM200,000 kepada tiga peratus daripada anggaran kos pembinaan yang diperakui oleh arkitek (tidak termasuk kos tanah tetapi termasuk yuran profesional)," katanya.

- Bernama


Raini Anwar · Pengulas Tertinggi · Johore Bahru, Johor, Malaysia
Yes la tu surat ade ke sama saje..terbengkalai sudah..rakyat lak yg jd susah cari alternatif..developer mana..goyang kaki dan badan naik kete beso2..
Sazali Raihan Alias · Pengulas Tertinggi · University of Michigan
alaaa senang jer buat dulu baru jual abisss cerita ,,,,,,/// tapi ingat harga mesti dikawal...


Abu Bakar Ba'asyir dihukum penjara 15 tahun
Jun 16, 11 4:34pm

Tokoh ulama Indonesia Abu Bakar Ba'asyir hari ini dijatuhi hukuman 15 tahun penjara oleh Mahkamah Daerah Jakarta Selatan selepas didapati bersalah terlibat dalam latihan ketenteraan kumpulan pengganas di Aceh.

NONEPemimpin pergerakan Jamaah Anshorut Tauhid (JAT) itu disabit dengan kesalahan merancang dan menggerakkan latihan ketenteraan bersama Dulmatin alias Joko Pitono, yang ditembak mati oleh polis tahun lalu.

Beliau juga didapati bersalah mengumpul dana untuk membiayai latihan itu dan menghasut peserta supaya melakukan tindakan keganasan.

Hukuman ke atas beliau dibacakan ketua majlis hakim Herry Swantoro pada pukul 1.40 petang, setelah empat anggota hakim lain membacakan keputusan masing-masing secara berganti-ganti dalam masa hampir lima jam sejak pukul 9 pagi ini.

Hukuman itu lebih ringan berbanding tuntutan pihak pendakwa raya yang meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas Ba'asyir.

Ketika diberi peluang untuk memberi pandangan terhadap keputusan itu, ulama berkenaan dengan tegas dan lantang menyatakan beliau menolak keputusan tersebut.

"Saya menolak kerana keputusan ini zalim, menyalahi syariat Islam. Haram bagi saya menerima hukuman ini," katanya.

NONETerdahulu pasukan peguambela beliau memberitahu mahkamah bahawa mereka akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Persidangan hari ini adalah yang ke-21 sejak beliau dihadapkan ke mahkamah pada pertengahan bulan Februari lalu, selepas ditangkap di sebuah kawasan di Ciamis, Jawa Barat pada 9 Ogos tahun lalu.

Beliau dituduh terlibat dalam penubuhan kem latihan ketenteraan jaringan pengganas Aceh di Pergunungan Jalin, Jantho, Aceh Besar serta merancang, menggerakkan, terlibat dalam pemuafakatan dan membiayai pelbagai kegiatan keganasan.

Beberapa tahun sebelum ini, Ba'asyir pernah dituduh terlibat dalam kejadian serangan bom di Bali dan kejadian serangan bom di hotel JW Marriott, Jakarta, tetapi tidak dapat dibuktikan bahawa beliau terlibat dalam kedua-dua kejadian itu.

indonesia australian embassy bombing 090904 chaosPada persidangan keputusan hari ini, pihak polis mengetatkan kawalan keselamatan di sekitar bangunan mahkamah di Jalan Ampera Raya, Jakarta Selatan dengan menempatkan lebih 3,000 petugas termasuk anggota tentera yang diminta membantu mengawal perhimpunan penyokong Ba'asyir yang berjumlah ratusan orang.

Hampir semua kedai di sekitar bangunan mahkamah itu ditutup bagi mengelak kejadian tidak diingini yang mungkin ditimbulkan para penyokong ulama itu.

- Bernama
RanGo BeZick
ya allah...betul la kata mu..akhir zaman..ulama dicaci di hina...tapi manusia yg bdoh, yg zalim diangkat sbgai pemimpin....
Cocklongnbig Feel · Pengulas Tertinggi
perbicaraan yg tidak adil sama sekali...tp tk mengapa..hanya jasad abu bakar yg terpenjara tp api perjuangan Islam tetap membara di bumi Allah ini..Allahu Akbar...


ADUN DAP berang foto diubahsuai hidung babi
Kuek Ser Kuang Keng
Jun 16, 11
1:20pm

Seorang wakil rakyat DAP Selangor berang selepas mendapati gambarnya telah diubahsuai dengan hidung babi dalam posting blog yang juga mengandungi laporan palsu bahawa beliau cuba mensabotaj rakannya dalam PAS.

utusan hamidah blog ng suee lim 150611ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim menyertakan salinan gambarnya yang
diubahsuai itu serta salinan posting blog tersebut dalam laporannya di balai polis Sekincan semalam.

Gambar yang diubahsuai dan posting itu dimuat dalam blog pro-Umno 'Sungai Rapat Online'.

"Saya mengesyaki blog itu milik exco kerajaan Perak Hamidah Osman atau penyokong beliau, kerana 90 peratus kandungannya adalah mengenai beliau," kata Ng ketika dihubungi Malaysiakini.

Hamidah adalah ADUN Umno Sungai Rapat.

utusan hamidah blog ng suee lim 150611Gambar yang diubahsuai itu ditemui dalam posting 14 Jun yang
bertajuk "DAP menyambut baik pengguguran Hasan Ali daripada sebarang jawatan dalam PAS" .

Ng mendakwa laporan itu palsu kerana beliau tidak pernah diwawancara oleh blog tersebut atau menyebut perkara yang memetik beliau dalam laporan itu.



Dewan Rakyat kecoh bila isu Buku Jingga disentuh
Jun 16, 11 1:56pm

Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika apabila berlaku pertikaman lidah antara beberapa anggota pembangkang apabila isu Buku Jingga disentuh seorang anggota parlimen kerajaan.

Keadaan bertukar gamat apabila Datuk Ismail Abd Muttalib (BN-Maran) bangkit mempersoalkan janji-janji yang dibuat oleh pembangkang di dalam Buku Jingga yang diperkenalkan mereka, lapor Bernama.

NONESoalan itu nyata 'mencuit' sensitiviti anggota pembangkang yang mula 'panas telinga' termasuk Azmin Ali (PKR-Gombak) bangun untuk memberi penjelasan walaupun ada suara-suara dari pihak anggota parlimen kerajaan yang menggesa soalan itu dijawab oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir.

Anwar dan tiga lagi anggota parlimen pembangkang -- Azmin, R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) muncul buat kali pertama di Dewan Rakyat pada sesi ini selepas tempoh penggantungan mereka selama enam bulan tamat hari ini.

Keempat-empat anggota parlimen pembangkang itu digantung daripada menghadiri sidang dewan pada Disember lepas atas kesalahan menghina Dewan.

azlanTerdahulu, isu buku jingga tercetus apabila Anwar mengemukakan soalan pada sesi soal jawab hari ini meminta kerajaan menjelaskan mengenai dakwaan kerugian Felda dan meminta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menyatakan kedudukan terkini kewangan Felda, kewajaran Felda meminjam lebih RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan prestasi pelaburan hasil daripada pinjaman ini.

Menjawab soalan itu, Ahmad memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa kedudukan kewangan terkini Felda berada dalam keadaan yang kukuh dengan jumlah aset terkini adalah sebanyak RM19.18 bilion.

Katanya nilai itu melibatkan tanah seluas 341,000 hektar yang dinilai berdasarkan harga kos dan bukan harga semasa.

"Sekiranya dinilai berdasarkan nilai semasa jumlahnya akan jauh lebih tinggi," katanya.

azlanDalam pada itu, Ahmad berkata pinjaman KSWP bertujuan untuk program tanam semula kebun peneroka, membiayai lima daripada 12 rumah projek perumahan mampu milik untuk generasi baru Felda dan projek gedung makanan negara.

Katanya hasil daripada projek-projek berkenaan dijangka memberikan faedah dan keuntungan yang berlipat ganda kepada Felda.

Menurut Ahmad, pada 28 Oktober tahun lepas kedudukan kewangan Felda dan pinjaman KWSP itu telah dinyatakan kepada semua anggota parlimen melalui laporan tahunan Felda.

"Tiada apa yang disembunyikan mengenai kewangan Felda seperti dakwaan yang dikemukakan wakil Permatang Pauh," katanya.

- Bernama

Tiada ulasan: