Khamis, 16 Jun 2011

AWAS!...KADANG2 KITA DIATAS...KEMUDIAN KEBAWAH...SEBAB KITA BUKAN ALLAH...YANG BERSIFAT MAHA AGONG...JANGAN KITA MACAM ANJING DENGAN BAYANG2...





Pensyarah dakwa Suara Keadilan putarbelit kenyataannya
Jun 15, 11 7:26pm

Seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Putrajaya hari ini kerana mendakwa akhbar Suara Keadilan memutar belit kenyataan beliau dalam penerbitan bertarikh 7 Jun.

Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat berkata beliau membuat laporan polis itu untuk membersihkan namanya memandangkan beliau tidak mengeluarkan kenyataan seperti yang dilaporkan oleh lidah rasmi PKR.

Beliau merujuk kepada laporan di muka dua akhbar berkenaan, bertajuk 'Kerajaan Perpaduan Berkubur – Prof Samsul Adabi' dan laporan muka depan bertajuk 'Umno Putih Mata'.

Samsul Adabi berkata ketika mengulas mengenai pemilihan jawatan dalam PAS baru-baru ini, beliau membuat kesimpulan bahawa parti itu telah dikuasai oleh PKR dari segi barisan baru penjawat jawatan dan ini menandakan kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Umno tidak akan menjadi kenyataan.

Ditanya tentang apa sebenarnya yang beliau katakan tentang BN, Samsul Adabi berkata beliau percaya BN masih boleh menang besar dan selesa dalam pilihan raya akan datang sungguhpun tanpa sokongan PAS bagi menubuhkan kerajaan perpaduan itu.

"Bagaimanapun, apa yang dilaporkan adalah sebaliknya. Kenyataan seperti Umno putih mata dan akan berdepan kesukaran dalam pilihan raya umum ke-13... saya tidak kata begitu.

"Kenyataan saya telah dimanipulasi bagi menyokong ideologi mereka. Saya berasa kecewa dan sedih. Tidak wajar bagi sesebuah akhbar untuk berbuat begini kepada sesiapapun, terutamanya ahli akademik seperti saya," katanya.

Mengenai sama ada beliau mahu akhbar terbabit memohon maaf, menarik balik artikel itu atau membuat pembetulan, beliau berkata setakat ini, beliau masih memikirkan langkah seterusnya yang akan diambil.

- Bernama


KDN: 'Anak Malaysia' perlu kajian
Salhan K Ahmad
Jun 15, 11
4:31pm
Kongsi 23

Menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata perubahan kepada kategori kaum dalam pendaftaran anak tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana ia perlu melibatkan pindaan undang-undang.

NONEPerkara itu juga perlu dikaji oleh pakar sebelum pindaan berkenaan dapat dijalankan, katanya lagi ketika ditanya berhubung tindakan oleh ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh sebelum ini yang cuba mendaftarkan anaknya sebagai 'Anak Malaysia'.

Hannah bagaimanapun gagal berbuat demikian kerana Jabatan Pendaftaran Negara hanya membenarkan beliau mendaftarkan anak perempuannya itu sebagai seorang Cina atau India seperti suaminya Ramachandran Muniandy.

Bercakap dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini, Hishammuddin berkata isu berkenaan memerlukan kajian bagi membolehkan pindaan kepada status kaum berkenaan dijalankan mengikut undang-undang.

NONE"Jadi bila timbul perkara seperti ini, kita kena pastikan ia dilakukan secara rasional, bukan sewenang-wenangnya atau dengan pertimbangan lain (terutama) perkara yang berbau kaum dan agama.

"Dan jabatan pendaftaran sentiasa melakukan sesuatu bersandarkan kepada undang-undang sedia ada.

"Saya semak tadi, kalau hendak buat perubahan tadi, perlu pinda undang-undang dan mungkin ada kaitan perlembagaan juga," katanya tanpa menyatakan undang-undang terlibat.

Tambahnya, maklumat terperinci berhubung kajian berkenaan hanya akan didedahkan kemudian kerana ia bukanlah perkara yang boleh diputuskan oleh beliau sendiri.

"Jadi anda bercakap tentang pindaan perlembagaan. Ianya satu proses dan perlukan lebih banyak perincian untuk dikaji... Biarlah pakar yang mengkajinya," katanya lagi.



Saksi utama mengaku beri kenyataan bercanggah
Hazlan Zakaria
Jun 15, 11
8:17pm

Pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni mengaku wujud perbezaan di antara kenyataannya pada 2009 dengan kenyataaannya pada 7 Jun lalu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

NONEShamsuddin meneruskan keterangannya hari ini - hari keenam
perbicaraan kes rasuah terhadap bekas menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Shamsuddin berkata terdapat tiga perbezaan: Pertama, dalam kenyataan sebelumnya, dia mengatakan rumah tersebut tidak dijual di bawah harga pasaran, tetapi sekarang dia mengatakan ianya dijual di bawah harga pasaran.

Kedua, katanya, dalam kenyataannya sebelum ini, dia mengatakan (pereka laman) Nasir Ismail dilantik olehnya dan dalam keterangan terbarunya, dia mengatakan Nasir dilantik oleh Khir.

Ketiga, kata Shamsuddin, sebelum ini dia berkata dia menjual rumahnya untuk menutup kerugiannya, dan sekarang dia mengatakan itu tidak benar dan dia menjual rumah tersebut kerana tidak ada pilihan.

khir toyo mansion 060709Bagaimanapun, Shamsuddin gagal menghuraikannya ketika DPP Abdul Wahab Muhammad bertanya mengapa berlaku perbezaan seperti itu.

Katanya, kenyataan terbarunya adalah sama seperti keterangannya di mahkamah dan menegaskan bahawa itulah yang betul.

Perbezaan kenyataan Shamsuddin itu berlaku hanya sehari selepas dua tuduhan terhadapnya digugurkan pada hari pertama perbicaraan pada 6 Jun lalu.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Shamsuddin memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini bahawa dia membeli dua lot tanah dan sebuah banglo di Jalan Suasa 7/1L, Seksyen 7, Shah Alam dengan harapan Dr Mohd Khir Toyo akan membeli semula hartanah itu pada masa hadapan.

Shamsuddin, yang memiliki beberapa syarikat berkaitan pembinaan dan pembangunan hartanah, berkata dia tidak melihat apa-apa peluang perniagaan di Selangor ketika membeli hartanah tersebut dari pemilik asal Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Permodalan Kebangsaan Berhad, Saiful Aznir Shahabudin pada Disember 2004.

Saksi kedua pendakwaan itu berkata semasa pertemuannya dengan kawan ayah Saiful Aznir ketika itu (Datuk Sumadi Ismail) di rumah Saiful Aznir pada 2004, Sumadi memberitahu kepadanya (Shamsuddin) bahawa Dr Mohd Khir turut berminat dengan rumah itu.

"Setelah saya diberitahu oleh Sumadi pada pertemuan kali pertama dengannya pada 2004 bahawa Dr Khir turut berminat membeli rumah itu dan pernah melawat rumah itu sebelum saya lawat, saya tidak lihat keinginan (Dr Khir) untuk beli rumah itu sebagai satu opportunity bagi saya (dari segi perniagaan).

"Saya lawat rumah itu dengan own interest dan tidak tahu bahawa Dr Khir berminat atas rumah itu sebelum saya melawat rumah itu bersama Sumadi," katanya ketika disoal balas oleh peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Dr Mohd Khir.

Shamsuddin turut menafikan dakwaan bahawa beliau telah mengambil inisiatif sendiri untuk menghubungi Dr Mohd Khir untuk berbincang mengenai hartanah tersebut, selain tidak melihat perkara itu sebagai satu 'peluang' kepadanya untuk memberi pertolongan kepada Dr Mohd Khir.

Beliau memberi keterangan pada hari keenam perbicaraan kes terhadap Dr Mohd Khir yang didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas Sdn. Bhd. (Ditamas) melalui Shamsuddin.

Hartanah tersebut yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohd Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai menteri besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di Shah Alam pada 29 Mei 2007.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 6 Jun lalu, melepas dan membebaskan Shamsuddin daripada tuduhan bersubahat dengan Dr Mohamad Khir berhubung tuduhan tersebut.

Ketika diminta Kamarul menerangkan bagaimana Dr Mohamad Khir 'menyuruhnya' (Shamsuddin) membeli dua lot tanah berkenaan pada Disember 2004 daripada Saiful Aznir, beliau berkata:

"Saya tidak ingat perkataan sebenar yang digunakan. Ia adalah cakap mulut.

"Bila Datuk Sumadi Ismail (seorang ahli perniagaan yang memberitahu mengenai hartanah tersebut) tidak boleh membeli, Mohd Khir kata pada saya 'Din, you (kamu) ajelah'. Perkataan 'suruh' tidak keluar, tetapi matanya, bahasa badannya kita kena baca. Itu bahasa orang berniaga."

Shamsuddin turut bersetuju dengan cadangan Kamarul Hisham bahawa beliau membeli hartanah tersebut dengan risiko bahawa Dr Mohd Khir berkemungkinan tidak mahu membeli rumah tersebut daripadanya.

Beliau sebelum ini berkata terpaksa membeli hartanah itu dari Saiful Aznir dengan harga RM6.5 juta, pada Disember 2004 setelah disuruh Dr Mohd Khir berbuat demikian.

Sementara itu, Shamsuddin memberitahu mahkamah bahawa terdapat beberapa percanggahan dalam keterangannya yang diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kali pertama pada 2009 dan pada sehari selepas beliau dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat iaitu pada 7 Jun lepas.

"Pada keterangan saya kepada SPRM pada 2009, saya menafikan bahawa hartanah melibatkan dua lot tanah dan sebuah banglo dijual kepada Mohamad Khir pada harga yang rendah daripada nilai pasaran, tetapi berkata sebaliknya pada 7 Jun.

"Saya juga pernah berkata saya melantik pereka laman, Nasir Ismail, 55, untuk melakukan kerja-kerja pengubahsuaian pada banglo tersebut, walhal keterangan terbaru mengatakan Nasir (yang telah melakukan kerja-kerja pengubahsuaian dengan berkonsepkan Bali pada harga RM6 juta) dilantik oleh Mohamad Khir," katanya.

Shamsuddin berkata apa yang dikatakannya pada SPRM 7 Jun lepas adalah sama dengan keterangan yang diberikan di mahkamah hari ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamed.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki bersambung esok.

Rakyat dicandui mimpi muluk Umno-BN lagi
Wira Arjuna
Jun 15, 11
1:23pm

Dalam lawatan saya ke India baru-baru ini, saban hari saya membaca iklan-iklan berbayar oleh kerajaan-kerajaan negeri di rantau itu mengenai projek-projek yang mereka telah mulakan untuk kebaikan rakyat.

Iklan itu dihiasi dengan pelbagai slogan, semuanya untuk memberikan mesej bagaimana rakyat bakal menerima manfaat begitu besar hasil pemerintahan kerajaan berkenaan.

india parliament new anti terror law 181208 01Peliknya kerajaan-kerajaan negeri yang membuat janji-janji sedemikian sudah pun lama memerintah. Jadi jika rakyat baru dijanjikan manafaat “yang bakal” dinikmati mereka, tentunya ada sesuatu yang tidak kena.

Di sebalik iklan-iklan yang penuh dengan janji-janji sedemikian, saya hanya perlu melangkah ke luar hotel untuk berdepan dengan realiti hidup di India.

Memang diakui New Dehli, Jaipur dan bandaraya-bandaraya lain seperti Amritsar mempunyai bangunan pencakar langit dan lebuh raya sibuk dengan kereta mewah, namun ia juga penuh dengan pengemis tua, muda dan kanak-kanak.

Menyayat hati

Amat menyayat hati bila melihat ibu mendokong bayi belasan bulan yang berpakaian nipis di musim sejuk dengan suhu 10 darjah Celsius di celah-celah kotaraya, mencari makanan di tong-tong sampah.

NONESaya tidak dapat mengelak daripada membandingkan iklan-iklan di India itu dengan muka depan akhbar-akhbar arus perdana di Malaysia semalam mengenai kejayaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) membabitkan pelaburan sebanyak RM2.27 bilion.

Utusan Malaysia
melaporkan gabungan semua 15 inisiatif ini dalam tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) mewakili pelaburan RM63.38 bilion dan pendapatan negara kasar sebanyak RM66.13 bilion serta mewujudkan 63,531 peluang pekerjaan.

Berdasarkan laporan media itu semata-mata, nampaknya Malaysia kini memasuki era keemasan di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mungkinkah ini satu hakikat? Atau, ia sebenarnya sama seperti apa yang berlaku di India?

beggars in Penang during chinese new yearKita bersyukur kerana pengemis-pengemis jalanan yang berkeliaran di negara kita kini kebanyakan mereka adalah rakyat asing; buat masa ini.

Namun siapa yang sanggup menafikan hakikat kita semua semakin merasakan kesempitan hidup.

Kos sara hidup yang melambung, tanpa kenaikan gaji yang selari, penarikan balik subsidi, kenaikan harga hampir semua barangan perlu, dari secawan kopi di gerai kepada bil elektrik – semuanya semakin mencengkam kita.

Bajet tambahan

Sehari selepas Najib mendabik dada memberitahu dunia mengenai manfaat yang bakal dikecapi rakyat daripada NKRA dan ETP tajaannya, timbalan beliau terpaksa berdiri di Parlimen memohon Belanjawan tambahan sebanyak RM13 bilion.

asli capital market summit 131107 awang adek“Ini untuk menampung keperluan perbelanjaan menguruskan negara,” kata Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussain (kiri).

Bermakna Belanjawan sebelum ini yang dibentangkan oleh Najib iaitu sebanyak RM162.8 bilion tidak mencukupi.

Ini juga bermakna belanjawan Najib hanya bertahan untuk tempoh begitu singkat, dan segala unjuran oleh pakar-pakar beliau tidak menepati sasaran!

Adakah kita sanggup dibuai dengan janji-janji indah NKRA, ETP dan sebagainya atau berpegang kepada realiti hidup semasa untuk merumuskan bahawa ada sesuatu yang amat tidak kena dengan ekonomi negara kita.

Kenapa subsidi untuk rakyat ditarik balik, manakala subsidi untuk Penjana Eletrik Bebas di kekalkan?

azlanKenapa perlu diadakan projek mega 100 tingkat Menara Warisan bernilai RM5 bilion atau membelanjakan RM65 juta untuk mengubah suai kediaman Perdana Menteri?

Apakah keperluan untuk kerajaan bergabung dengan sektor swasta membelanjakan RM27 juta ringgit untuk mengumpul sejuta pemuda bagi beramah mesra dengan Perdana Menteri, baru-baru ini?

Keperitan hidup

Bagaimanakah Kementerian Perlancongan boleh diberi kelulusan membelanjakan RM1.8 juta untuk mengendalikan laman Facebooknya, sesuatu yang boleh dilakukan dengan belanja jauh lebih murah?

azlanJawapan kepada persoalan-persoalan ini tidak mungkin akan dikupas oleh media arus perdana milik kerajaan, namun ini tidak bererti rakyat tidak boleh memikirkan mengenainya.

Dalam mengharungi keperitan hidup akibat pemotongan subsidi, rakyat kini menyaksikan kerajaan yang sama memohon kepada Parlimen untuk diberikan tambahan RM13 bilion bagi pengurusan negara.

Sudah tentu ia akan memburukkan lagi defisit negara, dan jika defisit negara bertambah meruncing, apakah ini tidak bermakna rakyat akan dijadikan mangsa menerusi pemotongan subsidi yang lebih dahsyat?

Pembaziran, ketirisan dan rasuah mewarnai setiap kerajaan yang memerintah di India sejak kemerdekaan. Prinsip-prinsip yang dijulang oleh Bapa India – Mahatma Gandhi sudah lama diabaikan oleh kebanyakan ahli poltik negara itu dalam mengejar kemewahan untuk diri dan kroni.

NONESegelintir daripada rakyatnya adalah antara yang terkaya di dunia, namun sebilangan besar masih lagi terperangkap dalam kancah kemiskinan tegar yang amat memeritkan.

Di Malaysia, janji-janji NKRA-ETP ialah pusingan mimpi baru yang dijual oleh kerajaan Umno-BN kepada rakyat negara ini.

Ungkapan kroni, kronisme

Kita sudahpun menyaksikan bagaimana pengswastaan Tun Dr Mahathir Mohamad mempopularkan ungkapan kroni dan kronisme.

Duit rakyat beratus billion ringgit disalur untuk membayar syarikat-syarikat konsesi air, elektrik, dan sistem aliran transit ringan dan sebagainya.

NONEHasil jelas pemerintahan beliau, rakyat terpaksa membayar tol tinggi untuk menggunakan lebuhraya, bil elektrik dan air juga meningkatkan manakala kemudahan pengangkutan awam negara ini jauh daripada memuaskan.

Selepas Mahathir, rakyat disajikan pula rancangan-rancangan seperti Koridor Ekonomi wawasan Tun Abdullah Badawi.

Belum pun Koridor itu menjadi realiti, rakyat diminta menerima keindahan NKRA dan ETA oleh Perdana Menteri 1Malaysia Najib Razak.

Maaf jika rasa sinis saya membaca iklan-iklan akhbar berbayar kerajaan di India menyerlah sekali lagi apabila membaca “kebesaran ETP dan NKRA” di muka depan akhbar-akhbar arus perdana semalam.

Saya cuma memikirkan nasib rakyat yang terperangkap dengan segala sara hidup semakin melambung yang cuba dibuai dengan mimpi-mimpi seorang lagi Perdana Menteri Umno-BN.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

Pengusaha kereta terpakai terus berdemo
Elissa Helmy
Jun 15, 11
4:40pm

Persatuan Perniagaan Kenderaan Negeri Melaka meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengkaji semula pindaan terhadap Akta Sewa Beli 1967 yang berkuatkuasa hari ini.

used car dealers demo in protest, melakaMereka mendakwa ia akan mendatangkan kesan terhadap pengguna dan juga industri penjualan kenderaan di negara ini.

Menurut Naib Presidennya, Raymond Choo, akta berkenaan akan mengakibatkan pengguna terpaksa menanggung kos jauh lebih tinggi bagi perlaksanaan peraturan baru itu.

Katanya, mengikut pindaan itu, semua kereta terpakai terpaksa melalui pemeriksaan tambahan 14 perkara sebelum sesuatu kenderaan itu dibolehkan dipindah milik kepada pembeli baru.

"Pemeriksaan tambahan 14 perkara itu atau dikenali sebagai B7 tidak termasuk pemeriksan wajib 4 perkara iaitu disebut B5.

"Sebelum ini hanya bayaran RM30 untuk pemeriksaan B5 namun ia meningkat kepada RM90 untuk pemeriksaan B7 sebaik akta itu berkuatkuasa," katanya ketika menyertai demonstrasi aman bersama lebih 100 pengusaha kenderaan terpakai bagi menbantah pindaan itu di Melaka hari ini.

Pendingan udara

NONEBeliau berkata, sebelum ini B5, hanya membabitkan pemeriksaan enjin, badan, cermin dan penyambungan kenderaan tetapi dengan terlaksananya B7 akan melalui syarat yang lebih ketat.

"Perlaksanaan syarat tambahan itu antaranya turut mewajibkan semua kenderaan terpakai di pasang pendingin udara sebelum membolehkan ia dipindah milik.

"Untuk memenuhi semua syarat berkenaan, sudah pasti akan melibatkan kos lebih tinggi sehingga akan menjejaskan harga kenderaan terbabit.

"Jikalau sebelum ini, kami perlu memperuntukkan masa sekurang-kurang 3 hingga 4 jam di Puspakom tetapi dengan pemeriksaan tambahan ini akan mengambil masa yang lebih lama," katanya.

Raymond mendakwa, perlaksanaan tersebut sudah pasti akan menyebabkan harga kereta terpakai menjadi lebih rendah sehingga pengguna akan lebih suka memilih untuk terus menggunakan kereta berkenaan daripada ditukar baru.

chery cars 191004"Yang turut menerima kesan, sudah pasti industri perbankan kesan dari kelembapan penjualan kenderaan terbabit.

"Malah kalangan pengusaha yang kekurangan modal juga akan merasa lebih terimpit apabila perlaksaan akta tersebut turut mensyaratkan kedai kereta melangsaikan segala baki pinjaman kenderaan terpakai dalam tempoh tujuh hari sebelum dijual kepada membeli baru," katanya yang mendakwa ramai pengusaha akan gulung tikar selepas ini.

  • Sam Lombardo · Pengulas Tertinggi · Pondok Pesantren Walibarokah Burengan Banjaran Kediri
    alasan tu....pengguna dijualnyaaaaaaa....nk bela pengguna konon...sape puspakom tu...anak syarikat sape...kalau betol2 nk tolong pengguna....turunkan cukai kereta import...harga kereta malaysia duti free sama mcm kat overrsea...ini harga beratus ribu...nk tolong rakyat...tuuuihhhh...operasi berangkai...tu namanya...kos puspakom naik...harga kereta status besi buruk naik....sape yg kena...pengguna laaaa....pegiiiii mammmpossssss laaaaa....
    • Izul Ishak · Pengulas Tertinggi · Sungai Petani
      Cek dok tunggu kereta elektrik bila plk nak dipasarkan...kereta bahan api fosil cek dah tak minat dah...
Kerajaan teliti pindaan Akta Sewa Beli
Jun 15, 11 6:18pm

Penjual kereta, pengedar dan pengguna diminta bertenang kerana kerajaan sedang berusaha mencari jalan penyelesaian terhadap masalah berhubung pelaksanaan Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) yang mula dilaksanakan hari ini.

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata ketiga-tiga pihak ini bimbang, kerana akta tersebut memperuntukkan pemeriksaan tambahan ke atas kereta terpakai sebelum ia dijual, yang menurut mereka akan mengakibatkan kos tambahan dan kelewatan.

Oleh kerana itu mereka bimbang, termasuk dalam soal peruntukan baru berhubung penyediaan wang muka, katanya kepada wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Pada 9 Jun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa penjual kenderaan terpakai dikehendaki membayar RM90 sebagai yuran pemeriksaan kepada Puspakom yang melakukan pemerikaan sebelum jualan boleh dibuat.

Di bawah akta ini, penjual boleh meminta deposit 10 peratus daripada pembeli.

Selain itu terdapat tambahan 14 item kenderaan yang perlu menjalani pemeriksaan tidak seperti sebelumnya hanya empat item.

NONE"Saya akan berbincang dengan menteri (Ismail Sabri) dan cuba mengemukakan penyelesaian yang baik," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengedar Kereta Kuala Lumpur & Selangor dan Syarikat Kredit (KLSCDCCA) Khoo Kah Jin berkata pemeriksaan empat item sekarang adalah memadai untuk perlindungan keselamatan.

Selepas sidang akhbar itu, Koh bertemu Ismail Sabri untuk membincangkan perkara berkenaan dengan wakil-wakil dari KLSCDCCA.

- Bernama

  • Cocklongnbig Feel · Pengulas Tertinggi
    hentikanlah buat pemeriksaan item mengarut2 tu...bnyk yg tk ada kena mengena dgn keselamatan...nnt, makin bnyk undang2, makin bnyk rasuah...sbg cnth, skrg pemeriksaan sebuah lori komersil dilakukan di puspakom..lori ini gagal krn tmpt duduk koyak..apa kena mengena tmpt duduk koyak dgn faktor keselamatan di jalanraya? klu utuk kereta nnt, tk tau la peraturan bodoh apa lg yg nk di buat dek kjaan..
  • Iman Hakim · Sek Keb Taman Selasih
    Terus Mengagung Kapitalis....di bawah telunjuk kapitalis...

'Gugur Hasan Ali cadangan pemimpin utama PAS'
Jun 15, 11 11:32am

Cadangan menggugurkan exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali sebagai pesuruhjaya PAS Selangor dibuat oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalan dan tiga naib presidennya sendiri.

Anggota jawatankuasa pusat PAS Khalid Samad mendedahkan, mesyuarat pertama pada petang 12 Jun lalu hanya membincangkan cadangan kesemua pemimpin utamanya yang dibuat pada pagi hari yang sama.

"Presiden bersama TazlanP (timbalan presiden) dan tiga NP (naib presiden) telah bermesyuarat di sebelah pagi dan cadangan mereka berhubung kesemua pelantikan tersebut akan dikemukakan untuk persetujuan mesyuarat penuh AJK pusat.

"Yang pasti, bermacam jenis andaian telah kedengaran, ada yang menggambarkan perubahan menyeluruh bakal berlaku, ada juga yang menggambarkan tiada rombakan sama sekali," katanya menjelaskan situasi ketika itu.

Menulis dalam blognya semalam, Khalid menjelaskan, sebelum cadangan itu dibincangkan jawatankuasa pusat, beliau tidak terlibat sama kerana diarahkan keluar selama 15 minit bersama Dr Hasan.

"Kami berdua pun terus bangun dan keluar. Sambil berjalan keluar sempat juga saya bertanya secara berseloka, 'Eh, saya bukan calon PJ (pesuruhjaya), kenapa pula saya juga kena keluar?'

"Soalan saya hanya dijawab dengan gelak ketawa oleh yang lain," coretnya dalam artikel berjudul "Yang Tercantas dan yang Dicantas".

Pasti dituduh

Justeru, beliau menafikan berhajat merebut jawatan itu dan akan menolaknya jika ditawarkan.

"Tambahan pula sekiranya berlaku perubahan dan saya menjadi penggantinya, sudah pasti saya akan dituduh menjatuhkan yang lama untuk menjadi yang baru, sedangkan saya tidak pernah pun bercita-cita sebegitu.

azlan"Apa yang saya inginkan hanyalah peluang untuk menegur perkara yang saya fikirkan tidak betul," katanya.

Khalid sebelum ini dilaporkan bergeser dengan Dr Hasan yang membawa kepada pengguguran jawatannya sebagai timbalan pesuruhjaya PAS Selangor.

Walaupun menyambut baik pertukaran itu atas banyak sebab - antaranya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 - Khalid menolak gesaan supaya jawatan exco kerajaan negeri yang disandang Dr Hasan turut digugurkan.

"Saya ingin menyatakan di sini, bahawa jawatan exco tersebut amat perlu dikekalkan, sepertimana kehendak Datuk Seri presiden (PAS).

"Ini kerana mereka akan terus menyumbang ke arah pengukuhan PAS serta kemampuan PAS bersama Pakatan Rakyat untuk mencapai kemenangan gemilang di dalam pilihan raya ke 13," katanya.

Fauzi Yaacob · Pengulas Tertinggi
jawatan dalam pas adalah untuk berkhidmat. kalau nampak tak sesuai boleh ganti orang lain. tak ada masalah tak ada gadoh gadoh kerana orang pas sudah cukup faham akan erti perjuangan . pas tak sama dengan umno. umno jawatan parti penting untuk diri . orang umno sanggup bunuh dato taha taib kerana berebut jawatan. guna wang untuk dapat jawatan perkara biasa.

Zunar saman kerajaan kerana tangkapnya
Regina Lee
Jun 15, 11
12:27pm

Pelukis kartun dan satira Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih popular dengan nama Zunar hari ini memfailkan saman ke atas kerajaan Malaysia berhubung tahanannya tahun lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam saman itu, Zunar menuntut bayaran pampasan yang tidak dinyatakan jumlahnya. Beliau menamakan pegawai yang menahannya ASP Arikrishna Apparau, pegawai penyiasat ASP Marina Hashim, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, kementerian dalam negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

NONEZunar memfailkan saman itu melalui Tetuan Daim & Gamany di Mahkamah Tinggi Sivil di Kuala Lumpur.

Dalam pernyataan tuntutan itu Zunar mendakwa pada 24 Sept 2010, pukul 4 petang sepasukan polis yang diketuai ASP Arikrishna telah menyerbu pejabatnya dan bertindak menangkap beliau serta merampas 66 buah buku bertajuk "Cartoon-0-phobia" dan sebuah lukisan kartun.

Katanya selepas tangkapan itu beliau telah dibawa ke beberapa balai polis di Kuala Lumpur dan Selangor sebelum lewat malam untuk direman sehari dan terpaksa bermalam di Balai Polis KLIA atas dakwaan menghasut.

Zunar mempertikaikan asas-asas penangkapan dan penahanannya, rampasan terhadap karyanya dan menyatakan bahawa tindakan itu adalah salah di sisi Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang serta berniat untuk mengagalkan pelancaran buku tersebut.

Berikutan itu Zunar menuntut gantirugi am termasuk gantirugi teladan dan teruk, perintah supaya buku-buku yang dirampas dikembalikan kepadanya atau gantirugi sebanyak RM1,650, perintah supaya lukisan kartun dikembalikan atau gantirugi khas dan lain-lain.

[Baca berita penuh]


Tiada ulasan: