Ahad, 28 Februari 2010

MAKSIAT DAN KEJAHATAN BERTIMPA.2....BAHANA MENGEJAR DUNIA LUPA KEHIDUPAN AKHIRAT

TERKINI

Berdepan kes bunuh, bersekedudukan

27/02/2010 7:31pm

KUALA LUMPUR – Pemandu teksi, yang berdepan dengan tuduhan membunuh kerana dipercayai mendera sehingga mati anak perempuan teman wanitanya, juga bakal dihadapkan ke mahkamah syariah kerana bersekedudukan dengan ibu mangsa sehingga melahirkan seorang anak luar nikah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, DSP Bakhtiar Rashid berkata, polis akan merujuk lelaki berumur 28 tahun itu dan ibu mangsa, 25, ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut setelah didapati tidak berkahwin tetapi hidup bersama sehingga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil perhubungan selama enam tahun.

"Ibu mangsa masih belum bercerai dengan suaminya, tetapi berlagak seperti sepasang suami isteri dengan suspek,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, kanak-kanak perempuan, Syafia Humairah Sahari, 3, dilaporkan mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali dekat ini, pada Khamis lepas.

Bakhtiar berkata, suspek itu kini ditahan reman tujuh hari sehingga 4 Mac ini di lokap Balai Polis Kuala Kubu Baru bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya, polis akan memohon untuk melanjutkan reman sehingga 14 hari terhadap suspek bagi menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Selain itu, katanya, suspek juga positif dadah setelah ujian air kencing diambil semasa dalam tahanan.

Bakhtiar berkata, polis juga akan menahan enam individu termasuk ibu mangsa dan saksi di tempat kejadian yang mempunyai kaitan dengan kes kematian kanak-kanak perempuan itu.

"Kita akan membuat tangkapan secara menyeluruh termasuk kemungkinan menahan emak (ibu mangsa) yang melakukan perbuatan sama mendera anaknya itu.

“Saksi akan turut diambil keterangan berikutan ada beberapa orang yang melihat kejadian berlaku tetapi tidak melaporkan kepada polis,” katanya.

Selain itu, katanya, polis akan mengambil keterangan bapa mangsa yang kini ditahan reman tanpa boleh dijamin di Penjara Sungai Buloh sejak 2006.

Bakhtiar berkata, hasil bedah siasat ke atas mayat Syafia Humairah di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) pada 10.30 pagi ini mendapati kematian kanak-kanak itu adalah akibat kecederaan serius berikutan terdapat pendarahan di otak dan pecah pada bahagian abdomen.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan juga mendapati terdapat penderaan berterusan pada badan mangsa. Ada kesan-kesan kecederaan luaran yang baru dan lama dilakukan dipercayai dipukul oleh benda keras.

"Pada bahagian belakang tubuh badan mangsa pula terdapat lebam selain leher, pipi dan bahunya,” katanya.

Menurutnya, keluarga ibu mangsa telah menuntut mayat kanak-kanak itu dari Bilik Mayat HKKB pada kira-kira 1.30 petang tadi dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, Sungai Buloh petang ini. – BernamaBukan sahaja berdepan kes bunuh, tetapi bersekedudukan

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Pemandu teksi, yang berdepan dengan tuduhan membunuh kerana dipercayai mendera sehingga mati anak perempuan teman wanitanya, juga bakal dihadapkan ke mahkamah syariah kerana bersekedudukan dengan ibu mangsa sehingga melahirkan seorang anak luar nikah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, DSP Bakhtiar Rashid berkata, polis akan merujuk lelaki berumur 28 tahun itu dan ibu mangsa, 25, ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut setelah didapati tidak berkahwin tetapi hidup bersama sehingga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil perhubungan selama enam tahun.

"Ibu mangsa masih belum bercerai dengan suaminya, tetapi berlagak seperti sepasang suami isteri dengan suspek,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, kanak-kanak perempuan, Syafia Humairah Sahari, 3, dilaporkan mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali dekat ini, pada Khamis lepas.

Bakhtiar berkata, suspek itu kini ditahan reman tujuh hari sehingga 4 Mac ini di lokap Balai Polis Kuala Kubu Baru bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya, polis akan memohon untuk melanjutkan reman sehingga 14 hari terhadap suspek bagi menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Selain itu, katanya, suspek juga positif dadah setelah ujian air kencing diambil semasa dalam tahanan.

Bakhtiar berkata, polis juga akan menahan enam individu termasuk ibu mangsa dan saksi di tempat kejadian yang mempunyai kaitan dengan kes kematian kanak-kanak perempuan itu.

"Kita akan membuat tangkapan secara menyeluruh termasuk kemungkinan menahan emak (ibu mangsa) yang melakukan perbuatan sama mendera anaknya itu.

“Saksi akan turut diambil keterangan berikutan ada beberapa orang yang melihat kejadian berlaku tetapi tidak melaporkan kepada polis,” katanya.

Selain itu, katanya, polis akan mengambil keterangan bapa mangsa yang kini ditahan reman tanpa boleh dijamin di Penjara Sungai Buloh sejak 2006.

Bakhtiar berkata, hasil bedah siasat ke atas mayat Syafia Humairah di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) pada 10.30 pagi ini mendapati kematian kanak-kanak itu adalah akibat kecederaan serius berikutan terdapat pendarahan di otak dan pecah pada bahagian abdomen.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan juga mendapati terdapat penderaan berterusan pada badan mangsa. Ada kesan-kesan kecederaan luaran yang baru dan lama dilakukan dipercayai dipukul oleh benda keras.

"Pada bahagian belakang tubuh badan mangsa pula terdapat lebam selain leher, pipi dan bahunya,” katanya.

Menurutnya, keluarga ibu mangsa telah menuntut mayat kanak-kanak itu dari Bilik Mayat HKKB pada kira-kira 1.30 petang tadi dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, Sungai Buloh petang ini. – Bernama



KISAH MULANYA


NEGARA

Anak mati didera kekasih ibu


SYAFIA


KUALA KUBU BARU - Polis menahan seorang pemandu teksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang dipercayai menjadi mangsa dera di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama dekat Batang Kali semalam.

Kejadian pukul 8.30 malam itu terbongkar selepas lelaki berusia 28 tahun terbabit membawa mayat kanak-kanak itu, Syafia Humairah Sahari ke Hospital Kuala Kubu Baru dengan mendakwa mangsa terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun, selepas diteliti, pihak hospital mendapati terdapat kesan lebam di seluruh badan kanak-kanak tersebut termasuk di perut dan bawah telinga selain luka di dagu yang tidak selari dengan cerita kemalangan.







lagi beritanya


JENAYAH

ARKIB : 27/02/2010

Kanak-kanak tiga tahun mati didera teman lelaki ibu

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Sungguh tergamak hati segelintir manusia untuk berlaku kejam dan menyiksa kanak-kanak yang baru berusia tiga tahun sehingga mati.

Apalah kanak-kanak malang itu tahu, sehingga menyebabkan dia dipukul dan diseksa sehingga menemui ajal.

Tanpa rasa kasih sayang, kanak-kanak perempuan ini, Syafia Humairah Sahari mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di sebuah rumah di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama dekat Batang Kali malam tadi.

Difahamkan, terdapat kesan luka dan lebam pada tubuh kanak-kanak perempuan itu termasuk di bahagian dagu, perut dan bawah telinga.

Kanak-kanak itu dihantar ke wad kecemasan Hospital Kuala Kubu Bharu kira-kira pukul 8.30 malam tadi oleh teman lelaki ibunya, yang merupakan seorang pemandu teksi.

Pemandu teksi itu yang ditemani rakannya di hospital mendakwa kanak-kanak itu cedera selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Jururawat yang memeriksa mangsa mencurigai sesuatu apabila lelaki tersebut seolah-olah resah dan tidak mahu memberi sebarang keterangan berhubung kemalangan itu.

Sebaliknya, dia mendakwa perlu meninggalkan kanak-kanak itu di hospital untuk bergegas ke balai polis bagi membuat laporan berhubung kemalangan itu.

Bagaimanapun, perkara itu terbongkar apabila pihak hospital menghubungi polis kira-kira pukul 11 malam untuk mengetahui status kemalangan itu dan mendapati tiada sebarang laporan kemalangan jalan raya dibuat di mana-mana balai di kawasan tersebut.

Doktor yang mengesyaki kanak- kanak itu menjadi mangsa dera kemudiannya bertindak membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supritendan Norel Azmi Affandi Yahya berkata, berikutan laporan itu, polis menahan teman lelaki ibu mangsa, berusia 28 tahun kira-kira pukul 3 pagi ini bagi membantu siasatan.

"Selepas disoal siasat, suspek mengaku memukul serta menampar mangsa sebelum dia rebah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ibu kepada kanak-kanak itu dikatakan pengsan selepas mendengar anaknya itu mati dan kini sedang dirawat di hospital yang sama.

Difahamkan, wanita yang berstatus ibu tunggal berusia 25 tahun itu mempunyai hubungan intim dengan suspek sejak enam tahun lalu dan hasil perhubungan itu juga, mereka mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan.

Menurut Norel Azmi, polis turut mengambil keterangan daripada ibu kanak-kanak terbabit petang ini di bilik mayat hospital.

"Siasatan awal mendapati, suspek mengaku mendera kanak-kanak itu bersama teman wanitanya menggunakan objek tajam," katanya.

Sementara itu, bapa kandung kanak-kanak malang terbabit ketika ditemui di rumahnya dekat sini hari ini bagaimanapun enggan ditemuramah kerana masih dalam keadaan trauma.



LAGI RESPON



Kes Syafia Humairah: Tamparan hebat kepada kerajaan

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Mac: Kesal dan dukacita dengan insiden melibatkan Syafia Humairah Sahari, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS menganggap ianya satu tamparan hebat kepada kerajaan, rakyat dan keseluruhan sistem masyarakat di negara ini.

Sehubungan itu, katanya PAS mahu pihak polis melakukan siasatan segera berhubung kes kematian seorang kanak-kanak berusia tiga tahun,Syafia Humairah Sahari sehingga membawa kepada kematiannya, Khamis lalu.

"PAS yakin, majoriti rakyat di negara ini berasa marah dan mahu pembunuhnya dihukum mati. Dalam Islam, hukuman bagi kes sebegini adalah dipancung di khalayak ramai sebagai pengajaran kepada rakyat keseluruhannya.

"PAS berharap agar pihak polis mempercepatkan siasatan kes ini," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

PAS turut menyeru kerajaan agar menyemak semula modul sistem masyarakat dan keluarga yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat agar selari dengan kehendak Allah.

Usaha murni membina masyarakat tegas Idris, bukan hanya bergantung kepada satu kementerian itu sahaja, tetapi ianya melibatkan semua organisasi Kerajaan yang secara langsung turut memberikan input kepada pembinaan sistem masyarakat di negara ini.

Menurut beliau juga, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan harus membantu dalam memberikan input-input positif dalam masyarakat, bukan hanya program hiburan kepada masyarakat.

"Kajian terhadap kehidupan dan cara fikir rakyat perlu dibuat secara kerap dan tidak hanya bergantung pada kempen-kempen budi bahasa yang menghabiskan duit rakyat dengan pelancaran program dan konsert," katanya.

Kes Syafia ini juga ujarnya, menuntut rakyat untuk kembali kepada cara hidup Islam dan menjadikan keluarga sebagai nadi kekuatan bagi setiap anggotanya.

"Institusi keluarga yang hancur seperti yang dilalui oleh Syafia adalah contoh realiti yang berlaku dalam masyarakat. PAS yakin bahawa ramai lagi anak-anak malang yang hidup dalam suasana seperti Syafia dan perlukan perhatian masyarakat," katanya lagi.

Justeru, PAS berharap agar rakyat dan Kerajaan keluruhannya bekerjasama bagi memulihkan sistem masyarakat yang kian terdedah kepada keganasan ini.

"Tidak guna jika negara ini maju dan menjadi 'global player' tetapi dalam masa yang sama kita hilang identiti sosial untuk diwariskan pada generasi akan datang. PAS yakin, hanya Islam yang mampu berikan kesejahteraan dan perlindungan bagi setiap insan,” katanya.

Syafia, dari Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dilaporkan meninggal dunia Khamis lalu apabila seorang lelaki yang menjadi kenalan ibunya mendakwa kanak-kanak itu terjatuh dari motosikal dan meninggal dunia.

Lelaki itu membawa kanak-kanak tersebut ke Hospital Kuala Kubu Baharu tetapi pihak hospital yang mengesyaki sesuatu yang tidak kena telah membuat laporan polis dan suspek kemudiannya ditahan pada jam 3 pagi selepas berjaya dijejaki polis


BIASALAH LUPA IA DIBESARKAN....DAN SEKARANG DAH BOLEH HIDUP SENDIRI....TANDA AKHIR ZAMAN

TERKINI

Bila anak enggan bantu ibu bapa

27/02/2010 2:53pm

MARANG - Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said berkata, kegagalan anak menolong ibu bapa daripada segi kewangan adalah antara faktor jumlah penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di negeri itu bertambah setiap bulan.

Malah kata beliau, ada di antara anak yang berjaya dalam hidup marah kepada JKM apabila bantuan kewangan kepada ibu atau bapa mereka dihentikan.

"Mereka sepatutnya malu kerana waktu bantuan diberikan ketika itu mereka masih lagi kecil. Kini bila dah berjaya, nak potong RM300 daripada gaji sendiri untuk ibu bapa pun payah.

"Ini yang menjadikan peningkatan kerana kita tak potong mereka ini daripada senarai penerima dan ditambah pula dengan penerima yang baru setiap bulan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Juara Rakyat Bahagian Marang, di sini hari ini.

Ahmad berkata, pada masa ini terdapat 25,000 penerima bantuan JKM di negeri itu. - Bernama



INI KESAN DIABAIKAN


Pesakit kecewa maut terjun bangunan HPP



2010/02/27

GEORGETOWN: Kecewa kerana tiada ahli keluarga sudi menjaganya di hospital, seorang lelaki berusia 53 bertindak nekad terjun melalui tingkap di aras empat sebuah wad sehingga maut di Hospital Pulau Pinang (HPP), kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah hari apabila mangsa yang menghidap penyakit buah pinggang dipercayai mengalami tekanan disebabkan tiada ahli keluarga menjaganya di hospital.

Gan berkata, mangsa yang mengalami kecederaan teruk kerana terjun dari aras tinggi meninggal dunia di tempat kejadia


Sabtu, 27 Februari 2010

TEGURAN USTAZ NI TUK KEBAIKAN...TERIMALAH....JGN MENYESAL KEMUDIAN

Harap Zila Bakarin patuh perintah Allah



Ismail Hashim

SHAH ALAM, 27 Feb: Pengasas Maahad Tahfiz Darul Fikri, Kuantan, Ustaz Rosli Abdul Jabar berharap artis Zila Bakarin akan segera mematuhi perintah Allah SWT di dalam semua hal dan melaksanakan hukum-Nya tanpa berdolak-dalik lagi.

“Saya amat prihatin dengan kenyataan seumpama itu kerana dibimbangi membawa mudarat kepada ketauhidan seseorang Muslim jika dibuat dalam keadaan mempersendakan namun beliau berharap artis itu membuat kenyataan itu dalam keadaan ‘tidak tahu’.

“Namun mesti ada usaha untuk memahamkan beliau atau menjadi kewajipan beliau sendiri untuk belajar ilmu agama dengan lebih mendalam lagi,” tegas Ustaz Rosli selepas menyampaikan kuliah bulanan di Markas PAS Seksyen 18, dekat sini semalam.

Ini, katanya kerana umat Islam tidak kira dari golongan apa pun wajib menunaikan segala hukum dan perintah Allah SWT dan daripada menurut perintah-Nya dengan ikhlas sahajalah, mereka akan mendapat petunjuk daripada Allah.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Zila yang enggan memakai tudung selagi mana hatinya masih mempunyai rasa tidak baik terhadap orang lain dan memohon Allah SWT memberikan petunjuk kepadanya.

Dengan menyatakan dalil al-Quran yang bererti, “Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang fasiq”, Ustaz Rosli berkata, beliau hanya memberikan peringatan secara umum kepada semua orang tidak hanya kepada artis itu sahaja dan berharap mereka akan mengikuti jalan benar dengan segera.

Dalam satu laporan portal berita bertajuk ‘Zila Bakarin: Buat Apa Pakai Tudung Kalau Hati Tak Betul’, artis itu berkata: “Misalnya pakai tudung memang saya nak sangat tetapi biarlah saya ubah perkara yang lain dulu. Bagi saya bertudung ini bagus dan harap-harap Tuhan bukakan pintu hati ini”.

“Saya tak nak pakai tudung di luar tetapi hati kita benci dengan orang lain. Saya nak berbaik dengan semua orang dulu. Biarlah orang tak suka saya pun, itu perkara nombor 10,” ulasnya lagi yang juga Yang Dipertua PAS Kuantan.

BILA SYAITAN MENGUASAI...AGAMA PULA TAK DIPENDULI

Tubuh habuan abang

Oleh Rohaya Bu-za
am@hmetro.com
2010/02/27

KUALA TERENGGANU: Ibarat keluar mulut buaya, masuk mulut harimau. Begitulah nasib malang dilalui seorang gadis yang menjadi mangsa kerakusan abang kandungnya sejak usia sembilan tahun dan tragedi hitam itu terus berulang sehingga usianya menginjak 19 tahun.

SAYU...Tina resah terkenang kisah silam.
SAYU...Tina resah terkenang kisah silam.
Lebih malang, teman lelaki yang berjanji mahu mengahwininya, turut mengambil kesempatan merogolnya.


Kerana bimbang dibunuh jika mendedahkan rahsia hubungan terlarang itu kepada ibu bapanya, dia terpaksa memendam penderitaan dan sehingga kini perbuatan jijik abang kandungnya itu masih tersimpan kemas.


Menceritakan semula detik hitam itu, gadis malang berusia 21 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Tina berkata, dia tidak menyangka liku hidupnya begitu berat sehingga pernah terdetik membunuh diri sebagai jalan penyelesaian. Katanya, paling mengecewakan apabila lelaki yang disangka dapat membimbingnya kembali ke jalan benar rupa-rupanya seorang penagih dadah yang mengambil kesempatan terhadap dirinya.


“Apabila bersendirian saya jadi gelisah terbayangkan detik hitam dirogol teman lelaki yang berpura-pura mahu menolong, sebaliknya dia berniat jahat mempermainkan saya.


“Akibat tidak tahan sikap teman lelaki yang terbabit penyalahgunaan dadah serta memperlakukan saya seperti hamba seks, saya memutuskan hubungan dengannya,” katanya ketika ditemui Harian Metro, baru-baru ini.

Menurutnya, tanpa berfikir panjang dia terus menurut kehendak bekas kekasihnya dan tiba-tiba dia memintanya berbincang dalam bilik atas alasan mahukan privasi.


Katanya, sebaik memasuki bilik berkenaan, dirinya seperti hilang ingatan akibat dipukau dan tidak tahu apa yang dilakukan sehinggalah tersedar daripada tidur kira-kira dua jam kemudian tanpa seurat benang dipercayai dirogol lelaki terbabit.


“Saya menangis sepuas hati ketika itu dan melihatkan keadaan itu dia berjanji bertanggungjawab jika berlaku apa-apa terhadap saya selepas itu.


“Namun apa yang mengecewakan, dia mengaku berbuat begitu disebabkan marah kerana saya memutuskan hubungan dengannya,” katanya.


Tina berkata, jiwanya semakin resah apabila lima bulan kemudian dia mengalami perubahan ketara seperti tidak tahan bau ikan serta sering muntah dan pening kepala.


Dia berkata, selepas diberitahu ibu saudara dan mendapat maklumat daripada pembacaan barulah dia sedar dirinya hamil dan membuat pemeriksaan di hospital untuk pengesahan.


“Luluh hati saya apabila doktor mengesahkan saya hamil lima bulan dan dunia terasa gelap ketika itu. Lebih teruk, terdetik di hati saya ingin membunuh diri untuk lari daripada masalah itu, namun apabila memikirkan nasib bayi yang tidak bersalah, saya jadi tidak keruan dan fikiran berkecamuk.


“Paling menyedihkan, bekas teman lelaki enggan bertanggungjawab dan menafikan anak dalam kandungan itu benihnya,” katanya.


Tina berkata, dia seperti hilang akal apabila tidak dapat menerima hakikat dirinya ditimpa malang berganda, namun atas sokongan keluarga dia akur dengan takdir serta bertekad menjaga anaknya itu.


Menurut Tina, dia berasa dunia hampir kiamat apabila tekadnya memelihara anak dalam kandungan tidak kesampaian apabila bayi berkenaan lahir tidak cukup bulan dan meninggal dunia pada Februari tahun lalu, manakala bekas teman lelaki pula dihukum penjara atas kesalahan merogolnya pada 2008.

“Bayangkanlah ketika itu mayat anak saya dibungkus dan dimasukkan dalam beg pakaian sebelum dibawa pulang ibu dari hospital dengan menaiki bas untuk dikebumikan di kampung tanpa pengetahuan orang lain. Saya menangis sendiri bila mengenangkan peristiwa itu,” katanya.


Selepas kejadian itu, Tina bertekad meneruskan kehidupannya walaupun ramai menghina termasuk bekas teman lelakinya dan dia kini sudah bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak serta menemui cinta sejati dengan seorang lelaki yang memahaminya.

APABILA AGAMA DIPANDANG RINGAN HUKUM ALLAH DILANGGAR SESUKA HATI

Tendang macam bola

Oleh Amir Abd Hamid, Mohd Firdaus Ibrahim dan Md Fuzi Lateh
am@hmetro.com.my
2010/02/27

KUALA KUBU BHARU: “Dia tendang budak itu macam bola dan langsung tak pedulikan jeritan orang ramai yang melarangnya,” kata Ahmad Fikri Khalis, 19, yang menyaksikan Syafia Humairah Sahari, 3, dibelasah sehingga mati di padang bola sepak di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dekat sini, petang kelmarin.

DI SINI...Ahmad Fikri menunjukkan tempat Syafia Humairah  dibelasah sehingga mati.
DI SINI...Ahmad Fikri menunjukkan tempat Syafia Humairah dibelasah sehingga mati.
PILU...ibu mangsa, Nurhanim (kiri) dan ahli keluarga  menunggu  di luar  Hospital Kuala Kubu Bharu.
PILU...ibu mangsa, Nurhanim (kiri) dan ahli keluarga menunggu di luar Hospital Kuala Kubu Bharu.
Ahmad Fikri mendakwa, lelaki berusia 28 tahun terbabit yang juga pemandu teksi bukan saja menendang badan kanak-kanak malang itu, malah dia berulang kali memijak kepala mangsa hanya kerana Syafia Humairah masih di luar rumah ketika waktu senja.


Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, lelaki terbabit ‘naik angin’ apabila anak teman wanitanya itu tidak patuh arahannya supaya pulang ke rumah.


Difahamkan, kanak-kanak malang itu sedang bermain di padang itu sambil menyaksikan beberapa remaja bermain bola sepak sebelum diserang lelaki durjana itu.


Menurut Ahmad Fikri, lelaki terbabit secara tiba-tiba datang memarahi Syafia Humairah sebelum hilang pertimbangan lalu membelasah kanak-kanak itu tanpa belas kasihan.


“Mulanya dia menampar dan menendang budak itu. Apabila mangsa terjatuh, dia memijak kepalanya walaupun menyedari perbuatannya dilihat beberapa remaja yang sedang bermain bola sepak,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.

Menurut Ahmad Fikri, selepas lebih 10 minit membelasah kanak-kanak itu, lelaki terbabit beredar dari kawasan berkenaan sebelum orang ramai bergegas memberi bantuan kepada Syafia Humairah.


“Seorang daripada penduduk yang menyaksikan kejadian cuba mengangkat budak itu untuk dibawa ke hospital.


“Namun, belum pun sempat dia berbuat demikian, lelaki terbabit datang semula sebelum mengangkat mangsa memasuki teksinya.


“Dia mendakwa akan membawa sendiri ‘anak tirinya’ itu ke hospital,” katanya.


Ahmad Fikri berkata, berdasarkan pemerhatiannya, kanak-kanak malang itu sudah mati ketika dibawa masuk ke dalam teksi berkenaan.


“Mana tidaknya, saya lihat dia langsung tidak bergerak, sebaliknya muka dan tubuhnya kelihatan pucat seperti orang sudah mati.


Lebih menyedihkan, katanya, lelaki terbabit dilihat masih memukul mangsa ketika berada dalam teksinya.


“Kami (penduduk) bukan tak nak tolong, tapi diugut lelaki berkenaan supaya tidak campur hal keluarganya,” katanya.


Difahamkan, sebaik tiba di Hospital Kuala Kubu Bharu di sini, lelaki itu menyamar sebagai ‘bapa tiri’ mangsa sebelum mendakwa mereka terbabit dalam kemalangan menyebabkan anaknya itu cedera parah.


Ahmad Fikri berkata, dia dan puluhan lagi rakannya yang menyaksikan kejadian itu tidak mungkin dapat melupakan kekejaman lelaki berkenaan.

“Saya berharap pihak berkuasa mengenakan tindakan sewajarnya terhadap lelaki durjana terbabit berikutan kekejamannya itu.


“Saya yakin penduduk di sini sanggup tampil membantu siasatan jika diperlukan pihak berkuasa,” katanya.



LAGI



Nasib ‘anak tong sampah’

Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my
2010/03/01

PUTRAJAYA: “Kalau dilahirkan hanya untuk dihina, dicaci dan ditipu masyarakat, lebih baik kami dibiarkan mati saja. Kadang-kadang saya rasa ada baiknya juga bayi dibuang ibu bapa itu meninggal dunia supaya dia tidak perlu menghadapi kesukaran hidup seperti yang saya alami kini,” luah seorang ‘anak tong sampah’ yang hanya mahu dikenali Khairul, 23.

Khairul yang berketurunan Cina dibuang ibu bapanya ketika masih bayi berhampiran tong sampah di pekan kecil di Mentakab, Pahang, mengakui sepanjang 23 tahun memegang status anak ‘terbuang’, kehidupannya tidak pernah bahagia, malah sentiasa menerima ujian dan cabaran sehingga ada kalanya dia sendiri tidak mampu menanggungnya.


Lebih menyedihkan, lelaki malang yang tidak pernah mengecapi kasih sayang ibu bapa itu turut berdepan kesukaran mencari pekerjaan kerana memegang kad pengenalan merah, status pemastautin tetap (PR) walaupun pada hakikatnya dia dilahirkan di negara ini.


“Saya sudah bosan dicap sebagai pendatang asing walaupun saya dilahirkan di Malaysia. Saya bukan warga Indonesia, Bangladesh atau India, malah tempat lahir yang tertera di kad pengenalan juga dinyatakan Malaysia. Semua perkara susah nak buat, nak minta kerja susah, bila dah dapat kerja, ditipu majikan. Bila nak ambil tindakan kata tak layak sebab bukan warganegara.


“Jika semua anak terbuang menerima nasib seperti saya, tidak mustahil lebih banyak masalah sosial akan berlaku di negara ini. Yang lelaki akan menjadi perompak, perogol, pencuri dan penjenayah, manakala perempuan menjadi pelacur.


“Kalau melakukan kesalahan, kami akan dipenjarakan. Sekurang-kurangnya kami akan diberikan makanan dan minuman secara tetap setiap hari, tak perlu menahan lapar,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Penderitaan Khairul tidak berhenti di situ saja. Lebih menyayat hati satu-satunya harta yang ditinggalkan arwah isterinya, anak lelaki berusia setahun dua bulan, cuba dirampas kakak ipar dengan alasan sama.


Lebih menyedihkan, dia dipisahkan daripada anak kandungnya sendiri sehingga sembilan bulan sebelum mendapat perintah penjagaan sementara daripada Jabatan Agama Islam Selangor.


Dia yang memeluk Islam pada Mei 2007 mendakwa, kakak iparnya pernah mengeluarkan kata-kata kesat dengan menyatakan dia tidak layak menjaga anaknya kerana dia anak terbuang dan tidak mempunyai ibu bapa.


“Kata-kata itu amat menghiris perasaan saya. Kenapa pertikaikan hak saya sebagai seorang bapa sedangkan anak itu darah daging saya sendiri yang lahir hasil kasih sayang saya dengan arwah isteri.


“Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menjaganya (anak) kerana itu amanah Allah. Malah, saya mampu dan saya tidak akan mengabaikan anak sendiri kerana tidak mahu kehidupannya menderita seperti yang saya alami selama ini,” katanya.


Mengimbau kehidupan ketika kecil, Khairul mendakwa dia ditemui seorang lelaki Cina dalam keadaan cukup sifat dan sihat berhampiran tong sampah di Mentakab berserta sijil kelahiran yang hanya tertulis namanya sebelum dihantar ke sebuah rumah kebajikan di Kuantan, Pahang, sehingga berusia tiga tahun.


Dia kemudian dipelihara satu keluarga Cina sebagai anak angkat, namun menjadi mangsa dera keluarga angkat yang juga kaki mabuk termasuk disimbah air panas dan dipukul. Akibat tidak tahan dengan tindakan kejam ibu bapa angkat, dia melarikan diri ke balai polis untuk menyelamatkan diri sebelum dihantar ke sebuah rumah kebajikan di Cheras, Kuala Lumpur dan dipindahkan ke Rumah Kanak-kanak Sultan Abdul Aziz, Kuala Kangsar, Perak.


Khairul berkata, sebaik genap usia 18 tahun, penghuni rumah kanak-kanak berkenaan dibebaskan bagi menjalani kehidupan seperti orang lain, namun akibat tidak pernah didedahkan dengan sebarang kemahiran atau latihan, mereka hidup ibarat layang-layang terputus tali dan terpaksa berdikari untuk meneruskan hidup.


Namun, status yang dipegang serta dokumen pengenalan diri yang mengelirukan menyebabkan kehidupan mereka amat sukar, malah ada antaranya mengambil jalan mudah dengan terbabit dengan kegiatan jenayah.


“Kenapa JKM mengutip puluhan anak terbuang, tapi selepas 18 tahun dibebas dan dibiarkan terkontang-kanting seorang diri. Kalau perkara ini tidak ditangani, perkara sama akan berlaku dan anak yang dikutip ini akan menimbulkan masalah pada masyarakat.

“Justeru, pihak terbabit perlu memikirkan pendekatan terbaik yang boleh diambil bagi membantu golongan seperti kami. Kami tak mahu terus ditindas selama-lamanya sebab kami juga berhak hidup bahagia walaupun ibu bapa membuang kami sejak kecil,” katanya.



LAGI


NEGARA

Lebih daripada seorang disyaki dera Syafiah


KERATAN Kosmo! semalam.
SEORANG penduduk, Ahmad Fikri Khalis Zakaria menunjukkan tempat Syafiah dipercayai didera di padang bola Taman Batu 30 dekat Batang Kali Khamis lalu.


KUALA LUMPUR - Polis percaya terdapat lebih daripada seorang individu yang terlibat mendera hingga mengakibatkan kematian Syafiah Humaira Sahari, 3, di Batang Kali Khamis lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Supritendan Bakhtiar Rashid berkata, siasatan mendapati suspek utama, yang direman tujuh hari, tidak melakukan pembunuhan berseorangan tetapi kemungkinan melibatkan sekurang-kurangnya lima individu lain.

"Terdapat dua kemungkinan iaitu individu-individu itu turut mendera Syafiah atau mereka tidak melakukannya tetapi mengetahui kanak-kanak terbabit telah didera.

"Polis sedang mengesan kesemua mereka yang disyaki terlibat termasuk bapa suspek untuk diambil keterangan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.




MENARIK PANDANGAN PENULIS NI.....

Judi adalah HARAM di sisi agama Islam, TETAPI...

Roslan Harun

“JUDI adalah haram di sisi agama Islam. Orang-orang Islam, mereka yang berumur di bawah 21 tahun, atau murid-murid sekolah yang berpakaian seragam tidak dibenarkan memasuki premis/ruang ini.”

Saya melihat notis ini tertera di dinding tiga kedai Sports Toto yang terletak sebelah menyebelah ketika membuat tinjauan pada kira-kira jam 3 petang suatu Sabtu.

Saya berada di depan kedai itu selama lima minit, melihat-lihat siapa yang keluar masuk. Sungguh terkejut saya kerana hampir separuh yang masuk dan membeli nombor ramalan, berkulit sawo-matang seperti saya. Ramai yang melindungi wajah dengan memakai topi keledar.

Suatu ketika pula saya melewati bangunan Magnum dekat Hentian Puduraya, saya terpandang beberapa pemuda Melayu beruniform bertugas sebagai pemandu van syarikat berkenaan. Nampaknya mereka tidak berasa apa-apa bekerja dengan syarikat judi.

Apabila membuka laman-laman web syarikat perjudian yang tersenarai dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), ditemui pula nama-nama individu Islam (tokoh ternama) mengepalai syarikat-syarikat judi ini.

Pembabitan orang Islam Islam dalam kegiatan perjudian ini, sama ada secara langsung atau tidak, mengingatkan saya dakwaan seorang tokoh masyarakat Islam dalam sebuah rancangan TV tempatan tidak lama dulu bahawa kononnya kewujudan pusat-pusat maksiat ini khas untuk orang bukan Islam.

Jika dilihat apa yang berlaku, dakwaan itu ternyata salah kerana sebahagian pengunjung pusat-pusat ini adalah orang Islam sekalipun sudah ditulis notis – “orang Islam dilarang memasuki premis (tempat berjudi) ini."

Satu perkara yang perlu diperhalusi lagi, adakah benar dakwaan kononnya pusat hiburan (perjudian) ini adalah khas untuk orang bukan Islam kerana tidak menjadi kesalahan untuk mereka berjudi atau terbabit dalam kegiatan seumpama ini.

Memandangkan perkara ini membabitkan masyarakat bukan Islam, golongan ini perlu ditanya sama ada dakwaan ini betul atau rekaan saja oleh sesetengah pihak bagi membolehkan mereka berjudi.

Satu lagi perkara menjadi tanda tanya berhubung perjudian ini ialah mengapa ada istilah ‘halal’ dan ‘haram’ dalam industri ini dalam konteks negara kita. Kita ingin tahu apakah yang ‘halal’ dan apa yang ‘haram’ sedangkan dalam Islam judi itu sudah jelas keharamannya sepert sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah memfardukan beberapa perkara lalu, janganlah kamu melalaikannya, Allah juga telah mengharamkan banyak perkara, maka janganlah kamu mencerobohnya.” (Riwayat Darul Qutni, hadis Hasan)

Seperkara lagi yang ingin diketahui ialah bagaimana kedudukan wang hasil kegiatan perjudian seperti cukai industri ini di sisi negara dan agama. Bagi menjawab persoalan ini, tentulah kita memerlukan penjelasan ulama dan tokoh berautoriti dalam bidang ini.

Kemudian kita ingin bertanya, apakah industri judi ini subur di kalangan orang Melayu/Islam kerana pengusaha akhbar-akhbar Melayu begitu ghairah menyiarakan keputusan empat nombor ekor dan SMS mengenainya dalam akhbar-akhbar mereka.

Demikianlah, semua orang mengakui bahawa judi adalah HARAM di sisi agama Islam, TETAPI...

Jumaat, 26 Februari 2010

FIKIR DULU SEBELUM BUAT SESUATU....MUNGKIN KESANNYA BERAT

Lagi laporan polis terhadap editor The Star


Jimadie Shah Othman
Feb 25, 10
3:12pm

Majlis Agama Islam Selangor (Mais) hari ini membuat laporan polis terhadap editor urusan akhbar The Star, P Gunasegaram dan Sister in Islam (SIS) yang didakwa membuat kenyataan yang menyentuh bidangkuasa raja-raja Melayu, urusan agama Islam, hukum Syarak serta sensitiviti umat Islam.

Laporan tersebut dibuat oleh setiausaha Mais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam di seksyen 11.

Aduan tersebut dibuat berdasarkan tulisan Gunasegaram dalam akhbarnya pada 19 Februari. Manakala laporan terhadap SIS pula dibuat berdasarkan kenyataan medianya bertarikh 17 Februari yang disiarkan dalam laman web NGO berkenaan.

Menurut Mohammed Khusrin, pandangan kedua-dua pihak tersebut juga dianggap mempertikaikan keputusan mahkamah Syariah yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap tiga wanita atas kesalahan melakukan seks haram.

Harian berbahasa Inggeris itu bagaimanapan semalam membuat permonohan maaf terbuka ekoran penyiaran tulisan Gunasegaram semalam.

Akhbar tersebut juga dilaporkan menerima surat tunjuk sebab daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung perkara tersebut.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mohammed Khusrin berkata, pihaknya menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kedua-dua pihak tersebut di bawah Akta Hasutan.

Mohon maaf tidak cukup

"Mais berpendirian, mana-mana pihak yang tidak mempunyai kefahaman jelas mengenai undang-undang jenayah Syariah tidak berhak dan tidak layak untuk mempertikaikan pelaksanaannya di kalangan umat Islam," katanya kepada pemberita.

Ditanya mengenai tindakan The Star memohon maaf berhubung penyiaran tulisan tersebut, Mohammed Khusrin berkata ia masih tidak cukup.

Sebaliknya, beliau masih mahu tindakan undang-undang diambil ke atas mereka.

Ditanya mengenai laporan polis yang sama yang telah dibuat sebelum ini, Mohammed Khusrin berkata Mais membuat laporan polis sekali lagi hari ini bagi menunjukkan pendirian majlis tersebut.

Beliau enggan menjawab soalan lain dan meminta pihak media merujuk kepada kenyataan akhbar yang diedarkan.

Mohammed Khusrin berkata kandungan kenyataan akhbar itu hampir sama dengan kandungan laporan polis yang dibuat hari ini.

Batalkan permit akhbar hasut, hina Islam

Mengulas tulisan Gunasegaran, kenyataan tiga mukanya itu antaranya menyebut:

"Sesiapa yang tidak berkenaan dengan agama Islam, lebih-lebih lagi daripada golongan bukan Islam hendaklah tidak mencampuri urusan agama Islam."

Beliau juga mendesak, KDN membatalkan permit penerbitan akhbar yang bersifat menghasut dan menghina Islam, menurutnya, seperti dilakukan The Star.

"Pihak Mais tidak akan berkompromi dalam apa jual hal yang mengguga kedudukan Islam, undang-undang Syariah dan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama Islam," katanya.

Katanya, Mais juga menggesa umat Islam bertegas memelihara ajaran dan kedudukan Islam sebagai agama negara daripada "terus diperleceh dan diperlekehkan" oleh mana-mana pihak.

Berhubung kenyataan SIS, Mohammed Khusrin meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap NGO itu ia membantah hukuman tersebut sejak berlakunya kontroversi terhadap bekas model Kartika Sari Dewi Shukarno lagi.

Kelmarin, empat NGO Melayu membuat aduan terhadap akhbar tersebut di IPD Sentul, berhubung isu yang sama.

BILA MAJLIS ILMU TIDAK DIHADIRI DAN LEKA DENGAN DUNIA

Banyak babit perkara khurafat



2010/02/19

DALAM masyarakat serba moden kini, bukan hanya wanita yang mudah terpengaruh dengan isu perbomohan, tetapi lelaki turut menyumbang kepada perlakuan berkenaan.

Bagaimanapun, baik lelaki mahupun wanita, masing-masing mempunyai kepentingan sendiri apabila dibangkitkan persoalan mengenai perbomohan.


Pensyarah Dakwah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Prof Dr Zulkifli Abd Ghani, berkata istilah bomoh dalam kalangan masyarakat setempat tidak dapat dipisahkan dan ia bukan hanya berlaku dalam masyarakat Islam saja, tetapi turut wujud pada orang agama lain.


Katanya, kepercayaan berkenaan diturunkan secara turun temurun apabila individu yang mempunyai masalah terbabit memerlukan satu pegangan bagi membantu mereka mengatasi permasalahan dihadapi.


Zulkifli berkata, terdapat dua bentuk pembabitan masyarakat dalam perbomohan ini iaitu secara fizikal dan kejiwaan (spiritual).


Menurutnya, wanita lebih cenderung kepada masalah kegelisahan jiwa yang membelenggu mereka.

"Mungkin ini berkait rapat dengan keadaan biologi mereka yang lebih lemah berbanding lelaki, membuatkan mereka berasa memerlukan satu kuasa lebih tinggi daripada keupayaan mereka.


"Ada kalanya kepercayaan berkenaan boleh menyebabkan syirik kerana mempercayai sesuatu yang lain lebih tinggi kuasanya berbanding kuasa Allah s.w.t," katanya.


Golongan lelaki pula cenderung mencari khidmat bomoh lebih kepada corak fizikal yang membolehkan mereka mendapatkan sesuatu secara mudah misalnya perkara membabitkan hal perjudian.


Biasanya, kepercayaan ini banyak membabitkan perkara khurafat kerana kebanyakan mereka menggunakan bahan atau benda sebagai bentuk pemujaan bagi memperoleh keuntungan secara mudah.


Selain itu menurutnya, masyarakat setempat juga cepat melatah apabila berhadapan dengan sesuatu perkara yang sukar difahami.


Keadaan ini menyebabkan kegiatan ini sukar dibendung walaupun pada asasnya istilah bomoh ini merujuk kepada pengamal perubatan. Namun, disebabkan salah laku dalam kegiatan berkenaan, ia menjadikannya satu perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.


Zulkifli berkata, ketika ini kegiatan perbomohan turut mencampuradukkan unsur sihir dalam upacara perubatannya.


"Bayangkan, pada awalannya saja bacaan bismillah dan selawat digunakan manakala selebihnya digunakan mentera yang bukan-bukan.


"Percampuran aktiviti berkenaan menyebabkan aktiviti perbomohan ini tidak sesuai dilakukan kerana boleh menyebabkan kita terpesong akidah," katanya.



LAGI YANG BERKAITAN

Salah rawatan bawa mudarat

Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan

2010/02/19

MEREKA sakit, tetapi doktor tidak dapat mengesan dan melihat punca penyakit dihidapi menyebabkan pesakit berkenaan mendapatkan khidmat pakar perubatan tradisional bertauliah atau bomoh dan dukun kampung.

Kaedah perubatan tradisional biasanya menjadi pilihan masyarakat khususnya masyarakat Melayu apabila tidak dapat mengesan kewujudan penyakit melalui kaedah perubatan moden.


Tidak kira lelaki mahupun wanita, sesetengahnya menganggap kaedah perubatan tradisional mampu menyelesaikan masalah.


Ikuti temu bual wartawan Rosmaliana Aida Mohd Adnan (rosmaliana@hmetro.com.my) bersama beberapa pakar yang membicarakan ketaksuban segelintir masyarakat terhadap kaedah tradisional ini.


ADA isteri yang sanggup melakukan sihir menundukkan suami menggunakan darah haidnya sendiri.


Menerusi khidmat bomoh, darah itu dibalut dalam kertas bertulisan jawi, kemudian dicelup dalam minuman suami. Ini bagi memastikan suami menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.

Si lelaki pula tidak kurang hebat. Minyak pengasih yang diperbuat daripada dagu mayat yang dibakar hingga mengeluarkan minyak amat digemari kebanyakan lelaki hidung belang. Tujuannya untuk memastikan wanita yang disukai membalas cinta mereka dengan hanya satu calitan walaupun sebelum ini mendapat tentangan daripada wanita berkenaan.


Atas pelbagai alasan, segelintir golongan ini memilih kaedah 'perubatan' sedemikian walaupun tidak diketahui ia benar-benar boleh membantu atau sekadar membantu menyedapkan hati pesakit terbabit saja.


Pengamal perubatan Islam, Hanafi Abdul Malek, berkata, tidak dapat dinafikan perkara berkaitan alam ghaib tetap wujud, tetapi seharusnya mereka mengkaji terlebih dulu sebelum membuat keputusan mendapatkan rawatan daripada pihak yang menawarkan perkhidmatan alternatif berkenaan.


"Bantuan bomoh menjadi cara alternatif bagi menyembuhkan penyakit manakala penyakit yang tidak diketahui puncanya paling digeruni kerana dibimbangi boleh memudaratkan diri sendiri dan keluarga," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Gombak, Selangor, baru-baru ini.


Menurutnya, penyakit yang gagal dikesan melalui perubatan moden disebabkan ilmu hitam di samping mengalami gangguan kuasa jahat daripada jin dan syaitan melalui aktiviti perbomohan.


Antaranya disebabkan penggunaan bahan kotor dan jampi serapah bagi menyembuhkan penyakit, santau, pelaris, minyak pengasih, meminta tangkal supaya digeruni, menilik barang hilang, penunduk agar mengikut kata tanpa bantahan seperti wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan jawi dengan menggunakan kalimah Allah) dan ingin mencari jodoh.


Malangnya, ada juga golongan berjawatan profesional yang turut mempercayai aktiviti perbomohan ini hingga mengakibatkan mereka kerugian ratusan ribu ringgit kerana begitu terpengaruh dengan bomoh.


"Sepatutnya dengan kelayakan yang ada, kita menggambarkan mereka tidak akan mudah terpedaya dengan janji kosong diberikan bomoh terbabit, tetapi ternyata ia salah sama sekali.


"Apabila individu itu tidak mendapatkan jawapan khusus bagi masalah kesihatan dihadapi mereka, cara alternatif dipilih biarpun sumber rawatan berkenaan tidak diketahui kesahihannya," katanya.


Dunia kini berada dalam keadaan serba moden dan berteknologi tinggi, tetapi masih ada segelintir pihak yang mengamalkan amalan perbomohan akibat rasa dengki dan iri hati terhadap seseorang.

Lebih mengejutkan, bomoh berkenaan mengubati pesakit dengan kaedah pelik yang bertentangan dengan nilai kemanusiaan dan ajaran Islam.


Mengulas mengenai perkara berkenaan Hanafi berkata, ramai pihak yang tertipu dengan segala dakyah yang dinyatakan bomoh serta dukun palsu terbabit.


Menurutnya, terdapat dua jenis bomoh yang dikenal pasti iaitu bomoh betul dan bomoh palsu. Bomoh betul biasanya menggunakan jin sebagai perantara atau petugas yang dikhususkan untuk merawat pesakit walaupun pada masa sama, turut menggunakan ayat al-Quran.


Bomoh palsu pula adalah mereka yang mengaku memiliki ilmu perubatan tertentu, tetapi hanya menggunakan kaedah penipuan untuk mengaburi mata pesakit.


Bagaimanapun, ia berbeza sama sekali dengan cara rawatan pemulihan melalui perubatan Islam kerana ia hanya menggunakan bacaan ayat suci ayat al-Quran, hadis dan ruqqah (jampi) yang dibenarkan dalam Islam.


Malah melalui perubatan Islam, pengubat hanya menggunakan bahan seperti garam, limau purut, limau nipis, air, herba seperti zafran, lada hitam dan akar kayu yang tidak menyalahi akidah.


Golongan yang bermasalah atau berpenyakit ini hendaklah memastikan tabib atau bomoh yang hendak ditemui itu tidak melakukan perkara yang boleh membawa kepada syirik sama ada melalui kepercayaan, perkataan atau perbuatan. Oleh itu katanya, masyarakat Islam perlu berhati-hati menggunakan khidmat bomoh supaya tidak terjebak dalam amalan syirik yang boleh menjejaskan akidah. Mengenai kes berkaitan gangguan makhluk halus hingga mengakibatkan kejadian histeria yang sering berlaku dalam kalangan remaja, menurutnya, ia adalah sebahagian daripada masalah psikologi.


Bukan berniat untuk menafikan gangguan berkenaan, tetapi segala masalah yang timbul dalam kalangan remaja ini mungkin disebabkan masalah psikologi, bukan daripada kejadian histeria itu sendiri.


Masalah tekanan yang dihadapi remaja menyebabkan mereka berasa ada kerasukan hingga mengakibatkan halusinasi ternampak bayangan hitam datang mengganggu.


"Ini tidak benar sama sekali kerana ada tanda yang menunjukkan individu berkenaan mengalami kerasukan sebenarnya.


"Antaranya perubahan suhu badan, suara berubah, kepala terasa panas, tetapi tangan pula sejuk dan anggota badan seperti tangan merengkok kekejangan," katanya.


Biasanya, masalah histeria berkenaan boleh disembuhkan melalui kaedah psikologi dan tidak memikirkan sesuatu perkara terlalu mendalam hingga menyebabkan mereka mengalami tekanan yang boleh memudaratkan diri sendiri.


REZEKI2 GAK...PERJUANGAN RASULLULLAH KENA BUAT...JANGAN ALUNAN TIADA AMALAN

Rezeki Maulidur Rasul

Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my
2010/02/26

KETIBAAN 12 Rabiulawal 1431 hari ini memberi pengertian sangat mendalam buat umat Islam di seluruh dunia kerana menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w yang turut dikenali sebagai Maulidur Rasul.

TERUS BERDAKWAH...(dari kiri) Suffian, Che Amran, Syahril dan Munif  mahu mengembangkan muzik nasyid ke seluruh dunia.
TERUS BERDAKWAH...(dari kiri) Suffian, Che Amran, Syahril dan Munif mahu mengembangkan muzik nasyid ke seluruh dunia.
Demi meraikan hari bermakna ini, sambutan acara ini tetap diberi perhatian apabila masyarakat di negara ini mendapat cuti umum.


Di sebalik umat Islam beramai-ramai mengenang hari bersejarah itu, ada pula yang berpandangan sambutan ketika ini kurang meriah, cuma perarakan dan bacaan selawat yang lazim diadakan pada setiap tahun.


Bagi empat vokalis kumpulan nasyid popular iaitu Che Amran Idris daripada kumpulan Raihan, Munif Ahmad (Hijjaz), Suffian Amrin (Saujana) dan Mohd Syahril Ab Khalid (In-team), mereka mempunyai pandangan tersendiri mengenai Maulidur Rasul dan aktiviti seni yang seharusnya dijalankan.


Munif mewakili tiga anggota kumpulan Hijjaz menyatakan sambutan kali ini tetap meriah, apatah lagi memberikan rezeki kepada mereka yang dijemput mengadakan persembahan pentas. Pada hari ini, mereka turut mempunyai dua persembahan.


Berbanding hari biasa, Munif akui permintaan terhadap kumpulan nasyid lebih banyak ketika sambutan Maulidur Rasul dan Maal Hijrah. Bercerita pengalaman sebelum ini, mereka pernah mendapat tiga persembahan pada hari sama tetapi di lokasi berbeza.

"Ketika itu, kami mempunyai persembahan di Shah Alam, Kedah dan Grik, Perak manakala pada sebelah malamnya, kami bergegas ke Singapura untuk persembahan keesokan harinya.


"Tidak dinafikan, kami mendapat banyak jemputan mengadakan persembahan khusus pada hari istimewa seperti ini tetapi kami tidak ambil semuanya, bimbang jika tidak dapat berikan sepenuh komitmen.


"Memang nampak jelas, jumlah persembahan pada hari biasa selalunya kurang hanya sekali seminggu. Bagi Hijjaz, fokus kami tidak hanya bergantung pada persembahan pentas semata-mata. Kami turut menguruskan perniagaan lain.


"Bagaimanapun, kalau ada kelapangan, kami juga mengadakan persembahan secara percuma. Dalam memberikan hiburan, kami merasakan apa yang kami lakukan satu tugas yang perlu dilaksanakan," katanya.


Mengenai perkembangan album, Hijjaz akan muncul dengan album Permata Hijjaz yang akan berada di pasaran dalam waktu terdekat. Album ke-13 ini menampilkan 11 lagu baru dan menggunakan khidmat enam pemuzik orkestra.


Bagi Syahril, sambutan kali ini lebih bermakna apabila dia bersama dua anggota In-team julung kali berpeluang mengadakan persembahan jelajah di United Kingdom (UK). Persembahan itu atas jemputan Persatuan Pelajar Malaysia dari University of Sheffield sempena Pertandingan Nasyid Ekstravaganza yang disertai pelbagai kumpulan nasyid luar negara.


"Kami berada di sana selama lapan hari merangkumi persembahan di London, Dublin dan Manchester. Menariknya, sempena kehadiran kami di sana, kami juga tampil dengan album kompilasi baru, Love Allah, Love Rasul yang diterbitkan dalam versi antarabangsa.


"Biarpun kami belum pernah mengadakan persembahan di sana tetapi setahu saya, sambutan yang diberikan di sana cukup berbeza dengan di sini.


"Pada saya, sambutan Maulidur Rasul tidak sekadar menghabiskan cuti umum tetapi perlu memikirkan bagaimana mahu menjadikan hari berkenaan lebih meriah dan bermakna.


"Ia memberi kelebihan pada kita kerana ketika cuti, semua berpeluang meraikannya. Mungkin sebagai cadangan, lebih banyak aktiviti sihat membabitkan remaja diadakan seperti futsal dan paintball.

"Menerusi aktiviti sebegini, kita bukan hanya mendekatkan diri dengan remaja melalui aktiviti berfaedah tapi ia secara tidak langsung memberi pendedahan seperti cara hidup sihat mengikut lunas agama," katanya.


Mengenai aktiviti baru, In-team melebarkan sayap dalam penerbitan buku sejak awal tahun ini. Menerusi syarikat In-team Publishing, mereka kini sudah menghasilkan empat buku iaitu Yassin, Surah Hafazan, Amalan Ibu Mengandung dan Zikir & Doa Selepas Solat.


Wakil Raihan, Che Amran pula berpendapat, kemeriahan sambutan Maulidur Rasul makin berkurangan biarpun ramai yang tahu keistimewaannya. Bagaimanapun, Raihan masih meneruskan perjuangan seni mereka apabila terbabit dalam Karnival Maulidur Rasul di Sungai Besar, Selangor, hari ini.


Che Amran berkata, Raihan masih aktif dalam menerima pelbagai jemputan mengadakan persembahan sama ada di dalam dan luar negara. Dua minggu lalu, mereka baru pulang dari Jakarta diikuti Bandung, minggu lalu.


"Pada Mac nanti, kami akan mengadakan persembahan di Kota Semarang, Jawa Timur. Sempena Maulidur Rasul kali ini, kami juga tampil dengan album repackaged yang menggunakan konsep acapella.


"Saya berasakan muzik nasyid masih relevan untuk diminati generasi kini. Biarpun begitu, muzik nasyid masih dipinggirkan apabila kurang diberi peluang untuk dimainkan di radio.


"Buat masa ini, nasyid hidup umpama band indie, namun kami terus bertahan kerana sokongan kuat daripada peminat. Untuk perancangan akan datang, kami juga akan berkunjung ke Australia April ini," katanya.


Suffian yang menganggotai Saujana, pula menyokong pendapat Che Amran sambil menyatakan penerimaan masyarakat terhadap muzik nasyid masih kuat. Katanya, Saujana yang ditubuhkan sejak 1997 masih lagi bertahan.


"Kami sudah memasarkan album baru, Nota Cinta sejak sebulan lalu dan kini masih dalam aktiviti promosi. Kami berasakan album kali ini istimewa kerana ia diterbitkan selepas empat tahun muncul dengan album Jalan Sehala.


"Malah, menariknya kami bertuah dicalonkan dalam kategori Album Nasyid Terbaik pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009). Kami berharap dapat menjayakan promosi album ini menerusi acara jelajah ABPBH2009 yang dijalankan kelak.


"Adanya anugerah seperti ini, ia memberi pengiktirafan kepada muzik nasyid untuk terus berkembang. Album baru ini juga kami sasarkan untuk pasaran nusantara termasuk kami cuba nasib menembusi pasaran di Turki, Trinidad dan UK," katanya dengan nada bersyukur.


PROFIL Che Amran NAMA: Che Amran Idris NAMA KUMPULAN: Raihan ASAL: Pasir Mas, Kelantan TARIKH LAHIR: 10 Jun 1969 UMUR: 40 tahun NAMA ANGGOTA KUMPULAN: 1. Abu Bakar Md Yatim 2. Amran Ibrahim 3. Zulfadli Mustaza Munif NAMA: Munif Ahmad NAMA KUMPULAN: Hijjaz ASAL: Pontian, Johor TARIKH LAHIR: 16 Februari 1974 UMUR: 36 tahun NAMA ANGGOTA KUMPULAN: 1. Isman Nadim Isam 2. Faizal Osman 3. M Ariffin Rahim Suffian NAMA: Suffian Amrin NAMA KUMPULAN Saujana ASAL: Muar, Johor TARIKH LAHIR: 13 Januari 1981 UMUR: 28 tahun NAMA ANGGOTA KUMPULAN: 1. Wan Najran Wan Mohd Noh 2. Azalinor Abd Rahman 3. Zuhaidi Abd Aziz Syahril NAMA: Mohd Syahril Ab Khalid NAMA KUMPULAN: In-team ASAL: Seremban, Negeri Sembilan TARIKH LAHIR: 25 Mac 1980 UMUR: 29 tahun NAMA ANGGOTA KUMPULAN: 1. Muhammad Hazamin Harun 2. Abdul Rahim Osman

KENA TENGOK ADAKAH FESYEN ITU MENEPATI SYARIAT....INGAT KITA AKAN MATI

RENCANA UTAMA

Sindrom artis salah fesyen


AINUL Aishah cenderung mencari fesyen terkini melalui penelitian terhadap bintang antarabangsa.


SELAIN sibuk mencanang artis cerdik fesyen, hakikatnya ada lagi segelintir selebriti masih mencari identiti demi menjaja status di gelanggang seni. Lalu tidak hairanlah wujud istilah jenayah fesyen kerana kesedaran bergaya pada acara-acara rasmi hiburan dan berada di tempat awam masih belum menjangkau paras teratas.

Bukan hanya berlaku di Malaysia, sindrom artis buta fesyen juga menghantui industri seni antarabangsa. Ramai selebriti sama ada dari kelas pertama atau sebaliknya, tidak terkecuali menerima tempias jelik berfesyen.

Permaidani merah selalunya menjadi medan artis dikritik dengan fesyen mengarut gara-gara menyarungkan busana eksperimen pereka-pereka fesyen sama ada baru hendak bertatih atau berpengalaman.

Bekas pelajar Akademi Fantasia 3 (AF3), Amylea Azizan kerap menjadi bidikan mangsa fesyen. Setiap yang tersarung pada tubuh kecilnya, ada sahaja mulut-mulut nakal mempersoal stail gadis berusia 23 tahun itu.

Tidak terlintas di fikiran mahu menjunjung pelbagai gelaran menjelikkan, Amylea mengakui harus menutup bahagian tubuh dengan selendang agar tidak terlalu terdedah. Justeru, busana yang disarungkan pasti pudar seni dan nilainya.

Kini Amylea lebih berhati-hati memilih pakaian tajaan. Jika tidak menepati cita rasa atau terlalu seksi ditatap umum, dia berkeras, enggan baju itu disarung pada badannya dalam apa cara sekalipun.

"Banyak kali saya dapat gelaran tidak pandai berfesyen. Pernah satu hari saya menangis mengenangkan komen melampau daripada sesetengah pihak tentang pakaian saya.

"Saya juga terima kritikan pada Anugerah Juara Lagu 24 (AJL 24) baru-baru ini disebabkan bergaya santai dengan rambut stail Mohawk. Sedangkan orang lain tidak tahu saya datang sekadar beri sokongan sebagai Raingers kepada kumpulan Hujan.

"Kini saya enggan pedulikan nista masyarakat. Saya juga tidak kisah tentang bab berfesyen. Kalau tidak menjolok mata atau membuatkan keluarga marah, ia sudah memadai.


SUDAH mencapai usia 31 tahun, Izwan Pilus memilih gaya sederhana.


"Kalau pakai macam mana sekalipun, tetapi tidak diiktiraf sebagai wanita cantik di Malaysia maka tiada gunanya. Sekarang saya mahu hargai mereka yang nampak kebolehan diri dalam bidang muzik daripada jaga hati orang yang sering mengutuk.

"Saya juga bukan seorang bintang besar. Hendak nampak cantik setidak-tidaknya memerlukan pereka fesyen berpengaruh dan peruntukan besar. Lebih baik saya pakai ikut naluri hati. Cuma bab rambut dan mekap, ia memang jadi keutamaan," jelasnya yang bakal muncul dengan single berjudul Patung tidak lama lagi.

Mengenali pereka fesyen popular, Amir Luqman sejak empat tahun lalu, Amylea tanpa berselindung memberitahu dia belajar banyak perkara melibatkan fesyen bersesuaian dengan empunya diri.

Ghairah disuakan tajaan daripada pereka fesyen baru mencipta nama, pendatang baru dunia lakonan, Ainul Aishah Azizun, 25, tidak terlepas bahana digelar mangsa fesyen beberapa tahun lalu.

Menjadikan Mary Kate Ashley dan Alexa Chung sebagai ikon fesyen, wanita peramah itu bagaimanapun berpendapat tidak adil jika kesalahan 100 peratus diletakkan kepada dirinya.

"Dengan keadaan masih baru dan naif dalam bidang seni, sebelum ini saya terima saja baju pemberian pereka-pereka fesyen baru tanpa mengambil kira impak kemudian hari.


AMYLEA tahu dia selalu dikritik ketika berfesyen. Kini dia lebih menitikberatkan soal solekan dan gaya rambut.


"Kini saya berhati-hati pilih baju yang hendak dipakai bagi menghadiri majlis festival atau anugerah.. Bukan mahu berlagak, saya sebaliknya tidak terbiasa menggayakan pakaian terlampau mendedahkan tubuh badan.

"Bagi memantapkan diri dalam soal penataan gaya, saya banyak membaca majalah fesyen luar negara, tengok penulis ruangan fesyen bergaya dan ambil contoh rakan-rakan di sekeliling suai padan fesyen.

"Saya suka lihat gaya Liyana Jasmay dan Scha. Dengan stail tersendiri membuatkan fesyen mereka digilai ramai," tutur Ainul kurang selesa mengenakan gaun panjang meleret dan dres kembang dengan perincian berlebihan kerana menampakkan dirinya lebih berusia.

Gara-gara tampil dengan kemeja beserta vest berbentuk korset dan mengenakan solekan Gothic, penyanyi popular, Izwan Pilus dikecam hebat pada Anugerah Industri Muzik 2007 (AIM 2007).

"Saya tercalon sebagai Artis Baru Terbaik buat persembahan mendendangkan lagu Indah Lelapku. Malam sebelumnya saya menyanyi pada program Hitz1. Ingin perubahan drastik maka saya ambil keputusan pamerkan stail jauh berbeza.

"Lepas itu saya terima maklum balas negatif daripada peminat. Ada yang kata tidak tidak sesuai kerana rekaan vest ini. Sebenarnya, saya cuma pakai baju ini semasa menyanyi di atas pentas. Berjalan di karpet merah, saya muncul dengan jaket di luar.

"Walaupun ada sesetengah pihak bising dengan gaya pada malam itu, tetapi saya gembira kerana orang ramai bercakap dan perasan tentang kehadiran diri ini. Tidak kisahlah jika orang lain mahu terus mengata.

"Kini mencapai umur 31 tahun dan lebih dewasa, saya amal sikap sederhana dalam fesyen. Sekurang-kurangnya ada pembaharuan diri berpakaian berbanding awal kemunculan dalam lapangan seni.

"Hingga saat ini, saya masih belajar banyak perkara melibatkan gaya demi memperbaiki diri," ujar Izwan yang lebih senang bercelana pendek dan baju-T tanpa kolar apabila tidak terikat dengan komitmen nyanyian.

Mengidolakan Bon Zainal sebagai pereka fesyen dan perunding imej, Izwan melihat selebriti menjadi individu terbaik menggayakan pakaian hasil sentuhan pereka fesyen.

KASTA...WUJUD SECARA TAK LANGSUNG ATAS SEBAB KEKAYAAN DAN PANGKAT SERTA KUASA

RENCANA UTAMA

Diseksa kerana kasta rendah


KALLI KUMARI BISWOKARMA menjadi mangsa kekejaman kerana kemiskinannya.


DI sebuah perkampungan di Nepal, Kalli Biswokarma melalui detik paling hitam dalam hidupnya apabila dia diseksa dengan penuh kejam oleh jiran-jirannya sendiri. Ibu yang berusia 47 tahun itu dipukul, disepak dan ditumbuk kerana dia dituduh memberi sumpahan sihir terhadap guru sekolah yang sedang jatuh sakit.

Paling menyayat hati, Biswokarma dipaksa makan najisnya sendiri oleh kumpulan terbabit.

"Saya menjadi mangsa kerana status saya sebagai wanita yang miskin," beritahu Biswokarma yang merupakan komuniti Dalit iaitu kumpulan kasta terendah dalam hierarki Hindu.

"Kira-kira 35 orang telah datang ke rumah dan membawa saya lari. Mereka menempatkan saya di dalam bangsal lembu dan dipaksa untuk memakan tahi sendiri. Apabila saya mengadu dahaga mereka memberikan air kencing sebagai minuman.

"Keesokan harinya mereka juga memotong kulit saya dengan menggunakan pisau. Saya tidak tahan dengan penyeksaan itu dan terpaksa juga mengaku diri seorang ahli sihir untuk menyelamatkan hidup ini walaupun ia tidak benar," katanya ketika ditemui di Kampung Pyutar yang terletak kira-kira 40 kilometer ke selatan Kathmandu.

Seramai seratus orang wanita Dalit terpaksa berdepan dengan pengalaman pahit yang sama setiap tahun apabila kepercayaan tahyul dan diskriminasi kasta masih diamalkan oleh masyarakat.

Noktah kekejaman

Sementara itu, penyokong hak asasi manusia menyatakan jenayah sebegitu akan mengganggu keamanan. Sehubungan itu, pihak polis memandang serius penganiayaan terhadap wanita Dalit.

Perdana Menteri Nepal, Madhav Kumar, mengumumkan 2010 sebagai tahun bakal berakhirnya kekejaman terhadap wanita terutama daripada kasta rendah. Negara itu akan mengalami perubahan daripada monarki Hindu kepada tradisi sekular yang moden.

Bagaimanapun, dalam membasmi kemiskinan di selatan Asia, pihak berkuasa mengakui mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran.

"Kepercayaan tahyul begitu mendalam dalam masyarakat dan mereka percaya ilmu sihir merupakan salah satu perkara sia-sia.

"Kepercayaan tradisional sememangnya tidak dapat dihapuskan dengan sekelip mata," kata Menteri Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Sarwa Dev Prasad Ojha.

Pusat Pemulihan Wanita (WOREC) merupakan kumpulan kuasa tempatan yang menerajui kempen hak wanita berpendapat sebanyak 82 kes penganiyaan sudah dikenal pasti dalam masa dua tahun.

Kes tersebut merupakan penyeksaan oleh jiran terhadap kaum wanita yang dituduh mengamalkan ilmu sihir. Tetapi pembantu WOREC, Sarita Dahal percaya jumlah yang diketahui itu amat sedikit berbanding kes-kes yang tidak dilaporkan.

"Kami percaya masih ramai wanita yang melalui penderitaan mental dan fizikal akibat daripada kepercayaan tahyul.

"Ramai yang tidak datang membuat aduan kerana mereka takut dibuang oleh keluarga masing-masing," jelasnya.

Undang-undang Nepal melarang kekejaman terhadap wanita tetapi Dahal memberitahu, ia jarang dikuatkuasakan khususnya apabila mangsa adalah daripada golongan bawahan.


SEKUMPULAN wanita menyertai perarakan jalanan di Kathmandu untuk memperjuangkan hak mereka.


Kepercayaan tahyul mengenai ilmu sihir hanya alasan kepada mangsa wanita. Jelas seorang ahli sosiologi, Suraj Kafle pula, hanya wanita daripada kasta rendah sering berhadapan dengan tuduhan sedemikian.

"Ia akan menjejaskan sosial dan ekonomi wanita yang menderita.

"Perkara ini merupakan alasan mudah untuk menyiksa wanita miskin yang kekurangan sokongan daripada komuniti lain. Kemiskinan dan kekurangan pendidikan juga menyebabkan mereka mudah dijadikan sasaran," ujar Kafle.

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya Wanita Kebangsaan, Nainakala Thapa memberitahu, amalan tersebut memalukan negara.

"Wanita yang berada dalam kumpulan kasta rendah tidak mampu untuk pertahankan diri masing-masing," jelas Thapa.

Beliau juga menegaskan, apabila seseorang itu meninggal dunia atau jatuh sakit, bomoh sering mencari individu untuk dipersalahkan dan dikaitkan dengan tuduhan sihir.

"Memang mudah untuk mengenal pasti wanita kasta rendah dan cara ilmu sihir yang diamalkan," ungkap Thapa.

Dengan janji kerajaan untuk meningkatkan tahap penguatkuasaan terhadap kes penderaan terhadap wanita berkasta rendah, Biswokarma dan beberapa dan ahli keluarganya kini sudah boleh pulang ke kampung halaman selepas mendapat perlindungan di sebuah rumah khas untuk wanita di Kathmandu.

"Saya masih berada dalam ketakutan kerana sesetengah individu yang menyeksa saya masih berada di kampung.

"Maruah saya juga telah hilang tetapi itu tidak mematahkan harapan. Saya akan tetap mempertahankan diri demi keadilan," ujar Biswokarma.

BAGUS...CUMA KHUATIR HANYA YANG BERKEMAMPUAN...BOLEH BELAJAR

RENCANA UTAMA

Sekolah pondok moden




SEWAKTU di sekolah rendah, Mohd. Zulfiqar Abas sama seperti pelajar seusianya sering cuai dalam menunaikan kewajipan solat lima waktu yang difardukan ke atas umat Islam.

Meskipun telah diberitahu dan dididik oleh ibu bapa mengenai kepentingan mengerjakan solat, perkara itu dianggap seperti masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

Namun, semua tabiat buruk itu berjaya diubah sejak Zulfiqar melanjutkan pelajaran ke sebuah sekolah menengah aliran agama di Maahad At-Taufiqi, Rembau pada 2005.

Berlandaskan kaedah pembelajaran secara tradisional yang diwarisi sebagai pusaka salafussoleh yang diterapkan oleh pihak sekolah, selepas lima tahun Zulfiqar berjaya menjadi salah seorang pelajar cemerlang di sana.

"Corak pembelajaran di sini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Guru-guru sering menanamkan sifat mahabbah atau berkasih sayang sesama insan. Malah, mereka juga memberi nasihat secara berhikmah.

"Ini membuatkan saya dan rakan-rakan pelajar sentiasa menanam keazaman untuk menjadi pelajar yang terbaik dalam kalangan terbaik, bukan sahaja dalam soal akademik, tetapi juga akhlak dan sahsiah diri.

"Alhamdulillah, sejak itu banyak perubahan ke arah kebaikan yang mampu saya lakukan. Semuanya berkat keikhlasan guru-guru berkongsi nasihat dalam untaian kata penuh makna," ujar anak kelahiran Sungai Buloh, Selangor itu yang menuntut di tingkatan lima.


SESI menghafaz di hadapan guru yang disebut sebagai mempelajari ilmu talaqqi.


Kini, maahad tersebut yang telah ditukar nama kepada Sekolah Tinggi Islam As-Sofa (STIAS) pada awal 2008 semakin dikenali dan mempunyai seramai 239 orang pelajar.

Dikelilingi hutan menghijau, persekitaran STIAS yang terletak di kawasan perkampungan Bukit Sembilan, Kota, Negeri Sembilan cukup tenang.

Blok-blok bangunan dengan senibina moden pula tersergam indah bagai menyambut kedatangan pengunjung ke destinasi gedung ilmu yang bakal melahirkan insan berguna untuk generasi akan datang itu.

Dibangunkan sepenuhnya oleh Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS), STIAS merupakan sekolah swasta yang berkonsepkan pengajian pondok moden yang dilengkapi pelbagai infrastruktur.

Ini termasuklah bangunan asrama untuk pelajar lelaki dan wanita, kemudahan bilik darjah, bilik tayangan, bilik komputer serta madrasah yang menjadi lokasi untuk pelajar berkumpul atau mengadakan aktiviti berbentuk kerohanian.

Menurut Pengetua STIAS, Nik Norzilawati Raja Ahmad, terdapat tiga aliran utama yang ditawarkan di sekolah tersebut iaitu Tahfiz, pengajian akademik mengikut Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan pengajian agama (al-Mawad al-Diniyyah).

"Secara umum STIAS menjalankan sistem pengajian moden yang bersesuaian dengan arus perdana, tetapi pada masa yang sama kami tidak meminggirkan cara pembelajaran ulama silam yang menuntut ilmu secara terus daripada guru tanpa sebarang perantaraan.


ILMU akademik seperti subjek Sains turut dititikberatkan di Sekolah Tinggi Islam As-Sofa.


"Tambahan pula kami yakin bahawa kaedah pembelajaran tersebut mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan dalam membentuk peribadi dan akhlak penuntut ilmu," jelas beliau.

Perkara itu diakui oleh Zaidatul Hanim Zainal Abidin, 15, pelajar tingkatan tiga sekolah tersebut. Konsep pengajian di STIAS amat berbeza dengan sekolah-sekolah biasa. Bagi Zaidatul, tiada masa untuk bermain atau bersuka ria, sebaliknya dia dan rakan-rakan sentiasa berusaha untuk mendalami ilmu masing-masing.

Di STIAS, semua pelajar wajib mengikuti rutin harian yang telah ditetapkan dan disusun pihak sekolah. Antara yang utama ialah menunaikan solat lima waktu secara berjemaah tanpa sebarang keuzuran kecuali bagi pelajar perempuan yang datang haid.

Semangat mencintai Rasulullah

"Budaya solat berjemaah yang kami amalkan secara tidak langsung mampu membentuk pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kerohanian.

"Malah, semua pelajar sentiasa melakukan amalan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis serta menunaikan solat sunat Dhuha secara berjemaah setiap pagi. Walaupun pada awalnya ada yang menganggap rutin tersebut sukar untuk dilaksanakan, tetapi akhirnya kami semua sudah terbiasa dengan amalan mulia itu," tutur Zaidatul yang bercita-cita menjadi doktor dan pendakwah suatu hari nanti.

Bagi Muhd. Muaz Malizan, 15, yang baru memulakan sesi persekolahan di STIAS tahun lalu, banyak pengalaman menarik telah dilalui termasuk berjumpa dengan ramai ulama dari seluruh dunia yang hadir dalam pelbagai majlis keagamaan yang dianjurkan pihak YSNS.

Antaranya ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) terkemuka Mekah, Sayyid Ahmad ibn Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki, Sheikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani (ulama hadis terkenal Mesir) al-Allamah al-Muhaddith Dr. Mahmud Said Mamduh al-Husaini dan ramai lagi.

"Seronok apabila dapat bertentang mata dan bersalaman dengan ulama terkenal dunia kerana bukan mudah untuk bertemu mereka. Justeru, saya bersyukur kerana ia boleh dianggap sebagai nikmat kurniaan Allah kepada hamba-Nya yang terpilih," ungkap Muaz sambil tersenyum.

Di samping itu, Muaz juga memberitahu bahawa di STIAS, mereka belajar bukan semata-mata untuk mendapatkan sekeping sijil yang menjamin masa depan, tetapi tujuan utama mereka adalah menuntut ilmu yang boleh digunakan untuk berdakwah pada masa akan datang.

"Insya-Allah, dengan sistem pembelajaran sebegini, saya percaya ia mampu membentuk sahsiah pelajar yang bukan sahaja cemerlang di dunia tetapi juga di akhirat," lancar ucapan yang keluar dari bibir remaja ini sekali gus menunjukkan keyakinan yang bertapak di hatinya mengenai keistimewaan STIAS.

Mendampingi guru

Dalam pada itu, Guru Penolong Kanan I (Bahagian Akademik), Mujahid Abdul Wahab berkata, para pelajar di STIAS dibekalkan dengan bekalan ilmu duniawi dan ukhrawi yang secukupnya serta disemai dalam diri mereka perasaan mahabbah iaitu kasih sayang.

"Ini merupakan cara pendidikan warisan salafussoleh sebagai kaedah pentarbiahan yang berkesan dalam melahirkan generasi unggul.


SETIAP hari pelajar-pelajar akan membaca al-Quran dan menghafalnya.


"Di sini, semua pelajar diasuh dan diterapkan dalam jiwa mereka perasaan kasih kepada Allah, mencintai Rasulullah S.A.W, para sahabat dan ahli keluarga Baginda serta para ulama. Kecintaan yang disemai menyebabkan mereka berlumba-lumba untuk mencontohi insan yang dikasihi tersebut dan menjadikan mereka contoh teladan sepanjang zaman," tutur Mujahid.

Untuk menyuntik semangat semangat mencintai Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, STIAS sentiasa berterusan mengadakan majlis sambutan Maulid Nabi dan tidak terbatas pada bulan Rabiulawal sahaja.

"Bacaan qasidah dan sirah Nabi akan diulang dari semasa ke semasa kerana memperingati Rasulullah S.A.W dan aktiviti meraikan rahmat yang datang bersama kelahiran Baginda perlu dilakukan sepanjang tahun.

"Dengan cara ini, semua pelajar tidak akan lupa untuk mengenang dan mencontohi Baginda dalam segenap aspek kehidupan. Apatah lagi, bacaan tersebut disertai dengan makna untuk memberi kefahaman yang lebih kepada mereka."

Tambahnya, para pelajar juga diasuh agar mendampingi guru kerana ia merupakan rukun utama dalam penghasilan ilmu.

"Di sisi Islam, guru dan para ulama diumpamakan sebagai 'bapa-bapa' dalam agama. Justeru, setiap pelajar wajib menghormati mereka agar ilmu yang dituntut diredai Allah," tegas beliau lagi. Untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat, pihak pentadbiran STIAS amat meniktikberatkan aspek pengurusan masa untuk setiap pelajar.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Mohd. Haneef Zin berkata, berdasarkan jadual harian yang ditetapkan, waktu para pelajar As-Sofa benar-benar terisi dengan perkara yang bermanfaat dan berfaedah.

"Di sini, pelajar akan diasuh untuk menunaikan solat berjemaah, pelbagai solat sunat dan mengamalkan bacaan wirid harian pagi dan petang selepas solat.


KAWASAN persekolahan As-Sofa dikelilingi hutan menghijau sekali gus menimbulkan kedamaian kepada pelajar.


"Semua amalan itu secara tidak langsung mampu menjadi benteng rohani yang kukuh untuk mereka berhadapan dengan cabaran dunia luar yang begitu besar," beritahu Mohd. Haneef.

Pihak STIAS juga mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan untuk pembangunan sekolah terbabit. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.yayasansofa.com atau hubungi talian 019-389 7785, 013-380 7785, 019-6637 785 atau 06-445 0419.

Khamis, 25 Februari 2010

BILA YANG HARAM DILANGGAR IKUT SUKA

Jutawan klip video terlampau

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Shanty Nur Shaffizan Shafee
am@hmetro.com.my
2010/02/25

KUALA LUMPUR: Kehidupan mewah melampau seorang pengurus sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka hingga mampu memiliki deretan kereta mewah dan harta mencecah RM11 juta membongkar kegiatannya selama ini - menjual klip video lucah kepada orang ramai melalui SMS, sejak setahun lalu.

Difahamkan, lelaki berusia 33 tahun itu memiliki Porsche Cayenne dan BMW, malah sedang menunggu ketibaan kereta mewah Lamborghini bernilai lebih RM1 juta yang ditempah.


Namun, kegiatan tidak bermoralnya itu terbongkar selepas dia ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, kelmarin, selepas menerima laporan berhubung kegiatannya daripada syarikat tempatnya bekerja minggu lalu.


Sumber Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkata, siasatan mendapati suspek sebelum ini bekerja dengan syarikat telekomunikasi terkemuka dan dipertanggungjawabkan menghantar SMS kepada pelanggan mengenai khidmat atau promosi semasa ditawarkan syarikat berkenaan.


Menurutnya, suspek yang bertugas sebagai pengurus sistem bagaimanapun mengambil kesempatan menyalahgunakan kemudahan laluan talian itu selain pengetahuan dimiliki untuk menghantar tawaran membeli klip video lucah kepada pelanggan dengan mengenakan kadar bayaran tertentu.


“Polis sebelum ini menerima beberapa aduan daripada pengguna yang terkejut dengan penyebaran iklan SMS berbaur seks secara meluas sejak setahun lalu. Susulan itu, polis cuba menyiasat dalang kegiatan itu termasuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

“Usaha itu akhirnya berhasil apabila suspek dikenal pasti baru-baru ini dan difahamkan dia sebelum itu diambil tindakan pihak pengurusan syarikat yang menyedari kesalahan dilakukan selama ini,” katanya.


Difahamkan, pihak syarikat telekomunikasi berkenaan sudah memecat suspek sebelum laporan polis turut dibuat berhubung penyelewengan itu.


Menurutnya, suspek yang menyalahgunakan talian syarikat itu untuk keuntungan serta kepentingan diri sendiri mengumpul sehingga lebih RM11 juta hasil kegiatan lebih 16 bulan lalu. “Jumlah keuntungan diperoleh amat menakjubkan berbanding jumlah gaji diterimanya kira-kira RM4,000 sebulan. Malah, jika diambil kira secara purata, suspek mampu memperoleh hampir RM700,000 sebulan hasil kegiatan haramnya itu.


“Suspek ditahan di rumahnya di Putra Heights berhampiran Subang Jaya, tengah malam semalam (kelmarin).


“Polis memperoleh perintah mahkamah hari ini (semalam) bagi menahan reman lelaki terbabit selama tiga hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


“Pihak polis tidak teragak-agak menyita semua harta dan wang dalam akaun suspek mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 kerana memperoleh harta melalui cara tidak sah,” katanya.


Menurutnya, kejayaan terbaru polis itu membuktikan tindakan serius polis dalam menangani pelbagai gejala dan aktiviti tidak sihat yang cuba merosakkan minda masyarakat.




LAGI



Dua peragut dirempuh lori



2010/02/25

GOMBAK: Umpama perbuatan dosa yang menerima balasan serta-merta, dua peragut yang cuba melarikan diri sejurus melakukan samun dirempuh sebuah lori sebelum terhumban bergelimpangan di atas jalan raya.

Difahamkan, kedua-dua suspek yang menunggang motosikal hanya mampu meloloskan diri sejauh dua kilometer sebelum dilanggar sebuah lori di Rawang, semalam.


Dalam kejadian jam 6 pagi itu, kedua-dua peragut terbabit cedera parah selepas dirempuh lori sejurus suspek meragut beg tangan seorang wanita di bahu jalan.


Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sebelum nahas, kedua-dua suspek terbabit baru meragut beg seorang warga emas berusia lewat 50-an yang sedang berjalan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Garing di sini.


“Mangsa yang bekerja sebagai kerani mendakwa dalam perjalanan menuju ke perhentian bas dari rumahnya sebelum dihampiri dua lelaki menunggang motosikal.


“Seorang daripada suspek mengacukan pisau ke muka mangsa sebelum meragut beg tangannya yang mengandungi barang kemas dan wang tunai RM180,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek yang memecut motosikal sebelum dirempuh sebuah lori berhampiran satu simpang jalan.


“Rempuhan itu menyebabkan seorang daripada suspek patah kaki manakala seorang lagi patah tangan,” katanya.


Abdul Rahim berkata, suspek yang patah tangan melarikan diri manakala rakannya yang patah kaki tidak boleh bergerak dan ditahan orang ramai sebelum diserahkan kepada polis.


JIKA INI BENAR...LEPAS DIDUNIA SAHAJA...TUNGGU BALASAN ALLAH..


Blogger dakwa 'perogol' di universiti


Feb 25, 10 7:55pm
Seorang pegawai kanan Universiti Industri Selangor, yang didakwa sebagai 'perogol' dikatakan menjadi ancaman di kalangan mahasiswa di unviversiti berkenaan.

Papa Gomo, yang mengaku sebagai seorang blogger yang pro-Barisan Nasional menimbulkan isu berkenaan dalam blognya dan menggesa kerajaan negeri Selangor supaya segera bertindak.

"Menteri Besar Khalid Ibrahim mesti segera bertindak berhubung perkara itu. Bagaimana seseorang yang didakwa sebagai perogol boleh dibiarkan bergaul dengan pelajar?” soalnya ketika dihubungi menerusi email.

Secara sinisnya, beliau berkata individu yang dilantik awal tahun lalu, tidak sepatutnya dibenarkan memegang jawatan berkenaan meskipun beliau merupakan kroni menteri besar.

Pegawai kanan itu didakwa merogol seorang pelajar berusia 26 tahun ketika beliau mengajar di Universiti Putra Malaysia, dua tahun lalu.

Menurut laporan polis bertarikh 11 Mac 2009 yang diterbitkan di laman sesawang Papa Gomo, pelajar itu dirogol sebanyak tiga kali di pejabat pegawai berkenaan pada Disember 2008.

“Beliau mahu saya menjadi isteri ketiga, tetapi apabila saya enggan, dia merogol saya sambil mendakwa cara itu sahaja yang akan membuatkan saya berkahwin dengannya. Tetapi sehingga sekarang, beliau masih tidak mahu bertanggungjawab,” dakwa mangsa itu yang namanya telah dipadamkan dalam laporan polis berkenaan.

Balai polis Dengkil mengesahkan laporan polis telah dibuat. Bagaimanapun, pegawai penyiasat ASP Marina Hashim tidak mahu mengulas.





LAGI



Sumbat bayi baru lahir dalam pam tandas



2010/02/27

JOHOR BAHRU: Bimbang rahsia asmaranya bersama dua lelaki terbongkar, seorang wanita tergamak membunuh bayi lelaki yang baru dilahirkannya dengan melemaskannya ke dalam pam tandas sebuah sekolah memandu di Segamat.

Malah, demi memastikan perbuatan terkutuknya itu terus menjadi rahsia, wanita berusia 21 tahun itu kemudiannya menyumbat mayat bayi malang itu ke dalam tangki sama sehingga menyebabkan kepala tubuh kecil itu remuk dan pecah.


Namun, rahsia yang cuba disembunyikan itu tidak bertahan lama apabila rungutan orang ramai berhubung bau busuk dari tandas membawa kepada penemuan mayat bayi yang mula membengkak dan reput sejak lima hari lalu itu.


Menurut sumber polis, ketika ditemui, kepala bayi yang baru dilahirkan itu hampir hancur akibat perbuatan tangan ibu sendiri yang menekannya dengan kuat bagi membolehkannya merahsiakan kelahiran hasil perbuatan terkutuknya ke dalam tangki pam tandas itu.


Katanya, lima hari lalu wanita terbabit dikatakan ke sekolah memandu berkenaan bagi menduduki ujian memandu, bagaimanapun dia kemudian tergesa-gesa keluar dari kenderaan dengan alasan untuk ke tandas kerana sakit perut.


Difahamkan ketika kejadian, wanita berkenaan terperuk hampir dua jam dalam tandas untuk melahirkan bayi cukup sifat hasil hubungan sulit dengan dua lelaki sebelum membunuh bayi itu dengan menyumbatnya ke dalam tangki pam tandas. Wanita berkenaan kini sudah ditahan polis untuk membantu siasatan kes, malah kini polis sedang menjejaki dua lelaki yang dikatakan pernah menjalinkan hubungan sulit dengan wanita terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Md Ali, ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu sebaliknya menegaskan satu sidang akhbar dijangka dibuat pada Isnin ini.



LAGI


Gadis leka teguk arak lari bertempiaran



2010/02/27

ALOR STAR: Beberapa remaja perempuan Islam yang leka meneguk arak di sebuah pub di Pantai Tengah, Langkawi, bertempiaran lari selepas menyedari kehadiran anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) yang membuat serbuan, awal pagi Selasa lalu.

Sekumpulan remaja perempuan berusia belasan tahun itu sudah meminum berbotol arak berdasarkan jumlah botol di atas meja mereka, tetapi melarikan diri melalui pintu belakang kelab itu kira-kira jam 2 pagi.


Bagaimanapun, lima lelaki Islam berusia antara 20 hingga 30-an yang asyik meneguk arak di pub itu gagal melarikan diri dan ditahan anggota penguat kuasa Jaik.


Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jaik, Muhammad Suhaimi, berkata dalam operasi besar-besaran di pulau pelancongan itu, pihaknya menahan 19 orang termasuk empat wanita yang leka minum arak di tiga lokasi berasingan di sekitar Langkawi.


Difahamkan, dalam operasi bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu, empat daripada yang ditahan itu disyaki mengambil dadah selepas ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati positif.


Muhammad berkata, dalam operasi `Ops Thamar’ yang bermula jam 12 malam itu, pihaknya disertai 44 anggota penguatkuasa termasuk Jaik dan Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) serta dibantu 16 penguat kuasa AADK Langkawi.

Beliau berkata, operasi tertumpu di kelab malam dan disko serta restoran bukan Islam yang disyaki menjual arak secara terbuka kepada orang Islam di pulau itu.


“Dalam serbuan itu kami berjaya menahan 19 orang Islam di tiga lokasi iaitu tiga di Pantai Tengah, Pantai Cenang (10) dan enam lagi di pekan Kuah, di sini,” katanya.


lagi


Pelajar diperkosa 15 lelaki

Oleh Nurhayati Abllah
bhnews@bharian.com.my

Suspek paksa mangsa bersiar-siar di kawasan perkelahan

IPOH: Seorang pelajar Tingkatan Tiga dirogol bergilir-gilir 15 lelaki selepas menerima ajakan seorang lelaki dikenali sebagai Wan untuk keluar bersiar-siar secara paksa di kawasan perkelahan dan kolam air panas Sungai Klah, Sungkai, dekat sini, Ahad lalu.

Mangsa dikatakan dirogol berulang kali dan dikurung sekumpulan lelaki berusia lingkungan 20-an di dua lokasi antara jam 6.15 petang sehingga 7 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek Ahmad, berkata sebelum kejadian, mangsa bersama seorang rakan yang keluar bersiar-siar terserempak dengan Wan yang dikenalinya, jam 6.15 petang.

"Lelaki itu dikatakan memaksa mangsa mengikutnya ke kawasan perkelahan itu dan sebaik tiba, empat lelaki dipercayai rakan Wan menunggu di kawasan kolam air panas itu.

"Suspek terus menarik mangsa ke kerusi dan merogolnya sambil diperhatikan empat rakan lain yang bertindak memegang tangan serta menutup mulut mangsa, sebelum perbuatan terkutuk itu disambung rakan suspek," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, sebaik selesai, Wan meminta seorang rakannya menghantar mangsa pulang ke rumah, bagaimanapun, rakan suspek bertindak membawa dan mengurung mangsa di sebuah rumah kosong di Felda Sungai Klah, Sungkai.

"Pelajar itu sekali lagi menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh 10 lelaki yang sudah menunggu di rumah berkenaan, sebelum seorang daripada mereka menghantar mangsa ke perhentian bas Sungai Kruit, pada jam 7 petang, kelmarin.

"Mangsa kemudian meminta pertolongan abang angkatnya untuk dihantar pulang ke rumah di Felda Trolak Utara.

"Kejadian itu diketahui ibu mangsa yang mendesak menceritakan hal sebenar dan laporan dibuat di Balai Polis Sungkai, pada hari sama," katanya.

Katanya, susulan laporan itu, polis menahan dua lelaki berusia 15 dan 29 tahun di satu lokasi di Sungkai, pada jam 1 pagi, semalam.

"Kedua-duanya direman seminggu untuk siasatan lanjut dan polis percaya kesemua suspek yang terbabit dalam kes itu dikesan dalam tempoh terdekat.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.


lagi


Isteri Ellie tuntut cerai

Oleh Siti Nurazlinee Azmi
sitinurazlinee@bharian.com.my


FARINNIE keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, semalam.

Warga Lubnan sering liwat

KUALA LUMPUR: Isteri kepada warga Lubnan, Ellie Youseff Najem, Farinnie Mohd Farid memberitahu Mahkamah Rendah Syariah semalam, suaminya pernah memaksa beliau melakukan persetubuhan di depan kamera web supaya perbuatan itu boleh disaksikan oleh orang lain.

Farinnie, 24, yang menuntut cerai fasakh, berkata suaminya kerap meliwat beliau sejak mereka berkahwin pada 6 Oktober 2005, selain melarangnya solat dan berpuasa.



Plaintif berkata, selain kerap diliwat, defendan turut memaksanya melakukan persetubuhan walaupun dalam haid atau berpantang selain menyuruhnya makan dan minum di khalayak ramai ketika Ramadan.

Farinnie yang diwakili peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan, berkata jika perbuatan suaminya itu ditegur atau dimarah, Ellie Youseff, 50, akan mengamuk dan memukulnya.

"Saya pernah menjauhkan diri daripadanya tetapi kembali bersama semula selepas dipujuk. Lagipun saya sudah berkahwin dengannya dan cuba memberinya peluang untuk berubah. Malangnya beliau tidak pernah berubah dan pada 30 Ogos 2007, saya nekad untuk tinggalkan defendan, " katanya.

Beliau yang memberi keterangan dalam perbicaraan kes permohonan fasakh itu berkata, defendan juga pernah mencabul kehormatan rakan ibu saudaranya malah sering menjadi orang tengah untuk mencari pelacur bagi menghiburkan kenalannya yang datang ke negara ini.

"Defendan pernah membawa saya ke sebuah kelab untuk mencari perempuan dan sekiranya tidak memperoleh apa yang dihajati, dia akan memukul dan menghina saya serta agama Islam dengan kata-kata kesat.

"Sejak bergelar isterinya, saya rasa dipermainkan dan tertekan dengan sikapnya yang bukan saja suka berfoya-foya tetapi gemar menghabiskan duit dengan berjudi dan minum arak selain melakukan perbuatan yang melanggar hukum syarak.

"Dia juga ada memaksa saya memakai salib, tetapi gagal kerana saya memberontak sehingga menimbulkan pertengkaran antara kami," katanya.

Katanya, beliau pernah menerima beberapa keping gambar Ellie bersama seorang wanita warga Filipina yang diakui sebagai isteri berserta surat yang menghina serta membezakan dirinya dengan wanita itu.

Prosiding di depan Hakim Syarie Mamat Haizan Salleh hanya dilakukan sebelah pihak berikutan defendan tidak pernah hadir ke mahkamah dan tidak diwakili peguam.

Hasil perkahwinan plaintif dan defendan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Price-Kovadis Elias, 3, dan Nur Analeeza Sofya, 2.

Perbicaraan bersambung 7 April depan.



LAGI



Lagi mangsa cinta lelaki Lombok


Norashimah Md. Nowar (tiga dari kiri) ketika melawat keluarga Abu Bakar Ahmad (kiri) dan Mariam Kassim (dua kiri) di Kampung Kuala Pai Mukim Padang Temak, Kuala Nerang, semalam. - UTusan/Kamal Basir
Zarina Abu Bakar
HIlmi


KUALA NERANG 12 Mac - Sebelum ini kita sering mendengar kisah anak-anak gadis belasan tahun yang terjerat dengan cinta jejaka dari Lombok, Indonesia.

Namun panahan asmara jejaka Lombok nampaknya tidak terhad kepada gadis sunti bahkan turut menjerat seorang janda anak tiga dari Kampung Abau, Mukim Padang Temak di sini.

Wanita tersebut, Zarina Abu Bakar, 28, ibu tiga anak perempuan berusia sembilan, enam dan tiga tahun, difahamkan telah berada di pulau itu sejak empat bulan lalu.

Pemergiannya ke Lombok mengikut seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Hilmi, hanya terbongkar apabila dia menelefon keluarganya November lalu.

"Dia duduk di kampung hanya dua tiga hari sahaja setelah berpisah dengan bekas suaminya September tahun lalu.

"Selepas itu, dia kata hendak ke Negeri Sembilan untuk mencari kerja. November lalu dia telefon dan beritahu dia ada di Lombok," kata bapanya, Abu Bakar Ahmad, 58, ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Abau di sini hari ini.

Menurut Abu Bakar, dua hari lalu, Zarina menelefon adiknya, Nasiroh, 17, mengatakan yang dia memerlukan RM2,000 untuk pulang ke negara ini.

"Dia kata dia rindukan anak-anaknya di sini dan daripada nada suaranya dia dalam keadaan sedih.



LAGI



'Jejaka Lombok punca kami bercerai'

ALOR SETAR 12 Mac - Bekas suami Zarina Abu Bakar, 28, janda anak tiga yang melarikan diri ke Lombok mendakwa jerat cinta jejaka pulau di Indonesia itu menjadi punca penceraian mereka

Saiful Nizam Hamid, 34, mendakwa bekas isterinya mula bercinta dengan lelaki yang dikenali sebagai Hilmi itu setelah berkenalan secara tidak sengaja melalui telefon.

"Bekas isteri saya beritahu lelaki Lombok tersebut adalah abang angkatnya. Lama kelamaan mereka berdua yang berangkat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Saiful Nizam yang bekerja sebagai pemandu jentera berat di Wang Tepus, Jitra dekat sini berkata, sejak berkenalan dengan Hilmi, Zarina semakin berubah.

"Makan pakai saya serta anak-anak dah tak terjaga, hari-hari kerja dia hanya bertelefon.

"Akhirnya perkahwinan kami yang telah terbina sejak 13 tahun yang lalu runtuh pada tahun lepas," ujarnya.

Saiful Nizam memberitahu, dua bulan lalu, Zarina menelefonnya dan memberitahu dia gembira hidup di Lombok.

"Zarina kata, makan pakai semuanya senang dan saya tumpang gembira dengan kehidupan barunya bersama Hilmi.

"Saya langsung tidak tahu yang dia ingin pulang ke negara ini kerana tidak tahan hidup di sana," ujarnya.