Khamis, 18 Februari 2010

USAHA BAGUS DAN PATUT DITIRU

China serang habis-habisan kandungan porno mudah alih



2010/02/18

BEIJING: Pihak berkuasa China akan memerangi habis-habisan kegiatan pengedaran bahan lucah seperti pornografi yang disalurkan menerusi rangkaian telekomunikasi mudah alih untuk memastikan industri itu bersih.

Agensi berita Xinhua dipetik sebagai berkata Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) mengeluarkan kenyataan menerusi laman web mereka bahawa pendekatan lebih tegas diambil untuk memerangi pengedaran telefon bimbit dan penyediaan kandungan Internet haram kerana ia dilihat semakin mudah mengelak daripada pengawasan pihak berkuasa.

Menurut satu dokumen, tiga syarikat penyedia perkhidmatan negara itu, China Mobile, China Telecom dan China Unicom sudah diminta untk menyemak kualiti rakan niaga masing-masing.

Menurut kenyataan itu lagi, penyedia perkhidmatan Internet seharusnya menyemak lebih kerap kandungan laman web, menghapuskan terus laman web yang tidak cekap dan menyenaraihitamkan mereka.


Disebabkan kandungan pornografi biasanya wujud hasil daripada penyewaan sistem-sistem pelayan kepada pihak lain, MIIT sudah meminta setiap operator rangkaian menyediakan pendekatan pemulihan berkesan untuk memastikan masalah terbabit dapat diatasi segera.

Menurut laporan PC World edisi online, pemilik laman web pornografi pula sering kali dapat mengelak daripada dikesan oleh pihak berkuasa menggunakan taktik teknikal, termasuk mengalihkan nama-nama domain dan alamat IP.

Taktik sebaliknya akan digunakan oleh pihak berkuasa termasuk menyenaraihitamkan bagi mengelak laman web pornografi daripada dipapar semula secara online dan mereka bentuk teknologi penapisan kandungan untuk membantu operator rangkaian menghalang kandungan tidak diingini itu.

Semua pendekatan itu disasarkan untuk melindungi pertumbuhan sihat generasi masa depan dan membersihkan persekitaran sosial masyarakat di China. - AFP

Tiada ulasan: