Rabu, 17 Februari 2010

ISLAM MENGGALAKKAN KELUAR DALAM JUMLAH YANG BANYAK....JIKA PEREMPUAN SEKURANG2NYA 4 ORANG

Sembur sebelum culik



2010/02/17

KUALA LUMPUR: Berhati-hati berikutan kini muncul sekumpulan lelaki dikesan menggunakan cecair misteri yang sengaja disembur ke muka mangsa terutama wanita bagi membuatkan mangsa pengsan secara mendadak sebelum dirompak.

Dalam kes terbaru malam kelmarin, seorang pengurup wang berusia 20 tahun menjadi mangsa apabila disembur dengan cecair pelik berkenaan menyebabkan mangsa pengsan sebelum diculik. Difahamkan, mangsa yang tinggal di Flet Sri Johor di sini, turut dirompak rantai emas, gelang, subang dan cincin oleh empat lelaki terbabit. Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa dikatakan sedang berjalan bersendirian berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandaraya, di sini. Menurutnya, dua lelaki bertubuh gempal tiba-tiba menghampiri mangsa sebelum seorang mengeluarkan satu objek sebelum menghalakannya ke muka mangsa. “Difahamkan suspek menyembur cecair dari alat terbabit tepat ke arah mata dan muka menyebabkan mangsa terus pengsan. “Susulan itu, mereka mengangkat mangsa sebelum dimasukkan ke dalam kereta Proton Waja yang sudah sedia menunggu,” katanya. Menurutnya, suspek yang tersedar daripada pengsan kira-kira dua jam kemudian terkejut apabila mendapati berada dalam sebuah kereta. Ketika itu terdapat empat lelaki tidak dikenali termasuk dua daripadanya berbadan gempal yang sebelum itu menyerangnya di stesen LRT.

Mangsa yang cuba untuk menyelamatkan diri sebaliknya dipukul dan ditampar berulang kali.

“Mangsa turut diarah menyerahkan semua barang berharga miliknya bagi mengelak dicederakan,” katanya. Bagaimanapun, mangsa mengingkari arahan suspek menyebabkan dia dibelasah sebelum semua barang kemas, wang tunai dan dokumen penting miliknya dirampas. “Tidak cukup dengan itu, seorang suspek kemudian mengugut mangsa supaya menyediakan wang tunai RM1,000 selewat-lewatnya esok jika tidak mahu kejadian sama berulang. “Mangsa kemudian dibawa berhampiran kawasan Batu Caves, Gombak di sini sebelum ditinggalkan di tepi jalan,” katanya.

Tiada ulasan: