Khamis, 18 Februari 2010

PATUT JUGA DIFIKIRKAN

DUNIA

Guna duit emas, perak beli-belah barangan


SABENI (kanan) berdiri dekat notis di kedai farmasinya yang menyatakan dia menerima dinar emas dan perak di Cilincing, utara Jakarta pada 27 Januari lalu.


JAKARTA - Sekumpulan penduduk Islam di Indonesia menggunakan duit emas dan perak semasa melakukan urus niaga harian di Jakarta.

Penduduk Islam itu merupakan pengikut Sheikh Abdalqadir as-Sufi iaitu seorang lelaki kelahiran Scotland yang telah memeluk Islam.

Pengikut-pengikut Sheikh Abdalqadir itu membeli-belah dengan menggunakan duit itu untuk membeli makanan, ubat-ubatan, pakaian dan kad telefon.

Nilai untuk satu duit syiling dinar emas ialah AS$153 (RM519) manakala dirham perak ialah AS$3.30 (RM10.80).

Pertubuhan Wakala Induk Nusantara (WIN) ialah badan yang mengedarkan duit emas itu di Indonesia.

"Kami memutuskan untuk menggunakan duit emas dan perak berikutan fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh Abdalqadir di bandar Cape Town, Afrika Selatan yang melarang penganut Islam menggunakan wang kertas," kata seorang pegawai WIN, Riki Rokhman Azis.

Menurut seorang ibu tiga anak yang turut mengendalikan perkhidmatan pertukaran wang emas, Kurniawati, secara puratanya empat orang datang ke kedainya setiap hari untuk membeli beras, minyak masak, sabun dan pakaian.

Dia yakin dengan penggunaan wang emas setelah suaminya memberikan mas kahwin dengan menggunakan duit emas lapan tahun lalu. - AFP

Tiada ulasan: