Selasa, 9 Februari 2010

CITE NI TAK ABIS2...BIASANYA...BERGAUL BEBAS....ZINA....HAMIL...DAN BUANG....


Mayat bayi ditemui ditanam di belakang kilang



2010/02/08

BUKIT MERTAJAM: Mayat bayi perempuan berbungkus plastik dipercayai baru dilahirkan ditemui ditanam di belakang sebuah kilang berhampiran Taman Pelangi di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abdullah berkata, mayat bayi yang cukup sifat itu dipercayai sudah meninggal dunia sebelum ditanam di situ.


"Beberapa orang awam melihat dua lelaki yang dalam keadaan mencurigakan mengorek dan menanam sesuatu di belakang kawasan kilang berkenaan pada kira-kira 3.30 petang.


"Sebaik dua lelaki terbabit meninggalkan kawasan itu dengan menaiki motosikal, mereka pergi mengali semula dan menemui satu bungkusan mayat bayi sebelum menghubungi polis," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.


"Kita belum dapat mengenal pasti identiti dan bangsa bayi perempuan berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya dan menurutnya polis sedang mengesan dua lelaki yang menanam mayat bayi itu.


Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.

Tiada ulasan: