Rabu, 17 Februari 2010

AJAL TELAH DITENTUKAN BILA DAN DIMANA....YAKINLAH KUASA ALLAH SWT

Mati hari kelima di Malaysia



2010/02/17

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Myanmar mati dengan lehernya ditikam dalam pergaduhan di sebuah rumah di Jalan Peel di sini, petang semalam.

ANGKAT... mayat Thang dibawa  ke PPUKM untuk bedah siasat.
ANGKAT... mayat Thang dibawa ke PPUKM untuk bedah siasat.
Mangsa dikenali sebagai Thang Kee, 31, dipercayai terbabit dengan pergaduhan sesama rakan senegaranya ketika kedua-duanya mabuk selepas minum arak bersama. Mayat mangsa ditemui jiran di sebuah bilik di rumah berkenaan selepas mereka terdengar bunyi bising antara mangsa dan rakannya sebelum menghubungi polis kira-kira jam 6.30 petang.

Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, berkata sepasukan polis dihantar ke tempat kejadian bagi mengumpul bukti berhubung pembunuhan itu. “Siasatan mendapati mangsa baru tiba di negara ini lima hari lalu.

Dia dan rakan senegaranya itu minum bersama sebelum kedua-duanya terbabit dalam pergaduhan. “Suspek yang tidak berbaju, bertatu di belakang badan dan hanya berkain sarung itu dipercayai menikam mangsa dengan pisau di leher,” katanya. Katanya, jiran yang terdengar bunyi bising melihat suspek tergesa-gesa keluar dari rumah berkenaan melarikan diri. “Punca pergaduhan masih dalam siasatan dan kes ini diklasifikasi sebagai kes bunuh. “Polis turut menemui pisau yang dipercayai digunakan suspek untuk membunuh mangsa,” katanya. Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat.




LAGI




Drebar bas mati mengejut



2010/02/18

SEREMBAN: Mengejutkan apabila seorang pemandu bas ekspres dikatakan sempat memberhentikan bas dipandunya di tepi lebuh raya sebelum dia menemui ajal di Kilometer 33.6 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 petang itu, mangsa, Mahadar Saad, 47, dikatakan secara tiba-tiba diserang sakit jantung ketika memandu bas yang sarat dengan 35 penumpang.

Beberapa penumpang menyedari kejadian itu segera memberi bantuan kecemasan kepada mangsa, namun gagal dan dia disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata sepasukan polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan.





LAGI





Pegawai polis meninggal akibat sakit jantung



2010/02/18

KUALA LUMPUR: Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, Asisten Superintendan Rosle Mat Jusoh, 40, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung ketika berada di sebuah rumah di Villa Residen Jalan Ampang, dekat sini, petang kelmarin.

Pegawai polis terbabit dikatakan sempat menghubungi seorang anggota ketika dia diserang sakit jantung dan memberitahu yang dia mengalami sesak nafas sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, berkata pegawai polis berkenaan dihantar ke hospital kira-kira jam 6 petang sebelum dia disahkan meninggal dunia.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat serangan jantung secara mengejut sebelum jenazahnya dibawa ke Masjid Bukit Aman untuk disembahyangkan,” katanya.





lagi




45 minit cari anak hilang

Oleh Mohamad Yatim Latip
am@hmetro.com.my
2010/02/19

JASIN: “Saya tak tahu kenapa sejak tiga malam lalu asyik mengusap kepala serta membelai tangan anak lelaki tunggal saya itu ketika mahu menidurkannya.

TINGGAL KENANGAN...Borhan menunjukkan gambar terbaru Muhammad Haikal.
TINGGAL KENANGAN...Borhan menunjukkan gambar terbaru Muhammad Haikal.
sebelum - selepas


“Malah, malam semalam (kelmarin) saya turut minta isteri menidurkannya bersebelahan saya iaitu di ruang tengah antara kami berdua sedangkan kebiasaannya sebelum ini, dia tidur sebelah isteri.”

Demikian luahan peniaga kraftangan, Borhan Rabu, 42, yang kehilangan anak bongsunya, Muhammad Haikal Mustakim berusia 19 bulan buat selama-lamanya apabila mangsa lemas selepas terjatuh ke dalam baldi di bilik air rumahnya, kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam.


Borhan berkata, sebelum dimaklumkan mengenai kehilangan anaknya, dia berada di sebuah kedai di Jalan Kota Laksamana berhampiran pusat bandar raya Melaka, untuk membeli barangan bagi menjalankan perniagaan.


Menurutnya, ketika berurusan di kedai itu, dia menerima panggilan telefon daripada isterinya, Misnah Hamzah, 41, kira-kira jam 12.45 tengah hari yang bertanya sama ada Haikal mengikutinya tetapi dia menafikan.


“Sebaik mendapati isteri dalam keadaan cemas mencari anak bongsu di rumah, saya yang tak sedap hati bergegas pulang untuk sama-sama mencari dengan bantuan ahli keluarga lain.


“Apabila pencarian kami selama 45 minit gagal, saya terus ke Balai Polis Kandang untuk membuat laporan tapi sejurus kemudian menerima panggilan telefon daripada anak saudara memaklumkan dia sudah ditemui.

“Saya dimaklumkan Haikal ditemui isteri dalam bilik air dalam keadaan tertonggeng dengan kaki ke atas dalam sebuah baldi mengandungi air sedalam 12.7 sentimeter, sekali gus menyebabkan jantung saya berdegup kencang akibat terkejut,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.


Borhan berkata, sejurus menerima berita sedih itu, dia terus pulang dan bergegas ke klinik kesihatan berhampiran apabila dimaklumkan anak lelakinya sudah dibawa ke sana dengan sebuah van milik orang awam yang lalu berhampiran rumahnya.


Menurutnya, kematian anak lelakinya terlalu menyedihkan dan dia langsung tidak menyangka kejadian seumpama itu boleh menimpa keluarganya.


“Arwah memang biasa bermain-main keluar dan masuk menerusi pintu depan rumah ketika isteri membuat kuih di bahagian belakang rumah, tetapi hari ini (semalam) kami tak sangka perkara berkenaan berlaku.


“Luluh hati saya apabila menerima berita sedih ini kerana arwah satu-satunya anak lelaki kami tapi tetap reda kerana Allah lebih menyayanginya kerana selama ini arwah dipinjamkan sementara saja kepada kami sekeluarga,” katanya sambil menahan hiba.


Sementara itu, Misnah berkata, sebelum kejadian, dia sedang membuat kuih di belakang rumah tetapi segera mencari anaknya selepas mendapati dia tidak kelihatan bagi tempoh agak lama sekali gus menyebabkan dia berasa tidak sedap hati.


Menurutnya, dia bersama ahli keluarga mencari dalam rumah termasuk menjenguk ke bilik tetapi tidak nampak apa-apa yang mencurigakan.


“Dalam tempoh 45 minit mencarinya, keadaan memang begitu mencemaskan sehingga timbul perasaan mungkin anak saya diculik sehinggalah saya memeriksa semula bilik air dan menemui dia dalam keadaan tertonggeng dalam baldi berisi air.


“Ketika ditemui, tubuh Haikal sudah kebiru-biruan dan dipercayai dia sudah lemas kira-kira setengah jam sebelum disedari hilang.


“Saya sukar melihat arwah yang tertonggeng dalam baldi mengandungi air berkenaan kerana kepalanya berada di bawah malah kedua-dua kakinya pun tidak dapat dilihat dari luar,” katanya.

Jenazah Muhammad Haikal Mustakim dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Bukit Tembakau, Umbai, Merlimau, dekat sini, selepas solat Maghrib semalam.





LAGI






Remaja maut dihempap jentolak


IBU mangsa, Esam Eddie (tengah) ditemani saudara-mara berada di sisi mayat Mohamad Aiman yang dihempap jentolak di Kampung Sungai Jernih, Alor Gajah semalam.


ALOR GAJAH – Sifat aktif seorang remaja, Mohamad Aiman Mohd. Darus, 14, untuk mencuba sesuatu yang luar biasa dengan menaiki sebuah jentolak membawa padah apabila dia menemui ajal akibat dihempap kenderaan itu semalam.

Dalam kejadian pada pukul 11 pagi di kawasan sawah Kampung Sungai Jernih, Lubok Cina di sini itu, jentolak seberat kira-kira lapan tan yang dinaiki Mohamad Aiman ketika sedang beroperasi itu tiba-tiba tumbang lalu menghempap dirinya.

Sebelum kejadian ngeri itu, Mohamad Aiman yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Cina bersama dua lagi rakannya bermain di kawasan sawah berdekatan jentolak tersebut.

Ketika itu, pemandu jentolak berkenaan dikatakan tidak berada di atas kenderaan terbabit tetapi enjinnya hidup kerana pemandu terbabit dikatakan berhenti seketika selepas kerja-kerja penanaman semula padi di kawasan itu.

Jurucakap polis memberitahu, pada ketika itulah Mohamad Aiman bersama seorang lagi rakannya, Mohd. Izwan Mustafa, 10, tiba-tiba bertindak menaiki jentolak terbabit dan duduk di tempat pemandu.

“Selepas mereka naik, jentolak itu tiba-tiba tidak stabil lalu menyebabkan ia terbalik menghempap kedua-duanya manakala seorang lagi terselamat,” kata jurucakap polis itu semalam.




LAGI





DUNIA

Masjid runtuh hempap jemaah


SEKUMPULAN penduduk tempatan mengusung seorang mangsa yang berjaya diselamatkan daripada runtuhan di Meknes semalam.


RABAT - Hujan lebat menjadi punca sebuah menara masjid berusia 400 tahun di Meknes, 140 kilometer dari Rabat, ibu negara Maghribi, tiba-tiba runtuh sebelum menghempap ratusan jemaah yang sedang mendengar khutbah Jumaat kelmarin.

Kementerian Dalam Negeri berkata, sekurang-kurangnya 41 dikhuatiri maut manakala 86 cedera dalam kejadian tragis di Masjid Lalla Khenata dalam daerah Bab Berdieyinne yang dibina Sultan Moulay Ismail sewaktu Meknes menjadi ibu negara abad ke-16.

Pemerintah Maghribi, Raja Mohamed VI menitahkan pihak berkuasa untuk segera membina semula masjid itu yang juga mercu tanda utama Meknes setelah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia UNESCO dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Angka maut dijangka bertambah kerana masih ramai mangsa terperangkap belum dikeluarkan daripada runtuhan manakala mereka yang parah terpaksa dihantar ke bandar berdekatan Fes, kata ahli Parlimen tempatan, Dr. Abdallah Bouanou.

Sepasukan pakar psikologi turut dihantar tetapi pasukan penyelamat mendakwa, usaha mencari mangsa agak perlahan kerana hujan lebat berterusan menyukarkan mereka mengesan mangsa. – Agensi



Mati tertimbus simen

Oleh Zaid Salim dan Khairul Hamizy Ramlee
am@hmetro.com.my
2010/03/30

KUALA TERENGGANU: Keasyikan lima warga Bangladesh menjalankan kerja lebih masa di tapak pembinaan sebuah bangunan dalam kawasan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka maut ditimbus simen lantai konkrit yang runtuh kira-kira jam 5 petang, semalam.

Lantai simen yang runtuh daripada tingkat empat bangunan berkenaan turut menyebabkan empat rakan mangsa parah.


Kejadian itu dikatakan berlaku selepas besi sokongan lantai tapak projek bangunan Institut Oceanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Gong Badak runtuh dipercayai akibat dirempuh kabel kren pengangkut simen berhampiran tempat kejadian.


Mangsa berusia 55 tahun yang terperangkap dalam cecair simen serta timbunan besi sokongan berkenaan mati di tempat kejadian dan dikeluarkan anggota Bomba dan Penyelamat kira-kira jam 6 petang.


Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian, dia secara kebetulan berada di tingkat berkenaan bersama pekerja terbabit dan bernasib baik apabila beredar lebih awal daripada tempat kejadian.


“Saya memang bernasib baik kerana beredar awal dari kawasan itu, jika tidak mungkin saya senasib dengan mereka,” katanya yang baru tiga bulan bekerja di tapak projek berkenaan.


Menurutnya, sebelum kejadian kelima-lima pekerja terbabit sedang menjalankan kerja pembinaan lantai di tingkat empat bangunan berkenaan dan secara tiba-tiba besi sokongan lantai berkenaan runtuh menyebabkan semuanya jatuh dari bangunan setinggi kira-kira 15 meter itu.


“Saya tidak pasti bagaimana besi sokongan berkenaan boleh runtuh dan terkejut dengan kejadian itu, saya segera menghubungi bomba,” katanya.


Katanya, empat pekerja warga asing yang parah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan.


Dia berkata, kejadian itu menyebabkan pekerja terbabit tertimbus dalam cecair simen dan besi sokongan berkenaan.


Rakannya yang hanya mahu dikenali dengan panggilan Mamat, 38, berkata dia terkejut selepas terdengar bunyi kuat ketika baru menghabiskan kerja dan bersiap untuk pulang ke rumahnya kira-kira satu kilometer dari tapak pembinaan itu.





ini sebelum ajal





Nyaris jadi mangsa letupan

Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim
ahmadtajol@hmetro.com.my
2010/03/30

MOSCOW: Berpantang maut sebelum ajal. Ungkapan sesuai bagi sekumpulan pelajar perubatan Malaysia yang menuntut di sebuah akademi perubatan dekat bandar raya ini apabila nyaris terbabit dalam letupan bom yang mencetuskan huru-hara, di sini, semalam.

Amy Fareena Ahmad Farid Wee, 23, antara pelajar yang tiba di lokasi sejurus kejadian letupan bom di stesen kereta api bawah tanah Metro, bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan, namun sempat menempuh suasana kelam kabut di hentian itu apabila orang ramai mula panik.


“Penuntut Akademi Perubatan Moscow (MMA) memang menggunakan tren di stesen berkenaan setiap hari sebelum menukar transit di stesen Park Kultury berdekatan kolej.


“Saya dan rakan lain bagaimanapun bersyukur tidak terbabit dalam kejadian berkenaan dan hanya tiba di stesen itu tidak lama selepas kedua-dua letupan berkenaan berlaku,” katanya.


Pelajar tahun ketiga MMA yang dihubungi Harian Metro malam tadi memberitahu, stesen berkenaan sememangnya menjadi pilihan utama pelajar untuk ke kampus berikutan kedudukannya berhampiran pusat pengajian mereka.


Harian Metro difahamkan, tiga pelajar Malaysia tercedera dalam kejadian letupan dipercayai angkara letupan bunuh diri dilakukan pemisah dan mereka yang juga pelajar tahun keenam institusi pengajian sama, dilaporkan hanya menerima rawatan pesakit luar.

Bagaimanapun, sehingga berita ini ditulis, Wisma Putra belum mengumumkan nama ketiga-tiga pelajar terbabit.


Menurut laporan agensi berita Russia yang dipetik Bernama, dalam dua kejadian letupan bom di laluan stesen kereta api bawah tanah Metro berkenaan, sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh manakala 10 lagi tercedera.


Kejadian yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 8 pagi waktu tempatan, dipercayai dirancang individu yang meletakkan bahan letupan pada tubuh sebelum meletupkannya di stesen pertama.


Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Situasi Kecemasan Russia tidak menolak ledakan bom berkenaan sudah dikoordinat dan mampu diaplikasi menggunakan talian telefon bimbit.


Tiga pelajar Malaysia antara mangsa yang terselamat dalam kejadian serangan bom berani mati itu.


Tiada ulasan: